RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, April 9, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...(Bab 38)


BAB 38
Setahun kemudian.
ARIANA menoleh ke kiri dan kanan. Mata ligat mencari kelibat seseorang. Sesekali jam ditangan dijeling. Bimbang jika dia sudah terlambat. Orang ramai yang berpusu-pusu di sekelilingya itu tidak dihiraukan. Pengumuman penerbangan ke London telah mula kedengaran membuatkan hatinya semakin cuak. Bimbang dia tidak sempat bertemu dengan empunya badan.
“Ariana...!”
Ariana menoleh ke kiri dan ke kanan mencari suara si pemangil. Puas dia mencari namun si pemilik suara tidak juga muncul membuatkan Ariana terfikir yang dia mungkin tersalah dengar.
“Ariana...!”
Kali ini suara itu cukup jelas ditelinganya. Dia berpusing lagi. Senyum lebar spontan terukir di bibir apabila pemilik suara yang memanggilnya itu muncul di hadapannya. Laju kaki melangkah mendekati pemuda tinggi lampai itu.
“Saya ingat awak tak datang...”
Akmal hanya tersenyum namun tidak menjawab.
“Dah jumpa Sarah?” tanya Akmal.
Ariana mengeleng.
“Belum lagi. Macam mana ni. Tadi saya dengar pengumuman penerbangan ke London. Macam mana kalau kita tak sempat jumpa Sarah sebelum dia berlepas?” Ariana bertanya risau. Sejak setengah jam yang lalu puas dia berpusing-pusing mencari Sarah. Telefon bimbit pula dah kehabisan bateri.
“Sini...” Akmal menarik tangan Ariana membuatkan Ariana terdorong mengikut Akmal dari belakang. Sesekali dia meninjau sekeliling mencari kelibat Sarah.
“Akmal. Tu macam Sarah...” Ariana menunjuk ke arah kelibat seorang gadis berbaju coklat dan berjeans hitam yang sedang berbual dengan papa dan mama Akmal. Tiba-tiba Ariana berasa berdebar-debar. Tahu benar yang papa Akmal mungkin tak suka kehadirannya pada hari itu.
“Jom...” Akmal yang sudah nampak kelibat Sarah itu menarik tangannya lagi namun Ariana menarik kembali tangannya membuatkan Akmal menoleh ke belakang.
“Kenapa ni?”
“Err, awak pergilah dulu. Err...nanti saya datang..” Ariana menjawab tergagap. Akmal merenung Ariana dengan raut wajah pelik. Akmal memandang ke arah keluarganya sebelum kembali memandang ke arah Ariana.
“Sarah mesti nak jumpa awak sebelum dia fly..”
Ariana memandang wajah Akmal seolah-olah meminta Akmal memahami situsainya namun Akmal seolah-olah tidak peduli. Tangan Ariana ditarik juga menyebabkan Ariana tiada pilihan lain.
“Kak Ariana!” Sarah menjerit kuat menyebabkan Dato Shamsudin dan Datin Celina turut sama memandang ke arahnya. Sarah berlari-lari anak menuju ke arahnya lalu memeluk Ariana erat-erat. Ariana tergamam seketika. Matanya merenung ke arah Datin Celina yang tersenyum ke arahnya. Ariana turut membalas senyuman tersebut. Dia beralih pula kepada Dato Shamsudin. Wajah lelaki separuh usia itu masih seperti dulu. Serius dan tegas. Tiada secalit senyuman pun yang diberikan kepada Ariana membuatkan semua telaan Ariana sebelum ini benar belaka. Papa Akmal masih tidak dapat menerima dirinya lagi.
“Abang...” Sarah melepaskan pelukan pada Ariana dan mula memeluk Akmal erat-erat. Akmal mengosok kepala Sarah dengan penuh  kasih sayang membuatkan Ariana tersenyum.
“Sarah ingat kakak dan abang tak datang hantar Sarah...”
“Mana boleh tak datang, orang nak fly jauh kan...” Ariana tersenyum mengusik.
“Flight Sarah pukul berapa?” Tanya Akmal ketika mereka berjalan mendekati papa dan mama Akmal. Dada Ariana kembali berdebar ketika mereka menghampiri tempat Dato Shamsudin dan Datin Celina berdiri.
