RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, April 10, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...(Bab 39)

Bab 39

KRING....
Ariana mengemas buku-buku yang akan digunakan untuk kelas seterusnya. Tahun ini dia telah diamanahkan untuk mengajar subjek matematik tambahan tingkatan empat di samping subjek matematik bagi tingkatan tiga dan dua. Dia berasa bersyukur kerana pelajar tingkatan tiga yang diajarnya tahun lepas hampir kesemuanya memperoleh A dalam peperiksaan PMR. Hanya ada segelintir sahaja yang mendapat B dalam peperiksaan tersebut.
Ariana berjalan menuju ke kelas tingkatan empat. Sesekali dia tersenyum dan membalas salam yang diucapkan oleh para pelajar yang berpapasan dengannya. Ariana menjeling ke arah kelas tingkatan enam atas Nilam yang dulunya menjadi kelas Akmal. Hampir setahun berlalu sejak Akmal meninggalkan alam persekolahan. Lelaki itu semakin matang seiring dengan usianya namun sifat degil dan tak makan saman tetap tidak berubah. Walaupun sudah hampir setahun lebih dia menjalinkan perhubungan dengan Akmal, namun dia sendiri masih tertanya-tanya akan perasaan sebenarnya terhadap Akmal. Dia keliru dengan perasaan sendiri. Akmal pula tidak mendesak tentang hal itu. Sesuatu yang dia suka tentang Akmal ialah Akmal bebas memberikan ruang kepadanya jika berkaitan dengan soal hati dan perasaan ini.
Setelah tamat dua masa untuk kelas tingkatan empat, Ariana berjalan keluar dari kelas tersebut dan menuju ke kantin. Jam di tangan baru menunjukkan ke angka sepuluh pagi. Perut terasa lapar dan dia berhajat mahu ke kantin selepas melaetakkan buku latihan yang dikutip dari kelas tingkatan empat tadi. Tak sanggup rasanya nak pikul semua buku-buku tersebut ke kantin. Dahlah kantin tu jauh berbatu-batu.
“Rin. Sini kejap...”
Ariana yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik guru itu berjalan terus ke meja Rusni, guru pendidikan seni yang berumur 25 tahun itu. Tua setahun daripada umurnya.
“Ada apa?” tanya Ariana.
“Ni aku nak kenalkan cikgu baru kita. Cikgu Nurul Madihah. Mengajar subje kimia dan fizik.”
“Oh, yeke? Apa khabar. Saya Ariana. Panggil je Rin. Nurul umur berapa?” Tanya Ariana ingin tahu. Pada pandangannya Nurul ni nampak agak muda.
“Saya umur 25 tahun. Sebaya dengan cikgu Rusni.”
“Eh, yeke? Tapi kenapa nampak muda?” Ariana agak terkejut dengan kenyataan itu.
“Wei, umur 25 tu tak muda ke? Kau nak cakap aku ni dah tua lah ye?” Rusni bertanya sambil bercekak pinggang. Ariana menutup mulut namun ketawa meletus juga dari bibirnya.
“Ala, gurau-gurau pun tak boleh. So Nurul asal mana?”
“Saya asal Johor.”
“Ohh, eh. Habis tu sekarang duduk mana?”
“Ha, nilah sebabnya aku panggil kau tadi. Rumah kau tu kosong lagi kan lepas si Suzi tu pindah keluar ikut suami dia?”
“A’ah. Kosong lagi? kalau Nurul tak kisah nak menyewa dengan saya, bolehlah duduk sekali dengan saya. Tak adalah saya sunyi je duduk sorang-sorang.”
“Betul ke? Kalau macam tu petang ni saya ikut Rin balik tengok rumah boleh?”
“Boleh. No hal...”
                                                                        ***

