RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, April 14, 2013

Irham Danial, Saya Sayang Awak...(Bab 6)


BAB 6
“Kita nak pergi mana ni?” tanya Irine ketika Nadia selesai meletakkan kereta di tempat letak kereta berhampiran bangunan PWTC itu. Nadia hanya menjawab dengan sengih di bibir. Irine menngecilkan mata. Tu kalau dah sengih macam tu, adalah plan jahat dia nak buat.
“Kau ikut jelah....”. Nadia akhirnya menjawab sebelum keluar dari kereta. Mahu tidak mahu terpaksalah Irine keluar juga dari kereta Perodua Alza itu.
“Kita nak pergi mana ni? Sesak-sesak dengan orang ramai ni....” Irine menanggalkan cermin mata jenama Guess lalu disumbat ke dalam beg tangan jenama yang sama.
“Jum...”
“Pergi mana?”
“Ishh, ikut jelah...” Nadia menarik tangan Irine sebelum langkah kaki di atur menuju ke pintu masuk bangunan PWTC itu.  Mata Irine sempat menangkap banner yang tergantung di muka pintu masuk PWTC itu.
“Wei. Nanti!” Irine manarik tangan Nadia ke tepi, memberi laluan kepada orang ramai yang berpusu-pusu masuk ke dalam bangunan tersebut.
“Apanya?” Nadia bertanya sambil tayang muka pelik.
“Kau biar betul. Kau tahu kan aku tak suka pergi tempat-tempat macam ni...”
Kening Nadia terangkat.
“Rin, aku pelik betul dengan kau ni.”
“Pelik apa? dahlah jum balik. Lagi pun ramai sangat orang. Nak jalan pun susah..” Irine dah mula mengatur langkah namun Nadia cepat sahaja memegang tangan teman baiknya itu.
“Kita dah datang ni, takkan nak balik macam tu je kan...”
Irine buat muka tak puas hati. Nadia hanya mampu tahan senyum. Mahu kena cepuk dengan minah ni kalau gelak kuat-kuat.
“Rin, aku ajak kau datang sini sebab nak tambah ilmu. Bukan nak suruh kau kahwin paksa ke apa. lagi pun dah lama aku tunggu event macam ni. Tahun lepas aku tak dapat datang sini kan sebab demam. Nak harapkan kau pergi sini sorang, jangan haraplah.”
“Tapi kenapa kau ajak aku jugak dah tahu aku tak boleh harap? Kau tahu kan aku tak suka...”
“Betul cakap Hanna, kau ni pelik yang memang paling pelik antara kita bertiga...”
“Huh, kau orang berdua kalau tak mengumpat aku, memang tak sah kan...”
“Haruslah...” Nadia sengih kerang busuk.
“Aku nak baliklah...”
“Nantilah, kita masuk kejap. Pusing-pusing tengok-tengok lepas tu kita balik. Okey?”
“Tak okey...” Irine masih berdegil. Nadia membulatkan biji matanya.
“Telefon kau tu berbunyik, tak nak angkat ke?” Tegur Irine apabila Nadia seolah-olah tak mendengar akan bunyi yang datang dari beg tangannya itu. Terkocoh-kocoh dia menyelongkar isi dalam beg tangan sebelum telefon berwarna pink itu berjaya dikeluarkan. Butang hijau ditekan sebelum dilekapkan di telinga.
“Helo, kau kat mana? Okey-okey, jumpa kat pintu masuk...”
“Siapa?” tanya Irine setelah Nadia memutuskan talian.
“Hanna...”
Irine membuntangkan biji mata.
“Apsal kau ni dah gaya macam nampak....”
“Hanna nak datang sekali?” tanya Irine.
“Yelah, minah tu kan suka dengan tempat-tempat macam ni. Kang tak ajak mahu tujuh keturunan merajuk.”
Irine menepuk dahi.
“Yang kau ni kenapa pulak nak main tepuk-tepuk dahi. Tak sakit ke?”
Irine menjeling geram.
“Dah kalau Hanna nak datang, kenapa kau tak pergi berdua dengan dia je? Boleh aku duduk rumah je...” Irine bertanya agak kesal. Kalau dia tahu Hanna akan menyertai mereka pada hari itu, mesti dia takkan ikut si Nadia ni keluar. Huh! Menyesal sungguh.
“Ala, tak bestlah kalau aku dengan si Hanna tu je datang sini. Lagi pun mak cik, bukan Hanna tau yang akan handle wedding si Melisa tu. Kau dan aku. Jadi tujuan aku bawa kau datang sini, nak cari idea atau tambah ilmu mana yang patut.”
Irine mengeluh perlahan.
“Nadiaaa... Irineee!”
Serentak Irine dah Nadia berpaling. Hanna berlari-lari anak menuju ke arah mereka.
“Sorry lambat. Jammed gila kat depan tu. Nak parking pun susah...” Hanna dah tercungap-cungap.
“Its okey. Biasa dah kalau cik Hanna. Lambat sokmo..” Sempat Nadia menyindir. Hanna menjeling sebelum memandang ke arah Irine.
“Ha Rin, kenapa muka kau macam jeruk sawi ni? Nadia buli kau ek?”
“Wei wei...” Nadia tak puas hati namun Hanna buat tak dengar.
