RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, April 22, 2014

Kerana Dia Suamiku (Bab 1)


BAB 1

Aliah menongkat dagu. Jari jemarinya bermain-main dengan pen di tangan. Kepalanya ligat berfikir. Sesekali dia melepaskan keluhan berat. Dia memicit pelipisnya dengan hujung jari telunjuk. Kepalanya terasa pening dan berpusing. Dia menyandarkan tubuh ke kerusi  dan memejamkan mata. Cuba untuk berfikir lagi namun buntu. Dia betul-betul buntu.
Tok..tok..
Aliah membuka mata dan memandang ke arah pintu. Kemudian matanya terarah pada jam di dinding. Pukul 4.30 petang.
“Siapa pulak yang datang waktu-waktu macam ni...”. Aliah mengeluh di dalam hati. Dia membetulkan kedudukan dirinya sebelum bersuara.
“Masuk..”. Aliah mencapai pen merah dari bekas penselnya.
“Sibuk ke?”. Julia menjengulkan muka di pintu.
“Lah...kau rupanya...aku ingat student..tak adalah sibuk mana pun..”. Aliah melontarkan pen merah kembali di atas meja. Dia menyandarkan kembali tubuhnya pada kerusi empuk itu. Julia masuk dan duduk di hadapannya.
“Ada apa kau datang sini? Dari jauh kau menapak datang sini...”. Tanya Aliah sambil memicit dahinya. Terasa berdenyut kepalanya dek kerana terlalu banyak berfikir barangkali.
“Tak ada apa...saja datang  jenguk kau..fakulti pengurusan tu bukan jauh mana pun dengan fakulti sains ni...sekangkang kera je...”. Julia tersengih. Aliah hanya mendiamkan diri.
“Kau tak ada kelas ke?”. Aliah bertanya.
Nope...aku dari pukul 3 tadi tak ada kelas..lepak dalam office tanda assigments budak-budak ni je....bosan...aku datang sini...”. Julia menjawab sambil membelek kertas kajang yang berselerak di atas meja.
“Kau tak ada kelas?”. Julia pula bertanya.
“Tak ada...last kelas aku pukul 3 tadi...sementara nak balik, aku semak kertas budak-budak ni dulu...kalau tak buat sekarang...bertimbun-timbun kerja tertangguh...”. Aliah menjawab sambil  melarikan tetikus ke arah butang pangkah winampnya.
“Ohh...tu sebab kau sampai sakit-sakit kepala ni...pening tanda kertas budak ke?”. Julia mengangkat kertas yang telah siap bertanda di tangannya. Aliah menjeling sekilas ke arah kertas tersebut.
“Hmm..tak jugak...”. Aliah menjawab perlahan.
“Dah tu kenapa?”.
Aliah hanya mendiamkan diri. Tangannya sibuk meneliti rekod mengajar yang direkodkan di dalam microsof office.
“Lia..kalau ada masalah...cakap dengan aku...aku kan sepupu kau..bukan setakat teman sekerja je...”. Julia menyandarkan tubuhnya ke kerusi sambil berpeluk tubuh. Matanya tidak dialihkan dari memandang wajah Aliah yang berkerut itu. Aliah melepaskan keluhan berat. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Julia.  Memang betul, Julia sepupunya. Julia juga teman sekerjanya. Mereka sama-sama bekerja sebagai pensyarah di pusat pengajian tinggi. Walaupun bidang yang berbeza, namun itu tidak menjadi penghalang perhubungan mereka. Malah Julia juga merupakan antara sepupu yang paling rapat dengannya. Mereka membesar bersama-sama di kampung Kuala Kangsar. Mereka juga turut bersekolah di sekolah yang sama sehinggalah Aliah berpindah tinggal dengan keluarganya selepas PMR.
“Pasal hal tu ke?”. Julia bertanya apabila melihat Aliah hanya membisu. Aliah memandang wajah Julia lambat-lambat.
“Kau dah cuba cakap dengan Pak Long dan Mak Long?”.
Aliah masih membisu merenung meja seolah-olah tembus sehingga ke lantai. Ingatannya berputar mengigatkan kembali perbualan dia dengan ibu dan ayahnya seminggu yang lalu.
