RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, April 1, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 27)


BAB 27
Kaki laju melangkah. Tangan digenggam erat. Hati yang sakit cuba ditahan seboleh mungkin. Langkah semakin laju diatur. Tombol dipulas tanpa diketuk terlebih dahulu.
“Kenapa awak buat macam tu?!” Ariana bertanya garang.
“Err, cikgu Ariana. Kenapa ni? Sekarang waktu rehat...” Aidil menjawab. Ariana tidak mengendahkan. Dia berjalan laju menuju ke arah meja tempat Akmal sedang duduk sambil bermain gitar. Telinga tersumbat dengan earphone.
TAP!
Ariana menepuk meja kuat sehingga membuatkan semua yang berada di dalam bilik rehat itu terkejut kecuali Akmal, yang seolah-olah telah hilang deria pendengaran dek dentuman entah lagu apa yang menyumbat telinganya itu.
“Aidil, Fadil dan Farid. Boleh keluar sekejap?”
Serentak ketiga-tiga budak lelaki itu mengangguk dan keluar dari bilik rehat. Ariana kembali memandang ke arah Akmal yang masih tidak memandang ke arahnya. Ariana menjadi geram lantas menarik earphone di telinga Akmal.
“Apa hal ni?!”
Ariana menjeling.
“Kenapa awak buat macam tu?”
“Buat apa?!” Akmal bertanya berang.
“Awak yang bocorkan tayar kereta cikgu Saufi kan?”
Akmal tidak menjawab. Dia tunduk menyambung memetik gitar. Ariana semakin geram.
“Akmal! Saya tanya kenapa tak jawab?!” Ariana menengking.
“Suka hati akulah!” Akmal turut membalas tengkingannya. Ariana menarik nafas panjang.
“Kenapa?” Ariana cuba berlembut.
Akmal tersenyum sinis.
“Kau tanya aku kenapa? You should know better!”
Ariana diam. Dia dah agak dah.
“Akmal, awak dah salah faham. Saya dan cikgu..”
“Diam! Aku tak nak dengar kau sebut nama jantan tu lagi!”
Ariana mengetap bibir. Melampau betullah Akmal ni.
“Akmal, awak ni kenapa? Panas baran tak habis-habis? Asyik nak mengamuk je tak tentu pasal? Tak boleh ke awak tu cakap elok-elok?”
“Kau nak aku cakap elok-elok? Dahlah menipu!”
Telinga Ariana terasa berdesing mendengar kata-kata Akmal itu.
“Menipu? Siapa menipu?!” Ariana dah panas hati.
“Kaulah menipu!”
“Bila?”
“Yang aku call kau tanya kat mana, kau kata kau ada mana? Rumah kan? Padahal kau keluar dengan jantan tu!”
Ariana terdiam. Kali ni dia memang tak boleh nak nafikan lagi. Memang salah dia. Salah dia kerana tak berterus terang. Dia tahu kalau dia berterus terang, Akmal pasti akan marah. Tapi nampaknya tak berjaya juga rancangan dia. Akmal tetap marah juga.
“Akmal, yang tu saya tak nafikan, memang salah saya. Saya tak berniat nak tipu awak. Saya buat tu semua sebab saya tak nak awak salah faham...” Ariana berkata lembut, cuba memujuk Akmal.
“Huh! Senang je kau cakap. Dasar penipu!”
Ariana tersentap. Tak sangka Akmal sanggup memanggilnya penipu walaupun dia dah meminta maaf dan mengaku kesalahan tersebut.
“Maafkan saya Akmal. Saya tahu saya salah. Tapi awak tak patut rosakkan kereta cikgu Saufi. Dia tak bersalah. Saya yang salah. Kenapa awak nak babitkan dia?”
“Kenapa kau nak bela dia sangat?! Dah jatuh hati dengan dia?!”
Ariana memejamkan mata. Hati agak terasa dengan kata-kata Akmal tadi.
“Tak apalah Akmal. Saya tak ada apa lagi nak cakap...” Ariana memusingkan badan lalu berjalan keluar dari bilik tersebut namun kaki terhenti melangkah. Dia melepaskan keluhan kasar apabila menyedari yang beg tangannya tertinggal di atas meja. Mahu tak mahu terpaksalah dia berpusing balik.
PRANG!
Terkebil-kebil mata Ariana melihat gitar yang sebelum ini dimainkan oleh Akmal, kini telah patah di atas lantai. Ariana memandang ke arah Akmal yang merenungnya tajam. Tanpa membuang masa, Ariana segera mengambil beg tangan dan beredar dari situ tanpa berkata sepatah pun.                                                       
