RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, April 17, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...(Bab 44)

BAB 44

AMIRUL memandang sekeliling. Sesekali jam di tangan dijeling. Tak mungkin dia sudah terlewat. Namun kelibat seseorang itu masih belum ditemui. Dalam hati terbit rasa bimbang jika orang itu terus pulang apabila mendapati dia terlewat sampai. Mungkin inilah satu-satunya peluang yang dia ada. Peluang untuk dia membetulkan keadaan balik.
“Mirul....”
Amirul mengeluh kelegaan apabila wajah Ariana muncul sambil melambai ke arahnya. Kaki dihala mendekati kedai makan tersebut.
“Dah lama sampai? Sorry. Jalan sesak tadi...”
It’s okey. Saya pun baru je sampai...”
“So, ada apa awak nak jumpa saya ni?”
Nothing important. Maaflah kalau saya telefon dan panggil awak  datang sini. Mungkin awak sibuk. Saya cuma nak pulangkan benda ni. Mungkin awak terlupa...” Ariana menghulurkan plastik ke arah Amirul. Amirul hanya merenung plastik tersebut dengan raut wajah penuh tanda tanya.
“Apa ni?”
“Awak ingat tak hari tu masa kita jumpa? Awak bayarkan duit barang dapur saya kan? Ni biskut dan air kotak yang awak kata awak nak belikan untuk anak saudara awak. Sorry baru sekarang saya pulangkan. Saya terlupa...”
Amirul terdiam. Sungguh dia tak sangka tujuan sebenar Ariana mahu berjumpa dengan dia pada hari itu hanyalah semata-mata mahu memulangkan makanan ringan tersebut.
“Awak telefon saya ajak jumpa semata-mata nak pulangkan benda ni?”
“A’ah. Sorrylah Mirul. Saya tahu awak sibuk. Tapi saya tak boleh simpan benda ni sebab awak beli untuk anak saudara awak....”
Amirul merenung wajah Ariana dalam-dalam sehingga membuatkan Ariana kurang selesa.
“Mirul. Saya faham kalau awak marah. Saya betul-betul minta maaf.”
Amirul masih diam. Sebetulnya hati agak kecewa kerana dia sangka sesuatu yang lebih baik akan terjadi. Ariana serba salah apabila melihat Amirul terus menerus mendiamkan diri.
“Err, tak apalah kalau macam tu. Saya balik dulu...” Ariana bangun lalu meninggalkan kedai makan tersebut. Amirul yang baru tersedar itu cepat-cepat bangun dan mengejar Ariana dari belakang.
“Arin, tunggu...!” Amirul menarik tangan Ariana membuatkan Ariana berhenti melangkah.
“Mirul. Apa ni?” Ariana cuba melepaskan tangannya.
“Maaf...” Amirul melepaskan pegangan tangan Ariana. Ariana mengosok pergelangan tangannya yang agak merah itu.
“Arin, boleh awak bagi saya satu lagi peluang?”
Ariana memandang wajah Amirul dengan raut wajah tak percaya. Rasa macam mimpi je bila dengan Amirul berkata macam tu.
“Mirul, saya tahu awak seorang yang kelakar, tapi lawak awak tu tak buat saya geli hati pun.”
“Saya serius Arin. Saya...masih sayangkan awak...”
Terpana seketika apabila Amirul berkata begitu. Rasa macam tak percaya je.
“Mirul, jangan main-main. Saya tak suka..”
“Saya serius Arin. Saya masih cintakan awak. Saya tak mampu nak lupakan awak. Tolonglah bagi saya satu lagi peluang...” Amirul merayu bersungguh-sungguh. Ariana tergamam tak tahu nak cakap apa.
“Saya...errr..saya..tak boleh...” Ariana berkata sebelum beredar dari situ. Dadanya berdegup kencang. Entah kenapa dia rasa macam nak pitam.
“Arin. Tunggu dulu...” Buat kali kedua Amirul menarik tangannya.
“Amirul, please. Saya...tak boleh...”
“Kenapa? Awak masih marahkan saya?”
“Bukan. Saya...dah lama maafkan awak. Cuma...” Ariana tak tahu nak jawab apa. Dalam kepala terbayangkan wajah Akmal namun entah kenapa wajah itu semakin pudar dalam ingatannya dan digantikan dengan kenangan manis sewaktu dia masih bersama dengan Amirul.
“Sebab apa? sebab boyfriend awak?”
Ariana diam tak tahu nak jawab apa. Kepala dah mula nak terasa pening.
“Mirul, saya minta maaf. Saya nak balik. Saya pening...” Ariana mula melangkah namun dihalang oleh Amirul.
“Arin, please. I love you so much...”
Ariana memandang wajah Amirul. Entah kenapa hati rasa rindu yang amat sangat dengan lelaki yang berada di hadapannya itu.

