RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, April 12, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...(Bab 40)

Bab 40

“Adeh...” Ariana memegang pinggang yang dirasakan seperti mahu tercabut itu. Sejak dari pagi lagi dia tak menang tangan membantu apa-apa yang patut. Dari tukang solek angah, tukang kipas angah, penangah sehinggalah ke tukang penyambung tetamu. Habis semua jawatan dia pegang pada hari itu. Ariana duduk sebentar di buaian yang terletak di tepi rumah. Penatnya hanya tuhan je yang tahu. Baju kurung moden berwarna merah jambu itu sudah melekit dengan peluh yang membasahi tubuh. Rambut yang disanggul pun dah tak ada rupa sanggul lagi. Rupa sarang tebuan lagi ada. Ariana menjeling jam di tangan. Hampir pukul tiga petang. Angah baru lepas habis acara makan beradap dan sekarang tengah sibuk melayan tetamu. Bolehlah dia duduk rehat sekejap.
“Adik...”
Ariana memanjangkan leher untuk mencari suara yang memanggilnya itu.
“Mak. Adik kat sini...” Ariana memanggil emaknya yang kebetulan lalu di situ.
“Tu, kawan adik datang. Pergilah layan..”
“Siapa?” Ariana bertanya. Jantung tiba-tiba berdebar. Akmal ke?
“Pergilah tengok.”
Ariana turun dari buaian dengan berkati-hati. Sempat dia membetul-betulkan rambut pada cermin tingkap berwarna hitam itu. Setelah berpuas hati, dia melangkah menuju ke khemah yang menempatkan tetamu dan juga pelamin. Ariana terjenguk-jenguk mencari siapakah kawan yang dikatakan oleh emaknya itu.
“Cikgu...!”
Spontan Ariana menoleh. Wajah Fadil, Farid dan Aidil muncul dihadapannya itu.
“Eh, awak semua datang. Saya ingat tak datang...” Ariana berkata cuba menyembunyikan rasa kecewa apabila orang yang ditunggu dalam diam itu tidak muncul-muncul lagi.
“Mestilah datang. Kitorang ingat cikgu yang kawin...” Aidil tersengih. Ariana membuat muka.
“Dah. Jom masuk makan dulu...”
“Cikgu, nah. Hadiah yang tak seberapa dari kitorang. Maklumlah kitorang belajar lagi...”
“Ish. Buat susah-susah je. Awak semua datang pun dah cukup bagus, tahu...” Ariana mengambil kotak hadiah sederhana besar itu dari tangan Farid.
“Cikgu, Akmal tak datang ke? Tak nampak pun dari tadi...” Fadil bertanya ketika mengekori Ariana ke khemah tetamu. Ariana mengangkat bahu.
“Awak makanlah dulu ye. Buat macam rumah sendiri. Cikgu nak ke dalam kejap.” Ariana berkata sambil tersenyum dan berjalan masuk ke dalam rumah. HTC yang tidak lekang dari tangannya sejak tadi disentuh skrinnya sebelum dibawa ke telinga namun panggilan tidak berjawab.
“Ish. Mana pulak budak ni. Orang telefon tak angkat.” Ariana merungut perlahan. Agak bengang apabila Akmal langsung tidak menghubunginya.
“Ah, lantaklah.!” Ariana akhirnya berputus asa. Dia keluar dari rumah. HTC diletakkan di atas meja di suatu sudut.
“Adik, tolong kejap...”
Ariana berjalan ke arah along yang sedang mendukung Haikal itu. Haikal kelihatan sedang merengek. Mungkin rimas dengan orang ramai ketika itu.