“Nothing...” Irine menjawab malas. Kening Hanna terangkat sebelum saling berbalas pandangan dengan Nadia.
“Macam biasalah Han. Kau macam tak tahu kakak kita seorang ni. Elergi tempat-tempat macam ni...”
“Huh? Elergi? Ingatkan dah kebal sebab kau orang berdua kan uruskan butik pengantin?” Hanna dah buat muka confius.
“Tu kau tanya tuan punya badan...” Nadia menjawab. Hanna memandang Irine.
“Dahlah, malas nak layan kau orang berdua. Dah, jum masuk...” Akhirnya dia terpaksa mengalah demi nak elak soal jawab yang takkan habis kalau nak dilayan terutama kalau kroni Hanna-Nadia ni dah ada sekali.
“Yesss!” Nadia bersorak perlahan. Hanna makin keliru manakala Irine menghadiahkan jelingan mautnya kepada Nadia. Mereka kemudian sama-sama masuk ke dalam bangunan PWTC itu dan mencari dewan tempat berlangsungnya pameran pengantin yang memang akan di adakan saban tahun. Cuma kadang kala tempat je berubah.
“Wahhh, cantiknya pelamin tu. Nanti aku kahwin, aku nak buat macam tu lah...” Hanna tak habis-habis ulang dialog yang sama setiap kali dia nampak pelamin yang berkenan di hatinya.
“Kau ni Han, semua benda kau nak kan. Tamak betul..” Nadia menegur sambil turut sama memerhatikan pelamin yang menjadi idaman Hanna buat kesekian kalinya. Irine di sebelah tak ambil pusing. Matanya sibuk membaca pemplet yang sempat diberikan oleh promoter tadi.
“Betullah, Nad, Rin. Nanti kalau aku kahwin, aku nak kau orang yang handle majlis aku tau. Aku nak yang grand punya. Biar gempak satu Kampung Talang tu...”
“Menunjuk-nunjuk tu tak elok...” Sedas Irine menjawab tanpa mengalihkan pandangan dari pemplet di tangan. Hanna mencebik. Baru nak berangan sikit. Nadia hanya tersengih.
“Ala, baru je nak berangan. Kacau daunlah kau ni Rin...”. Hanna dah tarik muncung panjang. Irine buat tak endah. Malas nak layan.
“Dah, jum gerak pergi sana...”Irine menunjuk ke sebelah kiri mereka. Yang lain hanya mengekor.
Irine mengeluarkan buku nota kecil dan sebatang pensel 2B dari dalam beg tangan yang memang sentiasa dibawa ke mana-mana sahaja itu. Dia mula meniru lakaran pakaian pengantin yang dipamerkan di situ yang akan digunakan sebagai rujukan. Menciplak sepenuhnya hasil kerja tangan orang lain bukanlah etika kerja yang menjadi pegangannya. Hanna dan Nadia yang menghilang entah kemana tidak diendahkan. Dia begitu khusuk memberikan tumpuan kepada lakarannya itu. Alang-alang dah sampai sini, sekurang-kurangnya balik nanti adalah hasilnya. Ye dak?
Setelah selesai melakar secara kasar pakaian pengantin tadi, Irine memandang sekeliling mencari kelibat dua orang kawan baik bertuah itu. Tak ada. Orang ramai semakin penuh dalam dewan tersebut menyebabkan penglihatannya terbatas dalam misi mencari budak-budak bertuah itu. Pusing punya pusing tiba-tiba matanya menangkap susuk tubuh yang macam familiar je. Setelah diteliti, barulah dia sedar. Alamak!
Mamat kerek tu pun dah perasan kehadirannya di situ. Cepat-cepat dia menoleh ke arah bertentangan. Orang ramai yang bersesak di sekeliling itu menyebabkan dia susah untuk menyelit keluar dari situ. Memang pantang betul dia kalau tempat padat macam sardin ni. Buatnya ada tangan gatal yang mengambil kesempatan, mahu angin satu badan.  Mahu tak mahu terpaksalah dia berdiri tegak di situ sementara menanti peluang untuk menyelit di celah orang ramai yang nampaknya tak ada tanda-tanda nak surut itu. Ekor matanya menangkap pergerakan di sebelah kanan. Jantungnya dah rasa macam nak terkeluar dari tulang rusuk. Bau perfume Higo Boss for Men itu menusuk di hidungnya. Irine berpura-pura membelek lakaran di tangannya. Lebih kepada mahu melakukan sesuatu dalam suasana yang janggal itu.
“Hmm..nice drawing...awak memang berbakat. Patut Lisa tak habis puji pasal awak...”
Irine telan air liur bila suara lelaki itu betul-betul di sebelahnya. Aduh. Apalah malang nasib terserempak dengan mamat kerek ni sejak dua bulan tak jumpa. Huhu.
“Sorang je ke kat sini?” tanya mamat kerek tu lagi. Irine masih mendiamkan diri. tangan berpura-pura melakar entah apa kat kertas putih di tangan. Idea pun entah hilang kemana lepas mamat kerek ni muncul.
