RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, April 7, 2013

Irham Daniel, Saya Sayang Awak..(Bab 3)


BAB 3
“Irine! Datang sini kejap.” Suara Nadia menerjah gegendang telinganya. Telefon bimbit dimatikan. Setelah mengemas meja yang berselerak dengan segala macam lakaran dan pensel warna yang digunakan untuk mereka pakaian baru, Irine melangkah keluar dari pejabatnya untuk menuju ke butik sebelah.
“Kau tolong aku boleh? Macam biasalah...”. Nadia menunjuk ke arah pasangan yang sedang berdiri di suatu sudut butik tersebut.
“Yelah...”.
“Sorry....”. Nadia membuat gerak bibir sebelum berjalan menuju ke arah pelanggan yang ditinggalkan sebentar tadi.
Begitulah rutin hariannya. Kalau Nadia sibuk dan ramai pelanggan dalam satu-satu masa, dia akan diminta untuk membantu memandangkan Butik Anggun jarang menerima pelanggan yang ramai dalam satu-satu masa. Maklumlah, butik pakaian moden di Malaysia agak lembab perkembangannya. Cuma sejak kebelakangan ini sahaja mendapat sambutan yang hangat apabila pengaruh K-POP menular di Malaysia. Gadis remaja yang tergila-gilakan bintang K-POP berebut-rebut mahukan fesyen seperti artis pujaan mereka. Dari situ timbul idea untuk membuka butik pakaian moden namun dia lebih mengetengahkan fesyen yang agak sopan dan menutup aurat. Kalau diikutkan sangat fesyen K-POP tu, mahu sahaja dapat dosa kering. Yelah, dah kalau jual pakaian tak senonoh macam tu bukan ke dah menyumbang kepada pertambahan masyarakat yang tak menutup aurat. Haish! Mintak simpang!
“Sorrylah, sejak akhir-akhir ni aku asyik mintak kau tolong je...”. Nadia berbisik perlahan ketika mengeluarkan lebih banyak album gambar dari rak khas di suatu sudut. Irine yang sedang memilih album yang diminta oleh pelanggan itu hanya menoleh sekilas.
“Aku tak kisahlah...lagi pun ni pun business aku jugak kan. Share kita sama je walaupun kau jaga Butik Jelita ni aku jaga Butik Anggun...”
“Thanks sebab memahami. Aku rasa macam nak ambik pekerja baru. Nanti kita bincang ya..” Nadia berlalu dari situ sambil membawa beberapa buah album di tangan. Irine tidak ambil pusing akan apa yang diperkatakan oleh Nadia itu. Dah nama pun nanti bincang, nanti-nantilah fikir.
Setelah selesai urusannya dengan pelanggan, Irine merebahkan tubuh pada sofa warna krim yang terletak si ruang tetamu. Leher diurut lembut. Terasa lenguh pulak. Kaki dilunjurkan ke bawah meja. Mujur ruang tetamu itu agak terlindung dari pandangan luar. Kalau tak. Memang free je customer masuk nampak dia berperangai tak manis macam tu. Tekak yang hanya meneguk jus oren semasa sarapan pagi tadi terasa kering pula. Matanya melilau memandang sekeliling mencari Siti namun hajatnya mahu meminta Siti mengambil minuman terbantut apabila Siti turut sibuk melayan pelanggan yang mahu memilih kad jemputan perkahwinan di hujung sebelah sana. Mahu tidak mahu, dia mengangkat tubuh lalu mengatur langkah menuju ke pantri. Pintu peti asi dibuka. Botol jus guava ditarik keluar lalu diletakkan di atas meja di sebelah peti ais. Kek coklat yang tersimpan sejak kelmarin turut di bawa keluar. Matanya meneliti kek coklat tersebut. Manalah tahu dah tak boleh di makan ke. Buatnya terkena keracunan makanan, tak ke naya je. Setelah memastikan yang kek coklat itu masih boleh dimakan, dia meletakkan kek tersebut di atas meja sebelum berlalu mencari piring dan pisau serta gelas untuk dua orang. Kesian pulak pada Nadia. Mesti dia pun tak makan apa-apa sejak tadi lagi. Jam tangan di jeling sekilas. Hampir pukul sebelas. Lagi beberapa jam sahaja waktu makan tengah hari. Boleh dapat gastrik minah tu kalau nak tunggu waktu makan tengah hari. Setelah memotong kek coklat tersebut dan menuang jus guava ke dalan gelas, Irine menatang dulang tersebut menuju ke meja di ruang tetamu. Memang jarang sangat dia nak lepak makan di pantri melainkan ruang tetamu itu diduduki oleh tetamu. Kalau tak, memang tempat itulah tempat dia dan Nadia melepak melepaskan lelah.
