RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, April 2, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...(Bab 30)


BAB 30
ARIANA mengurut leher perlahan yang terasa lengguh. Sesekali jari jemari dipatah-patahkan sehingga menghasilkan bunyi detupan tulang temulang membuatkan dia sedikit lega. Dari pagi sampailah waktu rehat memang dia tak buat kerja lain selain menghabiskan menanda baki latihan yang dihantar oleh anak muridnya. Lepas waktu rehat barulah kelasnya bermula dengan tingkatan 3. Ariana menarik nafas panjang, perut terasa lapar lalu dia bangun dan mencapai beg tangan. Kaki diatur laju menuju ke kantin. Sesekali pelajar mengucapkan salam dan selamat pagi apabila berpapasan dengannya dan dibalas dengan senyuman lebar. Nak jadi guru yang disayangi dan mudah didekati oleh pelajar tak boleh sombong-sombong.
Ariana mengagau beg tangan apabila terasa HTC bergetar. His, boleh tahan juga kalau HTC ni bergegar. Dengan dia-dia sekali ikut bergegar. Ariana memandang sekeliling apabila nama pada skrin itu dilihat. Teragak-agak seketika mahu menjawab panggilan tersebut namun butang hijau disentuh juga.
“Helo, ada apa call waktu sekolah ni?” Tergesa-gesa Ariana bertanya tanpa mukadimah.
“Saja nak telefon. Rindu...”
Ariana menggigit bibir sambil memandang sekeliling lagi. Bimbang ada yang mendengar perbualan mereka.
“Awak jangan nak mengada-ngadalah. Saya sibuk ni...”
“Sibuk buat apa? Saya nampak laju je tu. Nak ke mana?”
“Awak mengintip saya?” Spontan Ariana memandang sekeliling lagi mencari Akmal. Bahaya betullah budak ni. Semua gerak geri nak diperhatikan.
“Taklah. Dah memang kebetulan nak nampak awak dari sini...”
Ariana memandang sekeliling lagi. Tak puas hati dia tak nampak Akmal. Kedengaran Akmal ketawa di sebelah sana.
“Tak payahlah nak cari saya. Awak takkan nampak saya punya...”
“Kenapa pulak? Kalau awak boleh nampak saya, saya pun mesti boleh nampak awak...”
“Hai Ariana, buat apa tu? Beriya pandang kiri kanan?” Tegur Sofia yang entah bila muncul di sebelah. Ariana terkejut sehingga hampir terlepas HTC ditangan.
“Hah? Err. Tak ada apa-apa. Saya on phone...” Ariana menjawab mengelabah.
“Yeke? Sembang dengan buah hati ye...” Sofia bertanya tersenyum mengusik. Muka Ariana terasa berbahang. Nampak sangat ke? Huhu.
“Errr. Taklah. Err...” Tergagap Ariana menjawab. Suara Akmal dah gelak sakan di sebelah sana. Mesti dia boleh dengar dan boleh nampak apa yang terjadi sekarang.
“Hmmm. Bersembang dengan buah hatilah tu. Kesian Cikgu Saufi. Melepas...”
Wajah Ariana terasa terbakar mendengar usikan Sofia itu. Cepat-cepat tangan yang memegang HTC dijatuhkan ke sisi. Bimbang didengari oleh Akmal.
“Tak apalah. Aku tak nak kacau kau. Jumpa nanti. Kirim salam pada buah hati kau tu ye...” Sofia mengenyitkan mata sebelum berlalu menuju ke kantin. Ariana hanya diam sambil memandang ke arah Sofia yang semakin jauh itu. HTC ditangan direnung. Akmal masih di talian. Dia melekapkan HTC ditelinga. Air liur ditelan. Minta-minta Akmal tak dengar apa Sofia cakap tadi.
“Akmal, kita sembang nantilah. Saya nak ke kantin ni. Lapar...” Ariana berbisik perlahan.