“Janganlah sombong sangat...”
Irine mengangkat kepala. Jelingan paling maut dihadiahkan kepada mamat kerek tersbeut.
“Awak jeling macam tu, boleh buat saya tak boleh tidur malam...”.
Irine mencebik. Namun muka entah kenapa terasa macam kena simbah dengan minyak angin ibu. Memang dasar lelaki buaya darat. huh.
“Jangan nak sibuklah. Boleh tak jangan kacau saya?” Irine menjawab perlahan.
“Ha, ada pun suara. Ingat dah bisu. Kenapa susah sangat nak dengar suara lemak merdu Cik Irine ni ye?”.
Irine menarik nafas panjang. Ada jugak nak kena pijak macam hari tu.
“Nak pijak saya lagi? Silakan. Setakat pijak macam tu, saya tak heran pun...” Mamat tu menjawab. Ye sangatlah tu Irham. Dekat dua minggu kau tak boleh jalan dengan normal tu apa?
Irine menjeling lagi. Dah jadi habit. Suka nak jeling-jeling orang. Aik, mamat ni boleh baca fikiran orang ke? Huhu.
“Awak sorang je ke kat sini? Buat apa kat sini?” tanya Irham lagi.
“Beli ikan...” Irine menjawab malas.
Kening Irham terangkat. Beli ikan?
“Tak sangka Cik Irine ni pandai buat lawak...” Irham tahan senyum yang nak terukir di bibir. Irine mengatap bibir. Sumpah geram dengan mamat romeo ni. Huh.
“Awak jangan nak menyibuk dekat sini boleh tak? Yang awak tu buat apa kat sini? Sibuk hal orang pulak...” Irine mengomel perlahan. Irham senyum lagi. Comel betul minah ni.
“Saja jalan-jalan cuci mata...” selamba Irham menjawab. Irine segera berpaling sehingga Irham hampir terkejut dengan tindakan drastik gadis itu. Mata gadis itu merenung tajam ke arahnya seolah-olah dia tersalah cakap.
“Awak ni tak serik lagi ye...”
Kening Irham terangkat sebelah.
“Maksud awak?”
Irine mengenggam penumbuk. Sabar Irine. Tempat ramai orang ni. Jangan nak scene tengah-tengah orang padat macam sardin ni.
Irham masih merenung Irine meminta penjelasan.
Huh. Buat tak faham pulak. Aku cepuk baru tahu. Irine menjeling lagi.
“Cik Irine, awak ni memang sengaja tak bagi saya tidur malam ye...”
“Huh? Meaning?” Tanya Irine, giliran dia pula tidak faham.
“Tu, dari tadi dok jeling-jeling saya macam tu. Suka ye saya tak boleh tidur asyik teringatkan jelingan maut awak tu....” Irham sengih gatal. Irine membuntangkan biji matanya. Memang sah mamat kerek ni lelaki buaya darat kelas pertama.huh!
“Jangan nak mengarutlah!.” Irine menjawab berang namun muka dah naik satu darjah kepanasannya. Ibu! Tolong Irine! Irham masih tayang senyum gatal. Menyampah!
“Abanggggg...!”
Irine dah Irham segera berpaling kebelakang.
Bulat mata Irine memandang wajah gadis yang melaung memanggil mamat kerek itu. Ni perempuan gedik yang dekat kedai buku dan butik aunty Kong.
“Abanggg..ishh...” langkah kaki gadis itu terhenti apabila bajunya tersangkut dengan dawai yang terjulur keluar dari pelamin di sebelahnya.
“Awak ni memang lelaki tak guna!” Irine berkata keras sebelum bergerak laju meninggalkan mamat kerek itu. Dalam hati rasa nak marah entah sebab apa. Kenangan lama serta merta bermain di dalam ingatannya namun cepat-cepat dia menepis. Irham hanya terpinga-pinga ditinggalkan macam tu sahaja. Dia masih tak faham, kenapa Irine suka sangat gelar dia dengan gelaran yang menyakitkan hati itu?
“Abang pergi mana? Puas Linda cari tadi...”
“Hmm, sembang dengan kawan tadi...” Irham menjawab lemah. Linda terjenguk-jenguk ke kiri dan kanan.
“Mana kawan abang tu?”
“Dah pergi....”
“Ohh....”
“Dah dapat apa yang Kak Mel pesan?” tanya Irham sambil memandang Linda di hadapan.
“Dah..semua dah..” jawab Linda sambil tersenyum bahagia.
“Kalau macam tu, jom balik...”
“Alaaa...awal lagi ni. Linda nak tengok-tengok lagi. Mana tahu boleh dapat lagi banyak idea untuk wedding tu nanti...”
“Dahlah, abang dah penat ni. Mood pun dah lari...” Irham menjawab perlahan. Kening Linda terangkat.
“Mood lari? Lari ke mana?” Usik Linda. Irham mengeluh perlahan sebelum menarik tangan gadis itu keluar dari bangunan tersebut. Sungguh rasa takde mood nak buat apa-apa lagi. Balik tidur lagi bagus.

