RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, April 13, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...(Bab 41)


BAB 41
“Bila awak nak balik KL ni?”
Ariana berbaring di atas katil. HTC yang melekat ditelinga diubah kedudukan dari telinga kanan ke telinga kiri.
“Tengoklah dua tiga hari lagi. Sekolah cuti sampai minggu depanlah. Kalau saya balik KL awal pun, bukan ada benda saya nak buat...”
“Habis tu awak tak rindu saya ke?” Akmal bertanya seperti tak puas hati.
“Awak, kalau saya balik KL pun. Bukan saya boleh jumpa awak selalu. Awak tu kan sibuk dengan kelas. Malam pulak ada show. Masa mana je saya nak jumpa awak...”
Akmal merengus perlahan. Ariana mencebik. Nak angin tak tentu pasal pulak.
“Study awak macam mana?” Ariana bertanya. Tangan mengentel hujung bantal busuknya.
“Biasa je. Sayang, baliklah KL. Saya rindu gila dekat awak ni. Dah berhari-hari saya tak jumpa awak..”
Ariana ketawa geli hati apabila mendengar Akmal merengek macam tu. Macam budak-budak.
“Ariana. Saya serius ni. Boleh gelak-gelak pulak. Awak tak rindu saya ke?” Akmal bertanya tak puas hati. Ariana menutup mulut cuba menahan ketawa. Bimbang Akmal naik angin lagi.
“Yelah-yelah. Sorry. Nanti saya baliklah KL. Cubalah bawa bersabar sikit.”
“Senanglah awak cakap. Saya dah cukup terseksa menanggung rindu dekat sini.”
Ariana mengeliat kegelian apabila mendengar Akmal berkata begitu.
“Fine. Tengoklah dua tiga hari lagi. Lagipun emak saya sorang-sorang dekat rumah sekarang. Ayah saya tak ada. Balik kampung uruskan hal apa entah.”
“Kenapa mak awak tak ikut sekali balik kampung?”
“Mak saya tak larat nak berjalan jauh. Kaki dia sakit. Lenguh kenduri hari tu tak habis lagi agaknya. Jadi sementara nak tunggu angah saya balik sini. Saya kenalah temankan emak saya kejap.”
“Bila angah awak balik?”
“Lusa kot tak salah saya. Lepas bolehlah saya nak balik KL.”
“Maknanya lagi empat harilah saya boleh jumpa awak ni?”
Ariana menahan senyum dibibir. Akmal ni macam budak-budaklah. Nama je dah besar panjang tapi perangai kalah budak tadika.
“Tak apalah Akmal. Saya dah mengantuk ni. Siang tadi penat berjalan.” Ariana berkata sambil menahan kuap dengan tangan.
“Awak keluar berjalan ke mana? Tak cakap pada saya pun..”
Ariana menepuk dahi. Aduh. Macam mana boleh terlepas cakap ni.
“Err, saja je berjalan ke rumah jiran saya. Sambil-sambil nak pulangkan pinggan mangkuk yang kitorang pinjam buat kenduri hari tu...” Ariana cepat-cepat mereka alasan.
“Oh, ingatkan berjalan ke mana.”
Ariana mengaru dagu yang tidak gatal. Terbit rasa bersalah kerana terpaksa menipu Akmal macam tu. Apa nak buat. Demi kebaikan mereka juga. Dia tahu Akmal tak suka kalau dia keluar sorang-sorang macam tu tak cakap pada dia. Dan dia pula tak tergerak hati nak report aktiviti harian dia sampai macam tu sekali kepada Akmal.
“Tak apalah macam tu. Pergilah tidur. Esok saya telefon lagi..”
“Akmal...”
“Hmm...”
“Err. Saya rasa tak payahlah awak nak telefon saya selalu sangat...”
“Kenapa pulak?” Akmal bertanya tidak puas hati.
“Errr. Yelah. Awak kan belajar lagi. Saya tak nak awak bazirkan duit awak  dekat bil telefon je. Biar saya je yang telefon awak, okey?” Ariana menjawab teragak-agak.
Akmal diam. Ariana menggigit bibir. Marah ke mamat ni?
“Akmal? Awak marah ke?”
Terdengar keluhan  berat dari sebelah sana.
“Taklah. Tak apalah. Pergilah tidur. Nanti saya telefon lagi...”
Ariana mengeluh perlahan. Degil betul budak ni.
“Yelah. Night...”
“Ariana...”
“Hmm..?”
I love you. Just remember that..”
Ariana terdiam. Tidak tahu nak jawab apa.
“Errr. Bye Akmal..” Talian telefon diputuskan.

