RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, April 20, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...(Bab 47)


BAB 47
“Apa hal pulak dengan si Akmal tu?” Aidil bertanya. Mata masih memandang ke arah pentas tempat Akmal sedang membuat persembahan. Entah kenapa sejak dari awal persembahan tadi, lagu-lagu yang nyanyikan oleh Akmal semua lagu leleh. Lagu sedih. Memang sesuatu yang pelik kalau Akmal menyanyikan lagu-lagu macam tu.
Fadil dan Farid yang turut berada di situ tidak berkata apa-apa. Sebetulnya mereka turut tertanya-tanya apa yang sedang berlaku sekarang.
“Dil, Akmal tu ada masalah ke? Sedih semacam je aku tengok...” Farid bertanya. Antara mereka bertiga, Fadil lah yang paling rapat dengan Akmal dan Akmal banyak berkongsi rahsia dengan Fadil.
“Entah. Aku pun tak tahu. Akmal tak cerita apa-apa pun pada aku...”
“Akmal nampak macam....putus cinta?” Aidil bertanya ragu-ragu. Tiga pasang mata kembali menala ke atas pentas.
“Akmal dah putus dengan cikgu? Kenapa?” Farid bertanya. Dahi Fadil berkerut apabila mendengar pertanyaan kawannya itu. Tak terlintas pula dibenaknya yang Akmal sudah putus cinta. Setahu dia, hubungan Akmal dengan cikgu Ariana baik-baik je walaupun mereka berdua tu selalu bergaduh.
“Kau rasa...sebab Hani ke?” Aidil berbisik sambil memandang sekeliling. Barangkali mencari kelibat Hani. Fadil tidak menjawab. Dia yakin Hani tiada kena mengena dalam hal ini kerana sejak malam itu, dia tidak pernah nampak lagi kelibat Hani di kafe ini.
“Hani? Perempuan seksi yang tergila-gilakan Akmal tu?” Farid bertanya.
“Yelah. Dah tu Hani mana lagi yang kita kenal?” Aidil menjawab. Mug berisi kopi diteguk.
“Aku tak rasa sebab Hani. Kau tak ingat apa Akmal cakap dulu?” Fadil bersuara setelah sekian lama membisu. Gelas separuh penuhnya ditarik ke bibir. Mata dihala ke arah Akmal yang sudah mula menyanyikan lagu lain.
Jangan pisahkan
Aku dan dia
Tuhan tolonglah
Ku cinta dia
Biarkan kami, tetap bersama
Di dalam suka dan duka
Semua mata tertumpu ke arah pentas apabila Akmal menyanyikan lagu ‘Jangan Pisahkan’ dengan penuh perasaan. Rasa macam tak percaya Akmal boleh menyanyikan lagu sebegitu dengan penuh perasaan sehinggakan ramai pengunjung yang terpegun.
“Aku rasa Akmal macam ada masalah dengan cikgulah....” Farid bersuara perlahan. Mata masing-masing masih tertumpu ke arah pentas.
Tepukan gemuruh yang bergema ditelinga ketika dia telah selesai menyanyikan lagu tersebut tidak diendahkan. Lagu yang baru dinyanyikan tadi benar-benar mengambarkan perasaan dia ketika itu. Ketika dia berpusing untuk meletakkan kembali gitar pada stand, sempat dia menyeka air mata yang mengalir keluar di pipi. Sesungguhnya dia sangat-sangat merindui Ariana ketika itu.
                                                                        ***
“Hai adik, balik tak cakap pun...”
Ariana tunduk ketika mencium tangan ibunya itu. Sengaja dia tidak memberitahu kepulangannya itu terlebih dahulu kerana dia tidak merancang pun nak balik ke Taiping. Sedar-sedar lepas balik sekolah tadi, terus kereta dipandu menuju keluar dari KL.
“Emak sorang je ke? Ayah mana?” Ariana bertanya sambil memandang sekeliling. Selalunya petang-petang macam ni ayahnya akan berkebun atau sekadar berehat di halaman rumah.
“Ayah kamu tu pergi bawa Haikal berjalan. Kejap lagi baliklah tu...”
“Haikal ada sini?” Ariana kelihatan teruja. Sudah lama benar dia tidak berjumpa dengan anak saudaranya itu. Rindu.
“A’ah. Along dengan kak Dahlia kamu tu kena pergi ke Johor. Ada kerja katanya.”
“Ohh.” Ariana menjawab. Dia berjalan menuju ke buaian yang terletak di tepi rumah.
“Yang kamu ni, angin tak ada ribut tak ada kenapa tiba-tiba balik sini?”
Ariana menarik muncung.
“Ala mak ni. Macam tak suka je adik balik rumah ni...” Ariana memerhatikan emak yang kembali menyapu halaman.
“Bukan itu maksud mak. Selalu tu kalau kamu nak balik, kamu bagitahu dulu. Ini tidak, tiba-tiba dah terpacul depan pintu pagar. Nasib baik mak ada rumah...”
Ariana tidak menjawab. Memang salah dia pun. Balik tak bagi tahu dulu. Kan dah kena membebel.
“Mak, angah balik tak minggu ni?” Ariana menukar topik.
“Entahlah. Tak ada pula dia bagitahu. Kamu cubalah telefon tanya.”
