RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, April 20, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...(Bab 48)


BAB 48
“Kita nak kemana ni?” Ariana bertanya apabila sejak dari tadi lagi mereka asyik berjalan tanpa arah tujuan.
“Terpulang. Awak nak ke mana?” Amirul menjawab. Ariana mengangkat bahu. Walaupun hari itu merupakan temu janji rasmi mereka yang pertama, namun keterujaan itu seolah-olah sudah tiada. Makin bosan lagi ada. Kalau dia tahu, baik dia duduk rumah lepak depan tv layan cerita hindustan je. Amirul pula seperti tidak berminat untuk ke mana-mana. Bila ditanya destinasi seterusnya, lelaki itu hanya menjawab terpulang dan menyuruhnya membuat keputusan padahal lelaki itu yang beriya-iya sangat mengajaknya keluar.
“Nak tengok wayang?” Amirul bertanya akhirnya ketika mereka berhenti dihadapan panggung wayang. Ariana memandang ke arah pangung wayang tersebut. Fikirannya teringat kembali kenangan lalu. Kenangan semasa dia, Suzi, Sarah dan Akmal menonton wayang buat pertama kalinya.
“Arin? Awak okey ke ni?”
Suara Amirul menyedarkan Ariana di alam nyata.
“Hah? Awak tanya apa tadi?”
“Nak tengok wayang tak?”
Cepat-cepat Ariana mengeleng. Tak sanggup nak masuk tempat yang sama apabila kepala asyik terbayangkan wajah Akmal.
“Dah tu nak pergi mana ni?” Amirul bertanya bosan.
“Kita jalan je dulu.” Ariana memberikan cadangan yang dia sendiri tahu bakal menambah skala kebosanan mereka pada hari itu. Amirul tidak berkata apa-apa.
Ariana berjalan di sepanjang laluan tersebut tanpa mengendahkan Amirul disebelah. Dia sendiri tertanya-tanya kenapa dia membazirkan masa keluar dengan Amirul pada hari itu.
Langkah kaki Ariana terhenti apabila mereka tiba dihadapan kedai menjual alat-alat muzik yang pernah dia dan Akmal singgah dulu. Hatinya tiba-tiba terasa sebak apabila teringat kenangan Akmal bermain piano untuknya dahulu. Masih segar ditelinganya akan alunan melodi yang dimainkan oleh Akmal ketika itu.
“Kenapa berhenti sini?” Amirul menegur seperti kurang senang. Ariana menjeling sekilas namun tidak menjawab. Dengan berat hati, dia kembali melangkah meneruskan perjalanan.
“Kita turun bawah...” Ariana berkata perlahan. Amirul tidak menjawab. Mereka sama-sama menuju ke enskeletor untuk ke tingkat bawah.
“Raminya orang. Ada apa ni?” Amirul bertanya sendiri. Ariana malas nak menjawab. Dia memandang sekeliling. Memang keadaan masa tu ramai orang. Lebih ramai dari hari-hari biasa.
“Patutlah. Ada pertandingan nyanyian rupanya...” Amirul berkata lagi. Ariana menjengahkan leher mahu melihat ke atas pentas. Kelihatan soerang gadis sedang menyanyikan lagu Muara Hati.
“Nak tengok ke?” Amirul bertanya.
“Terpulang pada awak. Saya ikut je...” Giliran Ariana pula menuturkan dialog seperti itu. Sebetulnya dia tak berapa suka sangat berada di tempat sesak sebegitu. Amirul berjalan di celah-celah orang ramai untuk melihat persembahan nyanyian itu dengan lebih jelas. Ariana yang mengekori lelaki itu dari belakang kelihatan terkial-kial meredah lautan manusia itu. Amirul pula seperti tidak menyedari yang dia sudah jauh ketinggalan di belakang.
Excuse me...” Ariana berkata perlahan ketika dia terpaksa menyelit di celah-celah orang ramai itu. Dia memandang sekeliling. Nampaknya dia sudah kehilangan jejak Amirul. Setelah hampir lima minit dia mencari Amirul dalam lautan manusia itu, Ariana akhirnya mengambil keputusan untuk keluar sahaja dari kawasan tersebut.
Ariana mengambil tempat duduk yang disediakan tidak jauh dari kawasan tersebut. Sesekali dia memanjangkan leher ketika mencari kelibat Amirul namun hampa. Ariana mengeluarkan HTC lalu nombor Amirul di dial. Setelah menunggu beberapa lama, Ariana kembali memutuskan talian. Mungkin Amirul tak dengar telefonnya berbunyi. Ariana menunggu lagi untuk beberapa lama. Pandangan di hala ke arah kumpulan manusia yang masih bersesak di lobi pusat beli belah itu. Kenangan lama datang menjengah lagi. Kenangan semasa PC Fair tahun lepas. Kenangan semasa temu janji pertama dia dengan Akmal. Senyum hambar terukir di bibir apabila dia mengingat kembali yang Akmal pernah mahu memegang tangannya semata-mata bimbang dia akan hilang lagi dalam lautan manusia itu.
Lamunan Ariana tersedar apabila HTCnya berbunyi. Laju dia menjawab panggilan tersebut apabila mendapati Amirul yang menelefonnya.
“Helo Mirul. Awak dekat mana ni?”
“Helo Arin. Sorry. Saya terpaksa balik dulu. Ada hal. Awak balik sendiri boleh?”
“Kenapa pula? Hal apa yang penting sangat tu sampai tak sempat nak jumpa saya?” Ariana bertanya tidak puas hati. Sungguh dia tak sangka yang Amirul tergamak meninggalkan dia macam tu sahaja.
Sorry Arin. Saya tak boleh cakap lama ni. Jumpa nanti. Bye...”
“Mirul. Nanti..!” Namun sudah terlambat. Amirul sudah memutuskan talian telefonnya sebelum sempat Ariana berkata apa-apa. Dengan rasa sebal dan geram, HTC dimasukkan kembali ke dalam beg tangan. Ariana mengeluh berat sebelum bangun dan melangkah keluar dari pusat beli belah itu untuk mendapatkan teksi.

