RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, April 7, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...(Bab 36)


Bab 36
ARIANA meraba HTC yang berbunyi itu dengan mata yang masih terpejam. Dek kerana mengantuk yang masih menyelubungi mata membuatkan dia tidak mampu mencelikkan matanya. Mujurlah dia masih ‘bercuti’, kalau tak mahu terbabas waktu subuh.
“Helo...” Dengan suara mamai Ariana menjawab telefon tersebut. Entah siapalah yang menganggunya pagi-pagi buta waktu hujung minggu ini.
“Helo adik. Tak bangun lagi ke? Dah tengah hari ni...”
Ariana mengambil masa selama sepuluh saat untuk mencerna milik siapa suara tersebut. Dengan rasa malas yang teramat, Ariana memaksa matanya supaya terbuka dan merenung skrin HTC untuk melihat nama si pemanggil.
“Angah. Nak apa telefon adik pagi-pagi buta ni...” Ariana mengumam perlahan. Mata dipejam kembali.
“Pagi apanya, dah pukul dua petang ni.”
Spontan Ariana membuka mata. Pukul 2? Kelang kabut dia bangun lalu memandang jam di dinding. Bibir digetapkan.
“Angah!” Ariana memekik kuat apabila sedar yang dia dipermain-mainkan oleh abangnya itu. Angah ketawa besar.
“Angah tipu! Baru pukul lapan!” Ariana masih lagi geram. Dia berbaring kembali di atas katil. HTC masih melekat di telinga. Angah tak habis-habis mentertawakannya.
“Anak dara tak elok bangun lambatlah dik. Nanti tak ada siapa nak masuk meminang.”
Ariana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Lagi bagus. Boleh enjoy sakan.” Ariana menjawab selamba.
“Amboi, adik kena ingat, kata-kata tu suatu doa. Buatnya adik tak kawin sampai bila-bila macam mana? Jadi andartu nak?” Angah masih lagi mengusik. Ariana mencebik.
“Suka hati angahlah nak cakap apa. Nak apa call orang pagi-pagi buta ni? Kacau orang nak tidur je..” Ariana bergolek ke kiri sambil memeluk bantal busuknya.
“Jom keluar. Angah bosanlah...”
Ariana yang sedang mengentel hujung bantal busuknya itu terhenti seketika. Memang dah jadi tabiatnya sejak kecil. Suka gentel hujung bantal busuknya. Syok!
“Keluar? Angah kat mana ni?”
“Kat KL lah. Kalau dekat Taiping angah tak ada lah nak ajak adik keluar...”
Ariana segera bangun dan duduk bersila.
“Hah? Angah ada dekat KL? Bila sampai? Tak cakap pun?”
“Saja nak suprise adik. Malam tadi sampai.”
“Stay mana sekarang? Buat apa datang sini? Angah sorang je ke?” Bertubi-tubi soalan daripada Ariana. Angah ketawa kecil.
“Kot ye pun excited angah datang KL, tak payahlah nak tanya bertubi-tubi macam tu.”
Ariana membuat muka.
“Perasan. So angah stay mana ni?”
“Hotel Vistana dekat Jalan Perkeliling. Datang sini sebab ada khusus dua minggu dekat HKL.”
“Ohh. Angah datang soranglah ni?” Ariana mengepit HTC di telinga dan bahu. Tangan yang bebas mencapai sepit rambut lalu menyepit rambut untuk dibuat sanggul.
“Soranglah. Bukan datang makan angin. Jomlah keluar. Angah dah lapar ni.”
“Ala, baru sehari jauh dari mak dah tak senang duduk. Orang suruh kawin cepat-cepat tak nak..” Giliran Ariana mengusik angahnya.
“Ceh, pandai cakap. Adik tu bila nak kawin?”
Ariana memutarkan bebola matanya.
“Adik takpe. Adik dah biasa duduk jauh dengan mak ayah. Angah tu je yang macam anak kucing kehilangan ibu. Tak senang duduk. Manja...” Ariana ketawa jahat. Bukan senang nak mengenakan angahnya itu. Selalu asyik dia je yang kena buli dengan angah.
“Ish budak kecik ni. Nak keluar ke tak nak ni? Angah bukan biasa sangat area KL ni..”
