RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, April 23, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...(Bab 50)

BAB 50
ARIANA berjalan ke hulu ke hilir sejak sejam yang lalu. Dalam kepala ligat berfikir. HTC ditangan yang tergenggam sejak tadi ditatap berkali-kali. Hampir sejam yang lepas dia berusaha untuk menghubungi Akmal namun seperti dua minggu lepas, telefon Akmal seperti telah di matikan. Mana Akmal pergi? Adakah Akmal betul-betul patah hati sehinggakan lelaki itu telah bertindak menutup telefon selama hampir dua minggu? Atau pun akibat terlalu kecewa, Akmal telah membunuh diri dengan terjun dari bangunan KLCC atau pun Akmal telah memandu kereta dengan laju sehingga kemalangan dan sekarang lelaki itu sedang koma di ICU?
Ariana mengetuk kepala dengan HTC berkali-kali. Entah kenapalah kepala ini asyik berfikir benda-benda yang bukan-bukan sahaja. Kalau betul Akmal sudah bunuh diri atau koma pun, pasti akan masuk berita atau sekurang-kurangnya masuk surat khabar. Bukankah Akmal itu anak orang berada berpangkat Dato? Dan tag line untuk berita dan akhbar itu pastilah gempak tak hengat. Anak Dato mati bunuh diri hanya sebab cinta?
Ariana mengetuk kepala pada dinding bilik tidurnya. Dah kenapalah  kepala otaknya ini tidak boleh berhenti memikirkan perkara-perkara buruk yang mungkin berlaku pada Akmal. Mana tidaknya, sejak dua minggu lepas puas dia cuba menghubungi Akmal namun tidak berjaya. Malah dia turut pergi ke rumah sewa Akmal namun rumah tersebut seolah-olah sudah lama ditinggalkan. Nak bertanya pada Fadil, dia tidak menyimpan nombor bekas anak muridnya itu.
Ariana kelang kabut apabila HTC ditangan bergegar. Kening hampir terangkat apabila melihat nama Suzi yang naik di skrin telefon. Apa hal pulak ni?
“Helo Suzi. Apa hal telefon ni?” Ariana bertanya.
“Amboi, garangnya. Tak suka ke aku telefon?”
“Hmm, bukan macam tu. Aku tengah serabut ni...”
“Serabut kenapa?”
“Hmm. Pasal Akmal. Dah dekat dua minggu aku tak dapat contact dia. Risau pulak aku..”
“Hah? Biar betul. Dah dua minggu kau tak dapat contact dia? Bukan ke hari tu kau cakap nak jumpa dia?” Suzi kelihatan betul-betul terkejut sehingga Ariana berasa agak pelik. Tak perlu kot nak terkejut sampai macam tu sekali. Baru dua minggu, bukan dua bulan apatah lagi dua tahun.
“Memanglah aku plan nak jumpa dia tapi aku dah cuba hubungi dia tapi tak pernah dapat. Buntu aku dibuatnya...”
“Errr....”
“Kau kenapa ni?” Ariana bertanya agak hairan.
“Kau tahu tak apa tujuan aku telefon kau sekarang?”
“Mana aku tahu. Kenapa kau telefon aku?”
“Sebab aku ingat kau yang bakal bertunang dengan Akmal hari ni...”
“Hah? Kau jangan buat lawaklah. Tak kelakar okey...”
“Aku serius Rin. Dua tiga hari lepas Akmal ada telefon aku jemput aku ke majlis tunang dia. Aku ingat dia bertunang dengan kau. Aku pun tak sempat nak tanya apa-apa sebab Akmal pun macam tergesa-gesa sangat dan aku pulak masa tu dalam meeting.”
Ariana terduduk seketika. Dia seperti tidak mahu percaya. Masakan Akmal sudah mahu bertunang. Dengan siapa? Tak mungkin. Akmal cintakan dia. Tak mungkin hati Akmal begitu mudah berubah hati. Tak mungkin.
“Su, aku tahu kadang kala kau suka buat lawak dan bergurau kasar tapi aku minta kali ni, tolong jangan buat main-main. Aku...tak suka...” Air mata sudah jatuh ke pipi.
“Rin, maafkan aku. Aku....tak tahu nak kata apa...”
“Bila Akmal telefon?”
“Dua tiga hari lepas...”
Air mata kembali laju menuruni pipinya. Sampai hati Akmal buat begitu padanya.
“Kau kata hari ni Akmal bertunang kan, dekat mana?”
Radius International Hotel...”
Ariana mengelap air mata yang mengalir ke pipi. Hebat. Bertunang pun buat dekat hotel.
“Su, kau ada mana sekarang?”
“Aku on the way nak ke sana...”
“Jumpa kau kat sana nanti...” Ariana berkata sebelum memutuskan talian. Segera dia menukar pakaian. Jeans disarung, blouse lengan panjang dicapai. Tak sempat nak fikir pakai baju apa. Setelah siap berpakaian, Ariana terus berlari keluar dari rumah. Enjin kereta Myvi dihidupkan dan seketika kemudian dia memecut laju. Terlupa sebentar yang dia sebenarnya tidak tahu di mana letaknya hotel tempat berlangsungnya majlis pertunangan itu.
“Helo. Angah. Macam mana nak cari jalan ke Radius International Hotel?”
“Hah? Hotel Radius? Adik nak buat apa pergi sana?”
“Nantilah adik cerita. Just give me the direction..!”
“Okey-okey. Adik dekat mana sekarang?”
“Bulatan pahang....”
