RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, April 19, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...(Bab 46)


BAB 46
“Helo Adik, sibuk ke?”
Ariana mengepit HTC ditelinga dengan bahu. Tangan sibuk mengagau isi beg untuk mencari beg duit.
“Takdelah. Kat kantin ni. Ada apa telefon ni?” Ariana bertanya. Beg duit dapat juga dikeluarkan. Sekeping not hijau dihulurkan ke arah mak cik kantin.
“Angah ada berita nak bagitahu ni...”
“Apa dia?” Ariana memegang HTC dengan tangan setelah memasukkan beg duit di dalam beg tangannya.
“Adik bakal dapat anak saudara lagi...”
“Hah? Betul ke? Dah berapa bulan kak Dahlia mengandung?” Ariana tiba-tiba teruja mendengar berita gembira itu.
“Baru dua bulan.”
“Wah, bestnya. Cakap dekat kak Dahlia  yang adik nak anak saudara perempuan pulak..”
“Amboi, pakai order je. Ingat senang ke nak buat anak...?”
Meletus ketawa Ariana apabila mendengar jawapan angahnya itu.
“Tak senonohlah angah ni. Okeylah. Adik ada kelas kejap lagi. Minggu ni angah balik rumah mak tak?”
“Tak pasti lagi. kalau kak Dahlia tak kerja mungkin balik kejap kot. Adik balik tak?”
“Kalau tak ada meeting, adik baliklah. Dah lama tak jumpa Haikal. Rindu...”
“Aik, rindukan Haikal je? angah adik tak rindu?”
“Angah buat apa. Angah dah ada yang rindu. Adik ni je sorang-sorang...” Ariana buat suara sedih. Tiba-tiba hati terasa sebak. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni hatinya mudah tersentuh. Asyik nak meleleh je air mata.
“Dah-dah. Jangan nak mengarut. Nanti kalau balik, bagitahu angah. Kita jumpa...”
“Hmmm, yelah. Kirim salah dekat kak Dahlia dan bakal anak buah adik tu...”
“Yelah. Jaga diri. Bye...”
Ariana memasukkan kembali HTC di dalam beg tangan. Langkah kaki di atur menuju ke bilik guru. Hati terasa riang dengan berita gembira yang baru sahaja didengar tadi. Rasanya inilah kali pertama dia rasa gembira seperti itu sejak berminggu-minggu kebelakangan ini.
“Ariana....”
Ariana menoleh kebelakang. Cikgu Saufi tergesa-gesa mengejarnya membuatnya agak hairan.
“Lajunya berjalan. Penat saya kejar dari kantin tadi...”
“Yeke?” Ariana mengangkat kening. Tak perasan pula yang cikgu Saufi mengekorinya dari belakang sejak dari kantin lagi.
“A’ah. Nak kemana laju sangat tu? Ada kelas ke lepas ni?”
“A’ah. Saya ada kelas dengan budak tingkatan tiga kejap lagi...”
“Ohh, kalau macam tu tak apalah. Saya hanya nak bagi ni je...”
Ariana memandang kad yang terhulur ke arahnya. Dengan penuh tanda tanya, Ariana mengambil kad tersebut dari tangan cikgu Saufi.
“Kad apa ni?” tanya Cikgu Saufi.
Cikgu Saufi hanya tersenyum lebar. Ariana memnadang curiga ke arah cikgu muda itu sebelum membuka sampul berwarna hijau muda itu.
“Eh, cikgu nak kawin dah? Tahniah...” Ariana agak terkejut namun gembira dengan berita itu. Sekurang-kurangnya dia tahu yang cikgu Saufi tidak lagi menyimpan perasaan terhadapnya.
“Hmm. Pilihan keluarga. Jemputlah datang ye..”
“Errr, okey..” Ariana menjawab agak terkejut dengan kata-kata cikgu Saufi itu. Tak sangka cikgu Saufi boleh terlibat dengan perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga itu. Adakah cikgu Saufi kecewa yang cintanya tidak dibalas oleh Ariana, menyebabkan lelaki di hadapannya ini menyerahkan kepada keluarga hal berkaitan dengan pasangan hidup?
“Tak apalah. Saya pergi dulu. Jumpa nanti...”
Ariana hanya mengangguk perlahan. Kad jemputan perkahwinan di tangan masih direnung. Cikgu Saufi sudah hampir selangkah menuju kebahagiaan. Dia bila lagi?