“Helo sayang, buat apa tu? rindu saya tak?”
Ariana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Akmal!”
“Apa?”
“Jangan cakap macam tu boleh tak?”
“Kenapa pulak? Salah ke saya nak manja-manja dengan girfriend saya?” Akmal bertanya tidak puas hati.
“Dahlah. Malas nak layan awak. Ada apa hal telefon saya lewat-lewat ni? Esok tak ada kelas ke?” Ariana bergolek di atas katil. Dia baru sahaja selesai menanda buku latihan pelajar tingkatan empat dan berhajat mahu tidur dek kerana penat. Hari ni jadual kelas padat dari pagi sampai waktu balik.
“Saya baru lepas habis perform. Kejap lagi baru nak balik...”
Ariana menjeling jam di dinding. Jam menunjukkan ke angka dua belas tengah malam.
“Lewatnya. Kenapa lewat sangat? Selalu tu pukul sebelas dah habis.”
“Hari ni orang ramai sikit. Bos minta extand sampai pukul dua belas...” Akmal menjawab sambil menahan kuap.
Ariana terdiam. Kasihan pula apabila terdengar suara Akmal yang mengantuk dan keletihan itu. Mana tak penat. Siang sibuk dengan kelas. Malam pula buat part time dekat Hard Rock Cafe. Hujung minggu pula sibuk mengajar orang main gitar selama dua jam. Dia tak tahu macam mana Akmal boleh tahan hidup macam tu. Akmal yang asalnya anak orang kaya yang tidak kenal erti susah namun sekarang sedang belajar sambil bekerja. Buat dua kerja pulak tu.
“Akmal, awak tak penat ke?”
“Hmmm. Mestilah penat sayang. Habis tu nak buat macam mana. Kalau tak kerja mana nak cari duit...”
Ariana menggigit bibir.
“Akmal, kalau awak perlukan duit..”
Stop it Ariana. Saya tak nak dengar tentang hal itu lagi..”
Ariana mengeluh perlahan. Susah betullah nak berkomunikasi dengan budak ni.
“Akmal, saya cuma nak tolong. Takkan itu pun tak boleh?” Ariana bertanya tidak berpuas hati.
“Tak payah. Saya bukan jenis lelaki dayus yang akan makan duit perempuan tambah-tambah perempuan itu girfriend saya. So better jangan cakap hal ni lagi.”
“Awak ni degil tak makan samam betul.” Ariana menjawab geram. Memang setiap kali dia membangkitkan hal itu, setiap kali itu juga mereka akan bertengkar dek kerana kedegilan Akmal. Susah sangat ke nak faham yang dia hanyalah nak tolong Akmal. Huh.
“Ariana, saya cuma minta satu je daripada awak..”
“Apa?” Tanya Ariana malas. Rasa geram masih menguasai diri.
“Sentiasa berada di sisi saya no matter what. Walau apa pun dugaan yang kita kena hadapi, awak mesti berada di sisi saya. Itu sudah cukup untuk saya. Awak sumber kekuatan saya. Itu sahaja yang saya mintak...”
Ariana terdiam apabila mendengar kata-kata Akmal itu. Memang kata-kata itu sahajalah yang selalui disebut oleh Akmal seolah-olah dia akan pergi meninggalkan Akmal bila-bila masa sahaja.
“Errr. Akmal...errr. Ha saya ada benda nak cakap pada awak ni...”
“Apa dia?”
“Saya dah dapat housemate baru...”
“Yeke? Siapa?”
“Nama dia Nurul Mardihah. Cikgu dekat sekolah saya. Baru posting minggu lepas. Jadi sekarang tak adalah saya sunyi duduk sorang sejak Suzi pindah.”
“Hmmm. Baguslah tu. Cantik tak?”
Kening Ariana terangkat apabila mendengar pertanyaan Akmal itu. Gigi digetapkan. Tiba-tiba dia berasa sakit hati dengan pertanyaan Akmal itu. Memang dasar lelaki.
“Helo? Ariana? Still there?”
“Dahlah. Saya nak tidur. Bye.” Ariana lantas memutuskan talian lalu dicampakkan HTC diatas katil. Rasa marah membuak-buak di dalam hatinya. Dia hanya buat tak tahu sahaja apabila lagu Baby itu kembali berbunyi. Jangan haraplah dia nak jawab panggilan telefon itu. Ariana mencapai bantal lalu ditekup ke telinga namun lagu Baby itu nampaknya tiada tanda-tanda mahu berhenti. Dengan rasa marah, Ariana mencapai HTC tersebut lalu ditekan kuat pada skrin.
“Nak apa lagi? saya nak tidur ni. Jangan kacau boleh tak?” Ariana menjawab keras. Namun telinganya menangkap gelak ketawa Akmal di sebelah sana.
“Amboi, marahnya dia. Saya tak habis cakap lagi...”
Ariana merengus kasar.
“Nak cakap apa lagi? kalau setakat nak sakitkan hati saya baik tak payah telefon. Buang masa je.”
“Janganlah garang sangat dengang boyfriend. Tak kesian kat saya ke?”
“Huh! Nak kesian buat apa. Awak kan suka nak sakitkan hati saya.”
Akmal ketawa lagi. Ariana mengerutkan dahi. Entah apalah yang lawak sangat sampai Akmal asyik ketawa dari tadi.
“Sayang merajuk eh...”
Merah padam muka Ariana. Nasib baik hanya bercakap dalam telefon je.
“Mana ada. Tak kuasa saya nak merajuk dengan awak.”
“Sayang, jangan marah okey. Saya bergurau je...”
Ariana mencebik. Bergurau tahi kucinglah.
“Hmmm. Saya nak dengar saya menyanyi tak?”
Kening Ariana terangkat sebelah. Ini apa kes nak menyanyi malam-malam buta ni?
“Tak puas lagi ke awak nak melalak atas pentas tu?”
“Hmm. Itu lain. Ini saya menyanyi untuk awak. Free tau. Saya tak charge apa-apa.”
Ariana memutarkan bebola matanya namun tidak menjawab.
“Sayang dengar eh..”
Ariana tidak menjawab. Layan jelah. Lagi pun dia dah lama tak dengar Akmal menyanyi. Kali terakhir dulu semasa di studio Aidil.
For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you
For the rest of my life, through days and nights