Ariana mendengar arahan angahnya itu. Kelang kabut dia memandu dengan sebelah tangan memegang telefon. Kalau nampak dek polis ni sure kena saman.
“Okey, adik dah sampai. Thanks angah...”
“Adik...!”
Ariana tidak mendengar panggilan angahnya itu. Telefon disumbat di dalam beg tangan. Kaki laju melangkah keluar dari kereta menuju ke pintu masuk hotel tersebut. Dari jauh dah nampak hiasan bunga-bungaan yang digantung di sepanjang laluan masuk ke hotel.
“Cik tak boleh masuk. Hanya orang yang dijemput sahaja boleh masuk...” Salah seorang pekerja hotel yang menjaga laluan masuk itu menahannya.
“Tapi saya kenal orang yang bertunang ni...”
“Boleh tunjukkan kad?”
“Hah?” Ariana terkejut. Ada ke orang bagi kad jemputan untuk majlis tunang? Bukan selalu orang hantar kad bila nak kawin je ke?
“Errr....” Ariana mati kutu. Dia memandang sekeliling. Kelihatan tetamu semakin ramai yang datang.
“Cikgu...!”
Ariana menoleh. Hatinya berasa agak lega apabila melihat Fadil muncul di situ.
Thank God. Fadil, cikgu perlukan bantuan awak...”
“Bantuan apa?” Fadil bertanya pelik.
“Bawa cikgu masuk dengan cara apa sekali pun...”
“Errr. Okey...encik, cik ni bersama saya..”  Fadil berkata kepada pekerja hotel itu sambil menunjukkan kad jemputan. Pekerja itu mengambil masa beberapa minit untuk membenarkan mereka masuk sehingga membuatkan Ariana hampir hilang sabar.
“Nasib baik awak ada. Thanks Fadil...”
“Err. No problem...”
“Apa jenis majlis tunang macam ni? Nak masuk pun kena tunjuk kad jemputan..” Sempat Ariana merungut ketika mereka berjalan tergesa-gesa mencari dewan tempat berlangsungnya majlis tersebut.
“Cikgu buat apa kat sini? Bukankah cikgu dah putus dengan Akmal?”
Ariana berhenti melangkah. Dia memandang wajah Fadil.
“Jadi, Akmal dah cerita pada awak?”
Fadil mengangguk perlahan. Ariana menarik nafas panjang.
It’s a long story...”
“Kenapa cikgu tinggalkan Akmal? Akmal sampai sakit-sakit...”
“Fadil, please. Ini bukan masanya. Cikgu tahu yang cikgu dah buat silap besar. Kalau awak nak bantu cikgu, cikgu sangat berbesar hati...”
“Cikgu nak buat apa? Saya rasa semuanya dah terlambat...”
Ariana menelan air liur. Kata-kata Fadil itu membuatkan hati Ariana pedih.
“Tak mungkin. Masih ada masa lagi. Cikgu perlu berjumpa Akmal. Cikgu perlu berterus terang dengan dia...” Ariana seperti orang kena histeria.
“Cikgu...”
Ariana terdiam. Dia memandang wajah Fadil seperti merayu namun Fadil hanya mempamerkan riak wajah seperti meminta maaf.
“Majlis ini diadakan atas persetujuan Akmal. Pendek kata, Akmal bersetuju untuk bertunang dengan anak kenalan papanya...”
Ariana tergamam. Tak mungkin apa yang dia baru dengar itu benar-benar berlaku. Tak mungkin Akmal akan begitu mudah berubah hati. Masih terngiang lagi kata-kata Akmal suatu ketika dahulu.
“Tiada siapa dapat ganti awak dalam hati saya...”
“Saya tetap akan tunggu awak walau terpaksa mengambil masa sepanjang hidup saya...”
“Mustahil. Akmal tak mungkin akan berubah hati...” Ariana berbisik sendiri. Air mata kembali membasahi pipi. Dia tak percaya Akmal sanggup melakukan perkara itu. Dia tak percaya!
“Cikgu, saya rasa better cikgu balik dulu. Tenangkan fikiran..”
Ariana tersandar pada dinding hotel tersebut. Rasa dunia terasa kelam. Dada terasa sesak dan hati bagai dihiris-hiris dengan pisau belati. Ya Allah, sakitnya hanya Kau sahaja yang tahu.
Ariana berjalan lemah meninggalkan Fadil yang masih berdiri di situ. Ariana tidak pasti kemana kaki melangkah kerana fikirannya menerawang entah ke mana.
Ariana menoleh ke sebelah. Tak sedar bila kaki telah melangkah sehingga membawa dia ke muka pintu masuk dewan yang menjadi tempat berlangsungnya masjis pertunangan itu. Walaupun kaki terasa berat untuk melangkah, namun digagahkan juga masuk ke dewan tersebut. Kepala memandang sekeliling memerhatikan hiasan yang terhias indah di dalam dewan itu. Bunga-bunga berwarna putih tergantung indah di sekeliling dewan itu. Sebuah pentas kecil di tengah-tengah dewan turut sama dihiasi dengan bunga mawar putih. Sangat indah.
Ariana memandang sekeliling mencari kelibat seseorang namun tetamu yang hadir menyukarkan dia untuk mencari Akmal. Pandangan terhenti pada Datin Celina yang sedang berbual dengan beberapa orang tetamu kehormat. Ariana cuba memfokuskan pandangan untuk melihat gadis yang sedang duduk di atas pentas itu. Mungkin itulah bakal tunang Akmal. Ariana menelan air liur. Bukankah sepatutnya dia yang berada di situ? Hati Ariana berasa sebak. Air mata jatuh lagi buat kesekian kalinya. Begitu murah air matanya ketika itu namun dia tidak perduli.