“Yelah. Lagi setengah jam angah datang rumah ambik adik. Okey?”
“Okey. jangan lambat sangat. Tak payah nak make up sangat.”
“Mana ada make up.” Ariana merungut perlahan.
“Yelah-yelah. Dah pergi bersiap. Jangan lupa qada’ subuh.”
“Orang cutilah. Dahlah. Adik nak pergi mandi dulu. Jumpa nanti. Bye..”
Ariana meletakkan HTC di atas katil. Dia melompat turun dari katil lalu mencapai tuala yang tersangkut di rak hujung bilik. Sambil menyanyi riang, dia melangkah menuju ke bilik air. Dah lama tak jumpa angah. Rindu.

                                                                        ***
“Ngah. Laparlah. Jom pergi makan...”
Angah merenungnya dengan raut wajah tak percaya. Ariana mengangkat kening.
“Apa pandang adik macam tu?”
“Kan ke kita baru je breakfast tadi. Takkan adik dah lapar balik?” Tanya angah seolah-olah tidak percaya. Ariana membuat muka.
“Tu breakfast. Ni lunch pulak. Jomlah. Adik teringin nak makan steamboat.” Ariana tersengih. Sementara angah ada ni bolehlah dia pow angah cukup-cukup. Haha. Ariana ketawa jahat di dalam hati.
Angah mengeleng kepala. Rasanya tak sampai dua jam mereka makan di Nando’s. Takkan dah lapar balik.
“Jomlah angah. Lapar ni.” Ariana menarik tangan angah mencari restoran Jonny’s yang menyediakan hidangan steamboat.
“Adik. Lepas ni kita tengok wayang nak?”
“Cerita apa?” Tanya Ariana sambil meneliti menu yang diberikan oleh pelayan restoran.
“Tak kisahlah cerita apa pun. Dah lama gila angah tak tengok wayang.”
“Okey. Janji angah belanja...” Ariana menjawab selamba. Angah mencebik namun tidak berkata apa-apa. Setelah selesai membuat pesanan, Ariana melemparkan pandangan ke luar dinding kaca restoran tersebut. Orang ramai berpusu-pusu di sekitar pusat beli belah tersebut. Hujung minggu. Tak sah kalau tak sesak. Nak cari tempat letak kereta tadi pun jenuh berpusing-pusing sampai empat lima kali. Nasib baik angah jenis penyabar. Kalau ikutkan dia dah lama dia balik rumah. Give up.
“Mak kata minggu lepas adik balik rumah. Tak bagi tahu pun...”
Ariana mengalihkan pandangan ke arah angah.
“Hmm. Saja nak balik rumah. Bosan duduk sini.” Ariana menjawab perlahan. Serta merta fikirannya teringat hal minggu lepas.
“Mak kata adik sampai demam-demam...”
Ariana menjeling sekilas ke arah angah. Gaya angah ni dah macam nak korek rahsia dia je.
“Demam sikit je. Kena hujan. Angah kan tahu adik tak boleh kena hujan. Hari tu lupa bawa payung...” Ariana menjawab setenang yang mungkin. Dengan angah ni kena berhati-hati. Silap-silap boleh terlepas cakap.
“Yeke? Bukan sebab lain?”
Ariana membuat muka seolah-olah apa yang angah katakan itu memang tak masuk akal walaupun dalam hati dah mula nak berdebar.
“Sebab lain apa pulak. Eh angah. Mak cakap minggu lepas angah khusus di Ipoh eh?” Ariana cepat-cepat menukar topik. Bahaya.
“A’ah. Sekarang ni angah sibuk sikit. Asyik khusus sana sini.”
Best apa. Boleh sambil-sambil makan angin...” Ariana menjawab. Terasa lega sikit apabila angah tidak melanjutkan perbualan tentang dirinya.
“Orang makan nasiklah adik. Mana ada orang makan angin...” Angah tersengih mengusik. Ariana membulatkan mata. Lantas jari mencubit lengan angah. Geram.