                                                                        ***
AMIRUL meletakkan kembali telefon bimbitnya disebelah tempat duduk penumpang. Dia memandu laju menuju ke suatu destinasi. Panggilan telefon beberapa minit tadi benar-benar mengejutkannya. Dia tak menyangka akan berdepan dengan situasi sekarang. Nampaknya dia perlu mengubah segala rancangan asal. Setelah memakirkan kereta, Amirul keluar dari kereta dan tergesa-gesa berjalan menuju ke pintu masuk lapangan terbang itu. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan mencari kelibat seseorang.
“Shaz....”
Amirul menoleh. Dengan muka masam, dia berjalan menghampiri insan yang memanggilnya tadi.
“Kenapa balik tak cakap?”
“Saja nak suprise you. Suka tak tengok I balik?”
“Hmm. Jom I hantar you balik...” Amirul menarik beg bagasi sebelum berjalan menuju ke pintu keluar.
“Shaz....I rindukan you...”
“Rina, please. Ni bukan dekat Jepun. Please behave...” Amirul menolak tubuh Sabrina yang cuba memeluk dan menciumnya itu. Gadis itu memuncungkan bibir.
But I miss you. I miss you so much...” Sabrina merengek manja. Amirul menarik nafas panjang sebelum mereka sama-sama berjalan keluar dari lapangan terbang itu.

