RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, April 14, 2013

Kerana Dia Suamiku Bab 2


Bab 2
“Okey..sampai sini sahaja kuliah kita hari ni..sila siapkan tugasan yang saya bagi tadi..minggu depan tolong hantar di bilik saya..”. Aliah berkata sebelum berjalan keluar dari bilik kuliah itu. Pelajar-pelajar kelihatan berpusu-pusu semasa pertukaran kuliah. Aliah berjalan laju menuju ke pejabatnya. Ada gap sejam sebelum kuliah yang seterusnya.
“Lia...!”.
Aliah menoleh ke belakang. Senyum terukir di bibir. Keningnya terangkat.
“Ada kelas tak lepas ni? Jum pergi makan...”. Faezah, teman sekerjanya menyapa.
“ Boleh juga...sekarang tak ada..tapi pukul tiga nanti ada kuliah dua jam...”. Aliah menjawab sambil jalan beriringan dengan Faezah.
“Kau nak tahu cerita tak...?”. Faezah memulakan bicara sambil meletakkan buku rujukan mengajarnya di atas meja. Aliah turut melakukan perkara yang sama.
“Cerita apa pulak..”. Aliah bertanya sambil menarik kerusi dan melabuhkan diri.
“Kau tahu...dengar cerita ada student kita kena tangkap basah semalam...”.
Aliah menyedup minuman jus tembikainya.
“Fakulti mana? Engkau ni pandai-pandai je...”. Aliah membawa sudu ke mulut.
“Ala..aku tahulah...aku dengar budak-budak ni cerita..fakulti mana aku tak tahulah..tapi harap-harap bukan fakulti kita..kalau tak..maluuu...”. Faezah berkata sebelum menyuap nasi goreng cendawannya ke mulut. Aliah mengeleng.
“Kau ni apalah..tak baik cakap macam tu..walaupun student bukan dari fakulti kita..mereka masih lagi pelajar kita walaupun kita tak mengajar mereka..walaupun mungkin apa yang kau cakap tu betul dan bukan dari fakulti kita...kolej kita masih dapat malu..”. Aliah berkata.
“Yelah..betul juga apa kau cakap tu..tapi apa yang aku nak cakap sekarang..budak-budak sekarang ni..bukan main lagi..mak ayah hantar pergi belajar..diorang pergi buat benda lain pula..time kita dulu..mane berani nak berpakwe makwe ni..mahu berbirat belakang badan kena belasah dengan bapak...”. Faezah menjawab. Aliah hanya mendiamkan diri. Faham sangat dengan perangai Faezah yang suka bergosip itu.
“Ehh..aku lupa nak cakap..kau kenal Juliana?”.
Aliah mengangkat muka. “ Juliana mana?”.
“Ala Juliana dari fakulti maritim tu...”.
“Ohh....tak delah kenal sangat..tapi kenal gitu jelah...kenapa?”.
“Dia jemput kita ke majlis kahwin dia hujung minggu ni...hari sabtu...kita pergi sekali ya...ajak Julia sekali...”.
“Hmm..tengoklah...aku sibuklah pagi sabtu tu...ada kelas extra dengan budak-budak ni..cover kelas masa aku tak ada pergi krusus dulu...”. Aliah menolak pinggan hampir kosong ke tengah. Dia menarik gelas berisi jus tembikau suamnya.
“Kelas kau tu berapa jam...”. Faezah turut menolak pinggan yang telah kosong ke tepi.
“Dua jam..mula pukul sembilan..habis pukul sebelas...”. Aliah menolah gelas hampir kosongnya ketepi.
“Ala..sempat sangat...majlis mula pukul sebelas..kita lewat sikit tak apa..boleh eh...”  Faezah memujuk. Aliah diam memikir. Janji dengan lelaki tu pukul tiga. Rasa-rasa macam sempat je.
“Kat mana majlis tu..?”. Aliah bertanya.
“Taman Perdana 5..”.
“Okey...nanti aku cakap dengan Julia...”.
Thanks...sayang kau ketat-ketat...”. Faezah ketawa. Aliah menjulingkan bebola matanya.
“Dah jum..lepas ni aku ada kelas...”. Aliah bangun sambil membaca buku rujukannya. Faezah turut mengekorinya ke kaunter bayaran.