“Aduhhh. Sakitlah dik...” Angah menepis cubitan Ariana sambil ketawa besar. Merah padam muka Ariana diusik begitu. Mereka terdiam seketika apabila pelayan membawakan hidangan yang dipesan oleh mereka itu. Ariana kelihatan tidak sabar-sabar untuk menjamu selera. Entah kenapa sejak dua menjak ni selera makan dia semakin bertambah. Cepat lapar.
“Ish. Cuba bawa bersabar sikit...” Angah mengeleng kepala ketika melihat gelagat Ariana yang tidak sabar-sabar itu.
“Laparlah angah. Cepatlah sikit...” Ariana dah siap memegang sudu dan garfu ketika melihat angahnya itu meletakkan bahan-bahan di dalam air rebusan steamboat itu.
“Sabar. Sabar itu kan separuh daripada iman...”
Ariana memuncungkan bibir namun tidak menjawab. Sabar Ariana sabar.
“Angah kursus berapa hari kat sini?” Ariana bertanya sebelum menyuap fish ball yang telah dicelur ke dalam mulut. Heaven!
“Kalau ikutkan dua minggu je. Tapi tak tahulah. Kalau ada kerja lain, lagi lama angah di sini...”
“Dua minggu? Kalau macam tu minggu depan kita balik kampung sama-sama nak?”
Angah terdiam seolah-olah memikirkan cadangan tersebut.
“Boleh jugak. Bawa kereta adik..” Angah tersengih. Ariana membulatkan mata.
“Ala... adik ajak angah balik kampung sama-sama sebab malas nak bawa kereta. Jimat minyak.” Giliran Ariana pula tersengih.
“Cis. Mengambil kesempatan namanya tu...”
“Apa pulak. Angah gaji besar. Setakap duit minyak pergi balik tu tak luak pun kan. Lainlah adik. Gaji sikit je. Nak shopping pun tak boleh...” Ariana buat muka kesian. Angah mengelengkan kepala.
“Tu hint nak ajak angah pergi shopping lah tu....”
Ariana ketawa besar apabila taktik dia berjaya mencapai objektif.
“Pandai pun angah. Lepas ni kita pergi shopping eh...” Ariana berkata sambil tersengih-sengih.
“Hai, pokailah angah kalau selalu macam ni...” Angah berkata berpura-pura susah hati. Ariana mencebik.
“Dengan adik sendiri pun nak berkira...” Ariana dah tarik muncung empat belasnya. Angah ketawa.
“Yelah-yelah. Usik sikit nak merajuk. Macam budak-budak...”
Yes! Ariana kembali tersenyum lebar. Dalam kepala dah terbayang beg tangan, beberapa pasang kasut dan juga beberapa helai baju. Bukan selalu angah nak belanja macam ni. Haha.
Setelah selesai makan, Ariana mengheret angah menuju ke butik menjual beg tangan. Setelah memilih beg tangan yang berkenan, Ariana menarik tangan angah menuju ke kedai menjual kasut pula. Dekat tiga pasang kasut dia borong. Angah pula hanya mengeleng kepala. Dah tahu sangat perangai adiknya yang sorang itu. Pantang nampak benda-benda macam tu, kalau boleh satu kedai dia nak borong.
“Jom kita pergi kedai sana pulak. Hari tu adik nampak baju cantik gila...” Ariana mula nak menarik tangan angahnya keluar dari kedai kasut tersebut.
“Angah penatlah dik. Nak tercabut kaki angah ni.”
Ariana membuat muka.
“Ala angah ni. Baru jalan sikit dah penat.” Ariana dah buat muka.
“Sikit adik cakap? Dekat tiga jam kita berjalan sana sini. Mahu tak tercabut kaki angah ni...”
Ariana memuncungkan bibir.
“Okeylah. Kali ni adik janji yang ni last. Promise.” Ariana mengangkat tangan seolah-olah berikrar. Angah mengeleng. Adik dia ni kalau nak sesuaitu memang tak boleh nak kata apa dah.
“Yelah. Janji yang ni last okey. Lepas tu kita balik.”
“Hah? Nak balik dah?”
Angah membulatkan mata.
“Okey-okey. Lepas ni kita balik. Takpe. Esok ada lagi kan...” Ariana tersengih sengaja mengusik angahnya itu. Angah merenung Ariana seolah-olah tidak percaya.
