RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, April 3, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi..(Bab 31)

BAB 31

DIAM tak diam sudah memasuki bulan September. Kalau diikutkan, sudah hampir enam bulan ‘perhubungan’ dia dan Akmal terjalin. Setakat ini pihak sekolah masih tidak menyedari perhubungan mereka kecuali Suzi. Mujurlah Suzi bukan jenis buka mulut dan bercerita itu dan ini. Namun, kadang kala Suzi gemar juga menyakat dia terutama apabila mereka terserempak dengan Akmal di sekolah. Hasilnya memang cubitan yang singgah di lengan Suzi.
Bila dah masuk hujung-hujung tahun ni, memang sibuklah jawabnya. Akmal sibuk dengan persediaan untuk percubaan STPMnya manakala dia pula sibuk dengan kelas tambahan untuk tingkatan tiga. Percubaan PMR nanti akan diadakan dalam masa sebulan iaitu dalam bulan puasa nanti. Pejam celik-pejam celik cepat sahaja berlalu. Rasa macam baru semalam dia melapor diri di sekolah ini. Hampir sembilan bulan di sekolah ini, macam-macam pengalaman yang dia lalui. Ada suka dan ada duka. Mujurlah lebih banyak suka dari duka. Adakah suka itu banyak disumbangkan oleh kehadiran Akmal dalam hidupnya? Hmmmm. Dia tak tahu nak bagi jawapan. Mungkin ya dan mungkin tidak. Akmal pula macam biasa. Tak terlalu mendesak dalam soal hati dan perasaan ini. Satu perkara yang dia suka tentang Akmal. Walaupun perangai Akmal itu kadang kala mengalahkan samseng kelas atasan, namun kalau bab hati dan perasaan ni memang Akmal tu ibarat kekasih sejati. Erk! Okey, itu dah terlebih memuji.
Baby, baby, baby ohh
Like
Baby, baby, baby noo
Like
Baby, baby, baby ohh

