RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, April 7, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...(Bab 35)


Bab 35
ARIANA menyandarkan badan di kepala katil. Kepala yang agak pening itu diusap perlahan dengan hujung jari. Air mineral yang diletakkan oleh emaknya di atas meja dicapai lalu dibuka penutupnya. Botol diteguk perlahan. Tekak terasa pahit dan pedih. Setelah meletakkan kembali botol tersebut ditempatnya, Ariana menarik selimut semula sehingga menutupi dadanya. Walaupun cuaca agak panas diluar, namun tubuhnya terasa sejuk dan menggigil. Masuk hari ini sudah dua hari dia mengambil cuti sakit. Mak kata dia deman gara-gara kena hujan tempoh hari. Masuk hari kedua deman, dia dapat rasakan yang tubuhnya semakin sihat walapun badan masih lagi letih dan kepala masih ada sisa rasa pening. Mujurlah dia jenis susah jatuh sakit dan cepat baik. Kalau tak jenuhlah nak terlantar sahaja di atas katil.
Ariana merenung siling. Dalam hatinya tertanya-tanya apa yang berlaku pada sekolah sepanjang dua hari dia tak ada. Dia tahu dia bukanlah penting sangat sehingga dunia huru hara jika dia tak ada selama dua hari, tapi ada benda lain yang bermain dalam fikirannya. Sebetulnya dia bukan fikirkan tentang sekolah, tapi Akmal. Adakah Akmal tercari-cari dan tertanya-tanya akan ketiadaannya selama dua hari ini? Atau pun Akmal tidak kisah sama ada dia ada atau tidak? Adakah Akmal sudah beralih hati pada gadis Victoria’s Secret tu? Kepala Ariana semakin berdenyut ketika memikirkan tentang hal tersebut. Dia kembali memejamkan mata. Bayang Akmal bersama gadis tinggi lampai itu menjelma lagi. Ariana melepaskan keluhan berat. HTC di sebelah bantal dicapai lalu ditekan butang untuk menghidupkan kembali telefonnya. Sejak malam sabtu lepas sehinggalah hari ini, dia sengaja mematikan telefon bimbitnya kerana dia tahu pasti Akmal akan menghubunginya.
Apabila HTC telah dihidupkan, beratus-ratus mesej masuk tanpa henti-henti membuatkan Ariana sedikit cuak. Takkan baru empat hari tak on telefon, mesej berlambak masuk sampai macam ni? Ariana membuka satu persatu mesej tersebut. Hampir ke semua mesej itu datangnya daripada Akmal dan juga mesej dari syarikat telekomunikasi yang menghantar mesej jika ada pesanan suara yang ditinggalkan oleh pemanggil. Ada juga mesej dari Suzi bertanyakan tentang kesihatannya. Sudah pasti emak telah menghubungi Suzi terlebih dahulu memaklumkan yang dia tidak sihat.
Ariana menaip pantas untuk membalas mesej daripada Suzi memaklumkan yang dia mungkin akan bercuti sehari lagi. Setelah menghantar mesej tersebut, Ariana menekan butang untuk mendengar peti simpanan suaranya.
‘Ariana, awak ada mana sekarang?’
Suara Akmal bergema ditelinganya. Ariana menekan butang seterusnya.
‘Ariana, jawab mesej saya.’
Ariana memutarkan bebola mata. Memang Akmal sungguh! Bukan reti nak minta maaf kalau dah buat salah. Ariana mendongkol marah namun dia menekan butang seterusnya.
‘Ariana! Jangan cari pasal boleh?’
Ariana menggigit bibir. Rasa macam nak baling je HTC ke lantai. Biar pecah berderai. Geram!
‘Ariana, please return my calls’
Suara Akmal agak lembut berbanding pesanan yang awal tadi.
‘Ariana sayang. Jangan merajuk lagi. Please return my calls. Mesej pun jadilah.’
Ariana menggigit bibir. Sejuk sedikit bila mendengar nada suara Akmal yang seperti memujuk itu. Laju jari menekan butang seterusnya.
‘Sayang, jangan buat saya macam ni. I miss you like crazy. Tak sayang saya ke?’
Berderau darah Ariana mendengar suara Akmal itu. Terasa seperti Akmal sedang berbisik betul-betul di telinganya.
‘Sayang, I love you so much. Please jangan buat macam ni. Saya tahu saya salah. Please jangan off handphone. I can’t live without you. Saya boleh jadi gila. Please sayang...’
Ariana menggigit bibir. Kembang sekejap hatinya apabila mendengar suara Akmal itu. Rasa diri terapung diawang-awangan. Namun fikirannya mula terbayangkan gelak ketawa dan senyuman Akmal ketika berbual dengan model VC itu. Serta merta Ariana seperti kembali ke alam nyata. HTC diletakkan kembali di sebelah bantalnya. Dia kembali merenung siling. Kenapa dia jadi begini? Kenapa dia sampai jatuh sakit hanya sebab lelaki bernama Akmal? Kenapa hatinya sakit dan pilu melihat Akmal bermesra dengan perempuan lain? Kenapa Ariana kenapa? Akmal hanyalah sekadar anak muridnya. Tak lebih dari itu. Dia tak mungkin jatuh cinta pada Akmal. Tak mungkin...tapi kenapa rasa di dalam hati ini lebih hebat dari pada dulu? Lebih hebat daripada semasa dia bersama dengan Amirul? Lelaki pertama yang dia cintai dengan sepenuh hati? Adakah Akmal telah berjaya mengambil tempat Amirul? Kepala Ariana menjadi semakin pening. Tangan memicit pelipisnya sambil memejam mata. Seketika kemudian, dia terlena buat kesekian kalinya.