“Adik gurau jelah angah. Tu pun nak cuak..” Ariana ketawa mengekeh. Lawak betul tengok muka angah masa tu.
“Ishh. Nakal...” Angah menyiku kepala Ariana namun Ariana menepis.
“Ish. Apa ni main kepala.” Ariana mengosok kepalanya. Angah ketawa kecil. Ariana memuncungkan bibir namun tangan angah ditarik.
“Adikk!”
Debuk!
“Aduhh...” Ariana mengosok kepala yang sakit akibat terlangar sesuatu. Sejak bila pula ada dinding di tengah-tengah laluan ni?
“Tak guna punya dinding....” Ariana mendongak ke atas. Bulat mata merenung apa yang ada di hadapannya. Bukan dinding seperti yang disangkanya.
“Akmal! Aw...awak buat apa kat sini?” Ariana bertanya agak mengelabah. Riak wajah Akmal sukar untuk ditafsirkan. Angah hanya memandang pelik ke arah mereka berdua. Matanya tertumpu lama pada lelaki yang dilanggar oleh Ariana tadi.
Akmal mengosok dadanya yang sakit dilanggar oleh Ariana. Namun sakit di dadanya itu tidak setanding dengan sakit dihati apabila melihat Ariana keluar dengan lelaki lain. Matanya jatuh pada tangan Ariana yang masih memegang tangan lelaki di sebelahnya itu.
Ariana serba salah apabila ditenung oleh Akmal macam tu. Tangan yang memegang tangan angah itu dilepaskan spontan apabila dia melihat Akmal merenung tajam ke arah tangannya itu. Angah mengangkat kening melihat kejadian tersebut.
“Ehemmm...” Angah berdehem membuatkan Ariana tersedar.
“Err. Akmal, ni Airul Nazim...my..”
“Hai, saya Airul Nazim. Boyfriend Ariana...” Angah menghulurkan tangan ingin bersalam dengan Akmal.
Bulat mata Ariana merenung ke arah angahnya yang berlagak selamba itu. Ariana menggigit bibir. Tak berani nak pandang muka Akmal.
Akmal mengetap gigi. Terasa berasap telinganya ketika mendengar tutur kata lelaki yang mengaku sebagai teman lelaki Ariana. Kalau ikutkan hati rasa macam nak belasah je lelaki itu namun dia cuba mengawal perasaannya. Tangan yang dihulur oleh lelaki bernama Airul itu disambut dan digenggam kuat seolah-olah mahu dipatah-patahkan jari jemari lelaki itu.
Airul mengerukan dahi apabila terasa genggaman kuat lelaki di hadapannya itu. Bibir hampir mengukir senyuman. Adiknya itu sudah pandai menyimpan rahsia daripadanya.
Ariana hanya mendiamkan diri. Dia hanya memandang tangan angah dan tangan Akmal yang saling tergenggam erat itu. Dia dapat rasakan bahang kepanasan ketika itu.
“Akmal, he’s not my boyfriend. My angah ni suka buat lawak.” Ariana menjeling ke arah angah. Tak pasal-pasal kena hentak dengan Akmal baru tahu. Angah hanya tersengih penuh makna. Memang betul seperti yang difikirkannya.
Akmal masih mempamerkan riak wajah tidak berperasaannya. Entah si Akmal ni faham ke tak apa yang dia cakap tadi. Lebih baik dia selesaikan cepat-cepat. Telah Ariana di dalam hati.
“Akmal, ni angah saya. Dia ke sini sebab ada kursus.”
“Oh...” Hanya itu yang terkeluar daripada bibir Akmal. Tangan dikendurkan sebelum dia melepaskan tangan Airul. Akmal seperti telah kembali tenang membuatkan Ariana berasa agak lega.
“Adik tak nak kenalkan pada angah ke?”
Ariana menelan air liur. Tiba-tiba dia terasa segan.
“Err. Angah, kenalkan. Ni Akmal...errr..my...errr...” Ariana tak tahu nak kata apa.
Her boyfriend...” Selamba Akmal menjawab. Ariana membulatkan mata merenung ke arah Akmal yang masih beriak tanpa perasaan itu. Angah tersenyum penuh makna. Adiknya itu memang dah mula pandai nak simpan rahsia daripadanya.