Irine memanjangkan leher memerhatikan kelibat Nadia yang masih sibuk dengan urusan bersama pelanggan. Entah bincang apa pun tak tahu. Lama sangat. Susah sangat ke nak kahwin ni ek? Pilih-pilih lepas tu dah lah. Selesai! Buat apa nak pening-pening kepala. Irine mengelengkan kepala. Dia sendiri tak faham kenapa orang sekarang sibuk sangat kalau melibatkan hal perkahwinan ni. Kalau buat majlis tu macam satu kampung nak jemput. Kadang-kadang tu budget takdelah banyak mana tapi demand macam-macam. Memang naik pening kepala otak nak fikir. Orang lain yang nak kahwin, kita pulak yang sakit kepala sampai nak botak rambut kena fikir.  Irine mengomel sendiri.
“Sedapnya air. Siapa punya?” Suara Nadia di sebelah mengejutkan lamunanya. Entah masa mana minah ni ada kat sebelah ni pun tak tahu.
“Kau ni buat terkejut aku je. Air kau. Saja aku prepare untuk kau sekali. Kau tak minum pagi lagi kan?”
Nadia mengeleng sebelum meneguk laju jus guava itu.
“Ya Allah anak dara Pak Tam ni. Perangai tak senonoh. Dengan tak baca bismillahnya. Malulah sikit kalau Hisham tengok.” Irine mengeleng perlahan sebelum menyandarkan tubuh pada sofa warna krim itu. Nadia tidak ambil pusing. Mulut dikesat dengan belakang tangan.
“Ala, sebab dia tak adalah aku buat perangai tak senonoh ni. Kalau dia ada, haruslah aku berlagak ayu. Kalau tak free-free je kena putus tunang...”. Nadia mencapai pula garfu sebelum mencolek sedikit kek coklat lalu dibawa ke mulut.
“Baca bismillah tak?”
“Aku bacalah..baca dalam hati..”. Nadia menjawab sambil mengunyah kek coklat tersebut.
“Perangai tak berubah. Macam budak-budak..”.
Nadia mencebik namun kek coklat disuap lagi ke mulut.
“Kau tak minun ke?” tanya Nadia.
“Aik, ingat tak nak tanya tadi..”. Sindir Irine sebelum mencapai gelas. Mulut terkumat kamin membaca doa sebelum jus diteguk perlahan.
“Control ayu lah tu..”. Sindir Nadia tanpa perasaan. Irine menghadiahkan jelingan maut ke arah Nadia yang sibuk mengunyah kek coklat tersebut tanpa henti.
“Jadi tak petang ni?” Tanya Irine sambil mencapai garfu yang digunakan oleh Nadia tadi sebelum menyuap kek coklat ke mulut sendiri.
“Petang ni? Jadi apa?” tanya Nadia sambil mengerutkan dahi.
“Lah, pagi tadi kau jugak yang cakap nak ikut aku pergi kilang. Dah lupa ke?”
Nadia menepuk dahi.
“Aduhh, aku terlupa. Sibuk sangat sampai benda lain dah tak ingat dah. Pukul berapa nak pergi?”
Irine diam berfikir.
“Aku ingat lepas lunch tu kita terus gerak ke sana. Tak adalah buang masa sangat.”
“Hmm...okey jugak, petang nanti kalau ikutkan, aku takde date dengan customer. So bolehlah...”
“So, kau nak bincang apa pasal nak ambik pekerja baru tu?” tanya Nadia sambil mengurut leher. Sungguh rasa urat macam nak terputus dua.
“Ha. Nasib baik kau cakap. Aku ingat aku nak tambah lagi sorang pekerja untuk Butik Jelita ni. Tak larat rasanya nak handle sorang-sorang. Sekarang ni kau ada bolehlah. Buatnya kalau kau takde, pergi ambik stok kat Johor ke apa. Tak ke mati aku terkulat sorang-sorang...”
“Siti kan ada? Buat apa nak ambik pekerja lagi...”. Irine mula menyuarakan pendapatnya.
“Memanglah Siti ada. Kau tengok je sekarang. Even kau dan Siti ada pun, aku rasa macam kaki dah tak jejak tanah. Kelang kabut je. Ni belum hujung tahun. Kalau hujung tahun, memang pengsan aku...”
Irine terdiam seketika. Memang kalau diikutkan, mereka perlu tambah seorang lagi pekerja, namun memandangkan business mereka baru nak naik, rasanya agak sukar untuk dia menyediakan badget untuk menggaji seorang lagi pekerja.
