RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, April 7, 2013

Irham Daniel, Saya Sayang Awak (Bab 2)


 
BAB2

RAMBUT YANG basah dilap lembut dengan tuala bersih. Radio online yang berdentum dari laptop sejak dari tadi tidak dihiraukan. Sesekali dia ikut menyanyi lagu-lagu yang diputarkan. Sekali sekala layan lagu hindustan best jugak. Best sebab tak faham lirik walaupun dia tahu lagu itu semua memuji cinta sesama manusia. Setelah mengeringkan rambut dan siap berpakaian tidur, Irine berjalan keluar menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. Suara televisyen yang boleh tahan kuatnya itu meyambut kedatangannya. Nadia sedang duduk menyandar sambil meluruskan kaki ke aras meja kopi. Irine mengeleng. Inilah dia perangai anak dara seorang ni.
“Ada cerita best?” tanya Irine sambil duduk di sebelah Nadia yang khusuk melihat entah cerita apa yang ditayangkan di televisyen.
“Entah. Bosan-bosan ni aku layan je cerita apa yang ada.”
Irine turut memandang ke arah skrin. Cerita omputih.
“Laparlah. Kau masak apa?” tanya Irine sambil memegang perutnya yang sudah mula nak bergendang irama dangdut.
 Nadia menoleh.
“Aku tak masaklah. Aku bedal maggie je tadi. Ingat kau dah makan kat luar tadi.”
“Huh? Maggie je? Kau ni memang anak dara pemalas.”
“Ewah-ewah. Sedapnya cakap aku anak dara pemalas, kau pun sama dua kali lima. Kalau kau rajin sangat, silalah ke dapur ye. Tekak aku terasa nak makan mee goreng mamak pulak.”
Irine mencebik. Hajat hati nak buli minah ni. Alih-alih dia yang kena buli.
“Aku pun tengah mood malas ni.” Irine tersengih menjawab. Nadia memutarkan bebola matanya.
“Tapi lapar...”.
“Kita order pizza nak?” Nadia memberi cadangan. Irine menarik muka.
“Bosanlah. Asyik pizza je. Tak pizza maggie, tak maggie pizza. Naik muak dah.”
“Dah tu. Dah kita ni masing-masing terlampau rajin nak memasak, apa lagi pilihan yang ada?”
“Kita makan kat kuar jum?” Irine memberikan cadangan.
“Ala...aku macam malas je nak keluar.”
“Ala...jumlah. kau malas-malas kang kebulur kat rumah baru tahu. Esok mulalah merengek cakap sakit perutlah, gastriklah. Hai macam-macam....”
“Yelah-yelah...membebel tak habis-habis.” Nadia akhirnya menyerah kalah.
“Ehh, nanti kejap.”
“Apa lagi?” tanya Irine sambil menoleh. Langkah kaki yang sedang diatur untuk menuju ke tingkat atas terhenti serta merta.
“Kau, warnakan rambut lagi ye?” tanya Nadia sambil berjalan mendekati Irine. Matanya merenung rambut Irine yang agak keperangan itu. Irine menjulingkan biji mata.
“Kau kalau nak buat lawak pandai malam-malam ni, dengan orang lainlah. Bukan dengan aku. Silap oranglah. Huh”.
“Janganlah marah, tapi aku rasa rambut kau makin perang. Kau pakai syampu apa?” Nadia sengih mengusik.
“Aku pakai sabun basuh kain je. Tu yang berseri-seri je.” Irine menjawab sambil menyindir. Nadia hanya ketawa besar. Suka benar dia menyakat teman baiknya itu. Dia tahu benar Irine takkan sekali-kali melakukan sesuatu yang ditegah dalam agama. Sebetulnya dia agak cemburu dengan Irine. Gadis kacukan itu memiliki segala-galanya yang diidamkan oleh ramai wanita termasuk dirinya namun Irine tidak pernah sekali-kali menggunakan kelebihan itu untuk bermegah-megah ataupun memikat lelaki. Perempuan lain, takkan sanggup nak pakai tudung sedangkan dia memiliki rambut yang cantik macam tu. Siap warna perang lagi. Perang bukan sebab diwarnakan tapi memang semula jadi!.