Spontan Ariana mencapai HTC apabila telefon itu memekak dengan lagu Baby. Hmm. Baru sebut dah telefon. Butang hijau ditekan.
“Helo...”
“Helo, awak buat apa?” Suara Akmal bertanya di sebelah sana.
“Tak buat apa. Baru sampai rumah...” Ariana kembali berbaring diatas katil. Pinggang terasa lengguh.
“Lambatnya balik. Awak pergi mana?” Akmal bertanya lagi sambil menjeling jam di tangan. Hampir pukul lima petang.
“Hmm. Awak lupa ke? Kan hari ni saya ada kelas tambahan dengan budak tingkatan tiga...”
“Oh, saya lupa. Sorry sayang...”
Bulu roma Ariana meremang lagi. Memang setiap kali Akmal menyebut perkataan ‘sayang’ tu mesti secara automatiknya bulu romanya menegak. Seram!
“Hmm. Ada apa awak telefon ni?” Ariana pula bertanya.
“Saja telefon. Hari ni tak nampak awak kat sekolah. Rindu...”
Ariana menggigit bibir. Tak tahu nak jawab apa. Memang hari ni dia sibuk sangat di sekolah sampai terkejar-kejar ke sana ke mari. Mana nak kejar mengajar lagi, nak fotostate contoh soalan percubaan lagi. Mana nak buat laporan mengajar lagi. Pendek kata nak makan pun tak sempat. Malah, bukan hari ini sahaja, memang sejak dua menjak ni dia sibuk sangat. Kantin pun tak sempat nak jejak. Nasib baik sempat lagi ke tandas. Huhu.
“Errr. Awak pulak buat apa? Tak studi ke?” Ariana cepat-cepat menukar tajuk.
“Hmmm. Baru lepas. Sekarang tengah rest. Lepak tepi tasik kejap. Teringat awak. Tu saya telefon...”
Ariana membayangkan Akmal sedang duduk di tepi tasik buatannya itu. Rambut Akmal pasti terbuai-buai ditiup angin. Dia juga membayangkan Akmal memakai t-shirt berkolar berwarna putih berlengan pendek dengan cargo pant berwarna hitam. Butang di leher dibiarkan tanpa berbutang sehingga menampakkan dadanya yang bidang....
“Ariana?”
Ariana tersedar dari lamunan. Spontan dia menepuk dahi apabila tersedar yang dia dah jauh mengelamun tentang Akmal. Terasa malu menyelubungi diri apabila dia sedar yang dia telah terlebih berimaginasi tentang Akmal. Mujur Akmal tidak berada di situ.
“Errr. Akmal. Saya nak letak dulu ni. Ada hal sikit...” Ariana menjawab mengelabah. Sebetulnya dia masih malu dengan diri sendiri kerana berfikiran liar seperti itu.
“Hal apa?” Akmal bertanya seolah-olah tak puas hati. Ariana menelan air liur. Apa nak kelentong ni?
“Errr. Suzi. Ha...Suzi ajak pergi beli barang dapur...” Hentam jelah. Janji selamat.
“Hmmm. Kalau dengan cikgu Suzi, tak apalah. Kirim salam pada dia nanti...”
Ariana mencebik tidak puas hati. Kalau dengan si Suzi tu boleh pulak nak panggil cikgu. Siap berkirim salam lagi. Huh! Eh Ariana, are you....jealous?
“Hmm. Tengoklah dulu. Okeylah. Saya nak letak dulu. Bye...” Ariana terus memutuskan talian tanpa sempat memberikan peluang kepada Akmal untuk bercakap. HTC dicampakkan di atas katil. Dia merenung siling. Entah kenapa dia rasa agak marah. Dia menarik bantal busuk lalu ditekupkan ke muka. Arghhh! Dia menjerit sekuat-kuat hati. Hiss. Kenapa pulak nak rasa marah tak tentu pasal ni? Ariana bertanya sendiri.
“Rin? Kau okey ke?”
Spontan Ariana menarik bantal yang menutupi mukanya itu.
“Okey je. Kenapa?” Selamba Ariana bertanya.
“Takdelah. Dari luar aku dengar suara kau. Ingatkan gaduh dengan boyfriend...” Suzi menjawab sambil mengangkat kening. Ariana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Huh. Buat apa aku nak bergaduh dengan budak tak cukup umur tu. Dari bergaduh dengan dia, baik aku buat kerja lain. Ada jugak faedahnya...” Ariana bangun dan duduk di atas katil. Kaki disilakan. Suzi berjalan masuk ke dalam bilik dan duduk di hujung katil. Kening Ariana terangkat. Jarang kot nak tengok si Suzi ni melepak dalam bilik dia. Melainkan...
“Rin. Aku tanya sikit boleh?”
Ariana memandang curiga ke arah Suzi yang sudah tersengih kerang busuk itu.
“Apa?”
“Hmmm. Kau dengan Akmal tu macam mana sekarang?”
Ariana menjulingkan biji matanya. Dia memang dah agak dah.
“Biasa je.” Ariana menjawab malas. Tangan segera mencapai novel yang terletak di atas katil.
“Biasa macam mana?” Suzi tidak mahu mengalah.
“Biasa jelah.”
“Ish. Jawablah betul-betul...”
“Nak jawab betul-betul macam mana lagi. Dah betullah ni...” Ariana menyelak helaian pertama novel cinta yang baru sahaja di beli beberapa minggu lepas namun masih belum sempat nak dibaca.
“Hmmm. Kau serius ke dengan Akmal tu?”