                                                                                      ***

Pandangan Aliah melilau sekeliling. Matanya di fokuskan ke meja-meja yang ditempati oleh mana-mana lelaki. Aliah mengaru dagu yang tidak gatal. Matanya menjeling jam di tangan. Hampir pukul 3. 30 petang. Takkan mamat ni dah balik kut. Aliah berjalan memasuki ruang dalam restoran Medan Selera Perdana itu. Dia segera mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangannya sebelum mendial. Dia menunggu beberapa deringan sebelum panggilannya berjawab.
“Helo...awak kat mana”. Soal Aliah.
Senyap.
“Helo...Helo..ishh...”. Aliah merenung skrin telefon bimbitnya sebelum meletakkan ditelinganya semula.
“Helo...awak kat mana sekarang?”. Aliah bertanya kasar. Dahlah badan penat, berpeluh-peluh lagi. Dia boleh buat senyap je.
“Kat mana kita janji..kat situlah saya ada..”. suara lelaki di sebelah sana menjawab. Perasaan geram mula menguasai dirinya.
“Kat mana? Saya dah ada kat medan selera ni...”. Aliah menoleh ke kiri dan kanan, mencari kelibat lelaki itu.
“Saya kat belakang awak...”.
Spontan Aliah berpusing. Kelihatan seorang lelaki sedang duduk di meja hujung berdekatan dengan balkoni restoran tersebut. Telefon masih di telinga masing-masing. Aliah segera mematikan talian sebelum melangkah menuju ke meja tersebut. Dia menarik kerusi dan melabuhkan diri di hadapan lelaki itu. Lelaki itu hanya memandang perbuatannya tanpa berkata sepatah pun. Aliah melepaskan lelah dan meletakakn beg tangannya di kerusi sebelah. Lelaki itu mengangkat kening memandangnya.
“Baru balik dari majlis wedding kawan...”. Aliah berkata sebagai jawapan tanda tanya yang terpamer di wajah lelaki itu. Aliah merenung wajah lelaki itu, turun ke t-shirt berkolarnya hingga ke jam di tangan kanan lelaki itu sebelum naik semula ke wajah lelaki itu.
“Dari rumah..”. Dia menjawab pula, sebagai jawapan dari soalan tanpa suaranya.
“Ehem..baiklah..Encik..Shahrul Mukriz Shah...right..? Saya minta maaf kerana terpaksa mengadakan perjumpaan ini..tapi saya rasa perlu kita duduk semeja bagi membincangkan masalah antara kita berdua ini..”. Aliah mengerutkan dahi. Apa dah gaya skema habis aku bercakap ni?
Senyum terukir di bibir lelaki itu. “ Apa dah rupa gaya orang baca berita pulak ni...”.
Aliah tidak mengendahkan.
“Why not if we order something..tea..perhaps?”, Lelaki itu bersuara. Aliah mengetap bibir.
“Sure...”.
Lelaki itu memanggil pelayan. Pelayan datang menghampiri sambil membawa menu di tangan. Dia menghulurkan menu tersebut. Aliah menolak.
“Bagi saya air suam satu...”.
Kening lelaki itu terangkat sebelah namun mata masih dihalakan pada menu di tangan. Aliah berasa gelisah menanti lelaki itu membuat pesanan. Pandangan di lontar keluar ke arah balkoni. Jika dia ingin menikmati hidangan panas, memang restoran inilah tempatnya.
“Bagi saya secawan kopi dan sandwich...”. lelaki itu akhirnya bersuara sambil menghulurkan kembali menu ke arah pelayan tersebut.
“Lah...ingat gaya nak order banyak je tadi.tengok menu macam kaji kamus dewan bahasa je...” Aliah mengomel di dalam hati. Suasana senyap seketika. Hanya terdengar bising pelanggan-pelanggan lain yang menikmati makan tengah hari. Sebetulnya dia telah kenyang kerana telah makan semasa di kenduri Juliana tadi. Lepas hantar Julia balik, terus dia ke restoran tersebut. kesesakan lalu lintas dan kesukaran untuk mendapatkan tempat meletak kereta membuatkan dia lambat tiba di restoran itu. Aliah mengendang ribanya. Matanya melilau. Tidah tahu hendak ditala kemana. Yang pasti bukan pada wajah lelaki itu.