                       
                                                                       ***

“Macam mana?” tanya Irine agak gelisah. Melisa hanya mendiamkan diri. Mata ralit melihat lakaran wedding dress yang telah siap sepenuhnya itu. Nadia di sebelah hanya mendiamkan diri.
“Hmm...” Melisa akhirnya bersuara. Irine menunggu dengan penuh debaran. Mana tahu Melisa tak berkenan ke apa. Huhu.
“I suka. Suka sangat. Tak sabar rasa nak pakai dress ni...” Melisa sengih mengusik. Sengaja dia lambat-lambat bagi respon. Padahal pada pandangan kali pertama lagi dia dah terpikat dengan design yang dihasilkan oleh Irine itu. Irine menarik nafas lega. Begitu juga Nadia.
“Really? Thanks...” hanya itu sahaja yang mampu diluahkan oleh Irine.
“But....” Melisa memandang ke arah Irine dan Nadia silih berganti. Irine duduk tegak. Kenapa pulak ni?
“I ada masalah sikit...”
Irine dan Nadia saling bertukar pandangan. Jantung Irine dah berdegup kencang. Melisa ni dah tahu ke bakal suami dia tu lelaki buaya darat plus romeo?
“I ingat nak cepatkan tarikh wedding I, boleh?” Melisa berkata perlahan. Nadia terkebil-kebil manakala Irine dah rasa macam nak pengsan menahan debaran. Ingat kan apalah tadi. Huhu.
“Kenapa nak cepatkan wedding? Takkan sebab tak sabar nak pakai wedding dress ni?” Usik Nadia. Melisa tersipu-sipu.
“Tu salah satu jugak..”  Melisa tersengih sebelum meneruskan kata-katanya.
“Bakal Hubby I kena transfre ke UK hujung tahun ni. Jadi kami sekeluarga dah bincang supaya tarikh nikah kami dipercepatkan dua bulan. Boleh tak?”
“Ohh....”. Nadia menjawab. Irine hanya mendiamkan diri. Mamat kerek tu nak pergi UK? Kenapa macam sedih je dengar. Huhu. Ish! Apa ni Irine? Sedih kat bakal suami orang tu kenapa? Astafirullahhalazim. Irine beristifar perlahan.
“Macam mana? Boleh cepatkan tak?” Melisa bertanya lagi. Nadia dan Irine saling berpandangan.
“Bila agak-agak tu?” tanya Nadia sambil mencapai organizer yang terletak di atas meja. Di selak laju-laju helaian buku catatan tersebut.
“Hujung bulan sepuluh...”.
“Kejap ye. Berapa hari bulan?” Nadia menyelah ke halaman berkaitan.
“26 haribulan...”
“Hmmm, kalau ikut schedule dalam ni minggu tu tak ada wedding lain tapi bulan sepuluh kita ada tiga wedding yang kena urus tak termasuk wedding kau. So Rin, macam mana? Sempat tak?” Nadia memandang ke arah Irine yang hanya diam membisu dari tadi.
“Hah? Apa?”
Nadia dan Melisa saling berpandangan. Irine sengih dengan rasa bersalah. Mati aku kalau budak berdua ni tahu apa yang sedang aku lamunkan. Huhu.
“Aku tanya, sempat tak kalau kau nak siapkan wedding dress si Lisa ni sebelum bulan sepuluh?”
“Hmmmm, sempat kut rasa. Tapi bergantung pada fabrik. Kalau fabrik pelik-pelik tu mungkin makan masa jugaklah...”