“Kejap lagi Sarah dah kena masuk dalam. Nasib baik abang dan kakak sempat datang. Kalau tak mesti Sarah sedih..” Sarah menjawab dengan nada manja. Akmal mengosok kepala Sarah lagi.
“Err. Aunty apa khabar?” Ariana menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Datin Celina. Datin Celina menarik tangan Ariana lalu memeluk dan mencium pipi Ariana dengan lembut. Ariana tersipu malu. Datin Celina masih seperti dahulu. Ramah dan penuh dengan kasih sayang.
“Err, Uncle...” Ariana tunduk sedikit ke arah Dato Shamsudin yang masih memandang ke arahnya dengan wajah serius membuatkan Ariana semakin kecut perut. Dato Shamsudin tidak memberikan sebarang reaksi apabila ditegur oleh Ariana.
“Terima kasih Ariana sebab sudi datang hantar Sarah. Si Sarah ni dari tadi asyik bertanyakan tentang Ariana je. Risau sangat kalau tak dapat jumpa kakak dia sebelum fly...” Datin Celina berkata sambil tersenyum manis. Ariana hanya tunduk tersipu malu apabila Datin Celina membahasakan dirinya sebagai kakak Sarah.
“Sarah. Masa untuk berlepas...” Suara Dato Shamsudin menarik perhatian Ariana. Wajah lelaki itu masih tegas seperti biasa. Ariana tertanya-tanya adakah wajah Dato Shamsudin itu berpunca daripada kehadirannya pada ketika itu.
Ariana hanya memerhatikan Sarah yang sedang memeluk dan mencium Datin Celina dan kemudian mencium dan memeluk Dato Shamsudin. Kelihatan seperti Dato Shamsudin sedang berkata sesuatu pada Sarah dan gadis itu hanya mengangguk perlahan. Mungkin pesanan terakhir sebelum Sarah berlepas ke London untuk menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan.
“Abang....” Sarah memeluk pinggang Akmal. Akmal membalas pelukan adiknya itu sambil mencium kepala Sarah. Ariana hanya memerhatikan gelagat dua beradik itu tanpa berkata apa-apa. Seronok pula bila tengok keakraban Akmal dengan Sarah. Nampak sungguh yang Akmal ni seorang yang penyayang.
“Kakak...” giliran dia pula dipeluk erat oleh Sarah. Ariana turut membalas pelukan Sarah itu. Tiba-tiba hatinya berasa sebak. Sarah sudah dianggap seperti adik sendiri. Rasa sedih nak berpisah dengan Sarah. Maklumlah selama ini dia hanyalah anak tunggal perempuan dalam keluarganya. Bila Sarah hadir dalam hidupnya membuatkan hidupnya bertambah bahagia.
“Jaga diri baik-baik Sarah. Jangan lupakan kakak di sini...” Air mata Ariana mula mengalir membasahi  pipi diseka dengan belakang tangan. Sarah memandang sedih ke arah Ariana.
“Kakak jangan nangis. Nanti Sarah pun nangis jugak..”
Ariana ketawa dengan kata-kata Sarah itu. Dia mengesat air mata yang mula mengalir di pipi Sarah.
“Dahlah. Tak nak sedih-sedih lagi. Sarah ke sana untuk belajar kan. Belajar ni suatu jihat juga. Sarah ingat tu. Yang penting, jaga diri baik-baik dan jangan lupa email kakak selalu tau...”
Sarah mengangguk perlahan sebelum memeluk kembali tubuh Ariana erat-erat. Terasa berat hati mahu meninggalkan Ariana yang sudah dianggap seperti kakak sendiri. Ariana memandang wajah Akmal yang sedari tadi asyik memerhatikan gelagat mereka berdua.
“Sarah, kakak tak tahu nak bagi Sarah apa.” Ariana melepaskan pelukan Sarah. Dia mengeluarkan sesuatu di dalam poket seluarnya. Seutas rantai silver dikeluarkan dari dalam kotak baldu. Ariana memakaikan rantai silver tersebut ke leher Sarah. Sarah menyentuh loket rantai yang tersarung di lehernya itu.
For My Lovely Sister, Sarah
“Kakak, cantiknya. Thanks..” Sarah memeluk Ariana buat kali kedua. Ariana hanya menepuk belakang badan Sarah. Gembira kerana Sarah sukakan hadiahnya itu.