                                                                        ***
ARIANA menjeling jam  ditangan. Sudah hampir lima belas minit dia menunggu, namun batang hidung insan yang dinanti tidak juga muncul-muncul. Bukan kata batang hidung, bayang pun tak nampak lagi. Ariana mengeluh perlahan. Dia melemparkan pandangan ke arah tasik yang terbentang di hadapan matanya. Hatinya masih terasa berdebar sejak dia memandu ke sini lagi. Fikirannya agak berkecamuk dan hati terasa gelisah. Sejak dari tadi lagi dia tak senang duduk. Setiap detik, jantungnya berdegup kencang menantikan insan yang masih tidak muncul-muncul lagi.
Ariana terkejut seketika apabila sejambak bunga lily berada di depan matanya. Bau wangi yang datangnya dari bunga tersebut menusuk ke hidungnya membuatkan hatinya tiba-tiba terasa agak tenang. Ariana mengangkat kepala memandang ke atas.
Sorry sayang. Lambat sikit. Ada hal tadi.” Wajah Akmal yang tersenyum itu dipandang sedih oleh Ariana. Sebentar lagi mungkin dia bakal melenyapkan senyum di wajah lelaki itu.
It’s okey. Saya pun baru sampai and thanks for this. Cantik...” Ariana mengambil jambangan bunga tersebut. Hati semakin sesak ketika dia memeluk jambangan bunga tersebut. Bunga pertama dan mungkin juga bunga terakhir yang diterima daripada Akmal.
“Jom duduk sana...”
Ariana mengangguk sebelum mengekori Akmal berjalan menuju ke kerusi batu yang terdapat di situ.
“Muka awak nampak pucat, awak tak sihat ke?” Akmal bertanya penuh prihatin. Spontan Ariana menyentuh pipinya. Memang sejak dua menjak ni dia kurang tidur. Selera makan pun dah semakin berkurang dek kerana kepala sarat dengan macam-macam perkara.
“Taklah. Saya cuma penat sikit. Banyak kerja kat sekolah...” Ariana menjawab perlahan. Kepala di tunduk merenung jambangan bunga lily di riba. Tak sanggup nak memandang wajah Akmal.
“Sayang kena jaga kesihatan. Jangan kerja kuat sangat. Kalau awak jatuh sakit macam mana? Saya juga yang risau...”
Ariana menelan air liur yang terasa berpasir. Hatinya semakin sesak. Tak sanggup rasanya untuk mengungkapkan kata-kata itu. Akmal terlalu baik. Terlalu mencintainya dan terlalu mengambil berat tentang dirinya. Amirul sediri tidak pernah mengambil berat sampai begitu sekali pada dia.
“Errr. Akmal...errr. macam mana dengan mama awak?” Ariana bertanya spontan. Lain yang hendak dicakap, lain pula yang terkeluar dari bibirnya.
“Mama okey. Cuma biasalah. Dia sunyi. Dia selalu tanya pasal awak. Bila nak ikut saya balik jumpa mama?”
Ariana terdiam. Masih ada lagikah kesempatan untuk dia berjumpa dengan mama Akmal selepas ini?
“Insya-Allah kalau ada rezeki, sampailah saya ke sana nanti...” Ariana menjawab perlahan. Akmal memandang pelik ke arah wajah Ariana. Sejak akhir-akhir ini Ariana bersikap agak pelik.
“Ariana....”
“Akmal, saya ada benda nak bagitahu awak...”
“Apa dia...”
Ariana membuka mulut namun tiada sebarang kata yang mampu keluar dari bibirnya. Dia mencuba lagi namun hampa. Lidahnya seolah-olah kelu untuk berbicara.
“Sebenarnya. Saya....saya...”
Terhenti seketika tutur kata Ariana apabila HTCnya berbunyi. Cepat-cepat Ariana mengeluarkan telefon tersebut dari beg tangannya. Jantungnya bertambah berdebar apabila melihat nama Amirul yang naik di skrinnya. Dia menjeling sekilas ke arah Akmal yang dari tadi asyik merenung wajahnya. Ariana mengambil keputusan yang sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk menjawab panggilan Amirul, tambah-tambah ketika dia bersama dengan Akmal. Dia perlu menyelesaikan masalah dia dengan Akmal dahulu lantas Ariana menutup HTCnya itu.
“Siapa call?”
“Hah? Errr...kawan. Errr....housmate saya, Nurul yang telefon. Dia terlupa letak kat mana  kunci motor lagilah tu...” Ariana mereka cerita. Akmal memandang wajahnya seolah-olah tidak percaya namun Ariana cuba mengekalkan riak wajah selamba.
“Awak nak cakap apa tadi?”
“Ohh, tadi tu. Err...saya...err...saya nak bagi tahu yang saya...kita...err...saya...nak dapat anak saudara baru...” Akhirnya itu yang terkeluar dari bibir Ariana. Akmal merenung wajah Ariana dalam-dalam sehingga membuatkan Ariana tertunduk. Tak sanggup nak melihat pandangan mata redup Akmal itu ketika dia sedang berbohong. Itu bukanlah perkara yang mahu diberitahu kepada Akmal sebenarnya.
“Ohh, yeke? Tahniah. Siapa? Along ke angah?”
“Hah? Err. Angah. Dia call saya hari tu bagitahu yang kak Dahlia dah mengandung. Dua bulan...”
“Baguslah. Bertambah lagi sorang anak saudara  awak. Makin rajinlah awak balik Taiping dan tinggalkan saya....” Akmal bersuara pura-pura sedih. Namun hati Ariana tersiat ketika mendengar perkataan terakhir yang keluar dari bibir Akmal itu.
“Akmal, apa perasaan awak kalau saya mahu hubungan kita ini diputuskan?” Ariana merenung wajah Akmal. Namun kata-kata itu hanyalah terzahir di dalam hatinya. Tidak sanggup dia mahu meluahkan kata-kata tersebut di hadapan Akmal.