“Jenis fabrik semua I serah pada you lah.  I ikut je..”
Irine diam memikir. Bukanlah fikir pasal hal baju pengantin si Melisa ni pun sebenarnya.
“So, boleh kan?”
Irine hanya mampu senyum dan mengangguk. Apa lagi nak buat. Takkan nak cakap tak boleh kut. Huhu.
“Thank alot dear. I owe you.” Melisa memeluk Irine erat. Irine hanya tergamam apabila Melisa tiba-tiba memeluknya macam tu.
“Aii, takkan Irine je dapat peluk. Aku takde ke?” Nadia dah buat muka cemburu buta dia. Melisa ketawa sebelum melepaskan pelukannya pada Irine lalu memeluk Nadia pula. Irine hanya mampu tersenyum lemah.
“Thanks girls...thanks alot. Pada you berdualah yang mampu I harapkan. Hmm, bila nak mula? Tak sabar pulak nak fitting dress ni..” Melisa senyum lagi. Terpancar riak bahagia di wajahnya.
“Lepas decide fabrik dan ambik ukuran. Lepas tu bolehlah I mula jahit baju you ni...” Irine menjawab sambil tersenyum. Orang lain bahagia, dia pun haruslah tumpang bahagia. Nak tunggu dia naik pelamin? Entah bilalah.
“Hmm, petang jumaat ni you sibuk tak?”
“Hmm, selalu kalau tak ke mana, I akan lepak butik je. Kenapa? Tanya Irine.
“I nak ajak you datang rumah. Ambil ukuran bakal suami I.” Kata-kata Melisa tu bagai menyentap jantungnya.
“Err..kenapa nak ambil ukuran bakal suami you? Bukan dia yang nak pakai wedding dress ni...” Irine cuba sengih dengan berangapan yang kata-kata Melisa itu sekadar usikan dan lawak jenaka. Tak lawak pun sebenarnya. Huhu.
“Lah, Nad tak bagitahu you ke?” tanya Melisa sambil mengalihkan pandangan ke arah Nadia. Nadia buat muka blur bila empat pasang mata merenungnya. Sepasang mata memandang ke arahnya dengan keliru manakala sepasang lagi merenung wajahnya dengan tajam.
Pap! Nadia menepuk dahi.
“Sorry, aku lupa nak kabo. Tunang si Melisa ni pun tempah baju kat sini. Tapi baju nikah jelah... yang lain pakai sewa je...”
Irine mengetap bibir. Geram dengan kecuaian Nadia. Mana nak sempat kalau baju mamat kerek tu pun dia kena buat jugak.
“Rin, kau jangan buat muka macam tu. Jangan risaulah. Tunang si Melisa ni aku dah plan nak tempah dengan July tu. Aku tahu yang kau tak berapa minat nak buat baju lelaki kan...cuma aku perlukan ukuran dan saiz tunang si Melisa je. Tu aku terlupa nak bagitahu kau...”. Nadia cepat-cepat menerangkan sebab kecuaiannya itu. Irine hanya terdiam. Dalam-dalam dia menarik nafas lega. Buat terkejut je. Ingat baju mamat kerek tu pun aku nak kena buat juga. Bikin suspen je minah ni. Huh!
“Hmm, lain kali bagitahulah awal-awal. Nanti takdelah kelang kabut...” Irine berkata perlahan. Nadia mengangguk.
“So, boleh datang jumaat petang tu?” Melisa bertanya lagi. Irine dan Nadia saling bertukar pandang.