“Sarah, time to go...” Suara Dato Shamsudin kedengaran di telinga Ariana. Ariana melepaskan pelukan Sarah dan memerhatikan gadis itu berjalan menuju ke balai berlepas antarabangsa. Ariana melambai tangan ke arah Sarah dan dibalas oleh gadis itu sambil tersenyum sedih. Ariana faham akan perasaan Sarah. Berada di tempat orang untuk usia semuda itu bukanlah satu perkara yang mudah. Mungkin hati Sarah tidak sekeras hati Akmal yang berjaya mempertahankan apa yang dia mahu.
“Ariana, kalau ada masa. Jemputlah datang ke rumah ye. Dah lama Ariana tak datang rumah auntie.” Datin Celina berkata sebelum memeluk Ariana. Ariana hanya mengangguk perlahan.
“Kalau boleh, cubalah pujuk Akmal balik rumah...” Sempat Datin Celina berbisik di telinga Ariana.
“Err, saya cuba auntie.” Ariana menjawab perlahan. Cukup perlahan sehingga dia yakin hanya Datin Celina sahaja yang mendengarnya. Datin Celina melepaskan pelukannya dan tersenyum. Dia kemudian memeluk Akmal pula. Agak lama sebelum wanita itu melepaskan pelukan pada anak lelaki tunggalnya itu. Akmal mengelap air mata yang mengalir di wajah mamanya itu. Ariana terasa sebak melihat adegan tersebut. Sudah pasti Datin Celina betul-betul merindui Akmal.
Ariana dan Akmal hanya memandang ke arah Datin Celina dan Dato Shamsudin yang berjalan keluar dari Lapangan Terbang tersebut.
“Awak nak balik dah ke?”
Ariana menoleh ke arah Akmal di sebelah.
“Entah. Baliklah kot dah kalau tak ke mana-mana...” Ariana berjalan menuju ke pintu keluar. Akmal di sebelah mengekorinya.
“Awak tak ada kelas ke petang ni?” Ariana bertanya.
“Tak ada. Kelas sampai pukul dua belas je tadi...”
“Akmal...” Ariana berhenti. Akmal turut sama berhenti.
“Errr, apa kata kalau awak...”
I know that face. Kalau awak nak suruh saya balik rumah. Lupakan, saya takkan balik...” Akmal berjalan kembali meninggalkan Ariana yang masih berdiri tercegat di situ. Ariana menggigit bibir geram. Belum apa-apa dah tunjuk keras kepala dia. Huh. Ariana berlari-lari anak mengejar Akmal yang sudah ke depan.
“Akmal, dengar dulu apa saya nak cakap ni...” Ariana menarik lengan baju Akmal.
“Ariana, saya ingat awak memahami saya..”
Ariana terdiam seketika.
“Saya mungkin tak faham awak dan mungkin juga takkan pernah faham awak, tapi sekurang-kurangnya saya faham perasaan mama awak. Dia rindukan awak. Awak tak kasihan ke dengan mama awak?” Ariana bertanya sambil memandang wajah Akmal.
“Mama cakap apa pada awak tadi?”
Ariana terkejut dengan soalan yang tidak disangka-sangka itu.
“Err, mama awak cakap..errr... itu bukan main perkara penting. Sekarang ni saya nak awak balik rumah sekarang. Tak payah nak sibuk menyewa lagi. Buat membazir je....”
Akmal merengus kasar sebelum berjalan meninggalkan Ariana membuatkan Ariana bengang tahap petala kelapan. Buat tak tahu je bila orang cakap. Umur dah masuk dua puluh pun perangai tak berubah. Macam budak-budak. Ariana membentak di dalam hati sebelum berjalan mengekori Akmal.
“Awak datang naik apa tadi?” Akmal bertanya ketika Ariana berdiri tercegat di tepi kereta Akmal.
“Teksi..”
“Kenapa tak drive sendiri?”
“Saya tak tahu jalan ke sini..” Ariana menjawab malas. Masih marah dengan Akmal yang tidak mahu mendengar nasihatnya tadi.
“Masuk. Saya hantar awak balik...”