“Sapa nak mula dulu ni...takkan aku pulak...bukan dia tak tahu nak bincang pasal apa..”. Aliah mengomel di dalam hati. Matanya di hala pada bunga plastik diatas meja. Mengira kelopak bunga tersebut dalam diam.
“Lah..senyap pula..hari tu beriya-iya sangat nak jumpa..takkan aku pulak nak mula..siapa nak jumpa siapa...?” Shah bersuara di dalam hati. Senyum hampir terukir di bibir apabila melihat gelagat gadis di hadapannya.
“Apa senyum sorang-sorang pulak tu?Eeee..macam tak betul je..”. Aliah menjeling ke arah lelaki itu dari ekor mata.
Hampir nak pecah gelak namun cuba di tahan. Geli perut apabila melihat gadis tersebut yang melihatnya dengan ekor matanya. Gaya macam apa je.
Pelayan datang membawa hidangan yang dipesan. Aliah hanya melihat perlakuan pelayan tersebut. Begitu juga lelaki itu
“ Kenapa order air suam je..diet ke?”. Akhirnya lelaki itu bersuara. Aliah meneguk air tersebut perlahan.
“Dah kenyang makan kenduri tadi...”. Aliah menjawab sambil menolak gelas tersebut kembali ke tempatnya.
“Kenapa order tu je?”. Tanya Aliah pula.
“Kenyang...”. Lelaki it menjawab sepatah. “...Kenyang makan angin...”. namun kata-kata itu hanya terzahir dibenaknya sahaja.
“So...saya rasa awak tahu apa yang saya nak cakapkan..”. Aliah menarik nafas panjang. Lelaki itu masih diam sambil tangan mengacau sudu pada cawan kopi.
“Macam awak sendiri dah tahu...our parents...nak satukan..” Aliah terhenti seketika. Tekak terasa macam pahit namun dia meneruskan. “...our parents nak..err..awak tahulah...” Aliah terdiam. Tidak tahu bagaimana menyatakan perkara itu menggunakan perkataan yang sesuai. Satukan? Kahwinkan? Nak sebut pun terasa kembang anak tekak. Namun lelaki itu masih diam membisu. Aliah mengecilkan matanya merenung wajah lelaki itu, yang dari tadi tidak mengalihkan pandangnya dari wajah Aliah.
“Dah jadi batu ke apa mamat ni..? senyap je tak bergerak..ke bisu terus?”. Aliah mengerutu perlahan.
So...apa awak nak buat?”. Lelaki itu menegakkan badan.
“Saya perlukan bantuan awak...”. Aliah berkata. Lelaki itu mengangkat kening sebelah.
“Bantuan apa?”.
Aliah menarik nafas panjang.
Look...saya tahu..kita sama-sama tahu apa yang parents kita nak buat..saya rasa..awak juga seperti saya..tak bersetuju dengan rancangan itu..maksud saya..takkan awak nak habiskan hidup awak dengan orang yang awak tak kenal hati budi..betul tak? Macam tu juga dengan saya...” Aliah terdiam, menanti reaksi lelaki itu namun lelaki itu hanya diam seolah-olah memberi peluang kepada Aliah untuk meneruskan kata-katanya.
“Lagi pun..awak mesti ada kehidupan awak sendiri...betul tak? Maksud saya..awak lulusan luar negara..ada kerjaya..ibu saya cakap awak arkitek..betul kan..so..takkan awak tak ada someone special dalam hidup awak...jadi..saya rasa awak mesti setuju dengan rancangan saya ni...”.
“Rancangan apa?”. Lelaki itu membawa cawan kopinya ke bibir.
 Aliah mengigit bibir.
“Macam ni..saya cadangkan awak cakap dengan mak dan ayah awak..yang awak tak nak kahwin dengan saya..awak cakaplah awak dah ada steady girlfriend ke apa....cakaplah saya bukan taste awak ke apa ke..awak hentam jelah apa-apa pun..janji mereka setuju...bila mak dan ayah awak dah setuju nak batalkan rancangan mereka tu..so ibu dan abah saya tak boleh nak buat apa...betul tak?”. Aliah bertanya beriya-iya sambil memerhatikan riak wajah lelaki dihadapannya. Sukar untuk membayangkan apa yang bermain di fikiran lelaki itu ketika ini.
