RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, April 1, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 28)


BAB 28
“Kak Ariana...”
Ariana tersenyum apabila Sarah berlari ke arahnya. Kedua-dua belah pipi Ariana dicium lembut.
“Kakak apa khabar? Sihat?” Sarah bertanya sambil menarik tangannya masuk ke dalam rumah.
“Sihat. Sarah sihat? Mama mana?” Ariana bertanya sambil memandang ke arah sekeliling rumah banglo tersebut.
“Sarah sihat. Mama ada dekat taman. Jom jumpa mama dulu lepas tu baru kita mula...”
Ariana hanya tersenyum sebelum mengikut Sarah menuju ke taman tasik buatan tersebut. Kelihatan Datin Celina sedang duduk di bawah pokok sambil membaca novel.
“Mama...”
Datin Celina menoleh. Bibir wanita separuh usia itu menguntum senyuman manis. Cantik. Getus hati Ariana.
“Mama, kak Ariana dah datang...”
“Apa khabar auntie...” Ariana tunduk lalu bersalam dan mencium tangan wanita tersebut. Datin Celina menarik Ariana lalu kedua-dua belah pipinya dicium. Ariana tersipu seketika.
Auntie sihat. Ariana sihat? Akmal ada buat Ariana marah ke?”
Ariana hanya tersenyum.
“Saya sihat. Akmal, okeylah. Cuma nakal sikit-sikit..” Ariana menjawab. Sarah tergelak besar manakala Datin Celina hanya tersenyum.
“Amboi, sedapnya mengumpat orang...”
Spontan Ariana menoleh ke belakang. Sengih nakal bermain di bibir Ariana ketika melihat Akmal berjalan menghampiri mereka. Akmal mengecilkan mata seolah-olah berkata ‘siap awak nanti’.
“Abang, mama pesan apa? Jangan nakal-nakal dengan anak dara orang. Tak baik..”
Akmal membuat muka sebelum memeluk dan mencium kedua-dua belah pipi mamanya. Ariana masih lagi tersenyum. Macam sweet pula nak tengok Akmal macam tu dengan mama dia.
“Mana ada nakal. Ariana ni yang suka nak goda abang...” Selamba je Akmal menjawab. Ariana membulatkan mata merenung ke arah Akmal. Sarah ketawa lagi manakala Datin Celina hanya mengeleng. Ariana menjeling ke arah Akmal. Muka dah terasa panas membahang.
“Yang Sarah ni ketawa kenapa? Mentang-mentang kak Ariana ada, dengan abang pun dah tak nampak ye...” Akmal menarik rambut tocang Sarah. Sarah menepis.
“Sakitlah! Mama tengok abang ni...”
“Sudahlah. Tak malu ke dengan Ariana tu...”
Ariana hanya senyum. Suka dia apabila melihat kemesraan antara Akmal dan Sarah. Macam dia dengan angah jugaklah. Saling suka mengusik.
“Tak apalah mama. Sarah nak naik atas. Jom kakak...” Sarah menarik tangan Ariana.
“Saya pergi dulu auntie...”
“Yelah. Sarah, belajar rajin-rajin. Jangan banyak main.”
“Okey...” Sarah menujuk isyarat okey dengan tangan.
“Jangan lama-lama sangat.” Akmal sempat berpesan. Sarah menjelirkan lidah ke arah Akmal. Ariana hanya ketawa sebelum mengenyitkan mata ke arah Akmal. Akmal merenungnya tajam.