                                                                          ***

“Lepas ni nak pergi mana?” tanya Nadia setelah mereka selesai menjamu selera.
“Baliklah. Nak pergi mana lagi.”.
“Ala, takkan nak balik dah? Bosanlah duduk kat rumah je.”
“La...tadi kau jugak yang cakap malas nak keluar, nak rehat kat rumah je. Ni dah keluar, tak nak balik pulak...”. Irine mengeleng kepala. Kadang kala tak faham jugak dengan perangai si Nadia ni. Gila-gila tak bertempat.
“Ala. Alang-alang dah keluar ni. Baik kita lepak-lepak kejap. Shopping ke. Tengok wayang ke.”
“Nak shopping apa lagi mak cik oii. Dah pukul berapa ni? Shopping complex pun dah tutup.”
“Kalau macam tu kita tengok wayang nak? Mid night movie?”. Nadia masih lagi tidak berputus asa memberikan cadangan.
“Yelah. Tapi kau belanja.”
“Cis. Berkira!”
“Nasiblah...”. Irine ketawa jahat.

“Nak layan cerita apa ni?” Irine meneliti senarai cerita yang akan ditayangkan sebentar nanti.
“Entah. Ikutlah. Kau nak tengok cerita apa?”
“Aku tak kisah. Tapi tak nak cerita jiwang.”
“Boring....”.
Irine tidak mengendahkan kata ejekan temannya itu.
“Cerita apa ni? Cepatlah. Nanti tak sempat.”
“Cerita ni okey tak?”. Irine menujuk ke arah tajuk cerita yang dimaksudkan.
“Ishhh...tak naklah. Macam budak-budak.” Jawab Nadia ketika membaca tajuk cerita yang menjadi pilihan Irine. Ice Age: Continental Drift.
“Dah tu nak tengok apa? Aku tak nak tengok cerita seram. Nanti tak boleh tidur.”.
“Kau ni semua tak boleh. Cerita jiwang tak nak. Cerita seram pon tak nak. Susah betul.”. Nadia mengomel perlahan.
“Kalau cerita ni?” Nadia menujuk pada tajuk cerita yang tertulis ‘selling fast’.
“Okey je. Aku tak kisah.”. Irine menjawab sambil tersengih.
“Okey, aku beli tiket, kau beli air. Jangan lupa pop corn aku punya saiz extra large.”
“Aik, kita baru lepas makan tadi kan? Tak kenyang lagi ke?” tanya Irine.
“Tu makan malam. Ni supper pulak. Dah-dah pergi beli. Nanti tak sempat. Movie dah nak mula ni.”
Irine mengelengkan kepala sebelum menuju ke kaunter menjual makanan.
“Bagi orange juice dua. Pop corn extra large satu...”.
Sementara menunggu pesanannya siap, Irine memandang sekeliling. Memerhatikan pengunjung yang tak kurang ramainya walaupun dah hampir tengah malam. Agaknya memang dah jadi tabiat orang dekat bandar ni. Suka keluar tengah-tengah malam. Kurang traffic jammed.
“Give me three orange juices, two soft drinks and three popcorns extra large.”
Telinga sebelah kiri menangkap suara di sebelah. Kenapa macam biasa sangat suara kat sebelah ni ye. Rasa macam sejak dua menjak ni asyik dengar suara yang sama je. Irine berkata di dalam hati. Dia menjeling sekilas ke sebelah. Boyfriend gadis gedik tu! Dia buat apa kat sini?!
Irine cepat-cepat menoleh ke arah bertentangan apabila dia merasakan lelaki itu menoleh ke arahnya. Fuh selamat sempat pusing. Kalau tak naya je!.