“Kenapa awak tak cakap sendiri pada parents awak...yang awak menentang rancangan perkahwinan ni?”. Lelaki itu bertanya sambil menyandarkan badan. Aliah mengeluh perlahan.
“Kalau boleh..lama dah saya buat..tapi saya tak sampai hati nak lukakan hati mereka..sejak dulu saya tak pandai nak bantah cakap mereka..i just can’t...”. Aliah menjawab sambil memandang ke arah balkoni.
“Kalau parents saya tak terima alasan tu?”. Lelaki itu bertanya. Aliah memandang wajah lelaki itu lambat-lambat.
“Awak mesti pastikan yang awak dapat pujuk mak dan ayah awak..hanya ini saja satu-satunya cara untuk elak perkahwinan ini terjadi..saya yakin, awak pun seperti saya..tak menginginkan perkahwinan ini..kan?”. Aliah bersuara bersunguh-sungguh. Lelaki itu hanya memandang wajah Aliah yan serius itu. Terdengar keluhan dari bibirnya.
“Kenapa? Awak dah ada someone special ke?”. Lelaki itu bertanya. Aliah terdiam.
“Hmm...?”.
“Tak ada..tapi itu bukan persoalannya...”. Aliah membalas.
“Baiklah..kalau itu yang awak nak...”. lelaki itu mengeluh perlahan.
“ Thanks...”. Aliah tersenyum lebar sebelum berdiri.
“Kalau macam tu..saya rasa dah tak ada lagi yang saya nak cakap...saya balik dulu...saya tunggu berita gembira dari awak..”. Senyum lebar tidak lekang dari bibirnya. Lelaki itu turut berdiri.
“Jumpa lagi..ohh..hari ni saya belanja...”. baru sahaja kakinya menapak menuju ke kaunter bayaran, lelaki itu lebih dahulu mendahuluinya menuju ke kaunter. Aliah mengerutkan dahi.
“Thanks...”. Aliah berkata sebelum mereka berpisah di hadapan restoran tersebut. Dalam hati berbunga rasa kerana dia yakin rancangannya akan berjaya.


                         *** 

TOK..TOK..
“Masuk...”.
“Wei..sibuk ke?”. Aliah menolak pintu tersebut sebelum masuk ke dalam pejabat. Julia mengangkat kepala sebelum kembali pada kertas di hadapannya.
“Amboi...sibuk sangat ke?”. Aliah menarik kerusi lalu duduk. Julia masih tekun menanda tugasan para pelajarnya.
“Kejap...bagi aku dua minit..”. Julia masih sibuk menanda.
“It’s okey..take your time...”. Aliah memusingkan kerusi itu menghala ke belakang. Memandang bingkai gambar yang tergantung di dinding. Gambar ketika Julia menerima ijazah pertamanya.
“Okey..siap..ha..apa hal kau datang sini?”. Julia menyandarkan tubuh ke kerusinya. Aliah memusingkan kembali tubuhnya ke arah Julia.
“Ni gaya macam tak suka aku datang lepak sini je...”. Aliah bersuara seolah-olah merajuk. Julia mencebik.
“Ye cik Lia sayang intan payung..nak apa datang sini?” Julia menjulingkan bebola matanya. Aliah ketawa.
“Tak ada apa-apa...aku bosan...”. Aliah menjawab sambil menyandarkan  tubuhnya pada kerusi. Julia mengangkat kening.
“Aik..sejak bila kau dan pandai bosan...? selalunya kau tu memerap je dalam pejabat..selagi tak pukul lima..selagi tu kau tak keluar..pekerja contohlah katakan...”.
Aliah mencapai pen pada bekas pen di atas meja. Tangannya memutar pen tersebut seperti helikopter.
“Wei..kau ni macam budak-budak..perangai tak berubah..ingat zaman sekolah lagi ke?”. Tegur Julia ketika melihat pen ditangan Aliah berputar ligat. Dulu masa sekolah selalu lawan siapa paling laju buat putaran tersebut.
Jealous lah tu..aku tahulah jari kau tu dah keras..dah tak boleh nak buat macam ni...”. Aliah berkata. Julia mencebik.
