RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, April 21, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...(Bab 49)


BAB 49
ARIANA menongkat dagu. Fikirannya melayang sejak dari tadi lagi. Entah apa yang di fikirkan pun, dia tidak pasti. Yang pasti, otaknya asyik teringat wajah Akmal. Wajah Akmal yang mengalirkan air mata hanya sebab dia. Ariana meraup muka dengan tapak tangan. Buntu memikirkan tentang itu. Walau sekuat mana pun dia menafikan tentang perasaan sebenarnya terhadap Akmal, dia tetap tak boleh menipu diri sendiri. Dia memang cintakan Akmal. Sejak bila, dia sendiri tidak tahu. HTC ditangan dijeling lagi. Hatinya berkira-kira mahu menghubungi Akmal. Dia mahu berterus terang dengan Akmal. Tapi adakah Akmal akan menerima dia semula setelah dia menghancurkan hati lelaki itu beberapa kali. Dan bagaimana pula dengan Amirul? Macam mana dia nak berterus terang dengan Amirul yang dia sebenarnya tidak lagi mencintai lelaki itu? Rupanya selama ini dia hanya dihantui oleh kenangan silam. Perasaan yang tersimpan dihatinya itu hanyalah kenangan silam yang sukar untuk dia lupakan. Bukan kerana cinta. Amirul memang cinta pertamanya. Sebab itu sukar untuk dia melupakan Amirul. Tapi sejak kebelakangan ini baru dia sedar. Perasaan dia terhadap Amirul hanyalah perasaan seorang remaja berumur 17 tahun dan bukan lagi perasaan gadis berusia 24 tahun.
“Hai Rin. Menung panjang nampak. Ingat buah hati ke?” Teguran Sofia membuatkan Ariana kembali ke alam nyata.
“Buah hati pun dah tak ada...” Perlahan Ariana menjawab.
“Hah? Kau cakap apa tadi?”
“Hmmm? Aku ada cakap apa-apa ke?” Ariana bertanya kembali. Kepala dah ting tong tak tahu nak fikir apa.
Kening Sofia terangkat. Agak hairan dengan sikap Ariana sejak dua menjak ini. Gadis itu agak murung dan pendiam. Kurang bercakap dan lebih suka menyendiri.
“Rin, kau ada masalah ke?” Sofia bertanya. Ariana menarik nafas panjang.
“Manusia mana yang tak ada masalah...”
“Memanglah. Tapi kalau kau ada masalah, tak salah kan nak berkonsi cerita? Walaupun itu bukan jalan penyelesaian terbaik tapi sekurang-kurangnya ringan sikit bahu kau memikul beban tu. Betul tak?”
Ariana terdiam. Memang benar apa yang Sofia cakap tu. Tapi bercerita pada Sofia tentang masalah dia dengan Akmal dan Amirul rasanya macam tak patut. Tambah-tambah Sofia tidak tahu tentang hubungan dia dengan Akmal.
“Hmmm. Aku tak paksa kau nak cerita atau tak. Tapi kalau kau perlukan telinga untuk mendengar, kau tahu siapa kau patut cari kan...”
Ariana hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang.
“Ye, aku tahu mana nak cari...” Ariana berkata perlahan sebelum mencapai HTC yang terletak di atas meja.
                                                                        ***
“Hah? Macam mana boleh jadi macam tu?!”
Ariana menjauhkan HTC dari telinga. Dia mengetap bibir.
“Wei mak cik. Cakap tu perlahan sikit boleh tak?” Ariana berkata agak geram.
“Eh sorry-sorry. Biasalah. Kau macam tak kenal aku..”
Ariana memutarkan bebola matanya. Dah jadi isteri orang pun perangai tak berubah.
“Dah tu macam mana sekarang?”
“Macam mana apanya?” Ariana bertanya. Sesekali dia menepuk nyamuk yang hinggap ditangannya. Takkan dalam Taman Sains ni dah jadi tempat pembiakan nyamuk pulak? Ariana bertanya sendiri.
“Pasal kau dengan Akmal lah. Takkan kau nak putus macam tu je...”
“Habis tu, aku nak buat apa...” Ariana bertanya perlahan. Sedih hatinya apabila mendengar pertanyaan Suzi itu.
“Lah, kau pergilah jumpa Akmal. Cakap pada dia yang kau sayangkan dia. Habis cerita...”
Ariana menggigit bibir. Berbahang muka apabila mendengar cadangan Suzi itu. Apa ingat senang ke nak luah perasaan pada orang?
“Aku....malu...” Ariana menjawab perlahan.
“Malu? Nak malu apanya. Kau sayang Akmal ke tak sebenarnya ni?”
Ariana mengaru dagu yang gatal digigit nyamuk. Muka dah terasa tebal tiga inci.