Ariana mencapai bingkai gambar yang terdapat di atas meja belajar Sarah. Gambar Akmal yang memeluk bahu Sarah di tepi pantai. Tanpa sedar, dia telah merenung gambar Akmal selama lima minit.
“Ehemmm!”
Spontan Ariana tersedar. Dia menoleh ke sebelah. Sarah tersenyum memandang ke arahnya. Dia berjalan mendekati Ariana.
“Masa ni kitorang satu family bercuti dekat Sabah. Tapi dah lama. Dalam tiga empat tahun lepas...”
“Cantik...” Ariana berkata sambil memandang bingkai gambar tersebut.
“Siapa yang cantik? Sarah ke abang?” Sarah sengih mengusik. Ariana menoleh ke arah Sarah. Bingkai gambar diletakkan di atas meja kembali.
“Mestilah Sarah. Abang Sarah tu tak sesuai nak cakap cantik...” Ariana berjalan pula menuju ke almari buku yang penuh dengan segala bahan bacaan. Dicapai sebuah novel inggeris lalu dibelek secara rambang.
“Kalau abang, apa yang sesuai?”
Ariana memandang wajah Sarah. Kening terangkat sebelah.
“Abang Sarah tu, sesuai jadi ketua kongsi gelap. Perangai macam samseng...”
Sarah ketawa.
“Kalau kakak nak tahu, abang tu nampak je kasar. Tapi jiwa dia lembut. Well, sarah rasa kakak pun tahu kan abang tu macam mana...” Sarah mengangkat kening. Ariana berdehem seketika. Muka dah terasa merah namun dia cuba berlagak tenang.
“So, kita nak mula tajuk apa hari ini?”
“Hmm, hari ni Sarah nak cover add maths form 4 chapter 3 and 4, boleh?”
“Okey...” Ariana menjawab sebelum berjalan menghampiri Sarah yang dah mula mengeluarkan buku rujukan matematik tambahan. Dua tiga minggu lepas lagi Sarah nak telefon minta dia jadi tutor peribadi untuk subjek matematik dan matematik tambahan. Siap nak bayar lagi tapi dia tak setuju. Dia nak buat secara percuma. Bukan nak membodek tapi dia rasa dia tak layak pun nak jadi tutor berbayar. Yelah, dia baru je lagi posting jadi cikgu. Jadi tak yakin nak ambil bayaran. Akhirnya, dia kata kalau betul Sarah tu nak dia jadi tutor peribadi, boleh tapi dengan syarat tanpa bayaran.
“Kakak, apa perasaan kakak pada abang?”
Ariana mengangkat kepala dari buku teks matematik tambahan itu. Dia memandang Sarah yang sibuk menekan kalkulator.
“Err, kenapa Sarah tanya?” Ariana bertanya perlahan. Malu lah pulak nak cakap hal dia dengan Akmal dengan Sarah.
“Saja tanya.”
“Boleh buat ke tu?” Ariana memandang ke arah Sarah yang dah mula nak garu-garu kepala tu.
“Entah. Rasa macam boleh tapi bila Sarah buat, tiba-tiba jadi lost...” Sarah tersengih. Ariana turut sama tersenyum.
“Sini kakak tengok...” Ariana menarik buku rujukan matematik tambahan itu merapatinya.
“Hmm. Cara Sarah ni dah salah. Mula-mula Sarah kena...” Ariana mula menulis di atas kertas sambil menerangkan kepada Sarah.
Baby, baby, baby ohh
Like
Baby, baby, baby noo
Like
Baby, baby, baby ohh

HTC yang berbunyi di dalam beg tangan tidak diendahkan. Tahu sangat siapa yang telefon tu. Sibuk nak mengacaulah tu.
“Faham tak?” Ariana bertanya ke arah Sarah.
“Boleh kut. Sarah cuba eh...”
Ariana mengangguk sambil menyerahkan kembali buku rujukan tersebut kepada Sarah.
Baby, baby, baby ohh
Like
Baby, baby, baby noo
Like
Baby, baby, baby ohh