Ariana masih tercegat berdiri di tepi kereta Akmal itu sambil berpeluk tubuh. Akmal menarik nafas panjang sebelum berjalan ke arah Ariana. Tangan Ariana ditarik. Pintu kereta dibuka dan tubuh Ariana ditolak masuk ke dalam kereta. Ariana mengumam geram diatas layanan kasar Akmal itu. Perangai macam samseng nak ajak bergaduh.
Sepanjang perjalanan, Ariana lebih banyak mendiamkan diri sambil mengelamun melayan perasaan. Dia hanya memandang ke arah cermin tingkap di sebelah, memerhatikan pemandangan di sepanjang jalan. Akmal di sebelah tidak sedikit pun dijeling. Rasa marah masih menguasai hatinya. Akmal pula seperti tidak memperdulikannya. Ah, lantaklah.
Akmal memberhentikan kereta betul-betul di hadapan rumah sewa Ariana. Rumah yang sama disewa sejak setahun yang lalu. Semuanya masih sama. Tiada yang berubah kecuali satu.
“Dah dapat housemate baru?”Akmal akhirnya bersuara. Ariana tidak menjawab. Tali pinggang keledar dibuka. Baru sahaja dia mahu membuka pintu, Akmal menarik tangannya membuatkan Ariana menoleh ke arah Akmal di sebelah.
“Kenapa ni? Saya tanya tak jawab...”
“Lepaslah Akmal..” Ariana menarik tangannya namun Akmal masih kekal memegang tangannya. Ariana menjeling ke arah Akmal.
“Kenapa tiba-tiba nak marah ni?”
Ariana merengus perlahan. Buat-buat tak faham pulak.
“Sudahlah Akmal. Saya nak masuk...”
“Sayang, kenapa ni? Saya tak sukalah tengok muka awak macam ni. Tak senang saya nak drive balik nanti...”
Ariana melepaskan keluhan berat. Dia merenung cermin dihadapan.
“Mama awak pesan suruh cuba pujuk awak balik rumah...”
Kening Akmal terangkat.
“Awak marah sebab saya tak nak balik rumah?”
Ariana memandang ke arah Akmal.
“Sampai bila awak nak hidup macam ni Akmal? Awak tak kasihan ke pada mama awak?”
Akmal melepaskan keluhan berat. Pegangan tangan Ariana turut sama dilepaskan.
“Just drop the subject, okey?”
“Tapi...”
“Shhh. Dah, saya tak nak sebabkan hal ni. Kita bergaduh. Saya tak suka...”
Ariana terdiam. Rasanya dah berpuluh-puluh kali dia mencuba pelbagai taktik untuk menujuk Akmal kembali ke rumahnya namun satu pun tak berjaya. Lepas sahaja Akmal mendaftar khusus dalam bidang muzik di Universiti Lim Kok Wing setahun yang lalu, terus Akmal keluar dari rumah keluarganya dan menyewa berdekatan dengan universitinya. Mengikut kata Sarah, Akmal dan Dato Shamsudin bergaduh besar bila Dato Sahmsudin dapat tahu Akmal mendaftar di Lim Kok Wing dalam bidang muzik. Sudahnya Akmal terus keluar dari rumah tersebut dan hanya pulang sekali sekala untuk berjumpa dengan Datin Celina.
“Suka hati awaklah. Saya dah penat nak pujuk awak. Degil tak makan saman. Perangai tak berubah.” Ariana membebel perlahan membuatkan Akmal tersenyum. Hidung Ariana dicuit membuatkan Ariana merenung geram ke arah Akmal yang masih tersengih nakal. Ariana membuka pintu kereta sebelum dia teringat sesuatu. Dia membuka beg tangannya dan mula mengeledah isi dalam beg tangan.
“Awak cari apa?” Pertanyaan Akmal tidak diendahkan. Sebuah kotak berbalut kemas dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Akmal.
“Apa ni?”
“Err. Hadiah. Hari ni hari jadi awak kan. Err...selamat hari jadi yang ke dua puluh...” Ariana mencapai tangan Akmal lalu kotak itu diletakkan di tapak tangan Akmal sebelum dia cepat-cepat keluar dari kereta Akmal. Muka dah terasa merah padam. Tanpa menoleh ke belakang, Ariana terus masuk ke dalam rumah.
Akmal masih terkejut dengan tindakan drastik Ariana itu. Kotak hadiah berbalut rapi di tangan masih direnung dengan penuh tanda tanya. Senyum nipis terukir di bibir Akmal sebelum dia memecut kereta meninggalkan halaman rumah Ariana.