“Hmmm. Saya ada benda nak cakap ni...”
“Apa dia? Nanti-nanti tak boleh ke?”
“Mama jemput awak makan malam di rumah malam ni.”
“Hah? Apa awak cakap?” Suara Ariana naik seoktaf. Spontan dia menutup mulut apabila menyedari suaranya terlebih kuat. Dia memandang sekeliling. Mujur tak ada orang.
“Tak payahlah terkejut sampai macam tu sekali. Malam ni pukul 8.30 okey?”
Ariana dah mula mengelabah semula.
“Nanti-nanti. Awak cakap mama awak ajak makan malam? Kenapa?”
“Saja. Pukul 8.30 saya jemput.”
“Nantilah Akmal. Saya tak habis tanya lagi. Kenapa tiba-tiba je?”
“Tiba-tiba apanya?”
“Tiba-tiba jemput saya makan malam macam tu..”
“Apa salahnya. Dah, jangan nak banyak tanya. Saya datang malam ni jemput awak...”
Ariana menggigit bibir. Makan malam dengan Datin Celina? Kenapa? Tiba-tiba je pulak tu?
“Errr, sorrylah Akmal. Malam ni saya errr..sibuk sikit. Banyak kerja. Awak tolong cakap pada mama awak ye...”
“Awak tak nak datang, awak cakap sendiri...” Akmal dah buat perangai tak makan saman dia. Ariana menggigit bibir geram.
“Tolonglah Akmal, please...” Ariana bersuara lembut seolah-olah mahu mencairkan hati Akmal yang dah macam besi itu. Akmal terdiam seketika. Ariana hampir pasti yang dia akan menang kali ni.
“8.30 sharp. Jangan lambat.”
Pap!
Ariana memejamkan mata ketika Akmal terus memutuskan talian tanpa sempat dia berkata apa-apa. Memang samseng tak makan saman. Ariana tak jadi hendak ke kantin. Fikirannya agak kusut memikirkan kenapa Datin Celina tiba-tiba nak ajak makan malam bersama. Waktu weekdays pulak tu. Tak ada angin tak ada ribut. Jangan-jangan Datin Celina nak...errr. Ariana tak berani nak membayangkan pun apa yang tergambar dalam kotak fikirannya. Dengan langkah longlai, dia berjalan kembali menuju ke bilik guru tanpa mengendahkan perut yang berkeroncong minta diisi.

                                                                        ***
AKMAL memandang Ariana di sebelah dengan ekor mata. Gadis itu kelihatan agak gelisah dan hanya mendiamkan diri sejak dari tadi. Senyum cuba ditahan apabila mengingatkan betapa kelatnya wajah Ariana ketika gadis itu keluar dari rumah. Tanpa sepatah kata, terus gadis itu masuk ke dalam kereta dan kekal begitu sehinggalah perjalanan sudah sampai separuh jalan. Akmal menekan butang radio. Lagu Hasrat nyanyian Phyne Ballerz berkumandang dari corong radio. Akmal tersenyum sendiri apabila mengingatkan kenangan dia menyanyikan lagu tersebut masa Hari Guru tempoh hari. Memang dia menyanyikan lagu tersebut untuk Ariana. Dia tersenyum kecil apabila mengigatkan wajah Ariana ketika itu. Cuak habis. Mungkin bimbang yang dia akan mengumumkan tentang hubungan mereka. Walaupun memang itu niat asalnya namun bila fikir-fikir balik, rasanya Ariana pasti akan menghadapi masalah dengan pihak atasan nanti dan dia tak mahu mengambil risiko. Dia bimbang Ariana akan marah padanya nanti.