Setelah pesananya siap dan selesai membayar harga makanan yang dipesannya itu, cepat-cepat dia meninggalkan kaunter makanan tersebut. Matanya melilau mencari kelibat Nadia yang hilang entah kemana. Sesekali dia menjeling ke arah belakang. Matanya laju mengimbas kelibat lelaki itu. Hais. Tak pasal-pasal boleh pulak terserempak dengan mamat tu kat sini. Potong mood aku betul. Kang mulalah ada drama lain pulak dalam panggung wayang tu nanti. Huh!  Irine menjeling sekilas. Dalam diam dia mencari kelibat gadis gedik itu. Aik. Takde pulak. Yang ada hanyalah beberapa kawan lelaki dan perempuan yang turut bersama dengan boyfriend si gedik tu. Huh! Tulah lelaki. Pantang ada peluang. Berfoya-foya sakat kau ye. Nasib baik bukan laki aku. Kalau tak aku sumbat mulut kau dengan popcorn si Nadia ni baru tahu. Huh!
“Wei. Kau membebel apa sorang-sorang tu?” Tegur Nadia yang muncul entah dari mana.
“Huk! Terkejut aku. Kau ni kot ye pun janganlah nak sergah aku macam tu. Nasib baik aku takde sakit jantung tahu.” Marah bercampur malu.
“Sebab aku tahu kau takde sakit jantunglah aku berani nak sergah-sergah macam ni. Kalau tak, macam mana aku nak jawab dengan mak kau kat kampung tu?”
Irine mengeleng. Sempat lagi buat loyar buruk minah ni.
“Dahlah. Jum masuk dalam.”
“Jum...”. Nadia menjawab sambil berjalan dahulu menuju ke kaunter tiket. Irine sempat menjeling ke arah kumpulan di hujung sana. Entah kenapa. Dia dapat rasakan sepasang mata tajam merenungnya sejak dari tadi lagi.

                                                                           ***

IRINE membelek-belek koleksi pakaian yang ingin dipakai pada hari itu. Entah kenapa terasa nak pakai yang lawa sikit. Eceh! Apa selama ni baju kau pakai tak lawa ye Irine? Setelah siap berpakaian, dia mencapai beg tangan berjenama Carlo Rino sebelum melangkah turun untuk bersarapan.
“Morning...”
“Hmm...”. Balas Nadia yang sedang menikmati sarapan pagi itu. Roti bakar dan jus oren merupakan menu wajib. Almaklumlah, rumah bujang. Memang sesuatu yang luar biasa kalau nak jumpa menu nasi lemak atau nasi goreng masa hari-hari kerja macam ni. Kalau hujung minggu tu lain cerita.
“Hari ni kau ada keluar ke mana-mana ke?” tanya Nadia sambil menghulurkan roti bakar yang telah siap di sapu jem.
“Pagi ni tak ada. Tapi petang nanti aku nak ke kilang. Nak ambik stok baju baru. Kenapa kau tanya?” Irine bertanya sambil mengigit hujung roti bakarnya.
“Saja tanya. Petang nanti kalau aku tak sibuk, aku nak ikut kau pergi kilang boleh?”
Irine mengangkat kening.
“Kenapa pulak? Selalu bukan main malas lagi kalau aku ajak kau pergi kilang.”
“Sajalah. Dah lama aku tak datang kilang tu.”
“Ikut suka kau lah...” Irine menjawab malas.
“Dah lambat. Aku pergi dulu. Pagi ni aku ada date lagi dengan customer...”. Nadia tergesa-gesa bangun apabila jam di dinding menunjukkan lagi sepuluh minit pukul sembilan pagi.
“Hati-hati bawak kereta. Jangan nak merempit je pagi-pagi macam ni.” Sempat Irine berpesan.
“Yelahhh....”.
Irine mengeleng perlahan. Perangai tak berubah. Kalut tak bertempat. Dia menghabiskan sisa roti bakarnya itu sebelum meneguk jus oren sehingga separuh gelas. Entah kenapa dalam hati tiba-tiba teringat ibunya di kampung. Lantas dia mencapai beg tangan lalu mencari-cari telefon bimbit. Nombor rumah di kampung di dial. Setelah menunggu beberpa ketika, panggilannya disambut oleh ibu di sebelah sana.