                                                           ***
KRING...
Tergesa-gesa Ariana mengemas buku-buku yang telah digunakan untuk mengajar tadi sebelum melangkah keluar dari kelas tingkatan dua. Sesekali dia tertoleh-toleh kiri dan kanan seolah-olah mengawasi sesuatu. Setakat ini dia berjaya mengelak dari bertembung dengan Akmal dan dia berhajat tidak mahu berjumpa dengan Akmal buat sementara waktu. Hati kecilnya masih terasa dengan sikap Akmal. Panggilan telefon dan mesej daripada Akmal tiada satu pun yang dibalas.
Ariana mengeluh lega apabila kaki telah selamat melangkah ke dalam bilik guru. Dia meletakkan buku dan beg tangan di atas meja sebelum menarik kerusi dan melabuhkan punggung.
“Rin, analisis keputusan peperiksaan percubaan untuk tingkatan tiga bagi subjek matematik tu, kau dah siap ke?” Sofia di sebelah menegur. Ariana menoleh ke arah Sofia.
“Dah siap. Nak tengok ke?” Ariana bertanya.
“Boleh juga...” Sofia menjawab. Ariana membuka komputer ribanya yang telah disetkan dalam mood sleep sebelum ini. Ariana melarikan tetikus lalu membuka salah satu folder yang terpapar di skrin komputernya. Dia membuka microsoft word yang mengandungi laporan analisis yang dibuat bagi subjek matematik untuk kelas yang dia mengajar. Setelah menyemak buat kali terakhir, Ariana segera mencetak laporan tersebut. Mujurlah dia sudah menyiapkan laporan tersebut lebih awal sebelum dia jatuh sakit, kalau tak memang kelang kabut dibuatnya. Sungguh pun peperiksaan percubaan PMR telah tiga minggu berlalu namun baru minggu lepas dia berkesempatan untuk menyiapkan laporan tersebut.
Ariana berjalan menuju ke hujung bilik guru tersebut untuk mengambil laporan yang telah dicetak sebentar tadi. Mujurlah komputer riba dia telah disambungkan dengan pencetak di dalam bilik guru tersebut dengan mengunakan wireless. Mudah dan cepat.
Kertas yang dicetak itu terjatuh di atas lantai membuatkan Ariana terpaksa tunduk untuk mengutip kertas yang mengandungi laporan tersebut. Baru sahaja dia mahu berdiri, telinganya menangkap suara yang sangat familiar ditelinganya.
“Cikgu Ariana ada tak hari ni?”
Berderau darah Ariana apabila mendengar suara yang sudah hampir lima hari dia tidak bertemu muka itu.
“Ada tadi. Entah pergi mana pula. Ada apa awak nak jumpa cikgu Ariana?”  Ariana mendengar Sofia menjawab. Dalam hati Ariana dah berdebar bagai nak gila. Jangan Akmal buat pasal dengan berkata sesuatu yang tak perlu, sudahlah.
“Saya nak pulangkan buku rujukan matematik yang dia pinjamkan pada adik saya.”
Ariana menarik nafas kelegaan. Nasib baiklah Akmal pandai memberikan alasan. Kalau tak memang habislah rahsia mereka terbongkar.
“Hmm, kalau macam tu awak letak je atas meja dia. Nanti dia datang saya bagitahu...”
