RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, April 1, 2013

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...(Bab 29)

BAB 29
“Saya sayang awak...”
Ariana tersenyum sinis ketika memandang wajah lelaki di hadapannya itu.
“Betul ke?” Ariana bertanya separuh menyindir.
“Betul. Saya tak tipu...” Jawab lelaki itu bersungguh-sungguh. Ariana masih lagi mempamerkan senyuman sinis.
“Kalau betul, kenapa awak tinggalkan saya?” Tanya Ariana hampir sayu. Hilang terus senyuman sinis yang bermain di bibir sejak tadi. Lelaki itu terdiam.
“Jawab, Mirul! Kenapa awak tinggalkan saya?!”
Ariana terjaga dari tidur. Terkebil-kebil mata merenung siling. Kepala tiba-tiba teringat akan mimpinya tadi. Serta-merta dia beristifar dan meraup muka. Mimpi rupanya. Entah kenapa boleh pulak tersesat masuk dalam mimpinya ketika itu. Ariana bangun dan duduk di atas katil. Dia mencapai HTC lalu menjeling jam yang terpapar pada skrin HTC. Hampir pukul 2 petang.  HTC diletakkan di sebelahnya. Dia termenung seketika. Kenapa Amirul boleh masuk dalam mimpinya tadi? Setelah sekian lama dia tak mimpikan lelaki itu tapi alih-alih hari ni boleh pula muncul balik dalam mimpi. Ariana menarik nafas panjang. Dia mengeliat perlahan sebelum berdiri dan berjalan menuju ke hujung bilik. Tuala di capai sebelum menuju ke bilik air. Mandi lagi bagus dari memikirkan tentang lelaki itu. Getus hati Ariana perlahan.
Setelah mandi dan berpakaian, barulah Ariana terasa segar. Telekung dicapai dan disarung ke tubuh untuk menunaikan solat zuhur. Setelah berdoa panjang, Ariana melipat kembali telekung dan sejadah yang telah selesai digunakan. Setelah itu, kaki dihayun pula menuju ke dapur. Pinggan kosong dicapai dari rak di atas kabinet dapur. Nasi bungkus yang sempat dibeli selepas balik sekolah tadi ditarik dan dibuka lalu dituangkan di atas pinggan kosong tadi. Plastik berisi lauk juga dikeluarkan. Mangkuk diambil dari rak dan diletakkan di atas meja. getah yang mengikat plastik lauk itu dibuka perlahan dan isi plastik dicurahkan di dalam mangkuk. Cukuplah buat makan sampai malam. Suzi pulak tak ada minggu ni. Kena pergi khusus di Johor. Hmm, tinggal sorang lagilah minggu ni.
Ariana berjalan menuju ke peti sejuk. Pintu peti sejuk ditarik lalu jug jus oren dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja. gelas yang tersusun di hujung meja dicapai. Jus oren dituang di dalam gelas tersebut lalu diletakkan di atas meja. kerusi ditarik sebelun tubuh dilabuhkan. Ariana mengangkat tangan membaca doa. Setelah selesai, air basuh tangan yang memang tersedia di atas meja itu dicapai dan tangan dibasuh. Suapan terhenti apabila telinga menangkap lagu Baby dari dalam bilik. Ariana meneruskan suapan ke mulut. Nak makan pun tak senang. Ariana mengomel di dalam hati. Setelah selesai mengisi perut, pinggan di bawa ke singki dan dibasuh. Setelah memastikan keadaan dapur bersih dan kemas, kaki dihayun pula menuju ke ruang tamu. Rancangan asal nak kemas bilik terpaksa dilupakan apabila rancangan televisyen yang ditayangkan telah berjaya menarik minatnya.
Baby, baby, baby ohh
Like
Baby, baby, baby noo
Like
Baby, baby, baby ohh