                                                                        ***
AKMAL meletakkan HTC dan kunci keretanya di atas meja belajar. Tubuh dibaringkan diatas katil. Gitar yang tertulis nama Ariana ditarik sehingga ke dadanya. Mata terpejam namun tangan memetik tali gitar secara rambang. Fikirannya terbayang-bayang akan wajah mamanya yang sedih itu. Hati lelakinya tersentuh melihat wajah mama yang disayanginya itu menangsi buat kesekain kalinya. Kata-kata Ariana turut sama bersilih ganti dengan bayangan wajah mamanya. Namun dek kerana ego, dia tetap dengan keputusannya dan tiada siapa boleh menghalang.
Akmal bangun. Tubuh disandarkan di kepala katil. Suasana agak sunyi. Rumah teres satu tingkat itu memang sengaja disewa seorang diri. Dia tidak suka berkongsi dengan orang lain. Bimbang privasinya terganggu walaupun ada beberapa orang rakan sekelasnya mahu menyewa bersama dengannya. HTC yang berbunyi di atas meja menyedarkannya dari lamunan. Dengan malas dia bangun lalu mencapai HTC yang masih memekak dengan lagu Helena itu.
“Helo...” Akmal kembali menyandarkan tubuh di kepala katil.
“Helo Mal, ada mana sekarang?” Suara Fadil yang sudah lama tidak didengar itu menerjah di gegendang telinganya.
“Rumah....” Akmal menjawab malas. Sebetulnya tubuh terasa penat. Malam semalam dia balik lewat kerana show habis lambat.
“Malam ni kau ada show tak?”
“Hmm. Ada. Pukul sembilan. Kenapa?” Akmal bertanya sambil mengurut pelipis dengan hujung jari.
“Saja tanya. Malam ni aku turun sekali. Jumpa sana?”
“Hmmm. Sorang je? Aidil dengan Farid?”
“Ada sekali. Okeylah. Jumpa nanti...”
“Okey...” HTC diletakkan di atas katil bersebelahan dengan gitarnya. Akmal membuka mata dan merenung siling seolah-olah berfikir sesuatu. Sudah hampir enam bulan dia membuat part time dengan bermain gitar dan menyanyi di Hard Rock Cafe. Bolehlah buat tambah duit belanja harian dan juga buat membiayai yuran pengajiannya. Papa pula memang dah warning awal-awal yang dia takkan mengeluarkan satu sen pun duit untuk membiayai yuran pengajiannya jika dia terus mahu mengikuti pengajian dalam bidang muzik. Masa tahun pertama pengajian, dia terpaksa mengeluarkan semua duitnya di ASB semata-mata mahu mambayar yuran pengajian dan juga rumah sewa. Memang perit hidup waktu itu namun dia tidak mahu mengaku kalah dah tunduk pada papanya. Mujurlah waktu itu dia diupah mengajar gitar secara peribadi kepada anak salah seorang pensyarahnya. Bolehlah buat tampung hidup sehari-hari.