“Assalamualakum ibu...”
“Waalaikumsalam...Irine ke ni?”
Irine tergelak kecil.
“Irinelah ibu. Siapa lagi. Ke ibu ada anak lain yang Irine tak tahu ni?” Sengaja dia mengusik ibunya.
“Irine seorang je anak ibu. Irine apa khabar? Sihat ke?”
“Sihat ibu. Ibu buat apa? Sihat tak?”
“Ibu sihat je. Irine bila nak balik jumpa ibu? Dah lama benar Irine tak balik jumpa ibu kan. Irine tak sayang ibu ke?” Suara ibu tiba-tiba sayu. Irirne mengigit bibir. Terbit rasa bersalah kerana sudah lama tidak pulang ke kampung.
“Irine sibuk sikit ibu. Insya-Allah hujung minggu ni Irine balik ya ibu...”.
“Betul ke sayang? Irine balik ya hujung minggu ni? Dah lama benar Irine tak balik..”
“Ye ibu. Irine janji. Ibu janganlah sedih-sedih. Susah hati Irine tahu...”.
“Yelah. Irine nanti balik nak makan apa? Ibu masakkan...”
“Eh, tak payahlah ibu. Irine balik nak jumpa ibu. Takkan ibu nak susah payah masakkan Irine pulak. Ibu duduk je tunggu Irine balik...”
“Tak apalah kalau macam tu, tapi ibu nak juga masakkan untuk Irine jugak. Ikan pari masak asam pedas dengan sambal sotong petai boleh?”
Irine menelan air liur ketika mendengar menu yang bakal dihidangkan untukkan pada hujung minggu ni. Dah lama benar tak rasa air tangan ibu. Rasa nak terbang balik jam tu jugak.
“Boleh ibu, tapi ibu janganlah buat kerja berat-berat sangat. Ibu masak simple-simple pun dah cukup....”.
“Tak apalah macam tu. Irine jaga diri tahu. Jaga makan minum. Solat jangan lupa jugak.”
“Baik ibu. Ibu pun jaga diri. Jangan kerja kuat sangat. Tunggu Irine balik hujung minggu ni.”
“Yelah. Irine tak kerja ke hari ni?”
“Kerja ibu. Ni kejap lagi Irine nak pergi butiklah ni. Nanti apa-apa Irine telefon lagi ye ibu.”
“Yelah. Ingat pesan ibu tahu. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam...”. Irine menjawab salam ibunya itu sebelum memutuskan talian. Telefon bimbit disumbat kembali ke dalam beg tangannya sebelum dia bangun dan mengemaskan meja makan. Setelah selesai, langkah kaki diatur menuju ke pintu hadapan. Alarm Myvi ditekan dan beberapa minit kemudian, Myvi tersebut memecut meninggalkan rumah teres dua tingkat tersebut.

                                                                        ***

IRINE MENYELAK beberapa dokumen yang bersusun diatas meja kerjanya. Terasa agak berpinar mata menghadap dokumen-dokumen yang mengandungi aliran keluar masuk untuk bulan tersebut. Rasa macam nak upah accountant saja. Naik pening kepala dengan segala angka yang bukan sedikit ini. Memanglah dia tak pernah ambil mata pelajaran akaun masa di universiti dulu. Memang sah buta akaun. Tapi dek kerana nak kurangkan kos, terpaksalah dia belajar tentang akaun dengan si Nadia tu. Haish! Serabut betul!
“Cik Irine. Ada pelanggan nak jumpa...”
Irine mengangkat kepala memandang ke arah pintu pejabatnya itu.
“Kejap lagi saya datang...”. Jawab Irine lemah. Memang jarang sangat pelanggan yang mahu berjumpa dengannya melainkan mereka menginginkan koleksi yang lebih baik atau pun menginginkan pendapatnya dalam membuat pilihan.