Ariana memanjangkan leher mengintai dari balik meja yang menempatkan mesin mencetak itu. Kelihatan Akmal meletakkan sesuatu di atas mejanya sebelum melangkah keluar dari bilik guru. Sempat lagi dia memandang wajah Akmal. Wajah lelaki itu agak kecewa dan sedih. Tiba-tiba Ariana berasa bersalah dan kasihan melihatkan wajah Akmal itu namun fikirannya cepat-cepat mengatakan yang dia tidak boleh terlalu lembut hati.
Setelah memastikan yang Akmal telah hilang dari pandangan, Ariana bangun dan berjalan menuju ke arah mejanya sambil memegang kertas yang mengandungi laporannya.
“Nah...” Laporan tersebut dihulurkan ke arah Sofia. Sofia mengangkat muka.
Thanks. Ha tadi Akmal datang. Nak pulangkan buku katanya. Aku suruh dia letak atas meja kau je...”
“Oh yeke? Thanks...” Ariana menjawab seolah-olah dia tidak mengetahui yang Akmal ada datang mencarinya tadi.
“Kau pergi mana tadi? Hilang macam biskut. Kejap ada kejap tak ada...”
“Aku dekat hujung sana. Pergi ambil laporan yang aku print tadi...”
“Ohh. Ingatkan pergi mana tadi...”
Ariana tidak menjawab. Dia mencapai buku rujukan yang dipulangkan oleh Akmal itu. Tangan menyelak buku tersebut dengan rambang sebelum terhenti ditengah-tengah muka surat. Sehelai sampul surat bersaiz A4 terselit di halaman tersebut. Ada sekuntum bunga mawar merah turut sama diselitkan di dalam buku itu. Ariana menelan air liur. Dada kembali berdebar. Dia menjeling Sofia yang sibuk membaca laporan yang ditulisnya. Cepat-cepat dia menutup buku tersebut sebelum kaki melangkah laju untuk keluar dari situ.
“Rin, nak kemana? Kelas?”
Ariana menoleh kebelakang.
“Tak. Tandas kejap...” Ariana kembali memandang ke depan. Buku rujukan matematik dipeluk erat ke dada.
                                                                        ***
Ariana menongkat dagu di atas meja. Kad bersaiz A4 itu dipandang dengan hujung mata. Sekuntum bunga mawar merah yang diberikan bersama-sama dengan kad tersebut turut diletakkan bersebelahan dengan kad itu. Sudah hampir sejam dia berkeadaan begitu dan sejak dia menerima kad tersebut dari Akmal tadi, kepala dia asyik terbayang sahaja isi kandungan kad tersebut. Masa mula-mula baca kad tersebut di dalam tandas semasa di sekolah tadi, mahu pengsan dibuatnya. Rasa macam tak sanggup nak teruskan membaca isi kandungan kad tersebut. Ayat yang Akmal gunalan mampu membuatkan dia kembali demam seminggu. Gerun!
Bunga mawar merah yang masih kembang itu di capai lalu dibawa ke hidung. Bau wangi bunga tersebut di hidu. Entah apalah mimpi Akmal nak bagi bunga pada hari itu pun tak tahu. Jiwang tak bertempat. Ariana memejamkan mata. Tak semena-mena dia berasa segan walaupun tiada sesiapa di dalam biliknya ketika itu selain dirinya. Terima bunga daripada Akmal? Rasa macam mimpi je. Tak sangka Akmal ni mat bunga jugak. Pandai nak bagi bunga bagai macam tu. Tangan mengelus lembut kelopak bunga mawar tersebut sambil fikiran melayang teringat pada Akmal. Spontan senyum terukir di bibir.
Baby, baby, baby ohh
Like
Baby, baby, baby noo
Like
Baby, baby, baby ohh