                                                                        ***
ARIANA BERSANDAR pada buaian sambil membaca novel. Telinganya sengaja disumbat dengan ear phone membuatkan lagu Diamond-Rihanna berdentum ditelinganya. Sesekali bibirnya ikut menyanyikan lirik lagu tersebut walaupun mata masih tertumpu pada baris-baris ayat di dalam novel tersebut.
Tumpuan Ariana terganggu apabila HTC di dalam poket seluarnya terasa bergegar. Dia menarik sebelah ear phonennya ketika melihat nama si pemanggil pada skrin telefon. Dengan rasa tertanya-tanya, Ariana menyentuh skrin HTC kerana nombor yang naik di skrin telefonnya itu tidak dikenalinya.
“Helo..”
“Arin...”
Membulat mata Ariana apabila mendengar namanya disebut. Sorang je yang akan panggil dia dengan nama itu.
“Amirul! Mana awak dapat nombor telefon saya?” Ariana bertanya agak terkejut. Rasa-rasanya tak ramai yang mengetahui nombor telefon yang diberikan oleh Akmal itu.
“Rahsia....” Amirul menjawab selamba. Ariana mencebik.
“Jangan nak main-mainlah. Baik awak cakap mana awak dapat nombor telefon saya ni?” Ariana bertanya lagi tidak berpuas hati. Amirul yang baru dua tiga hari dia jumpa, begitu mudah memperoleh nombor telefonnya. Adakah Amirul juga tahu mengenai Akmal?
“Arin...Arin...awak masih seperti dahulu. Tak pernah berubah...”
Ariana memutarkan bebola matanya.
“Sudahlah. Malas nak layan awak. Ada apa tiba-tiba nak telefon saya ni?” Ariana meletakkan novel di ribanya. Ear phone yang disebelah lagi ditarik keluar dari telinga.
“Saja. bosanlah. Awak buat apa sekarang? Kat sekolah ke?”
“Tak. Kat rumah...”
“Rumah? Maksud awak? rumah Taiping ke rumah KL?”
Kening Ariana berkerut. Sejak bila Amirul tahu dia mengajar di KL? Setahu dia, dia tak pernah bercerita tentang hal itu pada Amirul.
“Rumah Taiping. Mana awak tahu saya mengajar di KL?”
“Rahsia...” Amirul masih mahu berahsia membuatkan Ariana agak bengang.
“Sudahlah Mirul. Kalau awak nak berahsia sangat, lepas ni jangan telefon saya lagi..” Ariana memutuskan talian telefon. Rasa geram mula menguasai hati.
Ariana kembali memandang ke arah HTC nya apabila HTC itu kembali berbunyi. Setelah membiarkan dua kali telefon itu berdering, akhirnya Ariana menyentuh skrin HTC sebelum telefon itu di bawa ke telinga.
“Awak nak apa lagi? kalau setakat nak sakitkan hati saya. Baik tak payahlah...”
“Arin. Maafkan saya...”
Ariana terdiam apabila mendengar suara Amirul yang seperti memujuk itu. Amirul Shazwan, lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya.
“Awak nak apa sebenarnya ni?” Ariana bertanya. Nada suaranya kembali normal.
“Saja nak bercakap dengan awak. Dah lama benar saya tak dengar suara awak. I miss your voice..”
Rindu suara je ke? Hati Ariana tertanya-tanya.
“Awak kat mana ni? Tak kerja ke?”
“Dekat tempat kerja lah ni. Awak tak kerja ke hari ni? Ponteng eh..”
“Mana ada. Sekarang cuti sekolahlah. Saya ni cikgu yang berkaliber, tahu.”
“Oh, saya lupa sekarang musim cuti sekolah. So tak ke mana-mana ke?”
“Tak. Duduk rumah je sambil lepak-lepak. Malas nak keluar.”
“Hmmm, boyfriend tak ajak keluar ke?”
“Tak. Dia sibuk...”
Ariana terdiam. Rasa macam nak lepuk-lepuk je mulut yang tak tahu bila masa perlu berhenti bercakap. Percuma sahaja Amirul tahu tentang hal peribadi dia.
“Hmmm. Kesiannya boyfriend sibuk. Kalau awak tak kisah, saya sudi temankan awak...”
Kening Ariana terangkat. Lain macam sahaja kata-kata Amirul itu.
“Errr, awak tak kerja ke? Atau ponteng?” Ariana bertanya cepat-cepat menukar topik.
“Tengah kerjalah ni. Tapi sekarang tengah free tak ada kerja...”
“Yeke? Bukan ke kalau dah nama engineer tu memang banyak kerja? Ke awak curi tulang?”
Amirul hanya ketawa namun tidak menjawab.
“Arin....”
Berderau darah Ariana apabila Amirul menyebut namanya dengan nada sebegitu. Hampir lima tahun dia tidak mendengar suara itu memanggil namanya seperti itu.
“Arin...I miss you. I miss you so much...”
                       
