RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, April 14, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...(Bab 42)

BAB 42

ARIANA menolak troli sambil memilih barang dapur yang hendak di beli. Sejak Suzi pindah penghujung tahun lepas kerana mengikut suaminya, terpaksalah dia belajar memasak sendiri. Dia juga lebih suka keluar seorang diri ketika membeli barang dapur. Nurul, teman serumahnya sekarang pula lebih gemar makan di luar. Berbanding Nurul dan Suzi, Nurul nampaknya lebih pendiam dan tidak banyak bercakap tak kira di rumah atau di sekolah menyebabkan Ariana juga lebih suka membuat hal sendiri.
Ariana membelek beberapa biji buah epal merah yang berada di suatu sudut di dalam pasar raya itu. Setelah memilih beberapa jenis buah-buahana, Ariana menolak troli menuju ke bahagian sayur-sayuran pula. Walapun dia masih belum mahir memasak, namun dia terpaksa mencuba juga. Emak pun dah selalu sangat bising setiap kali dia pulang bercuti di Taiping. Dialog kegemaran emak ialah, bimbang tak ada yang mahu masuk meminang jika dia malas belajar memasak dan jawapan Ariana mudah sahaja, cari je bakal suami yang pandai masak. Senang, boleh dia duduk rumah goyang kaki je. Haha.
Setelah selesai memilih barang-barang dapur yang dirasakan cukup untuk sebulan, Ariana bergerak ke arah kaunter bayaran. Dia menarik nafas panjang apabila melihat barisan panjang di kaunter bayaran. Dengan berat hati, Ariana menolak juga troli separuh penuhnya itu ke arah salah satu kaunter bayaran yang berada di situ.
“Arin....”
Spontan Ariana menoleh sekeliling sebelum pandangan dia bertembung dengan pandangan Amirul yang melambai-lambai ke arahnya. Dengan teragak-agak, Ariana menolak troli ke arah lelaki itu.
“Banyaknya beli barang? Nak buat kenduri ke?” Tanya Amirul ketika memandang trolinya.
“Taklah. Beli barang dapur untuk sebulan terus. Senang...”
“Ohh. Ingat nak buat kenduri kawin...” Amirul tersengih mengusik. Ariama mencebik namun tidak membalas.
“Awak buat apa kat sini? Beli barang?” Ariana bertanya. Matanya jatuh pada bakul yang dipegang oleh Amirul itu. Hanya mengandungi beberapa jenis makanan ringan seperti biskut dan air kotak. Kening Ariana terangkat.
