RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, April 16, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...(Bab 43)


BAB 43
 “Rin, boleh tolong tak?”
“Tolong apa?” Ariana bertanya.
“Tolong ambilkan kotak kat atas tu. Saya tak sampailah...” Nurul menunjukkan kotak yang terletak diatas para di dalam stor sukan itu. Ariana yang sedang mengira peralatan sukan yang akan digunakan untuk latihan sukan itu menoleh ke arah Nurul. Dia berjalan masuk ke dalam bilik stor dan mengambil kotak yang dimaksudkan oleh Nurul itu.
Thanks...”
“Don’t mention it...” Ariana tersenyum.
“Bola ada banyak ni je ke? Tak ada yang lain kan?” Tanya Nurul sambil mengira bilangan bola di dalam kotak. Ariana memandang ke arah Nurul yang sedang sibuk mengira itu. Serta merta dia teringat kenangan lalu. Kenangan semasa Akmal masih bersekolah di situ. Kenangan yang dia tak mungkin dapat lupa sampai bila-bila. Kenangan semasa Akmal merosakkan segala persiapan sempena hari sukan hanya kerana cemburu dengan Cikgu Saufi yang berbual mesra dengannya. Kenangan semasa buat pertama kali Akmal meluahkan perasaan padanya. Ariana tersenyum sendiri. Sudah hampir setahun lebih kenangan tersebut berlalu namun seolah-olah baru sahaja berlaku semalam.
“Jom...” Suara Nurul yang mengajaknya keluar dari stor tersebut mengejutkan dirinya dari lamunan. Ariana cepat-cepat membawa beberapa gelung dan peralatan sukan yang lain sebelum berjalan mengekori Nurul menuju ke padang. Sebentar lagi latihan rumah sukan akan bermula. Lagi beberapa minggu pula akan berlangsungnya hari sukan sekolah.
Langkah Ariana terhenti seketika apabila mereka melalui hadapan bilik muzik. Ariana merenung bangunan tersebut dengan perasaan bercampur baur. Sejak Akmal meninggalkan sekolah dan menyerahkan bilik muzik itu sepenuhnya kepada pihak sekolah, dia tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke bilik muzik itu. Kalau dulu, dia kerap ke bilik muzik pun sebab Akmal. Jadi bila Akmal sudah meninggalkan sekolah, dia tak terasa pula nak ke situ walaupun kadang kala dia rindukan tempat itu. Tempat yang banyak menyimpan kenangan hidupnya dan paling penting sekali, dialah satu-satunya cikgu yang boleh keluar masuk sesuka hati tanpa memerlukan kebenaran daripada Akmal. Ariana tersenyum sendiri mengingatkan bagaimana dia dengan selambanya meredah masuk ke bilik muzik itu sebab bengang dengan sikap Akmal yang suka mencari pasal. Ah, sungguh dia rindukan suasana tersebut. Kadang kala dia rasakan yang sekolah agak sunyi tanpa Akmal. Entah kenapa dia merasakan seperti itu, dia sendiri kurang pasti. Tiada lagi enam jahanam dalam sekolah itu. Ariana tersenyum lagi.
“Rin, awak buat apa tu?” Nurul yang menyedari Ariana tiada di sisi menoleh. Ariana tersedar. Dia menoleh ke depan. Sudah jauh rupanya Nurul meninggalkannya.
“Err, tak ada apa-apa...” Ariana menjawab sebelum tergesa-gesa berjalan mendapatkan Nurul.
                                                                    ***
AIS KRIM mangkuk disuap ke mulut. Sesekali pandangan di hala ke sekeliling. Duduk melepak petang-petang macam ni di tepi tasik memang seronok. Memang dah lama niatnya hendak ke Taman Tasik Titiwangsa tu. Tenang dan aman je. Rancangan asal mahu ke situ sebab konon-kononya nak berjoging sambil mengeluarkan peluh. Dah lama tak bersenam. Lemak pun dah berkepuk-kepuk dalam badan. Tapi dek kerana baru satu pusingan joging dah buat dia semput, akhirnya dia mengambil keputusan untuk duduk sahaja sambil menikmati aiskrim. Syurga!