Ariana masih cuba tidak mengendahkan bunyi yang datangnya dari HTC tersebut. Namun setelah hampir sepuluh kali berbunyi tanpa menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti, digagahkan juga kaki melangkah ke bilik. HTC dicapai dari atas katil sebelum kaki melangkah semula ke ruang tamu. HTC kembali berbunyi.
“Helo...” Ariana menyapa dahulu namun mata masih melekat pada skrin televisyen.
“Kenapa tak angkat tadi? Pergi mana?”
“Tidur. Makan. Tengok tv...” Ariana menjawab malas.
“Ohhh. Sengaja tak nak angkat call saya ke?”
“Kalau saya cakap, memang sengaja tak nak angkat?” Ariana cuba menduga Akmal. Akmal terdiam. Ariana masih lagi menumpu pada skrin televisyen.
“Tak apalah kalau macam tu. Sorry kacau..”
Pap!
Terkebil-kebil mata Ariana ketika merenung skrin HTC yang telah diputuskan talian oleh Akmal itu. Sejak bila Akmal sentap bila dia cakap macam tu? Akmal merajuk ke? Biar betul. Ariana dah mula nak garu kepala. Tiba-tiba rasa macam bersalah pula. mungkin Akmal ada sesuatu nak cakap padanya namun dia layan buat endah tak endah je. ariana menarik nafas panjang. Kusut kepala otak. HTC diletakkan di atas riba. Nak call balik ke tak nak? Nak call balik terasa macam jatuh ego, tapi kalau tak call balik rasa macam tak sedap hati pulak. Arggh! Lantaklah. Ariana kembali memandang ke arah skrin. Cerita yang tadi telah menarik perhatiannya kini tidak lagi mampu mengusir ingatannya pada Akmal. Remote tv dicapai lalu ditekan secara rambang. Hmmm, tak ada satu pun cerita yang menarik. HTC di riba dipandang sekilas. Nak call ke tak? Nak call ke tak?
Spontan HTC dicapai. Nama Akmal dicari. Tangan mahu menyentuh butang hijau namun terhenti. Rasa macam ego dah jatuh satu level namun hati rasa bersalah. Hiss. Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa dia nak kisah sangat apa jadi pada Akmal? Akmal nak merajuk ke apa ke tu bukan urusan dia.....kan? ariana menggigit bibir. Ariana, kau yang buat dia merajuk, jadi kaulah yang kena pujuk. Faham? Suara siapa dan entah dari mana tiba-tiba muncul dalam benaknya. Ariana menarik nafas lagi. butang hijau ditekan dengan mata tertutup. HTC dibawa ke telinga. Lantaklah apa nak jadi pun. Janji hati puas.
Ariana menggigit bibir. Sakit hati pulak bila Akmal tak jawab panggilannya. Ariana mencuba lagi namun hampa. Akmal nampaknya memang merajuk sungguh ni. Ariana mencuba buat kali ketiga. Akmal nampaknya masih tak mahu menjawab panggilannya. Rasa macam nak baling je HTC ke dinding. Geram. Ariana meletakkan HTC di atas sofa bersebelahan dengannya. Dah give up nak cuba. Dia mencapai remote tv lalu ditekan secara rambang. Hati tiba-tiba terasa sakit. Geramnya.
“Orang telefon bukan nak angkat. Mengada-ngada. Sakit betul hati ni....” Ariana merungut perlahan ketika menekan kuat punat remote control tersebut. Sesekali dia menjeling HTC di sebelah. Masih senyap sunyi dari sebarang bunyi. Ariana semakin geram. Dia mencapai HTC lalu diangkat tinggi. Rasa nak baling laju-laju ke dinding. Geramnya!
Ariana menarik nafas panjang. Entah kenapa lah dia boleh nak naik marah dengan benda kecil macam ni? Agaknya macam nilah perasaan Akmal bila dia dengan sengaja tak nak jawab panggilan lelaki itu. Ariana menggigit bibir sambil merenung skrin HTC lantas jari jemari menaip laju.
‘Akmal. Marah ke? Sorry..’
Ariana menekan butang ‘send’. Dia menunggu beberapa minit namun masih tiada balasan. Ariana menggigit bibir. Akmal merajuk ke ni? Apa nak buat.
‘Akmal. Jgn merajuk. Sorry x sengaja.’
Hantar.
Masih lagi tiada balasan. Tiba-tiba Ariana terasa kecil hati dengan sikap Akmal. Macam ni ke kata sayang?
‘xapalah Akmal. Awk ckp syg sy tp buat sy mcm ni.’
Sory, xkn kacau awk lg.’
Ariana meletakkan HTC di sebelah. Mata memandang kosong ke arah skrin televisyen. Tiba-tiba dia terasa sunyi entah sebab apa. tak pernah dia rasa macam ni sebelum ni.
Baby, baby, baby ohh
Like
Baby, baby, baby noo
Like
Baby, baby, baby ohh