                                                                           ***

“Tak bolehlah. Aku sibuk...”
“Alaaaaaaa. Kau ni sibuk je memanjang. Asyik kerja kerja dan kerja jeeee...”
Irine mencebik. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia memutuskan talian tersebut namun bimbang pula Hanna terasa hati. Minah tu cengeng sikit.
“Betullah, aku ada wedding yang nak kena handle ni. Kau nak buat apa ajak aku naik Cameron tu? Selama ni naik sana tak pernah-pernah pun nak ajak aku. Ni hujan takde, ribut petir tak ada tiba-tiba baik hati pulak nak ajak aku berjalan. Ada apa-apa ke?”
“Alaa. Teman akulah ambik bunga. Sambil-sambil tu boleh kita makan angin sekali. Ajak Nadia sekali. Sure minah tu nak ikut...”
“Bukan tak nak ikut, tapi kitorang tengah sibuk ni Han. Lagi dua bulan je lagi wedding tu nak langsung. Lepas habis je majlis tu, aku janji. Kita pergi bercuti sama-sama. Lagi pun dah lama tak holiday. Aku teringin nak ke Langkawi pulak...” Irine dah mula merangka rancangan.
“Ishh, kau ni kalau bab berangan memang nombor satu. Okeylah kalau tak dapat teman takpelah. Take care. Bye...”
Irine hanya mengeleng kepala. Tu kalau tak ending dengan ucap salam tu sure tengah merajuk. Perangai tak berubah. Telefon bimbit dimasukkan ke dalam beg tangan. Matanya kembali di hala pada rak buku tersebut. Memilih majalah pengantin edisi terbaru yang bersusun di rak di hadapannya itu. Naik pening jugak nak fikir jenis fabrik apa yang perlu digunakan untuk wedding dress si Melisa tu. Melisa pulak memang serah bulat-bulat pada dia. Haish, memang serabut perut betul. Sedang dia menyelak secara rambang majalah pengantin di tangan, tiba-tiba dia teringat pada aunty Kong. Tangan menepuk dahi perlahan. Ish. Macam mana boleh terlupa. Lantas telefon dikeluarkan dari telefon bimbit. Nombor bekas pensyarahya itu di cari sebelum butang hijau ditekan.
“Helo aunty? Apa khabar?” Irine memulakan perbualan seperti selalu. Setelah berbual selama beberapa minit, talian diputuskan. Aunty Kong cakap dia kena tengok design dulu baru boleh bagi cadangan. Senyum lebar terukir di bibir. Selesai satu masalah. Esok lusa boleh jumpa aunty Kong. Yes!
Kedebusss!
“Err..sorry..sorry. Saya tak sengaja..”. kelang kabut Irine mengutip buku-buku yang berterabur dia atas lantai. Insiden tersebut turut menarik pandangan mata pengunjung kedai buku Popular tersebut membuatkan Irine semakin kalut. Tulah Irine. Berangan sangat. Tengok apa dah jadi. Bikin malu sendiri je. Huhu.
“It’s okey...”
Badan Irine tiba-tiba keras. Tak mungkin. Tolonglah cakap semua ni tak mungkin berlaku pada dirinya. Tolonglahhh!
“Lain kali jangan banyak berangan...”
Irine mengigit bibir. Telinga terasa nak keluar asap.
“Sorry. Memang sengaja pun nak langgar....” Irine berdiri sambil menolak beberapa buah buku berkulit tebal ke dada lelaki itu membuatkan Irham hampir senak.
“Kenapa ye? Setiap kali kita jumpa? Awak mesti nak cari gaduh? Macam saya ada buat salah besar pulak kat awak...”. Irham bertanya sambil mengosok dadanya yang sakit akibat kena tujah dengan buku-buku tebal. Irine menjeling.
“Ewah-ewah. Cakap aku pulak yang cari pasal. Padahal dia tu yang mulut macam longkang. Asyik nak buat sakit hati je. Huh!.” Irine menjeling lagi.
“Tak elok mengumpat dalam hati...”
Irine mengetap gigi. Malas nak layan. Huh. Irine melangkah laju meninggalkan Irham di belakang namun, malang memang tak diduga.
“Err..maaf. Saya betul-betul tak sengaja...” buat kali kedua insiden itu menarik pandangan pengunjung. Dua kali terlanggar orang ni apa kes Irine? Takkan nak kena pakai cermin mata kut? Huhu.
“Maaf...” Irine berkata lagi setelah memulangkan buku yang dikutip di atas lantai kepada pemiliknya.
“Kan saya dah cakap. Jangan mengumpat dalam hati. Tengok, Allah bayar cash...” Suara Irham tiba-tiba ada kat sebelah. Irine menoleh. Irham mengangkat kening memandang ke arahnya dengan gaya yang paling menyakitkan hati.