Ariana menoleh ke arah Akmal apabila terdengar ketawa kecil Akmal di sebelah. Keningnya terangkat melihat Akmal senyum sorang-sorang. Macam orang angau je. Ariana kembali memandang ke depan. Baru dia tersedar lagu yang sedang dimainkan di radio. Patutlah Akmal senyum sorang-sorang. Serta merta muka Ariana terasa berbahang walapun penyaman udara telah dipasang. Mesti Akmal teringat semasa Hari Guru tempoh hari. Ariana semakin malu apabila mengigatkan dia yang dah cuak habis dan mengelabah namun dalam masa yang sama tertarik hati dengan suara Akmal yang macho itu. Rasanya hampir separuh daripada pelajar perempuan di dalam dewan itu boleh jatuh hati dengan kemachoan suara Akmal itu. Tiba-tiba dia berasa cemburu apabila membayangkan yang mungkin ada pelajar yang dalam diam jatuh hati dengan Akmal. Yelah, Akmal tu kan ke anak orang kaya. Kacak pulak tu. Tubuh badan tinggi dan tough macam model. Eh kejap. Dia cakap dia rasa cemburu? Dia rasa cemburu kalau ada orang sukakan Akmal? Ya ampun. Apa dah jadi ni? Biar betul!
“Jom...”
Spontan dia memandang ke sebelah. Akmal tersenyum memandang ke arahnya. Tiba-tiba dia rasa sesuatu meresap dalam dirinya ketika melihat senyuman Akmal itu. Dada menjadi berdebar entah sebab apa.
“Jom, mama mungkin dah lama tunggu...” Akmal membuka pintu keretanya sebelum keluar. Ariana tersedar. Dia memandang ke depan. Rupanya mereka dah sampai depan rumah Akmal. Kenapa rasa macam cepat je sampai?
Ariana membetul-betulkan kedudukan baju kurung moden berwarna pink lembut ditubuhnya sebelum melangkah masuk mengekori Akmal yang sudah berjalan dahulu. Tiba-tiba hatinya kembali berdebar. Rasa macam nak jumpa bakal mak mertua je sedangkan ini bukan kali pertama dia berjumpa dengan Datin Celina. Tapi entah kenapa kali ni dia rasa macam agak risau sedikit. Otak masih memikirkan kenapa Datin Celina mahu makan malam bersamanya.
Ariana berdiri di sebelah Akmal yang masih tercegat di ruang makan tersebut. Agak hairan juga kenapa Akmal berdiri di situ. Tunggu dia kah? Ariana memandang ke arah meja makan. Dadanya kembali berdebar.
“Ha, dah sampai pun orang jauh...” Datin Celina bersuara. Ariana menelan air liur. Matanya lebih tertumpu pada seseorang.
“Ini ke tetamu istimewa yang awak cakap tu?” Suara garau lelaki itu kedengaran buat pertama kalinya. Ariana menelan air liur. Dia memandang Akmal di sebelah. Raut wajah Akmal kelihatan agak tegang.
“Ye. Inilah tetamu istimewa yang saya katakan tadi. Abang, ajak Ariana ke sini. Kita makan sekali. Ariana tentu dah lapar.” Datin Celina memandang ke arah mereka dengan senyuman mesra. Berbeza betul dengan Dato Shamsudin yang masih merenungnya tajam. Tak pasti renungan itu ditujukan kepada Akmal atau dia. Akmal melepaskan keluhan berat sebelum berjalan perlahan menuju ke meja makan. Ariana kelang kabut mengekori Akmal dari belakang.
“Ariana. Terima kasih sebab sudi datang...” Datin Celina tersenyum lagi. Ariana turut sama tersenyum namun dirasakan yang senyumannya agak hambar dek kerana kehadiran Dato Shamsudin yang seolah-olah kurang menyenangi kehadirannya pada malam itu.
“It’s okey auntie. Terima kasih juga sebab jemput saya malam ni...” Perlahan sahaja Ariana menjawab.
“Ariana, kenalkan. Ni Dato Shamsudin, papa Akmal.”