                                                                           ***
TING TONG...
Fadil menunggu beberapa ketika sebelum kembali menekan loceng pada pagar tersebut. setelah beberapa kali menekan loceng namun tiada yang membuka pintu, dia mengeluarkan segugus kunci dan membuka pintu pagar.
“Aik, takkan tak ada dekat rumah kot. Kereta ada...” Fadil bertanya sendiri ketika berjalan masuk ke halaman rumah tersebut. mata memandang ke arah kereta sport merah milik Akmal yang tersadai di tempat letak kereta.
“Assalamualaikum....Akmal...” Fadil mengetuk pintu beberapa kali namun masih tiada tanda-tanda Akmal berada di rumah. Setelah puas menunggu, dia mengambil keputusan untuk membuka pintu tersebut dengan kunci yang diberikan oleh Akmal. Memang selalunya dia akan ke rumah Akmal dan kadang-kadang bermalam di situ.
“Akmal.....” Fadil memanggil lagi. Mata memandang sekeliling ruang yang kosong itu. Dah nama pun rumah bujang, apa pun tak ada. Hanya sebuah televisyen dan peti sejuk je serta dapur untuk memasak. Lagipun Akmal lebih banyak menghabiskan masa di dalam biliknya sendiri.
“Akmal. Kau ada dekat dalam ke?” Fadil mengetuk pintu bilik Akmal namun masih tiada balasan. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu dan menolak pintu tersebut. Kepala dijengukkan ke dalam. Matanya tertumpu pada tubuh Akmal yang sedang berbungkus dengan selimut di atas katil.
“Akmal, kau kenapa ni?” Fadil cepat-cepat masuk ke dalam bilik apabila dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada kawan baiknya itu.
“Akmal, kau tak sihat ke?” Fadil duduk di hujung katil. Mata tertumpu pada wajah Akmal yang pucat itu. Spontan tangan menyentuh dahi Akmal. Panas.
“Akmal, kau demam ni. Kita pergi klinik..” Fadil mengerakkan tubuh Akmal beberapa kali. Bimbang benar dia apabila Akmal tidak menunjukkan respon.
“Akmal....” Fadil mencuba lagi dan berdoa yang Akmal akan terjaga.
Dengan susah payahnya Akmal membuka mata apabila terdengar suara seseorang di sebelahnya.
“Ariana....” Mulutnya menutur perlahan. Dengan samar-samar dia melihat bayangan Ariana sedang berada di sebelahnya. Tangan cuba digerakkan namun dia seperti tiada tenaga. Kepala pula terasa berat dan pening. Rasa seperti dunia sedang berputar laju membuatkan dia seperti mahu muntah.
“Akmal...bangun. Kita pergi klinik...” Suara Fadil sayup-sayup kedengaran di telinganya. Dia cuba membuka mata yang dirasakan seperti telah digam dengam gam gajah.
“Ariana...”
“Mal, ni akulah. Fadil...”
Akmal akhirnya berjaya membuka mata. Wajah Ariana yang samar-sanar itu telah bertukar dengan wajah Fadil. Fadil merenungnya dengan raut wajah cemas.
“Mana....Ariana...”
Berkerut dahi Fadil ketika mendengar pertanyaan Akmal itu.
“Cikgu tak ada. Aku sorang je...”
Akmal memejamkan mata. Dia pasti yang dia nampak Ariana tadi. Ariana telah kembali kepadanya. Ariana tidak pernah meninggalkan dia.
“Aku nampak....Ariana..mana dia...” Dengan bersusah payahnya Akmal menuturkan ayat tersebut membuatkan Fadil semakin hairan. Dalam kepalanya mula berfikir pasti ada sesuatu yang sedang berlaku antara Akmal dan Ariana.
“Mal, kita pergi klinik dulu. Kau demam teruk ni...”
“Ariana...mana Ariana...”
Fadil menarik nafas panjang. Tidak tahu apa yang harus dibuat. Bimbang pula Akmal tiba-tiba meracau memanggil nama bekas gurunya itu.
“Kita pergi klinik dulu. Lepas tu kita jumpa cikgu...”
Akmal merenung wajah Fadil dengan lemah sehingga membuatkan Fadil rasa serba salah.
“Kita ke klinik dulu okey...” Fadil cuba membantu Akmal bangun dari katil. Akmal memegang kepalanya yang tiba-tiba pening itu. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya dia berjaya juga bangun dari katil yang sudah tiga hari tidak ditinggalkan itu sejak demam.