“Betul jugak kan.” Ariana segera mengeluarkan HTC dari beg tangannya. Melihat HTC itu membuatkan dia teringat pada Akmal namun cepat-cepat dia mengenyahkan ingatan terhadap lelaki itu. Mungkin dia perlu membeli telefon baru dan memulangkan kembali telefon ini kepada Akmal.
“Helo angah. Kat mana tu? sibuk ke?” Ariana bertanya apabila panggilannya disambut oleh angah.
“Angah kat hospital lagi. Kejap lagi nak balik dah. Adik ada mana ni?”
“Kat rumah mak ni. Esok angah balik sini tak?”
“Adik ada rumah? Kenapa tak bagitahu awal-awal?”
“Kenapa? Angah ada plan nak ke mana-mana ke?”
“Hmm, angah baru je plan dengan kak Dahlia nak ke Lumut.”
“Ohh, yeke? Hmm. Tak apalah kalau macam tu.” Ariana menjawab sedih. Baru je nak lepak-lepak dengan angah. Dia juga hampir terlupa yang angah sudah ada kehidupan sendiri dan dia pula masih menyendiri.
“Eh adik. Kenapa lain macam je bunyi suara tu? adik rindu angah eh...”
“Taklah. Buat apa nak rindu orang yang tak rindu kat kita...” Ariana menjawab separuh merajuk. Hatinya tiba-tiba terasa sebak.
“Eh adik. Janganlah merajuk. Nak ikut angah ke Lumut tak? Esok pagi-pagi angah ambil adik dekat rumah mak..”
“Hmm, tak payahlah angah. Tak seronok pulak kacau angah dengan Kak Dahlia nak bercuti...”
“Tak apalah dik. Kak Dahlia mesti tak kisah punya. Ikut sekali eh...”
Ariaan mengeleng.
“Tak apalah ngah. Just enjoy you holiday. Okeylah. Adik nak masuk mandi. Kejap lagi nak maghrib. Kirim salam pada kak Dahlia...”
Ariana termenung seketika. Hati tiba-tiba terasa sunyi. Sekarang ini semua orang yang dia sayang telah pergi meninggalkan dia. Amirul pula asyik sibuk je membuatkan Ariana tidak mahu menganggu lelaki itu. Angah pula sudah pasti mahu menghabiskan masa dengan kak Dahlia tambah-tambah Kak Dahlia sudah berbadan dua sekarang. Akmal pula... Sejak kejadian hari tu, Akmal tidak lagi menghubunginya. Tidak pernah walau sekali. Tiada panggilan telefon dan juga mesej. Adakah Akmal sudah benar-benar patah hati? Entah bagaimanalah kehidupan Akmal sekarang. Sihat ke? Sudah makan ke? Pelajarannya bagaimana? Adakah terjejas dek kerana kecewa? Ariana tertanya-tanya. Dia tidak mempunyai keberanian untuk menghubungi Akmal kerana dia tahu itu hanya menambahkan lagi luka di hati Akmal....dan juga di hatinya sendiri.
Lamunan Ariana ganggu apabila HTCnya berbunyi. Dia menarik nafas panjang sebelum menjawab panggilan tersebut.
“Helo...”
“Awak ada mana ni?”
“Taiping...”
“What?! Kenapa tak bagi tahu saya dulu?” Suara Amirul naik seoktaf sehingga membuatkan Ariana tersentak. Emak yang sedang menyiram pokok bunga itu turut sama memandang kearahnya. Ariana bangun lalu berjalan masuk ke dalam rumah.
“Awak ni kenapa? Tak boleh ke cakap tu perlahan sikit?”
“Dah awak tu suka nak cari pasal. Kenapa balik kampung tak bagi tahu saya dulu?”
Ariana menarik nafas panjang ketika kaki mendaki menaiki tangga menuju ke tingkat atas.
“Saya tak nak ganggu awak. Saya tahu awak sibuk. Lagi pun saya tak plan pun nak balik Taiping. Balik sekolah tadi terus tergerak nak ke sini...”
“Alasan. Awak balik dengan siapa? Budak tu ke?”
Telinga Ariana terasa berasap. Entah apalah yang merasuk si Amirul ini sampai cakap pun merepek entah apa-apa. Sejak dia bermula semula dengan Amirul, dia dapati yang Amirul telah banyak berubah. Lelaki itu mudah naik angin. Cakap pun berkasar je. Kalau dulu, Amirul jenis lemah lembut jika berbicara dan lebih romantik. Tapi sekarang...
“Awak jangan nak mengarutlah Mirul. Saya dah tak ada apa-apa dengan Akmal.”
“Boleh tak awak jangan sebut nama budak tu lagi? Sakit telinga saya dengar...”
“Siapa yang cakap pasal hal dia dulu? Saya ke awak?” Ariana dah mula nak naik angin.
“Fine! Semua salah saya kan!”
Ariana menarik nafas panjang. Memang susah betul nak berkomunikasi dengan Amirul ini. Lebih teruk lagi dari Akmal.
“Sudahlah Mirul. Saya nak mandi. Kejap lagi nak masuk waktu maghrib. Bye..” Tanpa menunggu balasan daripada Amirul, Ariana segera memtuskan talian. Sakit hati dengan perangai Amirul yang semakin menjadi-jadi itu. Dia merenung HTC ditangan seketika sebelum mengambil keputusan untuk mematikan sahaja telefon tersebut. Senang.

