RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, April 4, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi..(Bab 32)

BAB 32

“Rin, cantik tak?”
Ariana mengangkat kepala memandang ke arah apa yang ditunjukkan oleh Suzi itu.
“Cantik. Kau nak beli ke?” Ariana berjalan mendekati Suzi yang sedang membelek beberapa helai kemeja lelaki yang tergantung di rak.
“Entahlah. Banyak sangat yang aku berkenan ni. Tak tahu mana nak pilih...” Suzi masih sibuk membelek beberapa helai kemeja yang lain. Ariana turut sama membantu.
“Dia suka warna apa?” Tanya Ariana ketika menarik keluar sehelai kemeja berwarna putih.
“Hmm. Tak salah aku dia suka warna biru dengan hitam...” Suzi memandang dinding sambil berfikir. Kening Ariana terangkat.
“Aik, macam tak sure je. Takkan warna favorite tunang pun tak tahu?”
Suzi membuat muka.
“Ala, cakap orang. Kau pun sama jugak kan...” Tangan Suzi kembali lincah memilih kemeja. Giliran Ariana pula membuat muka.
“Apa pulak aku. Tak ada kaitan langsung, tahu.”
“Apa pulak tak ada kaitan. Biar aku tanya. Apa warna kegemaran Akmal?”
Ariana terdiam. Serta merta muka terasa merah padam. Suzi mengangkat kening.
“Ha, kan aku dah kata. Kau pun sama. Warna favorite boyfriend sendiri pun tak tahu...”
Pipi Ariana dah terasa terbakar dek kerana malu. Malu sebab Suzi dengan selambanya menyebut Akmal sebagai teman lelakinya sedangkan Akmal itu pelajar di sekolah mereka.
“Malas nak layan kau...” Ariana menjawab perlahan sambil menjauhkan diri daripada Suzi. Bimbang Suzi menyebut tentang Akmal lagi. Suzi hanya ketawa namun tidak berkata apa-apa. Ariana mencebik sebelum berjalan menuju ke bahagian yang menjual tali leher lelaki. Spontan tangan menyentuh tali leher berwarna hitam berbelang merah. Dalam kepala kembali memikirkan kata-kata Suzi tadi. Baru dia terfikir yang dia memang tak tahu banyak tentang diri Akmal. Contohnya warna kegemaran Akmal. Akmal suka warna apa ye? Merah ke sebab ninja Akmal warna merah. Atau hitam sebab HTC Akmal warna hitam? Gitar hari tu pun warna merah juga. Gitar yang patah dulu pula warna hitam. Jadi Akmal suka warna merah dan hitam? Ariana mencebik sendiri. Hitam dengan merah? Tolonglah. Gabungan warna yang tak sesuai langsung. Hitam tu lambang misteri. Hmm, sesuailah dengan Akmal yang misteri dan menakutkan. Merah pulak lambang keberanian dan....panas baran? Ariana ketawa sendiri. Memang elok sangatlah tu. Haha.
“Wei!”
Ariana terkejut. Spontan dia memandang ke sebelah.
“Kau ni buat terkejut aku je..” Ariana menjeling tidak puas hati.
“Yang kau berangan sampai aku panggil banyak kali tak dengar tu kenapa? Ingatkan buah hati ke?” Suzi mengangkat kening. Ariana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Dah habis beli ke?” Ariana bertanya sambil memandang beg kertas di tangan Suzi itu.
“A’ah. Beli jelah dua pasang buat back up..”
“Warna apa?” Ariana menjenguk isi beg kertas tersebut.
“Nak selamat aku beli putih dan biru je...”
Kening Ariana terangkat namun tidak berkata apa-apa.
“Jom...”
“Ke mana pula lepas ni?” Tanya Ariana ketika mereka sama-sama berjalan keluar dari butik pakaian lelaki itu.
“Aku ingat nak pergi cari minyak wangi pulak...”
“Kat mana?”
“Kita pergi bawah dulu. Aku ada nampak satu kedai jual minyak wangi...”
Ariana hanya mengangguk sebelum mengekori Suzi menuju ke tingkat bawah pusat beli belah itu. Rata-rata pada waktu itu agak ramai juga pengunjung walaupun bukan hujung bulan. Agaknya rakyat Malaysia ni suka membeli belah agaknya tak kira masa.