“Ye cik? Boleh saya bantu?” Sapa Irine ramah kepada gadis yang ingin berjumpa dengannya itu.
“Yes, I nak cari dress yang sesuai untuk makan malam. You tahulah. Yang glamour sikit. Maklumlah boyfriend I nak bawak I makan dekat tempat high class..you know what I mean...”. Gadis itu menjawab dengan gaya agak  angkuh lagi. Irine hanya tersenyum. Walaupun dia cukup tak berkenan dengan orang berlagak macam tu, tapi hati pelanggan harus dijaga.
“Sebentar ya, saya bawakan dress yang cik minta...”. Irine meminta diri sebelum berjalan menuju ke arah Mila.
“Mila, boleh tolong keluarkan dress yang saya bawa balik minggu lepas tu dari dalam stor?”
“Dress mana satu Cik Irine?” tanya Mila sambil meletakkan penyapu habuk di atas meja.
“Dress yang warna ungu lembut tu. Bawa sekali dress warna hitam yang ada manik-manik tu sekali ya...”
“Baik Cik Irine...”
Sementara menunggu pembantunya membawa keluar apa yang dipesannya tadi, sempat dia menjeling ke pintu kaca di sebelah. Kelihatan Nadia sedang sibuk melayan pelanggan. Sekarang kan musim cuti sekolah. Banyaklah tempahan yang diterima oleh Nadia sampai tak menang tangan dibuatnya. Selalunya dia turut sama membantu. Maklumlah. Nama pun business bersama.
“Ini dia Cik Irine...”. Mila menghulurkan dress yang diminta oleh majikannya itu.
“Thanks...”. Irine berkata sebelum melangkah mendekati pelanggannya itu.
“Cik, cuba try dress ni. Mana tahu sesuai dengan taste cik.” Irine menyerahkan dua pasang dress ke arah gadis tersebut. Gadis itu memandang angkuh ke arah dress di tangan Irine sebelum mengambil pakaian tersebut. Dibelek-beleknya kedepan kebelakang, atas ke bawah. Irine hanya memerhatikan gelagat gadis itu dengan sabar. Sudah masak sangat dengan kerenah pelanggan yang bermacam ragam.
“Okey, saya cuba dulu. Mana fitting room?”
“Sebelah sana cik, sebelah kanan...”
Gadis itu berjalan berlenggang lenggok menuju ke ke arah bilik persalinan pakaian. Irine hanya memerhatikan belakang tubuh gadis itu sambil mengeleng. Hai. Macam-macam!. Setelah menunggu beberapa lama, akhirnya gadis itu keluar dengan wajah yang agak puas hati.
“Saya nak dua-dua dress ni. Berapa?”
“Nanti saya bawakan bil, cik tunggu sebentar ya...”. Irine mengambil dress dari tangan gadis tersebut sebelum bergerak menuju ke kaunter bayaran. Mila yang sedang sibuk meneliti skrin komputer di kaunter bayaran hanya memandang ke arah Irine.
“Sini terima kad kredit tak? I tak bawak cash...”. Gadis itu datang sambil melayang-layangkan kad keemasan di hadapan batang hidung Irine seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk. Terkebil-kebil Irine memandang kad plastik yang hanya beberapa inci sahaja dari hidungnya. Mila menjeling sekilas ke arah gadis angkuh itu. Menyampah!
“Di sini kami memang menerima cash dan juga kad kredit cik...” Jawab Irine sambil tersenyum manis.
“Baguslah kalau macam tu. Kalau tak, sia-sia boyfriend I bagi I kad kredit ni...”. jawab gadis itu sambil mengibas kad kredit itu ke arah dirinya.
“So, berapa harga semua dress ni?”
“Lima ratus ringgit sahaja cik...”. jawab Irine sambil tersenyum.