“Apa pendapat kau?” Tanya Nadia apabila melihat Irine hanya mendiamkan diri. Tahu sangat dah kalau temannya itu diam seribu bahasa, adalah benda yang dia tengah fikir tu.
“Kalau kau tanya aku, aku rasa tak payah lagi kut kita gaji pekerja baru. Business kita baru je nak berkembang. Nak gaji pekerja baru ni perlukan duit jugak. Silap-silap hari bulan kita kena cut cost pulak untuk benda lain...”. Irine meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya.
“Hmm, tapi aku rasa aliran keluar masuk kita agak stabil sejak kebelakangan ni. Jadi takde masalah rasanya kalau setakat nak gaji seorang pekerja...”
Irine terdiam lagi. Banyak benda yang perlu fikir sebenarnya kalau nak buat sesuatu keputusan terutama menlibatkan soal pengeluaran wang. Kalau tak betul cara, silap-silap hari bulan boleh lari budget.
“Nantilah aku fikir balik. Aku kena tengok balik akaun kita tu. Kalau aku rasa aliran keluar masuk kita stabil, rasanya tak ada masalah nak tambah seorang pekerja...”
“Okey, apa-apa nanti kau bagitahulah aku..mungkin sekarang ni tak de masalah lagi kalau kita maintain dengan seorang pekerja setiap butik...” Nadia menjawab sambil mengeliat perlahan.
“Cik Nadia, ada customer datang cari..” Entah masa bila Siti dah terpacak dekat hujung sofa itu. Nadia masih lagi mengeliat kemalasan. Irine mengelengkan kepala.
“Tak apalah. Aku handle. Kau rehat dulu. Kang tak pasal-pasal pitam pulak...”
“Betul ke? Ni yang buat aku sayang kau kuasa dua ni..”. Nadia tersengih mengampu. Irine memutarkan bebola mata.
“Kuasa dua okey lagi. Jangan kuasa kuda sudah...”. sempat Irine memerli sebelum bangun menuju ke ruang depan. Nadia mencebik namun tidak membalas. Peluang untuk bersenang-lenang masa-masa macam ni tidak haruslah di sia-siakan. Matanya dipejamkan seketika, sekadar untuk merehatkan diri.
“Nadia!”
Mata yang baru sahaja mahu direhatkan, tiba-tiba terbuka dengan lebar. Kepala di toleh ke arah kiri.
“Apa?” tanya Nadia pelik.
“Err..aku ada hl dekat sebelah. Kau uruskan jelah customer tu ya. Lain kalilah kau nak rehat-rehat tu...aku pergi dulu..”. Irine beredar menuju ke Butik Anggun dengan tergesa-gesa. Kening Nadia hampir bertaup kehairanan. Apa kena pulak minah ni? Gaya macam nampak hantu je. Dengan separuh hati, Nadia bangun sebelum melangkah kaki menuju ke ruang depan.
“Nadia!”
“Melisa?”
Tubuh Nadia yang separuh terkejut itu dipeluk erat. Naik lemas rasa.
“Kau buat apa kat sini?” Tanya Nadia kehairanan. Rasa macam tak percaya je.
“Aku datang bawa hajat..”. Melisa tersengih-sengih. Nadia memandang wajah Melisa kehairanan sebelum pandangan mata jatuh pada tubuh lelaki di belakang Melisa. Lelaki tersebut kelihatan sibuk memandang sekeliling butik tersebut tanpa menghiraukan telatah mereka berdua. Nadia memandang kembali ke arah Melisa dengan raut pandangan keliru.
“Kau nak kawin ke?” 
                                                                          ***

IRINE MENGELIAT PERLAHAN. Terasa lenguh satu badan. Sepetang menghabiskan masa di kilang. Berbincang itu dan ini di samping menambah stok pakaian yang baru dikeluarkan oleh kilang tersebut. Lepas sahaja habis urusan pengambilan stok, terus ke pejabat Johan untuk booking photographer dan model untuk mengayakan baju-baju baru tersebut. Oh ya, selain menjual secara offline, dia turut menjual secara online di internet. Maklumlah, dunia semakin canggih. Semua hanya di hujung jari sahaja. Namun perniagaan secara online ini hanya baru sahaja dimulakan tahun lepas. Itu pun atas cadangan Johan. Katanya pasaran jualan secara online ini lebih meluas. Jadi tak salah untuk mencuba. Betul tak? Sekurang-kurangnya boleh mempromosikan Butik Anggun dan juga Butik Pengantin Jelita. Setakat ini alhamdulilah, sambutan agak mengalakkan walaupun baru setahun dia dan Nadia berjinak-jinak dalam perniagaan online ni.
“Hacuuummmmm!”