“Errr. Apa khabar uncle...” Ariana menyapa agak mengelabah. Dato Shamsudin tidak memandang ke arahnya membuatkan hati Ariana agak terasa.
“Boleh kita mula makan sekarang?” Dato Shamsudin bersuara garau.
“Hmm. Akmal. Baca doa dulu...” Datin Celina bersuara. Kelihatan raut wajahnya agak berubah. Barangkali tidak sangka dengan reaksi suaminya itu terhadap Ariana. Akmal membacakan doa makan sebelum mereka mengaminkan secara senyap. Ariana terasa luar biasa janggalnya berada di tengah-tengah keluarga itu. Rasa macam dia orang asing yang tidak diperlukan. Tapi bukankah dia memang orang asing?
“Nah...”
Ariana memandang ke arah Akmal yang telah meletakkan sambal sotong di dalam pinggan nasinya.
Thanks...” Perlahan sahaja suara Ariana. Akmal memandang ke arahnya seolah-olah ingin berkata sesuatu. Ariana segera mengalihkan pandangan ke arah lain apabila dirasakan renungan tajam dari Dato Shamsudin ke arah mereka.
“Ariana, jemput makan ye. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri....”
Ariana hanya senyum ke arah Datin Celina yang seperti tak putus-putus cuba membuatkan dia selesa. Barangkali Datin Celina sedar yang dia tak berapa selesa berada disitu. Hanya sekadar mahu mengambil hati Datin Celina, Ariana menyuap juga nasi ke mulut. Akmal pula tak putus-putus melayannya makan dan asyik meletakkan lauk di dalam pinggannya.
“Akmal. Cukuplah tu. Dah penuh ni...” Ariana berbisik perlahan.
“Makan banyak sikit. Lagi pun tengah hari tadi awak tak makan kan...”
Ariana memandang ke arah Akmal. Agak hairan bagaimana Akmal boleh tahu yang sepanjang hari ini sebutir nasi pun tak masuk ke perut sebab takut memikirkan malam ini.
I’m your lover, remember?” Akmal berbisik perlahan. Muka Ariana terasa merah padam mendengar kata-kata Akmal itu terutama dihadapan keluarga Akmal.
“Abang ni sejak ada kak Ariana, Sarah pun dia dah tak nak layan...”
Ariana terkejut. Akmal turut berpaling ke arah Sarah yang baru muncul di ruang tersebut. Sarah tersengih apabila masing-masing seolah-olah kaget dengan kemunculannya secara tiba-tiba itu.
“Sarah dah balik? Sini duduk makan sekali...” Dato Shamsudin menegur. Sarah segera berjalan ke arah papanya sebelum duduk di kerusi kosong si sebelah papanya. Ariana hanya memandang ke arah mereka berdua dengan agak hairan. Pelik juga melihat reaksi Dato Shamsudin yang tiba-tiba bertukar rupa itu tatkala Sarah muncul. Nampak macam Dato Shamsudin lebih menyenangi Sarah daripada Akmal.
“Macam mana belajar hari ini?” Dato Shamsudin bertanya.
“Biasa je. Hmmm, sedapnya bau. Seronoklah kalau kak Ariana datang selalu. Boleh makan sedap-sedap...” Sarah tersengih mengusik ke arah Ariana. Ariana tertunduk malu. Nak datang selalu? Baru makan malam macam ni pun dah terasa macam kena hukum pancung. Huhu.
“Sudahlah Sarah. Makan cepat. Lepas tu boleh naik sambung belajar...” Dato Shamsudin menegur. Mungkin tidak senang dengan kata-kata Sarah tadi. Ariana seolah-olah memahami yang Dato Shamsudin mungkin tak suka akan kehadirannya pada malam itu.
“Papanya, di meja makan pun takkan nak bercakap soal belajar. Bagilah anak tu rehat dulu. Bukan kah Sarah baru balik dari kelas tambahan...” Datin Celina yang sedari tadi mendiamkan diri pula bersuara.  Dato Shamsudin hanya merengus perlahan namun tidak berkata apa. Suasana di meja makan kembali senyap sunyi. Hanya dentingan sudu dan garfu berlaga dengan pinggan kaca berwarna putih susu buatan Itali.