                                                                                     ***
“Kita nak kemana ni Akmal?” Ariana meraba-raba sekeliling. Terasa gelap dunia apabila Akmal meminta dia mengikat mata dengan kain hitam. Telinganya cuba menangkap bunyi di luar kereta Akmal itu.
“Nanti awak tahulah...” Akmal di sebelah menjawab. Ariana menoleh ke arah kanan. Walaupun dia tak nampak Akmal namun tabiat itu berlaku secara spontan. Ariana kembali memandang ke arah tingkap. Telinga cuba di dekatkan pada tingkap untuk mendengar sebarang bunyi yang boleh membantu dia mengetahui ke mana arah tujuan sebenar mereka.
“Kita kat mana ni?” Entah kali keberapa dia bertanya soalan tersebut. Terasa kereta yang dipandu oleh Akmal itu berhenti bergerak.
“Tunggu sini. Jangan buka kain tu sampai saya bagitahu...”
Ariana menoleh ke arah tempat duduk pemandu apabila mendengar seperti Akmal membuka pintu kereta dan menutupnya kembali. Ariana berasa risau. Bimbang Akmal cuba merancangkan sesuatu yang tidak baik namun cepat-cepat dia berfikiran positif. Akmal takkan nak buat benda tak elok pada dia kan. Ariana menggigit jari apabila terdengar seperti Akmal membuka bonet kereta. Entah apalah yang budak tu nak buat. Ariana mengomel sendiri. Radio yang masih terpasang itu sedang memutarkan lagu Diamond nyanyian Rihanna. Lagu yang rancak itu membuatkan dia hendak menari dan turut sama menyanyi.
Ariana meraba tepi pintu mahu menekan butang untuk menurunkan cermin kereta. Dia mengeluarkan kepala dari tingkap yang terbuka. Terasa sejuk angin malam memukul wajahnya. Eh, kat mana sekarang ni? Kata tadi nak pergi makan? Ariana tertanya sendiri. Tak selesa rasanya apabila mata tertutup seperti itu. Apa pun tak nampak.
“Akmal, lambat lagi ke? Saya dah bosan tahap petala ke lapan ni.” Ariana berkata namun tidak pasti adakah Akmal berada berhampiran atau tidak. Tiada respon daripada Akmal membuatkan Ariana semakin panas hati.
“Akmal, kalau awak tak jawab, saya bukak ikatan mata saya ni..” Ariana mengugut. Sebentar kemudian, telinga menangkap tapak kaki yang semakin menghampirinya. Ariana berasa cuak.
“Akmal, awak ke tu?” Ariana bertanya mula rasa takut.
“Ish. Bisinglah awak ni. Saya nak buat kerja pun tak senang...” Terdengar suara Akmal di hadapannya. Ariana mengeluh lega.
“Kerja apa yang awak buat malam-malam buta ni? Kata nak pergi makan.” Ariana menjawab tak puas hati.
“Sini...” Akmal membuka pintu kereta.
“Boleh saya buka benda dekat mata saya ni?”
“Tak boleh. Tunggu dulu. Sekarang keluar dulu dari kereta.”
“Macam mana saya nak keluar. Mana saya nampak...” Ariana dah mula nak naik angin. Dahlah tak nampak, lepas tu nak suruh orang buat benda pelik-pelik.
Akmal merengus perlahan.
“Sini...” Akmal menarik lengannya perlahan. Ariana menghulurkan kaki keluar dari kereta. Teraba-raba tangannya ketika mahu keluar dari kereta. Akmal memegang tangannya bagi membolehkan dia keluar dari kereta.
“Kita kat mana ni?”
“Nanti awak tahulah...”
Ariana memutarkan bebola matanya ke atas. Naik jemu dengar jawapan Akmal itu sejak tadi. Akmal memegang lengannya ketika dia melangkah perlahan-lahan entah menuju ke mana. Kakinya yang hanya bersarung sandal itu terasa seperti memijak rumput yang agak lembut. Aik? Kata nak pergi makan. Kenapa dalam kedai ada rumput pulak ni? Kedai makan fesyen baru ke? Ariana tertanya di dalam hati.
“Okey, awak bolah buka ikatan mata awak sekarang...”