Ariana cuba berjalan mendekati pentas yang menempatkan pelamin kecil di tengah-tengah itu. Sekadar mahu melihat siapakah gadis bertuah yang bakal memiliki Akmal. Jantung Ariana semakin berdegup kencang ketika melihat gadis yang sedang tersenyum bahagia dia atas pelamin itu. Bukankah itu model Victoria’s Secret yang pernah dia lihat dulu bersama-sama dengan Akmal semasa majlis hari jadi Sarah dulu? Menggigil tubuh Ariana apabila mengetahui akan kebenaran itu. Adakah selama ini Akmal menipunya? Adakah selama ini Akmal memang sudah mempunyai hubungan istimewa dengan gadis itu sehinggakan Akmal tidak perlu menunggu lama untuk bertunang setelah putus dengannya dulu? Ariana mengurut kepala yang terasa pening. Dia menarik nafas panjang. Dia harus keluar dari tempat itu kerana dia rasakan seperti berada di dalam bilik yang oksigennya sedang disedut keluar. Dia benar-benar sesak nafas sekarang.
“Ariana...”
Spontan Ariana menoleh. Jantungnya seperti telah luruh apabila pandangannya bertembung dengan pandangan mata Akmal. Akmal yang segak mengenakan sut itu hanya merenungnya dari jarak sepuluh meter. Ariana cuba mengalihkan pandangan dan berlalu dari situ namun anggota badannya tidak mahu mengikut kemahuan hatinya. Dia hanya berdiri di situ. Tercegat merenung ke arah Akmal yang semakin menghampirinya.
“Awak buat apa kat sini?” Akmal berbisik perlahan. Ariana merenung wajah Akmal.
“Akmal, maafkan saya...” Ariana bersuara perlahan. Air mata mengalir laju membasahi pipi. Akmal menarik tangan Ariana sebelum mereka keluar dari dewan tersebut.
“Awak buat apa kat sini? Macam mana awak boleh tahu...” Akmal bertanya lagi ketika mereka berada di suatu sudut jauh dari orang ramai.
“Akmal. Maafkan saya....” Ariana berkata semakin teresak.
“Ariana..please don’t cry...”
“Akmal, maafkan saya. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya tahu saya salah...”
Akmal tergamam apabila mendengar kata-kata Ariana itu.
“Ariana...”
“Akmal, saya tahu selama ini awak dah banyak berkorban untuk saya dan saya....tak pernah hargainya. Saya tahu kadangkala saya terlalu ego untuk meluahkan sesuatu. Saya....” Ariana terhenjut-henjut menahan sedu.
Akmal mengangkat dagu Ariana ke atas. Pipi gadis itu dilap dengan jari.
“Jangan menangis Ariana. Saya tak suka...”
“Akmal, tolong jangan tinggalkan saya. Saya tahu yang sudah terlambat untuk saya luahkan sekarang. Tapi....saya....sayangkan awak....saya....cintakan awak Akmal...”
Akmal hampir tidak percaya ketika mendengar kata-kata Ariana itu. Sudah terlalu lama dia menunggu untuk mendengar luahan perasaan daripada Ariana itu. Akmal melangkah mendekati Ariana. Ingin sahaja sahaja dia memeluk gadis itu erat-erat namun langkah kakinya tiba-tiba terhenti.
Ariana merenung wajah Akmal dengan linaran air mata apabila melihat Akmal berhenti melangkah.
“Akmal....”
“Maaf Ariana. It’s too late...” Dengan berusaha payah dia menuturkan perkataan tersebut. Ariana tergamam. Hati menafikan apa yang keluar dari mulut Akmal namun telinga yang mendengar dengan jelas, mengiakan. Air mata kembali laju membasahi pipi Ariana.
“Akmal, please....”
Akmal tunduk. Cuba menahan sebak di hati. Dia memejamkan mata dan menarik nafas dalam-dalam.
“Maafkan saya Ariana...”
Ariana hampir rebah ketika mendengar ayat tersebut. Ayat yang pernah diucapkan olehnya terhadap Akmal dulu. Kini ayat tersebut telah kembali kepadanya semula. Dengan terucapnya kata-kata itu telah mengesahkan yang tiada apa lagi yang boleh dia lakukan. Akmal telah benar-benar membuang dia dari hati lelaki itu. Dia takkan salahkan Akmal kerana dia yang terlebih dahulu menghancurkan hati Akmal. Dengan langkah yang longlai, Ariana berjalan meninggalkan Akmal. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan dan dia juga merasakan yang dia tidak lagi diperlukan oleh Akmal.
Akmal mengenggam tangan ketika cuba menahan diri dari mendapatkan Ariana yang semakin hilang dari pandangan itu. Dia hanya memandang sayu ke arah Datin Celina yang sejak dari tadi memerhatikan mereka berdua. Air mata mengalir di pipi mamanya itu. Akmal hampir jatuh melutut membuatkan Datin Celina segera mendapatkan anak lelaki tunggalnya itu. Tubuh Akmal dipeluk erat.
I love her mama. I love her so much...” Akmal berkata sambil cuba menahan tangis.
I know sayang and I’m sorry...” Datin Celina semakin menguatkan pelukan pada Akmal.