Tersentak seketika Ariana daripada lamunanya apabila HTC yang terletak di atas meja itu berbunyi nyaring. Dah lama dia tak dengar lagu Justin Bieber itu. Ariana menelan air liur berkali-kali. Rasa segan dan malu mula menguasai dirinya. Rasa macam tak sanggup nak jawab panggilan telefon daripada Akmal sekarang. Tambah-tambah kepala asyik terbayang ayat-ayat yang ditulis oleh Akmal itu. Seram.
HTC berhenti berbunyi. Ariana menarik nafas lega namun jauh di sudut hatinya meronta-ronta mahu bercakap dengan Akmal. Entah kenapa dia rasa semacam rindu sangat pada Akmal. Rasa macam jam tu jugak nak jumpa Akmal tapi rasa segan begitu menebal dalam dirinya. Boleh ke dia berperasaan begitu dengan anak murid sendiri? Apa orang kata kalau tahu yang dia bercinta dengan anak murid sendiri? Ariana menundukkan kepala sambil memejamkan mata. Kepala kembali berserabut setiap kali berfikir tentang hal tersebut. Apa keluarga dia akan fikir kalau mereka dapat tahu yang dia mempunyai hubungan lebih dari sekadar guru-pelajar dengan pelajarnya sendiri? Apa kata angah dan along? Ayah dan emak? Ariana meraup muka dengan kedua belah tapak tangan. Rungsing.
TOK.TOK.TOK.
Spontan Ariana menarik laci meja lalu memasukkan kad dan bunga pemberian Akmal di dalam laci dan menutupnya perlahan. Dia menoleh ke arah pintu. Baru sahaja dia mahu bangun, pintu bilik terkuar dari luar.
“Dah tidur ke?” Suzi bertanya di muka pintu.
“Taklah. Baru lepas buat kerja sikit..” Ariana melarikan tetikus berpura-pura sedang menaip sesuatu.
“Hmm. Ingat dah tidur. Dari tadi tak keluar-keluar.”
Ariana tidak menjawab.
“Ada apa sampai ke bilik kau cari aku ni?” Ariana masih memandang skrin komputer riba. Entah apa dia taip pun dia sendiri tak tahu.
“Hmm. Tu buah hati kau tengah tunggu kat luar...”
Tak semena-mena tubuh Ariana keras. Tangan yang mengerakkan tetikus tadi turut sama terhenti.
“Wei, kau dengar tak aku cakap ni? Dah lama Akmal tunggu kat luar tu...”
Ariana masih diam. Air liur ditelan perlahan.
“Err, yeke? Kau keluarlah dulu. Kejap lagi aku keluar. Aku memang tahu dia nak datang...” Ariana menjawab dengan nada setenang yang mungkin. Namun dalam hati dah mengelabah gila.
“Lah, yeke? Ingatkan si Akmal tu pakai terjah macam biasa. Okeylah macam tu. Jangan lama sangat. Kesian dekat dia. Rindu nak jumpa buah hati dia yang merajuk sakan ni...”
Spontan Ariana berpusing lipat maut memandang ke arah Suzi yang tersengih itu. Satu jelingan maut dihadiahkan kepada Suzi. Muka terasa berbahang. Setelah Suzi keluar dari biliknya, Ariana masih lagi kaku tidak bergerak di kerusinya. Dadanya kembali berdebar dan hatinya tertanya-tanya apa tujuan Akmal datang ke rumahnya malam-malam begini. Dia menjeling jam di dinding. Hampir pukul sembilan malam. Lambat-lambat Ariana bangun lalu menyalin pakaian yang lebih sopan. Jumper hoodie yang tergantung di belakang pintu diambil lalu disarungkan ke tubuh. Dia cuba mempamerkan riak muka bersahaja ketika kaki melangkah melintasi ruang tamu tempat Suzi sedang melepak menonton televisyen. Sempat dia menangkap sengih mengusik di bibir Suzi. Ariana memutarkan bebola matanya ke atas ketika dia membuka kunci manga pintu grilnya.