“Beli untuk anak saudara...”
“Oh....”
“Jom sekali...” Amirul menarik troli Ariana. Bakul diletakkan di dalam troli Ariana sebelum troli itu ditarik mendekatinya.
“Ehh, tak payahlah Mirul. Nanti orang belakang awak marah...” Ariana berbisik perlahan sambil memandang ke arah barisan panjang dibelakang Amirul.
“Tak apa. Anggap jelah awak tu isteri saya...” Selamba Amirul menjawab sebelum menolak troli ke depan.
“Hah?” Ariana terkejut dengan kata-kata yang tidak disangka oleh Amirul itu. Amirul hanya tersengih lebar ketika dia mengeluarkan barang-barang dari dalam troli. Merah padam muka Ariana namun dia tidak berkata apa. Dalam hati sibuk mentafsir maksud kata-kata Amirul itu. Adakah Amirul benar-benar maksudkan kata-kata tersebut atau sekadar bergurau?
“Ehh, Mirul biar saya bayar. Banyak barang saya ni...” Ariana cepat-cepat mengeluarkan beg duitnya namun Amirul telah sedia menghulurkan kad kreditnya.
“Nanti claim dengan saya...” Ariana berkata ketika mereka sama-sama keluar dari pasar raya itu.
“Tak payahlah. Bukan banyak pun...”
“Tapi...”
“Dah. Saya cakap tak payah tu maksudnya tak payah. Cuba jangan degil...”
Ariana memuncungkan bibir namun tidak berkata. Mereka terus berjalan tanpa arah tujuan dengan Amirul masih menolak troli berisi barang-barang yang telah dibeli.
“Awak, thankslah sebab tolong saya tadi. Saya ingat, saya nak balik dulu...”
Amirul memandang wajah Ariana sehingga membuatkan Ariana tertunduk malu. Sudah lama Amirul tidak memandang ke arahnya seperti itu.
“Boleh teman saya minum?”
Ariana serba salah. Sebetulnya dia seboleh-bolehnya mahu menjauhkan diri daripada Amirul. Bimbang hatinya kembali terluka. Namun permintaan Amirul itu seperti tidak boleh di tolak lagi.
“Errr. Maaflah Mirul. Saya betul-betul sibuk...”
“Hmm, ke takut boyfriend marah?”
Ariana terdiam seketika. Dia seperti mahu memberitahu Amirul yang hati dia belum dimiliki oleh sesiapa walaupun dalam kepala asyik terbayang wajah Akmal.
“So, shall we?”
Mahu tidak mahu Ariana terpaksa juga mengekori Amirul yang sudah menolak troli menuju ke restoran di hadapan mereka.