                                                                              ***
BREK tangan ditarik sebelum engin kereta dimatikan. Ariana membetul-betulkan rambut yang terjuntai di dahi pada cermin pandang belakang. Setelah berpuas hati, Ariana keluar dari kereta dan berjalan dengan hati-hati menuju ke Hard Rock Cafe yang terletak di seberang jalan.
Ariana memandang sekeliling mencari tempat duduk yang kosong. Suasana dalam cafe tersebut agak ramai. Mungkin malam minggu. Ariana segera berjalan menuju ke suatu sudut apabila dia lihat ada tempat kosong di situ. Dia menarik kerusi sebelum duduk. Pandangan di halakan ke arah pentas kecil. Kelihatan Akmal berada di atas pentas tersebut sambil memetik gitar dan menyanyikan lagu yang dia tidak ingat tajuknya. Sesekali terdengar tepuk sorak dari pengunjung yang hadir. Hmmm, ramai juga peminat si Akmal itu. Ariana mengoyangkan kaki ketika menikmati nyanyian dan petikan gitar daripada Akmal itu.
“Hi miss, may I take your order please?”
Ariana mengalihkan pandangan dari atas pentas ke arah pelayan lelaki yang sedang berdiri di sebelahnnya itu.
“Just give me hot fudge sundae.”
Pelayan tersebut tunduk sedikit sebelum beredar dari situ. Pandangan Ariana kembali ke arah Akmal yang sudah menyanyikan lagu yang lain pula. Ariana memandang sekeliling. Kebanyakan pengunjung kafe tersebut terdiri daripada golongan muda sehinggalah ke usia pertengahan. Perhatiannya tertarik pada sekumpulan gadis remaja yang duduk di sebelah kiri pentas. Kelihatan mereka tergelak-gelak sambil sesekali memandang ke arah Akmal di atas pentas. Ariana cuba sedaya upaya mengelak dari memandang ke arah kumpulan gadis remaja itu. Terselit rasa cemburu namun Ariana cuba berlagak biasa.
“Miss, enjoy your meal...” tumpuan Ariana teralih lagi buat kali kedua apabila pelayan datang membawakan makanan yang dipesan. Dia membawa sudu berisi aiskrim itu ke mulut. Mata kembali dihalakan ke arah Akmal.
Tepukan gemuruh bergema di sekitar kafe tersebut apabila Akmal selesai menyanyikan lagu Wake Me Up When September Ends yang pernah dipopularkan oleh Green Day. Ariana cuba menarik perhatian Akmal namun niatnya terhenti apabila beberapa orang gadis remaja yang asyik ketawa sambil memandang ke arah Akmal semasa Akmal membuat persembahan tadi terus naik ke pentas mendapatkan Akmal. Ariana menggigit bibir. Hatinya agak sakit apabila melihat gelagat gadis –gadis remaja yang tergedik-gedik bersama dengan Akmal. Akmal pula melayan je. Hati Ariana semakin panas apabila melihat beberapa orang gadis tersebut mengambil gambar bersama Akmal dengan gaya yang menyakitkan hati. Tidak sanggup mahu melihat adegan tersebut, Ariana bangun lantas berjalan keluar dari kafe tersebut.
“Cikgu..!”
Spontan Ariana menoleh.