                                                                        ***
PRANG!
Akmal menarik nafas panjang sebelum tunduk mengutip sisa mug yang pecah diatas lantai itu. Setelah mengutip sisa kaca tersebut, dia membuang kaca itu di dalam tong sampah di hujung bilik. Entah kenapa sejak tadi dia rasa macam tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Dia kemudian mencapai HTC lalu berbaring diatas katil. Nombor rumah didial dan panggilan disambut oleh mama. Setelah hampir setegah jam berbual dengan mama, Akmal memutuskan talian lalu nombor telefon Ariana didial. Hanya peti simpanan suara yang menyambut pangilannya. Hati Akmal rasa tak sedap. Ke mana Ariana pergi? Jarang Ariana nak tutup telefon melainkan kalau Ariana marahkan sesuatu. Tapi setahu dia, kali terakhir dia berjumpa atau berhubung dengan Ariana, mereka masih baik-baik lagi. Akmal memejamkan mata. Sungguh hati rasa tak tenang.
HTC yang berbunyi itu membuatkan Akmal kelang kabut menjawab tanpa melihat terlebih dahulu skrin telefon.
“Helo, Ariana..”
“Mal, aku ni...”
Akmal melihat skrin HTC. Keluhan berat dilepaskan.
“Fadil. Aku ingat Ariana...”
Fadil di sebelah sana berkerut dahi mendengar kata-jata Akmal itu.
“Kenapa dengan cikgu? Korang bergaduh lagi ke?” Tanya Fadil.
“Hmm, taklah. Cuma aku rasa tak sedap hati. Aku call Ariana tapi tak dapat. Dia off handphone...”
“Yeke? Mungkin bateri dia kong kot. Kau jangan risaulah...”
“Entahlah. Hati aku ni rasa lain. Rasa macam ada benda buruk yang akan berlaku...”
Fadil terdiam seketika.
“Aku rasa tak ada apa-apa tu. Mungkin kau penat sangat. Dahlah, jangan fikir sangat. Nanti cikgu call kau baliklah tu...”
Akmal hanya diam. Dia memejamkan mata seolah-olah cuba menenangkan hati.
“Mal, malam ni kau ada show tak?”
“Hmm, ada. Tapi aku macam malas nak pergi...”
“Kenapa?”
“Entah. Hati aku tak tenang. Tak boleh nak fokus...”
“Hmm, tak apalah kalau macam tu. Tapi jangan lupa inform awal dekat brother Jo. Sempatlah dia nak cari replacement...”
“Hmmm....”
“Tak apalah kalau macam tu. Jumpa nanti. Tak payah fikir sangatlah. Aku yakin cikgu tak apa-apa.”
“Okey...”
Bye...”
Akmal memutuskan talian. HTC diletakkan di dada. Mata dipejam. Kepala cuba tidak memikirkan perkara yang buruk-buruk. Dalam hati berdoa supaya Ariana sentiasa selamat tak kira dimana gadis itu berada.
                                                                           ***
ARIANA mengelap rambut yang basah dengan tuala. Baru terasa segar apabila sudah mandi. Dia kemudian menyidai tuala basah tersebut dihujung rak sebelum naik ke atas katil. Tetikus dilarikan lalu icon winamp ditekan. Seketika kemudian, lagu Wake Me Up When September Ends berdentum dari speaker komputer riba. HTC yang terletak bersebelahan dengan komputer riba dicapai.
“Lah, patutlah sunyi sepi je handphone aku hari ni. Bateri kong rupanya...” Ariana mengomel di dalam hati. Segera dia bangun lalu telefon tersebut di charge sebelum dihidupkan kembali. Baru sahaja dia mahu meletakkan telefon tersebut di atas meja, beberapa keping mesej masuk dalam peti simpanan mesejnya. Segera dia membuka mesej-mesej tersebut. Ada lima mesej yang masuk. Dua mesej dari syarikat telekomunikasi yang menandakan ada miss calls daripada Akmal manakala tiga mesej lagi daripada Amirul. Ariana membaca mesej yang dihantar oleh Amirul itu. Amirul masih lagi merayu supaya diberi peluang kedua. Ariana menarik nafas panjang. Tidak tahu apa yang perlu dibuat. Serba salah dibuatnya. Sejujurnya, dia memang rindukan Amirul. Perasaan itu tidak pernah padam walau sedikit pun. Dan dia percaya yang rasa sayang dia terhadap Amirul masih ada lagi. Malah sejak dia bertemu kembali dengan Amirul, perasaan itu semakin lama semakin bercambah sehingga kadang kala membuatkan dia rasa bersalah dengan Akmal.
Ariana merebahkan tubuh di atas katil. Mata merenung siling. Kepala jadi berserabut. Kenapa dia harus melalui semua ini? Kenapa dia harus terlibat dengan Akmal sedangkan hatinya masih pada Amirul? dan kenapa Amirul muncul kembali dalam hidupnya disaat dia mahu memberi peluang untuk diri sendiri jatuh cinta lagi dengan Akmal? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Ariana menarik bantal rapat ke muka. Rasa macam nak menjerit sekuat hati. Walaupun dengan cara itu tidak mampu menyelesaikan masalahnya, namun sekurang-surangnya mampu melegakan perasaannya ketika itu.