Laju Ariana menoleh ke arah HTC. Senyum cuba ditahan dari terukir di bibir. Akhirnya mengalah jugak budak ni. Baru ayat sikit dah kalah. Ariana gelak jahat dalam hati. Tiba-tiba hati terasa berbunga. Dia sendiri hairan macam mana mood dia boleh berubah sampai macam tu sekali.
Ariana segera menekan butang hijau lalu HTC diletakkan di telinga. Sengaja dia mendiamkan diri.
“Ariana, sorry. Tadi saya tolong mama angkat barang. Tak sempat nak angkat call awak...”
Terkebil-kebil Ariana mendengar kata-kata Akmal itu. Jadi maknanya Akmal tak merajuk?  Tiba-tiba Ariana terasa panas muka bila teringat akan mesej yang telah dihantar olehnya tadi.
“Ariana? Still there?”
“Hah? Err. Ada...ada...” Ariana tak tahu nak kata apa. rasa macam nak benam muka dekat sofa. Malu.
“Hmmm. Saya dah baca mesej awak tadi...”
Ariana menggigit bibir. Muka dah terasa berbahang.
“Awak ingat saya merajuk eh...”
Ariana telan air liur. Boleh rasa Akmal tengah sengih mengusik kat sebelah sana.
“Ma....mana ada...” Ariana mengumam perlahan. Muka dah tebal sepuluh inci. Akmal ketawa kecil.
“Kalau saya merajuk, awak nak pujuk saya tak?”
Ariana membulatkan mata ketika mendengar pertanyaan Akmal itu. Rasa macam nak putuskan talian jam tu juga. Malu!
“Kenapa pulak saya nak pujuk awak...” Ariana menjawab perlahan. Muka dah rasa terbakar. Akmal ketawa lagi.
“Awak nak tahu sesuatu tak?”
“Apa dia?”
“Kalau boyfriend merajuk, girlfriend wajib pujuk tau...”
Ariana memejamkan mata. rasa macam nak tertanggal telinga apabila mendengar kata-kata Akmal itu.
“Suka hati awaklah. Saya nak letak ni. Ada apa-apa lagi nak cakap?”
“Merajuk pulak dia. Hmmm, esok awak free tak?”
“Kenapa tanya?” Ariana masih lagi dalam mood merajuk.
“Ingat nak ajak awak dating....”
Ariana membulatkan mata.
“Apalah awak ni...” Ariana mengumam malu.
“Apa pulak, betullah. So free tak? Jom dating dengan saya...” Akmal nampaknya masih mahu mengusik. Ariana  menggigit bibir. Saja je Akmal ni kan.
“Pukul berapa?”
“Pukul 10?”
“Tengoklah kalau tak ada apa-apa...”
“Hmmm. Esok pukul 10 saya datang jemput. Jangan lambat. Bye sayang. Jumpa esok..”
Pap!
Ariana mencebik apabila Akmal telah memutuskan talian tanpa memberi peluang kepadanya untuk menjawab. Ish! Memang samseng tak makan saman betul!