                                                                        ***
“Jaga diri baik-baik dekat tempat orang. Solat jangan lupa. Belajar betul-betul..”
Ariana tunduk ketika menyalami tangan emak. Sejak dari dalam kereta lagi emak tak habis-habis memberikan amanatnya. Macam biasa.
“Ye mak. Adik akan ingat semua pesan mak tu. Mak jangan risau okey..” Ariana memeluk dan mencium pipi emaknya erat-erat. Tiba-tiba hati terasa sebak. Kemudian dia menyalami ayah, along, kak Suri, angah dan juga kak Dahlia. Rasa sedih pulak. Tiba-tiba ramai yang datang menghantarnya hari ini. Rancangan asal hanya mak, ayah dan angah je yang nak datang hantar.
“Jaga diri elok-elok. Jangan lupa pada angah. Lagi satu jangan nak mengatal dengan mat saleh kat sana..”
“Angah!”
Angah ketawa perlahan. Ariana menarik muka ketat. Orang tengah sedih-sedih dia boleh pulak buat lawak.
“Haikal, meh sini dekat mak su....” Ariana memeluk Haikal yang sedang didukung oleh kak Suri itu. Haikal turut sama memeluknya seolah-olah anak kecil itu tahu yang mereka tidak akan berjumpa lagi untuk jangka masa yang lama. Ariana mencium pipi Haikal berkali-kali. Air mata mula hendak mengalir ke pipi apabila melihat wajah Haikal. Pasti dia akan merindui  anak kecil ini.
“Nanti kalau mak su balik, Haikal jangan tak kenal mak su ye...” Pipi Haikal dicium sekali lagi.
“Kak Dahlia...” Ariana memeluk tubuh kakak ipar yang baru beberapa bulan dikenalinya itu. Perut kak Dahlia disentuh perlahan.
“Nanti kita jumpa lepas mak su balik ya...” Ariana berbisik pada perut kak Dahlia yang sedang mengandung lima bulan itu.
“Rin...”
Ariana kemudian memeluk Suzi yang turut berada di situ. Suzi sanggup datang dari Johor semata-mata untuk mengantar dia. Air mata tidak mampu hendak ditahan-tahan lagi.
“Jangan lupakan aku...” Suzi turut sama mengalirkan air mata.
“Mestilah aku tak lupa. Kau kawan baik aku...” Ariana mengesat air mata. Hajat hati tak nak menangis tapi bila dah macam ni, air mata tak mampu nak ditahan-tahan lagi.
“Tak nak tunggu Akmal?” Suzi berbisik ketika Ariana melepaskan pelukannya. Ariana menggigit bibir. Dia mengeleng.
“Dia takkan datang sebab aku tak bagi tahu yang aku nak pergi. Biarlah. Aku bukan siapa-siapa lagi dalam hidup dia...”
Suzi memandang wajah Ariana dengan sedih. Dia tahu yang Ariana sedang menangung sakit di hati yang teramat sangat walaupun gadis itu sentiasa cuba tersenyum seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Pengumuman penerbangan ke Sydney kedengaran. Ariana menarik nafas panjang. Setelah mengucapkan selamat tinggal untuk kali terakhir, Ariana berjalan menuju ke balai perlepasan antarabangsa. Sempat dia menoleh ke belakang buat kali terakhir. Entah kenapa hati rasa sunyi. Hanya senyum hambar diberikan buat ahli keluarga yang masih menantinya sehingga dia hilang dari pandangan.
“Selamat tinggal Akmal. Semoga awak berbahagia selalu. Saya...sayang awak...” Sempat Ariana berbisik perlahan. Air mata yang mengalir di pipi diseka dengan belakang tangan.