“Wangi tak?” Suzi menghulurkan sebotol minyak wangi ke arahnya. Ariana menghidu bau dari botol tersebut.
“Bolehlah. Tapi bagi aku macam kuat sangat baunya..”
Suzi membawa kembali botol tersebut ke arah hidungnya sendiri.
“Hmm. Betullah. Bau dia keras sikit...” Suzi kembali meletakkan botol minyak wangi tersebut di raknya sebelum mencapai botol yang lain. Ariana pula sibuk memilih minyak wangi untuk dirinya sendiri. Dia mencapai minyak wangi yang berbau bunga rose. Dia memang sukakan bau rose terutama english rose. Baunya sangat lembut dan menenangkan. Selalunya kalau dia stres sangat, dia akan bakar lilin yang mempunyai bau rose di dalam bilik sebagai terapi untuk menenangkan diri dan hasilnya amatlah berkesan.
Setelah menghabiskan masa selama hampir sejam di kedai tersebut, Suzi akhirnya telah berjaya membuat pilihan. Calvin Klien For Men menjadi pilihan Suzi untuk diberikan kepada tunangnya sebagai hantaran nanti.
“Hmm. Susah juga eh nak cari barang hantaran ni. Kita dah habiskan sepanjang hari ni tapi dua benda je yang kau beli...” Ariana berkata ketika melihat Suzi yang sibuk memasukkan plastik minyak wanginya ke dalam beg kertas berisi kemeja yang dibelinya sebelum itu.
“Ha, baru kau tahu. Tu baru nak cari barang hantaran. Belum lagi nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, tahu...” Suzi menjawab seolah-olah tidak sedar yang kenyataan Ariana tadi adalah satu sindiran.
“Ala, apa susahnya. Pejam mata lepas tu pilih jelah apa yang kau nak beli. Lepas tu balut cantik-cantik dan letak atas dulang. Kan senang...” Selamba Ariana menjawab. suzi membulatkan mata.
“Amboi-amboi, senangnya cakap. Nanti kalau kau kawin, kau tahulah masa tu. Kau akan rasa even shopping complex kat Malaysia ni pun tak cukup untuk beli barang hantaran kau...”
Ariana mencebik.
“Tak payah nak hiperbola sangatlah...”
“Apa pulak, betullah...” Suzi tak mahu mengalah. Ariana menjulingkan biji mata.
“Suka hati kaulah. Ada lagi ke yang nak dibelinya? Aku dah lapar tahap kebulur ni...”
“Eh ada. Aku nak cari kasut lepas tu nak cari tali pinggang. Lepas tu ingat nak servey kain buat baju melayu. Lepas tu nak...”
Ariana membuat muka sebelum menarik tangan Suzi yang masih menyenaraikan barang-barang yang mahu dibelinya itu ke arah medan selera yang berada tidak jauh dari mereka itu.

                                                                                       ***

Ariana membaringkan tubuh di atas katil. Rasa macam nak tercabut segala sendi. Mana taknya, dari pagi sampailah pusat beli belah tu tutup barulah mereka pulang ke rumah. Nasib baik kebanyakan barang yang mahu dibeli oleh Suzi itu ada, kalau tak jawabnya minggu depan dia kena temankan Suzi tu lagi. Boleh tahan cerewat juga Suzi tu. Ada je yang tak kena. Itu tak cantiklah, ini tak kemas jahitanlah. Itu design lamalah. Naik pening juga kepala nak layan Si Suzi tu. Nasib baik kawan baik. Kalau tak dah lama dia give up.
Ariana mengurut kepala yang terasa berat. Hajat hati lepas ni nak mandi dan basuh kepala sekali. Bolehlah hilang sikit rasa berat kepala ni. Beg tangan yang tergolek di sebelahnya ditarik lalu digagau isi dalam. HTC yang sengaja disenyapkan itu dibawa keluar. Ada beberapa miss calls dari Akmal. Ariana menyentuh skrin lagi. Ada lebih kurang lima belas mesej yang dihantar oleh Akmal. Ariana membaca satu-satu mesej yang dihantar oleh Akmal. Akmal sekadar memberi tahu apa aktiviti yang dia lakukan pada hari itu disamping meluahkan rasa rindunya. Meremang bulu romanya setiap kali membaca ayat-ayat jiwang Akmal. Dia memang dah cakap awal-awal dengan Akmal semalam yang dia akan sibuk sepanjang hari kerana menemani Suzi keluar untuk membeli barang hantarannya. Mujurlah Akmal memahami. Kalau tak jenuh nak balas mesej dan jawab panggilan telefon Akmal sepanjang hari tersebut.