“Hah! Mahalnya? Kenapa mahal sangat?” tanya gadis itu terkejut. Hilang terus sifat angkuhnya. Mila dah tergelak-gelak. Irine menjeling ke arah Mila seolah-olah memberikan amaran. Mila hanya mampu menutup mulutnya dengan tangan. Sumpah lawak muka minah gedik ni. Terkejut beruk!.
“Err..maaf ya cik, baju ni custome made. Memang tak ada yang sama dengan dress ni. Hanya ada satu ni je...” Terang Irine dengan agak serba salah. Mana tak serba salah bila muka pelanggan dah macam nak muntah hijau bila dengar harga dress macam tu.
“Yeke takde yang lain? Entah-entah you saja nak tipu I. Yelah, orang business ni kan pandai je cakap. Konon baju ni eloklah. Kualiti tinggilah. Itulah inilah. Tapi habuk pun tarak!”. Gadis itu menjawab sambil menjeling ke arah Mila yang tidak henti-henti mentertawakannya.
“Saya berani jamin, baju ni terjamin kualitinya dan hanya ada satu sahaja baju ni. Tak ada dua atau tiga...sebab saya yang reka baju ni sendiri. Saya hanya buat satu sahaja setiap design...”. Jelas Irine sambil tersenyum. Gadis itu memandang curiga ke arah Irine seolah-olah Irine cuba menipunya.
“Betul ke...dress ni you yang buat? Entah-entah you ciplak entah siapa-siapa punya design, lepas tu claim sendiri punya design...”. kata-kata gadis itu semakin pedas. Irine terdiam seketika. Cuba menenangkan hati dah mula terasa nak terbakar.
“Betul cik, saya berani jamin. Kalau cik jumpa design yang sama macam baju ni kat mana-mana, cik boleh datang sini. Saya akan bayar ganti rugi double..”
“Betul ke? You tak tipu?” hanpir terbeliak biji mata gadis itu apabila mendengar kata-kata Irine mahu membayar ganti rugi dua kali ganda.
“Betul. Janji. Mila sebagai saksi.”
Mila terpinga-pinga apabila namanya disebut. Gadis itu menjeling ke arah Mila.
“Suruh pekerja jadi saksi bolehlah. For sure dia akan sebelahkan you kalau I datang mintak ganti rugi nanti. Betul tak?”
Irine mengeluh perlahan. Entah macam mana agaknya nak berurusan dengan pelanggan macam ni. Cakap bahasa apa pun susah nak faham ke?
“Kalau macam tu, cik nak macam mana? Nak saya keluarkan surat perjanjian ke? Nak ada hitam putih?” tanya Irine, masih lagi tersenyum. Dalam hati terasa macam nak sepak orang.
“Hmmm..tak payahlah. Buang masa I je nak tunggu benda-benda macam tu. Lapi pun, you just nak bayar double je. Setakat seribu tu, boyfriend I boleh bayar pejam mata je...”. gadis itu menjawab dengan gaya menyakitkan hati. Mila mengetap bibir. Ni dah lebih. Sekali aku fire mahu bersepai mulut tu. Cakap tak beradab. Harap muka je cantik. Tapi perangai busuk macam bangkai!
“Kalau macam tu, cik nak beli ke tak dress ni?” tanya Irine lagi.
“Hmm...yelah, I ambik je lah. Macam lah I tak ada duit. Ni nampak tak? Kad kredit unlimited tahu? Lagi pun, kalau I tak beli dress-dress ni, entah siapalah yang sudi nak beli kan. Yelah. Nampak macam biasa-biasa je. Takdelah cantik sangat pun. Cuma I kesian je kat you. Penat-penat design dress ni, tapi takde siapa yang berminat nak beli. Jadi eloklah I beli dress ni ye...” lancang sungguh mulut minah ni bercakap. Mila dah terasa berasap. Irine hanya mendiamkan diri. Kalau ikutkan amarah, memang rasa nak hambat keluar je dari butik ini. Buat sakit hati je.