Perhatian Irine teralih seketika apabila mendengar Nadia bersin.
“Kau tak sihat ke?” Tegur Irine sambil bangun dan menghampiri Nadia yang dari tadi sedang sibuk membelek beberapa buah album gambar yang bersusun di atas meja makan. Dah gaya macam budak sekolah nak ambik exam SPM.
“Tak adalah. Sejuk je. Kan hujan kat luar tu....” jawab Nadia tanpa mengangkat kepala dari album gambar di hadapannya. Irine hanya mendiamkan diri ketika mendengar jawapan teman baiknya itu. Tangannya turut mencapai salah satu album gambar yang bersusun itu.
“Kenapa kau keluarkan semua album ni? Dan sejak bila pulak kau bawa balik kerja ke rumah?” tanya Irine sambil membelek sekali lalu album di tangan.
“Hmmm?” Nadia seolah-olah tidak ambil pusing akan pertanyaannya itu.
“Kau dengar tak apa aku tanya ni?” tegur Irine. Nadia mengangkat kepala. Sesekali dia mengelap hidungnya dengan tisu.
“Kau tanya apa? Sorrylah. Aku kalau dah selesema ni semua benda susah nak fokus. Tak selesa...”. jawab Nadia sambil menunduk kembali mengadap album gambar dua tahun lepas itu.
“Tulah, kan tadi aku dah pesan. Balik terus mandi. Ni tak. Dah tahu kepala tu kena hujan, boleh lagi melepak depan tv. Dah kalau demam tak ke susah...”. bebel Irine sambil menutup album gambar lalu di tolak ke tepi. Kerusi di tolak sebelum dia bangun menuju ke dapur. Dua biji gelas di bawa keluar dari kabinet. Botol berisi serbuk coklat di bawa keluar.
“Nah....”. Gelas berisi coklat panas di hulur. Nadia tersengih sebelum mencapai gelas tersebut.
“Ni yang buat aku rasa di sayangi ni. Tak sia-sia mak aku lepaskan aku tinggal dengan kau kat sini.”. Nadia sengih mengampu. Irine memutarkan bebola matanya.
“Tak payahlah nak kipas aku. Naik muak aku dengar kau mengampu...”.
Nadia mencebik sebelum menghirup coklat panas itu perlahan.
“Kau buat apa ni? Sibuk semacam. Selalu tu memang jarang sangatlah kau nak bawa balik kerja kat rumah. Bukan jarang. Tapi tak pernah sekali pun kau angkut semua album-album ni balik rumah. Kenapa? Ada projek besar ke?” tanya Irine sambil meletakkan gelas separuh penuhnya di atas meja.
“Takdelah projek besar sangat. Cuma aku nak buat something special sikit untuk majlis kali ni...”
Kening Irine terangkat.
“Kenapa pulak? Customer tu bayar masyuk ke?” Irine menongkat dagu. Matanya ralit memandang Nadia yang sibuk membelek itu dan ini.
“Tak delah masyuk mana pun. Biasa je. Cuma yang nak buat majlis ni. Kawan aku....”
“Kawan kau? Siapa? Aku kenal ke?” tanya Irine ingin tahu.
“Kawan masa dekat U dulu. Kau tak kenal. Aku kenal dia pun masa join aktiviti kebudayaan dulu...”.
“Ohhh. Jadi dia request something yang special dengan harga biasa ke?” Irine serkap jarang. Nadia mengangkat kepala sekilas.
“Taklah. Dia tak request apa-apa pun. Cuma dia nak sesuatu yang mempunyai kelainan. Dia cakap nak sesuatu yang simple tapi elegen. Dan satu lagi. Aku nak minta tolong kau boleh?” Nadia mencapai gelas berisi coklat yang sudah sejuk itu.
“Apa dia?” tanya Irine ingin tahu.
“Boleh tak kau design baju pengantin kawan aku tu?”
“Hah! Kau biar betul?” hampir terjerit Irine apabila mendengar permintaan Nadia itu. Nak tersembur sahaja air coklat yang telah selamat berada di dalam mulut Nadia. Mujur sempat di tahan, kalau tak memang selamat tersembur depan  muka Irine.
“Kau ni kalut kenapa? Gaya macam aku cakap benda tak senonoh je...”. Nadia menjawab sambil mengelap mulut dengan belakang tangan. Irine tersengih dengan serba salah.
“Tak delah. Dah kau request benda merepek macam tu, mana aku tak terkejut...”
Kening Nadia hampir bercantum ketika mendengar kata-kata Irine itu.
“Benda merepek apa pulak. Aku seriuslah. Kawan aku tu suka dress ala-ala Kate Middleton. Kau tahu sajalah. Kat butik kita ni mana ada dress macam tu lagi.”