“Malang betul hidup saya setiap kali jumpa awak, tahu!”. Irine menjawab berang sambil berjalan menuju ke kaunter bayaran. Ni satu lagi malang. Mata Irine tertumpu pada barisan panjang yang sedang beratur di kaunter bayaran. Takkan nak tunggu pulak dengan ada mamat sengal ni kat sebelah. Kalau mulut tu reti diam takpe jugak. Ni asyik-asyik nak menyakitkan hati je. Huh. Irine meletakkan semula majalah pengantin di rak berdekatan sebelum kaki laju melangkah keluar. Lagi cepat dia blah, lagi bagus. Hilang terus mood bila jumpa mamat kerek tu. Benciii!
Irine tertoleh-toleh ke belakang ketika menunggu lif di hadapannya terbuka. Tangan menekan butang lif berkali-kali. Bimbang mamat keret tu dapat menjejakinya. Seram. Setelah beberapa minit, pintu lif terbuka. Cepat-cepat Irine masuk dan menekan butang G menyebabkan pintu lif tertutup. Belum sempat dia mahu menarik nafas lega, pintu lif terbuka semula. Rasa macam nak terkeluar biji mata bila Irham muncul di hadapannya dengan keadaan separuh tercungap-cungap. Baru lepas maraton ke apa ni?
Irine hanya mendiamkan diri. Mujurlah dalam lif tu ramai orang. Takdelah takut sangat kalau mamat kerek ni nak buat benda-benda tak elok ke.
“Cepatlah. Ada dua tingkat lagi...” Irine berbisik di dalam hati ketika memerhatikan nombor di atas pintu lif tersebut. Tak berani dia nak menjeling ke sebelah sana tempat lelaki itu sedang bersandar santai. Sampai di tingkat satu, semua yang berada di dalam lif itu keluar beramai-ramai sehingga yang tinggal hanyalah dia dan mamat kerek itu. Irine dah rasa macam tak sedap hati. Segera dia melangkah menuju ke pintu lif yang hampir tertutup itu. Lantaklah turun kat tingkat satu pun. Satu tingkat je pun kalau nak dibandingkan duduk dalam ni dengan mamat sengal tu. Buat dia ada niat tak baik. Mati aku. Irine berkata sendiri. Namun belum sempat kaki melangkah keluar.  Satu tangan menghalang pergerakannnya membuatkan pintu lif itu tertutup rapat. Irine mendongak. Irham dah berdiri betul-betul dihadapannya. Irine menoleh ke belakang. Aik. Masa mana mamat ni boleh tiba-tiba muncul depan aku?
“Awak  nak pergi mana? Bukan ke awak parking kereta dekan ground floor?”
Irine membulatkan mata. Mana mamat ni tahu? Entah-entah mamat ni stalker kut? Huhu.
“Kan saya dah cakap, kalau ada apa-apa yang awak tak puas hati. Terus terang je. Jangan nak memandai buat telahan sendiri macam tu...” Irham berkata lagi seolah-olah dia mampu membaca fikiran Irine. Irine dah telan air liur. Ibuuu! Tolong Irine. Ada orang gila kacau Irine. Huhu.
“Awak jangan sibuk hal saya boleh? Tepi!” Irine cuba bergerak ke kanan sedikit. Berkira-kira mahu menekan butang kecemasan namun dihalang oleh Irham. Cepat-cepat mamat itu menekan butang stop pada lif tersebut menyebabkan lif itu berhenti di tengah jalan. Irine dah gelabah. Ni apa pulak tiba-tiba nak buat perangai gila ni? Irine memberanikan diri mengangkat kepala menentang pandangan tajam lelaki itu. Masa tu kalau cakap jantung dah melompat ke anak tekak pun barangkali orang percaya. Takut gila wei.
“Kenapa awak benci sangat pada saya? Apa salah saya pada awak?” Irham bertanya keras. Muka dia dah macam marah gila. Sikit lagi je nak keluar api dari hidung tu. Huhu.
“Bukan urusan awak...” Irine menjawab tergagap. Sumpah ngeri wei tengok muka mamat ni. Macam nak membunuh pun ada.
“Awak cakap bukan urusan saya? Awak kenal saya pun tak tapi macam-macam awak tuduh saya. Kata saya lelaki buaya daratlah. Lelaki tak gunalah. Atas alasan apa awak nak tuduh saya macam tu?” suara Irham naik satu level. Irine menelan air liur. Mati aku kali ni. Namun Irine cuba berlagak selamba.
“Mungkin saya tak kenal awak siapa. Tapi saya tahu siapa awak sebenarnya...” Irine menjawab sinis.