                                                                                    ***

“Bila awak nak cakap dengan dia? Kenapa awak suka nak berlengah-lengah lagi?”
Ariana memejamkan mata. Kepala terasa pening. Amirul di sebelah pula sejak tadi tak habis-habis bertanya kenapa dan mengapa dia masih belum memutuskan hubungannya dengan Akmal.
“Mirul, boleh tak awak bagi saya masa lagi? It’s too hard okey. Saya tak sampai hati...”
Amirul merenung wajah Ariana dengan raut pandangan tidak percaya.
“Tak sampai hati? Kenapa? Awak masih sayangkan dia? Atau awak sebenarnya mahu mempermain-mainkan perasaan saya?”
Naik panas telinga Ariana apabila mendengar kata-kata Amirul itu.
“Amirul, mind your language okey. Jangan cakap sesuatu yang awak sendiri tidak tahu. Awak ingat senang ke nak hancurkan hati orang lain? Saya belum mampu. Berikan saya masa. Saya tahu bagaimana rasanya sakit dikhianati orang yang kita cinta...”
Amirul merenung tajam ke arah Ariana. Diri rasa tersindir dengan kata-kata gadis itu.
“Apa yang awak nak cakap sebenarnya? Yang saya pernah mengkhianati awak dulu?”
Ariana meraup muka. Kenapalah Amirul ni susah sangat nak faham?
“Amirul. Can you stop all these nonsense? Kepala saya dah berserabut tahu...”
Amirul diam.
“Fine. Saya cuma risau. Sudah terlalu lama awak mengambil masa untuk berterus terang dengan dia. Kalau betul awak sayangkan saya, cintakan saya. Kenapa begitu susah untuk awak putuskan hubungan awak dengan dia? Kenapa awak perlu jaga hati dia sedangkan hati saya sendiri terluka..”
Ariana merenung wajah Amirul. Betul, dia sendiri tertanya-tanya kenapa dia begitu susah untuk berterus terang dengan Akmal jika hati dia mencintai Amirul?
“Saya faham. Maafkan saya kalau hati awak terluka. Saya minta sedikit masa lagi, saya janji saya akan selesaikan hal ini secepat mungkin...” Ariana berkata perlahan. Entah kenapa dalam hati sendiri meragui akan janji tersebut.
“Eloklah tu. Boleh kita balik sekarang? Saya ada kerja yang hendak dibuat di pejabat tu...”
“Hari ahad pun kerja ke?” Ariana bertanya ketika mereka keluar dari coffee house tersebut.
“Kerja macam saya ni bukan kira masa. Banyak kerja, banyaklah masa yang diperlukan.”
Ariana terdiam. Kepala terfikir tentang masa depan. Bagaimana kehidupan dia jika dia berkahwin dengan Amirul nanti? Adakah Amirul akan lebih pentingkan kerja berbanding dirinya?
“Ariana....!”
Ariana menoleh. Hampir nak pitam dirasakan ketika itu apabila pandangan mata bertembung dengan pandangan mata Akmal. Amirul di sebelah turut memandang wajah lelaki yang baru muncul itu. Lelaki itu hanya mengenakan t-shirt berkolar dan cargo pant sahaja. Ringkas. Sarung gitar tersangkut di bahu lelaki itu.
“Akmal. Awak..err...awak buat apa kat sini?” Ariana bertanya separuh mengelabah. Dia tak menyangka akan terserempak dengan Akmal di sini. Selalunya kalau hari ahad, Akmal lebih suka melepak di rumah sewanya sahaja selain ke rumah mamanya.
“Saya ke sini sebab betulkan gitar. Awak buat apa kat sini?” Akmal merenung Ariana dengan raut pandangan meminta penjelasan. Sesekali dia menjeling ke arah lelaki yang turut berdiri di sebelah Ariana itu.
“Saya...errr...saya...”
“Sayang, siapa ni? Kawan awak ke?”
Sayang?
Ariana terpana dengan panggilan yang diucapkan Amirul itu. Air liur terasa pahit untuk di telan. Akmal mengenggam penumbuk ketika mendengar bahasa yang digunakan oleh lelaki itu.
“Amirul, kenalkan. Ni Akmal...” Ariana tergagap seketika.