Fadil menjeling sekilas ke arah Akmal yang sedang memejamkan mata di sebelah. Dalam kepala penuh dengan perlbagai persoalan namun mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya. Lagipun dirasakan yang sekarang bukanlah waktu yang sesuai. Mujurlah Akmal hanya di serang demam biasa sahaja. Dalam hati terselit rasa bersalah apabila megetahui sudah tiga hari Akmal demam. Patutlah semua panggilan telefon dan juga mesej tidak dibalas oleh kawan baiknya itu. Rupanya terlantar sakit seorang diri dirumah sewanya itu.
Setelah memakirkan kereta di halaman rumah sewa Akmal, Fadil keluar dari kereta dan berjalan menuju ke pintu tempat duduk penumpang. Pintu dibuka perlahan-lahan.
“Mal. Kita dah sampai...” Fadil mengejutkan Akmal yang masih lena itu. Akmal membuka mata. Dia memandang sekeliling sebelum bangun dan keluar dari kereta dengan dibantu oleh Fadil. Dalam hati terbit rasa bersyukur kerana dikurniakan sahabat baik seperti Fadil. Fadil sentiasa bersamanya tak kira susah dan senang.
Fadil memapah Akmal masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke bilik tidur Akmal. Setelah Akmal berbaring di atas katil, Fadil segera menuju ke dapur. Mangkuk  dan sudu dicapai dari rak. Bubur nasi dan sup ayam yang sempat dibeli tadi, dituang ke dalam mangkuk yang berasingan. Sekotak susu dikeluarkan dari peti sejuk Akmal lalu dituang ke dalam gelas. Dulang diambil lalu diletakkan mangkuk da gelas tadi sebelum ditatang menuju ke bilik Akmal.
“Mal, bangun makan dulu. Lepas tu makan ubat..”
Akmal membuka mata. Walaupun perut terasa lapar, namun tubuh terasa lemah sangat sampai nak buka mata pun tak larat. Fadil meletakkan dulung tersebut di atas meja. Dia membantu Akmal bangun. Akmal menyandarkan tubuh pada kepala katil.
Thanks Fadil...” hanya itu sahaja yang terkeluar dari bibir Akmal.
“Dah. Jangan nak banyak cakap. Makan...” Fadil menjawab sambil mengambil dulang tadi.
“Kau nak makan sendiri atau aku nak suap?” Fadil bertanya sambil mengangkat kening. Sengih terukir di bibir. Akmal membuat muka sebelum mencapai mangkuk bubur lalu menyuap sendiri. Walaupun tangan terasa berat namun dia mengagahkan diri juga untuk menyuap sendiri makanan tersebut. Walaupun Fadil itu kawan baiknya, dia tetap berasa segan jika dilayan secara berlebihan oleh kawan baiknya itu. Lainlah kalau Ariana yang menyuapnya. Tiba-tiba hati Akmal menjadi sedih. Sudah hampir berminggu-minggu dia tidak berjumpa atau berhubung dengan Ariana. Setiap saat yang dilalui umpama seperti hidup tanpa berbekalkan oksigen yang mencukupi. Sentiasa sesak di dada.
Fadil hanya memerhatikan Akmal makan. Dalam kepala masih lagi tertanya-tanya apa yang sedang berlaku sekarang sehingga Akmal sampai jatuh sakit.
“Nah...” Fadil menghulurkan gelas yang berisi susu itu ke arah Akmal. Akmal mengambil gelas tersebut tanpa sebarang kata.
“Makan ubat ni...”
Ubat diambil dan ditelan tanpa sebarang bantahan.
Setelah meletakkan dulang di atas meja, Fadil kembali mengadap wajah Akmal yang sudah kelihatan agak kemerahan itu.
“Mal, aku tanya sikit boleh?”
“Apa?”
“Kau ni ada masalah ke?”
Akmal tidak menjawab. Selimut ditarik sehingga ke dada. Mata merenung dinding seolah-olah boleh tembus sehingga ke rumah jiran sebelah.
“Mal, kau dengan aku dah kawan lama kan. Aku dah anggap kau macam adik beradik aku. Kalau ada masalah, ceritalah pada aku....”
Akmal menarik nafas dalam-dalam.
“Ariana...”
“Kenapa dengan cikgu?”
“Dia....tinggalkan aku...”
“Hah?” Fadil terkejut besar apabila mendengar berita yang baru sahaja didengar itu.
“Cikgu tinggalkan kau? Kenapa?” Tanya Fadil ingin tahu. Sungguh dia tak sangka betul yang Akmal dan cikgu Ariana sudah putus.
“Ex-boyfriend dia datang balik...”
“Ex-boyfriend cikgu? Cikgu terima balik ex dia lepas tu tinggalkan kau?” Fadil bertanya. Rasa macam tak percaya yang cikgu Ariana boleh berbuat demikian.
Hati Akmal seperti di lapah dengan pisau belati apabila mendengar pertanyaan Fdail itu.
“Akmal, sorry. Aku...errr...tak sengaja...” Fadil mula rasa serba salah apabila melihat perubahan wajah Akmal itu.
“Dia tinggalkan aku. Dia tak mahukan aku. Macam mana....macam mana aku nak teruskan hidup ni tanpa Ariana?” Akmal mengalihkan pandangan ke arah wajah Fadil. Fadil hanya terdiam tidak tahu nak kata apa.
“Aku sayangkan dia. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Kenapa...kenapa dia...tinggalkan aku. Apa salah aku....” Setitis air mata jatuh di pipi Akmal membuatkan Fadil kaget. Sepanjang dia mengenali Akmal, inilah kali pertama dia melihat kawan baiknya itu menitiskan air mata. Dulu masa zaman sekolah dulu, walaupun Akmal dibelasah oleh samseng atau mat rempit semasa mereka bergaduh dulu, tidak sekali pun kawan baiknya itu menitiskan air mata. Tapi sekarang...
“Mal...”
“Aku sayangkan dia. Aku tak tahu macam mana nak teruskan hidup ni tanpa dia...” Air mata Akmal semakin laju membasahi pipi membuatkan Fadil turut sama berasa sedih. Dia mendekatkan diri kearah Akmal. Tanpa rasa malu, tubuh Akmal ditarik rapat sebelum memeluknya. Akmal hanya membiarkan Fadil memeluknya.
“Akmal, aku minta maaf sebab kau terpaksa melalui semua ini seorang diri...” Fadil berkata perlahan ketika Akmal menangis di bahunya itu.
                                                           