“Adik kerja macam mana..?”. Abah bertanya tanpa mengalihkan mata dari surat khabar di tangan. Aliah mencapai gelas berisi air oren sebelum meneguknya.
“Boleh tahanlah..macam biasa...”. Aliah menjawab. Abah menjeling ibu di sebelah. Aliah leka memandang televisyen yang menayangkan cerita melayu.
“Adik ada kawan dengan siapa-siapa ke?”. Ibu bersuara di sebelah. Aliah yang leka menonton televisyen tidak mendengar pertanyaan ibunya itu.
“Hmmm...”. Mata Aliah leka pada Aaron Aziz di televisyen. Ibu dan ayah saling berpandangan.
“Adik...dengar tak ibu tanya ni?”.
Aliah tersedar. Dia mengalihkan pandangannya ke arah ibu.
“Err...sorry ibu....apa ibu tanya tadi...?”.
Ibu sempat menjeling ke arah abah yang kembali membaca surat khabar. Aliah memandang ibu dan abahnya silih berganti.
“Apa hal pulak gaya serius je ibu dan abah aku ni...”. Aliah berkata di dalam hati.
“Ibu tanya..adik ada kawan dengan siapa-siapa ke?”.
Aliah memandang pelik ke arah ibunya.
“Ada..ramai..Nana..Siti..Faiezah...lagi siapa...”. Aliah menghitung jari mengira. Ibu mengeleng.
“Maksud ibu..kawan lelaki..err...teman lelaki....”.
Aliah yang sedang sibuk menghitung bilangan kawan perempuannya itu terhenti. Bulat matanya memandang wajah ibu dan abahnya. Dadanya berdebar tiba-tiba.
“Ni apa gaya tiba-tiba tanya bab-bab sensitif ni...”. Aliah berkata di dalam hatinya, hampir panik.
“Err...kenapa ibu tanya..?”. tanya Aliah tergagap-gagap.
“Macam ni...kalau adik tak ada kawan dengan siapa-siapa...ibu dan abah ada nak kenalkan adik...dengan anak kawan ibu dan abah....anak dia baru balik dari luar negara...”.
Hampir pitam tatkala butir-butir kata itu keluar dari mulut ibunya. Namun dia cepat-cepat menenangkan dia. Namun jantungnya sedang laju mengepam aliran darahnya sehingga sukar untuk bernafas.
“Ibu cakap ape ni...?”. Aliah bertanya tersekat-sekat. Ibu berdehem sambil memandang ke arah abah yang mungkin berpura-pura membaca akhbar.
“Abang..cakaplah...kita tengah sibuk bincang..dia boleh pulak sibuk baca surat khabar tu...”. Ibu merungut.
“Macam ni adik..macam yang ibu cakap tadi..anak kawan abah baru balik dari luar negara..kenalan abah tu..ada datang rumah..tanyakan adik untuk anaknya itu...jadi sebelum ibu dan abah bagi jawapan pada mereka..abah dan ibu nak tahu juga..mana tahu adik ada kawan dengan sesiapa ke...”. abah sempat memandang ibu di sebelah. Aliah bungkam. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Kepalanya seolah-olah beku, tidak mampu berfikir.
“Adik..adik..tak..err...”. Aliah tergagap. Tidak tahu apa yang hendak disampaikan.
“Kalau adik ada kawan dengan sesiapa..adik bawa balik rumah..biar ibu dan abah tengok...”. ibu berkata. Aliah berasa gelisah. Kenapa pula tiba-tiba masuk bab-bab kahwin petang-petang ni.
“Tak ada...adik tak ada kawan dengan siapa-siapa...”. Aliah menjawab perlahan sambil menundukkan muka. Terasa malu pula apabila berbicara tentang hal itu dengan ibu dan abah. Ibu dan abah saling berpandangan sebelum senyum terukir di bibir masing-masing.
“Macam nilah..adik tengok dulu anak kawan mak dan ibu tu..lepas tu baru kita bincang..ya..”. Ibu berkata sebelum bangun menuju entah ke mana. Aliah hampir tidak sempat berkata apa-apa apabila ibu datang membaca sepucuk sampul surat.
“Kebenda pulak ni...”. Aliah berkata di dalam hati apabila melihat ibunya membuka sampul surat tersebut dan mengeluarkan sekeping gambar bersaiz 3R.