Ariana menjeling ke sebelah. Kepala digelengkan apabila melihat Akmal yang bersandar di kerusi batu yang mereka duduki itu sambil memeluk gitar. Mata lelaki itu terpejam. Entah tidur atau tidak, hanya tuan badan yang tahu. Penat sangat agaknya si Akmal ni. Lepas balik dari mengajar orang main gitar, terus Akmal telefon mengajaknya keluar. Disebabkan tak tahu nak kemana, akhirnya Akmal bawa dia ke situ.
“Akmal, kalau nak tidur. Pergilah balik rumah. Tidur kat sini buat apa...” Ariana berkata sambil merenung wajah Akmal yang masih memejamkan mata itu. Akmal tidak menjawab. Ariana menyuap lagi ais krim ke mulut. Dia terdiam seketika sebelum sengih nakal bermain di bibir. Perlahan-lahan dia mendekatkan mangkuk ais krim itu ke pipi Akmal membuatkan Akmal membuka mata.
“Apa ni?” Akmal menyapu pipinya. Benda apa pulak yang sejuk kat pipi dia ni? Akmal tertanya sendiri ketika mengelap pipi dengan tangan.
“Kalau nak tidur, pergilah balik rumah. Berehat...”
Akmal mengeliat perlahan. Ariana hanya memandang Akmal. Nampak sangat muka letih.
“Saya okey je. Balik rumah pun bukan ada apa.”
“Balik rumah tidurlah. Berehat...”
“Rehat bila-bila pun boleh, tapi nak jumpa awak tu susah sangat...”
Ariana tidak menjawab. Malas nak lawan bertekak dengan Akmal. Pasti dia yang kalah.
Ariana menghalakan pandangan ke arah beberapa orang pengunjung yang berjoging dan bersiar-siar di sekeliling mereka. Ada yang datang bersama-sama keluarga, bersama-sama rakan-rakan dan ada juga yang bersendirian.
“Awak makan apa tu?” Akmal menegur.
“Ais krim. Nak ke?” Ariana mempelawa sekadar ajak-ajak ayam.
“Boleh jugak...”
Kening Ariana terangkat. Ah sudah. Takkan nak kongsi?
“Errr, awak nak ke? Saya pergi beli lain...” Ariana mahu berdiri namun Akmal menarik tangan Ariana membuatkan gadis itu terduduk semula.
“Tak payah. Makan yang awak punya je...”
“Hah? Tapi..errr...tapi..” Ariana tak tahu nak kata apa.
“Kenapa? Tak nak share dengan saya?”
“Errr....” Ariana menggigit bibir.
“Cepatlah....”
Dengan berat hati Ariana menghulurkan mangkuk ais krim tersebut ke arah Akmal.
“Nak buat apa ni?” Akmal bertanya pelik.
“Lah, tadi awak jugak yang nak kan. Saya bagilah. Kenapa? Tak nak ke?” Ariana bertanya.
“Awak suap...”
“Hah? Saya suap? Kenapa pulak?” Ariana bertanya terkejut.
“Sebab saya boyfriend awak...” Selamba Akmal menjawab. Ariana mengaru kepala yang tidak gatal. Malu gila nak main suap-suap dekat tempat public ni. Lambat-lambat Ariana mencedok ais krim tersebut sebelum dihulurkan ke arah Akmal. Akmal menganga mulut. Ariana hampir ketawa melihat gelagat Akmal yang macam budak-budak itu. Tiba-tiba datang idea sengalnya. Sudu segera ditarik kembali sebelum masuk ke mulut sendiri. Ariana mengunyah ais krim itu dengan muka tak bersalah.
“Sayang!”
Ariana hampir tersedak apabila Akmal menyebut perkataan itu dengan agak kuat sehingga menarik perhatian orang sekeliling. Dia merenung wajah Akmal dengan tajam.
“Akmal, awak ni tak reti nak perlahankan sikit ke suara awak tu? Buat malu je...” Ariana menjeling tajam.
“Siapa suruh awak main-main?”
“Yelah-yelah. Nah...” Ariana menghulurkan sudu ke arah Akmal. Akmal menganga mulut lagi membuatkan perangai nakal Ariana datang balik. Diacah-acahnya sudu tersebut sehingga membuatkan Akmal terpaksa memegang tangan Ariana. Ariana cuba menahan ketawa apabila melihat gelagat Akmal itu. Comel sangat.
“Kenapa awak tak makan?” Akmal bertanya apabila Ariana asyik menyuapkan dia ais krim tersebut.