“Helo mak cik..cakap biar molek sikit...” Julia mencapai pen dari bekas penselnya lalu membuat putaran di hujung jarinya.
“Ha...see....see...aku dah cakap..kau mana boleh nak lawan juara pen spin ni..”. Julia berkata bongkak. Aliah mencebik.
“Kata orang macam budak-budak..dia tu pun sama lapan kali empat....”. Aliah mencampakkan pen tersebut di atas meja.
“So..seriously..kenapa kau datang sini? Kau bukan jenis kalau tak ada apa-apa..saja-saja nak datang lepak sini...”. Julia   membuka dan menutup pen di tangan. Lebih kepada ingin melakukan sesuatu.
“Aku ada berita..big news punya....” Aliah memeluk tubuh.
“Apa dia?” Julia bertanya teruja.
“Adalah...”. Aliah menjawab sambil tersengih nakal. Julia menarik muka.
“Cakaplah..saja je nak buat orang suspens...”. Julia melontarkan pen ke meja.
“Cuba kau teka...”. Aliah masih mahu berteka-teki.
“Apa..?”. Julia mencerun. Aliah menentang pandangan Julia tanpa rasa gentar.
“Tekalah...”. Aliah memusingkan kerusi tersebut ke kiri dan ke kanan. Julia terdiam seketia seolah-olah berfikir. Kemudian, riak wajah Julia tiba-tiba berubah.
“Kau...kau...”. kata-kata Julia tersekat. Aliah mengangkat kening.
“Hmm...?”.
“Kau jadi kawin..?”. Julia bertanya penuh teruja. Aliah tersentak. Hampir nak terbalik dari kerusi apabila mendengar kata-kata Julia itu.
“Ishh...simpang malaikat 44..ada ke situ pulak...”. Aliah merungut perlahan. Raut wajah teruja Julia bertukar kepada tanda tanya.
“Dah tu..apa dia?”.
“Hmm...aku cakap mesti kau tak percaya...”.
Julia membuat muka.
“Alah..kalau dah nama Nuri Aliah tu..semua benda boleh jadi...”.
Aliah ketawa.
Yes..betul tu...”
“So....?”. Julia menunggu dengan tidak sabar-sabar.
“So...?”. Aliah masih mahu bermain tarik tali.
“Liaaaaaaaaa...!!”. Julia menjerit kuat. Geram dengan perangai sepupunya itu.
Aliah menutup telinganya.
“Dah macam halilintar je rasa...”. Aliah ketawa. Julia menarik muka empat belas.
“Yelah-yelah...apa yang kau cakap tu..”. Julia kembali teruja. Namun Aliah cepat-cepat meneruskan kata-katanya. “....apa yang kau cakap tu kurang tepat..maksud aku..aku tak jadi kahwin...best kan?”. Aliah tersengih. Namun riak wajah Julia seolah-olah keliru.
“Lah..yang buat muka macam sawi sejuk tu kenapa? Tak happy ke aku tak jadi kawin?”. Alian bertanya pelik.
Julia mengerutkan dahi.
“But how? Mak Long dan Pak Long dah setuju ke yang kau tak kahwin dengan mamat tu?”.
“Almost....”.
“Meaning...?”. Julia mempamerkan riak tanda tanya di wajahnya. Sungguhlah dia tak faham dengan sepupu dia seorang ini.
“Aku dah jumpa mamat tu...”.
“You what...??!!”. Julia bertanya kuat. Aliah tersentak.
“Ju...tolong jangan terpekik-pekik boleh? Sakit jantung aku ni..”. Aliah mengurut dadanya. Julia tersengih.
Sorry..so..bila kau jumpa mamat tu?”.
“Hmm..minggu lepas....”.
“Ohh...dating tak cakap ehh...”. Julia sengih nakal. Aliah memutarkan bebola matanya.
“Merepeklah kau...aku jumpa dia pun  pasal ada urusan...”.
“Urusan apa? Bincang pasal hantaran?”. Sengih masih tak hilang di bibir Julia. Aliah tidak ambil pusing.
“Aku minta dia cakap dengan parents dia supaya batalkan rancangan perkahwinan kami...”.
“YOU WHATTT...!!”.