Sambil makan, Ariana sempat memandang ke arah ahli keluarga Akmal yang sedang khusuk makan. Rata-rata semua ahli keluarga Akmal makan dengan penuh sopan dan tertib. Patutlah cara Akmal makan pun bersopan santun je. Ariana menoleh ke arah Akmal di sebelah. Kalau tengok Akmal makan ni memang boleh kenyang dibuatnya. Penuh kesopanan dan kesusilaan. Haha dah macam rukun negara je.
“Ariana, kalau Ariana nak tahu, Akmal ni suka sangat makan sambal sotong dengan tomyam seafood...”
Ariana spontan menoleh ke arah Datin Celina. Agak malu apabila menyedari yang mungkin Datin Celina sedang memerhatikan dia yang khusuk memandang Akmal makan sehingga nasi di pinggannya tidak luak. Akmal di sebelah tidak bereaksi apa atas komen mamanya itu. Masih makan seperti biasa. Eh kejap. Kenapa Datin Celina memberitahunya yang Akmal suka makan sambal sotong dengan tomyam seafood? Jangan-jangan Datin Celina tahu yang dia tak pandai masak dan tak suka masak? Datin Celina mahu dia belajar memasak supaya anaknya nanti tak mati kebulur bila mereka berkahwin nanti? Eh? Berkahwin??
“Kenapa tak makan? Dah kenyang ke?” Teguran Akmal membuatkan Ariana kembali tersedar. Ariana cepat-cepat mengeleng sebelum menyudu nasi ke mulut. Dalam hati sibuk memarahi dirinya sendiri yang sempat lagi mengelamun di meja makan.

Ariana berdiri di atas stepping stone itu. Rasa sakit di kaki cuba ditahan. Matanya masih memandang ke arah air tasik yang agak tenang itu. Dia memejamkan mata. Cuba menghayati hembusan aingin malam yang menenangkan. Sejam lebih berada di meja makan tadi membuatkan dia seolah-olah kekurangan oksigen. Cahaya bulan yang terang itu turut menambah ketenangan di hatinya.
“I love you....”
Spontan Ariana membuka mata dan menoleh. Akmal dah berdiri di sisinya dengan jarak 2 meter daripadanya. Muka Ariana terasa panas .
“Buat apa kat luar ni sorang-sorang? Rindukan seseorang?” Akmal tersengih nakal memandang ke arahnya. Ariana menjeling namun tidak menjawab. Kepala didongak memandang ke arah bulan yang terang benderang itu.
“Cantik kan bulan tu?” Ariana bersuara perlahan. Akmal turut sama memandang ke arah langit yang hitam itu.
“Hmmm. Tapi cantik lagi bulan di sebelah saya...”
Ariana memutarkan bebola matanya. Tahu sangat Akmal bercakap tentang siapa.
“Tak payah nak jiwang sangatlah Akmal. Saya takkan terpedaya...” Ariana menjawab dengan lagak angkuh. Akmal memandang ke arahnya dengan kening terangkat.
“Really?”
“Of couse. Hati saya hati besi. Tak mudah cair dengan kata-kata mat romeo macam awak....” Ariana turut sama mengangkat kening seolah-olah mencabar Akmal. Akmal menghadiahkan senyuman herot ke arahnya membuatkan Ariana tertelan air liur sediri. Akmal berjalan mendekatinya. Ariana bergerak ke sebelah perlahan.
“Akmal, awak nak buat apa ni?”
Akmal masih lagi tersenyum nakal. Boleh nampak yang senyuman Akmal itu senyuman nak mengodanya. Arghh! Dia takkan tergoda dengan taktik Akmal itu.