“Meaning?” Irham turut membalas sinis. Irine menjeling.
“Awak jangan ingat saya tak tahu siapa awak sebenarnya. Womanizer...” Irine membalas geram.
“Tengok. Suka-suka hati je kan awak nak gelar saya macam-macam. Womanizer?”
“Yes. Womanizer. Player. Casanova. Semua tu memang sesuai dengan awak tahu. Huh!” Irine tak nak kalah. Alang-alang nak gaduh, biar gaduh betul-betul.
“Reason?”
Irine mencebik meluat.
“Jangan nak buat tak fahamlah Encik Irham Danial. Saya ada bukti.”
“Yeke? Contoh?” Irham masih lagi mahu main tarik tali.
Irine rasa nak gelak guling-guling. Memang dasar lelaki kaki perempuan ni tak nak mengaku kesalahan mereka ke ek? Menyampah gila tengok muka mamat bajet handsome ni. Huh!
“Kenapa diam? Give up?” Irham sengih menyindir. Irine dah rasa macam telingan nak sembur api.
“Fine. Kalau awak tak nak mengaku. Let me explain!.”
“Silakan. I’m waiting...”
Irine menarik nafas panjang. Cuba bertenang.
“Sebelum tu boleh saya tanya satu soalan?”
“Silakan. Banyak pun takpe...” Irham jawab dengan gaya menyakitkan hati. Memeng kerek betul.
“Kenapa awak nak kahwin dengan cik Melisa sedangkan awak takde niat pun nak hidup berkeluarga?”
Senyum sinis Irham hilang diganti dengan raut wajah keliru. Minah ni cakap apa ni?
“Apa maksud...”
“Nanti. Saya tak habis cakap lagi. Saya tak fahamlah. Kenapa ye awak suka nak main-mainkan perempuan? Tak cukup ke dengan cik Melisa sorang? Seronok ke buat macam tu? Awak tak rasa bersalah? Apa faedah yang awak dapat dengan usung anak dara orang sana sini sedangkan awak tu tunang orang? Dah nak kawin pun esok lusa. Awak pernah terfikir tak yang apa cik Melisa rasa kalau rahsia awak ni bocor dan sampai ke pengetahuan dia?” berdas-das Irine bagi. Irham pulak senyap tak terkata apa. huh. Puas hati aku.
“Apa awak...”
“Kenapa ye. Kenapa lelaki susah nak setia pada seorang perempuan? Sedangkan perempuan sangat setia pada pasangan dia? Susah sangat ke seorang lelaki mahu setiap pada sorang je? Setia pada perempuan yang menyanyangi suami dia? Kenapa Irham? Kenapa? Susah sangat ke awak nak setia pada cik Melisa? Perempaun di butik aunty Kong tu, girlfriend awak kan. Masa di PWTC tu pun, perempuan yang sama kan. Kenapa awak sanggup buat cik Melisa macam tu? Awak tahu tak, dia bahagia sangat dengan wedding ni. Awak takkan dapat bayangkan macam mana perasaan dia bila tengok wajahnya setiap kali datang ke butik. Berseri-seri. Cuba awak fikirkan macam mana perasaan dia kalau hal kecurangan awak ni sampai ke pengetahuan dia. Saya dah tak sanggup nak bersubahat dengan awak sedangkan saya tahu siapa awak sebenarnya tapi...saya tak sanggup nak berterus terang pada dia tentang awak. Saya tak boleh bayangkan..saya..” Irine terdiam sambil tunduk merenung lantai lif. Hatinya tiba-tiba sebak teringatkan ibu di kampung. Air mata menitis perlahan di pipi sebelum jatuh ke lantai.
“Irine..awak dah salah faham...sebenarnya...” Suara lembut Irham menerpa gegendang telinganya namun dia sudah tak berdaya lagi. Dia sudah penat. Apa nak jadi, jadilah. Lantas dia bergerak ke kiri dan menekan butang lif menyebabkan lif kembali bergerak dan dalam masa beberapa saat sahaja pintu lif terbuka. Langkah kaki diatur laju keluar dari lif tersebut. Air mata yang semakin laju membasahi pipinya diseka dengan belakang tangan. Irham hanya tergamam berdiri di dalam lif tersebut. Apabila tersedar yang gadis itu sudah mula menghilangkan diri, barulah kaki dia mampu digerakkan namun pintu lif kembali tertutup.
P/S: TO BE CONTINUED.

4 140 tukang karut:

Anonymous said...

just 1 word..AWESOME..

Cahaya said...

anon>> thx :P

cik dah faridah said...

sila apdate lg...hehehhe...suka irine..hehe salah faham rupanya...

Cahaya said...

cik faridah>>hehehe..citer ni slow sikit update. bg laluan pada akmal dulu.hehehe..

Post a Comment