Akmal yang berpeluk tubuh itu mengangkat kepala ketika mendengar bunyi seperti orang membuka pintu. Hatinya berasa lega kerana Ariana akhirnya mahu keluar berjumpa dengannya. Sejak dari dalam perjalanan tadi hatinya diserang rasa bimbang. Bimbang Ariana tidak mahu berjumpa dengannya. Sudah hampir lima hari dia tidak berjumpa dengan Ariana. Rasa rindu yang mengunung di dalam hatinya sudah tidak mampu dibendung lagi. Hari ini dia nampak nampak kelibat Ariana sedang berjalan menuju ke bilik guru. Sangkaannya Ariana masih bercuti kerana kereta Ariana tiada di tempat meletak kereta di sekolah. Rupanya gadis itu menumpang Cikgu Suzi. Barangkali itu salah satu cara Ariana mengelak daripada berjumpa dengan dia.
Akmal merenung ke arah Ariana yang sedang berdiri sebatu daripadanya. Wajah Ariana tidak beriak. Mungkin masih marah padanya lagi.
“Nak apa datang sini?” Akhirnya mahu tidak mahu Ariana terpaksa memulakan perbualan dahulu setelah hampir sepuluh minit mereka berdiri tercegat di depan rumah tanpa berkata apa-apa.
“Nak jumpa awak...” Akmal menjawab mudah. Ariana membuat mimik muka tidak percaya namun dia tidak memandang ke arah Akmal.
“Dah jumpa. So bolehlah awak balik sekarang...” Ariana menjawab dingin. Tubuh dipeluk erat. Agak sejuk cuaca pada malam itu. Akmal melangkah mahu menghampiri Ariana yang seolah-olah cuba menjauhkan diri itu. Ariana spontan menoleh apabila terasa seperti Akmal mahu mendekatinya.
“Jangan awak berani nak dekat dengan saya..” Ariana memberi amaran keras. Spontan juga kaki Akmal berhenti melangkah. Ariana menjeling ke arahnya. Akmal menarik nafas dalam-dalam. Betul kata Sarah, Ariana kalau dah merajuk memang susah gila nak pujuk. Nampaknya kad dan bunga tidak mampu melembutkan hati Ariana.
“Saya minta maaf. Saya tahu saya salah...”
Ariana buat tak tahu. Dia melemparkan pandangan ke arah hujung taman. Entah apalah yang menarik sangat sampai dia lebih sanggup memandang tempat itu dari memandang wajah kacak Akmal. Kacak ke? Huhu.
“Ariana. Please. Saya tahu saya salah. Maafkan saya. Saya janji saya tak buat lagi...” Akmal berkata lembut seolah-olah memujuk. Ariana mencebik. Nak pujuk konon. Boleh jalanlah. Huh!
“Sayang...please. Jangan buat saya macam ni. Jangan merajuk lagi...”
Berderau darah Ariana ketika mendengar kata-kata Akmal itu. Hatinya mendongkol marah dengan diri sendiri. Mudah sangat nak cair hati setiap kali Akmal menuturkan perkataan keramat itu. Ariana cuba mengekalkan riak muka tak berperasaannya walhal dalam hati nak macam nak meletup jantung dek kerana berdebar.
“Ariana. Say something. Please sayang...”
Ariana menjeling ke arah Akmal. Marah kerana Akmal masih lagi mengunakan senjata yang mampu melemahkan hatinya itu.
“Pergi baliklah...” Hanya itu sahaja yang terluah dari bibirnya. Wajah Akmal kelihatan berubah riak. Mungkin tak sangka akan mendengar kata-kata seperti menghalau itu. Ariana menggigit bibir. Tiba-tiba dia rasa bersalah pula apabila melihat wajah Akmal yang berubah itu.