“Fadil, awak buat apa kat sini?” Tanya Ariana agak terkejut dengan kemunculan bekan anak muridnya itu.
“Saja lepak sini.”
“Awak pon join Akmal sekali ke?”
“Malam ni tak. Kadang-kadang je. Cikgu buat apa kat sini? Jumpa Akmal?”
“Hmmm...” Wajah Ariana kembali ketat apabila nama Akmal disebut. Fadil memandang ke dalam kafe. Akmal masih sibuk bergambar dengan ‘peminatnya’.
“Cikgu jangan salah faham. Akmal tu...”
“Dahlah Fadil. Biarlah Akmal nak buat apa yang dia nak...” Ariana berkata tanpa menunggu Fadil menghabiskan kata-katanya. Fadil terdiam.
“Awak sorang je ke malam ni? Mana kawan-kawan yang lain?” Ariana bertanya. Malas nak fikir tentang Akmal yang mungkin sedang mengecapi masa-masa seronok dia itu.
“Cikgu maksudnya Aidil dan Farid? Diorang tak join malam ni. Ada discussion. Kebetulan malam ni saya free, saya datang sini.”
“Selalu ke awak datang sini?” Ariana bertanya lagi.
“Tak adalah selalu sangat. Ada masa, saya datang. Saja support Akmal...”
“Hmm. Nampaknya Akmal tak perlukan sokongan pun...” Ariana berkata sambil menjeling ke arah Akmal yang masih berada diatas pentas. Fadil turut sama memandang ke arah pentas.
“Cikgu selalu ke datang sini tengok Akmal?”
“Taklah. Ni first time. Ingatkan nak suprise dia. Tengok-tengok saya yang kena suprise..” Ariana menjawab agak geram.
“Akmal tahu cikgu datang?”
Ariana mengangkat bahu.
“Awak rasa...?” Tanya Ariana sambil menjeling ke arah Akmal yang seolah-olah tidak sedar dia berada di situ.
“Errr...” Fadil tak tahu nak jawab apa.
“Selalu ke Akmal macam tu?”
“Errr....” Fadil garu kepala. Ah, sudah. Apa nak jawab ni?
“Tak payahlah awak nak sorok. Saya tak kisah pun. Mungkin itu yang terbaik untuk dia.” Ariana masih memandang ke arah Akmal.
“Maksud cikgu?”
Ariana menarik nafas panjang. Macam mana dia nak cakap yang dia terlalu tua untuk Akmal dan Akmal berhak dapat teman yang lebih muda atau seusia dengannya.
“Lupakanlah.”
Fadil terdiam.
“Cikgu, boleh saya tanya cikgu sesuatu?”
“Tanya apa?”
Fadil agak teragak-agak seketika. Tidak pasti sama ada dia harus mengutarakan persoalan itu atau tidak. Persoalan yang sudah lama bermain di fikirannya.
“Errr, apa yang cikgu nampak pada Akmal?”
Kening Ariana berkerut. Tak faham dengan maksud sebenar pertanyaan Fadil itu.
“Maksud awak apa? saya nampak Akmallah...” Ariana ketawa kecil.
“Err, macam mana nak cakap eh. Macam ni lah. Kenapa cikgu suka pada Akmal?”
Hampir tenganga mulut Ariana apabila mendengar soalan berani mati itu daripada Fadil. Muka terasa panas berbahang walaupun cuaca pada malam itu agak sejuk dan berangin.
“Err...saya...errr...bila saya pernah cakap saya suka dia?” Tergagap Ariana menjawab. Muka terasa merah padam.
“Yeke? Tapi Akmal cakap lain...”
Kening Ariana terangkat sebelah.