“Tunggu apa lagi? I takde masa nak tunggu lama-lama. Lepas ni I nak buat rambut lagi. I tak nak boyfriend I tertunggu-tinggu pulak. Mana tahu malam ni dia nak propose I ke kan...”.
Irine hanya mendiamkan diri. Kalau dilayan memang makin sakit hati. Setelah meleretkan kad kredit tersebut pada mesin khas, beg plastik dihulur dengan senyum manis seikhlas mungkin.
“Terima kasih. Sila datang lagi...”. Ucap Irine sekadar protokol.
“Kalau sayalah Cik, memang saya lama dah hambat dia keluar. Mulut tak ada insurans. Harap muka je cun. Tapi perangai macam taik.!” Mila dah mula membebel tak puas hati. Irine hanya mengeleng kepala melihat telatah pekerjanya itu.
“Walaupun perangai dia macam tu, dia tetap customer kita. Kita kena layan dia betul-betul. Kalau tak, macam mana business nak maju.” Jawab Irine sambil mencatat sesuatu pada kertas di atas meja.
“Memanglah, tapi kalau hari-hari perangai customer macam tu, siapa boleh tahan? Dahlah sombong, biadap pulak tu. Siap hina lagi dress yang Cik Irine design. Dia tak tahu ke yang fabrik untuk buat sepasang dress tu je dah beratus. Kata boyfriend kaya sangat, baru dengar harga lima ratus dah macam nak terkeluar biji mata. Kesian boyfriend dia dapat awek sengal macam tu. Huh!.” Mila menjawab sambil merengus geram. Irine tergelak kecil. Jarang dia nak tengok Mila yang kecik molek ni naik angin. Sekali naik angin, boleh tahan jugaklah. Kecik-kecik cili padi gitu.
“Macam mana ya..Cik Irine boleh tahan dengan orang macam tu? Saya tengok cik cool je. Senyum je. Cakap pun elok-elok je. Kalau saya, memang saya cakap dengan kaki dah. Biar dia rasa.”
“Kita ni Mila, perlu banyak bersabar. Dalam dunia ni orang macam-macam ragam. Terutama dalam perniagaan. Customer memang macam-macam ragam. Walau seteruk mana pun perangai diorang tu, kita mesti bagi layanan terbaik. Biarlah dia nak maki kita ke apa, janji kita dah berikan yang terbaik. Kalau dia maki kita, kita maki dia balik, memang tak kemanalah business kita ni. Silap-silap boleh lingkup macam tu je. Belum lagi customer nak saman kita sebab kita maki dia ke apa kan. Jadi jalan terbaik, kita sabar je. Lagi pun tak rugi kalau kita banyak-banyak bersabar. Sabar kan separuh daripada iman. Betul tak?”
Mila mengangguk perlahan tanpa faham. Irine tersenyum. Tak pasal-pasal hari ni dia jadi ustazah. Siap bagi tazkirah lagi pada si Mila ni.
“Hmm..saya kena banyak menuntut dengan Cik Irine ni. Menuntut cara-cara menghadapi kerenah pelanggan sengal dan sombong macam tu....”. Mila berkata sambil tersengih. Irine turut tersengih.
“Ada-ada jelah awak ni. Tak pelah. Saya nak masuk dalam. Banyak kerja nak buat. Petang nanti saya nak ke kilang pulak...”.
“Okey....err..Cik Irine?”
Irine menoleh sambil mengangkat kening.
“Apa?”
“Err..kenapa Cik Irine jual dress tu? Dress tu kan dress pertama Cik Irine buat sendiri. Siang malan tak tidur. Cik Irine kata tak nak jual. Just nak display je kat depan..tapi kenapa Cik Irine jual jugak? Murah pulak tu...”. tanya Mila kehairanan. Irine terdiam seketika sebelum tersenyum.
“Awak akan tahu juga nanti...”. jawab Irine sebelum melangkah menuju ke pejabatnya meninggalkan Mila yang semakin kehairanan.
P/S: TO BE CONTINUED.

0 140 tukang karut:

Post a Comment