Ariana berfikir seketika. Dia memandang jam di dinding. Hampir pukul dua belas tengah malam. Barangkali Akmal dah tidur. Ariana berfikir sama ada mahu membalas mesej Akmal atau menunggu esok sahaja. Setelah lama berfikir, Ariana menyentuh skrin HTC untuk membalas mesej Akmal. Sekadar memberitahu Akmal yang dia sudah berada di rumah. Setelah menghantar mesej tersebut, HTC diletakkan di atas katil. Dia bangun lalu mencapai tuala dan melangkah ke bilik air untuk membersihkan badan. Setelah puas membasahkan badan dan merasakan yang berat kepala telah hilang, Ariana keluar dari bilik air dan mula berpakaian. Dia menghamparkan sejadah untuk menunaikan solat isyak. Setelah selesai, Ariana melipat kembali sejadah tersebut dan menyangkut telekung ditempatnya semula. HTC dicapai dan skrin disentuh. Kosong. Hmmm, dah tidurlah tu. Ariana menelah sendiri. HTC kembali diletakkan di atas katil komputer riba di buka. Sementara menunggu komputernya berfungsi, Ariana membuka balutan tuala lalu mengosok perlahan kepalanya. Rambut yang basah tadi hampir kering. Tangan melarikan tetikus lalu icon winapm ditekan. Seketika kemudian lagu ‘Sayang’ nyanyian Shae berkumandang dari speaker komputer ribanya.
Ariana termenung lama di hadapan komputer ribanya. Cuba tidak mengendahkan suara Shae yang masih lagi menyanyikan lagu Sayang tersebut. Entah sejak bila lagu jiwang tu boleh termasuk dalam playlistnya pun tak tahu. Ariana menggigit bibir. Tiba-tiba kata-kata Suzi bermain-main dalam fikirannya. Betul ke nak kawin ni susah? nak cari barang hantaran pun susah ke sampai pusat beli belah kat Malaysia ni pun tak cukup macam yang Suzi cakap tu? Ariana bertanya sendiri. Tiba-tiba dia teringat pada Akmal. Apa yang Akmal suka ye? Selama lebih kurang enam bulan ni dia tak pernah bagi apa-apa pada Akmal. Spontan dia memandang gelang emas putih di tangan kanannya itu. Tiba-tiba rasa macam bersalah pula. Nampaknya dia lebih banyak menerima dari memberi. Ariana menarik nafas panjang. Tak salah kut kalau sekali sekala nak bagi sesuatu pada Akmal. Tapi nak bagi apa? Mana dia mampu nak hadiahkan gitar yang beribu-ribu tu. Habis tu nak bagi apa? Akmal suka apa selain gitar dan ninja? Ariana garu kepala lagi. Apa ye hadiah yang sesuai kalau nak bagi pada lelaki? Tiba-tiba dia rasa macam nak ketuk pintu bilik Suzi dan bertanya tentang hal tersebut namun dia terasa segan. Nanti apa pula kata Suzi. Tak sanggup nak hadap muka sengih nakal Suzi tu lagi. Ariana menongkat dagu di hadapan komputer riba. Nak telefon angah dan tanya? Hisss. Tu putus fius namanya. Free je kena gelak dengah angah. Ariana menggigit jari. Ah, taip jelah dekat internet. Tangan laju menaip sesuatu pada laman web google.
‘Hadiah yang sesuai untuk lelaki’
Ariana melarikan tetikus dan mengklik pada link pertama yang tertera pada engin carian google tersebut. Dia duduk tegak sementara menunggu laman web tersebut memaparkan isi kandungannya. Tak berkelip dia membaca isi kandungan laman web tersebut.