“Tolong pegang Haikal kejap. Along nak tengok angah...”
“Kak Suri pergi mana?” Ariana bertanya sambil menghulurkan tangan untuk mengambil Haikal dari tangan alongnya.
“Kak Suri tengah tolong emak layan tetamu.”
Ariana tidak berkata apa-apa. Haikal yang sudah berada di pelukannya itu semakin merengek.
“Tak apalah. Along pergilah naik atas tengok angah. Haikal biar adik yang jaga..”
Ariana membawa Haikal jauh dari orang ramai itu. Dia berjalan keluar dari pagar rumah dan duduk di bangku di bawah pokok di hadapan pagar rumahnya. Sesekali Ariana mengagah Haikal dan memujuk anak saudaranya itu.
“Haikal. Tengok tu burung. Cantiknya burung tu....” Ariana menunjuk ke arah burung yang sedang hinggap di dahan pokok dihadapan mereka. Haikal kembali diam. Ariana tersenyum. Sesekali dia mencubit pipi montel Haikal itu. Geram!
Ariana memeluk Haikal sambil menepuk punggung anak kecil itu perlahan. Haikal kelihatan mengantuk dan akhirnya tertidur di riba Ariana. Ariana mengeluh kelegaan. Buatnya Haikal mengamuk tengah orang ramai ni tak ke susah.
“Ariana...”
Ariana mengangkat kepala. Dia hanya merenung wajah lelaki yang tercegat di hadapannya itu. Ariana menjeling tajam. Dia kembali memandang wajah Haikal yang sedang tidur itu. Akmal berjalan perlahan-lahan mendekati Ariana.
Sorry Ariana. Saya lambat...”
“Ingatkan tak datang. Bukan reti nak telefon dulu. Buat orang risau je...” Ariana mengomel perlahan. Dia mencium kepala Haikal.
Sorry. Saya rushing tadi. Tiba-tiba ada hal. Saya tak sempat nak bagitahu awak. Lepas selesai semua hal terus ke sini. Nasib baik tak sesat...”
Ariana menjeling ke arah Akmal. Wajah Akmal kelihatan merah dan berpeluh.
“Tak boleh ke awak mesej saya dulu bagitahu? Suka sangat buat orang risau...”
Akmal tersenyum mendengar kata-kata Ariana itu.
Sorry okey. Lain kali saya tak buat lagi..” Akmal mencuit hidung Ariana namun Ariana menepis. Pergerakkan Ariana itu membuatkan tidur Haikal terganggu.
“Shhhh...” Ariana cepat-cepat menepuk punggung Haikal.
“Tengok apa awak dah buat. Nasib baik Haikal tak terjaga...” Ariana menjeling ke arah Akmal.
“Ni ke Haikal? Anak saudara awak?”
“A’ah. Comel kan?” Ariana menunjuk Haikal ke arah Akmal.
“Comel. Tapi comel lagi mak su dia...”
Ariana memutarkan bebola matanya.
“Tak payah nak bodek sangatlah Akmal. Saya dah kebal dengan kata-kata manis awak tu..”
“Yeke?” Akmal mengangkat kening seolah-olah mencabar. Ariana terdiam. Sebetulnya dia tak pernah kebal setiap kali Akmal berkata sesuatu yang boleh membuatkan jantung dia bertukar dari gear satu ke gear lima.
“Err, eh Akmal. Jom masuk dulu. Awak mesti belum makan kan...” Ariana dah berdiri. Sesekali dia membetul-betulkan kedudukan Haikal dalam pelukannya itu.
“Saya tengok awak je pun dah kenyang...”
Ariana mencebik namun tidak berkata apa. Mereka berjalan masuk ke dalam rumah. Gamat sekejap keadaan apabaila geng enam jahanam itu berjumpa balik walapun bukan semua ahlinya ada.