“Wei, kau dengar tak aku tanya ni?”
“Dengar....”
“Dah tu?”
“Dah tu apa?”
“Ya Allah. Dah kau ni kenapa Rin? Kerja nak main tarik tali je. Kau nak ke Akmal tu suka dekat orang lain? Kawin dengan orang lain? Nak ke macam tu?”
“Tak nak!” Laju Ariana menjawab. Muka dah rasa macam terbakar.
“Ha, tahu takut, jadi apa tunggu lagi? Pergilah jumpa Akmal dan berterus terang dengan dia...”
“Macam mana kalau, macam mana kalau Akmal tak nak jumpa aku? Yelah, kan ke aku dah hancurkan hati dia. Bukan sekali tapi berkali-kali...”
“Kau kena usahalah. Pujuk si Akmal tu. Kau dah lama bercinta dengan Akmal tu kan. Mesti kau tahu cara nak pujuk dia. Betul tak?”
Ariana mengaru kepala yang tidak gatal.
“Errr, sebenarnya. Aku mana pernah pujuk dia kalau dia merajuk.”
“Hah? Bertuah punya kawan. Selama ni kau tak pernah pujuk dia?”
Ariana hanya tersengih namun tersedar yang Suzi tak mungkin nampak yang dia sedang tersengih itu.
“Aku mana reti nak pujuk orang merajuk ni. Tambah-tambah lelaki...macam Akmal...”
“Hmm, kau kena ushalaha. Tunjukkan sikit yang kau betul-betul sayangkan dia. Macam mana caranya, itu kau kena fikir sendiri. Kau sendiri cakap yang Akmal dah banyak berkorban untuk kau. Now it’s your turn...”
“Hah? Aku nak buat macam mana?” Ariana bertanya mengelabah. Pujuk Akmal? Ngahh, memang tak terbayang dek lojik akal macam mana gaya dia pujuk Akmal.
“Itu terpulang pada kau. Aku tak boleh tolong. Kau je yang kenal Akmal tu macam mana...”
Ariana terdiam. Dia melepaskan keluahan berat.
“Fine. Tapi...macam mana dengan Amirul?”
Giliran Suzi pula terdiam.
“Wei, kau dengar ke tak ni?”
“Sabar boleh tak? Aku tengah fikir ni..”
Ariana menunggu beberapa ketika.
“Pasal Amirul tu, kau tak ada pilihan lain..”
Kening Ariana terangkat sebelah.
“Maksud kau?”
“Terus terang je pada dia yang kau dah tak cintakan dia lagi. Senang...”
Ariana mengetap bibir. Kalau setakat nak bagi cadangan macam tu, baik tak payah. Dia pun boleh fikir.                                      
                                                                   ***
Akmal termenung sambil merenung tingkap. Gitar yang tertulis nama dia dan Ariana dipeluk erat. Sukar untuk dia menghadapi kenyataan yang perhubungan antara dia dan Ariana sudah berakhir. Dia tidak pernah membayangkan begini pengakhiran hubungan mereka walaupun dia tahu Ariana masih belum mempunyai perasaan sayang terhadapnya. Sangkaannya, lambat laun Ariana pasti akan mempunyai perasaan terhadapnya. Namun dia silap. Ariana tidak pernah menyayanginya. Hati gadis itu hanya untuk bekas teman lelakinya. Mengingatkan hal itu membuatkan hati Akmal remuk. Hati lelakinya berasa cemburu dengan Amirul, lelaki yang berjaya mencuri hati Ariana. Ariana tetap setia menunggu lelaki itu walaupun lelaki itu pernah mengecewakan Ariana.
Akmal memetik gitar melagukan melodi Living To Love You tanpa sedar. Tidak dapat dibayangkan bagaimana dia mahu meneruskan hidup ini tanpa Ariana di sisi. Dia juga tidak mampu membayangkan yang Ariana berada di samping lelaki lain. Berada dalam dakapan lelaki itu...
Setitis air mata jatuh di atas gitar berwarna merah itu.
Akmal mengalihkan pandangan ke arah HTC yang bergetar di atas meja. Laju dia mencapai telefon tersebut. Sangkaannya Ariana yang menghubunginya. Ariana yang dia cintai itu menghubunginya untuk meluahkan perasaan sayang gadis itu kepadanya. Namun, harapannya yang mengunung itu berubah kepada rasa hairan apabila melihat nombor telefon rumah keluarganya naik di skrin.
“Helo...” Akmal bersuara terlebih dahulu.
“Helo abang, mama ni....”
“Mama sihat?” Akmal kembali duduk di atas katil.
“Mama sihat. Tapi papa...”
Jantung Akmal berdegup kencang.
“Kenapa dengan papa?”                                            
                                                                     ***