                                                                        ***
AKMAL merebahkan tubuh diatas katil. Mata dipejamkan. Kepala yang terasa berat, diurut lembut dengan hujung jari. Dia menarik nafas panjang. Jiwa terasa kosong. Sejak Ariana pergi dari hidupnya, dia rasakan tiada apa lagi yang tinggal untuknya di dunia ini. Semangatnya turut hilang ketika melihat Ariana pergi bersama lelaki itu. Amirul. Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai teman lelaki dan juga bakal tunang Ariana. Dia seperti pernah mendengar Ariana menyebut nama lelaki itu dahulu. Bukankah lelaki itu bekas teman lelaki Ariana? Lelaki yang pernah mengecewakan hati Ariana suatu ketika dulu? Kenapa Ariana masih mahukan lelaki itu lagi? Akmal meraup muka. Kepalanya memang tak boleh berhenti dari memikirkan tentang Ariana. Setiap masa, setiap saat tak kira walau ke mana sahaja dia pergi, bayangan dan kenangan Ariana sentiasa mengekorinya seperti bayang-bayang.
Akmal bangun. HTC yang diletakkan di atas meja dicapai. Rasa rindu yang mengunung di dalam hatinya sudah tidak mampu ditahan lagi lantas nombor telefon Ariana di dial. Hatinya terasa pedih apabila peti simpanan suara yang menyambut panggilannya. Sudah bencikah Ariana pada dia sehingga gadis itu bertindak menutup telefon? Atau pun Ariana sudah menukar nombor telefon tersebut supaya dia tidak dapat menghubungi gadis itu? Adakah Ariana telah benar-benar membuang dirinya dari hidup gadis itu? Air mata yang jatuh membasahi pipi hanya dibiarkan. Sesungguhnya dia sudah tidak mampu menahan luka yang merobek hatinya ketika  itu.