Setelah mmeperkenalkan Akmal kepada ahli keluarganya, Ariana menghantar Akmal sehingga ke pagar rumah. Geng enam jahanam yang lain turut berada di situ. Mereka semua akan kembali ke KL bersama-sama dengan menaiki kereta Akmal.
“Aidil, tadi awak semua datang naik apa?” Ariana bertanya.
“Tadi kitorang tumpang pensyarah. Kebetulan dia nak balik Kuala Kangsar. Dia dropkan kitorang dekat stesyen bas. Dari sana kitorang ambil teksi terus ke sini.”
“Oh, study macam mana? Awak semua sambung dekat Uitm kan?”
“A’ah. Kira Akmal ni jelah tersesat ke Lim Kok Wing tu...” Fadil menjawab.
“Yeke? Hmm. Jangan cakap kau orang semua ambil muzik..”
Fadil ketawa.
“Taklah. Saya ambil akaun. Aidil ambil pengajian bahasa dan Farid buat engineering...”
“Hah? Betul ke?” Ariana bertanya hampir tak percaya. Tak sangka akhirnya budak-budak ni jadi manusia. Haha.
“Ehemmm...”
Fadil, Farid dan Aidil masing-masing masuk ke dalam kereta Akmal.
Ariana mengalihkan pandangan ke arah Akmal yang berdiri di sebelahnya itu.
“Seronoknya bersembang. Sampai saya dekat sebelah pun tak ingat..”
Ariana mencebik.
“Salah ke saya nak beramah mesra dengan bekas anak murid saya? Lagi pun inilah kali pertama saya jumpa diorang sejak setahun yang lalu...”
Akmal mengecilkan mata memandang wajah Ariana. Ariana memutarkan membola matanya.
“Takkan dengan kawan-kawan baik awak sendiri pun nak cemburu?”
“Mestilah. Diorang tu tetap lelaki...”
Ariana membuat muka namun tidak menjawab.
“Suka hati awaklah nak cakap apa pun. Bertekak dengan awak ni sampai tahun depan pun tak habis..”
Akmal merenung wajah Ariana seolah-olah ingin mengatakan sesuatu. Ariana tidak selesa diperlakukan sebegitu rupa.
“Akmal. Saya rasa lebih baik awak bertolak sekarang. Nanti lambat sampai KL...”
Akmal menarik nafas panjang. Dengan berat hati dia melangkah menuju ke keretanya.
“Bila awak balik KL?”
“Tak pasti lagi. Dua tiga hari lagi kot. Lagi pun sekarang cuti sekolah...”
Bestnya cikgu cuti lama-lama. Kitorang sekarang ni cuti sekolah pun kuliah tetap jalan...” Aidil menjawab dari dalam kereta.
“Lah. Awak ingat awak semua tu budak sekolah lagi ke? Umur dah besar panjang tak sedar lagi...” Ariana mengeleng.
“A’ah. Dah besar panjang pun kitorang. Dah boleh kawin pun. Kan cikgu?” Farid mengangkat kening memandang ke arah Ariana. Ariana mengetap bibir. Terasa panas mukanya apabila diusik begitu tambah-tambah dihadapan Akmal. Tahu benar apa yang hendak dikatakan oleh Farid itu.
“Saya balik dulu...” Akmal berkata sebelum masuk ke dalam kereta. Ariana menundukkan kepala sedikit ke arah cermin tingkap yang dibiarkan terbuka oleh Aidil itu.
“Hati-hati bawa kereta. Jangan merempit...”
Akmal menjeling namun tidak berkata apa. Ariana cuba menahan senyum yang hendak terukir di bibir. Perangai masing-masing tak berubah. Macam budak-budak. Ariana memerhatikan kelibat kereta yang dipandu oleh Akmal itu sehingga hilang dari pandangan.