JARI Ariana mengendang meja sambil mata melilau ke arah lain. Rasa agak janggal pula duduk berdua bersama-sama Amirul di situ tanpa berkata sepatah pun. Amirul pula sedari tadi asyik merenungnya membuatkan dia berasa agak tidak selesa.
“Awak nampak gelisah, kenapa? Risau boyfriend marah?”
Jari yang mengendang meja terhenti. Ariana memandang ke arah Amrul yang masih lagi merenung ke arahnya sejak dari tadi.
“Bila pula saya nampak gelisah?”
“Arin, saya kenal awak bukan setahun dua tahu. Saya dah masak sangat dengan perangai awak tu...”
“Yeke?Contohnya?” Tanya Ariana ingin tahu.
“Contohnya, awak akan mengendang meja dengan jari awak kalau awak gelisah...”
“Mana ada saya buat macam tu.” Ariana cuba menafikan namun dalam hati dah terasa malu. Memang betullah apa yang si Amirul kata tu.
“Lagi satu, kalau awak rasa awak dah buat salah besar, awak akan genggam kedua-dua tangan awak tu. Betul tak?”
Ariana terlopong memandang ke arah Amirul.
“Awak...awak masih ingat?” Ariana bertanya tidak percaya. Walaupun sudah bertahun-tahun mereka tidak berjumpa, Amirul masih ingat akan tabiat-tabiat peliknya itu.
“Mestilah saya ingat. Mana boleh lupa...”
Ariana terdiam. Dalam kepala tertanya-tanya adakah Amirul masih belum melupakan kisah lampau mereka atau sekadar tabiatnya sahaja?
“Saya tak pernah lupakan awak, Ariana. Tak sekali pun...”
Kata-kata Amirul itu betul-betul mengejutkan Ariana. Tak sangka Amirul masih mengingatinya walaupun hubungan mereka sudah putus.
“Yeke? Errr, girfriend awak tak marah ke kalau awak asyik teringat saya je?” Ariana bertanya mahu mengorek rahsia. Hari tu Amirul kata dia masih single. Apa jadi dengan perempuan yang menjadi punca putusnya hubungan mereka?
“Hmmmm....” Amirul seperti tidak mahu mengulas tentang hal tersebut membuatkan Ariana agak kecewa. Baru nak korek rahsia.
“Awak pulak macam mana? Dah lama kenal dengan boyfriend awak tu?” Amirul bertanya sambil mengacau sudu di dalam mug berisi nescafe nya.
Ariana mengecilkan mata memandang ke arah Amirul. Wajah Amirul agak tenang ketika menuturkan pertanyaan tersebut. Adakah Amirul sengaja mahu mengorek rahsianya atau sekadar berbual kosong?
“Hmmm...” Ariana menjawab seolah-olah meniru jawapan Amirul tadi sehingga membuatkan Amirul ketawa kecil. Hampir terpesona hati Ariana apabila melihat lelaki itu ketawa. Sesungguhnya dia merindui saat-saat manis ketika mereka masih bersama dahulu. Sukar untuk dia melupakan dan mengenyahkan kenangan lama ketika Amirul berada di depan mata. Tanpa sedar, rasa bahagia itu kembali dirasainya ketika itu.
“Nak main sorok-sorok ye...” Amirul tersengih. Ariana membuat muka.
“Awak pun sama. Nak sorok jugak. Saya tanya, awak jawab macam tu. Bila awak tanya, saya jawablah macam tu balik. Adil kan?”
Amirul tersenyum sambil mengelengkan kepala.
“Arin....Arin. Awak ni kelakarlah. Macam dulu juga...”
Ariana terdiam. Kenapa Amirul suka mengaitkan tentang kenangan dulu? Adakah Amirul sepertinya juga, masih tidak dapat melupakan kenangan manis antara mereka berdua?
“Awak pun saya. Asyik nak sakat saya je...” Ariana menjawab.
“Saya memang suka menyakat awak pun. Lepas kena sakat tu mesti awak akan tersipu malu. Muka merah...”
Ariana telan air liur. Wajah di tundukkan. Kenapa Amirul masih ingat semua tentang diri dia?
“Arin...”
Ariana mengangkat kepala perlahan-lahan. Dadanya terasa berdebar.
“Maafkan saya...”
Kening Ariana terangkat. Tak sangka itu yang keluar dari mulut Amirul.
“Maafkan saya Arin. Atas apa yang saya dah buat pada awak. Saya...betul-betul menyesal...”
Ariana hanya terdiam ketika mendengar luahan kata Amirul itu.
“Kalaulah masa boleh diputarkan kembali...”
Ariana berdiri. Tak sanggup rasanya nak mendengar kata-kata Amirul itu lagi.
“Maaf Mirul. Saya kena balik dulu. Thanks for today...” Ariana berjalan keluar dari restoran itu sambil menolak troli. Dia sedaya upaya menahan sebak di dada. Amirul yang masih terkejut dengan tindakan Ariana itu hanya memandang ke arah Ariana dengan wajah sayu dan penuh penyesalan yang terukir di wajah.
                                                           