“Dia kata apa?” Ariana bertanya curiga. Entah apalah yang budak Akmal tu dah cakap pada si Fadil ni.
“Dia kata dulu yang cikgu syok gila dengan dia.”
“Hah? Dia cakap macam tu? Bila?” Ariana bertanya agak terkejut. Hampeh punya Akmal.
“Dulu masa sekolah. Dia kata cikgu yang syok dekat dia dulu.” Fadil menjawab bersungguh-sungguh. Masih jelas di ingatannya yang Akmal pernah berbisik padanya mengatakan yang Ariana sukakan dia semasa di bilik muzik dulu. Masa mula-mula dengar tu rasa macam percaya tak percaya je.
Ariana mengetap bibir menahan geram. Dia memandang ke arah pentas. Dia memandang ke arah Akmal dengan tajam. Akmal yang seperti merasakan ada seseorang memerhatikannya, memandang sekeliling sebelum pandangannya bertembungan dengan pandangan Ariana yang merenungnya tajam. Akmal telan air liur. Agak terkejut yang Ariana berada di situ. Disangkanya Ariana merenungnya dengan pandangan mahu membunuh itu kerana dia agak ‘mesra’ dengan pengunjung yang mahu bergambar dan berkenalan dengannya walaupun dia sebenarnya rimas gila dengan keadaan tersebut. Namun demi menjaga hati pengunjung dan juga hati bos, terpaksalah dia melayan kerenah mereka.
Akmal meminta diri lalu melangkah laju menuju ke luar kafe tempat Ariana dan Fadil sedang berdiri dan berbual itu.
“Ariana, errrr. Awak buat apa kat sini?”
Ariana masih lagi merenung tajam ke arahnya membuatkan Akmal semakin mengelabah. Bimbang Ariana marah dan paling teruk jika Ariana mula merajuk macam dulu. Jenuh nak pujuk.
“Eh kau pun ada...” Akmal yang mengelabah itu baru perasan akan kehadiran Fadil di situ. Fadil cuba mempamerkan raut wajah meminta maaf kepada Akmal namun Akmal seolah-olah tidak memahaminya.
“Kenapa kau tak cakap Ariana ada sini?” Akmal berbisik ke arah Fadil.
“Manalah aku tahu. Aku pun baru jumpa cikgu...” Fadil menjawab turut sama berbisik. Akmal menjeling sekilas ke arah Ariana yang membelakangkan tubuh daripadanya. Barangkali marah agaknya.
“Errr, aku masuk dulu. Jumpa kau nanti...” Fadil menepuk bahu Akmal perlahan sebelum dia menghilang ke dalam kafe. Akmal hanya memerhatikan sahabat baiknya itu sehingga hilang dari pandangan. Dia kemudian memandang ke arah Ariana yang berpeluk tubuh seolah-olah mahu menjauhkan diri darinya itu.
“Ariana....”
Ariana buat tak tahu. Bengang dengan sikap yang Akmal berkata sesuatu yang dia tidak pernah katakan kepada Fadil. Buat malu je. Huh.
“Ariana, errr..bila awak sampai? Saya tak tahu pun awak nak datang. Kalau saya tahu...”
“Kalau awak tahu, kenapa? Boleh cover line?” Ariana bertanya marah. Malam ni je ada dua benda yang dia marah pada Akmal, satu benda yang Fadil katakan tadi dan satu lagi ialah...
“Ariana, dengar sini. Awak dah salah faham...”