                                                                        ***
SUZI memandang Ariana sejak dari tadi tanpa henti. Nak ditegur, rasa macam tak sampai hati. Tapi kalau tak ditegur, takut jadi lain pula.
“Ish! Bosan betul. Semua cerita tak best.” Ariana menekan kuat butang remote control tersebut berkali-kali. Siaran televisyen bertukar setiap sepuluh saat sejak sejam yang lalu.
“Rin, kau okey ke ni?”
“Okey je. Kenapa?” Ariana mencapai mangkuk berisi kerepek pisang. Disumbat ke mulut dan dikunyah laju-laju seolah-olah seperti melepaskan geram. Tangan masih lagi sibuk menekan remote control tersebut.
“Rin, kau nak tengok cerita apa sebenarnya ni? Naik pening aku tengok kau asyik tukar siaran je...”
“Entah. Cerita tak best. Aku tukarlah...”
“Bukaklah 8TV. Ada cerita Meteor Garden...” Suzi memberi cadangan. Ariana hanya diam. Tangan masih menekan punat remote control.
“Cerita tu tak best langsung...”
Suzi memandang pelik ke arah Ariana. Sejak bila pulak teman serumahnya ini tak minat cerita Taiwan tu? Kalau dulu, dialah yang lari laju-laju bila jam tepat pukul sepuluh malam.
“Rin, kau ada masalah ke?”
“Nope..”
“Dah tu? Bukan ke kau minat cerita Meteor Garden tu?”
“Bila masa aku minat? Aku tak pernah minat pun cerita-cerita macam tu. Terutama si Jerry Yan tu. Dahlah berlakon entah apa-apa. Jahat macam samseng. Tak makan saman. Suka melawan. Biadap. Tak hormat orang lain...”
Senyum di bibir cuba ditahan. Suzi mengelengkan kepala. Tahulah dia apa yang berlaku sekarang.
“Kau bergaduh dengan Akmal eh...”
“.....panas baran tak tentu pasal. Asyik nak mengamuk je. Hah? Kau cakap apa tadi?” Ariana menoleh kearah Suzi yang tersenyum-senyum itu.
“Patutlah moody je. Bergaduh dengan boyfriend rupanya...”
Ariana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Tolong sikit. Siapa dia nak jadi boyfriend aku? Dahlah budak tak cukup umur. Perangai macam budak-budak. Huh!”
“Kau maksudkan siapa?” Suzi mengangkat kening. Ariana terdiam. Suzi ni memanglah. Saja nak mengenakan dia.
“Dahlah. Aku nak masuk tidur.” Ariana bangun sebelum berlalu menuju ke biliknya. Suzi hanya ketawa kecil melihat telatah Ariana yang dah masam mencuka itu.                                   
                                                                        ***
Thank you, teacher...”
Ariana berjalan keluar dari kelas setelah loceng berbunyi menandakan tamat sudah waktunya. Tangan kanan mengurut leher yang terasa lenguh. Perut pula dah berbunyi minta di isi. Hajat hati dia nak terus ke kantin lalu dia berpusing ke kanan memasuki bangunan menengah atas. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Akmal kelihatan sedang berjalan laju menuju ke arahnya. Ariana jadi gelisah namun nak berpatah balik, dia rasa macam tak patut. Akhirnya dia hanya meneruskan perjalananya dan berharap Akmal tidak melakukan sesuatu yang boleh memalukannya. Akmal semakin dekat dengannya. Ariana tidak putus-putus berdoa namun Akmal hanya berjalan melepasinya tanpa berbuat apa-apa. Malah, Akmal sikit pun tidak memandang ke arahnya. Ariana menoleh sedikit ke belakang. Akmal berjalan laju entah menuju ke mana. Mungkin ke perpustakaan. Ariana kembali memandang ke depan. Langkah kaki menjadi perlahan. Tiba-tiba dia tidak terasa nak ke kantin. Hilang terus rasa lapar tadi. Dengan rasa sedikit kesal dengan sikap Akmal, Ariana kembali berjalan menuju ke bilik guru.
                                                                       ***