“Akmal, papa dan mama awak kat dalam tu. Nanti apa mereka kata kalau awak...”
Akmal ketawa besar dengan tiba-tiba. Ariana merenung ke arah Akmal dengan raut wajah pelik.
“Kenapa awak ketawa macam tu? Apa yang lawak?”
“Muka awak...kelakar.”
“Hah?” Ariana tak faham.
“Muka awak. Cuak gila. Hati besi konon. Baru acah sikit dah takut...”
Ariana mencebik namun tidak menjawab. Namun dalam hati memang dah berdebar gila-gila tadi. Itulah, berani sangat nak cabar si Akmal ni. Fuh, nasib baik Akmal hanya bergurau je.
“Macam mana ni sayang...”
Meremang bulu roma Ariana apabila mendengar kata ‘sayang’ itu. Tiba-tiba dia terasa seram sejuk.
“Apa?” Ariana memandang ke arah Akmal yang tak putus-putus mempamerkan senyuman nakal ke arahnya.
“Macam mana ni, saya baru je acah awak dah takut. Jangan masa first night nanti awak lari sudahlah. Kesian saya nanti...”
Rasa macam nak pengsan apabila mendengar kata-kata selamba yang keluar dari mulut Akmal itu. Akmal masih lagi tayang muka sengih nakalnya.
“Jangan nak merepaklah Akmal. Behave sikit dekat rumah parent awak ni...” Ariana menjeling tajam.
Sorry kalau malam ni awak rasa tak selesa...”
Ariana menoleh ke sebelah.
“Nampak sangat ke?” Ariana bertanya risau.
“Saya tak salahkan awak. Saya tak tahu pun papa akan join sama malam ni. Selalunya papa jarang balik awal untuk makan malam...” Akmal menjawab sambil tunduk mengutip batu lalu dibaling ke dalam tasik dan menghasilkan percikan kecil. Ariana hanya memandang.
“Papa awak macam tak sukakan saya...” Akhirnya terluah apa yang bermain di dalam fikirannya sejak kali pertama dia berjumpa dengan Dato Shamsudin dulu. Akmal memandang ke arahnya. Ariana masih merenung tasik yang tidak lagi tenang seperti hatinya sekarang.
“Awak jangan fikirkan hal itu sangat. Papa memang tak suka semua orang termasuk saya. Kan dulu saya dah cakap. Awak jangan ambil hati ya. Yang penting, mama sukakan awak. Itu dah cukup puas hati bagi saya...”
Ariana tidak menjawab. Hatinya masih lagi bimbang.
“Papa awak dengan Sarah, nampak...errr...akrab...”
Akmal terdiam. Keluhan nafas berat dilepaskan.
“Papa memang sayangkan Sarah lebih dari segala-galanya. Mungkin baginya Sarah itu anak yang sesuai menjadi keturunanya. Bukan seperti saya...”
Ariana memandang wajah Akmal. Ada rasa pilu di wajah lelaki itu. Tiba-tiba hatinya turut bersedih melihat Akmal seperti itu.
“Papa memang lebih sayangkan Sarah sebab Sarah ikut apa papa nak. Sarah jarang membantah apa kata papa walaupun kadangkala Sarah tak setuju dengan papa tapi dia rela diamkan sahaja....”
“Akmal...”
Akmal memandang ke arahnya. Senyuman diberikan oleh Akmal. Namun Ariana sedar, senyum itu penuh dengan kedukaan.
“Awak ada mama awak. Sarah juga dan....”
“Dah...?”
Ariana menggigit bibir. Dia tertunduk malu.
“Dan saya juga...”
Ariana memberanikan diri mengangkat kepala memandang wajah Akmal. Akmal kembali tersenyum lebar dan kali ini senyum itu penuh dengan kebahagiaan yang terpancar di mata Akmal.              
 p/s: TO BE CONTINUED

0 140 tukang karut:

Post a Comment