“Nah...adik tengok dulu..” Ibu menghulurkan gambar tersebut. Aliah hanya memandang dengan wajah kengerian. Tangannya hampir mengeletar ketika gambar tersebut bertukar tangan.
“Err..ibu..abah..kenapa tiba-tiba saja timbul hal ni..?”. Aliah bertanya perlahan. Gambar ditangannya itu tidak dipandang walau sekali. Ibu memandang wajah abah.
“Adik...ibu dan abah rasa dah sampai masanya untuk adik berumah tangga..umur adik pun dah 27...tak manis anak dara kahwin lambat..” Ibu menjawab. Aliah terdiam. Zaman sekarang ni mana kira dah perempuan kawin lambat ke cepat. Yang penting bahagia hidup.
“Tapi...adik belum bersedia..banyak lagi benda yang adik rancang dalam hidup ni...”. Aliah bersuara perlahan. Bimbang hati orang tuanya terguris.
“Adik..bersedia atau tidak..itu terpulang pada adik..adik dah besar..tapi kami ni..hanya menunggu masa je..nak juga kami menimang cucu sebelum mata kami tertutup...”. suara Ibu sayu. Aliah mengigit bibir.
“Lia..!” Julia mengetuk meja. Aliah tersentak. Matanya dijegilkan ketika memandang wajah Julia.
“Mengelamun pulak dia...aku tanya..kau dah cakap ke dengan mak dan ayah kau tu...yang kau tak nak kahwin dengan mamat tu...?”.
“Dah..tapi kau bukan tak faham mak dan ayah aku tu...aku pulak mana reti nak bantah-bantah cakap orang tua ni...”. Aliah memejam mata. Itulah perkara yang difikirkan sepanjang hari ini. Bukan hari ini saja, sejak kali pertama mak dan ayahnya bercakap tentang rancangan itu. Rancangan hendak menjodohkan dia dengan anak kenalannya.
“Kadang kala aku rasa hidup kau ni macam dalam novel..kau tahu..kahwin dengan pilihan keluarga..tapi kau jangan risau..selalunya happy ending..aku rasa novel terbaru kau patut tulis pasal benda ni..lagi real..pengalaman dah ada kan...”. Julia tersengih. Aliah memutakan bebola matanya.
“Jangan mengarutlah..aku belum nak kahwin lagi...banyak lagi benda yang aku nak fikir..kerjaya aku..buku-buku aku...aku plan nak sambung master jugak...”. Aliah mengosok dagu. Julia membelikakkan biji matanya.
“Kau nak sambung belajar lagi? Kenapa? Tak cukup-cukup lagi ke pening sampai nak pitam masa nak buat projek tahun akhir time degree dulu...?”.
“Kau ni Ju..patut bagilah moral support pada aku..ini tak...nak menjatuhkan semangat aku lagi ada...”. Aliah mencebik.
“Tak adalah..aku cuma cakap je..kotlah kau jadi kahwin nanti..tak ke huru hara hidup kau..mana lagi nak mengajar..nak menulis..ehh..cakap pasal menulis..novel terbaru kau apa cerita...?”. Julia bertanya sambil mengendeng meja.
“Entahlah..aku tengah serabut pasal hal ni..tak sempat nak fikir pasal hal lain..aku ingat nak hold dulu manuskrip aku tu..tunggu semua hal selesai..sekarang nak berjalan pun rasa macam tak cukup tanah...”. Aliah menjawab.
“So..kau dah jumpa ke lelaki tu?”. Julia bertanya sambil mempamerkan senyuman nakalnya. Aliah mendengus.
“Belum...tak teringin aku nak jumpa dia...menyusahkan hidup je..”. Aliah mengerutu. Entah kepada siapa mahu dihamburkan rasa marah yang bersarang di dalam hati ini.
“Mak long cakap dia ada bagi gambar lelaki tu pada kau..takkan kau tak tengok...?”
“Tak ada...malas aku..buang masa je..”.
“ Kau ada bawa gambar tu? Bagi aku...aku nak tengok..macam manalah bakal suami kau tu ye..”. Julia tersengih mengusik. Aliah mengetapkan bibir.
“Kau jangan buat lawak Ju..aku tengah hangin ni...”. Aliah mengerutu perlahan. sengih di wajah Julia tidak padam. Malah makin galak. Tahu dia yang Aliah takkan marah sunguh-sungguh padanya. Dia kenal Aliah luar dan dalam.