1. Jersi bola sepak
2. Minyak wangi
3. Sport rim
4. Wallet
5. Tiket perlumbaan F1 Sepang
6. Belt @ tali pinggang
7. Permainan video
8. Baju
9. Jam
10. Set mengurut elektronik
11. Pen
12. Gadget
 Jersi bola sepak? Tapi Akmal tak main bola sepak dan dia tak rasa Akmal tu jenis kaki bola. Dunia dia hanya jamming dan ninja je. Hmm, pilihan pertama terpaksa diabaikan. Minyak wangi? Hmm. Akmal suka minyak wangi macam mana? Sepanjang dia berada dekat dengan Akmal, memang dia boleh bau wangian yang Akmal suka pakai tapi bau apa? Takkan dia nak bertanya pulak. Nampaknya pilihan kedua pun terpaksa diabaikan. Jangan menyusahkan hidup ye Ariana. Pilihan ketiga pula Sport Rim? Hah. Memang sesuai dengan Akmal. Akmal kan suka sangat dengan benda-benda macam ni. Tangok sajalah kereta sport merah dia tu. Dah macam nak pergi berlumba dekat Litar Sepang. Tapi, sport rim tu macam mana nak cari? Jenis apa? Ariana garu kepala. Dengan berat hati, pilihan itu jugak terpaksa diketepikan dek kerana kurangnya ilmu pengetahuan. Pilihan seterusnya ialah wallet. Hmm. Nampak macam pilihan ini agak selamat. Senang pun senang nak cari tapi Akmal suka jenis macam mana? Warna apa? kulit ke? Kalau dulu dia belikan angah wallet jenis Levi’s sebab dia tahu angah suka sangat dengan jenama tu. Akmal pulak macam mana? Kenapalah dia tak pernah peka dengan apa yang Ammal pakai selama ini? Haih kan dah susah. Ariana menongkat dagu. Sebelah tangan lagi melarikan tetikus untuk membaca pilihan seterusnya. Beli tiket perlumbaan F1 Sepang? Wah. Ini semestinya Akmal suka. Ariana dah mula nak seronok sebelum dia sedar. Sekarang bukan musim F1. Ariana kembali tidak bersemangat. Dia kembali membaca pilihan seterusnya. Beli permainan video? Sudah pasti Akmal bukan jenis kaki games. Masa Akmal banyak dihabiskan di studo dan bilik muzik. Ariana berbaring di atas katil. Rasanya dia dah hampir berputus asa untuk melihat pilihan yang seterusnya. Nampaknya sampai bila-bila dia takkan dapat bagi sesuatu pada Akmal. Ini baru nak bagi hadiah biasa je sebagai membalas apa yang Akmal pernah bagi pada dia. Belum nak beli hantaran lagi. Ariana cepat-cepat bangun dan duduk tegak di atas katil. Tangan menampar-nampar pipi perlahan. Sedar Ariana. Kenapa sampai fikir pasal hantaran. Kau bukan nak kawin dengan dia lagi. Ariana menepuk pipinya lagi.
Ariana kembali berbaring. Lagu Living To Love You telah mula bermain dari playlistnya. Ariana memejamkan mata cuba menghayati lirik lagu tersebut sehingga akhirnya dia tertidur dengan sendirinya.                                           
                                                                        ***
“Akmal, kita nak ke mana ni?”
Ariana memandang ke arah Akmal apabila lelaki itu telah memberhentikan kereta di tempat letak kereta yang disediakan.
“Jom...” Akmal seperti tidak mahu menjawab pertanyaan Ariana itu membuatkan Ariana agak curiga. Entah-entah dia nak culik aku tak? Ariana bertanya sendiri namun dia turut membuka pintu kereta dan keluar dari kereta tersebut. Tergesa-gesa dia mengekori Akmal yang dah laju ke depan.
“Akmal, kita nak ke mana ni?” Ariana bertanya lagi dalam keadaan tercungap-cungap. Tahulah Akmal ni tinggi melangit. Tak boleh ke kalau melangkah tu pendek-pendek sikit. Ariana mengomel di dalam hati.