“Awak betul-betul nak saya balik ke? Dah tak nak jumpa saya?” Akmal bertanya perlahan. Ariana menggigit bibir. Dah kenapa pulak Akmal nak merajuk macam tu? Siapa yang merajuk sekarang ni? Siapa yang patut pujuk siapa sekarang?
“Marah sangat ke awak pada saya sampai awak dah tak nak jumpa saya lagi? awak dah tak sayang saya ke?” Perlahan Akmal bertanya. Ariana menelan air liur. Ni apa kes Akmal nak sentap pulak ni? Aduhh!
“Errr. Sepatutnya saya yang tanya awak. Bukan ke awak yang tak datang jumpa saya? Sibuk sangat dengan model Victoria’s Secret tu...” Ariana menjawab perlahan. Kepala di tunduk merenung tanah. Muka dah tebal beberapa inci namun dia perlu berterus terang. Dia tak mahu simpan lagi di dalam hati.
Kening Akmal terangkat. Model Victoria’s Secret? Sejak bila dia keluar dengan model Victoria’s Secret? Usah kata model VS, dia tak pernah keluar pun dengan mana-mana model atau perempuan lain selain Ariana. Akmal melangkah cuba mendekati Ariana namun Ariana merenungnya tajam membuatkan dia mematikan niat tersebut.
“Sayang cakap apa ni? Saya tak fahamlah. Sejak bila saya keluar dengan model seksi macam tu...”
Ariana menjeling ke arah Akmal. Terasa panas telinga apabila mendengar kata-kata Akmal itu. Memang dasar lelaki. Huh!
Akmal cuba menahan senyum yang mahu terukir di bibir. Kes cemburu rupanya. Patutlah merajuk sampai berhari-hari. Tapi dia masih keliru dengan kata-kata Ariana itu.
“Buat-buat tak faham pulak. Seronok ke berbual dengan model Victoria’s Secret masa birthday party Sarah tu sampai saya pun awak lupa?” Ariana bertanya sinis. Malas nak main tarik tali lagi. Senang kalau dia tahu isi hati Akmal. Tak payah dia nak mengharap lagi.
Kening Akmal naik semakin tinggi seolah-olah cuba mengingati apa yang Ariana kata tadi.
“Ohh, awak maksudkan Nelly? Nelly or Natalia. Dia bukan model Victoria’s Secret lah..” Akmal ketawa kecil. Ariana menjeling lagi. Tahulah dia yang perempuan yang bersembang dengan Akmal itu bukan model pakaian dalam terkenal dunia itu. Itu hanyalah gelaran yang digunakan olehnya untuk memgambarkan betapa cantik dan sempurnanya gadis itu di mata Ariana. Sedangkan dia yang perempuan pun mengakui yang gadis itu sangat cantik, apatah lagi Akmal sebagai seorang lelaki.
“Nelly tu bukan sesiapa pun. Dia just anak kawan papa...”
Ariana buat tak dengar. Telinga masih panas apabila Akmal terus menerus menyebut nama gadis itu. Tahulah gadis itu cantik jelita. Tak payah nak sebut sangatlah.
Akmal tersenyum lagi. Ariana di hadapannya sudah pandai cemburu. Wajah masam gadis itu direnung tanpa jemu. Walaupun muka gadis itu sengaja dimasamkan namun Ariana tetap cantik dimatanya. Kalah segala model terkenal dunia termasuklah model Victoria’s Secret tu.
“Awak cemburu ye....”
Ariana membulatkan mata ketika memandang wajah Akmal yang tersengih mengusik itu. Merah padam wajahnya ketika itu. Dia segera memalingkan muka ke arah lain. Muka dah tebal tak tahu nak letak mana.
“Jangan nak perasan..” Ariana mengumam perlahan namun tak berani nak memandang ke arah Akmal. Telinga menangkap bunyi orang melangkah. Belum sempat Ariana menoleh, Akmal sudah berdiri dihadapannya.