Azan maghrib yang berkumandang dari surau berdekatan itu menyedarkan lamunannya. Dah maghrib rupanya. Dengan rasa mengantuk dan malas, Akmal mengagahkan juga diri untuk bangun dan menuju ke bilik air. Setelah selesai membersihkan diri, sejadah dihampar dan dia mula menunaikan solat maghrib. Setelah berzikir dan berdoa panjang, dia bangun dan melipat sejadah. Matanya tertumpu pada kotak hadiah yang diberikan oleh Ariana. Hampir terlupa akan pemberian Ariana itu. Dia sendiri tidak ingat yang hari itu merupakan hari lahir dia. Akmal mencapai kotak tersebut sebelum duduk di hujung katil. Perlahan-lahan dia mengoyakkan kertas pembalut tersebut sebelum kotak kayu berwarna coklat itu kelihatan. Dia membuka penutup kotak tersebut. Seutas jam berjenama Fossil Keaton Stainless Steel Watch ch 2814 itu ditarik keluar dari bekasnya. Akmal menterbalikkan jam tangan tersebut lalu matanya tertumpu pada tulisan yang diukir halus di bahagian belakang jam tersebut. Dia mendekatkan jam itu untuk melihat dengan lebih jelas.
For someone who I  remembered the most
Spontan senyum terukir di bibir Akmal. Sudah hampir setahun lebih dia menjalinkan hubungan dengan Ariana namun tidak sekali pun gadis itu meluahkan kata-kata sayang terhadapnya. Walaupun kadang kala hatinya tertanya-tanya tentang perasaan sebenar Ariana terhadapnya namun dia tidak mahu terlalu memaksa. Dia yakin Ariana adalah jodohnya. Apa yang dia mampu buat hanyalah berdoa semoga jodoh mereka dipanjangkan sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya sehingga ke akhir hayat. Apa yang menjadi kebimbangannya ialah dia risau Ariana akan berputus asa dengan sikap papa yang masih lagi tidak mahu menerima kehadiran Ariana dalam hidupnya. Dia bimbang Ariana akan mula menjauhkan diri demi memastikan perhubungan dia dan papa tidak berlarutan dengan lebih teruk lagi Hanya itu sahaja yang dia bimbangkan. Akmal menarik nafas panjang. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia lari membawa Ariana sekali. Lari dari dunia yang serba kejam ini namun dia tahu, itu bukanlah jalan penyelesaikan terbaik dan dia tahu Ariana pasti tidak akan pernah bersetuju. Sudahnya dia hanya mampu berdoa dan terus berdoa supaya hati Ariana akan terus setia bersama-sama dengannya.
 P/S : TO BE CONTINUED.

6 140 tukang karut:

hk said...

oh Akmal!!! things u have to do...:)

Ariana.. u go girl..fight for ur love

Cahaya said...

hk>>which love? muehehehe

hk said...

uwaaa....Akmal la..the one and only him....x mo..,x mo yah lain...uwaaaa

p/s: yeayyyy!! dah x de verification code :)

Cahaya said...

hk>>takde dh ek..haha..baru tau nk buang mcm ne..annoyed jugak guna benda tu kan..hehe..akmal..urmmmm. hehehe..

hk said...

dah...tak de...baru syok nak komen...

uwaaaaa lagi..kenapakah ada urmmmmmm disitu ????
sob sob sob

Cahaya said...

hk>>hehe... :P

Post a Comment