“Nanti awak tahulah...” Ringkas Akmal menjawab sambil memanjat tangga untuk ke tingkat atas bangunan tersebut. Ariana hanya berdiri tercegat di hujung tangga. Lain macam je tempat ni. Ariana dah mula risau. Entah apa-apa tempatlah yang Akmal bawa dia ni.  Akmal berhenti melangkah dan berpusing ke belakang.
“Cepatlah. Apa tunggu lagi?”
Mahu tak mahu Ariana terpaksa juga mengekori Akmal. Dia percaya pada Akmal. Akmal takkan buat sesuatu yang buruk pada dia sebab Akmal kan...
Hampir nak terkeluar biji mata Ariana ketika kaki melangkah masuk ke bilik tersebut. Dia segera menarik lengan baju Akmal.
“Akmal, kenapa awak bawa saya ke sini?” Ariana berbisik keras namun dalam masa yang sama hati dah cuak.
“Kenapa? Salah ke?”
Ariana menggigit bibir. Akmal ni memanglah. Tak ada rasa bersalah langsung. Selamba je muka macam tak ada perasaan.
“Akmal, this place is not proper for me. Takkan tu pun awak tak tahu...”
“Siapa cakap?”
“Sayalah cakap.” Ariana menjawab geram. Boleh pula tanya soalan macam tu. Ish.
“Siapa cakap tempat ni tak sesuai untuk awak? Lagi pun kita bukan nak buat apa-apa pun. Saja lepak. Saya nak awak tahu kat mana saya selalu lepak...”
Ariana memandang sekeliling bilik yang agak besar itu.
“Awak selalu lepak sini ke?”
“Yap...” Akmal menjawab berjalan masuk ke dalam bilik tersebut. Ariana cepat-cepat mengekori Akmal dari belakang. Bunyi bingit yang datangnya dari speaker membuatkan dia rasa macam nak pengsan.
“Ingat tak datang...”
“Mana boleh tak datang. Dah janji kan...” Ariana mendengar suara Akmal berbual entah dengan siapa.
“Cikgu Ariana? Cikgu buat apa kat sini?”
Spontan Ariana menoleh. Rasa macam nak tumbang apabila memandang wajah Fadil yang menyapanya tadi dan dia betul-betul macam nak lari balik rumah apabila melihat Farid dan Aidil turut berada di situ. Masing-masing merenungnya dengan kehairanan sebelum semua mata memandang ke arah Akmal yang sudah duduk di sofa dan memetik gitar.
“Err..saya..err...” Ariana tak tahu nak jawab apa. Dia memandang ke arah Akmal yang sibuk memetik gitar. Rasa geram mula menguasai diri. Akmal ni betullah tak ada perasaan langsung. Bukan nak tolong. Huh!
“Err. Cikgu duduklah dulu. Buat macam..err..rumah sendiri...” Fadil berkata turut sama teragak-agak. Serba salah mungkin apabila melihat kehadiran cikgunya di tempat macam tu. Akmal pula buat tak tahu sahaja seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku.
Ariana menggigit bibir sebelum berjalan menuju ke arah sofa yang agak jauh dari Akmal. Dia cuba memastikan dia duduk sejauh yang mungkin dari Akmal. Rasa marah dan sakit hatinya membuatkan dia tak nak berada dekat dengan Akmal. Ariana memandang ke arah Aidil yang dah mula nak mengambil tempat selaku drummer manakala Fadil pula telah bersiap sedia dengan bass guitar. Farid pula mengambil posisi sebagai vokalis.
“Mal. Jom...” Aidil memanggil Akmal. Ariana menjeling Akmal di sebelah sana apabila melihat Akmal mula bangun dan menuju ke arah stage. Akmal menyarungkan gitar Fendernya melepasi bahu.
“Ready?” Akmal bertanya. Tiga kepala mengangguk.
“Three four...”
Serentak dengan itu bunyi muzik dari pelbagai instrument bergema di sekitar bilik tersebut membuatkan Ariana rasa macam nak sumbat bantal masuk dalam telinganya. Rasa macam bergegar sekejap bilik tersebut dengam bunyi yang maha kuat itu. Farid selaku vokalis mula menyanyikan lagu The black Parade yang dipopularkan oleh kumpulan My Chemical Romance. Walaupun Ariana tak berapa minat dengan lagu-lagu berunsur ganas macam tu, namun dia tak dapat nak menafikan yang Akmal dan kawan-kawannya itu memang sangat berbakat terutama dari segi skill mereka ketika memainkan instrumen masing-masing. Dah macam tengok konsert My Chemical Romance pulak.