“Ala..aku gurau je pun kau nak hangin..cepatlah Lia..aku teringinnnnnnnnn sangat nak tengok ni..sumpah aku tak gelak..bolehlah...bolehlah...”. Julia dan angkat tangan gaya-gaya pandu puteri buat ikrar masa perbarisan sekolah. Aliah menjeling namun dia tunduk membuka laci sebelum mencampakkan sampul surat putih berjalur merah biru ke atas meja. Sengih Julia semakin lebar. Tangannya segera mencapai sampul surat tersebut.
“Aku bukak ye..”. Julia tersengih sambil membuka sampul surat itu. ditonggengkan sampul itu sehingga keluar sekeping gambar di atas tapak tangannya. Aliah tidak ambil pusing. Matanya leka pada skrin komputer.
“Liaaaaa.....betul kau tak nak kawin dengan mamat ni?”.
Mata Aliah tidak berganjak dari skrin komputer. Sesekali tangannya laju menaip nota-nota tambahan yang akan digunakan untuk kuliah seterusnya.
“Liahhhh..aku cakap dengan kerusi meja ke? Dinding...? dengar tak aku tanya ni...?”.
Aliah memekakkan telinganya.
“Budak ni..buat pekak je dia..Lia...serius aku tanya..kau tak nak kahwin dengan mamat ni ke? Kalau tak nak..bagi kat aku...”.
Aliah memusingkan badan.
“Kecik tapak tangan..Litar sepang aku tadahkan...ambilah..aku tak kisah...”. Aliah menjawab selamba sambil tangan mencapai buku rujukan mengajarnya. Julia mengeleng.
“Cuba kau tengok dulu mamat ni...lepas tu baru kau nak bagi litar sepang ke apa ke...”. Julia menghulurkan gambar tersebut ke arah Aliah. Aliah tidak mengangkat kepala dari halaman buku rujukannya.
“No thanks..i’m not interested...”.
Handsome gila ni Lia..rugi kalau kau tolak...kalau mak dan ayah aku yang suruh kahwin dengan mamat ni..memang aku terima je..”.
“Kalau macam tu..apa kata aku suggestkan kau je yang replace tempat aku..nak?”. Mata Aliah kembali ke skrin komputer.
Seriously..kalau boleh main replace-replace..memang lapangan terbang kuala lumpur aku tadahkan...”. Julia tersengih. Aliah menjulingkan biji matanya.
“Dahlah..aku nak balik..dah lewat..kalau kau nak duduk sini..duduk sorang-sorang...”. Aliah bangun dan mengemas mejanya yang berselerak itu.  Julia turut bangun.
“Apa faedahnya aku nak lepak sorang-sorang kat sini...over time pun aku malas buat...”. Julia menjawab. Tangannya menghulurkan sampul surat berisi gambar itu ke arahnya.
“Kau simpanlah...”. Aliah menolak. Tangannya lincah menyusun buku-buku rujukan mengajar di tepi meja. Ini kalau tak susun sekarang, esok kalut masa nak pergi mengajar. Tertukar bahan mengajar tak ke naya je.
“Apa pulak aku nak simpan...tak eloklah Lia..sekurang-kurangnya kau hormatlah mamat ni..takkan nak buat sepah je gambar dia ni..kotlah tiba-tiba terbuka hati kau nak tengok gambar ni..”. Julia masih menghulurkan sampul surat tersebut. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga mengambilnya. Dia selitkan di dalam plannernya sebelum planner itu dimasukkan ke dalam beg kerjanya.
“Dah jum...” Aliah membimbit beg kerjanya dan menyangkutkan beg tangan di bahunya sebelum bergerak menuju ke pintu. Julia turut mengekorinya dari belakang.
“Kau parking kereta kat mana?”. Aliah bertanya ketika mereka berdiri di depan kereta Myvi ungunya.
“Dekat fakulti akulah...”.
“Nak aku tumpangkan sampai fakulti kau ke?”. Aliah membuka pintu tempat pemandu.
“Memang nak suruh kau hantar pun...”. Julia menyengih sambil masuk ke tempat penumpang sebelah pemandu. Aliah mengelengkan kepala.