Ariana memejamkan mata namun dia cuba sedaya upaya tidak mengendahkan bunyi tersebut.
“Kenapa kakak tak angkat?” Sarah mengangkat muka.
“Biarlah. Abang Sarah yang call tu. Malas nak angkat...”
“Wahhh. Sweetnya kakak...” Sarah sengih lebar. Kening Ariana terangkat tanda tidak faham.
“Sweet kenapa pulak?”
“Tu, kakak letak lagu Baby untuk abang. Sweetlah kan. Kakak panggil abang baby eh...” Sarah sengih lebar. Ariana membulatkan mata. Muka dah terasa tebal. Aduh, kantoi terang-terangan padahal bukan itu niat dia. Huhu.
“Ish. Mana ada. Kakak memang suka lagu tu.” Spontan Ariana mereka alasan. Hentam jelah.
Baby, baby, baby ohh
Like
Baby, baby, baby noo
Like
Baby, baby, baby ohh

Ariana menggigit bibir apabila HTC tak henti-henti menyanyikan lagu Baby itu. Sarah pula asyik sengih je sambil menjawab soalan matematik tambahannya. Mahu tak mahu dia terpaksa juga menjawab panggilan Akmal yang tak henti-henti itu. HTC dikeluarkan dari dalam beg tangan sebelum dia menjauhkan diri daripada Sarah. Bimbang Sarah terganggu.
“Helo. Nak apa call ni? Ganggu lah...” Ariana menjawab keras. Sesekali dia menjeling ke arah Sarah yang tunduk membuat latihan.
“Lama lagi ke? Saya dah bosan ni...”
Ariana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Akmal, saya baru je tutor si Sarah ni tak sampai setengah jam okey.”
“Habis tu saya ni macam mana?”
Ariana menjulingkan biji mata.
“Macam mana apa pulak? Saya datang sini bukan sebab awak, tapi sebab Sarah. Ingat tu...”
“Huh! Kalau saya tahu, saya tak bawa awak balik rumah...”
“Dah tu, awak nak bawa saya ke mana?”
“Mana-mana lah. Honeymoon ke...” Selamba Akmal menjawab. Ariana membulatkan mata. Spontan dia memandang ke arah Sarah. Rasa macam Sarah pun boleh dengar Akmal cakap apa.
“Jangan nak mengarutlah Akmal. Dahlah. Jangan kacau saya lagi. Saya nak fokus pada Sarah ni. Bye...” Ariana cepat-cepat memutuskan talian. HTC dimatikan. Senang.
“Macam mana? Ada yang tak boleh buat?” Ariana berjalan mendekati Sarah.
“Yang ni macam susah.” Sarah menunjuk pada soalan yang dia tidak boleh jawab. Ariana mencapai pensel dan mula menunjukkan cara menyelesaikan soalan tersebut. Hampir tiga jam mereka bertapa di dalam bilik itu tanpa sedar.
“Adeh. Macam nak tercabut leher Sarah...” Sarah menyandarkan tubuh pada kerusi sambil mengurut leher. Ariana turut melakukan perbuatan yang sama. Fuh! Tak sedar dah tiga jam duduk bertapa dalam bilik tu. Mahu berasap kepala.
TOK.TOK.TOK.
Spontan mereka memandang ke pintu.
“Masuk...” Sarah melaung. Seketika kemudian kepala Akmal terjenguk di muka pintu.
“Sarah, mama panggil turun kejap.”