                                                                  ***

Aliah merenung kosong ke arah skrin komputer ribanya. Hampir satu jam dia berkeadaan begitu. Playlist winamp pun dah tiga kali dimainkan namun sebaris ayat pun tidak tertaip. Hatinya gelisah dan tidak tenang. Jantungnya pula berdegup kencang seolah-olah seperti mahu keluar dari tulang rusuknya. Aliah cuba menumpukan perhatian pada manuskrip yang perlu disiapkannya namun gagal. Fikirannya melayang ke ruang tamu. Aliah bangun dari kerusi. Dia sudah tidak tahan. Sudah tidak sanggup lagi. Perlahan-lahan, dia berjalan menuju ke pintu bilik dan melekapkan telinga pada pintu tersebut. Cuba mengesan sesuatu tetapi dia tidak mendengar sebarang bunyi di luar sana. Aliah menegakkan badan. Dia mengigit bibir sebelum memulas tombol pintu perlahan-lahan. Cuma mengelakkan sebarang bunyi yang boleh menarik perhatian tetamu di bawah. Aliah menjenguk ke luar pintu memandang ke tangga. Suara-suara manusia sedang berbual sayup-sayup kedengaran di ruang tamu. Aliah cuba memasang telinga menangkap butir bicara tetamu di bawah namun gagal. Aliah menutup pintu biliknya perlahan-lahan sebelum kembali ke meja kerjanya. Sesekali dia menjeling jam di dinding.
“Ishh...bila nak habis ni...?”. Aliah bertanya sendiri sambil melarikan tetikus secara rambang. Dia menongkat dagu sambil merenung skrin, membaca semula manuskrip separuh siapnya tanpa benar-benar menumpukan perhatian. Walaupun dia tahu benar tujuan tetamu itu datang ke rumahnya, namun dalam hatinya tetap ada debaran. Dia cuba membayangkan bagaimanakah penerimaan ibu dan abahnya mengenai keputusan itu? kecewakah? Sedih? Aliah tidak pasti. Setelah penat melayari internet, Aliah bangun dan mencapai novel yang terletak di atas meja kerjanya sebelum berjalan menuju ke katil. Direbahkan tubuhnya di atas katil empuk tersebut sebelum membaca novel kegemarannya itu. Namun dia masih tidak mampu menunpukan perhatian pada bacaan tersebut. Aliah merenung siling. Betul kata orang, menunggu itu suatu penyeksaan.
TOK..TOK..
Aliah spontan bangun dari baringan. Dadanya kembali berdebar kencang. Dia melangkah ke pintu dengan perlahan-lahan dan terhenti seketika di belakang pintu. dia menelan air liur beberapa kali. Dengan lafaz bismillah, dia memulas tombol pintu perlahan-lahan.
“Adik...”
“Err...ibu..”. Aliah membuka pintu lebih luas. Ibu masuk ke dalam bilik. Riak wajah ibu sukar untuk digambarkan ketika itu. Aliah menarik nafas panjang, tahu benar yang ekspresi wajah ibunya mungkin ada kaitan dengan hasil perbincangan tadi.
“Ibu...tak apalah...orang dah tak sudi...”
“Tarikh dah di tentukan...ibu sangat gembira...”. Ibu memeluk Aliah erat. Aliah terpingga-pingga dalam pelukan ibunya.
“Minggu depan bertunang...tiga bulan lepas tu..terus majlis akad nikah...”. Ibu tersenyum berseri-seri. Aliah tergamam. Otaknya ligat berfikir, cuba mencerna apa yang baru sahaja di dengarinya. Nanti sekejap. Ini bermakna..
“Apa...apa..maksud ibu?”. Aliah bertanya tergagap-gagap.
“Adik..kami dah berbincang..ibu, abah dan keluarga pihak lelaki dah sepakat nak adakan majlis pertunangan kamu berdua dalam masa seminggu..lepas tu, majlis akad akan di adakan bulan enam nanti...”. Ibu menjawab sambil menarik tangan Aliah sebelum mereka berdua duduk di hujung katil. Aliah bungkam. Tidak benar-benar tahu apa yang berlaku. Ini bukan perancangannya. Ini musibah. Mengikut perancangannya, perkahwinan ini tak sepatutnya berlaku.
“Err..ibu..mereka memang tak batalkan rancangan perkahwinan ni ke?”. Aliah bertanya tersekat-sekat. Ibu merenung wajah Aliah sambil mengerutkan dahi.