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Bibir Ariana bergetar apabila lagu Andaiku Bercinta Lagi nyanyian kumpulan MOJO bergema dari speaker komputer ribanya. Terasa seperti lagu itu menyindirnya. Lirik-lirik lagu yang dinyanyikan itu seolah-olah mengejeknya. Serta merta air mata mengalir di pipi. Kenapa dia perlu menghadapi semua ini? Adakah tiada ruang lagi untuk lelaki lain di hatinya selain Amirul? Perlukah dia memberikan Amirul peluang kedua? Bagaimana dengan Akmal? Perlukan dia terus setia dengan Akmal sedangkan hatinya sendiri tidak pasti dengan perasaannya sendiri pada Akmal. Perlukan dia berbohong dengan Akmal dan menyatakan rasa cinta pada Akmal sedangkan  dalam fikiran hanya membayangkan wajah Amirul? Air mata mengalir lagi buat kesekian kalinya dan terus mengalir sepanjang malam itu.
                                                                        ***
“Thank you, teacher...”
Ariana mengangguk sebelum berjalan lemah keluar dari kelas tingkatan empat untuk menuju ke bilik guru. Kepala terasa berat dek kerana tak cukup tidur semalam. Mata pula dah sembab kerana sepanjang malam dia menangis. Dia sendiri tak tahu kenapa dia nak emosi semalam. Mungkin dah sampai masa untuk dia ‘bercuti’. Kalau ikutkan, minggu depan haid dia datang. Mungkin sebab itu hatinya mudah tersentuh.
Ariana membuka beg tangan apabila terasa seperti HTC bergegar. Segera dia mengeluarkan telefon pintar tersebut. Dia menarik nafas panjang sebelum menyentuh skrin HTC tersebut.
“Helo, Ariana. Awak okey ke? Kat mana ni?” Suara Akmal yang agak cemas itu bertanya.
“Saya okey je? kenapa ni Akmal? Awak macam cemas je...”
“Awak dekat mana? Sekolah ke?”
“A’ah. Akmal, kenapa ni?” Ariana bertanya agak bimbang apabila mendengar suara Akmal yang cemas itu.
“Tak ada apa-apa. Saya cuma risau. Semalam saya telefon awak tapi awak off. Kenapa?”
Ariana memejamkan mata. Macam mana boleh terlupa nak telefon Akmal semula semalam? Ini semua sebab Amirul punya pasal.
Sorrylah Akmal, semalam bateri telefon kong. Saya tak perasan. Lepas tu saya tidur awal semalam...” Ariana mereka alasan. Baginya lebih baik begitu dari Akmal bimbang tak tentu pasal.
“Hmm, tak apalah. Tapi lain kali jangan buat macam tu ye sayang. Awak buat saya risau sampai nak mati...”
Ariana terkedu. Tak sangka sampai macam tu sekali perasaan Akmal terhadapnya. Serta merta dia diserang rasa bersalah.
“Akmal....”
“Ada apa sayang?”
Ariana memejamkan mata. Tak sanggup nak dengar Akmal memanggilnya dengan perkataan tersebut. Setiap kali Akmal memanggilnya ‘sayang’, setiap kali itulah dia rasa keikhlasan yang lahir dari hati Akmal terhadapnya.
“Hmmm, tak ada apa-apalah. Awak tak ada kelas ke hari ni?”
“Ada. Kejap lagi. Ariana....”
“Hmmm...?”
“Awak...sayang saya kan...?”
Ariana terdiam. Bergetar bibirnya mahu menjawab namun peliknya, tiada sepatah kata pun yang mampu keluar dari bibirnya seolah-olah dia kehilangan kata-kata.
“Errr Akmal. Saya ada kelas ni. Nanti kita bersembang lagi ya. Jaga diri. Bye...” Ariana segera memutuskan talian. Dalam hati terasa sesak dan penuh rasa kesal.
“Maafkan saya Akmal kerana saya masih tidak mampu memberikan jawapan untuk pertanyaan awak tu.”. Ariana berbisik sedih di dalam hati.

