RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, April 29, 2013

Dia Putera Mahkota?! Bab 4


BAB 4
“HAH! Kau nak bertunang?!”
Dahlia menyiku Suria yang duduk di sebelah. Seluruh dewan berpusing ke arah mereka. Dahlia menelan air liur menahan malu.
“Ish! Kot ye pun jangan nak jerit macam tu. Buat malu je...”
“Sorry-sorry. Aku cuma excited je. Bila kau nak bertunang?” Suria bertanya teruja.
“Shhh....” Terdengar suara-suara menyuruh mereka berdiam. Dahlia tertunduk malu manakala Suria tersengih.
“Bila kau nak bertunang?” Tanya Suria tidak berputus asa. Dahlia kembali memandang ke depan. Cuba menumpukan perhatian pada kuliah yang sedang berjalan itu.
“Lia..!”
“Sakitlah. Ish!” Dahlia mengosok pinggangnya yang telah disiku tanpa rasa belas oleh Suria. Suria memandang ke arahnya dengan raut wajah berdegil dan tak reti bahasa itu.
“Fine. Minggu depan...”
“MINGGU DEPAN?!”
Sekali lagi seluruh dewan memberikan perhatian ke arah mereka. Dahlia memejamkan mata sambil tertunduk malu.
“Lain kali kalau saya dengar awak buat bising kat belakang sana, saya halau awak keluar...”
“Maaf puan...” Suria menjawab sambil tersengih. Dahlia menarik nafas panjang. Semua kembali memandang ke hadapan. Suria memandang ke arahnya.
“Kau cakap...”
“Su, please. Aku tak nak kena halau keluar. Kita cakap nanti boleh?”
Suria mencebik sebelum kembali memandang ke hadapan. Dahlia mengeluh lega. Sesekali dia menjeling ke sebelah, melihat Suria menulis sesuatu pada buku notanya. Barangkali sedang mencatat nota kuliah.
Dahlia memandang ke bawah. Dahinya berkerut. Dia memandang ke sebelah. Suria buat muka selamba sambil mengisyaratkan dia membaca nota yang ditulisnya. Dahlia membaca nota tersebut di dalam hati.
            Bila reza lamar kau?
Dahlia mengeluh perlahan. Dengan rasa malas dan berat hati, dia menulis sesuatu di bawah ayat yang ditulis oleh Suria itu.
            Semalam.
Nota itu diberikan kepada Suria. Hampir terbeliak biji mata Suria membaca apa yang dia tulis. Suria memandang ke arahnya dengan raut wajah tak sabar namun Dahlia meletakkan jari ke bibir.
            Kau setuju? Mak ayah kau ckp apa?
Dahlia menarik nafas panjang ketika nota itu disuakan ke arahnya.
            Yap. Aku setuju. Mak ayah aku pun dh setuju.
Nota dikembalikan kepeda Suria.
            Serius?
            Yap.
            Tapi kenapa?
            Apa yg knpa?
            Knpa cept sgt?
            Jodh dh smpai kot. J
Suria merenung wajah Dahlia di sebelah. Dahlia masih khusuk merenung ke hadapan. Sesekali dia tunduk menulis nota yang disampaikan oleh pensyarah di hadapan. Terasa seperti diperhatikan, Dahlia menoleh ke arah Suria yang masih merenungnya sejak dari tadi. Dahlia mengangkat kening. Spontan Suria memeluknya erat sehingga membuatkan dia terpinga-pinga. Tambahan pula ada beberapa orang pelajar memnadang ke arah mereka sambil berbisik perlahan.
“Dahlia, Suria. Awak menganggu kelas saya...”
Suria melepaskan pelukannya. Dia menyeka air mata yang hampir bergenang di tubir mata sambil tersenyum.
“Maaf puan, saya cuma tak dapat nak sembunyikan perasaan gembira bila sepupu kesayangan saya ini mahu bertunang minggu depan...”
Dahlia memejamkan mata sambil tertunduk malu. Spontan kuliah kembali bising.
“Betul ke Dahlia?”
Dahlia mengangkat kepala perlahan, memandang wajah rakan sekuliah yang tersenyum-senyum memandang ke arahnya sebelum pandangannya jatuh pada wajah pensyarahnya.
“Betul puan. InsyaAllah jika diizinkan Allah. Jemputlah datang nanti...” Dahlia menjawab perlahan. Muka dah terasa tebal sepuluh inci. Dia menjeling ke arah Suria dah kembang setaman itu.
“Hampeh punya Suria...” Dahlia kembali tunduk, cuba menyembunyikan wajahnya dari pandangan rakan-rakan yang masih memandang kearahnya sambil tersenyum-senyum.