                                                                 ***

Aliah mengintai ke luar bilik. Matanya melilau melihat ruang dapur dan ruang tamu yang dah gelap. Matanya menjeling jam di tangan. Hampir tengah malam. Perutnya berkeroncong dari tadi minta diisi. Dia berjengkit-jengkit keluar dari bilik tidurnya perlahan. Gaya dah rupa macam Mr. Baen je. Aliah berkata dalam hati. Dia menarik tombol pintu bilik perlahan-lahan. Dia mengintai dari tangga, memastikan keadaan selamat. Aliah berjalan menuruni tangga menuju ke tingkat bawah dengan perlahan. Cuma meminimumkan bunyi yang dihasilkan. Setelah benar-benar yakin yang ibu dan ayahnya telah masuk tidur, dia segera menuju ke dapur. Dalam hatinya berdoa supaya ibunya teringat nak tinggalkan makan malam untuknya. Aliah menarik pintu peti ais dan menjenguk memerhati apa yang ada. Senyum lebar terukir dibibir. Dia menarik periuk yang berisi tomyam baki makan malam tadi dan diletakkan di atas dapur. Kemudian dikeluarkan pula pinggan berisi sambal udang kegemarannya lalu di panaskan di atas kuali. Dia menuju pula menjenguk nasi. Nasib baik ada lagi. Dia menekan butang pada periuk nasi tersebut untuk memanaskan nasi. Sementara menunggu lauknya panas, Aliah menarik kerusi dan menuangkan jus oren ke dalam gelas. Dia menarik gelas tersebut lalu dibawa ke bibir. Otaknya kembali berfikir. Sampai bila dia mahu hidup seperti itu. Terpaksa mengelakkan diri dari ibu dan abahnya semata-mata takut ibu dan abah tanya soalan cepumas itu. Takut ibu menuntut jawapan daripadanya. Takut abah membangkitkan keputusannya. Itu juga sebab kenapa dia bertindak seperti pencuri di dalam rumah sendiri setiap malam. Takut berdepan dengan takdir masa depannya. Sesungguhnya dia masih belum pasti apa yang perlu dilakukan. Namun kalau nak diikutkan hati dan perasaanya, memang dia tahu sangat jawapannya. Tapi dia tahu, ibu dan abahnya mengharapkan sesuatu yang bertentangan dari kehendak hatinya. Aliah melepaskan keluhan berat. Gelas di bawa lagi ke bibir. Dia bangun menuju ke dapur untuk menikmati makan malamnya. Ketika makan, hatinya tertanya-tanya apakah ibu dan abahnya terguris hati dengan tindakannya yang seolah-olah menjauhkan diri daripada mereka itu? Rumit betul hidup ini. Selera Aliah mati apabila kepala kembali berat memikirkan masalah yang satu itu. Dia bangun menuju ke singki, membasuh pingan dan kuali yang digunakan. Setelah selesai, dia berjalan menuju ke tingkat atas selepas menutup lampu dapur.
Aliah duduk berteleku di hujung katil. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kepalanya sesak. Dia menegakkan badan. Hanya satu sahaja cara. Ya. Dia perlu lakukan. Aliah bangun menuju ke meja kerjanya lantas mencapai telefon bimbit. Dia mencapai pula plannernya di dalam beg kerja yang tersandar di kaki katil. Diselaknya halaman planner tersebut sebelum terhenti. Tangannya laju mendial nombor yang tertera di halaman tersebut. Deringan terdengar seketika sebelum Aliah memutuskan taliah.