Pandangan di hala ke sekeliling. Dia sendiri tidak tahu apa yang dicari ketika itu. Sejak sejam yang lepas, dia hanya berlegar-legar di pusat beli belah itu tanpa tahu tujuan asal. Fikiran rasa buntu dan rungsing. Masalah pula datang bertimpa-timpa sampai dia tak tahu nak fikir yang mana satu. Yang paling menyerabutkan kepada ialah masalah Akmal dengan Amirul. Dia tidak tahu mana satu yang paling menyerabutkan kepalanya ketika itu. Amirul atau Akmal? Arghhh. Kusut.
Langkah kaki Ariana terhenti betul-betul di hadapan kedai muzik itu lagi. Masuk kali ini sudah tiga kali dia melalui depan kedai tersebut. Entah kenapa, setiap kali dia melalui kedai tersebut, hatinya bagai ditarik-tarik untuk masuk ke dalam kedai itu. Dia rasa dekat sangat dengan Akmal apabila berada di kedai tersebut. Mungkin kerana dia mempunyai kenangan indah di sini. Kenangan ketika Akmal memainkan piano khas untuk dia. Dihadapan orang ramai yang melihat, Akmal menuturkan kata-kata indah itu dan ketika itu dia mula jatuh cinta dengan Akmal.
Ariana tergamam seketika. Dia jatuh cinta dengan Akmal ketika kali pertama dengar Akmal mainkan piano untuk dia? Sukar untuk dia mempercayainya. Dia sudah mencintai Akmal sejak dari hari itu namun sehingga sekarang barulah kata-kata itu terluah? Itu pun bukan dihadapan Akmal? Ariana seperti mahu terjun ke tingkat bawah. Kenapa dia begitu bodoh sehingga tidak sedar akan perasaannya sendiri? Kalaulah dia sedar lebih awal yang dia sebenarnya telah lama mencintai Akmal, pasti semua ini tidak berlaku.
Ariana menarik nafas panjang. Dia telah membuat keputusan. Dia mahu menemui Akmal. Dia mahu meluahkan segala perasaannya pada Akmal. Dia tidak peduli sama ada Akmal mahu mendengar atau tidak. Dia tak peduli jika Akmal sudah benci dan tidak mahu berjumpa dengan dia lagi. Dia sudah tidak peduli. Apa nak jadi, jadilah.
Langkah kaki Ariana terhenti apabila melihat kelibat seseorang yang melintas di hadapannya. Sukar untuk dia mempercayainya namun dia yakin matanya tidak berbohong. Dia mengeluarkan HTC lalu di dail nombor tersebut.
Amirul mengeluarkan telefon bimbit yang bergegar di poket. Berubah sebentar wajahnya apabila melihat nama Ariana naik di skrin. Tanpa rasa bersalah, dia mematikan telefon tersebut sebelum memasukkan telefon itu kembali ke dalam poket.
“Sayang, siapa yang telefon?” Rina yang memeluk lengannya dengan manja itu bertanya.
“Hah? Errr. Tempat kerja. I malas angkat. I kan sekarang dengan you...” Amirul menjawab cuba memaniskan muka namun dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu.
Ariana mengetap bibir geram apabila Amirul dengan sengaja mematikan telefon. Segala gerak geri Amirul bersama gadis itu jelas kelihatan di matanya. Hatinya rasa sakit kerana dipermainkan oleh Amirul buat kali kedua. Dia patut sedar lelaki seperti Amirul tidak pernah mahu berubah dan dia tidak sepatutnya memberikan peluang kepada Amirul. Ariana menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah menghampiri pasangan merpati dua sejoli itu.
“Hai Amirul. Awak buat apa kat sini?” Ariana menegur sambil berpura-pura terkejut. Amirul yang sedang melayan Sabrina itu terkejut besar melihat kehadiran Ariana di situ. Sungguh dia tak sangka yang dia akan terserempak dengan Ariana di situ.
“Eh Arin...errrr you...ehh...awak buat apa kat sini?” Amirul bertanya mengelabah.
“Saja jalan-jalan...” Ariana menjawab. Hatinya rasa sakit melihat gelagat Amirul dengan pasangannya itu. Kalau ikutkan hatinya yang marah ini, mahu sahaja dia melayangkan tendangan percuma ke wajah lelaki itu. Tak guna!