Perlahan-lahan Ariana menarik kain yang mengikat matanya itu. Terkebil-kebil matanya ketika memandang ke arah apa yang terbentang di hadapannya. Mereka sekarang berada di atas bukit tempat mula-mula Akmal bawa dia semasa Akmal menyelamatkan dia pada malam dia kena kacau dengan mat-mat rempit dulu. Tiba-tiba dia berasa terharu. Dia menoleh ke arah Akmal di sebelah.
“Awak ke yang buat semua ni?”
Akmal menoleh ke arahnya sambil tersenyum manis. Ariana telan air liur. Dada dah kembali berdebar. Dia kembali memandang ke hadapan.
“Awak suka tak?”
Ariana mengangguk perlahan. Hati perempuan mana yang tak suka kalau melihat apa yang sedang dia lihat sekarang. Akmal telah menghamparkan kain di atas tanah. Terdapat meja kecil seperti meja jepun di tengah-tengah hamparan kain tersebut. Di sekeliling hamparan kain tersebut dihiasi dengan lilin-lilin yang telah ditutup dengan kaca bulat bertujuan untuk mengelakkan api lilin tersebut terpadam. Rasanya dia ada melihat perkara sebegini di dalam filem sahaja. Tak sangka sekarang dia sedang mengalaminya sendiri dan yang paling tak sangka, Akmal boleh berubah seromantik begini. Tiba-tiba dia rasa segan sendiri. Jantung pula tak henti-henti berdegup kencang.
“Jom, nanti makanan sejuk...” Akmal menarik tangannya. Ariana hanya  mengekorinya tanpa berkata sepatah pun.
Ariana membuka kasut lalu duduk bersila di atas kain tersebut. Matanya jatuh pada pinggan yang telah sedia terhidang makanan di atas meja ditengah-tengah hamparan kain tersebut. Di sekeliling meja itu turut diletakkan lilin yang sama. Ariana melihat dengan lebih dekat lagi lilin yang paling hampir dengannya. Lilin itu seolah-olah diletakkan dalam kaca bulat macam snow globe.
“Cantiklah Akmal. Mana awak dapat benda ni?” Ariana berasa teruja. Tak pernah dia tengok lilin macam ni. Akmal hanya tersenyum penuh makna namun tidak berkata apa. Hmm, nak berahsia pulak.
“Jom makan dulu. Saya dah lapar...”
Ariana mengangguk. Dia mencapai pinggan berisi spageti yang dihulurkan oleh Akmal itu.
“Mana dapat spageti ni?” Ariana bertanya ingin tahu.
“Masaklah...”
“Mak som masak?” Ariana bertanya lagi.
“Saya masak..”
“Hah? Awak masak?” Ariana bertanya terkejut. Biar betul Akmal pandai masak makanan macam ni.
“Kenapa? Tak percaya ke?”
Ariana mengeleng kepala.
“Tak percaya. Takkan orang macam awak pandai masak benda ni. Ni mesti mak som masak kan..” Ariana bertanya beriya-iya. Biar betul. Dia yang perempuan pun tak pandai nak masak makanan macam ni. Usah kata spageti, makanan simple pun dia tak pandai lagi.
“Terpulang awak nak percaya atau tak...”
Ariana mengecilkan mata memandang ke arah Akmal. Dalam hati tidak mahu percaya namun riak wajah Akmal membuatkan dia semakin tertanya-tanya. Ariana memandang spageti di dalam pinggannya. Setelah membaca doa makan, Ariana menyuap spageti ke mulut. Dia mengunyah perlahan-lahan. Akmal masih memerhatikannya makan.
“Macam mana? Sedap...”
“Sedap. Pandai mak Som masak..” Selamba Ariana berkata. Dia cuba memerhatikan riak wajah Akmal. Akmal membuat muka seolah-olah tidak berpuas hati. Ariana menyuap lagi spageti ke mulut. Sebetulnya dia tak minat sangat makanan barat seperti itu tapi entah kenapa sedap pula spageti yang dibawa oleh Akmal itu.
“Akmal, saya tanya serius ni. Betul ke awak yang masak spageti ni?”
“Kalau saya cakap pun awak bukan nak percaya...” Selamba Akmal menjawab. Ariana membuat muka namun tidak membalas. Dia betul-betul dah jatuh hati dengan spageti ini. Sedap!