“Oh ye ke? Saya tak nampak macam ada benda yang saya salah faham pun...” Ariana menjawab sinis.
Akmal meraup muka dengan tapak tangan. Macam mana nak buat ni?
“Sayang, dengar sini. Saya tak ada apa-apa dengan diorang tu. We just...”
Kening Ariana terangkat apabila Akmal seperti kehilangan kata-katanya.
“Ariana. Please trust me. Saya layan mereka tu as peminat je...”
“Peminat?” Kening Ariana terangkat lagi. Akmal mengeluh perlahan. Nampak yang Akmal letih sangat ketika itu. Ariana menggigit bibir. Terbit rasa kasihan melihat Akmal yang kelesuan itu.
“Sudahlah Akmal. Saya tak kisah pun. Saya faham. That is a part of your job, right?”
Akmal merenung wajah Ariana.
“Dahlah Akmal, tak payah nak tengok saya macam tu. Saya faham. Cuma satu je yang buat saya marah...”
“Apa dia?”
“Awak cakap apa pada Fadil?”
Berkerut dahi Akmal ketika mendengar pertanyaan tersebut.
“Cakap apa?”
Ariana memutarkan bebola matanya.
“Awak cakap apa dengan dia dulu? Saya yang syok dekat awak?”
Akmal terdiam seolah-olah cuba mengingati sesuatu.
“Oh. Yang tu...” Akmal cuba menahan senyum yang nak terukir di bibir. Kenangan lama semasa di bangku sekolah kembali menerjah di kotak fikirannya.
“Amboi-amboi, sengih pulak dia. Kenapa awak cakap macam tu? Buat malu saya je...” Ariana menjeling. Agak geram dengan sikap Akmal yang tersengih-sengih itu.
“Eh, bukan waktu tu awak syok dekat saya ke?”
Ariana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Awak ni memang suka masuk bakul angkat sendiri kan. Perasan...” Ariana mencebik. Akmal ketawa kecil. Agak lega apabila Ariana tidak marah lagi.
“Okeylah. Sorry. Lain kali saya tak buat lagi...”
Ariana tidak menjawab.
“Hai Akmal....”
Ariana dan Akmal spontan menoleh. Beberapa orang gadis remaja yang galak mengambil gambar bersama dengan Akmal di atas pentas tadi menegur mereka atau lebih tepat lagi, menegur Akmal.
“Akmal, malam esok you perform lagi ke?” Tanya salah seorang gadis dengan gaya gedik kuasa tiga itu.
“Err, a’ah...” Akmal menjawab agak mengelabah. Sempat dia menjeling ke arah Ariana yang memandang ke arah lain.
“Kalau macam tu, jumpa esok. Bye Akmal...”  Gadis itu mencuit lengan Akmal dengan manja sehingga membuatkan Ariana hampir terkeluar biji mata. Hey, dia sendiri pun tak pernah nak tergedik-gedik dengan Akmal macam tu! Ariana membentak di dalam hati.
“Err....” Hanya itu sahaja yang terkeluar dari bibir Akmal.
“Sayang...errr...awak dah makan?”
Ariana hanya menjeling tajam ke arah Akmal yang kelihatan seperti agak mengelabah itu.
P/S: TO BE CONTINUED

4 140 tukang karut:

ita mohamad said...

Huhu panas la hati ariana.... best2

Cahaya said...

ita>>hehehehe...kita pon panas jugak..hehe.. :)

ita mohamad said...

X sabar nk tunggu n3 seterusnya

Cahaya said...

ita>>heee tgu tau.. :P

Post a Comment