“Takpelah awak makanlah. Saya errrr dah kenyang.” Ariana memberikan alasan. Akmal merenung wajah Ariana dalam-dalam.
“Meh sini...” Mangkuk ais krim diambil dari tangan Ariana.
“Nganga...” Sudu di hala ke arah Ariana.
“Ehh, takpe. Awak makanlah. Saya dah kenyang...” Ariana menolak tangan Akmal.
“Nganga...” Akmal masih berdegil. Ariana membuat muka tak puas hati. Orang cakap tak nak tu tak naklah.”
“Taknaklah Akmal. Awak makan jelah...” Ariana menolak lagi.
“Cuba jangan degil boleh tak?”
“Awak tu yang degil. Saya kata tak nak tu tak naklah...” Ariana menjawab tidak puas hati.
“Bukak mulut...”
Ariana merenung tajam ke arah Akmal. Dah datang balik perangai samseng tak makan saman dia tu.
“Tak nak!”
“Bukak mulut saya cakap!”
“Saya cakap tak nak!”
“Kenapa tak nak? Geli ke?”
Ariana membuka mulut namun tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibirnya. Akmal mengangkat kening seolah-olah bertanya.
“Bukan macam tu...” Ariana menjawab perlahan.
“Dah tu...?”
“Errr. Sebab...errr...” Muka Ariana dah terasa merah padam. Dia segan sebenarnya. Bila makan dari sudu yang sama tu seolah-olah seperti mereka errr...
“Kenapa? Awak rasa kita macam bercium ke kalau makan dari sudu yang sama?”
Muka Ariana terasa tebal berbelas-belas inci apabila mendengar kata-kata Akmal itu. Rasa macam nak benam muka dalam tasik depan tu je. Malu!
Akmal tersengih nakal apabila sedar apa yang dia katakan tadi itu benar. Patutlah Ariana beriya-iya sangat menolak kalau dia mahu berkongsi makanan.
“Apa awak nak kisah sangat. Lagi pun first kiss awak pun saya dah dapat...”
Ariana membulatkan mata memnadang ke arah Akmal. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Mujur tak ada orang berdekatan dengan mereka.
“Apa awak merepek ni? Sejak bila kita pernah...errr...” Muka Ariana dah macam udang kena panggang. Akmal masih lagi tersengih.
“Awak tak ingat ke yang kita pernah berkonsi minuman masa dalam hutan dulu?”
Ariana terdiam berfikir. Serta merta dia teringat kenangan mereka tersesat di dalam hitan dulu. Muka semakin tebal tak tahu nak hala ke mana.
“Itu...errr...apa kaitan dengan..errr...” Ariana tergagap. Sumpah rasa macam nak terjun tasik masa tu jugak.
“Yelah, kan ke kita kongsi botol yang sama. Lepas awak minum, saya pulak minum. Masa tu saya bayangkan yang saya tengah cium...”
Ariana cepat-cepat menutup mulut Akmal dengan tangannya membuatkan Akmal terkejut.
“Awak ni kan. Eeeeee....tak senonoh betul.” Ariana menjeling ke arah Akmal yang dah tergelak-gelak itu. Ariana tunduk dan memejamkan mata. Tak sanggup nak pandang muka Akmal di sebelah.
“Apa pulak? Normallah tu. Saya lelaki. Saya manusia biasa. Ada perasaan dan keinginan...”
“Akmal, better you shut up. Kalau tak, saya balik sekarang!” Ariana mengugut. Akmal masih menayangkan sengih nakalnya.
“Okey-okey. Sorry. Saya gurau je. Jangan marah  okey...”
Ariana menjeling. Muka masih lagi terasa berbahang.
“Nak. Suapan terakhir. Dah cair ni...”
Ariana teragak-agak seketika sebelum ais krim itu selamat masuk dalam mulutnya. Dia menelan ais krim itu dengan muka yang tebal berbelas –belas inci.
“Sekarang awak pun dapat first kiss saya...”
Ariana tersedak seketika. Akmal ketawa terbahak-bahak. Ariana mencubit lengan Akmal berkali-kali. Geramnya!
“Sakitlah...! Aduhhh...” Akmal menepis cubitan Ariana itu. Wajah Ariana dah rupa macam daging burger bakar. Merah padam.
“Jangan nak mengarutlah Akmal.” Ariana mengumam perlahan. Akmal masih lagi ketawa.
“Merahnya muka. Pantang saya usik, berubah terus muka...”
