RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, April 18, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...(Bab 45)

BAB 45

ARIANA berjalan tanpa arah tujuan di pusat beli belah itu. Entah kenapa lepas balik dari sekolah tadi, kereta terus dipandu menuju ke sini. Kepala terasa kusut dan berserabut sampai tak boleh nak fikir. Otaknya asyik berfikir tentang Amirul dan Akmal. Amirul yang asyik meminta dan merayu diberikan peluang kedua manakala Akmal yang sentiasa bertanya tentang perasaannya. Rasanya kalau selalu macam ni boleh jadi gila. Arghhh! Kenapa mesti dia yang alami semua ini?
Ariana berjalan menuju ke beranda pusat beli belah itu. Pandangan dihala ke bawah. Kelihatan lautan manusia memenuhi bahagian bawah pusat beli belah itu. Masing-masing dengan kehidupan sendiri. Sekali imbas, mereka di bawah sana seperti tidak mempunyai masalah membuatkan dia agak cemburu namun dia tersedar. Semua itu adalah ketetapan daripada Allah. Dia beristifar di dalam hati. Tahu bahawa tempat itu bukanlah tempat terbaik untuk menenangkan fikiran, Ariana mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Lagi pun, hari sudah hampir lewat petang.
Sedang Ariana berjalan mahu ke tingkat bawah, tiba-tiba dia terpandang kelibat seseorang yang seperti dikenalinya. Langkah kakinya terhenti. Ariana merenung tajam ke arah pasangan tersebut. Hatinya tiba-tiba terasa pedih. Seolah-olah kenangan lama yang menyakitkan itu berputar kembali membuatkan hatinya berdarah semula.
“Arin....” Amirul yang baru tersedar akan kehadiran Ariana di situ agak tergamam seketika.
Ariana merenung tajam ke arah Amirul dan gadis di sebelah lelaki itu. Wajah Amirul yang kelihatan terkejut itu membuktikan telahan yang dibuat. Dengan rasa sakit hati, Ariana berlaku dari situ. Air mata tiba-tiba mengalir dari pipi. Dia sendiri tertanya-tanya kenapa dia perlu menangis begitu sedangkan dia dan Amirul sudah tiada apa-apa perhubungan lagi. Dia sudah ada Akmal. Kenapa dia perlu rasa sakit hati dan sedih bila melihat Amirul bersama perempuan lain?
“Arin...! Tunggu...!” Laungan Amirul dibelakang tidak diendahkan. Langkah kaki semakin dilajukan.
“Arin! Tunggu...!” Amirul menarik tangannya membuatkan Ariana terpusing ke depan.
“Lepaskan saya!” Ariana menepis tangan Amirul.
“Arin, dengar cakap saya! Awak dah salah faham...”
Ariana menyeka air mata yang mnegalir di pipi.
“Sudahlah Mirul. Awak memang tak pernah berubah sejak dulu lagi. Saya dah malas nak dengar kata-kata pembohongan awak tu...” Ariana berpusing ingin beredar dari situ namun Amirul menahan.
“Arin please. Just give me one chance to explain...” Amirul merayu.
“Sudahlah Mirul. Saya dah malas nak dengar. Lagi pun antara kita dah tak ada apa-apa lagi. Lama dulu. saya pun sudah tak ada apa-apa perasaan  pada awak lagi.”
Amirul terdiam mendengan kata-kata Ariana itu.
“Kalau betul awak dah tak ada apa-apa perasaam pada saya, kenapa awak lari? Kenapa awak menangis bila nampak saya dengan perempuan lain? Dan untuk pengetahuan awak, perempuan itu kakak saya...”
Ariana tergamam seketika. Tergamam kerana dia sendiri hairan kenapa dia menangis dam tergamam kerana dia tidak sangka yang perempuan itu merupakan kakak Amirul.
“Kakak awak?” Ariana bertanya dengan suara serak basahnya itu. Amirul menganguk.
“Kak Nita. Awak tak ingat ke? Kakak saya yang tinggal di Jepun tu? Dia baru balik dari Jepun minggu lepas....”
Ariana cuba mengingati tentang perempuan yang dikatakan sebagai kakak Amirul itu. Baru dia teringat, Amirul memang mempunyai seorang kakak yang tinggal di Jepun. Semasa Amirul belajar di Jepun dulu, dia memang tinggal bersama-sama dengan kakaknya.
You have to believe me, Arin..”
Ariana mengesat sisa air mata di pipi dengan belakang tangan.
“Tapi itu tidak mengubah apa-apa. Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Perasaan saya pada awak sudah tiada.”
“Saya tak percaya...”
“Terpulang sama ada awak nak percaya atau tidak. Saya tiada hak untuk memaksa..”
“Baiklah. Kalau macam tu boleh awak bagi satu alasan kenapa awak menangis bila nampak saya dengan perempuan lain?”
Ariana terdiam. Tak terjawab soalan daripada Amirul itu.
“Saya tak nak jawab soalan itu dan rasanya saya tak perlu jawab.” Ariana ingin melangkah namun Amirul menarik tangannya.
“Awak masih cintakan saya, betul tak?” Amirul bertanya. Mata lelaki itu memandang tepat ke dalam mata Ariana. Ariana tergamam. Dadanya kembali berdegup kencang.
“Saya....saya...tak....” Ariana tergagap.
“Perasaan awak pada saya tak pernah berubah sejak dulu lagi. Hati awak sentiasa merindukan saya. Tiada lelaki lain dalam hati awak selain saya, betul tak?”
Ariana menelan air liur. Bergetar bibirnya namun tiada sepatah kata yang keluar. Setitis air mata jatuh membasahi pipi.
“Saya masih sayangkan awak Arin dan saya tahu awak juga masih sayangkan saya. Kita mula semula, boleh? Boleh awak bagi peluang pada kita untuk mula semula?”
Ariana masih terdiam. Lidah terasa kelu. Hanya pandangan mata mereka yang saling bertentangan.
“Boleh sayang? Boleh awak bagi saya peluang kedua pada saya? Saya janji saya takkan kecewakan awak lagi...”
Ariana terdiam lagi. Otak ligat berfikir. Hilang terus bayangan Akmal dan diganti dengan kenangan manis dia dan Amirul semasa mereka bercinta dulu. Perlahan-lahan Ariana menganggukan kepala. Amirul tersenyum lebar.
Thanks sayang. I love you...”
Setitis air mata jatuh lagi di pipi Ariana. 
                                                                                      ***