Ariana memandang ke arah Akmal. Entah kenapa dia boleh rasa macam Akmal ni ada niat tersembunyi.
“Mama nak apa?”
Akmal mengangkat bahu.
“Kakak tunggu kejap. Sarah nak turun dulu. Nanti Sarah naik.”
Ariana mengangguk dan hanya memerhatikan Sarah berjalan ke arah pintu. Sempat dia mencucuk pinggang Akmal membuatkan Akmal menepis spontan.
“Gelilah....!”
Sarah hanya ketawa sebelum menghilang ke tingkat bawah. Akmal memandang ke arah Ariana. Ariana memandang ke arah buku di atas meja dan berpura-pura menyelak secara rambang padahal dalam hati dah berdebar gila apabila Akmal melangkah masuk ke dalam bilik. Mujurlah pintu dibiarkan terbuka luas.
“Sibuk nampak.” Akmal menarik kerusi yang tadinya di duduki oleh Sarah. Ariana buat tak dengar. Tangan sibuk menanda hasil kerja Sarah tadi.
“Tak nak layan saya ke?” Akmal menongkat dagu memandang wajah Ariana di hadapan yang masih tunduk menanda buku.
“Akmal! Ish! Bagi baliklah...” Ariana cuba mencapai kembali buku yang dirampas oleh Akmal. Akmal mengangkat tinggi buku tersebut.
“Tak boleh. Tulah, sombong sangat tak nak layan saya. Sampai off telefon...”
Ariana membuat muka.
“Bateri kong...”
Kening Akmal terangkat.
“Nak tipu lagi ke?”
Ariana terdiam. Serik dah kena panggil penipu dengan Akmal dulu. Huhu.
“Akmal, bagilah balik.”
“Tak nak...”
“Akmal, keluarlah. Tak eloklah awak nak duduk sini...”
“Kenapa pulak?”
Ariana menarik nafas panjang. Susah betul nak bagi budak ni faham.
“Err. Tak properlah Akmal. Saya ni perempuan, awak tu lelaki...”
“So?”
Ariana menggigit bibir. Akmal ni tak faham atau buat-buat tak faham?
“Kenapa? Awak takut saya buat apa-apa pada awak ke?” Kening Akmal terangkat sebelah. Ariana menggigit bibir. Kepala ditunduk. Muka dah rasa berbahang.
“Ke awak risau awak tak mampu nak tahan diri dari tergoda pada saya?”
Ariana mengangkat kepala. Dia memutarkan bebola mata.
“Perasan...”
Akmal ketawa apabila melihat wajah Ariana dah merah padam itu.
“Jangan marah. Saya gurau je...” Akmal menyerahkan kembali buku ke arah Ariana.
“Lagi sejam okey. Lepas tu saya hantar awak balik...”
Ariana mengangguk. Akmal bangun. Dia merenung Ariana. Ariana mengangkat kening.
“Kenapa pandang saya macam tu?”
Akmal sengih nakal tiba-tiba sebelum mencubit pipi Ariana. Ariana menepis. Dia merenung geram ke arah Akmal yang dah berjalan ke arah pintu.
Sorry. Tapi awak terlalu comel. Saya tak boleh nak tahan diri dari terus jatuh cinta pada awak setiap kali saya lihat awak.” Akmal mengenyitkan mata sebelum menghilangkan diri. Ariana mengetap bibir. Spontan dia menyentuh pipi bekas kena cubit dengan Akmal. Muka terasa tebal sepuluh inci. Arghhhh!