Ariana menjeling namun tidak berkata apa. Dia mengeluarkan tisu dari beg tangannya lalu dihulurkan kepada Akmal. Akmal mengambil tisu tersebut lalu dilapnya tangan yang melekit.
“Tak nak balik ke?” Ariana bertanya setelah hampir seminit mereka mendiamkan diri.
“Nantilah dulu. Saya tak puas lagi nak lepas rindu dengan awak ni. Kenapa? Awak nak balik dah ke?”
Ariana memandang wajah Akmal. Terbit rasa kasihan pada lelaki itu.
“Taklah. Saja tanya. Mana tahu awak nak balik berehat ke...”
“Kita lepak kejap lepas tu kita balik, boleh?”
Ariana mengangguk. Dia kembali menyandarkan tubuh pada kerusi batu sambil memandang ke arah tasik. Bila melihat permukaan tasik yang tenang itu, serta merta dia teringat akan tasik buatan di rumah keluarga Akmal. Tiba-tiba dia rasa rindu untuk ke situ.
“Akmal....”
“Hmmm....”
“Awak ada melawat mama awak?”
Akmal yang menoleh ke arahnya disebelah tidak diperdulikan. Mata masih tertumpu pada tasik.
“Hmm, sometimes. Kenapa? Awak rindu mama?”
Berbahang wajah Ariana apabila Akmal menyebut perkataan ‘mama’ itu seolah-olah mama Akmal sudah menjadi mamanya juga.
“Rindu jugak. Dah lama tak jumpa mama awak. Apa khabar mama awak?”
“Mama okey. Cuma mungkin dia sunyi sikit. Yelah, tak ada siapa nak temankan dia kat rumah. Tinggal Mak Som je....”
“Kesian mama awak. Mesti dia kesunyian lepas Sarah tak ada. Dan awak juga. Errr, awak tak terfikir ke...”
“Ariana....”
Ariana menarik nafas panjang. Dia tak tahu nak pujuk Akmal ni macam mana.
“Akmal, saya cuma...”
“Sayang, please....”
Ariana mengeluh perlahan.
Fine. Suka hati awaklah...” Ariana akhirnya mengaku kalah.
“Mama selalu tanya pasal awak. Mama tanya bila awak nak datang rumah?”
Ariana menoleh ke arah Akmal di sebelah.
“Saya pun teringin nak jumpa mama awak. Tapi....” Ariana terdiam.
“Sebab papa?”
Ariana tertunduk. Sesekali kaki menguis rumput tanpa sedar.
"Papa awak tak suka saya...”
Akmal merenung wajah Ariana yang tertunduk itu.
“Ariana...”
Ariana mengangkat kepala perlahan-lahan. Wajah Akmal di sebelah direnung.
“Janji dengan saya. Janji yang awak takkan jadikan papa sebagai penghalang perhubungan kita...”
Ariana tidak berkata apa-apa. Cuba memahami apa yang hendak disampaikan oleh Akmal itu.
“Janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya walau apa pun yang terjadi. Please promise me...”
Ariana membuka mulut namun tiada sepatah kata pun yang mampu keluar dari bibirnya.
P/S: TO BE CONTINUED

13 140 tukang karut:

hk said...

promise please ariana..please..please..pleaseeee... kalau tak i yg promise kannnnggg... hehehe

mimie khairuddin said...

la..nape sikit benor.......tak puas kot...

ita mohamad said...

Thank u adk lepas rindu pd ariana n akmal, kelakar gak

Hamsah Ismail said...

tak puas baca......

lee jee joong said...

Owh sedih bila kita nak jaga hati org tp kita menderita :( its not fair

Cahaya said...

hk>>heeee. u jelah yg promise sebab ariana dh brake the promises tu..ehhh..she never make a promiseslah..hehehe..

Cahaya said...

mimie>>sikit-sikit baru syok kan..hehehe..

Cahaya said...

ita>> heeeee rindu scene mereka berdua ek..hehe..

Cahaya said...

hamsah>>tak puas ke?sikit sgt ek?rasa mcm dh panjang kot.

Cahaya said...

lee>>mcm ada pengalaman je..huhuhu..

Anonymous said...

jangan lh ariana tu tinggalkan akmal..kesian akmal.. klau ariana x nak, sy amik..kekeke..

Cahaya said...

anon>>tulah..ambik je akmal tu dah ariana tak nak..heheheh..

Anonymous said...

Best.....

Post a Comment