Ariana hanya diam ketika mendengar Akmal menyanyikan lagu tersebut. Setiap lirik yang diucapkan oleh Akmal kedengaran ikhlas dan mengandungi makna yang mendalam. Air mata terasa bergenang di kelopak matanya. Dia tahu sepanjang Akmal bersama dengannya, terlalu banyak yang telah Akmal korbankan untuknya namun entah kenapa hatinya begitu berat untuk meluahkan rasa sayang pada Akmal. Mungkinkah dia serik dengan kenangan lampau sehingga dia takut untuk menyerahkan kasih sayangnya pada mana-mana lelaki termasuk Akmal?
“Sayang? Dah tidur ke?”
Ariana mengesat air mata yang mengalir di pipinya tadi.
“Err, belum lagi…” Ariana menjawab dengan suara seraknya.
“Sayang kenapa ni? Are you crying?”
“Taklah. Selesema sikit…” Ariana memberikan alasan. Sebetulnya dia tak nak Akmal tahu yang lelaki itu telah membuatkan hatinya tersentuh buat kesekian kalinya.
“Hmm. Jangan lupa makan ubat. Saya tak nak awak jatuh sakit…”
Setitis lagi air mata jatuh membasahi pipi Ariana. Kenapa dalam keadaan begini pun Akmal masih memikirkan tentang dia sedangkan Akmal lebih susah dan menderita.
“Akmal…”
“Hmmmm…?”
Ariana menggigit hujung bibir. Bibir digerakkan namun tiada sepatah kata pun yang mampu keluar dari mulutnya.
“Err. Nothing. Saya nak tidur ni. Awak jangan balik lambat sangat. Jaga kesihatan.”
“Okey. Sayang pun jaga diri tau. Take care. Mimpikan saya tau…”. Akmal menjawab sambil mengusik. Terasa berderau darah Ariana apabila diusik begitu.
“Okeylah. Night.”
“Night sayang.”
HTC diletakkan di sebelah. Ariana merenung siling. Kepalanya mula berfikir kemana hala tuju hubungan antara dia dan Akmal. Sampai bila hubungan ini akan bertahan? Ariana menarik bantal busuknya lalu ditekup ke muka. Persoalan yang dia sendiri tiada jawapannya. Biarlah takdir yang menetukan.