                                                                   ***

DAHLIA mengeliat perlahan. Sesekali dia membengkok-luruskan jari jemarinya. Terasa lega. Pinggang dan leher diurut lembut. Jam di hadapannya dipandang sekilas. Hampir pukul tiga pagi. Patut mata terasa berat. Dahlia menutup buku lalu bangun dan menuju ke katil. Mujur dia dah tunaikan solat isyak awal-awal tadi, kalau tak mesti liat je nak ke bilik air sejuk-sejuk macam ni. Hujan yang turun sejak mahgrib tadi masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Dahlia naik ke atas katil. Selimut ditarik sehingga menutupi dada. Teddy Bear pemberian Shahreza ditarik rapat ketubuh. Dia mencium teddy bear tersebut. Tiba-tiba rasa rindu pada Shahreza. Spontan dia merenung jari manis yang kini telah dihuni dengan sebentuk cincin emas putih bermata satu. Sudah hampir sebulan dia bergelar tunang kepada Shahreza. Bahagianya hanya Allah sahaja yang tahu. Ibu dan ayah pun makin sibuk dalam menguruskan kelengkapan perkahwinannya. Mengikut perancangan, mereka hanya akan bertunang selama tiga bulan je. Shahreza cakap buat apa nak tunang lama. Menyiksa jiwa je katanya. Dahlia hanya senyum kecil bila mengingatkan kata-kata Shahreza itu. Sejak bergelar tunang, Shahreza rajin menelefonnya untuk mengingatkan dia supaya sentiasa menjaga kesihatan. Bimbang betul encik tunang itu. Katanya tak nak dia jatuh sakit bila menjeling hari bahagia mereka nanti. Dahlia menyentuh batu permata yang menghiasi cincin tersebut. Sesungguhnya dia rasa sangat bahagia sekarang. Diam-diam dia memejam mata dan berdoa suapa kebahagian ini terus menjadi miliknya.
Dahlia menahan kuap dengan tangan. Mata dah semakin berat. Teddy bear ditarik rapat dalam pelukan. Lampu meja di tutup sebelum dia memejamkan mata dan lena dibuai mimpi.
                                                                       ***
“BONDA, please....”
Tengku Alissah Irdina memandang ke arah suaminya.
“Abang....”
Tengku Darwish Haikal meletakan sudu ke tepi. Hilang terus selera nak makan.
“Sampai bila Shah nak jadi macam ni? Tak puas lagi ke hidup enjoy macam tu?” Tengku Alissa Irdina menyambung kembali kata-kata yang terhenti tadi. Tengku Shah Putra sedaya upaya tidak mengendahkan pertanyaan bondanya itu.
“Shah. Dengar tak cakap bonda ni?”
“Dengar bonda. Tapi macam Shah cakap tadi. I’m not ready yet...”
“Sampai bila?”
Tengku Shah Putra mengaru dahi yang tidak gatal. Sesekali dia menjeling ke arah Amir Fitri yang turut sama menjamu selera di sebelahnya itu. Tengku Shah Putra mengetap bibir memandang pembantunya itu yang sedap menikmati makan malam sedangkan dia terpaksa menerima leteran bondanya sepanjang waktu makan malam tersebut.
“Sudahlah tu. Bukan ke kita tengah makan ni...” Akhirnya Tengku Darwish Haikal bersuara. Naik muak dah dia mendengar leteran isterinya itu berkenaan anak lelaki mereka itu.
“Tapi bang, saya cuma cakap benda yang betul. Sampai bila Shah ni nak berseronok je. sepatutnya dia dah mula belajar selok belok pentadbiran negara...” Tengku Alissa Irdina menjawab tidak puas hati.
Tengku Shah Putra membuat isyarat kepada Amir Fitri namun pembantunya itu seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia begitu nikmat sekali menikmati makan malam bersama keluarga diraja itu. Memang semua sudah maklum yang Amir Fitri ini sudah dianggap dan dilayan seperti ahli keluarga diraja itu.
“Aduh...” Amir Fitri mengerutkan dahi. Spontan semua yang berada di meja makan memandang ke arahnya.
“Dah kamu kenapa Mir?ada yang tak kena?” tanya Tengku Alissah Irdina. Amir Fitri mengelengkan kepala sambil memandang tajam ke arah Tengku Shah Putra. Kaki kiri yang disepak oleh Tengku Shah Putra diurut perlahan. Tengku Shah Putra menayangkan muka selamba ke arahnya.
“Okey, berbalik pada perbincangan asal...”
“Bonda. Pleaselah. Now is not the right time...”
“Betul tu. Nadia setuju...” Tengku Nadia Irdina, adinda Tengku Shah Putra menjawab.
“Thanks...” Tengku Shah Putra menunjuk ke arah Tengku Nadia Irdina. Tengku Nadia Irdina hanya tersengih sambil mengangkat ibu jari ke atas.
“Sudah! Selagi bonda tak habis cakap, kita takkan habis macam tu je...”
Tengku Shah Putra membuat muka bosan.
“Shah, dengar sini...”
“Bonda....”
“Dengar dulu apa bonda nak cakap....”
“Fine...” Akhirnya Tengku Shah Putra mengalah.
“Terima kasih. Sekarang bonda nak tanya, apa yang kamu nak dalam hidup kamu?”
“Freedom...” Spontan Tengku Shah Putra menjawab. Tengku Nadia Irdina tergelak kecil.
“Tengku Shah Putra. Bonda tanya betul-betul ni!” Suara Tengku Alissah Irdina naik satu level sehingga membuatkan semua yang berada di situ terdiam kaku. Tengku Shah Putra mengeluh perlahan. Dia sudah bosan dengan semua ini.
“Baiklah. Kalau kamu tak nak ubah perangai suka berseronok kamu tu, bonda ada satu cadangan...”
Semua kepala dihala ke arah Tengku Alissah Irdina termasuk juga Tengku Shah Putra.
“Kalau kamu tak berubah, bonda akan kahwinkan kamu dengan anak Tengku Daniel, Tengku Aziana Nur Hakim...”
Suasana sunyi menyelubungi ruang makan tersebut. Masing-masing memandang ke arah Tengku Alissah Irdina dan Tengku Shah Putra silih berganti.
“No..no...no. bonda tak boleh nak paksa Shah macam tu...”
“Kita tengok je nanti...”

 P/S: TO BE CONTINUED

0 140 tukang karut:

Post a Comment