“Ishh...tak beranilah aku nak design dress macam tu. Lagi pun aku mana pernah lagi design wedding dress. Kalau setakat dress biasa tu bolehlah. Tu pun baru terkial-kial lagi. Susah-susah kau mintak tolong je pada aunty Kong...” Irine menjawab sambil jari- jemarinya bermain-main dengan kepala gelas yang telah kosong. Nadia terdiam sejenak.
“Rin...kau kena yakin dengan bakat kau. Aku tahu, kau memang sejak dulu lagi nak jadi fashion designer kan? Sejak dulu lagi kau dah berangan-angan nak jadi macam Bernand Chandran kan. Sekaranglah masanya akau nak tunjuk bakat yang terpendam tu...” beriya Nadia memberikan kata-kata semangat. Giliran Irine pule terdiam. Dalam hati berkitra-kira mahu menerima tawaran tersebut namun dalam masa yang sama, rasa kurang keyakinan diri menular dalam dirinya. Buatnya dress tu tak menepati kehendak customer, kan ke susah. Bukan sahaja bakal memalukan diri sendiri, malah akan menyebabkan kerugian dari segi kos dan masa.
“Aku tak surelah Nad..buatnya tak menjadi, tak ke malu. Tu belum termasuk rugi kos lagi...”.
“Kau cuba dulu okey? Lagi pun wedding kawan aku tu lambat lagi. Bulan sebelas nanti. Ada lebih kurang tujuh bulan lagi. Aku rasa sempat je kan?” Nadia merenung wajah Irine yang berkerut seribu itu. Tanda sahabat baiknya itu sedang berfikir dalam-dalam.
“Hmm...aku cubalah. Tapi aku tak janji tau. Maksud aku, aku cuba buat yang terbaik. Aku akan buat dulu dua tiga design yang aku rasa sesuai dan aku tunjuk pada kau. Kalau okey, baru aku proceed. Kalau macam tu tak delah membazir kos. Boleh?”
Giliran Nadia pula diam memikir.
“Okey. Yang penting kau kena yakin pada diri. Lagi pun aku dengar dua  rekaan kau dah selamat terjual. Betul ke?” Kening Nadia terjongket dua kali. Irine mengigit bibir. Ni mesti Mila yang bawak cerita.
“Hmm, takdelah. Biasa-biasa je...” Irine menjawab merendah diri. Nadia menepuk lengan Irine kuat.
“Sakitlah! Kau ni kenapa? Tiba-tiba nak main libas-libas orang...” Irine menarik muncung sambil mengosok lengannya. Nadia tersengih.
“Dah kau tu merendah diri sangat. Menyampah aku tengok. Cerita lah. Aku dengar berperang jugak nak boleh ke dress tu selamat sampai pada customer...”. Nadia dah mula kepoh. Irine menjulingkan biji matanya.
“Mila dah cerita semua aku rasa kan? Kau nak tahu lagi kenapa?” Sindir Irine sambil mencapai secara rambang salah satu album gambar yang terbuka di hadapan Nadia. Nadia mencebik.
“Ceh. Tak nak cerita sudah. Lagi pun butik kau tu bukan jauh sangat pun. Sekangkang kera je dengan butik aku.”
“Dah tu kenapa kau tanya lagi?” Tanya Irine malas.
“Sajalah aku tanya. Kau dari dulu memang. Suka sangat nak berahsia dengan aku kalau nak buat sesuatu tu. Mengaku je kawan baik. Tapi habuk pun takde...”. Nadia dah ala-ala merajuk. Irine mencebik. Terlebih emo pulak minah ni.
“Takdelah. Kau macam tak kenal aku. Aku kan pemalu orangnya. Aku tak suka kalau belum apa-apa lagi dah kepoh satu kampung. Buat malu je kalau tak menjadi. Aku lebih suka buat kerja senyap-senyap. Kalau aku sendiri puas hati, barulah aku war-warkan kat orang kampung...”. Irine menjawab separuh melawak dengan harapan rajuk Nadia tak berpanjangan. Minah ni kalau dah tarik muka boleh tahan jugak nak memujuknya. Entah macam manalah si Hisyam tu pujuk tunang dia kalau si minah ni merajuk ye?
“Yelah tu. Tapi kau tetap tak cerita kat aku kan pasal dress kau dah selamat terjual? Maknanya kau dah puas hati dengan dress kau kan? Tapi ada kau bagitahu aku? Ada ke? Ada ke?”
Irine sengih serba salah.
“Yelah. Sorry..lain kali aku tak buat lagi. Janji!” Irine mengangkat tangan seolah-olah membaca ikrar ketika perhimpunan pagi di sekolah. Nadia mencebik.