“Kenapa pula mereka nak batalkan rancangan perkahwinan ini? Lagi pun..Syah dah setuju..”
“Siapa?”
“Syah...bakal suami adik...”
Aliah mengerenyat ketika mendengar perkataan ‘ bakal suami’. Perasaan geram dan marah mula menguasai dirinya. Dia mengetap bibir perlahan. Nampaknya dia sedang dipermainkan. Aliah menarik nafas perlahan, cuba menenangkan perasaan marah yang sedang mengelegak dalam dirinya.
“Tak apalah..adik berehatlah..esok kerjakan..hal majlis adik..biar ibu uruskan..”. Ibu berdiri. Aliah mendongak memandang wajah ibunya yang berseri-seri itu. Dia cuba mengukir senyuman seolah-olah turut gembira dengan berita tersebut. Tetapi hakikatnya, berjela-jela sumpah seranah terhadap lelaki itu.
“Ibu..err..” Aliah menggigit bibit. Tidak tahu bagaimana hendak meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.
“Ada apa..?”. Ibu bertanya lembut. Senyum tidak lekang di bibir tua itu. aliah berasa serba salah. Dia tidak sanggup melenyapkan senyuman itu.
“Tak ada apa-apa..selamat malam ibu..adik...sayang ibu...”. Aliah memeluk ibunya. Ibu mengusap belakang badan Aliah.
“Ibu pun sayang adik..sudahlah..pergi tidur..jangan berjaga lewat sangat...nanti kulit muka tu tak cantik..mata sembab..macam mana nak bertunang nanti...”. Ibu senyum lagi. Aliah tersenyum pahit ketika ibu menutup pintu biliknya itu. Aliah tersandar di belakang pintu. Tidak benar-benar tahu apa yang sedang berlaku. Mimpi ke? Minggu depan nak bertunang. Tiga bulan lepas tu terus kahwin? Mimpi ngeri apakah ini? Aliah segera menuju ke meja kerjanya, mencapai beg tangannya lalu menyelongkar segala isi beg tersebut. Tangannya mencapai telefon bimbit dan mula mendial. Perasaan marah kembali menguasai dirinya. Tangannya digenggamkan kerana terlalu marah. Namun telefon tersebut berdering tanpa dijawab. Aliah memutuskan talian dan mencampakkan telefon tersebut di atas meja apabila peti pesanan suara yang menyambut panggilannya. Aliah merebahkan tubuh ke katil. Perasaan marah meluap-luap dalam dirinya. Dia mencapai bantal lalu ditekap ke muka. Dia menjerit sekuat-kuat hati dan dalam masa yang sama, menekan kuat bantal tersebut sekuat yang boleh.
“Apa masalah mamat ni? Orang call tak nak angkat..hari tu cakap nak ikut plan..sekarang plan ke mana, dia pun entah ke mana....arghhhh..”. Aliah mencampakkan bantal tersebut ke tepi. Deringan telefon membuatkan dia segera bangun lalu menuju ke meja kerja. Dia mencapai telefon tersebut dan menekan butang ‘angkat’ tanpa melihat pada skrin telefon.
“Helo...! awak ni kenapa hah! Hari tu cakap nak ikut plan...”
“Lia..?”
Aliah terdiam seketika. Dia segera merenung skrin telefon bimbit tersebut sebelum meletakkan kembali telefon tersebut di telinga.
“Lia..? kau kenapa? Tak ada angin..tak ada ribut tiba-tiba nak mengamuk macam tu? Rumah kau dilanda puting beliung ke?”. Suara Julia sayup-sayup di sebelah sana. Aliah menarik kerusi lalu bersila di atas kerusi tersebut.
“Lah..kau rupanya..aku ingat mamat tu..nak apa call aku malam-malam ni?”. Aliah bertanya sambil menyandarkan tubuh pada kerusi. Tangannya menarik sepit rambut di kepalanya dan membiarkan rambutnya terurai.
“Eh..mamat mana pulak yang kau tunggu malam-malam ni?” Tanya Julia separuh mengusik. Aliah memutarkan bebola matanya. Dia membayangkan wajah Julia ketika itu, tersengih macam kerang busuk.