                                                                        ***
PRANGGGG!
Ariana meraup muka dengan tangan. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum tunduk mengutip cawan yang pecah di atas lantai. Habis basah lantai dengan air coklat panas yang baru sahaja dia buat. Tak ada rezeki, nak buat macam mana.
“Rin! Kenapa ni?” Nurul datang tergesa-gesa.
“Tak ada apa-apa. Cawan jatuh. Careless...” Ariana menjawab sambil membuang kaca ke dalam tong sampah. Kemudian dia mencapai kain buruk lalu dilap air yang tumpah itu. Melekit-lekit. Ini kalau tak lap betul-betul ni mesti bersemut kejap lagi.
“Need help?”
“Nope. Tak apalah. Awak pergilah depan. Sikit je ni...”
“Okey...”
Ariana memandang Nurul yang telah hilang dari pandangan itu. Dia mencapai mop lalu dibasahkan sedikit dengan air sebelum mengelap lantai yang melekit itu. Setelah selesai, dia meletakkan kembali mop tersebut di dalam tandas.
“Rin, marilah sini. Cerita best ni...”
Ariana yang baru sahaja mahu masuk ke bilik itu berhenti melangkah. Dia memandang ke arah skrin tv. Kalau Suzi suka cerita Korea, Jepun atau Taiwan. Tapi si Nurul ni lebih suka layan cerita hindustan.
“Cerita apa?” Ariana bertanya ketika duduk di sebelah Nurul.
“Cerita Om Shanti Om. Best...”
“Yeke?” Ariana menarik bantal sofa lalu dipeluk ke dada. Dah lama juga dia tak layan cerita hindustan macam ni. Tak sangka pula malam-malam macam ni ada pula ditayangkan cerita hindustan.
Brrrrr...
Tumpuan Ariana terhenti apabila HTC yang terletak diatas meja itu bergegar. Sengaja dia menukar mood telefon tersebut dalam mood senyap. Salah satu sebabnya, dia akan menjadi hampa apabila telefon yang berbunyi itu tidak lagi menyanyikan lagu Baby.
HTC diambil dengan perasaan malas. Rasanya kalau waktu-waktu macam ni, Amirul yang akan menelefonnya atau mesej. Tapi dia pelik juga sebab sejak dua menjak ini Amirul dah jarang sangat nak menghubunginya. Alasan lelaki itu mudah je. Sibuk.
Mata Ariana masih pada skrin televisyen apabila tangan menyentuh skrin HTC. Kemudian dia memandang skrin tersebut untuk melihat siapa yang menghubunginya. Kalau Amirul yang menghubunginya, dia malas nak balas.
Tergamam seketika apabila membaca mesej yang dihantar kepadanya itu. Berkali-kali dia memandang skrin HTC untuk memastikan apa yang dia lihat itu bukan mimpi atau khayalan.
“Rin, awak okey ke ni?” Nurul yang pelik dengan perubahan sikap Ariana itu menegur.
“Hah? Okey-okey. Eh, saya nak keluar kejap. Lupa nak kunci kereta...” Ariana cepat-cepat bangun dan berjalan menuju ke rak yang menempatkan kunci kereta dan kunci rumah. Jantungnya terasa laju mengepam darah membuatkan Ariana rasa seperti mahu pengsan. Dalam kepala masih terbayang setiap patah kata mesej yang baru diterima tadi.
‘Sy di depan rumah awak’
Ariana terhenti seketika di hadapan pintu. Dia menoleh ke arah ruang tamu. Nurul masih khusuk menonton televisyen. Ariana kembali memandang tombol pintu. Perlukah dia keluar berjumpa dengan Akmal sekarang? Apa tujuan Akmal datang ke sini malam-malam macam ni? Ariana menyentuh dadanya. Terasa jantung berdegup tiga kali ganda lajunya. Kenapa dia mesti berperasaan begini ketika itu? Dia ada pilihan, sama ada mahu menemui Akmal atau mengabaikan sahaja mesej itu. Dia harus membuat keputusan...
Akmal berdoa di dalam hati supaya Ariana mahu keluar berjumpa dengannya. Dadanya berdegup kencang menahan debaran menunggu kedatangan Ariana. Tidak putus-putus dia berdoa dalam senyap supaya dilembutkan hati Ariana untuk berjumpa dengannya. Dia hanya sekadar mahu melihat Ariana, gadis yang dicintainya itu.
Ariana menarik nafas panjang. Dengan lafaz bismillah, dia memulas tombol pintu depan itu perlahan-lahan. Jantung semakin berdebar namun digagahkan juga untuk melangkah.
Akmal mengangkat muka memandang ke arah pintu rumah Ariana. Dalam hati terbit rasa lega. Dia menyangka yang Ariana pasti tidak mahu berjumpanya lagi.