“Yelah. So, pasal dress kawan aku tu boleh kan?” Nadia kembali serius. Irine pula kembali lemah.
“Hmm, aku cubalah. Macam aku cakap tadi. Tapi, ni kawan kau yang mana? Dia pernah datang ke butik kita ke?”
“Ada. Ala yang pagi tadi tu. Yang kau tiba-tiba kalut lari macam nampak hantu tu. Ha. Customer tulah kawan aku...”.
Irine terdiam seketika. Cuba mengigati kejadian pagi tadi. Ramai sangat pelanggan yang dia layan pagi tadi.
“Maksud kau....”
“Apa?” Nadia mengangkat kening.
“Err..maksud kau? Customer yang cantik bergaya macam Nasha Aziz tu ke?” tanya Irine kurang pasti.
Nadia tergelak kecil.
“Mesti kembang si Melisa tu kalau dia dengar kau puji dia macam Nasha Aziz. Ha betullah tu dia. Kenapa?”
Irine menelan air liur.
“Err..tak ada apa-apa. Dia kahwin dengan siapa?” tanya Irine teragak-agak. Nadia dah mula pelik dengan soalan-soalan luar silibus daripada Irine itu.
“Dengan tunang dialah. Takkan dengan aku pulak...”. Nadia menjawab sambil tergelak. Irine hanya mampu mendiamkan diri.
                                                                                  ***
SUASANA sunyi ketika itu membuatkan idea untuk menghasilkan rekaan yang diminta oleh Nadia mencurah-curah macam air paip. Ceh. Ayat nak hiperbola je. Pensel warna Luna berwarna peach di capai. Design separuh siap diteliti dalam-dalam. Bakul sampah tepi meja dah hampir penuh dengan hasil rekaannya yang tak menjadi sejak dari pagi lagi. Pagi ni sahaja kerja dia mengadap benda ni je. Leher yang terasa lenguh membuatkan dia meletakkan pensel 2B lalu tubuh di sandar pada kerusi. Memang mencabar kreativiti betul bila nak menghasilkan gaun pengantin seperti yang diminta itu. Rasa dah perpuluh-puluh majalah pengantin di belek sejak dua tiga hari lepas. Nak mereka sesuatu pun kena study dulu. Bukan hendak menciplak hasil rekaan pereka lain, tapi sekadar untuk dijadikan guide line sahaja. Mana tahu boleh bertambah idea dan ilham pun datang mencurah-curah. Kan dan menyenangkan kerja macam tu.
Irine memejamkan mata. Sekadar mahu merehatkan mata yang agak keletihan. Dalam pejam tu sempat lagi fikirannya menerawang. Menerawang mengingatkan kejadian beberapa hari lepas. Entah macam mana agaknya nak meluahkan hal tersebut kepada Nadia. Mahu ke dia percaya? Risau pulak dia di cop sebagai penyibuk. Silap-silap hari bulan boleh perang besar. Namun terasa agak bersalah juga kalau dia hanya mendiamkan diri sedangkan dia tahu hakikat sebenar. Malah, perasaan bersalah juga semakin menebal kerana dia sedang mereka pakaian pengantin ini sedangkan dia tahu sesuatu bakal berlaku sekiranya hal itu terbongkar. Irine meraup wajah perlahan. Terasa macam diluah mati emah, di telan mati bapak. Tak tahu nak buat macam mana lagi sedangkan dia tahu benar pelanggan yang mahu gaun pengantinnya direka olehnya itu merupakan sahabat teman baiknya sendiri. Kusut. Betul-betul kusut. Patut ke dia berterus-terang sahaja dengan Nadia tentang status tunang temannya itu? Haish. Serabut betul!
Deringan telefon di atas meja membuatkan dia tersentak. Segera ditekan butang pada telefon tersebut. Suara Nadia menerjah gegendang telinga menambahkan debaran di dada yang datang secara tiba-tiba.
“Irine. Datang sini kejap. Kawan aku tu nak cakap sikit dengan kau pasal design wedding dress dia tu...”
Irine mengigit bibir. Dalam hati berdoa supaya hanya kawan Nadia itu sahaja yang datang.
“Okey, kejap lagi aku ke sana..”. Jawab Irine lemah. Meja yang berselerak dengan gumpalan kertas dan pensel warna hanya dibiarkan tanpa berkemas. Memang dah jadi tabiatnya sejak kecil. Pantang kalau kemas barang sebelum kerja siap. Kang mulalah itu hilang ini tak jumpa cari. Sampai ibu pun selalu membebel.