“Rin...!”
Ariana buat tak tahu sahaja. Dia sedang meniarap di atas katil sambil menonton cerita Gokusen 3.
“Rin, bukak pintu ni...!”
“Aku dah tidur...” Ariana menjawab tanpa mengalihkan mata dari skrin komputer riba.
“Jangan nak buat lawaklah. Kalau kau dah tidur, kau tak jawab panggilan aku...”
Ariana menepuk dahi. Macam mana boleh terlepas cakap. Dengan malas dia bangun dari katil dan berjalan menuju ke pintu yang sengaja dikunci.
“Ada apa hal?”
“Ada orang tunggu kat luar...”
“Siapa?” Ariana bertanya malas.
Boyfriend kau...”
“Hah? Siapa?”
Suzi memutarkan bebola mata.
“Ramai sangat ke boyfriend kau ni?”
Ariana mencebik.
“Jangan nak buat lawaklah. Dahlah, jangan nak kacau aku..” Ariana mahu menutup pintu namun ditahan oleh Suzi.
I’m serious. Dah dekat sejam dia tunggu luar. Nasib baik aku tergerak hati nak jenguk ke tingkap. Aku ingat kau tahu dia kat luar, tu aku biar je. Tapi dah dekat sejam kau tak keluar-keluar, aku panggillah...”
“Kau jangan nak main-mainlah.”
“Buat apa aku nak main-main. Kau pergi keluar tengok sendiri.” Suzi menjawab sebelum berlalu menuju ke dapur. Ariana menggigit bibir. Berfikir sama ada Suzi bergurau atau tak. Ariana menarik nafas panjang sebelum berjalan menuju ke almari. Sweater ditarik keluar sebelum disarungkan ke tubuh. Langkah kaki diatur menuju ke ruang depan. Dia mengintai di tingkap untuk melihat sama ada benar atau tidak kata-kata Suzi itu. Hampir nak terkeluar biji mata apabila melihat Akmal sedang berdiri menyandarkan tubuh pada kereta sportnya itu. Kedua –dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Ariana mengaru dahi sebelum berjalan menuju ke pintu. Kunci gril dicapai lalu dia membuka mangga yang mengunci gril tersebut.
Akmal mengangkat kepala apabila mendengar seperti bunyi datangnya dari rumah Ariana. Dia hanya merenung Ariana yang masam mencuka itu.
Ariana memeluk tubuh ketika berdiri di hadapan Akmal yang masih merenungnya itu. Ariana memandang ke tempat lain. Malas nak tengok muka budak ni. Huh.
“Apa hal nak datang sini malam-malam?” Ariana bertanya dingin. Akmal tidak menjawab. Mata masih lagi merenung wajah Ariana yang cuba mengelak dari memandang wajah Akmal.
“Kalau tak ada apa-apa yang awak nak cakap, baliklah. Tak elok jiran-jiran nampak...” Ariana berkata lagi sebelum kembali berpusing untuk masuk ke dalam rumah.
“Saya rindu awak...”
Langkah Ariana terhenti. Jantung tiba-tiba berdebar. Dia menggigit bibir. Perlahan-lahan dia memusingkan badan. Wajah Akmal direnung. Ariana menarik nafas dalam-dalam sebelum kaki melangkah mendekati Akmal.
“Awak nak apa sebenarnya ni?awak tahu tak sekarang dah pukul berapa?” Ariana bertanya.
“Saya rindu awak. Saya tak boleh tidur...” Jujur Akmal menjawab.
“Kenapa tak telefon je. Buat apa nak datang sini malam-malam ni?”
“Saya telefon banyak kali tapi sekali pun awak tak angkat.”
Ariana terdiam. Terlupa pula yang dia sengaja menukar HTC kepada mode ‘silent’ semata-mata tak nak dengar bunyi lagu Baby tu memekak setiap lima minit.