                                                                             ***

Suasana pusat beli-belah ketika itu agak lengang. Mungkin waktu kerja. Walaupun sekarang musim cuti sekolah, tapi kebanyakan ibu bapa mungkin hanya membawa keluarga mereka bercuti pada waktu hujung minggu sahaja. Ariana berjalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain. Agak bosan apabila hanya terperuk di rumah sahaja. Angah dan Kak Dahlia telah berangkan ke Sabah beberapa hari lepas untuk berbulan madu. Baru beberapa hari angah tiada, dia dah rasa sunyi namun cepat-cepat dia menepis apa yang bermain di fikirannya itu.
Ariana masuk ke dalam kedai Body Shop. Rasa macam nak shopping minyak wangi pula. Minyak wangi yang ada dalam simpanan dia pun dah nak habis.  Ariana membelek-belek koleksi minyak wangi yang dipamerkan di rak yang disediakan. Sesekali dia mencium bau botol yang tersusun di rak. Setelah puas memilih, akhirnya dua biji botol telah menjadi miliknya. Melayang duit dekat tiga ratus hanya sebab minyak wangi. Nasiblah kalau dah gila minyak wangi macam dia.
Setelah selesai membayar harga minyak wangi tersebut, Ariana keluar dari kedai itu. Sambil berjalan, kepala ligat berfikir hendak kemana. Nak balik rumah hari masih awal lagi. Sudahnya kaki melangkah menuju ke kedai buku yang terletak di hujung bangunan tersebut.
“Arin..!”
Langkah kaki Ariana terhenti seketika. Telinganya seperti terdengar sesuatu. Tak mungkin. Mungkin dia tersalah dengar. Ariana kembali mengatur langkah.
“Arin...!”
Kali ini telinga dia mendengar dengan lebih jelas lagi. Ariana menoleh ke kiri dan ke kanan dengan berhati-hati. Dada dah mula nak berdegup dengan kencang. Hanya ada seorang sahaja yang akan memanggilnya dengan nama tersebut. Tak mungkin dia.
“Arin..”
Tubuh Ariana mengeras apabila suara itu berada betul-betul berada di belakangnya. Jantung Ariana berdegup dengan kencang. Dia tidak berani nak menoleh ke belakang. Bimbang tersalah orang.
“Arin. Itu awak ke? Ariana Nisaa?”
Ariana memejamkan mata. Tangan digenggam erat sebelum kaki melangkah laju tanpa menoleh ke belakang. Dia yakin benar siapa yang berada dibelakangnya itu.
“Arin...!”
Ariana semakin melajukan langkahnya namun terhenti apabila terasa tangan seperti ditarik ke belakang. Ariana menoleh. Wajahnya kelihatan berang.
“I know it’s you. Ariana Nisaa Ashari...”
Sorry. I don’t know who you are. Tolong lepaskan tangan saya sebelum saya jerit.” Ariana cuba menarik tangannya namun lelaki itu masih enggan melepaskan tangan Ariana.
“Arin, maafkan saya...”
Ariana merenung wajah lelaki itu. Raut wajah lelaki yang hampir lima tahun tidak ditatapnya. Tiba-tiba rasa rindu bertamu dihati.