                                                                        ***
“Adik, angah panggil dekat atas...”
Ariana yang sedang sibuk mengubah bunga telur itu menoleh kebelakang.
“Angah nak apa?” Ariana bertanya kepada along yang sedang mendukung Haikal, anak sulungnya itu.
“Entah. Pergilah naik atas tengok.”
Ariana mengemas lebihan bunga telur yang masih belum digubah itu ke tepi sebelum berjalan menuju ke tingkat atas. Sempat dia mencuit dan mencium pipi Haikal yang berusia enam bulan itu. Ariana memanjat tangga menuju ke bilik angah yang terletak bersebelahan dengan biliknya itu. Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, Ariana memulas tombol pintu.
“Ishhh!” Ariana menutup mata sebelum menarik tombol pintu. Hampeh punya angah. Kot ye pun nak cuba baju pengantin, coverlah sikit walaupun dalam bilik sendiri. Ariana menunggu selama lima minit sebelum mengetuk pintu bilik.
“Masuk...”
Ariana memulas tombol pintu perlahan-lahan dan membuka pintu dengan berhati-hati. Mana tahu ada adegan yang mampu mencemar kesucian matanya nanti. Ariana mengeluh lega apabila melihat angah sudah lengkap memakai baju melayu berwarna putih gading itu.
“Along cakap tadi angah panggil adik. Nak apa? orang tengah sibuk ni.” Ariana duduk di hujung katil angah yang sudah dipasang cadar baru. Warna merah terang. Ish, tak berkenan langsung dengan warna terang-tenang macam ni.
“Okey tak?” Angah mendepangkan tangan seolah-olah menayangkan baju melayu yang dipakainya.
“Angah panggil adik semata-mata nak tanya okey ke tak angah pakai baju ni je ke?” Ariana bertanya hampir tidak percaya.
“Yelah. Dah tu angah nak panggil siapa lagi? semua orang sibuk sampai tak ada siapa nak peduli pasal angah...”
Ariana menjulingkan biji matanya.
“Angah. Semua orang sibuk tu sebab nak uruskan majlis angah. Yang angah nak sentap tiba-tiba ni kenapa? Nervous eh...” Ariana mengangkat kening sambil tersengih mengusik. Angah buat muka sebelum menghulurkan butang baju melayu ke arah Ariana.
“Tolong...”
Ariana mengeleng kepala sebelum bangun lalu memakaikan butang baju melayu di leher abangnya itu.
“Apa perasaan angah sekarang?” Tanya Ariana ketika tangan masih sibuk membutangkan baju melayu abangnya itu.
“Maksud adik?”
“Perasaan angah sekarang nilah. Kan lagi berapa jam je nak jadi suami orang...”
Angah melepaskan keluhan berat sehingga membuatkan kening Ariana terangkat.
“Senang cerita. Angah rasa happy dan juga takut...”
“Takut? Kenapa? Jangan cakap angah takut malam pertama...” Ariana tersengih mengusik sehingga membuatkan wajah angahnya itu merah padam. Ariana ketawa besar apabila melihat wajah angahnya itu bertukar sebegitu rupa.
“Amboi, pandai gelakkan orang. Mana belajar semua ni?” Angah bercekak pinggang. Ariana masih lagi ketawa. Samping berwarna emas yang tersangkut pada penyidai diambil lali dihulurkan kepada angah.
“Cuba pakai ni sekali. Biar adik tengok...”
Angah hanya menurut. Samping itu dipakai dan Ariana membantu melipat samping dipinggang angah itu.
“Angah takut apa?” Ariana bertanya serius. Dia tahu angah tak senang duduk sekarang. Maklumlah dah nak bertukar status tak sampai dua puluh empat jam lagi.
“Entahlah. Macam-macam dalam kepala angah ni. Angah asyik terfikir tentang tanggungjawab je. Mampu ke angah nak pikul tanggung jawab sebagai seorang suami nanti...”