Akmal hanya berdiri tercegat tidak jauh dari tempat Ariana dan keluarganya berdiri. Dia hanya memerhatikan Ariana dari jauh sejak setengah jam yang lalu. Tangan digenggam cuba sedaya upaya menahan diri untuk pergi mendapatkan Ariana. Sayu hatinya apabila hanya dapat melihat gadis itu pergi dari jauh. Dia tahu itulah yang terbaik untuk Ariana.
“Kenapa tak jumpa Ariana?”
Akmal menjeling sekilas di sebelah. Entah masa bila cikgu Suzi berada di sebelahnya pun dia tak sedar.
“Ini yang terbaik untuk dia...”
“Itu ke yang awak rasa? Awak tak rasa yang Ariana pergi sebab awak?”
Akmal terdiam.
 “Akmal, cikgu tak faham dengan awak ni. Cikgu bagi tahu awak yang Ariana akan fly hari ini bukan untuk awak tercegat dekat sini je dan biarkan dia pergi...”
“Saya hanya melindungi dia...”
“Yeke? Dari siapa?”
“Saya...”

                                                              TAMAT PART 1
  P//S: no more 'TO BE CONTINUED' ya. ini adalah last entri untuk SAJCL sebab editor kata nanti dia tak nak terbit kalau publish lebih dari separuh cerita.heheheh. jadi dengan itu saya, Akmal dan Ariana mahu memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan pada mana-mana entri. jika ada terkasar dan tersalah bahasa sehingga membuatkan ada yang terasa, saya memohon sepuluh jari meminta maaf ya. sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah manakala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri. doa-doakanlah manuskrip ini berjaya menambat hati editor dan sekali gus Akmal + Ariana beralih kepada versi cetakan pula. terima kasih juga diucapkan kepada readers yang tak henti-henti menyokong. kalian semua merupakan penguat semangat saya untuk terus berkarya. insyaAllah saya akan post juga teaser sikit-sikit bagi mengubati kerinduan kalian pada Akmal + Ariana. jika sudi, bacalah juga karya e-novel saya yang lain ya. hehehe..jumpa lagi nanti..salam kerinduan dari Akmal + Ariana... :P