“Hai Akmal...”
Akmal yang sedang berbual dengan Fadil, Farid dan Aidil itu menoleh serentak. Hani berjalan dengan gaya melenggang lengguk ke arah mereka. Fadil menarik nafas panjang manakala Farid dan Aidil pula saling berpandangan.
Sorry guys, I ganggu kejap. Akmal, boleh I cakap dengan you kejap?” Hani bertanya sambil berdiri di sebelah Akmal itu. Tangannya mengentel lengan baju Akmal.
“Awak  nak cakap apa?” Tanya Akmal agak bosan dengan sikap Hani yang gedik melampau itu. Rimas.
“Hmm, boleh tak kita cakap secara private. You tahulah...” Hani  menyentuh lengan Akmal yang agak berotot itu.
Sorry Hani. Kalau awak nak cakap apa-apa, cakap je kat sini. Kalau tak, tak payah cakap langsung...” Akmal berkata tegas. Wajah Hani sudah mula ketat namun dia sedaya upaya memaniskan mukanya. Nak pikat jerung ni bukan mudah. Kena banyak bersabar.
“Hmmm, fine. Kalau itu yang you nak. Akmal, sebenarnya I dah lama nak cakap. I sebenarnya sukakan you. I cintakan you....”
Fadil, Farid dan Aidil saling berpandangan sebelum masing-masing memandang ke arah Akmal yang masih tayang muka tak berperasaan itu.
“So?” Akmal bertanya seolah-olah Hani baru sahaja mengatakan sesuatu yang tak penting. Dia dah cukup serabut sekarang dengan Ariana yang semakin hari semakin susah untuk dihubungi itu.
“So, I nak you jadi boyfriend I. I janji yang I akan bahagiakan you, boleh Akmal?” Hani bertanya manja sambil memeluk lengan Akmal itu.
Sorry Hani. Saya tak berminat. Lagi pun saya dah ada girfriend dan hati saya hanya untuk dia.” Akmal menepis tangan Hani yang sudah berani merayap di tempat lain itu.
“Tapi...tapi I akan bahagiakan you. I janji I takkan kecewakan you. You akan seronok dengan I. I akan bagi apa yang girfriend you tak dapat berikan. I akan pastikan you bahagia dalam dakapan I...” Hani cuba menyentuh wajah Akmal namun Akmal menepis kasar. Akmal berdiri.
Sorry Hani. Saya tak berminat. Cinta dan kasih sayang saya hanya untuk Ariana sorang. Bukan awak, bukan sesiapa. Takkan ada sesiapa yang mampu ganti tempat Ariana sungguhpun Ariana sudah tak ada nanti...” Akmal menjawab tegas. Dia berdiri sebelum beredar meninggalkan tempat itu. Hani yang tergamam mendengar kata-kata Akmal itu berasa malu diperlakukan sebegitu rupa. Tak sangka Akmal begitu susah untuk ditundukkan. Sebelum ini tak pernah mana-mana lelaki menolaknya.
Fadil turut berdiri. Begitu juga Farid dan Aidil. Mereka turut beredar mengekori Akmal. Sebelum melangkah, sempat Fadil berbisik ke arah Hani.
You better stay away from Akmal. Kalau tak, you akan menyesal...”
Hani agak kecut perut apabila mendengar pesanan berbaur ugutan itu. Bimbang juga diapa-apakan oleh Fadil dan gengnya itu.
“Dil, apa hal tu?” Aidil bertanya ke arah Fadil. Fadil mengangkat bahu. Rasanya belum masa yang sesuai untuk dia bercerita tentang hal Akmal. Lagi pun lebih elok kalau Akmal sendiri yang membuka cerita. Itu pun  kalau Akmal mahu cerita.