Setelah beberapa minit, Ariana akhirnya dapat menerima kebisingan yang datangnya dari instrumen mereka itu dan mula menghayati persembahan percuma dihadapannya itu. Tidak sedar yang dia asyik memerhatikan Akmal yang begitu asyik mengoreng gitar Fendernya dengan pelbagai skill. Rasa macam nak naik atas pentas dan join sekaki je. Ariana menongkat dagu ketika khusuk memerhatikan Akmal. Dalam hati tertanya-tanya kenapalah dia susah sangat nak jatuh hati pada Akmal. Rasanya kalau perempuan lain tengok Akmal ni mesti dah menangis-nangis merayu minta dijadikan kekasih. Atau pun kalau Akmal jadi artis, mesti ramai gila peminat perempuan yang jatuh cinta pada Akmal. Mana taknya, Akmal tu cukup pakej. Dan kalau bukan disebabkan kenangan lalu, barangkali dia juga tidak terkecuali dari jatuh cinta pada Akmal.
“Ariana...”
Ariana tersedar dari lamunan. Dia memandang ke sebelah. Muka terasa merah padam apabila menyedari Akmal sudah berada di sebelahnya.
“Termenung ingatkan siapa?”
Ariana mengeleng sambil tertunduk malu. Gila lah. Kantoi terang-terangan.
“Kalau tak salah saya....”
Ariana mengangkat kepala memandang ke arah Akmal.
“Apa?”
“Awak tak lepas memandang saya tadi...”
Muka Ariana dah tebal tiga inci namun dia cuba mengekalkan riak muka selamba.
“Jangan nak perasanlah. Saya bukan tengok awak...” Ariana menjawab cuba menyembunyikan debaran di dada. Kening Akmal terangkat.
“Kalau tak tengok saya, awak tengok siapa?”
Ariana menjeling sekilas ke arah Akmal yang dah gaya macam nak masuk mood cemburu itu.
“Saya tak pandang siapa-siapa. Saya cuma tertarik dengan....”
Kening Akmal naik seinci lagi.
“Err....dengan...gitar awak. Cantiklah. Beli mana?” Spontan Ariana memandang gitar yang masih ditangan Akmal itu. Akmal memandang wajah Ariana.
“Awak dah jatuh cinta dengan saya kan...”
Bulat mata Ariana merenung wajah Akmal yang selamba itu.
“Jangan nak perasanlah. Kalau saya jatuh cinta pun, saya jatuh cinta pada gitar awak tu je...”
Akmal senyum penuh makna membuatkan Ariana tertunduk. Entah apa-apalah Akmal ni.
“Really? Just wait and see. Saya pasti kali ni awak akan jatuh cinta pada saya...” Akmal bangun dan menuju ke atas pentas. Terkebil-kebil Ariana memandang ke arah Akmal yang dah mengambil posisi selaku vokalis itu. Ariana telan air liur.
“Testing..testing one two three...” Akmal membetul-betulkan kedudukan mikrofon dihadapannya itu. Dada Ariana kembali berdebar.
“Ariana...”
Dup dap dup dap.
“I love you...”
Rasa macam jam tu juga nak terjun keluar dari tingkap. Ariana tak berani nak angkat kepala memandang ke arah pentas. Entah apalah yang kawan-kawan Akmal fikir. Akmal ni pun satu. Cakap tak reti nak tapis dulu.
Although loneliness has always been a friend of mine
I'm leavin' my life in your hands
People say I'm crazy and that I am blind
Risking it all in a glance
And how you got me blind is still a mystery
I can't get you out of my head
Don't care what is written in your history
As long as you're here with me

Ariana memberanikan diri mengangkat kepala apabila Akmal mula menyanyikan lagu tersebut. Rasa macam nak tergelak pula bila tengok Akmal menyanyikan lagu boy band macam tu. Namun memang dia tak boleh nak menafikan walau sekeras mana pun dia mahu. Yang pasti, dia memang dah betul-betul jatuh hati dengan Akmal ketika melihat Akmal menyanyikan lagi itu dengan penuh perasaan. Mungkin itu sesuatu yang normal. Mudah untuk jatuh hati pada seseorang tapi bukan mudah untuk jatuh cinta pada seseorang. Setakat ini hanya itu sahajalah yang mampu dia buat. Sekadar....jatuh hati.