Tangan yang melipat samping di pinggang angah terhenti seketika. Wajah angah yang agak tertekan itu dipandang sekilas.
“Angah ada cakap dengan along?” Ariana membetul-betulkan pula kedudukan baju melayu di tubuh angahnya itu.
“Ada. Banyak kali. Banyak juga benda along nasihat. Tapi angah tetap risau..”
“Come...” Ariana menarik tangan angahnya lalu disuruh duduk di hujung katil. Ariana berdiri di hadapan angahnya itu lalu membetul-betulkan rambut angah.
“Pejam mata.”
“Nak buat apa?”
Ariana memutarkan bebola matanya.
“Pejam jelah. Banyak bunyilah angah ni..”
Angah membuat muka namun akhirnya dia memejamkan mata. Ariana memandang wajah angahnya itu dengan rasa kasihan. Hai, tertekan nak kawin punya pasal.
Ariana berjalan dan naik di atas katil dibelakang angahnya. Dia mengurut pelipis angah dengan lembut dan perlahan-lahan.
“Jangan buka mata. Pejam...” Ariana memandang ke arah cermin di dinding. Angah kembali memejamkan mata.
“Adik tak tahu macam mana nak bagi nasihat untuk legakan tekanan angah sebabnya adik belum kawin. Apa yang adik boleh cakap, angah kena hadapi semua ini. Ni kan salah satu jalan hidup yang angah pilih. Yang kita pilih. Nak rasa gementar tu biasalah. Kita nak pergi jawan exam UPSR pun kita rasa gementar sampai nak terkencing. Inikan pula nak melangkah ke alam baru. Adik yakin angah boleh pikul tanggaungjawab sebagai seorang suami dan juga ayah nanti.”
Angah menarik tangan Ariana membuatkan kening Ariana terangkat.
Thanks dik sebab selalu berada di sisi angah tak kira susah dan senang. You are the best sister that I ever have.”
Ariana terasa sebak. Tiba-tiba hati terasa sedih. Sedih kerana dia bakal berkongsi angah dengan orang lain. Mungkin lepas ini angah tidak akan selalu berada di sampingnya. Air mata yang mula hendak bergenang di tubir mata di seka perlahan ketika angah tunduk membuka butang baju melayunya. Dia tak nak angah sedar yang dia sedang menangis. Dia sepatutnya gembira diatas kebahagiannya yang bakal dikecapi oleh angah nanti.
“Angah rehatlah dulu. Adik nak turun bawah tolong emak.” Ariana cepat-cepat keluar dari bilik angahnya itu namun dia tidak terus turun ke bawah. Dia memulas tombol pintu biliknya sendiri dan menutupnya kembali. Air mata yang ditahan tadi mengalir juga membasahi pipi. Dia tidak tahu kenapa dia harus bersedih diatas perkahwinan angahnya itu. Sepatutnya dia gembira. Ariana berjalan menuju ke katil. HTC dicapai lalu skrin disentuh. Seketika kemudian, suara Akmal kedengaran di sebelah sana.
“Helo Ariana...”
“Akmal...” Ariana semakin teresak.
“Kenapa ni sayang? Are you hurt?” Akmal bertanya agak mengelabah apabila mendengar suara Ariana yang seakan-akan sedang menangis itu.
“No. Saya okey. Cuma...” Ariana cuba menahan sedunya. Akmal semakin gelisah.
“Awak ada mana ni? Rumah parent awak kan?”
“Hmm...”
“So, kenapa awak menangis? Ada perkara buruk terjadi ke?”
Ariana mengeleng.
“Taklah. Saya cuma....nak bercakap dengan awak...” Ariana mengelap air mata yang mengalir di pipi.
“Sayang, kenapa ni? Cuba cerita pada saya. Siapa yang buat awak menangis ni?”
“Akmal, saya ni jahat ke?”
Berkerut dahi Akmal apabila mendengar pertanyaan daripada Ariana itu.
“Ariana, kenapa awak tanya macam tu?” Akmal semakin risau.
Ariana mengelap hidungnya yang dah mula berair itu.