                                                                            ***

Ariana menyapu air mata yang mengalir di pipi dengan belakang tangan. Sejak dari tadi air mata tak henti-henti mengalir. Hidung pun dah merah agaknya.
“Nah...”
Ariana menoleh ke sebelah. Tiba-tiba terasa malu namun tisu yang dihulur diambil juga. Dia mengelap sisa air mata dan air hidung yang mengalir dari tadi lagi. Mata kembali pada skrin di hadapan. Entah apa mimpi Akmal nak ajak dia tengok wayang hari ni pun dia tak tahu. Mula-mula Akmal nak tengok cerita lawan-lawan, tapi dia tak setuju sebab dia tak suka cerita ganas-ganas ni. Dia cadang tengok cerita kartun tapi Akmal pula tak setuju. Akmal lebih suka tengok cerita seram tapi dia dah bagi amaran awal-awal. Nak tengok cerita seram, pergi tengok sendiri sebab dia memang takkan masuk panggung kalau tengok cerita macam tu. Akhir sekali tak ada apa yang tinggal selain cerita The Vow ni. Akmal pun pada mulanya macam tak nak setuju tapi akhirnya terpaksa setuju sebab dah tak ada pilihan lain.
Filem The Vow ni merupakan filem yang diadaptasikan dari kisah benar pasangan Kim dan Krickitt Carpenter. Sepuluh minggu berada di alam perkahwinan, kedua-dua pasangan ini terlibat dengan kemalangan kereta dan Krickitt mengalami trauma otak dimana  kenangan percintaan beliau dengan Kim serta perkahwinan mereka telah terpadam dari ingatannya. Kim masih lagi mencintai isterinya walaupun isterinya itu memandang Kim sebagai orang asing.
Bagi Ariana filem ini sangat menyentuh hatinya. Hatinya tersentuh dengan kesabaran si suami yang sentiasa bersabar dengan sikap isterinya yang memandang dia sebagai orang asing. Si suami masih menyayangi si isteri meskipun si isteri tidak lagi mengingati kenangan cinta mereka. Alangkah bagusnya kalau dia dikurnikan dengan lelaki sesabar dan sebaik itu.
“Sedih lagi ke?”
Ariana tersedar dari mengelamun. Dia memandang ke arah Akmal di sebelah. Tak sedar bila masa Akmal berada di sebelahnya. Malah dia juga tak sedar bila mereka telah berjalan keluar dari panggung wayang itu.
“Taklah...” Ariana menjawab perlahan sambil berpura-pura menyelongkar beg tangan. Segan sebab terlalu emosi ketika menonton filem tersebut. Entah apalah yang Akmal fikir pasal dia ketika itu.
“Saya sanggup jadi macam lelaki tu untuk awak...”
Ariana mengangkat kepala memandang wajah Akmal.
“Akmal...”
“Kenapa?” Akmal bertanya apabila melihat Ariana dah nak muncung itu.
“Tak sukalah awak cakap macam tu...”
“Kenapa pulak?”
Ariana diam tidak menjawab. Sebetulnya dia tak selesa jika Akmal mula membangkitkan hal-hal berkaitan hati dan perasaan ini.
“Tak apalah kalau awak tak selesa...” Akmal seolah-olah memahami. Ariana menayangkan wajah seperti ingin mengucapkan terima kasih kerana tidak lagi membangkitkan hal tersebut. Sesungguhnya dia belum bersedia...atau takkan bersedia? Entahlah.
Akmal membelek dan menaip sesuatu pada HTCnya. Ariana tidak mengendahkan perbuatan Akmal itu.
“Saya nak ke tandas kejap. Boleh tolong pegangkan telefon saya kejap...” HTC dihulur. Ariana mengambil HTC tersebut tanpa banyak bertanya. Dia hanya memandang Akmal yang dah hilang disebalik dinding tandas tersebut. Ariana menyandarkan tubuh pada dinding. Mata di hala ke sekitar. Memerhatikan gelagat pengunjung pusat beli belah tersebut.  Agak ramai juga orang pada hari itu, maklumlah. Cuti hujung minggu.