“Saya minta maaf...”
Ariana memandang wajah Akmal. Sedihlah pulak tengok muka Akmal macam ni. Ish! Ariana, jangan lembut hati sangat. Nanti kena pijak.
“Buat apa nak minta maaf? Patutnya saya yang minta maaf. Sayakan penipu.” Ariana sengaja menekan perkataan akhir tersebut. Akmal terdiam.
“Ariana, please. Saya tahu saya tak patut cakap awak macam tu. Saya...saya tak mampu nak kawal rasa marah saya. Saya cemburu. Cemburu sangat bila awak keluar dengan lelaki tu...”
Ariana hanya diam. Hatinya masih sakit apabila dituduh sebagai penipu sedangkan dia dah mengaku salah dulu.
“Ariana please. I’m sorry.”
Ariana masih mendiamkan diri. Akmal semakin gelisah. Barang kali dia tak tahu nak buat apa bila Ariana dah masuk mood tak nak bercakap dengannya.
“Sayang...please...”
Meremang bulu roma Ariana apabila Akmal memanggilnya dengan perkataan itu. Jantung kembali berdegup kencang.
“Sayang, I really miss you. Maafkan saya. Tolonglah. Jangan buat saya macam ni. Saya tahu saya salah. Saya tak patut tuduh awak macam tu...”
Ariana boleh rasa segala bulu roma pada badannya itu menegak dek kerana kata-kata Akmal yang tak bertapis itu.
“Yelah-yelah. Suka hati awaklah...” Ariana akhirnya mengalah. Tak sanggup telinga nak dengar ayat jiwang maut daripada Akmal. Silap-silap dengan dia-dia sekali tak boleh tidur malam.
“Awak maafkan saya?” Akmal bertanya.
“Ye...” Ariana menjawab malas.
“Awak jangan marah lagi, boleh?”
“Ye...”
“Balas mesej saya dan jawab calls?”
“Ye...”
“Awak sayang saya kan?”
“Ye...”
Ariana menutup mulut. Spontan dia mengangkat kepala merenung wajah Akmal yang dah tersengih nakal itu. Ariana mencebik namun muka dah terasa merah padam.
“Dahlah. Saya nak masuk. Awak pergi balik.” Ariana cepat-cepat berpusing untuk masuk ke dalam rumah.
“Awak sayang saya kan?”
“Ye...”
Ariana menggigit bibir. Muka dah tebal sepuluh inci apabila Suzi mengulang kembali dialog yang dituturkan oleh Akmal dan dia tadi.
“Kau curik dengar ye?!” Ariana dah mara ke arah Suzi yang berdiri di tingkap itu. Suzi tersengih-sengih sebelum mula berlari apabila Ariana cuba mengejarnya.
“Suziii! Bukak pintu ni! Kalau aku dapat, siap kau!” Ariana mengetuk pintu bilik Suzi yang dikunci dari dalam itu. Suzi hanya tergelak besar di dalam bilik.
“Arghhhh! Tak guna betul! Ni semua Akmal punya pasal!” Ariana berkata geram.

p/s: TO BE CONTINUED.

8 140 tukang karut:

hk said...

comellah dorang betdua niiii :)

Cahaya said...

hk>> hehehehe...comel ke?haha :P

ochaq said...

sweet ny ..

Anonymous said...

saya suka.....sweet....

Cahaya said...

anon>>thanks dear. citer ni dah keluar dalam bentuk novel tau. tajuk muridku suami aku? terbitan fajar pakeer.

Anonymous said...

hailahhh..sweet bangat!!! cemburu sesangat si akmal tuhhh..

Nurlelajosely said...

Hehe ... sweetnya c akmal dgn cikgu Ariana..

Cahaya said...

nurlelajosely>> boleh dapatkan novel ini dengan penerbitan fajar pakeer. jika ke pbakl, ada discount menarik di booth penerbitan fajar pakeer :)

Post a Comment