“Errr.....” Amirul tak tahu nak kata apa. Peluh jantan mula menitik di dahi.
“Sayang, siapa ni? Kawan you ke?” Tanya Sabrina agak curiga.
Sayang?
“Err...ni Arin...err..kawan sekolah I...”
Kawan sekolah?
“Ohh. I Sabrina. Tunang Amirul...”
Tunang?
Hati Ariana semakin mengelegak apabila mengetahui yang gadis itu merupakan tunang Amirul. Amirul semakin mengelabah namun tidak berkata apa-apa dan perkara ini mengesahkan kata-kata Sabrina itu. Ariana cuba sedaya upaya menahan dia dari menempeleng wajah Amirul itu. Dia cuba mempamerkan riak wajah selamba dan ceria ketika mendengar berita menyakitkan itu.
“Really? Amirul tak pernah cakap pun dia dah bertunang. Anyway, congratulation. Bila nak langsung?”
Thanks. End of this Mei. Jemputlah kalau free...”
Hujung bulan lima? Tak sampai sebulan lagi?
“Sure....” Ariana menjawab masih lagi tersenyum. Rasa seperti mahu disiat-siatnya muka Amirul ketika itu.
“Tak apalah kalau macam tu. Saya balik dulu...” Ariana segera berlalu dari situ. Tak sanggup nak berlama-lama di situ. Sepanjang perjalanan, tiada setitik air mata pun yang jatuh di pipi sehingga membuatkan dia sendiri berasa hairan. Adakah ini balasan Allah kerana telah menghancurkan hati Akmal? Akmal yang jujur mencintainya telah dihancurkan hatinya oleh dia hanya kerana lelaki tak guna seperti Amirul.
“Akmal, maafkan saya....”
                                                                        ***
“Arin, please....”
Ariana memandang ke arah wajah Amirul itu dengan meluat.
“Awak nak apa lagi ni Mirul? Tak puas hati lagi ke awak nak sakitkan hati saya?” Ariana bertanya dingin. Agak bengang juga apabila Amirul mencarinya di sekolah. Buat malu je. Nasib baiklah Amirul berkata dengan pengetua yang dia itu sepupu Ariana. Ada urusan keluarga katanya. Nasib baiklah Amirul pandai memberi alasan munasabah, kalau ttak memang kena rejam dengan pembaris panjang yang dia selalu guna buat garisan semasa dalam kelas.
“Arin, tolonglah bagi saya satu lagi peluang...”
Ariana merenung tajam ke arah Amirul. Rasa macam tak percaya yang Amirul boleh meminta satu lagi peluang lepas apa yang lelaki itu dah buat.
“Peluang apa lagi yang awak nak? Maaflah Amirul, saya dah tak ada hati nak teruskan perhubungan ini. Bukan sekali awak khianati saya. Tapi dua kali!” Ariana bersuara tegas namun nada suara masih di kawal. Bimbang di dengari oleh warga sekolah. Amirul buat muka sedih membuatkan Ariana semakin meluat.
“Saya tahu saya bersalah. Tolonglah dengar apa yang saya nak cakap dulu...”
Ariana menjeling.
“Saya tak ada masa nak dengar awak punya alasan lagi. Siapa suruh awak pandai-pandai datang sini?”
“Maafkan saya. Tolonglah dengar dulu apa saya nak cakap ni...”
Ariana berasa rimas dengan pujuk ray Amirul itu.
“Fine. Five minutes....”
Amirul menarik nafas panjang. Agak lega akhirnya Ariana mahu mendengar alasannya.
“Saya minta maaf Arin..saya...”
“Tak payah nak minta maaf Mirul, cakap je apa yang awak nak cakap tadi...”
“Saya sayangkan awak Arin...saya...”
“Sudahlah Amirul tak payah nak ulang benda yang sama. Saya bukan pekak lagi...”
Amirul terdiam. Sakit hati juga apabila dia mendengar kata-kata Ariana itu.
“Arin, saya ikhlas sayangkan awak. Saya nak melamar awak..”
Ariana memandang sinis ke arah Amirul. Buat lawak ke apa mamat ni?
“Yeke? Macam mana dengan tunang tu? Takkan awak rancang nak bertunang dengan orang lain tapi kawin dengan orang lain?”
“Saya...tak cintakan Sabrina...”