                                                                              ***

Terbongkok-bongkok Ariana ketika menarik keluar pasu-pasu bunga yang tersusun berdekatan dengan pagar di bahagian tepi rumah. Sepetang dia sibuk mengemas taman bunga mini yang terletak di tepi rumah tersebut. Habis segala rumput-rumput dia tebas. Tak cukup dengan itu, semua pasu-pasu turut ditarik keluar dan di susun semua supaya nampak kemas dan rapi. Emak yang sibuk mengintai dari tingkap dapur tidak diendahkan. Biarlah mak nak kata dia meroyan ke apa, janji dia sibuk sepanjang hari supaya kepala tak sempat nak berfikir tentang masalah yang sedang melandanya sekarang.
Ariana terduduk kepenatan di atas rumput. Dia mengesat peluh yang mengalir di dahi. Habis basah baju dek peluh. Walaupun tubuh terasa penat, namun dia tidak menghiraukan. Pagi tadi puas dia bermain dengan Haikal. Melayan anak buahnya itu bermain, makan, mandi dan akhirnya tidur. Lepas Haikal tidur, dia jadi mati kutu tak tahu nak buat apa. Lepas tu mulalah kepala asyik fikirkan tentang Akmal.
“Adik, tak siap-siap lagi ke?” Emak melaung dari tingkap dapur yang separuh terbuka itu.
“Belum lagi. Sikit je lagi ni...” Ariana menjawab sambil melepaskan lelah. Dia sendiri tak tahu kenapa dia berbuat begitu. Menyibukkan diri dari pagi sampai ke petang tak henti-henti. Adakah dia sengaja mahu menghukum diri kerana telah menghancurkan hati Akmal? Dia sendiri tiada jawapan. Yang pasti, dia mahu menyibukkan diri supaya fikirannya tidak ada masa untuk memikirkan tentang hal lain.
Baru sahaja Ariana mahu bangun, HTC dipoket bergegar menandakan ada panggilan masuk. Kelang kabut Ariana mengeluarkan HTC dari poket. Kening hampir bertaut apabila melihat nombor pelik naik pada skrinya. Teragak-agak seketika dia untuk menjawab panggilan tersebut.
“Helo...” Ariana bersuara perlahan.
“Helo kakak. Sarah ni...”
Ariana mengeluh lega. Sarah rupanya.
“Eh, Sarah! Sarah apa khabar? Sihat? Rindunya dekat adik kakak sorang ni...” Ariana bertanya dengan teruja. Sudah lama dia tidak berhubung dengan Sarah. Hanya sekali sekala sahaja mereka berhubung melalui email.
“Sarah sihat. Kakak sihat? Sarah pun rindu kakak. Rindu sangat...”
Ariana tersenyum ketika mendengar kata-kata Sarah itu.
“Sarah buat apa sekarang? Dekat sana pukul berapa?”
“Sarah baru je habis study. Dekat sini pukul 12.30 malam. Dekat sana pukul berapa?”
“Sini baru pukul 4.30 petang. Eh, lewatnya. Tak tidur ke? Nanti mengantuk pula dalam kelas...”
“Kejap lagi Sarah tidurlah. Sarah tengah rindu semua orang dekat Malaysia ni. Kakak dengan abang macam mana? Any progress?” Sarah dah gelak-gelak. Ariana menggigit bibir. Hati rasa pedih apabila nama Akmal disebut.
“Sarah...err..sebenarnya...”
“Eh kakak. Nanti Sarah telefon lagi ye. Kredit telefon Sarah nak habis pulak. Tadi berbual dengan mama lama sangat. Nanti kakak kirim salam rindu Sarah pada abang tau. Sarah call abang tak angkat pula. Bye kakak. Sarah sayang kakak...”
Bye Sarah. Jaga diri baik-baik...”
Ariana merenung HTC itu setelah talian diputuskan. Hampir lima minit dia berkeadaan begitu. Apa agaknya perasaan Sarah bila dia tahu yang hubungan dia dengan Akmal sudah berakhir?
“Adik, tolong tengok Haikal dekat atas...”
Ariana tersedar apabila terdengar suara emak melaung dari dapur. Cepat-cepat dia bangun sebelum masuk ke dalam rumah untuk melihat Haikal yang mungkin sudah bangun dari tidur itu.
P/S: TO BE CONTINUED

12 140 tukang karut:

Anonymous said...

xtahu nk kata apa..sian sungguh kt akmal.. :(

Cahaya said...

anon>>sian kan..kita pon sian jugak :P

Anonymous said...

ni ade nvel ke nti ?

Cahaya said...

anon>>insyaAllah...doakan ye..

RONRED said...

cianya....pls.....cahaya,sambungkan hubungan mereka ..........

ita mohamad said...

Huuwaaa sedih..

Cahaya said...

ronred>> hmmmmm...mcm ne nk sambung..ariana dah tak mau akmal..heeee

Cahaya said...

ita>> sedih ke?huhuhu

Anonymous said...

dh bca hbs novel ni..the best novel tht i ever have..huhuhu kelakar sedih romantik drama semua ada..i like..

Cahaya said...

anon>> thanks dear <3

nurazira abdul wahab said...

sakit hatiku gara2 kau ariana.... argh.....

++tHe LoLLynIE++ said...

Ariana jahattt!! Sian akmal...huhuhuhu...

Post a Comment