Ariana terasa agak bosan menunggu Akmal yang dirasakan telah pergi ke tandas terlalu lama. Entah buat apalah lama sangat kat dalam tu. Ariana melihat skrin pada HTC Akmal. Wajahnya masih terpapar di skrin HTC Akmal. Ariana  menggigit bibir. Nampaknya Akmal masih menyimpan gambarnya lagi. Dah tak tukar dengan gambar ninja. Dia berkira-kira mahu membuang sahaja gambar-gambarnya itu namun dia  bimbang Akmal akan mengamuk nanti. Macamlah dia tak kenal perangai Akmal tu macam mana. Silap hari bulan boleh melayang HTC macam dia buat pada gitar hari tu. Ariana menyentuh skrin secara rambang. Jarinya terhenti seketika ketika membaca sesuatu yang terpapar pada skrin HTC. Rasa macam nak jatuh rahang. Biar betul!
Perkara-perkara yang dilakukan ketika sedang bercinta.
1. Sayangi dengan hati bukan perasaan.
2. Menyanyikan lagu cinta untuk sidia
3. Bercuti bersama-sama.
4. Belikan si dia hadiah.
5. Ucapkan kata-kata sayang selalu supaya dia tahu perasaan sebenar kita.
6. Menonton filem romantik bersamanya.
7. Makan malam romantik bersama si dia.
8. Tengok matahari terbenam bersama si dia.
9. Hadiahkan dia bunga kegemarannya.
10. .....
Ariana tak sanggup nak baca lagi. Kalau diikutkan ada lebih dua puluh senarai yang ditulis oleh Akmal di dalam HTCnya itu. Mana yang telah berjaya dibuat, Akmal akan tanda dibahagian hujungnya. Ariana menelan air liur. Nampaknya Akmal memang betul-betul serius. Sampai buat senarai bagai macam tu. Dia sendiri pun tak pernah terfikir nak buat senarai macam tu. Tiba-tiba dia terasa takut. Macam mana kalau semua senarai yang telah dibuat oleh Akmal ini berjaya dilaksanakan, dan dia masih lagi tidak mempunyai perasaan pada Akmal? Akan kecewakah Akmal? Atau Akmal akan tetap menunggunya walau terpaksa menunggu sepanjang hidup lelaki itu? Ariana gerun.
“Kenapa ni?”
Ariana terkejut. Spontan dia menjatuhkan tangan yang mengenggam erat HTC.
“Tak ada apa-apa. Lamanya awak pergi tandas. Sakit perut ke?”
“Taklah. Ramai sangat orang. Kena beratur....”
“Ohh...” Ariana terdiam.
“Telefon saya...”
“Hah?” Ariana bertanya agak kalut. Akmal tahu ke dia curi baca nota dalam HTC tu?
“Telefon saya. Kan tadi saya bagi awak pegang kejap...”
“Ohh. Err...Nah...” Hampir terketar tangannya apabila HTC dihulurkan kepada Akmal. Akmal membelek skrin HTC tersebut membuatkan Ariana kembali berdebar.
“Jom...” Akmal memasukkan HTC di dalam poket seluar. Ariana mengeluh kelegaan apabila Akmal tidak mengesyaki yang nota peribadi itu telah diceroboh olehnya.
“Kita nak ke mana lepas ni?” Ariana bertanya apabila hampir lima minit mereka mendiamkan diri sambil berjalan di sekitar pusat beli belah itu. Akmal tidak menjawab namun terus sahaja masuk ke dalam kedai menjual alat muzik. Ariana kembali teruja. Dia memang suka kalau dapat pergi ke kedai-kedai macam tu. Agak-agaknya, Akmal akan mainkan piano untuk dia macam dulu ke? Ariana tertanya-tanya.
Ariana berdiri di sebelah Akmal yang sedang membelek gitar ditangan. Gitar jenama apa pun dia tak tahu. Tapi nampak macam mahal. Berkilat pula tu. Akmal berbual sesuatu dengan tauke kedai tersebut sambil berbincang entah tentang apa. Nampak macam serius je. Dia malas pula nak masuk campur. Ariana menjalan menuju ke suatu sudut yang menempatkan piano. Piano sama yang Akmal pernah mainkan lagu Living To Love You dulu. Ariana menoleh ke arah Akmal yang masih sibuk berbincang. Dia kembali memandang ke arah piano tersebut. Tangan menyentuh keyboard dan menekan-nekan keyboard tersebut menyebabkan bunyi sumbang kedengaran. Dalam hati terbit rasa keinginan mahu bermain piano macam Akmal. Agak-agaknya kalau minta Akmal ajar main piano, Akmal nak ajar tak eh?