62 140 tukang karut:

Marina said...

Thanks Cik Author, are you going to release it soon? Sedihnya...*cry like a river*

Cahaya said...

marina>>insyaAllah..dah hantar dekat editor mungkin dlm bulan jun akan dpt jawapan. apa2 berita baik insyaAllah sy akan kongsikan dengan pembaca.. :)

Wawa said...

huhu sdihnye . x sbar nk tgu nvel ni . sis , plezz trbitkn cpt . x sbar nk bce strusnye . nk bli nvelnye .

Cahaya said...

wawa>>heeeee bukan sy yg terbitkan bku ni..kn tgu berita dr editor. insyaAllah kalau ada rezeki, bolehlah jumpa akmal+ariana dalam versi cetak..heheh..

eifa said...

wah!!!!!! nak kuar versi cetak. ai like... tak sabar nak jumpa Akmal & Ariana nih. saya doakan moga cepatlah kuar yer. tahniaah utk cik writer .

Cahaya said...

eifa>>inysaAllah..tak tahu lagi keluar atau tak..belum dpt jawapan lg..doa2lah ye..

ita mohamad said...

Huuwaaa sedihnya cahaya... but entri yg akhir ni mmg tbaik la , semoga cepat terbit hihi dh x sabar ni... akmal merahsiakn sesuatu .... suspen ni huhuhu

Cahaya said...

ita>>yap. akmal merahsiakan sesuatu yg buat ariana salah faham sampai ke sudah..muehehehe.

Anonymous said...

alaaa.dah last ke..in sha Allah, sy doakan novel nie cpt2 di publish kn..hehe..rindulah nnt kat akmal ngan ariana :(

Cahaya said...

anon>>biar rindu tp jangan sampai lupakan akmal +ariana.. :P

Hamsah Ismail said...

bila nak terbit ni...tak sabar nak tunggu....akmal arianna bersama tak?

Cahaya said...

hamsah>>hmmmmmmm itu susah nk jawab. :P

ammar JAAFAR said...

novel dah terbit kan ke?? tak sabar nyee..

Cahaya said...

ammar>> kalau ada rezeki insyaAllah.. doakan ye :)

eiza mer said...

kat pasaran ble kua??

Cahaya said...

kat pasaran selepas 15 sept ya

abby sha said...

SERIUS BEST.. NK BELI NK BELI :'(

Cahaya said...

abby>> boleh dapatkan di EDITORIAL FAJAR PAKER- https://www.facebook.com/editorial.fajarpakeer?fref=ts. tajuk baru MURIDKU SUAMI AKU?

nurul nuqman said...

omg...xsampai hati pula nak habiskan baca ksh ni :'(

Cahaya said...

nurul>>silalah habiskan kalau tak..nanti tak tahu ending hahaha.

♥ iLyA_izZaTy ♥ said...

Good job Cahaya :)))

cik baba said...

Sedih citer ni....Sy baru je singgah di blog ni..dan sy pasti akan cari npvel ni. Thnks cik writer coz buat novel ni... Good job n teruskan berkarya...

Cahaya said...

cik baba>>thanks dear sebab sudi luangkan masa baca enovel ni. boleh dapatkan dengan fajar pakeer ye :)

Anonymous said...

bestlah cerita ni. Erm, ada lagi tk novel ni dekat pasaran? Nak sambung baca cerita dia balik xDD

Cahaya said...

anon>>ada dear. baru trebit sept tahun lepas. boleh beli di fajar pakeer jugak.

Anonymous said...

rasa macam nak menangis

Cahaya said...

anon>>jgn nangis jeeee.

Anonymous said...

ceita nie menarik sangat,lain dari yang lain.