Setelah membetul-betulkan kedudukan baju dan lilitan shawl di kepala, Irine mencapai beberapa lakaran kasar gaun pengantin yang terletak di atas meja sebelum melangkah menuju ke Butik Jelita. Entah kenapa dalam hati ada debaran yang dia sendiri tidak tahu puncanya.
“Rin sini..”. Suara Nadia melaung memanggilnya. Irine menarik nafas panjang sebelum kaki di atur menuju ke ruang tetamu tempat dia dan Nadia selalu melepak. Kawan Nadia merangkap bakal pengantin baru itu sedang tunduk sibuk meneliti koleksi-koleksi album yang di bawa keluar oleh Nadia.
“Lisa, kenalkan. Rakan seperniagaan aku merangkap fashion designer kau dan juga kawan baik aku...” Nadia tersengih ketika memperkenalkan dia kepada Melisa. Siap sebut pakej satu persatu tu. Melisa meghulurkan tangan menyambut salam yang dihulurkan oleh Irine.
“Irine...”
“Melisa..panggil Lisa je..” Melisa tersenyum manis. Dalam hati sempat Irine memuji kecantikan dan keanggunan gadis di hadapannya itu. Beruntung sesiapa yang dapat gadis cantik ni. Cuma Melisa sahaja yang tak beruntung dapat bakal suami macam tu. Huhu.
“Duduklah Irine. Nad cakap you yang akan design wedding dress I kan. Hope tak menyusahkan you pulak..”. Melisa berkata, masih lagi tersenyum manis. Irine turut sama tersenyum. Hilang sekejap debaran di dada. Almaklumlah, lelaki si tunag Melisa ni tak ada. Lega sekejap salur pernafasannya. Kalau tak, dup dap dup dap je dari tadi.
“Err..tak apa. Cuma sebelum tu saya nak berterus terang. Saya ni masih baru sangat dalam bidang rekaan ni. Malah hampir tak pernah lagi mereka apa-apa pakaian terutama wedding dress ni. Inilah kali pertama. Itu pun sebab Cik Lisa request. Kalau tak memang sampai ke sudah saya tak buat..”. Irine berkata jujur. Sebelum apa-apa berlaku, baik berterus-terang je. Senang.
Melisa tersenyum manis menampakkan lesung pipit di sebelah kiri. Entah kenapa, lesung pipit tersebut mengigatkan dia pada seseorang tapi dia tidak pasti siapa.
“Tak pe. Lagi pun Nadia dah cakap pada saya. Yang penting I nak tengok dulu design yang you buat. Boleh? Nadia cakap you dah siapkan beberapa rekaan untuk wedding dress tu...”
Sempat Irine menjeling sekilas ke arah Nadia yang dari tadi hanya mendiamkan diri. Kening Nadia terangkat sebelum memberikan isyarat supaya Irine menunjukkan lakaran yang di bawa. Lambat-lambat lakaran di tangan, di hulur ke arah Melisa. Melisa menyambut beberapa keping lakaran tersebut dan menelitinya dengan penuh khusuk. Irine hanya menanti dengan penuh debaran. Setelah beberapa ketika, Melisa mengangkat kepala memandang ke arah Irine sambil tersenyum.
“Betul cakap Nadia. You are talented. Tak sia-sia I pilih you untuk design wedding dress I. Semua lakaran you ni menepati cita rasa I. Tak terlalu seksi sangat namun masih mengekalkan ciri-ciri moden. Ringkas tapi elegen. You memang hebat.” Pujian melambung Melisa membuatkan bibir Irine lebar. Rasa nak melompat pun ada bila orang puji hasil kerjanya itu. Nadia di sebelah dah tersengih-sengih melihat telatah Irine yang cuba menahan perasaan.
“I suka semua rekaan you ni terutama yang ni. Walaupun design ni tak lengkap lagi, tapi dari sini pun I dah nampak apa yang I nak selama ini, ada pada rekaan ini. I harap you tak kisah kalau terpaksa menghabiskan masa you lagi untuk menyiapkan rekaan ini?” Melisa tersenyum lagi. Irine hanya mampu tersenyum lebar. Apa-apa pun boleh asalkan Melisa suka!
“Tak habis lagi ke?”
Suara entah datang dari mana membuatkan jantung Irine hampir berhenti. Macam kenal suara itu. Air liur terasa berpasir namun ditelan juga. Tubuhnya terasa kaku seolah-olah terkena kejutan elektrik. Terasa aura luar biasa di belakangnya. Melisa tersenyum lebar ketika memandang ke arah tuan punya suara yang menegur itu.
“Abang? Sorry. Ingatkan kejap je tadi. Tak sangka makan masa dua tiga jam pulak.” Melisa bersuara manja. Irine masih terduduk kaku.