                                                                        ***
“HAIKAL, sini dekat mak su...” Ariana memanggil Haikal yang sedang berjalan jatuh menuju ke arahnya itu. Sesekali Ariana ketawa apabila melihat Haikal yang cuba bangun dengan bersusah payahnya. Maklumlah, badan montel. Nak berdiri pun tak larat.
“Assalamualaikum...”
“Adik, cuba buka pintu tengok siapa yang datang...” Suara emak melaung dari dapur namun Ariana seperti tidak mendengar kata-kata emaknya itu. Dia sedang ralit bermain dengan Haikal, anak saudaranya.
“Assalamualaikummmmm....”
“Adik, Ish. Kan mak suruh bukak pintu tu...” Emak keluar dari dapur sambil memegang sudip.
“Hah? Apa mak kata tadi?” Ariana mengalihkan pandangan ke arah emak yang sudah mencapai kunci pintu dan menuju ke pintu itu.
“Mak, lama angah tunggu nak boleh masuk ke rumah ni...” Angah berkata sebelum tunduk menyalami tangan emak.
“Hmm, kamu tanyalah adik kamu tu. Emak terjerit-jerit dekat dapur ni suruh dia buka pintu. Buat tak tahu sahaja...”
Angah mengeleng kepala sebelum berjalan menuju ke ruang tamu tempat Ariana dan Haikal sedang berada.
“Ish! Sakitlah angah!” Ariana mengosok kepala yang diluku selamba oleh angahnya itu.
“Hai Haikal. Meh sini dekat pak ngah...”
Ariana memeluk Haikal yang sedang bermain permainan itu erat-erat.
“Jangan Haikal. Pak ngah jahat. Nanti dia buli Haikal...” Ariana berkata sambil mengangkat Haikal lalu letakkan di atas ribanya.
Angah mencebik lalu rambut adiknya yang diikat tinggi itu, ditarik.
“Sakitlah angah!”
Angah ketawa. Wajahnya terpamer riak tak bersalah membuatkan Ariana mengumam geram.
“Along dengan kak Suri mana?” Angah bertanya tanpa mengendahkan wajah Ariana yang kelat itu.
“Kerja...” Ariana menjawab sepatah. Dia kembali tunduk merenung Haikal yang ralit dengan alat-alat mainan yang dibeli oleh Ariana itu.
“Kak Dahlia mana?” Giliran Ariana bertanya sambil memandang sekeliling. Baru perasaan yang kakak ipar seorangnya itu tak ada.
“Kerja juga....”
“Ohh, tu pasal angah datang sini? Nak makan free?” Tanya Ariana seolah-olah menyindir. Angah membulatkan mata. Tangan mahu sahaja menarik rambut Ariana namun Ariana sempat menepis.
“Apa ni angah. Balik sekali sekala tapi kerja nak buli orang je. Haikal, bila besar nanti jangan jadi macam pak ngah. Suka membuli mak su, tahu...”
Angah mengeleng. Nama je dah besar panjang tapi perangai macam budak-budak.
“Yang adik ni kenapa balik sini? Minggu depan cuti ke?”
“Taklah. Saja balik hujung minggu. Bosanlah duduk KL. Balik jumpa Haikal lagi best. Kan Haikal...” Ariana mencium pipi gebu Haikal dengan geram.
“Yeke? Boyfriend tak ajak dating ke?”
Ariana menjeling ke arah angah.
“Orang mana ada boyfriend...” Ariana  menjawab perlahan. Dia menghulurkan mainan ke arah Haikal.
“Yeke? Yang kita terserempak dulu tu, siapa? Yang datang rumah masa angah kawin dulu tu, bukan boyfriend adik ke?”
Muka Ariana dah merah padam namun dia cuba sedaya upaya berlagak tenang.
“Mana? Adik tak ingat angah cakap pasal siapa...” Ariana tunduk melayan Haikal.
“Ala, yang tinggi-tinggi muka macam cina tu. Tu bukan boyfriend adik ke?”
Muka Ariana semakin berbahang sehingga dia tak berani nak angkat muka. Sengaja dia buat tak dengar kata-kata angahnya itu dengan melayan Haikal bermain.
“Adik, angah tanya ni..” Angah menarik lagi rambut Ariana.
“Sakitlah angah! Ish. Mak, tengok  angah kacau adik...” Ariana melaung kuat membuatkan angah ketawa besar. Ariana menjeling.
“Bila nak bawa balik rumah kenal dengan kitorang?”
Ariana menggigit bibir. Wuarghh. Angah tak habis-habis nak menyakat dia.
“Pergi sanalah angah. Jangan kacau adik. Adik nak tidurkan Haikal.” Ariana bangun sambil mendukung Haikal dan menuju ke tingkat atas.
“Adik, nantilah. Angah tak habis tanya lagi ni...”
Ariana menoleh ke arah angah yang sengih mengusik itu. Ariana memutarkan bebola matanya sebelum memanjat tangga untuk ke tingkat atas.