Kening Ariana terangkat.
“Masakan awak tak cintakan dia. Bukankah dia tunang awak?”
“Saya terpaksa bertunang dengan dia.”
Ariana rasa macam nak gelak guling-guling apabila mendengar kata-kata Amirul itu.
“Terpaksa? Macam mana awak boleh rasa terpaksa sedangkan awak tu lelaki?”
Amirul terdiam seperti kehilangan kata-kata.
“Amirul, kalau awak nak diam membisu macam tu, terpulang tapi saya tak ada masa nak layan awak lagi...” Ariana mahu melangkah meninggalkan Amirul yang masih membisu itu.
“Sabrina mengandungkan anak saya...”
Langkah kaki Ariana terhenti. Macam tak percaya sahaja dengan apa yang dia dengar.
Sorry? Mungkin saya tersalah dengar jadi boleh awak ulang sekali lagi?”
Amirul terdiam seketika sebelum nafas ditarik perlahan.
“Sabrina mengandungkan anak saya.”
Ariana merenung ke arah Amirul dengan rasa tak percaya. Bagaiaman Amirul boleh bertindak sehingga sejauh itu? Amirul yang dia kenal dulu memang telah berubah tiga ratus enam puluh darjah.
“Sabrina balik Malaysia lepas dia tahu dia mengandungkan anak saya. Dia mendesak saya supaya berkahwin dengan dia. Saya tak sangka...saya tak tahu benda ni macam mana boleh jadi...” Amirul meraup muka dengan tapak tangan. Ariana masih tergamam dengan berita yang baru sahaja dia dengar.
“Awak kata awak tak tahu macam mana boleh jadi? Saya rasa awak pasti lebih arif...” Ariana berkata sinis.
“Arin, tolonglah jangan buat saya macam ni. Saya cintakan awak...”
Ariana terasa seperti mahu muntah apabila mendengar kata-kata Amirul itu.
“Cintakan saya? Memang nampak sangat yang awak cintakan saya..” Sinis lagi Ariana menjawab.
“Kita kawin. Kita mulakan hidup baru. Please Arin...”
Ariana mencebik.
“Habis tu macam mana dengan tunang awak? Anak awak?”
Amirul terdiam seperti kehilangan kata-kata.
“Walau macam mana sekalipun, awak kena bertanggung jawab. She’s got your baby. Awak kahwinlah dengan dia. Pasal saya awak tak payah risau...”
Amirul mengangkat muka.
“Saya nak kawin dengan awak. Hanya awak yang saya cinta...”
“How’s about Sabrina?”
“She...she can be my second wife. Lepas je baby tu lahir, saya akan ceraikan dia dan kita boleh bina hidup baru...”
Ariana mengetap bibir. Hatinya terasa geram mendengar kata-kata Amirul itu. Bagaimana lelaki yang dulunya bertanggung jawab dan penyayang boleh berubah seperti lelaki di hadapannya ini? Kejam.
“Maaflah Amirul. Saya tak boleh terima. Nak bina hidup baru atas kehancuran insan lain? Saya tak fikir begitu. Walaupun awak dah kecewakan hati saya buat kali kedua, saya tak sanggup nak kecewakan Sabrina. Saya faham perasaan dia. Tambah-tambah dia mengandungkan anak awak. Maaf. Saya tak boleh terima. Pergilah pada Sabrina. Dia lebih perlukan awak. Anak awak perlukan awak. Masih belum terlambat untuk awak berubah, bertaubat. Langkah pertama untuk awak berubah ialah, betulkan balik kesalahan yang awak dah buat dengan menerima Sabrina dan anak yang bakal lahir itu dalam hidup awak seikhlas hati. Lagi pun saya percaya, Sabrina sayangkan awak. Bukan mudah untuk seorang perempuan mahu menerima bayi yang dikandung walaupun belum menikah. Dia betul-betul sayangkan awak sampaikan sanggup menerima sebarang akibat. Jadi, hargailah dia. Binalah hidup baru dan....jauhi saya.” Ariana berkata sebelum melangkah pergi meninggalkan Amirul dibelakang. Ariana menarik nafas panjang. Dalam hati mengucapkan rasa syukur di dalam hati kerana ditunjukkan kebenaran oleh Allah sebelum semuanya terlambat. 
P/S: TO BE CONTINUED                         

