RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, April 11, 2013

Hari-hari yang berlalu usah di kenang

Asalamualaikum,
dah lama tak tulis entri merepek macam dulu-dulu kan. sejak dua menjak ni asyik post entri novel je. kira dh jadi mcm blog-e-enovel ler pulak blog aku ni. almaklumlah tahap kemalasan aku tu dah sampai tahap kemuncak. cerita banyak tapi malas gila nak taip seiring dengan mood aku nak menulis novel baru. idea ada, manuskrip pending ada dalam 3 4 tapi entahlah. mood serius kelaut. aku tak pernah lagi mood jadi gini. masa tulis cerita akmal+ariana tu hari-hari semangat dan mood sentiasa ada je. terus terang aku cakap masa tulis cerita tu aku tak banyak fikir pon. taip je apa ilham yang datang masa tu. memang bersyukur sangat sebab Allah sentiasa bagi idea untuk aku terus menulis. tapi kali ni idea ada tapi mood tak ada tambah-tambah aku cerita kali ni aku kena banyak stadi pasal bahasa dan tempat orang dan itu sangat memenatkan okey! aku stadi tempat nak pergi singapore 3 hari 2 malam pon dah meletihkan, inikan pulak nak satdi tempat orang yang nak duduk sebulan. tempat mana tu? rahsia lagi. muehehe. buku bahasa tempat tersebut pun aku dah beli. semangat tak?semangat tak?muehahaha.

okeylah, sebenarnya aku tengah nak buat nota untuk chapter 3 ni. aku memang suka buat nota ringkas untuk memudahkan aku mengajar dan aku akan bg jugak students aku nota tu. nota ringkas dalam sekeping a4 yang merangkumi semua tajuk. kira mcm mind maplah. aku rasa tu je yang aku mampu buat. itu pun tulis tangan je. malas nak taip. lecehhhh nak ejas arrow bagai tu. tapi hari ni mood swing jugak disebabkan insiden yang agak menyakitkan hati aku sejak  2 3 hari lepas. makanya entri kali ni adalah entri lepas geram jadi sesiapa yang tak berminat nak baca, sila pangkah blog ini ye sebab panjang gila kot entri ni.. :P

cerita dia macam ni. minggu lepas aku ada beli barang dengan satu blogshop ni. aku memang kira mcm kamceng baiklah dengan owner ni sebab dari tahun 2010 kot aku berurusan dengan dia since aku pon bukan online bisness kan. aku dapatkan stok sume dari dia. jadi aku adalah berkenan dengan satu baju ni dan aku beli. so dia pon post macam biasa guna skynet. satu yang aku tak suka ialah, dia guna khidmat skynet. ni bukan entri memburukkan tapi sekadar meluahkan geram. serius rasa sakit hati ni berlarutan dua tiga hari sampai dalam kelas pon agak terjejas sikit. sikit je sebab bebudak pon selalu buat lawak dan sedikit sebanyak aku terlupa tentang rasa sakit hati itu. okey kembali ke cerita asal, aku track tracking number yang orang tu bagi dan status yang naik dekat website tu ialah barang tu tak boleh deliverd entah sebab apa. dia suruh aku contact pejabat tu makanya aku pun contectlah keesokan harinya. org sana angkat ( lelak) dia kata hari ni akan hantar. fine aku pun tunggulah. bila balik rumah aku tengok tak ada bungkusan tersebut, aku dah mula nak marah dan terus track lagi kat mana bungkusan tu. dia tulis situ out for delivery tapi harammmm takde pon. so esoknya aku kol lagi tanya mana bungkusan aku. dia kata hari ni akan hantar sebab semalam orang yang tukang hantar tu tak sihat. ok aku terima alasan tu walaupun agak sakit hati sebab dia dah kata nk hantar semalam tadi tak hantar rupanya. so aku tunggu lah sampai hari ketiga dan balik-balik. tak ada pon. aku tanya mak, mak kata takde sape2 hantar pon. kali ni aku dah memang rasa panas hati sangat. serius aku memnag sakit hati gila sebab dia dh 3x janji nak hantar tapi tak hantar. kol aku sepatah haram pon takde. jadi balik tu aku terus email pada HQ syknet komplen pasal benda ni. rasa macam nak tulis macam-macam je sebab sakit hati punya pasal tapi aku delete balik tulis molek-molek. aku plan esoknya aku nak pergi sendiri tempat tu nak ambik sendiri sebab aku dah fed up nk tunggu. so pagi ni dalam pukul 9.30 macam tu, aku dapat panggilan dari pejabat skynet tu tanya aku dah dpt ke barang aku sebab semalam orang tu dah hantar atas nama sekian-sekian. aku punyalah sakit hati sebab kat rumah aku tu takde pon nama yang dia sebut. which mean dia dah salah hantar rumah. si perempuan tu pulak sibuk sebut nama penerima dan alamat rumah aku sampai aku cakap tak payah nk sebut alamat rumah sayalah. itu memang alamat rumah saya tapi kat rumah saya takde pon nama tu. pastu dia kata nk telefon si tukang hantar dan dia akan kol aku balik. masa ni serius aku dah sakit hati sangat dan tak sampai lima minit, si perempuan tu kol balik cakap elok2 kata dia hantar kat jiran rumah aku. perghhh emmang terbaiklah service ko kan. dia kata hantar kat jiran sebab rumah aku takde orang padahal mak aku duduk rumah je. jadi aku malas nak dengar alasan yang dia boleh reka 1001 alasan tu, aku pon telefon mak aku suh tanya jiran aku dan mak aku kata mana ada jiran nama tu. so korang boleh bayang tak macam mana aku tak sakit hati kan? lepas tu aku pon teringat yang akak pejabat aku ni pernah cakap yang owner  skynet tu kerja dekat tempat aku jugak. aku pon terus direct je dengan encik sekian tu dan cerita masalah tu kat dia. so dia pon kol balik pekerja dia dan pekerja dia memnag bagi dekat jiran entah siapa-siapa tu. aku kata sepatutnya kollah aku dulu kan. mana boleh suka hati je nk past dekat orang. makanya encik sekian tu dah mintak pekerja dia pergi ambik balik bungkusan tu dan hantar dekat pejabat aku. aku kata nak hari ni jugak sebelum dalam waktu office hour.

jadi aku masih menunggu bungkusan yang tak tahulah in the end tu jadi apa sebab dah bagi dekat salah orang. tunggu jelah. yang tak boleh blah tu, pompuan yang kol aku tu cakap nada perli terima kasih sebab buat komplen dekat HQ dan aku terus cakap dengan nada tegas memang saya buat komplen dan saya akan terus buat komplen. pastu nak salahkan aku pulak sebab dia kata bukan dia yg angkat telefon semalam tapi budak lelaki. tu bukan masalah aku okey. yang penting aku nak barang aku. tu je. 

jadi moral of the story, sila jalankan kerja anda dengan betul dan jangan makan gaji buta. aku hanya menuntut hak aku dan aku dah guna saluran yang betul. jadi silalah serik untuk buat kerja sambil lewa je. sekian.

0 140 tukang karut:

Post a Comment