                                                                        ***
AKMAL meletakkan gitarnya pada stand di atas pentas. Hampir dua jam dia membuat persembahan tanpa henti membuatkan tubuh terasa penat sangat. Pinggang pula jangan cakap. Rasa macam nak patah dua. Suara pulak dah macam suara Amy Seach. Serak-serak basah. Jam pemberian Ariana di tangan dijeling sekilas. Hampir pukul satu pagi. Patutlah rasa macam mengantuk sangat. Dah lewat rupanya. Mujur esok tak ada kelas. Kalau tak, mahu terlajak tidur. Dengan lemah, Akmal turun dari pentas. Hajat hati mahu terus balik ke rumah sewanya. HTC di dalam poket seluar dikeluarkan. Laju tangan mencari nombor Ariana. Walaupun dia tahu yang Ariana mungkin sudah tidur, namun hidupnya tak lengkap kalau sehari tak dengar suara gadis itu. Dia tahu Ariana sekarang berada di Taiping. Sejak dia melanjutkan pelajaran di universiti ini, makin susah untuk dia berjumpa dengan Ariana. Kalau hari-hari biasa, dia sibuk dengan kelas dari pagi sampai petang manakala Ariana pula sibuk dengan sekolah. Malam pula dia sibuk dengan kerja separuh masanya. Hujung minggu pula dia sibuk mengajar orang main gitar, siapkan semua assignment dan kadang kala ada perbincangan berkumpulan. Ariana pula selalu juga ada aktiviti di sekolah setiap hari sabtu. Mesyuaratlah, itulah, inilah. Kalau gadis itu tak ada sebarang aktiviti di sekolah, Ariana akan pulang ke Taiping. Nak duduk di KL, bosan katanya tak ada benda nak buat. Sekarang ni sejak ada Haikal, anak saudara Ariana tu ada, boleh kata tiap-tiap minggu gadis itu balik ke Taiping. Nak dilarang, dia tak ada hak. Lagi pun kalau dia tak bagi Ariana balik Taiping, dia sendiri sibuk dengan aktivitinya. Jadi lebih baik Ariana balik ke rumah ibu bapanya di Taiping. Sekurang-kurangnya tak adalah dia risau sangat.
HTC yang telah siap berdial nombor Ariana diletakkan ke telinga. Setelah beberapa kali dia mencuba akhirnya dia menyimpan kembali HTC di dalam poket. Mungkin Ariana sudah tidur. Akmal menarik nafas panjang. Entah kenapa sejak dua menjak ni, dia rasa rindu sangat dengan Ariana. Walaupun baru lepas berbual dengan gadis itu pun, rindu tak hilang-hilang juga. Rasa macam nak Ariana tu ada dekat depan mata je. Barulah hatinya lega.
“Hai Akmal, nak balik dah ke?” Tegur Hani, salah seorang pengunjung tetap kafe tersebut. Hani ni juga merupakan penuntut di universitinya namun berlainan program. Dia sendiri tak pasti Hani ni ambil program apa. Dia sudah lupa.
“A’ah. Nak balik dah. Penat...” Akmal menjawab sambil menyangkutkan beg sandang di bahu.
“Ala, nak balik dah ke? Awal lagi ni. I dengan kawan-kawan I nak lepak dekat club. You tak nak join?” Hani bertanya sambil tersenyum manja. Tangan sesekali menyentuh lengan baju Akmal membuatkan Akmal jadi tak selesa. Entah kenapa si Hani ni suka sangat berkelakuan begitu terhadapnya. Macam nak mengodanya pula.
Sorrylah. Saya nak balik dulu. Esok ada hal..” Akmal menolak dengan baik. Hani memuncungkan bibir. Agak kecewa dengan penolakan Akmal itu. Sejak kali pertama dia melihat Akmal membuat persembahan beberapa bulan yang lepas, hatinya terus terpikat dengan lagak bersahaja Akmal di atas pentas. Dia juga dapat tahu yang Akmal itu merupakan anak Dato. Haruslah dia tidak akan melepaskan peluang untuk memikat Akmal. Tambahan pula, wajah Akmal yang kacak itu benar-benar mencairkan hati gadisnya. Memang pakej lengkap yang tidak harus dilepaskan.
“Ala Akmal. Janganlah macam ni. Bukan selalu pun...” Hani memaut lengannya membuatkan Akmal terkejut.
“Mal...”
Spontan Akmal dan Hani menoleh.
“Dah boleh gerak?” Fadil bertanya. Mata memandang ke arah Hani yang masih memeluk erat lengan Akmal.
“Dah...” Akmal menjawab sambil melepaskan pelukan Hani. Muka Hani semakin masam apabila Akmal berjalan meninggalkannya begitu sahaja bersama-sama Fadil. Bibir digetapkan kerana berang.
“Tak apa. Hari ni kau boleh lepas. Lain kali, never!” Hani mengumam geram.