“Hi miss, may I help you?”
Ariana mengangkat kepala. Seorang gadis berbangsa cina sedang berdiri di sebelahnya sambil tersenyum. Ariana cepat-cepat mengeleng.
“It’s okey. I just waiting for my friend...” Ariana menunjuk ke arah Akmal. Gadis tersebut mengangguk sebelum beredar dari situ.
Sorry buat awak tertunggu lama...”
“Tak apa. Awak beli apa tu? Gitar?” Ariana bertanya sambil memandang gitar yang telah berbalut sarung hitam itu tergalas di bahu Akmal.
“A’ah. Gitar hari tu dah patah...”
Kening Ariana terangkat.
“Gitar mana? Yang awak mengamuk baling gitar dekat bilik muzik tu ke?”
Akmal menjeling ke arah Ariana namun tidak menjawab.
“Awak ni membazirlah. Bukan murah kan gitar-gitar ni...”
“Dah tu nak buat macam mana. Semua salah awak...”
Ariana merenung tajam ke arah Akmal. Ni apa kes dah gaya macam nak cari pasal ni?
“Apa pulak salah saya? Bukan saya yang patahkan gitar awak tu.” Ariana menjawab tak puas hati.
“Memanglah awak tak patahkan gitar tu. Tapi awak buat saya patahkan gitar tu...”
Ariana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Suka hati awaklah nak cakap apa.” Ariana menjawab. Malas nak layan. Mereka berjalan tanpa berkata sepatah pun. Kaki Ariana terhenti tiba-tiba. Akmal turut sama terhenti apabila melihat Ariana berhenti tiba-tiba.
“Kenapa?” Akmal bertanya.
“Tunggu kejap...” Ariana berjalan laju masuk ke dalam MPH dihadapannya itu. Akmal tercengang. Dia berbelah bahagi sama ada mahu masuk ke dalam atau sekadar tunggu sahaja di luar. Sebelum sempat dia membuat keputusan, Ariana muncul dihadapannya.
“Awak beli apa tu?” Tanya Akmal ingin tahu. Ariana tidak menjawab.
“Sini....” Ariana menarik sarung gitar menyebabkan Akmal turut sama tertarik dan berjalan mengekori Ariana. Ariana menoleh ke kiri dan ke kanan. Akmal semakin binggung.
“Ariana, kenapa ni?”
Ariana tidak menjawab.
“Jom pergi sana...” Ariana menunjuk ke arah bangku kosong di suatu sudut. Akmal hanya mengekori dari belakang.
“Boleh saya tengok gitar awak?” Ariana menoleh ke arah Akmal. Akmal memandang wajah Ariana dengan raut pandangan tanda tanya sebelum gitar ditarik melepasi bahu. Dia menghulurkan gitar tersebut ke arah Ariana.
“Boleh saya bukak?”
Akmal hanya mengangguk tanpa benar-benar memahami apa yang mahu dilakukan oleh Ariana itu. Ariana menarik zip sarung hitam tersebut. Permukaan gitar yang berkilat itu disentuh dengan tangan.
“Mesti mahal kan gitar ni. Berapa ribu?”
“Errr. Taklah mahal sangat...” Akmal semakin hairan. Apa kena pula dengan Ariana ni tiba-tiba nak tanya pasal gitar.
“Hmmm. Berapa?” Ariana bertanya ingin tahu.
“Errr. Lima ribu je...”
Hampir terbeliak mata Ariana apabila mendengar jawapan Akmal itu.
“Lima ribu jeeeee awak cakap?” Ariana bertanya tidak percaya. Memang membazir betul.
“Itu kira murah dah...” Selamba Akmal membalas. Ariana memejamkan mata. Rasa macam nak luruh jantung. Lima ribu tu dah macam dua bulan gaji dia.
“Gitar awak paling mahal berapa?”
Akmal terdiam seolah-olah berfikir. Belum sempat Akmal membuka mulut, Ariana mencelah.
“Okey takpe. Saya tak nak tahu. Nanti luruh jantung saya...”