“Tak sangka orang macam awak ni pandai masak...” Ariana berkata perlahan.
“Banyak lagi yang awak tak tahu pasal saya...”
Ariana mengangkat kepala memandang wajah Akmal. Akmal turut sama merenungnya. Pandangan Akmal yang lembut itu membuatkan Ariana tertunduk malu. Dada kembali berdebar. Tiba-tiba dia rasa macam romantik gila ketika itu. Tak pernah seumur hidupnya membayangkan akan dilayan sebegitu oleh seorang lelaki. Dan lelaki itu adalah anak muridnya sendiri!
“So, semalam tu abang awak?”
Ariana mengangkat kepala. Agak lega apabila Akmal telah memulakan perbualan biasa. Tak adalah rasa janggal tak berkata-kata.
“A’ah. Tulah angah saya.”
“Dia buat apa kat sini? Bukan ke dia kerja di Taiping?”
“Angah ada khusus dekat HKL. Dua minggu. Tu dia ajak saya keluar.”
“Tak cakap dekat saya pun...”
Ariana memandang ke arah Akmal.
“Errr. Perlu ke?” Ariana bertanya hati-hati. Akmal berhenti menyuap spagetinya. Dia merenung wajah Ariana. Ariana kembali tunduk merenung pinggan yang tinggal separuh.
“Saya boyfriend awak Ariana. Saya berhak tahu ke mana awak pergi. Dengan siapa awak keluar. Takkan itu pun awak tak faham...”
Ariana kembali mengangkat kepala memandang ke arah Akmal. Nada suara Akmal tidak keras seperti biasa. Lebih kepada tegas. Ariana melepaskan keluhan berat. Entah kenapa susah dia nak menganggap Akmal sebagai teman lelakinya.
“Ariana, saya bukan nak kongkong awak. Saya cuma ambil berat. Saya risaukan awak.”
Ariana menguis isi pinggan tersebut dengan garfu. Tak tahu nak jawab apa.
“Awak marah ke?”
Ariana mengangkat muka memandang ke arah Akmal. Kepala digeleng perlahan.
“Taklah. Saya tahu niat awak baik...” Ariana menjawab sambil cuba tersenyum. Dia memandang ke arah bandar di bawah bukit. Cantik macam dulu juga.
“Saya suka tempat ni...” Ariana berkata perlahan.
“Saya tahu awak suka tempat ni. Sebab tu saya buat dekat sini..”
Ariana menoleh ke arah Akmal.
“Kenapa awak buat semua ni? Saya ingat awak nak ajak makan dekat kedai biasa je...” Ariana bertanya ingin tahu.
“Saja. Saya suka buat sesuatu yang istimewa untuk orang yang saya sayang...”
Ariana berdehem perlahan. Tekak tiba-tiba rasa tersekat. Spontan dia mencapai gelas berisi air oren lalu diteguk perlahan. Akmal hanya memerhatikan perbuatan Ariana itu.
“Jangan pandang saya macam tu, awak buat jantung saya melompat-lompat sampai nak terkeluar dari tulang rusuk...”
Kening Akmal terangkat tinggi. Spontan Ariana menutup mulut. Alamak, macam mana boleh terlepas cakap.
Akmal tersenyum lebar membuatkan Ariana tertunduk malu. Rasa macam nak terjun ke bawah bukit tu.
“Ariana....”
Jantung Ariana semakin berdegup kencang. Dia tahu kalau Akmal sebut nama dia macam tu, mesti ada benda yang ingin dikatakan oleh Akmal.
“Ariana, pandang saya...”
Ariana semakin menundukkan kepala. Tangan dah terasa seram sejuk.
“Sayang, please. Pandang saya...”
Ariana memejamkan mata.
“Boleh, tapi dengan satu syarat.”
“Apa dia?”
“Jangan cakap sesuatu yang boleh buat saya sesak nafas...”
Terlepas ketawa Akmal apabila mendengar permintaan Ariana itu. Ariana mengangkat kepala memandang ke arah Akmal. Ariana memuncungkan bibir.
“Awak ni comel, awak tahu...” Akmal masih lagi ketawa. Merah padam muka Ariana apabila mendengar kata-kata tersebut.