“Minum  Ariana. Jangan malu-malu...” Tegur Datin Celina. Ariana hanya tersenyum. Gelas berisi jus oren diambil dan diteguk perlahan-lahan.
“Ariana orang mana?”
“Saya orang Perak auntie, Taiping...” Ariana menjawab sambil meletakkan kembali gelas berisi air oren di atas meja. Sesekali angin petang bertiup lembut, membuatkan anak rambutnya terbuai-buai.
“Ayah Ariana kerja apa? emak?”
Ariana menggigit bibir. Nampak macam Datin Celina dah mula nak menyoal siasat tentang dirinya.
“Ayah saya dah tak bekerja. Dah pencen. Dulu ayah kerja pegawai tentera. Emak pun dah tak kerja. Dulu emak kerja pensyarah...”
“Hmmm. Ariana ada berapa orang adik beradik?”
“Tiga. Saya anak bongsu. Lagi dua tu abang.”
“Yeke? Anak bongsu rupanya. Patutlah nampak manja je macam si Sarah tu...” Datin Celina tersenyum. Ariana turut tersenyum. Dia nampak manja ke?
“Akmal tu, walaupun luaran dia nampak kasar dan keras tapi hati dia baik, penuh kasih sayang. Kadang kala cara Akmal tunjukkan rasa sayang dia pada seseorang tu memang lain sikit. Jadi auntie harap Ariana banyak bersabar ye...”
Ariana diam. Datin Celina ni macam tahu-tahu je dia dengan Akmal selalu bertekak. Huhu.
“Ariana dengan Akmal tu serius ke?”
Huk! Habislah. Datin Celina dah mula tanya soalan cepumas.
“Errr, saya..errr...” Ariana mula mengelabah tak tahu nak jawab apa. Muka dah merah padam. Datin Celina hanya tersenyum melihat gelagat Ariana.
“Maaflah. Auntie tak patut tanya soalan macam tu pada Ariana. Auntie cuma nak tahu perasaan Ariana pada Akmal sebab auntie yakin yang Akmal tu serius dengan Ariana. Auntie cakap macam tu bukan sebab nak bela Akmal ke apa, cuma Akmal bukan jenis yang main-main kalau berkaitan dengan pasangan hidup dia. Sebelum ni dia tak pernah terlibat dengan mana-mana perempuan. Ariana orang pertama. Perempuan dalam hidup Akmal cuma ada dua orang je. Auntie dan Sarah dan sekarang Ariana juga...”
Ariana tertunduk. Terasa segan pula apabila mendengar Datin Celina berkata macam tu. Sedikit sebanyak terbit rasa bersalah dalam hatinya kerana dia menerima Akmal bukan sebab sayang tapi sebab janji.
Auntie nak masuk dalam kejap. Nak tengok bibik masak apa untuk malam ni. Ariana makan sini ye...”
Belum sempat Ariana menjawab, Datin Celina telah bangun menuju ke dalam rumah. Ariana menarik nafas panjang. Dia merenung tasik yang kelihatan tenang itu. Akmal dan Sarah entah ke mana. Tadi cakap nak ke kedai kejap je. Ni dah dekat sejam tak balik-balik. Ariana bangun dan berjalan menuju ke tepi rumah. Bosan pula duduk-duduk macam tu. Kaki diatur menuju ke garaj di tepi rumah banglo tersebut. Mata tertacap pada ninja merah Akmal. Senyum hampir terukir apabila mengingati sejarah dia dengan ninja tersebut. Bagaimana ninja ini boleh meninggalkan kenangan sakit hati padanya dulu dan bagaimana ninja ini jugalah yang menyelamatkan dia pada malam itu. Tangan disentuh pada badan ninja. Sejuk. Entah berapa lama ninja ini tidak dibawa berjalan oleh tuannya. Ariana tunduk untuk melihat badan ninja yang telah dicalarkan dulu. Hmmm, sayang betul Akmal pada ninja ni. Hilang terus calar yang pernah dibuat dulu. Entah berapalah Akmal habis nak hilangkan calar yang boleh tahan dalam dan panjang itu.
“Maafkan aku ninja...” Ariana menutur perlahan sambil tangan mengosok badan ninja tersebut. Entah apalah perasaan Akmal kalau dia tahu siapa yang mencalarkan ninja tu dulu.