Akmal mengangkat kening. Ariana menarik nafas panjang ketika kembali memandang gitar yang diletakkan di atas ribanya itu. Lima ribu hanya untuk sebuah gitar? Memang betul-betul membazir.
“Berapa harga gitar yang awak patahkan dulu?” Ariana memberanikan diri bertanya. Akmal merenung wajah Ariana.
“Tiga ribu...”
Ariana memejamkan mata buat kali kedua. Boleh sakit jantung kalau macam ni selalu.
“Awak ni suka membazir, tahu. Awak tahu tak membazir tu amalan siapa?”
Akmal mengangkat bahu seolah-olah tidak mahu mengulas panjang tentang hal tersebut. Ariana mengeluh lagi. Dia mengambil beg plastik lalu dikeluarkan isinya. Akmal menjenguk isi beg plastik yang dibeli oleh Ariana di MPH tadi.
“Marker? Awak masuk MPH tadi semata-mata nak beli sebatang marker?” Tanya Akmal tidak percaya.
“Kenapa? Salah ke?” Ariana bertanya sambil membuka permenant marker berwarna silver itu.
“Awak nak buat apa dengan marker tu?”
“Shhhh. Diam dan tengok je...” Ariana mendekatkan marker pada permukaan gitar tersebut. Perlahan-lahan dia menulis sesuatu pada gitar tersebut.
“Siap...” Ariana menutup kembali marker tersebut. Dia menoleh ke arah Akmal.
“Awak tak marah kan saya tulis nama saya dekat gitar awak yang mahal gila ni?” Ariana bertanya ragu-ragu. Terlupa pula nak minta izin dulu. Mana tahu Akmal tak suka ke?
“Kenapa tulis nama awak? Awak nak gitar ni ke?”
“Taklah. Saya tulis nama saya pada gitar ni supaya bila awak rasa nak mengamuk tak tentu pasal dan terfikir nak patahkan atau nak baling gitar ni ke dinding, awak akan teringat akan saya. Awak rosakkan gitar ni umpama awak merosakkan hati saya. Jadi tak perlulah awak membazir lagi beli gitar lain yang mahal gila tu...”
Akmal merenung Ariana tanpa berkelip sehingga membuatkan Ariana malu. Dia tunduk sambil menyentuh tulisannya sendiri itu.
“Sini...” Akmal mengambil marker pada tangan Ariana itu. Ariana tercengang.
“Awak nak buat apa?”
“Shhhh...” Giliran Akmal pula menyuruhnya diam. Ariana mencebik namun tidak menjawab. Dia memerhatikan tangan Akmal yang sedang menulis sesuatu diatas permukaan gitar tersebut. Hmmm, tak sangka. Cantik juga tulisan Akmal.
Ariana Love Akmal
Hampir nak terkeluar biji mata Ariana apabila melihat perkataan yang ditambah oleh Akmal. Dia menoleh ke arah Akmal.
“Kenapa awak tulis macam tu?” Ariana bertanya tak puas hati. Dia cuba memadamkan tulisan yang ditambah oleh Akmal itu namun hampa. Dah nama lagi tulis dengan permenant marker, mana nak hilangnya.
“Saja. Awak kan sayang saya...” Akmal menjawab selamba. Senyum nakal terukir di bibir. Ariana menjeling ke arah Akmal. Tak puas hati sebab nama dia di hadapan. Patutnya nama Akmal yang kat depan.
“Lepas ni, memang saya takkan campak gitar ni. Saya akan bawa ke mana-mana saja saya pergi. Seolah-olah saya membawa awak pergi bersama-sama saya. Perasaan dan rasa cinta saya terhadap awak, akan sentiasa bersama-sama saya dan awak juga...”
Ariana terdiam. Spontan tangan menyentuh tulisan tersebut. Akan adakah rasa cinta pada Akmal nanti?
p/s: TO BE CONTINUED.

6 140 tukang karut:

hk said...

awwwwwww...senyum jeeee

Cahaya said...

hk>>senyum tak perlu kata apa-apa...hehehe..

mummyandtheboys said...

Hati saya Sudah cair...syabas cik writer...Jln cerita sentai tapi padat

Cahaya said...

mummy>>thanks mummy hehehe.

Deqr Fatihah said...

Auewwww sweet sangat lah si akmal ni sampai rasa nak baca berkali kali

Nurlelajosely said...

Adui sweet sangat...adoi adoi....nak nangis pun ada.....adoiyahh....

Post a Comment