“Dah siap ke? Abang ada hal kejap lagi ni...”. Suara lelaki itu menerjah gegendang telinganya.
“Siap dah. Abang, kenalkan designer wedding dress Lisa...Cik Irine..”
Irine mengigit bibir. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Kalau terus duduk membatu macam tu, terasa biadap pulak. Kalau dia bangun dan berhadapan dengan lelaki tu, mesti lelaki tu cam dia. Aduh. Apa nak buat ni?
“Rin...” Nadia mencuit bahu Irine perlahan membuatkan Irine tersedar dari lamunan. Dengan satu tarikan panjang, Irine bangun perlahan-lahan sebelum memusingkan tubuh mengadap Melisa dan tunangnya itu.
“Hai...” Hanya itu sahaja yang mampu terluah dari bibirnya. Wajah lelaki itu seolah-olah terkejut. Pandangan tajam lelaki itu benar-benar membuatkan nafasnya sesak.
“Abang, cuba tengok lakaran dress Lisa..cantikkan?” Melisa mengambil lakaran separuh siap yang terletak di atas meja itu lalu disua kepada tunangnya itu. Buat seketika tumpuan lelaki itu tidak berganjak. Mata jernih lelaki itu terus menerus merenung wajah Irine yang dah rasa macam penjenayah menanti dijatuhkan hukuman. Wait a minute. Kenapa dia pulak yang gabra semacam? Kenapa dia pulak yang rasa takut bagai nak gila sedangkan mamat tu yang bersalah? Sepatutnya mamat ni yang patut rasa takut sebab dia dah tahu rahsia besar lelaki itu. Silap-silap hari bulan, kalau dia pecah tembelang mamat ni. Sure cancel wedding dia dengan Melisa. Baru padan muka. Tu pasal mamat ni tenung dia macam nak makan. Konon-konon nak bagi amaran lah tu kot. Huh. Apa ingat dia takut ke? Silap oranglah. Tapi memang takut jugaklah. Buatnya mamat ni nak terkam dia, tak ke naya. Ngeri! Mamat ni bukan boleh percaya. Sedangkan dah ada tunang pun sibuk usung perempuan lain sana sini. Huh!
“Jum..abang dah lambat...” Lelaki itu menjeling jam di tangan. Huh. Pura-pura je tu. Entah-entah takut tembelang dia pecah.
“Errr...okey..” Melisa menyerahkan lakaran tersebut ke arah Irine sebelum mengucapkan terima kasih dan berjanji akan datang lagi untuk melihat hasil lengkap rekaan tersebut. Irine hanya menghantar pasangan tersebut dengan perasaan bercampur baur. Menyampah dan kasihan. Menyampah dengan perangai mamat tak sedar diri itu dan kasihan dengan nasib Melisa. Entah apalah yang akan jadi pada Melisa kalau dia tahu tentang kecurangan tunangnya itu.
“Kau kenapa? Mengeluh je aku tenguk? Tak seronok ke? Melisa puji kau punyalah melambung sampai ke langit. Kau boleh buat muka macam sawi basi je...”. Nadia di sebelah bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Irine hanya mendiamkan diri. Tidak pasti apa yang perlu dilakukan. Mendiamkan diri atau berterus terang? Mendiamkan diri seolah-olah dia bersubahat. Berterus terang? Mampu ke Melisa menerimanya? Irine mengeluh lagi. Kenapalah dia terpaksa berhadapan dengan situasi menyesakkan kepala itu? Seolah-olah kenangan lama kembali berlaku dihadapan matanya.
“Wei! Aku ni cakap dengan tunggul kayu ke?” Sergah Nadia apabila Irine tidak memberikan reaksi sejak dari tadi lagi.
“Hah? Kau tanya apa tadi?” tanya Irine kalut. Jauh rupanya dia termenung.
“Kau ni. Suka sangat mengelamun time aku tengah bercakap. Entah fikir apa pun aku tak tahu...”. Nadia mengeleng perlahan.
“Tak ada apa. Cuma aku kesian dengan Melisa...”. Perlahan Irine menjawab. Kening Nadia terangkat sebelah.
“Kesian dengan Melisa? Kenapa?”
Irine tersedar yang dia sudah terlepas cakap benda yang tak sepatutnya. Bukan sekarang. Cepat-cepat dia mengeleng.
“Tak ada apalah. Aku balik office dulu. Nak siaplan lakaran ni. Jumpa kau nanti...”. Cepat-cepat Irine berlalu dari situ. Nadia tercengah kehairanan sebelum turut sama mengeleng.
 P/S: TO BE CONTINUED.

0 140 tukang karut:

Post a Comment