Ariana menelan air liur ketika pandangan mereka bertembung. Dia menundukkan kepala ketika berhenti di hadapan Akmal.
Senyap.
Ariana menggigit bibir. Terasa janggal pula berdiri di situ tanpa berkata apa-apa.
“Err..awak buat apa kat sini?” Akhirnya Ariana bertanya. Tak sanggup nak berada dalam kejanggalan itu.
“Jumpa awak..” Perlahan Akmal menjawab. Ariana mengangkat kepala memandang wajah Akmal. Wajah Akmal kelihatan agak pucat. Tubuh Akmal pula nampak agak susut. Sakitkah Akmal?
“Akmal, muka awak nampak pucat? Awak tak sihat ke?” Ariana bertanya agak cemas. Akmal tidak menjawab. Hanya memandang wajah Ariana dengan pandangan redup. Ariana tidak sanggup menentang pandangan redup Akmal itu kerana itu hanya membuatkan dia bertambah sedih. Renungan Akmal itu menunjukkan yang lelaki itu telah menderita di atas perpisahan mereka.
“Akmal, saya rasa baik awak...”
“Saya rindukan awak Ariana...”
Ariana terdiam. Terasa sebak dihati apabila mendengar kata-kata Akmal itu. Ariana memandang ke arah lain. Dia betul-betul tak sanggup nak pandang wajah Akmal ketika itu. Sesungguhnya, dia turut merindui Akmal.
“Ariana, sudah bencikah awak pada saya sampai...tak nak pandang muka saya lagi?”
Ariana menggigit bibir. Mata dipejamkan menahan rasa sedih di hati. Akmal, kalaulah awak tahu betapa saya turut merindui awak.
“Akmal, lebih baik awak pergi. Saya...”
“Ariana, saya cintakan awak. Saya tak mampu nak hidup tanpa awak....” Akmal memegang kuat kedua-dua bahunya sehingga membuatkan Ariana terkejut.
“Akmal, lepaskan saya. Nanti apa orang kata kalau nampak kita macam ni...” Ariana cuba melepaskan diri namun Akmal semakin menguatkan pegangannya.
“Pandang saya Ariana..”
“Akmal, saya tak...”
“Pandang saya. Tell me that you love me..”
Ariana memandang wajah Akmal. Air mata mula bergenang di matanya. Sedih hatinya apabila melihat Akmal seperti itu.
“Apa salah saya Ariana? Kenapa awak tinggalkan saya..?” Akmal bertanya sebak. Air mata mula mengalir di pipi Ariana. Sesungguhnya lidah terasa kelu ketika itu.
“Saya cintakan awak Ariana. Tak cukup ke kasih sayang saya pada awak selama ini? Apa salah saya...?” Akmal bertanya lagi.
“Awak...tak salah...saya yang salah...” Ariana menjawab sambil menahan sebak. Air mata yang mencurah-curah membasahi pipi hanya dibiarkan.
“Tiadakah perasaan sayang walau sedikit pun dalam diri awak untuk saya?”
Bibir Ariana bergetar mahu mengatakan sesuatu namun dia seperti telah kehilangan suara.
Please, answer me...” Akmal berkata seolah-olah merayu. Air mata Ariana semakin laju membasahi pipi.
“Maafkan saya...” Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibir Ariana. Akmal merenung wajah Ariana dalam-dalam. Ariana tunduk. Dia tahu hati Akmal telah hancur buat kesekian kalinya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak berterus terang sahaja.
Pegangan Akmal di bahunya terasa longgar. Ariana mendongak memadang wajah Akmal.  Hatinya pedih bagai ditusuk kaca apabila melihat air mata di pipi lelaki itu. Akmal menangis?
“Akmal...maafkan saya...” Ariana kembali tersedu. Sedar yang dia telah betul-betul menghancurkan hati Akmal. Akmal tidak berkata sepatah pun. Perlahan-lahan, lelaki itu berpusing menuju ke keretanya. Tanpa menoleh walau sekali, Akmal memandu laju meninggalkannya. Ariana tergamam apabila melihat Akmal pergi begitu sahaja. Tangan menyentuh dada di sebelah kiri. Entah kenapa hati terasa sakit yang teramat sangat. Seolah-olah hatinya telah dirobek keluar dan dihiris-hiris dengan pisau belati. Air mata yang jatuh di pipi hanya dibiarkan. Lutut terasa lemah membuatkan Ariana jatuh melutut. Dia cuba bernafas dengan normal namun dadanya semakin sesak. Hatinya terasa sakit dan jantungnya seolah-olah berhenti berdegup.
“Akmal....saya....cintakan awak...”
P/S: TO BE CONTINUED.