ARIANA mengacau mug berisi coklat panas sebelum meletakkan sudu ditepi piring pelapik mug. Dia membawa mug tersebut ke bibir dan menghirupnya perlahan.
“Awak apa khabar sekarang?”
Ariana tidak menjawab. Dia meletakkan kembali mug tersebut di atas meja.
“Fina. Macam yang awak nampak sekarang. I’m totally fine.” Ariana menjawab sambil merenung wajah lelaki dihadapannya.
“Yeah. I can see that.” Lelaki itu menjawab perlahan.
“Bila awak balik?” Ariana bertanya sekadar memecah kesunyian. Dah bosan dengan keadaan tanya sepatah jawab sepatah sejak dari tadi lagi.
“Dah dekat empat bulan.”
“I see..”
Senyap.
“Err, awak buat apa sekarang?”
“Tengah duduk di sini sambil berbual dengan awak..” Ariana buat lawak bodoh. Terdengar keluhan berat yang dilepaskan oleh lelaki itu.
“Arin, saya minta maaf. Saya tahu awak masih marahkan saya...”
“Dahlah Mirul. Saya tak pernah simpan dendam pada awak. Bagi saya, benda dah lepas tu biarlah. Nak kenang pun buat apa kan.”
Amirul memandang ke arah Ariana. Baginya Ariana tidak pernah berubah. Masih cantik seperti dahulu. Dia sendiri masih tertanya-tanya kenapa dia mensia-siakan Ariana dahulu. Jika dia tidak membuat perangai barangkali dia masih lagi bersama dengan Ariana, gadis pertama yang berjaya mencuri hatinya itu.
“So, dah empat bulan balik Malaysia. Apa perkembangan awak?”
“Maksud awak apa?” Amirul bertanya tidak faham.
“Awak dah mula kerja ke?”
“Ohh, yang tu. Lepas balik Malaysia saya terus dapat offer kerja.”
“Dekat mana?”
“Petronas.”
“I see. So sekarang ni engineerlah ye?”
“Boleh kata macam tu lah...”
Ariana mengangguk perlahan. Sebetulnya dia mati kutu. Tak tahu nak sembang apa. si Amirul ni pun dah macam apa je. Orang tanya sepatah, dia jawab sepatah.
“Awak macam mana sekarang?”
“Hah? Saya? saya macam ni jelah...” Giliran Ariana pula yang blur.
Amirul tersenyum. Ariana memandang wajah Amirul. Sudah lama dia tidak melihat senyuman di bibir lelaki itu. Serta merta dia teringat kenangan lama. Kenangan semasa mereka masih lagi bercinta dulu.
“Kerja macam mana? Saya dengar cerita awak jadi cikgu sekarang...”
“So far kerja okey. Tak sehebat awak...”
Amirul tersenyum lagi. Kening Ariana terangkat.
“Kenapa awak asyik senyum je dari tadi? Apa yang kelakar?”
Amirul mengeleng.
“Nothing. Cuma saya rasa awak tak banyak berubah. Masih macam dulu juga.”
“Yeke? Contohnya?” Ariana bertanya ingin tahu. Ingat lagi ke mamat ni dengan perangai dia yang dulu?
“Kalau dulu, muka awak mesti macam blur je bila dah lost atau hilang fokus...”
Ariana membulatkan mata merenung ke arah Amirul yang dah tergelak kecil itu. Cis, baru jumpa tak sampai sejam dah berani nak mengutuk dia.
“Amboi, sedapnya awak mengutuk saya. Awak pun sama je dua kali lima.” Ariana menjeling tajam.
“Yeke? Contohnya?” Amirul bertanya sambil meniru ayat yang digunakan oleh Ariana tadi.
“Awak tu dari dulu sampai sekarang asyik tersenyum je. Benda tak lawak pun nak senyum.”
“Bukan ke senyum tu sedekah. Tak salah kan...”
Ariana terdiam. Malas nak layan sangat si Amirul ni.
“Whatever. So, datang sini sorang je ke? Mana isteri dan anak –anak awak?” Ariana bertanya mengubah topik lain namun dalam masa yang sama dia ingin tahu juga akan kehidupan Amirul. Mana tahu mamat ni dah kawin ke, dah beranak pinak ke kan.
“Awak pulak? Datang sorang je ke? Suami dan anak-anak tak ikut sekali?” Amirul bertanya sambil mengangkat kening. Ariana menggigit bibir. Mamat ni buat lawak bodoh pulak.
“Jangan main-main boleh tak? Saya tanya serius ni...” Ariana dah mula berang. Amirul ketawa kecil.
“Arin....Arin. You never change...” Amirul mengacau air kopi dihadapannya sebelum diteguk perlahan. Ariana menjeling namun tidak menjawab.
“Saya single lagi. Tak ada isteri apatah lagi anak-anak. Now it’s your turn...”
Kening Ariana terangkat.
“Apa?”
“Are you still single?” Amirul bertanya tanpa berlapik. Ariana terdiam. Dia sendiri tidak tahu status dirinya apa sekarang. Sudah berpunya atau masih single? Kalau ikutkan definisi biasa, single atau bujang tu maksudnya belum kahwin. Kalau ikutkan, dia masih singlelah kan. Tapi kalau masukkan Akmal dalam hidup dia, itu dipanggil apa pulak? Single but not available?
“Err, It's depend how you described ‘single’.”
Kening Amirul terangkat sebelah. Nampaknya Ariana mahu bermain tarik tali dengannya.
“Okey, bagi saya single tu maksudnya masih belum memiliki atau dimiliki. So...?”
Ariana terdiam. Perlukah dia berterus terang dengan Amirul tentang Akmal? Tapi untuk apa? Dia baru berjumpa dengan Amirul tak sampai sejam. Kenapa dia perlu menceritakan semua hal peribadi dia pada Amirul? Dan kenapa pula dia seperti tidak mahu Amirul mengetahui tentang Akmal.
“You can say that, I’m single but not available..”
“Aha. He’s lucky.”
Ariana menggigit bibir. Dia cuba mengesan sebarang perubahan di wajah Amirul. Dia tidak pasti sama ada dia tersilap tengok atau tidak namun dia dapat mengesan perubahan riak wajah Amirul ketika mengetahui yang dia sudah mempunyai teman. Wajah Amirul berubah agak kecewa sikit. Namun itu hanyalah sekadar andaiannya sahaja. Isi hati Amirul yang sebenar, dia sendiri tak pasti.
“Tak apalah Amirul. Saya balik dulu. Dah lewat.” Ariana bangun. Rasanya tak elok jika dia berlama-lama dengan Amirul. Bimbang dia kembali dihantui kenangan lama. Amirul turut berdiri.
“Arin....”
Ariana memandang ke arah Amirul.
“Boleh kita jadi kawan?”
Ariana cuba mentafsirkan kata-kata Amirul itu dengan lebih mendalam. Adakah Amirul memang ikhlas mahu berkawan semula dengannya atau lelaki itu ada niat lain?
“Yeah. Why not.” Akhirnya Ariana menjawab sebelum berlalu dari situ meninggalkan Amirul yang masih memandang ke arahnya.
P/S: TO BE CONTINUED