                                                                        ***
ARIANA menggigit bibir ketika melihat HTC bergegar di atas meja. Nama Akmal yang naik pada skrin hanya dipandang sepi. Teragak-agak seketika mahu menjawab panggilan tersebut. Masuk kali ini, sudah tiga kali Akmal menghubunginya namun dia tidak ada kekuatan untuk bercakap dengan Akmal sekarang. Dia betul-betul rasa bersalah. Otaknya asyik berfikir bagaimana cara mahu berterus terang dengan Akmal. Dia tahu Akmal pasti kecewa. Dia sendiri tidak dapat gambarkan bagaimana perasaan Akmal nanti jika mengetahui yang dia mahu memutuskan perhubungan mereka. Ariana meraup muka. Dia buntu dan rasa terbeban.
Panggilan Akmal akhirnya terhenti apabila sudah lima kali Ariana tidak menjawabnya. Mungkin Akmal sudah berputus asa.
“Maafkan saya Akmal. Saya masih belum bersedia untuk bercakap dengan awak.” Ariana berbisik perlahan apabila menyentuh skrin HTC yang tertera nama Akmal itu. Setitis air mata jatuh ke pipi. Sebak hatinya memikirkan yang dia bakal menghancurkan hati lelaki sebaik Akmal. Akmal, lelaki yang mencintainya dengan sepenuh hati dirasakan lebih layak untuk mendapat gadis yang lebih baik lagi daripadanya. Gadis yang turut sama mencintai Akmal sebanyak mana Akmal mencintainya.
Perhatian Ariana teralih apabila HTCnya berbunyi lagi. Kali ni Amirul yang menghubunginya. Dia mengesat air mata yang masih bersisa di pipi sebelum menyentuh skrin HTC.
“Helo...”
“Helo Arin, awak buat apa tu? Sihat?”
“Tak buat apa-apa. Saya okey je. Awak sihat?” Ariana bertanya pula. Rasa janggal masih lagi terasa ketika itu. Sudah lama rasanya dia tidak berbual santai begitu dengan Amirul.
“Saya sihat. Cuma rindukan awak je...”
Ariana menggigit bibir. Hati terasa agak berdebar namun dia sedaya upaya mengawal perasaannya.
“Awak dekat mana tu? Rumah ke?”
“A’ah. Arin, minggu ni awak balik Taiping tak?”
“Tak pasti lagi. Kenapa awak tanya? Awak nak balik Taiping ke?”
“Hajatnya. Kalau awak nak balik, boleh naik sekali dengan saya...”
Ariana membayangkan yang dia berada di dalam kereta bersama-sama dengan Amirul menuju ke Taiping. Rasa seperti semasa zaman mereka bercinta dahulu.
“Saya tak pasti lagilah Mirul. Nanti apa-apa saya akan bagitahu awak semula, okey?”
“Okey tapi saya harap awak dapat ikut sekali. Saya tak sedap hati nak tinggalkan awak dekat KL bila saya pula berada di Taiping....”
Ariana terdiam. Seperti memahami apa yang ingin disampaikan oleh Amirul. Mungkin lelaki itu bimbang yang dia mungkin akan keluar berjumpa dengan Akmal sepanjang ketiadaan Amirul.
“Amirul. Saya rasa awak perlu ingat yang masih ada beberapa perkara lagi yang saya perlu uruskan terutamanya tentang...” Ariana terhenti seketika. Tak sanggup rasanya nak menyebut nama itu di hadapan Amirul.
“Bila awak nak cakap dengan dia?”
Ariana terdiam. Faham benar siapa ‘dia’ yang dimaksudkan oleh Amirul itu.
Just give me sometimes. Saya akan cuba cari masa yang sesuai...”
“Tapi bila? Saya tak nak awak berlengah-lengah lagi. Saya tak suka teman wanita saya keluar dengan lelaki lain selain saya. Awak milik saya, Arin...”
Ariana mengurut pelipis yang terasa sakit.
“Saya akan berterus terang dengan dia. Cuma, tolong bagi saya masa. Bukan senang untuk saya...” Ariana terdiam. Tidak sanggup nak teruskan kata-kata. Sesungguhnya dia tahu bagaimana sakitnya hati apabila dikecewakan oleh orang yang disayangi.
“Fine. Tapi saya harap awak tak ambil masa yang lama. Saya pun kalau boleh nak cepatkan majlis kita. Saya tak nak buang masa lagi...”
Ariana tergamam apabila mendengar kata-kata Amirul itu.
“Apa...apa maksud awak?”
“Saya nak melamar awak, Arin. Saya nak ambil awak jadi isteri saya. Saya tak nak bertangguh lagi. Lagi cepat awak boleh selesaikan urusan awak tu, lagi cepat saya boleh masuk meminang awak. Saya tak nak nanti bakal isteri saya masih ada hubungan dengan lelaki lain. Saya nak awak clean dari sebarang hubungan dengan lelaki lain...”