Tangan Ariana terhenti apabila mendengar soalan tersebut. Entah kenapa dia tak berapa suka dengan soalan-soalan macam tu.
“Entahlah.” Perlahan Ariana menjawab. Suzi terdiam seketika.
“Kau masih tak ada sikit pun perasaan pada Akmal ke?”
Ariana diam. Tak tahu nak jawab. Sebetulnya dia sendiri pun tak tahu sama ada dia mempunyai perasaan pada Akmal atau tidak.
“Aku tak tahu...” Perlahan juga dijawab. Suzi merenung wajah Ariana yang masih tunduk merenung novel ditangan.
“Hmm. Senang je kalau nak tahu kita ada perasaan pada seseorang atau pun tidak...”
Ariana mengangkat kepala memandang wajah Suzi yang dah tersengih nakal itu. Ariana mencebik. Ni gaya-gaya macam nak mengenakan dia je.
“Macam mana?” Ariana bertanya sekadar ingin tahu sejauh mana Suzi mahu mengenakannya.
“Okey. Berdasarkan pengalaman aku. Memang kita susah nak sedar yang kita memang dah ada perasaan pada seseorang. Pendek kata, kita memang takkan tahu  bila kita mula jatuh cinta pada seseorang tu.”
Ariana mula tertarik dengan kata-kata Suzi itu. Hmm, Suzi kan dah bertunang. Jadi mungkin kata-kata dia sedikit sebanyak boleh dipercayai.
“Teruskan...” Ariana semakin berminat menyebabkan Suzi semakin tersengih lebar. Ariana cuba mengekalkan riak muka tak berperasaannya apabila melihat senyuman mengusik di wajah Suzi namun dalam hati dah malu tahap petala ke lapan.
“Hmm. Salah satu cara nak tahu yang kau dah jatuh cinta pada seseorang ialah kau asyik teringatkan dia je tak kira masa. Asyik terfikir apa yang dia buat, dengan siapa dia berada...”
Ariana terdiam. Cuba mengigati adakah dia asyik teringatkan Akmal je? Hmm. Macam tak ada...kot.
“Lagi?”
“Hmmm. Kau mula rindukan dia. Kalau dulu kau tak kisah nak tinggalkan telefon merata-rata tapi sekarang telefon tu dah jadi macam nyawa kau. Asyik berkepit je sebab kau risau kalau-kalau dia telefon tapi kau tak sempat angkat...”
Ariana berfikir lagi. Ada ke dia buat macam tu? Rasanya macam tak ada....kot.
“Lagi?”
“Bila kau berada di sisi dia. Kau akan rasa sesuatu yang kau tak rasa bila bersama dengan orang lain.”
“Maksud kau?” Ariana kurang memahami akan kata-kata Suzi itu.
“Maksud aku. Kau akan rasa berdebar-debar. Rasa seram sejuk je. Tambah-tambah kalau dia mengucapkan kata-kata sayang pada kau. Mahu boleh pengsan dibuatnya...”
Ariana terdiam. Biar betul?
“Errr. Ada lagi ke?” Ariana semakin mengelabah. Rasa-rasanya hampir kesemua petanda yang dikatakan oleh Suzi tu, dia ada alaminya. Takkanlah dia dah jatuh cinta pada Akmal? Mustahil.
“Hmmm. Kau akan mula mimpikan dia. Yang ni bukan semua orang akan alaminya. Kadang kala kau akan mimpikan orang lain juga. Jadi yang ni bolehlah kalau nak dikeluarkan dalam senarai petanda kau dah jatuh cinta pada seseorang...”
Ariana diam lagi. Rasanya dia tak pernah lagi mimpikan Akmal.
“Lagi?”
“Hmm. Kau mula berminat nak layan lagu-lagu cinta. Mana-mana lagu yang kau rasa ada kena mengena dengan diri kau, kau akan dengar dan terus dengar. Kadang tu siap cari lirik dekat internet lepas tu hafal. Lagu tu pula kau letak dalam telefon atau mp3 supaya kau boleh terus dengar tak kira kat mana-mana pun. Bila kau dengar lagu tu dekat mana-mana, contohnya dekat radio ke, dekat dalam bas ke atau dekat pasar raya, kau rasa macam kau nak menyanyi sekali dengan penuh perasaan sambil teringatkan si dia...”
Ariana merenung wajah Suzi tanpa berkelip. Suzi pula seolah-olah seperti mampu membaca apa yang bermain di dalam fikirannya.
“Lepas tu kau dah mula nak baca novel cinta...” Suzi mengangkat kening sambil tersengih. Wajah Ariana terasa merah padam.
“Aku memang suka baca novel cinta ni sejak dulu lagi okey...” Ariana memberi alasan. Spontan novel cinta di tangan, di tutup. Biar betul. Dia memang dah jatuh cinta pada Akmal ke?
“Last but not least....”
Ariana menunggu dengan rasa tak sabar. Suzi pula sengaja buat lambat-lambat seolah-olah mahu mendera jiwa dan raganya.
“Cepatlah...!” Ariana berkata tak sabar. Suzi ketawa.
“Itulah tandanya.”
“Hah?” Ariana bertanya tidak faham. Suzi masih lagi tersengih nakal.
“Bila kau rasa tak sabar nak tahu apa petanda seterusnya. Itu maknanya kau memang dah sayangkan dia...” Suzi bangun dan laju sahaja berjalan ke pintu sebelum sempat Ariana memahami kata-kata Suzi itu.