“Sudahlah. Hantar saya balik...” Ariana menolak pinggan yang telah kosong itu ke tepi. Ada nada merajuk dalam kata-katanya tadi.
“Okey-okey. Sorry-sorry. Jangan merajuk okey.”
Ariana menjeling namun tidak berkata apa. Dia kembali memandang ke arah cahaya lampu yang datangnya dari bandar di bawah.
“Ariana...”
Ariana menggigit bibir. Akmal buat lagi!
Ariana menoleh ke arah Akmal apabila terdengar gelak ketawa daripada lelaki itu.
“Kenapa awak ketawa?” tanya Ariana pelik.
“Saja. Awak nak tahu sesuatu tak?”
“Apa dia?”
“Saya perhatikan, setiap kali saya panggil nama awak, mesti awak rasa gelisah. Tak senang duduk...”
Bulat mata Ariana ketika memandang wajah Akmal yang masih tersengih itu. Muka terasa tebal tiga inci.
“Perasan...” Ariana menjeling namun muka dah terasa berbahang.
“Saya suka tengok awak macam tu. Tersipu-sipu malu. Comel. Rasa macam nak peluk-peluk je...”
Ariana membuntangkan mata ketika melihat sengih nakal Akmal itu. Dia mengambil garfu di atas meja lalu hendak dibaling ke arah Akmal. Akmal mengangkat tangan cuba menghalang namun ketawa besar meletus di bibir lelaki itu. Ariana menjeling lagi.
“Dahlah Akmal. Saya nak balik...”
“Okey, kejap lagi kita balik...”
Ariana membuat muka.
“Saya tanya sikit boleh?”
Ariana memandang penuh curiga ke arah Akmal.
“Apa? kalau awak nak tanya soalan mengarut, lupakan. Saya takkan jawab.”
Akmal tersengih lagi membuatkan Ariana memutarkan bebola mata ke atas.
“Awak suka bunga apa?”
Ariana mengambil masa lima saat untuk menjawab soalan tersebut.
“Hah? Bunga?” Ariana bertanya balik. Dia salah dengar ke?
“A’ah. Awak suka bunga apa?” Akmal bertanya lagi. Ariana terdiam. Otak ligat berfikir. Kenapa tiba-tiba Akmal tanya soalan macam tu pulak? Tiba-tiba otaknya menjana sesuatu. Dia teringat akan senarai yang dibuat oleh Akmal yang disimpan di dalam HTC lelaki itu.
“Errr. Saya tak suka bunga...” Ariana menjawab tergagap. Adakah Akmal sedang cuba untuk melaksanakan semua senarai yang dibuat dulu?
“Yeke? Bukan kalau dah nama perempuan tu, akan sukakan bunga ke?” Tanya Akmal pelik.
“Hmm. Saya tak suka bunga sangat. Senang kata bunga ni is not my thing. Tapi saya suka tengok bunga Lily. Cantik pun cantik. Wangi pun ye jugak...”
“Jadi awak suka bunga Lily?”
Ariana mengangguk perlahan. Dia cuba memerhatikan riak wajah Akmal namun Akmal masih mengekalkan riak muka selambanya.
“Kenapa awak tiba-tiba tanya?” Tanya Ariana ingin tahu.
“Saja nak tahu. Salah ke saya nak tahu apa yang teman wanita saya suka?”
Ariana segera memalingkan muka ke arah lain. Tak sanggup nak pandang muka Akmal ketika lelaki itu menuturkan perkataan ‘teman wanita’. Memang boleh cair telinga macam ni.
“Jom balik. Dah lewat...”
Ariana tersedar dari lamunan. Dia mengangguk sebelum bangun dan mula membantu Akmal mengemas tempat tersebut.
P/S: TO BE CONTINUED.

5 140 tukang karut:

Akim Mohamad said...

So sweet

Cahaya said...

Akim Mohamad>>layan jugak ke cerita mcm ni??? :P

norma yusof said...

Best sgt2

Cahaya said...

norma yusuf>> thx dear :)

Anonymous said...

wahhhhh..sooooo sweeettt!!!! ( waniejud)

Post a Comment