“Ehemmm...”
Ariana terkejut. Spontan dia menoleh. Akmal tersenyum sambil berjalan menuju ke arahnya.
“Lambatnya. Pergi mana?” Ariana bertanya ketika Akmal telah berdiri di sisinya.
Sorry. Orang ramai tadi. Parking tak ada...” Akmal menjawab sambil memandang ke arah ninjanya. Ariana hanya diam.
“Nak naik?”
“Hah? Naik apa?” Ariana bertanya.
“Ni. Nak naik ke?” Akmal menunjuk ke arah ninja yang berada di hadapannya.
Laju Ariana mengeleng. Serik! Akmal tersenyum.
“Ninja ni saya dapat hadiah dari papa masa saya umur 16 tahun. Hadiah sebab dapat straight’s A masa PMR...” Akmal berkata tanpa ditanya. Ariana kembali memandang ninja dihadapan. Tak sangka Akmal ni budak bijak rupanya.
“Hmmm. Top scorer rupanya...”
Akmal ketawa kecil namun tak menjawab.
“Kalau awak budak bijak, kenapa ambil STPM? Kenapa tak sambung belajar ke universiti ke? Atau overseas?” Ariana ingin tahu. Pelik juga bila anak orang berada macam Akmal ni sambung belajar untuk ambil STPM. Akmal hanya mengangkat bahu. Ariana tidak bertanya lanjut apabila Akmal seperti tidak mahu bercakap soal itu.
“Akmal...” Ariana menggigit bibir. Rasanya sekaranglah masa yang sesuai nak berterus terang.
“Hmmm...” Akmal memandang ke arah Ariana. Ariana berdehem seketika. Tiba-tiba jantung berdegup laju.
“Kalau saya cakap sesuatu, awak jangan marah ye...”
“Cakap apa?”
“Janji dulu jangan marah...”
“Hmm, depend...”
Ariana buat muka. Dia tahu yang Akmal mesti marah punya tapi dia dah tak ada pilihan. Memang salah dia pun kan.
“Errr. Ni pasal...errr.. ninja awak...” Perlahan Ariana berkata. Kening Akmal terangkat ketika memandang ke arahnya.
“Kenapa dengan ninja ni?”
“Sebenarnya....errr...sebenarnya. Errr..macam mana nak cakap ye...” Ariana dah kalut. Akmal masih diam menanti.
“Macam ni, pernah tak ninja awak ni bercakar teruk dulu?”
“Pernah. Kenapa?”
Ariana menggigit hujung bibir. Jantung dah terasa macam nak tercabut.
“Errr, masa awak tahu ninja tu bercalar, awak rasa apa?”
“Hmmm, masa tu saya rasa bengang gila. Rasa macam kalau saya dapat orang yang buat tu, saya lipas kepala dia. Habis jugak satu dua gitar saya kena hentak sebab bengang punya pasal...”
Ariana dah kecut perut. Habislah dia.
“Yeke? Habis tu, berapa awak habis untuk hilangkan calar tu?”
Akmal diam seolah-olah berfikir.
“Entah, saya pun tak ingat. Tapi beribu jugak habis.”
Ariana telan air liur. Dia dah panik habis sekarang.
Akmal memandang ke arahnya dengan raut wajah pelik.
“Kenapa awak tanya semua ni?”
Ariana senyum takut-takut.
“Sebenarnya...errr...orang yang calarkan ninja tu ialah...errr...saya..”
Akmal terdiam. Matanya merenung wajah Ariana dengan raut pandangan tak percaya. Ariana telan air liur. Rasa macam boleh rasa bahang membara dari tubuh Akmal sekarang.
“Akmal, awak marah ke? Janganlah marah. Saya minta maaf. Saya tak tahu pun ninja tu awak punya. Sumpah...” Ariana dah mula cuak apabila melihat perubahan pada wajah Akmal. Akmal masih diam.
“Akmal, I’m so sorry. Jangan marah okey. Please...” Ariana merayu sambil buat muka kesian. Namun Akmal masih tidak berganjak dengan raut wajah yang dia sendiri tak tahu nak tafsir sebagai apa. Marah? Bengang? Kecewa?
Ariana dah mula nak menangis apabila usaha dia tidak berjaya. Kepala di tunduk. Air mata mula bergenang. Spontan tangan mengelap mata.