15 140 tukang karut:

hk said...

huhhhh??? Ariana... tetapkan pendirian anda pleaseeee... kalau x nak...meh Akmal tu kat sini...

Cahaya said...

hk>>pendirian ariana dah goyang......

hk said...

ariana ni patut sedar pengorbanan Akmal tu...cintanya tulus suci tanpa syarat.............grrrrrrrr

Cahaya said...

hk>>dia tak sedarlah tu..bila dh sedar semuanya dah terlambat...huhuhu.

Anonymous said...

hish..ariana ni kenapa?ksian akmal tu..sobsob :(

Cahaya said...

anon>>dia masih sygkan ex dia kot..hehe..

ita mohamad said...

Oh.., tidak ape yg tjd pas ni, x sabar ni geramnye dgn ariana . Cian akmal huhuhu

hk said...

uwaaaaaa.... yg ptg happy ending kan???

Cahaya said...

ita>>matlamat sy nk buat pemvaca geram kat ariana n rasa ariana kejam, lepas ni up entri n nk tengok tercapai tak matlamat sy..hehehehe.

Cahaya said...

hk>>kadang-kadang dunia reality tak semuanya happy ending kan...muahahaha.

hk said...

hahaha..itu realiti tapi ini novel.... heheheh... boleh tak jawab cenggitu????

Cahaya said...

hk>>muhehehehe ni kes nk akmal + ariana bersama jugaklah ni kan..

hk said...

tahu tak per.... errkkk...adakah dari ayat2 cik writer tu dorang x bersama???? uwaaaaa....kejam tak kalau nak bako kat sini??? hehehehe

Cahaya said...

hk>>heeeeee...entahlah..muahahha tgu jelah apa jadi dekat depa tu..degil memasing kan..hahahaha..nk bako kat sini?itu sungguh kejammm!! ahahahaha.

park_myre said...

Kali nie saya nak komen..dari saya baca first sampai la nie..memang saya begang dgn si heroin...napa susah sangat nak nampak yang akmal suka dia...mng bengang..bila perempuan lain dkt akmal baru rasa cemburu nak bagi tahu isi hayi kat akmal masih ragu tagu...mmgaq nak ketuk kepala si arin nie...

Post a Comment