17 140 tukang karut:

Anonymous said...

grrr..ariana mmg thp sengal lh....gerammmmnya..

Marina said...

Thank you, nak lagi...

Cahaya said...

anon>>hehehehe..dia memang snegal dr dulu lagi..dr zaman akmal sekolah lagi..

Cahaya said...

marina>> inysaAllah nanti akan up lagi..mungkin last entri..

Marina said...

^ Cik Arthor last entry sedihnya... bila nak dapat peluk Akmal eh I meant novelnya hahah! Thank you!











Cahaya said...

marina>>mungkin last entri..hehehe..tak decide lg..

ita mohamad said...

Haa novel cahaya dh nk kuar ke ?
Akk nk beli dr cahaya tau n autograf skali

Cahaya said...

ita>ehhh belum lg..tp saje nk stop.hehehe..tp nanti sy tanya editor dulu boleh ke post sampai habis..

ita mohamad said...

Alaa ita nk bgi present pd suami lama lg ke novel ni kuar cahaya dh x sabar ni

ita mohamad said...

Dh biasa tiap hari baca novel cahaya dh mcm tgk drama bersiri , tiba2 xdpt bc lg ceta x end huhu kena tunggu novel siap sabor jer

Cahaya said...

ita>>hehehehe..tadi ada sembang dengan editor, dia kata tak boleh publish dekat blog lebih daripada separuh muka surat, nanti editor tak nak terbit. lepas tu katanya nk dpt jawapan tu mungkin dalam bulan jun jugak..katanya kalau okey insyaAllah akan terbit tapi semuanya atas rezeki kan..kalau ada rezeki tu insyaAllah tak ke mana. yang penting doa2lah ye..hehehe :)

ita mohamad said...

X sabar nk tggu esok smbung cpt tau cahaya hihihi

Cahaya said...

ita>>insyaAllah malam ni..last entri SAJCL..huhuhu..maybe lepas ni just up teaser je..

ita mohamad said...

Sama kita doa semoga semua bjln lancar , harap last entri ni de akmal n ariana huhuhu.

Cahaya said...

ita>>insyaAllah ada..dh up dah..trylah baca.hope last entri tak mengecewakan akak.. :P

nurul nuqman said...

xsukaaaaaaaaaaaaaa..... mengong rrrr ariana ni...terlambat sedar perasaan dy...bencii..mirul ni poula nak kena debik dgn cik weeda agaknya.menyemak je..serabut la..cianna akmalll :'(

apa jadi pada papa akmal???

Cahaya said...

nurul>>apa jadi kat papa akmal ada dalam novel.sila terjah hahaha.

Post a Comment