“So...?”
Ariana buat tak dengar. Dia masih sibuk membelek gitar Akmal yang berkilat itu.
“Ni gitar mana pulak? Berapa banyak gitar awak ada?” Tanya Ariana ingin tahu. Selebihnya dia mahu mengelak dari menjawab soalan Akmal itu.
“Jangan ubah topik...”
“Mana ada. Saya tanya ikhlas ni. Gitar hari tu mana?”
“Kat rumah...”
Kening Ariana terangkat. Akmal dah mula nak masuk mood merajuk.
“Kenapa letak kat rumah? Beli mahal-mahal kenapa tak guna?”
“Sayang...”
Meremang bulu roma Ariana.
“Akmal, awak ni kalau cakap tu biar bertapis sikit boleh tak? Tak malu ke dengan kawan-kawan awak?” Ariana berbisik perlahan dan dalam masa yang sama, muka dah terasa berbahang. Akmal memandang ke arah Ariana yang tertunduk malu itu.
“Saya cakap apa yang tak bertapis tu?”
Ariana menggigit bibir. Betullah Akmal ni jenis tak ada perasaan.
“Yang tadi tu...”
“Yang mana?”
“Perkataan tadi tulah...”
Akmal mengerutkan dahi.
“Perkataan apa?”
Ariana terasa geram. Akmal ni macam nak main-mainkan dia pulak.
“Yang awak sebut sayang tu!” Ariana akhirnya menyebut perkataan tersebut. Muka cuba dikekalkan dengan riak tenang.
“Kenapa dengan perkataan tu?”
“Akmal, kalau awak nak berjiwang karat sangat. Boleh tak jangan over? Buat malu je...” Ariana merungut perlahan. Spontan dia memandang ke arah kawan-kawan Akmal yang masih berada di atas pentas.
“Bila saya berjiwang karat?”
Ariana mengeluh perlahan. Penat betul mental dan fizikal nak melayan seorang Akmal Ikmal Danish ni.
“Yang awak panggil saya...errr...sayang tu bukan jiwang karat ke?”
“Bila saya panggil?”
Ariana merenung tajam ke arah Akmal. Ni apa kes? Tadi cakap sayang lepas tu tiba-tiba buat-buat tak ingat.
“Kenapa pandang saya macam tu?” Akmal bertanya seperti tidak memahami apa yang sedang berlaku. Ariana tunduk. Hatinya tiba-tiba terasa sedih. Lelaki memang begini ke? Sekejap kata sayang dan sekejap terus lupa apa yang diucapkan itu.
“Ariana, kenapa ni? Saya ada buat salah ke?”
Ariana mengeleng. Dia mengangkat kepala dan memandang ke arah pentas. Tak sanggup nak tengok muka Akmal ketika itu.
“Ariana, saya rasa awak dah salah faham...”
Ariana masih lagi memandang ke arah pentas. Aidil dah mula mengetuk drumnya itu seolah-olah menguji tahap kebisingan ketukannya itu.
“Ariana, pandang saya...”
Ariana buat tak dengar.
“Sayang please..”
Ariana menjeling ke arah Akmal.
“Tak payah nak panggil sayang sangatlah. Lepas tu tak nak mengaku. Buat-buat lupa...” Ariana mengumam perlahan.
“Apa awak cakap? Saya tak berapa dengar. Bising..”
Ariana memandang Akmal dengan penuh rasa meluat.
“Tak ada apa-apa.” Mendatar Ariana menjawab. Sungguh dia dah tak ada mood sekarang. Balik rumah tidur lagi bagus.
“Ariana, awak dah salah faham ni...”
Whateverlah Akmal...”
Akmal memandang wajah Ariana yang masam mencuka itu.
“Ariana, tadi tu saya tak panggil awak ‘sayang’ bila kita tengah bercakap pasal gitar.”