Cahaya said...

anon>>thanks dear. cerita ni dah dibukukan tau. tajuk baru MURIDKU SUAMI AKU? under FAJAR PAKEER. =D

Anonymous said...

adoh!!!!!!!!.....kenapa aku menangis n sakit hati ni,biar betul? tahnia cahaya besst...ceritanya.teruskn berkarya.

Cahaya said...

anon>>thanks dear. jgn lupa dapatkan novelnya ya untuk tahu kesudahan cerita mereka.

mashitah nazri said...

huaa!! sedih nye <,: tak sabar nak beli. dah keluarkan?

Cahaya said...

mashitah>>dah keluar tahun lepas lagi. tajuk novel muridku suami aku?

Eddy D.Dragon said...
This comment has been removed by the author.
Eddy D.Dragon said...

as'salam admin....
blh tlg uploadkn novel Muridku Suami Aku complete x??
tlg ye..sy nk sgt bce novel 2..nk beli tp stok dh hbs...
tlg ye...tq

firdainn stylish korean fesyen said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Cahaya said...

eddy>>maaf ya saya tak boleh buat macam tu. semua novel yang telah dicetak tidak boleh diupload sampai habis tanpa kebenaran pihak penerbit. kaalau dekat kedai dah habis, boleh beli direct dengan fajar pakeer ye. free postage je. :)

shin mi lee said...

Akak~ sedih gila cita nie!!!! suka gila dgn watak akmal! wuaaaa!

Cahaya said...

shin>>hehe..nak tahu apa jadi pada akmal dan ariana, boleh dapatkan novelnya plus ada cerpen pendek dekat side bar blog ni. selamat terjah hehe.

Lela Berduka said...

cahaya ain, awk nye novel bukan kembar tp sama tu x update ke? suka plak sy baca... kalau betul da terbit, tp nape xde stok ek kat bookstore online?

Cahaya said...

lela>>try tgk link ni http://mustread.com.my/v1/index.php?route=product/product&filter_name=bukan+kembar+tapi+sama&product_id=95

rm 5 je dia jual

Anonymous said...

sis...citer ni mmg terbaik...saya dah lama memilikinya...buku pun naik lunyai saya baca...haha..apa apa pun tahniah sis...mmg terbaik

Anna Anuar said...

assalamualaikum....seandainya aku jatuh cinta lagi nei sekuel muridku suamiku ke dalam satu novel....

Cahaya said...

Anna>> ni bukan sekual tapi ni tajuk asal Muridku Suami aku? ceritanya sama sahaja. tapi boleh baca sambungan pendek cerita ini yang saya tulis dan letakkan di sidebar sebelah kanan.

Anna Anuar said...

thanks sis.... harga berapa yea sis....bila ia publishkn nei sis?

Cahaya said...

anna>> boleh tgk kat sini. http://www.mphonline.com/books/nsearchdetails.aspx?&pcode=9789673651788

Nurul Syafikha said...

Sis , boleh tak kalau sy share novel ni ?

Nurul Syafikha said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Syafikha said...
This comment has been removed by the author.
Ain Aqilah said...
This comment has been removed by the author.
Ain Aqilah said...
This comment has been removed by the author.
Ain Aqilah said...
This comment has been removed by the author.
Ain Aqilah said...

Novel ni still ade dipasaran atau stock tak?

\

Cahaya said...

ain>>boleh buat belian terus dengan penerbitan fajar pakeer. boleh search di fb dan pm mereka.

connie sukanda said...

Hai cahaya, I'am conny, I'm from Indonesia. I like this novel so much, and I really want to know the next story about ariana and akmal after ariana overseas.

Ain Aqilah said...
This comment has been removed by the author.
Cahaya said...

ain>>https://www.facebook.com/penerbitanfajarpakeer?fref=ts

Amy Hassan said...

Nk tanya, buku ni dh published kn? N tajuk dye muridku suami aku right??

Deqr Fatihah said...

I feel like wanna to cry . The end was so sad . I love it .

Dark Warrior said...

Nk tanya buku ni ada jual berdekatan Butterworth x..

Dark Warrior said...

Nk tanya buku ni ada jual berdekatan Butterworth x..

Cahaya said...

Dark warrior>>tak pasti sebab ni buku terbitan 2013. tapi kalau beli direct dengan penerbitan fajar pakeer boleh je.https://www.facebook.com/penerbitanfajarpakeer

Post a Comment