“Suziiiiiii!” Ariana menjerit kuat sebelum membaling bantal ke arah pintu. Suzi ketawa besar. Sempat dia mengelak balingan bantal teman serumahnya itu. Ariana mengetap bibir. Memang nak kena Suzi ni. Sempat lagi mengenakan dia. Suara gelak sakan Suzi masih mengisi ruang rumah sewa mereka pada petang yang damai itu.
                                                                        ***
AKMAL memetik gitar mendendangkan melody lagu Living To Love You sambil melemparkan pandangan ke arah tasik yang tenang. Melihat tasik yang tenang itu, hatinya agak tenang juga. Kepala yang terasa sarat dengan segala macam ilmu dirasakan agak lega setelah berbual dengan Ariana tadi. Diam tak diam dah hampir setengah tahun perhubungan dia dengan Ariana dan nampaknya Ariana telah menunjukkan penerimaan yang baik terhadapnya walaupun Ariana tidak pernah sekali pun mengucapkan kata-kata sayang. Biarlah. Dia tak nak terlalu memaksa. Dia yakin suatu hari nanti, Ariana pasti akan meluahkan kata-kata keramat itu. Akmal mengangkat gitar di atas riba lalu ditegakkan di tepi kerusi tempat dia duduk. Dia mengeliat untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan sebelum berdiri. Hari sudah hampir menginjak waktu maghrib. Dia mencapai gitar lalu melangkah menuju ke dalam rumah. Telinga menangkap bunyi kereta masuk ke halaman rumah namun itu tidak membuatkan dia berhenti dari melangkah menuju ke tingkat atas.
“Abang, can we talk?”
Langkah Akmal terhenti di hujung anak tangga menuju ke tingkat atas. Dia memusingkan badan.
“About what?” Akmal bertanya perlahan. Dia memandang ke arah wajah papanya. Sudah agak lama dia tidak bertegur sapa dengan papa. Kalau diikutkan, inilah kali pertama sejak lepas SPM dulu.
“Can we sit together and talk?”
Akmal melepaskan keluhan berat sebelum melangkah mendekati papanya yang sudah menunggu di ruang tamu. Terasa agak janggal pula berada di situ.
“Apa rancangan abang lepas ni?” Pertanyaan tanpa mukadimah itu sudah boleh diagak oleh Akmal. Akmal merenung wajah papanya yang serius itu. Tiada secalit senyuman pun terukir di wajah lelaki separuh umur itu.
“Entah. Tak fikir lagi.” Mudah Akmal menjawab. Dato Shamsudin memandang ke arahnya dengan raut pandangan tajam.
“Papa nak lepas STPM, abang fly ke UK..”
“Untuk apa?” Tanya Akmal separuh sinis. Telinganya dah naik jemu mendengar cadangan papanya yang tak habis-habis mahu dia menyambung pelajaran di UK.
“Sambung belajar. Ambil business.”
Sorry papa. Abang tak berminat.” Selamba Akmal menjawab. Wajah Dato Shamsudin semakin serius. Akmal dapat rasakan yang suasana telah menjadi tegang.
“But why? Kenapa abang tak nak sambung belajar dalam bidang business? Siapa lagi papa nak harapkan untuk take over syarikat kita kalau bukan abang?” Suara Dato Shamsudin dah naik tiga oktaf. Akmal masih berlagak selamba.
“Take over syarikat papa bukan matlamat abang.”
Wajah Dato Shamsudin menjadi merah padam seolah-olah menahan marah apabila mendengar jawapan dari anak lelaki tunggalnya itu.
“Habis tu apa matlamat abang? Nak jadi samseng? Nak jadi sampah masyarakat? Hidup tak ada hala tujuan?!”
Akmal mengenggam tangan cuba mengawal rasa marahnya.
Sorry papa. Abang tetap dengan pendirian abang. Nothing can change it.” Akmal berkata tegas sebelum berdiri dan mula melangkah menuju ke tingkat atas.
“Sebab perempuan tu ke?”
Langkah kaki Akmal terhenti lagi.
“Sebab perempuan tu, abang sanggup bantah cakap papa?”
Akmal hanya memandang papanya dari balik bahu. Sedar siapa perempuan yang dimaksudkan oleh papanya. Akmal tidak menjawab pertanyaan papanya dan melangkah semula menuju ke tingkat atas.
p/s: TO BE CONTINUED.

4 140 tukang karut:

lee jee joong said...

tu dah terbukti ke yg ariana dah jatuh cinta kat akmal?? ngaku tak tu ke ego tebal lagi? huh.... then papanye tak sukakan ariana tapi papanya tau ke sbb ariana akmal jadi manusia balik? tak thanks pun kan huh ^_^ ~~~eida arie~ post komen kat sini tak berani nak kacau jiwa cik ainn heheh biar dia cool... kalau post kat sini dia buka baru nampak kalau kat fb notification ada heheh da....

Cahaya said...

lee jee joong>> sy okey je demi akmal. boleh gtu? heeee...

lee jee joong said...

hehehe boleh sokmo :) oh akmalku :)

Cahaya said...

lee jee joong>> heeee :)

Post a Comment