Amirul? Macam pernah dengar nama tu. Akmal berkata di dalam hati.
“Akmal, ni Amirul. He’s my..errr...” Sumpah Ariana tak tahu nak kata apa. Rasa macam kalau boleh dia menghilangkan diri ketika itu, memang dia akan hilangkan diri.
“Hai, saya teman lelaki Arin dan tak lama lagi akan menjadi tunang Arin...”
Rasa macam siling  pusat beli belah itu runtuh menghempap kepala Akmal ketika itu. Dia memandang wajah Ariana yang sudah pucat itu. Air mata mula bergenang di kelopak mata gadis itu. Akmal tidak mahu percaya namun wajah Ariana sudah menceritakan segala-galanya. Dia sendiri tidak tahu kenapa semua ini boleh berlaku. Bukankah Ariana turut mencintainya? Atau tidak?
“Akmal, saya..” Ariana tidak tahu hendak berkata apa. Dia tidak sangka yang Amirul akan bertindak sebegitu rupa. Wajah Akmal seperti kosong dan tidak berperasaan namun pandangan mata lelaki itu sudah cukup mengambarkan betapa hancurnya hati lelaki itu.
It is true Ariana?” Akmal bertanya perlahan. Ariana menggigit bibir. Ini bukan sikap Akmal yang sebenar. Akmal yang sebenar akan mengamuk sakan jika mengetahui yang ada lelaki lain cuba mendekatinya. Akmal sebenar akan berasa cemburu gila dan akan menengking memarahinya supaya menjauhi mana-mana lelaki. Akmal sebenar tidak akan setenang ini. Akmal sebenar...
Ariana sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat Akmal menengkingnya. Memarahinya dengan kata-kata kasar. Dia mahu Akmal meluahkan kata-kata yang menyakitkan hatinya kerana dengan cara itu sahajalah yang mampu mengurangkan rasa bersalahnya kerana telah menghancurkan hati Akmal. Hatinya benar-benar terhiris apabila melihat Akmal berdiri di hadapannya, bertanya dengan nada terluka akan kebenaran yang baru sahaja terbongkar itu. Mahu sahaja dia memeluk Akmal dan meminta maaf semahu-mahunya. Sesungguhnya dia tahu bagaimana rasa sakit hati apabila dikhianati kerana dia lebih dulu mengalaminya.
“Jom sayang, kita dah lambat ni. Well Akmal, jemputlah ke kenduri kami nanti..”
Ariana seperti mahu menempeleng muka Amirul yang dengan selamba menuturkan ayat itu. Apabila melihat Ariana tidak juga berganjak, Amirul menarik tangan Ariana membuatkan Ariana terdorong ke depan. Dia menoleh ke belakang. Melihat wajah Akmal yang terluka itu. Titisan air mata yang cuba ditahan  tadi, mengalir juga di pipi Ariana.
“Maafkan saya, Akmal. Maafkan saya kerana telah menghancurkan hati awak...” Ariana berbisik perlahan ketika kaki melangkah mengikut langkah Amirul yang masih lagi menarik tangannya keluar dai pusat beli belah itu.
                                                                                 ***
“Yang awak nak menangis beriya sangat tu kenapa?”
Ariana masih teresak di dalam kereta. Susah untuk dia melupakan raut wajah Akmal tadi. Seperti dia telah mencincang lumat hati Akmal dengan serpihan kaca dari botol yang pecah.
“Sudahlah Arin. Awak tak rasa bersalah ke menangis macam tu sebab lelaki lain sedangkan saya ni teman lelaki awak? Bakal tunang awak?” Amirul bertanya lagi dengan nada tidak puas hati. Ariana mengetap bibir. Hatinya yang sedih itu terasa sakit apabila mendengar kata-kata Amirul yang seperti tidak berperasaan itu. Dia mengesat sisa air mata di pipi dengan belakang tangan.
“Amirul, boleh tak saya minta awak cuba faham situasi saya sekarang? Apa yang awak jangkakan dari saya lepas saya hancurkan hati dia?”
Amirul menjeling ke sebelah.