FADIL yang memandu kereta Akmal itu hanya menoleh ke sebelah. Akmal sedang tersandar sambil memejamkan mata. Barangkali letih agaknya. Memang kalau hujung minggu, dia akan menghantar dan mengambil Akmal kerana selalunya hujung minggu Akmal akan pulang lewat dan akan berasa letih dua kali ganda. Jadi dia yang kasihan melihat Akmal yang keletihan itu telah menawarkan diri untuk menghantar dan mengambil Akmal dari tempat kerja.
“Mal, tidur ke?” Fadil bertanya.
“Hmmm...” Akmal menjawab perlahan namun mata masih dipejamkan.
“Aku cakap sikit, boleh?”
“Hmmm....”
Fadil menjeling Akmal di sebelah. Walaupun Akmal kelihatan seperti sedang tidur, namun dia tahu Akmal dengar apa yang hendak dicakapkan itu.
“Kau dengan budak tadi tu, ada apa-apa ke?”
“Budak mana?” Mata Akmal masih terpejam. Susahnya nak buka mata yang dah macam kena gam gajah ni. Mengantuk ya amat.
“Budak tadi tulah. Siapa nama dia? Hani ke apa entah...”
“Hmmm....”
“Wei, aku tanya ni. Jangan tidur pulak...”
“Mana ada. Aku dengan dia tu biasa-biasa je...” Dengan malas Akmal menjawab.
“Tapi aku tak nampak macam tu pun...”
Akmal membuka mata. Dia menenyeh matanya supaya hilang mengantuk. Dia menoleh ke arah Fadil.
“Maksud kau?” Akmal membetulkan kedudukan tubuh.
“Kau hati-hatilah. Aku tak nak cikgu salah faham. Kau tahulah, hati perempuan ni lembut. Mudah terasa. Kau sendiri dah tahu kan macam mana rupa cikgu bila dia nampak kau hari tu....”
Akmal terdiam. Dia menarik nafas panjang.
“Aku bukan suka-suka nak buat macam tu. Kau pun tahu kan yang aku layan diorang tu sebab diorang selalu lepak kafe. Kalau aku tak layan, nanti bos kata apa pulak...”
“Yelah, tapi jangan lebih-lebih. Jangan melayan sangat. Lagi pun aku tengok si Hani tu lain macam je dengan kau. Entah-entah dia dah syok dekat kau kot...”
Akmal terdiam lagi. Memang dia perasan yang Hani tu perangai lain macam bila bersama dengan dia. Gedik macam kucing betina nak mengawan.
“Aku bukan apa. Aku cuma tak nak timbul masalah antara kau dengan cikgu nanti sebab salah faham. Aku tahu kau dengan cikgu tu macam mana. Tapi cubalah kurang-kurangkan sikit sikap mesra alam kau tu. Jaga hati cikgu...”
Akmal menjeling sekilas ke arah Fadil di sebelah. Sejak bila pula Fadil pandai bagi nasihat pasal cinta ni?
“Dil, aku tanya sikit boleh?”
“Apa dia?” Fadil menoleh sekilas.
“Kau ada ambil kursus rumah tangga ke dekat UiTM?”
Fadil menjeling namun tidak menjawab. Kita cakap serius, dia main-main pulak.
“Lagi satu aku nak pesan...” Fadil tak habis lagi dengan amanat rumah tangganya.
“Apa?”
“Aku harap lepas ni kau hati-hati dengan Hani tu. Aku dengar cerita dia tu suka kejar anak orang kaya. Tambah-tambah yang cukup pakej macam kau..”
“Mana dia tahu aku siapa? Aku rasa dekat universiti seorang pun tak tahu pasal aku...”
Fadil mengangkat bahu. Akmal terdiam. Otaknya berfikir akan kata-kata nasihat Fadil itu.
 P/S: TO BE CONTINUED.

11 140 tukang karut:

lee jee joong said...

hmm kes betina murahan ni hish geramnyan huh =_=

Cahaya said...

LEE JEE JOONG>>Jangan marahhh...tu perencah je..hehe..

Anonymous said...

jangan lah ariana berubah hati..huhu..

firdainn stylish korean fesyen said...
This comment has been removed by the author.
Cahaya said...

anon>>kita tgu nanti sama ada dia berubah hati or tak.. :P

mimie khairuddin said...

mak!!!!makin hot cerita nie...aish....

Cahaya said...

mimie>>hot ke?belum cukup hot lagi ni.heheheh.

ita mohamad said...

Asyik jumpa pakwe lama ariana, bila scene ariana n akmal ni rindu la

Cahaya said...

ita>>hehehe..tak banyak pon scene dengan ex dia tuu.bglah can..sok scene dengan akmal lak..jeng2.

ita mohamad said...

Dh baca best thank u

Cahaya said...

ita>> :P welcome.

Post a Comment