12 140 tukang karut:

mimie khairuddin said...
This comment has been removed by the author.
mimie khairuddin said...

OMG...apasal la amirul tu menyibuk....ish...sambung lagi sambung lagi..

Cahaya said...

mimie>>kehadiran amirul tu bermula kemuncak dan konflik cerita..hehehe..

mimie khairuddin said...

aisey man....tak suke koflik.....menyesak jiwa raga..hahaha...anyway..cite nie byk lagi ke?
tak sabar..hahaha

ita mohamad said...

Jeng jeng tambah hero , dh la ariana ni blur akmal kuat cemburu. Cam makin best pulak

Cahaya said...

mimie>>hehehehe..konflik tulah best..hehehe..citer panjang lagi tapi mungkin sy akan stop dekat betul-betul kemuncak dia..hehehe..

Cahaya said...

ita>>dalam citer ni banyk gak hero dia..hahahaha tapi heroin satu je..hehe..

ita mohamad said...

Tp seronok , mmg ada lelaki cam akmal ni coz sy d jumpa hihi. Teruskn menulis x sabar nk beli novel adk

Cahaya said...

ita>>yeke ada org mcm akmal?siapa?jumpa kat mana?hehehe.sy sendiri tak pernh lg jumpa org mcm akmal.. ;P

ita mohamad said...

Huhu en.suami sy la ,tu yg suka sgt bc novel awk ni, dy bc pon gelak coz de part dlm ceta ni kami alami dan lakukan.

Cahaya said...

ita>>yeke?wahhhh untunglah dh ada 'akmal'.hehehe. part mana yg kamu berdua buat tu?nk jugak tahu...hehehe..

Najwaa Zulkefly said...

can you pls continue of writing this novel plss

Post a Comment