Tak terkata Arianan apabila mendengar kata-kata Amirul itu. Tak terlintas langsung difikirannya yang Amirul begitu serius kali ini sehingga mahu cepat-cepat mengambilnya sebagai isteri.
“Err, Mirul. Saya rasa kita jangan tergesa-gesa dulu. Masih banyak benda yang kita perlu uruskan. Lagi pun kita baru bermula...”
“Kenapa pulak? Walaupun kita masih baru nak bermula, tapi kita dah kenal lama Arin. Keluarga kita pun sudah saling mengenali. Jadi apa yang awak risaukan..?”
Ariana menarik nafas panjang, sebut pasal keluarga membuatkan dia teringat sesuatu. Mahukan keluarganya menerima Amirul kembali setelah apa yang pernah Amirul lakukan terhadapnya dahulu?
“Mirul, boleh kita bincang hal ni lain kali? Kepala saya pening. Terlalu banyak benda yang perlu saya fikirkan...”
Terdengar keluhan kasar di sebelah sana. Ariana tertanya-tanya kenapa Amirul seperti mahu mendesaknya. Adakah Amirul takut dia akan berubah hati seperti yang pernah lelaki itu buat dulu?
“Fine. Tapi make it fast. Saya tak boleh nak bayangkan awak ke hulu ke hilir dengan dia...”
“Insya-Allah. Saya cuba...”
Please try hard Arin. Jangan lengah-lengahkan masa...” Amirul menjawab. Ada sedikit nada seperti desakan di situ.
“Saya cuba. Awak jangan risau okey...”
“Okey, saya percayakan awak. Okeylah, saya nak tidur dulu. Jumpa nanti. Bye...”
Bye...” Ariana memutuskan talian telefon. HTC direnung sebelum diletakkan di atas meja. Dia mengurut pelipis dengan hujung jari. Kepala terasa serabut sangat.
Brrrrr...
Ariana membuka mata. HTC di atas meja bergegar lagi. Dia menjeling skrin HTC. Akmal. Ariana menarik nafas panjang sebelum menyentuh skrin HTC tersebut.
“Helo Ariana. Awak dekat mana ni?” Suara Akmal bertanya dahulu. Ariana menelan air liur.
“Saya dekat rumah. Kenapa? Awak dekat mana sekarang ni?”
“Saya pun dekat rumah. Rumah mama...”
“Ohh, awak dah pindah balik rumah mama awak ke?” Ariana bertanya agak terkejut. Disangkanya Akmal sudah mahu pulang ke rumah mamanya.
“Taklah. Saja melawat mama. Mama kirim salam. Dia cakap dia rindukan awak...”
Ariana terdiam. Air liur yang ditelan tiba-tiba terasa pahit.
“Err. Waalaikumussalam. Saya pun....rindukan mama awak...” Perlahan sahaja Ariana menutur.
“Mama je ke? Saya awak tak rindu?”
Arinana menggigit bibir. Hati terasa sebak. Air mata mula bergenang di kelopak mata.
“Errr. Studi awak macam mana? Lagi beberapa minggu nak periksa kan?” Ariana mengubah topik. Tak sanggup nak terus menerus bercakap tentang soal itu.
“Studi okey. Cuma....saya rindukan awak Ariana. Terlalu rindu. Bila kita boleh jumpa?”
Ariana tidak dapat menahan sebak. Air mata jatuh ke pipi lagi.
“Akmal...” Ariana bersuara perlahan.
“Ye sayang, kenapa ni?” Akmal bertanya bimbang apabila mendengar perubahan suara Ariana itu.
“Saya...saya...” Ariana memejamkan mata. Tak sanggup rasanya nak berterus terang dengan Akmal ketika itu.
“Sayang, kenapa ni? Cakap dengan saya..” Akmal semakin cemas. Ariana mengalihkan HTC dari telinga. Tubuh terhenjut-henjut menahan tangisan. Sesungguhnya dia tak sampai hati. Tak sampai hati mahu melukakan hati Akmal kerana dia sendiri tahu bagaimana sakitnya bila dikhianati.
“Ariana...Ariana...”
Ariana menarik nafas panjang. HTC diletakkan di telinga.
“Akmal, kita sembang nanti ya. Saya penat...” Ariana berkata perlahan sambil menahan sendu yang masih bersisa.
“Hmm, tak apalah. Jaga diri sayang. Kalau ada apa-apa masalah, jangan lupa bagitahu saya. Saya sentiasa ada di sisi awak. Ingat tu...”
Setitis air mata jatuh lagi ke pipi.
“Awak pun. Jaga....jaga diri Akmal...”
“Yelah. Pergilah tidur...”
“Awak pun...”
“Ariana....”
“Hmm...?”
“Saya cintakan awak Ariana. Takkan ada sesiapa yang mampu ganti tempat awak di dalam hati saya sampai bila-bila....”
Ariana menutup mulut cuba menanahan esakan. Tubuh terhenjut-henjut lagi. Hatinya semakin pilu apabila mendengar pengakuan ikhlas daripada Akmal itu.
“Akmal, maafkan saya...” Ariana berkata di dalam hati.
P/S: TO BE CONTINUED.