“Tak salah kalau seorang kekasih nak cemburu dengan kekasih dia. Cemburu tanda sayang. Saya suka kalau awak cemburu pada saya. Itu menunjukkan yang awak sudah mula sayangkan saya. Betul tak?”
Rasa macam nak pengsan ketika itu namun Ariana hanya kaku merenung Akmal. Buat pertama kalinya dalam tempoh lima hari dia dan Akmal bertentang mata seperti itu. Ariana segera mengalihkan pandangan ke arah lain apabila merasakan yang dia bakal diserang sakit jantung.
“Mana ada saya cemburu...” Ariaan cuba menafikan namun muka dah tebal berbelas inci. Akmal hanya tersenyum. Kenal sangat dengan perangai Ariana.
You love me and you have to admit it.”
Ariana tunduk merenung tanah. Tak sanggup nak angkat muka.
“Tak apalah. Take your time. Saya tahu bukan mudah kita nak mengakui perasaan pada seseorang. Saya tak nak memaksa...”
Ariana mengangkat muka perlahan-lahan. Wajah Akmal dipandang. Tiada riak kecewa atau sedih. Sesungguhnya Akmal sangat-sangat memahami dirinya. Dia je yang ego tahap petala kelapan belas.
“Boleh awak maafkan saya?”
Ariana diam sejenak sebelum mengangguk perlahan. Terdengar keluhan lega datangnya daripada Akmal.
“Lepas ni jangan merajuk lama-lama macam ni. Awak boleh buat saya jadi gila...”
Ariana menjeling ke arah Akmal.
“Siapa suruh awak tinggalkan saya...” Ariana mengumam perlahan namun sempat ditangkap oleh Akmal.
“Saya tak pernah tinggalkan awak dan saya takkan pernah tinggalkan awak. I love you so much. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Remember that...”
Ariana tunduk lagi sambil tersipu malu. Akmal ni kalau bercakap tu mesti tak nak tapis dulu. Boleh cair telinga dengar.
“Tak apalah. Awak masuk dulu. Nanti deman lagi sejuk-sejuk macam ni...”
“Mana awak tahu saya demam?”
“Orang yang tengah di lamun cinta memang macam tu. Rindu sikit terus demam...” Akmal menjawab sambil tersengih. Ariana membulatkan mata. Rasa macam nak cubit-cubit je Akmal ketika itu.
“Perasan. Dahlah. Saya nak masuk. Awak pun baliklah. Tak elok jiran saya nampak.”
“Okey. Tunggu saya ya.” Akmal berjalan ke arah keretanya. Ariana hanya memerhatikan Akmal yang telah masuk ke tempat duduk pemandu itu. Akmal membuka cermin di sebelah penumpang.
“Ariana...”
Ariana terpaksa mendekatkan diri dan membongkok sedikit ke arah tingkap yang terbuka itu.
“Apa?”
“I love you so much. Saya takkan mampu hidup tanpa awak. Ingat tu sampai bila-bila...”
Ariana menelan air liur. Tak tahu nak kata apa.
“Err. Hati-hati bawa kereta...” Sempat Ariana berpesan sebelum Akmal meluncur laju meninggalkan halaman rumahnya. Setelah kereta Akmal hilang dari pandangan, barulah Ariana masuk ke dalam rumah. Pesanan Akmal kembali terngiang-ngiang di fikirannya membuatkan dia tidak putus-putus tersenyum pada malam itu.
 P/S: TO BE CONTIUED.

4 140 tukang karut:

RONRED said...

liked.....more pls....

Cahaya said...

ronred>>kejp lg up entri..skg tengah basuh akuarium kekura :P

Anonymous said...

aduhai sweet giler

Deqr Fatihah said...

Cemburu eeee . ..... tndanyactndanyasayang . Hehehehe

Post a Comment