“Jahat ke saya kalau saya rasa sedih sebab angah nak kawin? Adakah saya ni pentingkan diri bila saya rasa saya tak boleh nak berkongsi angah dengan orang lain?”
Akmal mengeluh kelegaan. Disangkan ada perkara buruk yang terjadi pada Ariana tadi.
“Sayang, saya rasa apa yang awak rasa tu normal. Awak memang rapat dengan angah awak kan. Jadi bila ada orang lain muncul dalam hidup angah awak, automatik awak akan rasa terancam. Maksud terancam dekat sini ialah awak akan rasa yang angah awak takkan sayangkan awak lagi. Kalau awak fikir macam tu, memang normal tapi jangan sampai perkara ini boleh memudaratkan hidup awak. Saya rasa walau siapa juga yang hadir dalam hidup abang awak tu, tempat awak sebagai adik kesayangan abang awak tu takkan dapat digantikan dengan orang lain termasuklah bakal isteri abang awak tu...”
Ariana menyeka sisa air mata di pipinya.
“Mana awak tahu? Mana awak tahu yang angah akan tetap sayangkan saya walaupun dah ada isteri?”
“Sebab saya juga seorang abang. Saya ada awak dan saya ada Sarah. Walapun kasih sayang saya pada awak tak terhitung dek kata-kata sekalipun, Sarah adik saya tetap saya sayang macam dulu.”
Ariana terdiam apabila mendengar kata-kata Akmal itu. Rasa macam tak percaya yang dia sedang menangis dan mengadu pada Akmal. Apa sudah jadi ni?
“Feeling better now?”
“Hmm...” Ariana menarik nafas panjang. Rasa macam bodoh pula menangis hanya sebab hal kecil macam tu. Macam manalah dia boleh terlebih emosi pada malam itu. Sepatutnya dia tumpang gembira.
“Akmal, thanks...”
“Lepas ni jangan nangis-nangis lagi okey...”
“Okey...”
“That’s my girl.”
Ariana menggigit hujung bibir.
“Err, awak tak datang ke kenduri angah saya minggu depan?”
“Hmm. Insya-Allah kalau tak ada apa-apa hal, saya datanglah. Nikahnya esok kan?”
“A’ah. Esok nikah dan kenduri sebelah perempuan. Sebelah lelaki pulak minggu depan. Errr, kalau awak free. Awak datanglah ye...”
“Ye sayang. Nanti saya datang. Lagi pun teringin juga saya nak kenal bakal mak dan ayah mertua saya tu...”
Merah padam muka Ariana apabila mendengar kata-kata Akmal itu.
“Mengadalah awak ni. Awak nanti jangan nak cakap yang bukan-bukan depan mak ayah saya ye. Mereka..errr...tak tahu pasal kita lagi...”
“Hah? Mereka tak tahu pasal kita lagi?”
Ariana mengaru kepala yang tidak gatal.
“Errr. Saya..err..tak tahu nak cakap macam mana. Eh Akmal. Nanti kita sembang lagi. Angah panggil kejap. Bye...”
Ariana cepat-cepat mematikan talian sebelum sempat Akmal menjawab. Dadanya agak berdebar. Tiba-tiba rasa menyesal pula menjemput Akmal ke kenduri sebelah angahnya minggu depan. Ariana segera keluar dari bilik apabila terdengar suara angah memanggilnya dari luar.
P/S: TO BE CONTINUED.

8 140 tukang karut:

hk said...

Demi Ariana...Akmal berkorban...tacing hokeeyyyy :)

Cahaya said...

hk>>hope adalah 'akmal' dlm idup hk nanti ye..hehehe..

Akim Mohamad said...

Suka thanks coz update awal hihihi

Cahaya said...

akim>>erkkk. no prob..hehehe.

lee jee joong said...

Caring my boyfriend. Akmal ku syg aku sentiasa merindukan kamu.hahahahaha~~~eida arie~~~

Cahaya said...

lee jee jong aka eida arie>>kalaulah org mcm akmal ada kat sekeliling kita...

Anonymous said...

siannya ariana..xpe, ada akmal disisi..hehe..
thanx update :)

Cahaya said...

anon>>welcome dear :P

Post a Comment