16 140 tukang karut:

cik dah faridah said...

sian nyer kat akmal..harap2 ariana kembali semula kat akmal...

Cahaya said...

cik dan faridah>>hmmmmm...entah bila agaknya mereka akan bersama heee :P

hk said...

hatiku menangis hiba...

Anonymous said...

nk akmal nk akmal sedihnya xmau amirul

Cahaya said...

hk>>takpe..ari tu dh seronok2 kan..kali ni kita sedih2 sikit..ehehehe

Cahaya said...

anon>>hmmmmmmmm...akmal tak nk ariana dah..ehehehe

aabb said...

ex mmg punca kretakn hubungan yg bru , so , trima ja .. sya psti ariana akn brsma amirul ..

Cahaya said...

aabb>>heee..nk tau ariana dengan siapa, bolehlah dapatkan novel muridku suami aku? dari fajar pakeer :P

hairia said...

Cik writer cahaya,saya terlambat ke untuk comment,nk comment jugak awak buat saya menagis tlg la balik kan Ariana dgn akmal

Cahaya said...

hairia>> maap sis,, sy tak leh nk balikkan ariana pada akmal..akmal bukan jodoh dia... :(..heee..kalau nk tahu bolehlah dapatkan novel ni..dah ada dekat pasaran tau tajuk MURIDKU SUAMI AKU?

cik baba said...

nangis lg sy ....sedihnya...Ariana cintakan Akmal tp knp terima Amirul? Akmal.... Aduiiii Cik Writter npe buat sy nangis mcm ni....

Cahaya said...

cik baba>>jangan nangis2 nanti bengkak mata. sila ke entri seterusnya ye kakaka.

fildza faudzi said...

Cik cahaya. Boleh tak saya nak dapatkan novel ni? Saya tak jumpa walaupun dah puas carik

fildza faudzi said...

Kat mana saya boleh dapat. Boleh tak beli online?

Cahaya said...

fildza>>boleh beli dengan under penerbitan fajar pakeer secara online.

lisanna said...

ariana tu patut jujur.. dia tu mcm pentingkn diri cuma fikirkn diri sendiri je.. mmglh dia fikir orng lain tp dh ade akmal masih nakkn ex boyfriend dia.. Ariana tu yg salh masih je suka pd orng yg mengkianatinya..

Post a Comment