“Saya tahulah yang awak sedih atau apa-apa jelah. Tapi tak payahlah nak over sangat sampai menangis macam tu. Macamlah awak yang ditinggalkan...”
Ariana memandang ke arah Amirul di sebelah dengan pandangan tidak percaya. Tergamak Amirul berkata macam tu pada waktu sekarang?
“Mungkin awak tidak pernah merasai bagaimana sakitnya hati apabila kita dikhianati oleh orang yang kita sayang. Sebab tu awak seperti tak ada perasaan..”
Amirl yang sedang memandu itu tersentap. Rasa seperti disindir secukup rasa. Tanpa memberikan isyarat, dia membelok ke tepi jalan sebelum berhenti mengejut sehingga membuatkan Ariana hampir terhumban ke depan. Mujur dia memakai tali pinggang keledar.
“Awak ni kenapa? Nak bunuh diri ke apa? Bawa kereta macam orang gila!” Ariana meninggikan suara. Rasa terkejut masih belum hilang lagi.
“Saya yang gila atau awak?” Amirul bertanya sinis membuatkan telinga Ariana terasa berdesing.
“Amirul. Mind your language. Jangan uji kesabaran saya...” Ariana berkata geram.
“Saya yang uji kesabaran awak, atau sebaliknya. Awak tahu tak macam mana sakitnya hati saya bila tengok awak menangis sebab lelaki itu? Kenapa? Awak sayangkan dia ke? Awak sedih sebab terpaksa menghancurkan hati dia sedangkan awak mencintai dia? Jawab Arin!” Suara Amirul memetir membuatkan Ariana tersentak.
“Kalau betul saya cintakan dia, apa awak nak buat?!” Ariana turut meninggikan suara. Amirul memandang wajahnya dengan pandangan menyinga. Ariana terdiam. Bukan sebab takut dengan pandangan Amirul itu tetapi dia terkejut dengan apa yang dia baru lafazkan tadi. Dia mencintai Akmal? Sejak bila?
“Jadi betullah awak cintakan dia? Awak cuba nak main-mainkan saya? Macam tu?”
Ariana meraup muka dengan kedua-dua belah tangan. Dada terasa sesak. Kepala dah tak boleh nak fikir apa-apa lagi.
“Amirul, hantar saya balik. Saya dah penat. Saya...dah tak larat nak fikir hal ni lagi. Kita bincang lain kali..”
“Saya takkan berganjak selagi saya tak dapat jawapan daripada awak...”
“Apa lagi yang awak nak Mirul? Awak dah dapat apa yang awak nak...”
“Really? I don’t think so...”
Ariana memandang wajah Amirul wajah yang hampir bertahun-tahun menghuni hatinya namun entah kenapa pada ketika itu, dia hanya mahu pergi jauh dari Amirul. Pergi jauh dari semua orang.
“Awak cintakan dia, bukan?”
“Amirul, please. Just drop the subject.”
“No. Saya nakkan kepastian!”
“Kepastian apa lagi?!”
“Awak cintakan dia atau saya?!”
“Apa jenis soalan awak tanya ni?!”
Just answer the question, Ariana!”
Ariana merenung wajah Amirul yang tegang itu. Bibir digerakkan namun tiada kata yang keluar. Tiba-tiba dia keliru? Kenapa begitu susah untuk dia menjawab soalan Amirul itu selepas bertahun-tahun berlalu?
“Awak cintakan dia...”Amirul mendakwa.
Ariana terdiam. Hatinya turut tertanya sendiri. Dia cintakan Akmal?
“Amirul, tolong jangan paksa saya lagi. Saya penat. Those words..hanya terkeluar macam tu je. Saya tertekan okey...”
Amirul masih merenung wajah Ariana seolah-olah tidak mahu percaya.
So, you don’t love him, right? Saya yang awak cinta, kan?”
Ariana merenung wajah Amirul itu. Dengan berat hati, dia mengangguk perlahan. Mungkin dengan cara itu mampu buat Amirul berpuas hati dan tenang. Apa yang penting sekarang, dia mahu pulang dan berehat. Kepala pula rasa macam nak pecah.
Thanks sayang. Saya tahu awak takkan mengecewakan saya...” Amirul mencapai tangan Ariana sebelum menciumnya. Ariana menarik lembut tangannya.
“Jom balik. Saya penat. Nak berehat...”
P/S: TO BE CONTINUED