“Ishh..gila ke apa nak telefon anak teruna orang malam-malam buta ni..”. Aliah mengetuk telefon bimbit itu ke kepalanya. Namun tidak berapa lama kemudian, telefon tersebut berdering, membuatkan Aliah tersentak sehingga telefon ditangannya hampir terpelanting. Matanya merenung skrin telefo bimbit ditangannya. Dahinya berkerut ketika melihat nombor yang tertera. Macam kenal. Lambat-lambat dia menekan butang ‘angkat’.
“Hello..who’s this?”. Suara lelaki di sebelah sana menyapa telinganya. Aliah mengangkat kening. Aik, dia yang telefon kita, tanya kita siapa pula.
“I dont know..who’s this? You are the one who calling me at the first place..remember?”. Aliah menjawab.
Senyap.
“Aik..takkan terputus kot...”. Aliah merenung skrin di telefonnya. Ada lagi. Dia meletakkan telefon tersebut kembali ke telinga.
“Awak yang call saya tadi..tapi just buat miss call je..siapa ni..?”. lelaki itu bertanya. Aliah membeliakkan biji matanya sebelum mencampakkan telefon tersebut ke atas katil. Matanya memandang kengerian ke arah telefon bimbitnya yang masih lagi belum terputus talian itu. Dadanya berdebar. Matanya spontan memandang jam di tangan.
“Dah dekat pukul satu...takkan tak tidur lagi mamat ni...”. Aliah mengigit bibir. Perlahan-lahan dia menguis telefon tersebut dengan hujung kaki. Membalik-balikkan supaya skrin telefon tersebut menghala ke atas. Talian masih belum diputuskan. Aliah termangu seketika. Berkira-kira mahu memutuskan talian atau bercakap sahaja dengan lelaki itu. Mungkin ini sajalah satu-satunya peluang yang ada. Aliah segera mencapai telefon tersebut dan meletakkan di telinga. Hatinya berdebar kencang. Dengan lafas bismillah, dia bersuara.
“Err..sorry kacau..saya..err...Aliah...”. Aliah menelan air liur yang dah rasa berpasir.
Senyap.
“Aik..takkan tidur dah? Helo..? Helo..?”. Aliah bersuara.
“Aliah mana?”. Lelak itu akhirnya bersuara. Dahi Aliah berkerut.
“Ramai sangat ke perempuan nama Aliah dalam hidup kau sampai tak tahu aku Aliah yang mana satu..”. Aliah mengigit bibir. Mahu sahaja dihamburkan kata-kata itu kepada lelaki di sebelah namun dia menenangkan diri. Takkan nak cipta sengketa waktu-waktu macam ni. Tambah-tambah dia perlukan bantuan lelaki itu itu meriaslisasikan rancangannya itu.
I’m Aliah...Nuri Aliah...anak Encik Sufian dengan Puan Juhara...”.
Senyap.
“Adoi...sakit jiwa betul aku dengan mamat ni..nak cakap ke tak nak? Main senyap- senyap pulak..ingat apa..main sorok-sorok ke apa..”. Aliah mengerutu di dalam hati.
“Nak apa...?”. tanya lelaki itu. Aliah mengeritkan gigi. Belum apa-apa dah buat orang sakit hati.
“Bila free..? nak jumpa...”. Aliah menjawab. Malas nak main tarik tali. Takkan nak tanya khabar, dah makan ke belum, tengah buat apa.
“Kenapa nak jumpa?”.
“Ada hal nak bincang...boleh ke tak?”.
Senyap
Aliah mengeluh. Namun masih menunggu jawapan di sebelah sana.
“Bila awak free...?”. lelaki itu bertanya balik.Aliah terdiam berfikir.