“Meaning?” Ariana bertanya malas. Tak faham dengan apa yang Akmal nak sampaikan dan dia pun malas nak fikir banyak.
“Bila awak tanya saya kenapa tak guna gitar yang beli hari tu, saya jawab sayang. betul tak?”
“Hmmm...”
“Masa tu bukan saya panggil awak sayang. Maksud saya, saya sayang nak guna gitar tu...”
Ariana terdiam. Cuba mencernakan balik apa yang Akmal cakap sebentar tadi dan dia mula berfikir balik akan perbualan mereka awal-awal tadi. Kalau ikutkan lojik, memang betullah apa yang Akmal cakap tu. Kenapa tak guna gitar dan Akmal menjawab sebab sayang. Tiba-tiba Ariana termalu sendiri. Macam mana boleh tersalah faham pulak ni? Aduh!
“Lain kali jawab tu elok-elok sikit.” Ariana berkata perlahan namun dalam masa yang sama dia terasa mahu tahap petala ke lapan. Salah dia pun tapi masih tak nak mengaku. Wuahhh!
“Saya minta maaf kalau awak salah faham.”
Ariana mengangkat kepala. Kenapa Akmal pula yang nak minta maaf sedangkan dia yang salah faham. Tiba-tiba hatinya berasa terharu.
“Jangan merajuk lagi okey...”
“Mana ada saya merajuk..” Ariana mengumam perlahan. Muka terasa panas. Akmal tersengih mengusik. Dia mengintai ke arah wajah Ariana yang tertunduk itu.
“Janganlah Akmal. Seganlah kawan-kawan awak tengok...”
“Dah tu, jangan tunduk macam tu. Saya nak tengok muka awak..”
Ariana menjeling ke arah Akmal.
“Awak ni tak muak ke asyik nak tengok muka saya je?”
“Mestilah tak. Bukan senang nak tengok awak. Awak asyik nak lari je. Suruh tengok muka saya yang handsome ni pun tak nak...”
Ariana memutarkan bebola mata.
“Perasan. Jerry Yan lagi handsome dari awaklah...”
“Jerry Yan? Siapa tu?”
Ariana cepat-cepat mengelengkan kepala. Dia kembali memandang ke arah pentas.
“Awak selalu lepak sini ke?”
“Selalu juga. Studio ni dah macam rumah kedua saya...”
Ariana terdiam. Ohh, studio rupanya. Patutlah lengkap dengan alat-alat muzik semua.
“Tempat ni okey ke?”
“Maksud awak?”
“Errr. Tak salah ke kita nak lepak sini?” Ariana akhirnya meluahkan kerisauan di dalam hatinya. Yelah, mana tahu kena serbu ke apa. Naya je. Bukan dia je yang malu, pihak sekolah dan keluarga pun terbabit sama.
Akmal hanya ketawa.
“Itu ke yang awak risau?”
Ariana memandang wajah Akmal.
“Tempat ni okey. Ada lesen lagi. Lagi pun ni studio. Bukan disco atau night club. Saya tak pergilah tempat-tempat macam tu. Saya ni baik tahu...”
Ariana mencebik namun dia berasa lega.
“So dah lega sekarang?”
Ariana menjeling lagi. Akmal ni macam tahu-tahu je apa yang berada dalam fikirannya dia. Bahaya betul.
“Mal, nah...”
Bulat mata Ariana ketika memandang kotak rokok Camel itu dihulur ke arah Akmal.
Thanks but no thanks.” Akmal menolak. Ariana merenung ke arah Akmal. Akmal tunduk ketika membetul-betulkan tali gitarnya itu. Ariana masih lagi merenung ke arah Akmal. Baru dia perasan. Sepanjang dia bersama dengan Akmal, tak pernah sekali pun dia nampak Akmal hisap rokok. Bau rokok pun dah tak ada pada tubuh Akmal. Kali terakhir dia nampak Akmal merokok ialah masa dalam hutan dulu. Lepas tu dah tak ada.
Ariana membuka mulut ingin bertanya namun tak jadi apabila melihat Akmal yang masih tunduk membetulkan tali gitarnya itu. Ah, nanti-nantilah tanya. Banyak masa lagi.
P/S: TO BE CONTINUED.

0 140 tukang karut:

Post a Comment