15 140 tukang karut:

mimie khairuddin said...

sampai hati ariana....;( owh.. hati pecah berderai..cian akmal...

Cahaya said...

mimie>> :p

hk said...

hancur hatiku menjadi keping2.... uwaaaaaaaaa

permata depan mata...kaca yg melukakan juga yg Ariana pilih... GRRRRRRRR

Cahaya said...

hk>>dia akan sedar juga nanti..tp masa tu dh terlambat.........muehehehe.

Anonymous said...

isk2.. :(

Cahaya said...

anon>>ishishish... :P

ita mohamad said...

Sedih ishishis... akmal., touching

Cahaya said...

ita>>sedih sikit2 je...hehe..

ita mohamad said...

Mesti akmal bwa diri keluar negara huuuwa...
Iya ke? He3

Cahaya said...

ita>>tak...akmal takkan mampu pergi jauh dari ariana...tapi ariana mampu pergi jauh dari akmal..muehehehe.

ita mohamad said...

Oomg lg la cian si akmal

t!m975106 said...

knapa die snggup wat cam 2.gramnyaaaaa

Cahaya said...

t!m975106>>tulah, geram kan.heeee.

cik baba said...

Sy menangis baca n3 ni, sampainya hati Ariana buat Akmal mcm tu. Arggghhhhh geramnya sy dekat Ariana ni.

Cahaya said...

cik baba>>yeke?jgn sedih2..nak tahu apa jadi leh beli novelnya tajuk MURIDKU SUAMI AKU? dah keluar tau. under Fajar Pakeer.

Post a Comment