“Tak ada apalah..kau nak apa call aku malam-malam ni?”.
“Ala....dengan aku pun nak berahsia...cakaplah...kau tunggu siapa?”
“Mana ada..ishh..kau nak cakap ke tak nak? Kalau tak nak..aku nak letak..nak tidur...”. Aliah berkata separuh mengugut.
“Alah..kau ni tak sportinglah..tanya sikit nak marah..yelah-yelah...aku call pasal nak ucap tahniah....”.
Aliah mengerutkan dahi.
“Tahniah kebenda pulak?”.
“Tahniah kerana kau akan menjadi tunang dan isteri orang tak lama lagi...”. Julia berkata sambil ketawa. Aliah mengetap bibir.
“Apa kau merepek ni? Siapa cakap aku nak kahwin?”.
“Ehh..mak longlah cakap..dia baru call mak aku tadi cakap kau nak bertunang minggu depan..bukan ke? Aku salah maklumat?”.
Aliah menarik rambut depan yang terjuntai melepasi dahi.
“Lia..? Helo..? Lia..? aik..tidur dah ke minah ni...Liaaaaaa...!”.
Aliah menjarakkan telefon tersebut dari telinganya.
“ Wei...yang kau memekik malam-malam buta ni kenapa? Buang tebiat ke?”. Aliah merungut perlahan.
“Lah..aku ingat dah hanyut..kau ni jadi kahwin ke tak? Mak long cakap minggu depan kau bertunang...yang kau pulak cakap tak jadi kahwin....mana satu yang betul? Aku pun dah naik pening...”.
“Entahlah Ju..aku pun sama pening...kau tahu kan yang rancangan aku macam mana..aku ingat family mamat tu datang nak batalkan perkawinan ni..alih-alih ibu aku cakap tarikh dah tetapkan...aku call mamat tu...tak angkat pulak..geramnyaa...!”. Aliah mengeluh berat.
“Ohh..tu sebab kau mengamuk tak tentu pasal tadi..marahkan bakal suami kau tu ye..”.  Julia berkata separuh mengusik. Aliah mengetap bibir.
“Kau jangan sebut-sebut perkataan tu..aku debik baru tahu..”.
Julia ketawa besar.
“Kau ni macam budak-budak..dah nak kahwin pun perangai tak berubah..” Julia masih lagi ketawa.
“Ju..aku bagi amaran...kalau kau cakap lagi...”
“Yelah-yelah...garang macam rimau...so..Aidil dah tahu ke?”. Suara Julia terputus-putus. Mungkin liputan kurang jelas.
“Siapa?”. Aliah bertanya sambil tangan melarikan tetikus ke arah butang ‘ pause’ winampnya.
“Aidil...abang sayang kau tulah...dia dah tahu yang kau nak..err...”. Julia teragak-agak untuk menyambung ayat seterusnya.
“Belum...dia pun dah lama tak call aku..”.
“Hmm..tak apalah Lia...aku nak letak dulu ni..mengantuk pula..jumpa esok kat kolej...good night..bye...”
“Bye...”. Aliah memutuskan talian sebelum meletakkan telefon tersebut di atas meja. Aliah termenung seketika sebelum bangun dan melangkah lemah ke katil. Matanya menjeling jam di dinding. Hampir tengah malam. Ini kalau tidur lambat, mahu terbabas esok pagi. Aliah berbaring dan menarik bantal busuknya. Cuba memejamkan mata dan memaksa diri untuk tidur. Namun kata-kata ibunya berlegar-legar di dalam benaknya. Perasaan takut mula menguasai dirinya. Bagaimana kalau perkahwinan ini memang tidak dapat dielakkan? Bagaimana kalau dia memang telah ditakdirkan untuk seperti ini? Aliah menelan air liur yang terasa berpasir. Dia tidak akan berputus asa. Dia akan melakukan segala usaha untuk menggagalkan rancangan perkahwinan yang tidak masuk akal ini, sekalipun terpaksa meminta bantuan Aidil.
 P/S: TO BE CONTINUED

2 140 tukang karut:

Hamsah Ismail said...

best......continue plssss.......

Cahaya said...

hamsah>>thx. rerajinlah jenguk blog ni ye. akan up dari semasa ke semasa.

Post a Comment