“Hujung minggu ni..hari sabtu..tapi waktu petanglah dalam pukul tiga..pagi saya sibuk...”. Aliah menjawab sambil merebahkan tubuh ke atas katil.
“Okey....”.
Aliah tercengang. “ Apa dia cakap tadi...apa yang okey ?”
“Apa yang okey?”. Tanya Aliah keliru.
“Jumpa hujung minggu ni..hari sabtu waktu petang pukul tiga...pagi awak sibuk..”. Lelaki itu mengulang kembali ayatnya. Ada nada sinis dalam suara lelaki itu. Aliah mengetapkan bibir.
“Pehal pulak gaya macam nak cari pasal ni...”.
“Jumpa kat mana?”. Aliah bertanya.
“Kat mana awak nak jumpa?”.
Aliah mengerutkan dahi.
“Medan Selera Perdana...tahu kat mana?”.
“Hmm...”.
“Tak faham aku mamat ni..gaya macam tak nak bercakap je...” Aliah mengerutu di dalam hati.
“Okeylah..takpelah kalau macam tu..tak ada apa lagi nak cakap...bye..assalamualaikum..”. Aliah memutuskan talian tanpa menunggu respon dari lelaki itu. Dicampakkan telefon di tepinya. Matanya merenung siling berwarna putih itu. Berfikir sejenak sebelum bangun dan menarik plannernya yang tersadai dihujung katil. Dia kemudian bersila sebelum membuka planner di tangan. Ditariknya sampul surat berisi gambar lelaki itu keluar. Aliah menarik nafas panjang sebelum memejam mata. Alang-alang nak jumpa, baik tengok dulu rupa, kang buatnya tak kenal ke, salah orang ke tak ke haru nanti.Tangannya menarik keluar gambar itu dari sampul surat. Dia menelan air liur berkali-kali. Tangannya diangkat separas muka. Matanya dibuka berkali-kali. Aliah mengerutkan dahi ketika memandang belakang gambar yang berwarna putih itu.
“Cis...terbalik pulak...”. Aliah menutup matanya semula  sebelum menterbalikan gambar itu di paras mukanya. Dia membuka mata sebelah, teragak-agak. Mengintai dengan ekor mata. Hampir terkeluar biji matanya tatkala merenung gambar tersebut. Berderau darahnya. Segera dia menyumbat gambar tersebut kembali di dalam plannernya. Entah kenapa hatinya terasa berdebar-debar. Dia mengeleng-gelengkan kepala sebelum menyimpan kembali plannernya itu di dalam beg kerjanya. Dia merebahkan tubuh di atas katil. Cuba mengenyahkan ingatan terhadap wajah lelaki itu. Dia memejamkan mata, memujuk diri untuk tidur. Namun matanya tetap berdegil. Bayangan lelaki itu menjelma dihadapannya, seolah-olah ada orang yang menayangkan-nayangkan gambar lelaki itu di hadapan matanya. Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata Julia semasa di pejabatnya. Bibirnya tanpa sedar mengukir senyum bersalah. Dia tidak mampu membayangkan apa kata Julia jika sepupunya itu tahu akan rancangan besarnya nanti. Aliah menarik bantal peluk di sisinya sebelum ditekup ke muka. Tidak mahu berfikir lagi. Akhinya dia terlena dengan keadaan lampu masih terpasang.
P/S: TO BE CONTINUED

4 140 tukang karut:

mimie khairuddin said...

cepat2 continue...hehe...seandainya aku jatuh cinta lagi pun continue la lagi...

Cahaya said...

mimie>>insyaAllah..rajin2 lah jenguk blog ni ye..hehe..

mimie khairuddin said...

dont worry everyday akan singgah sini...hehe

Cahaya said...

mimie>>thx weeeeeeee :)

Post a Comment