“Hei, kenapa ni?”
Ariana mengeleng. Dia memandang ninja di depannya itu dengan rasa bersalah.
“Jangan menangislah. Benda kecik je ni.” Akmal memujuk.
“Awak marah ke?” Ariana bertanya sambil memandang Akmal dengan mata berair. Akmal tersenyum. Ariana pelik.
“Kenapa awak senyum?”
“Tak ada. Saya baru acah sikit awak dah nak nangis. Manja..” Akmal cuba mencuit hidung Ariana namun Ariana sempat mengelak.
“Acah? Maksud awak?” Ariana bertanya.
“Saya tak marahlah. Saja je nak tengok awak pujuk saya tu macam mana...” Akmal tersengih nakal. Ariana mencebik.
“Jahatlah awak ni...” Ariana menjeling. Geram pula dipermain-mainkan macam tu. Dia punyalah cuak gila.
“Jadi, awak tak marah?” Ariana bertanya untuk kepastian.
“Hmm, mula-mula tahu dulu tu memanglah saya marah. Tapi lama-lama marah tu dah hilang. Tapi kenapa awak calarkan ninja saya?”
Ariana menggigit bibir.
“Errr, awak ingat tak dulu awak pernah langgar lecak dekat area Taman Suria dulu? Depan bus stop?”
Akmal terdiam berfikir.
“Tak ingatlah. Kenapa?”
Ariana memuncungkan bibir.
“Masa tu saya ada dekat situ tunggu bas. Tiba-tiba awak lalu depan saya dan percikkan lecak pada baju kesayangan saya. Mana saya tak marah...”
Akmal diam lagi. Seolah-olah cuba mengingati kenangan tersebut.
“Tak ingatlah sayang...”
Meremang bulu roma Ariana apabila mendengar Akmal berkata begitu.
“Akmal...” Ariana terhenti apabila sebuah kereta mewah masuk ke perkaragan garaj tersebut. Akmal turut berpaling memandang ke arah kereta tersebut. Seorang pemandu peribadi keluar dari tempat duduk pemandu dan membukakan pintu tempat duduk belakang. Seorang lelaki separuh umur yang kelihatan kemas lengkap dengan kot dan briefcase keluar kereta tersebut. Lelaki itu memandang ke arah mereka dengan pandangan tajam. Ariana menelan air liur. Dia memandang Akmal di sebelah. Akmal turut sama membalas pandangan lelaki tersebut dengan pandangan tajam. Lelaki itu tidak berkata apa-apa sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Hati Ariana tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki itu.
“Akmal, siapa tu?”
Akmal mengalihkan pandangan. Dia menoleh ke arah ninja di hadapan.
“Papa...”
“Ohhh...” Ariana terdiam. Perut mula rasa tak selesa apabila mengingati renungan tajam lelaki tersebut. Seolah-olah lelaki itu tidak menyenangi hubungan dia dengan Akmal.
“Awak jangan risau. Papa memang macam tu. Dengan semua orang dia tak suka termasuk saya...” Akmal berkata seolah-olah tahu apa yang bermain di fikirannya. Ariana mendongak memandang ke arah Akmal.
Don’t worry okey. Jom masuk dalam...”
Ariana menganguk sebelum mengekori Akmal masuk ke dalam rumah. Walaupun Akmal telah menyakinkan dia supaya jangan merisaukan hal itu, namun sedikit sebanyak dia tetap risau terutama apabila mengingati renungan tajam papa Akmal  itu.
p/s: TO BE CONTINUED.

4 140 tukang karut:

Tasha Ahmad Rizal said...

bab 29 x de kew..btw best sgt..mne nk dpt novel ni

Cahaya said...

tasha>>ada. sampai bab 50 yunk ada kat blog.tengok kat side bar -----> tau.

Amal Hanani said...

takde bab 29 ke ? kalau ada , boleh bagi link ?

Cahaya said...

amal>>ada sampai bab 50 tau. ni link bab 29. http://syaurans-cahayamata.blogspot.my/2013/04/seandainya-aku-jatuh-cinta-lagibab-29.html

Post a Comment