17 140 tukang karut:

Anonymous said...

aarinaaa..jgn lh kejam sgt..siannya kt akmal.. :(

Cahaya said...

anon>>kejamkan ariana..hehe..sj je nk buat readers rasa ariana tu kejam..jadi sy berjayalah ni ye?heheheh.

Anonymous said...

ye..awk berjaya.. :( hampir bergenang air mata sy tau..
anyway thanx for the entry.. ;)

Cahaya said...

anon>>heeee jgn sedihlah...adalah kegembiraan tu nanti...

ita mohamad said...

Sedih.. harap happy ending .. mungkin ni dugaan buat akmal dan mjdkan akmal lbh matang dan membina kerja yg lbh baik utk dri dy n keluarga.

ita mohamad said...

Sorry kerjaya bkn kerja

Cahaya said...

ita>>yap..kadang-kadang ujian tu mematangkan kita..itulah yg sy belajar berdasarkan pengalaman lepas..hehehe.

ita mohamad said...

Huuwaa sedihnye

Cahaya said...

ita>>jangan sedih..senyumlah.. :P

Anonymous said...

akak berjaya buat sye rse menyampah kat ariana......if ariana x nk akmal,just give him to me.....akak bersalah tau buat akmal sedih..hehehe

Cahaya said...

anon>>memang nk org nyampah jugak kat ariana heee..

aabb said...

oh my god ! napa ariana perlu trima amirul ? tak adil la pd akmal , akmal da cinta mti da dngan ariana , ariana wat bdoh ja .. aiyoo ! spoilll !!

Cahaya said...

aabb>> kadang kala cinta pertama sush nk lupa walaupun kita disakiti kan..heee..

Anonymous said...

Sedihnyeeee....

cik baba said...

sedihnya...sian Akmal. Ariana jgnlah buat akmal mcm ni.....Akmal sesungguh hati syg dan cintakan Ariana.....Sis bab ni betul2 buat sy sedih .....

Cahaya said...

cik baba>>heeee takpe itulah lumrah hidup weeee.

SYIRA Reyes said...

Amirul menyibuk jelah dalam hubungan Ariana dengan Akmal.Ariana tak patut buat macam tu kat Akmal

Post a Comment