RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, April 24, 2013

Dia Putera Mahkota? (Bab 3)

 BAB 3
“LIA!” 
Dahlia terkejut sehingga hampir membuatkan telefon bimbit ditangan terpelanting. Mujur Suria cekap menangkap. 
“Kau ni kenapa? Sampai aku panggil pun tak dengar...” Suria menghulurkan telefon bimbit ke arah Dahlia. Dahlia mengambil telefon tersebut tanpa banyak soal. Dia kembali merenung skrin.

“Wei!”
“Ish. Sibuklah kau ni...” Dahlia merungut perlahan. Suria mengetab bibir.
“Sombongnya dia. Mentang-mentang tengah bersms dengan boyfriend. Aku selaku sepupu merangkap sahabat sejati dia pun buat tak layan.”
“Yeee cik Suria Nisa sayang. Ada apa? Gaduh dengan pakwe ke?” Dahlia mengangkat kening. Suria mengeluh perlahan.
“Kenapa ni? Ada masalah ke?” Tanya Dahlia sambil menyimpan telefon bimbit di dalam beg. Tumpuannya kini diberikan kepada Suria. Jarang kut Suria nak bermuram durja macam ni. Mesti ada masalah besar ni.
“Hmm. Tak ada apalah...” Suria menjawab perlahan sambil mula menyelak buku rujukan secara rambang.
“Su, kenapa ni? Ceritalah kalau kau ada masalah. Sejak bila kau pandai nak sorok masalah tu dari aku?”
Suria mengeluh lagi. Dahlia menanti dengan sabar.
“Entahlah. Susah nak cakap. Mungkin perasaan aku je...”
“Perasaan kau?”
Suria mengangguk perlahan.
“Pasal apa ni?”
“Pasal Amirlah. Siapa lagi...”
“Amir mana?”
Suria memandang wajah Dahlia dengan raut wajah tak percaya.
“Amir Fitri. Pakwe aku tulah...”
“Ooooo.....” Bulat mulut Dahlia membentuk O.
“Kenapa dengan dia? Dia buat hal? Ada perempuan lain?”
Wajah Suria dah mula nak menunjukkan tanda-tanda nak menangis. Dahlia mengelabah.
“Wei, kau ni kenapa? Jangan nak buat drama air mata kat sini...” Dahlia kalut memujuk. Pujuk ke? Hentam jelah.
“Kau rasa dia ada potensi nak curang ke?” Suria dah mula cengeng.
“Dia? Siapa?”
“Pakwe aku tulahhh!”
Dahlia mengerutkan dahi sambil menekup telinga. Dasyat minah ni. Suara macam halilintar.
“Kot ye pun tak payahlah nak menjerit macam tu. Macam orang meroyan. Buat malu je....” Dahlia berkata. Suria kembali murung.
“Kenapa kau cakap macam tu? Kau ada nampak dia dengan perempuan lain? Dia ada buat perangai pelik-pelik?”
“Takdelah. Cuma sejak akhir-akhir ni susah betul aku nak hubungi dia. Sibuk memanjang.”
“Lah, betullah kut dia sibuk. Kan dia kerja nak cari duit. Untuk kau juga kan...” Dahlia cuba memujuk lagi. Suria menongkat dagu dengan tangan.
“Yelah. Tapi takkan sibuk je memanjang. Minggu ni sekali pun dia tak telefon. Kau tak rasa ke dia...”
“Dahlah. Selagi kau tak ada bukti. Kau tak boleh menuduh dia macam tu. Berdosa tahu. Bagilah dia masa. Mana tahu dia betul-betul sibuk ke...”
“Hmmm....” Suria kembali murung. Dahlia berfikir seketika.
“Dia kerja apa ek?”
“Siapa?” tanya Suria perlahan. Dahlia menepuk dahi.
“Pakwe kau tulah...”
“Ohh, entah...”
Bulat mata Dahlia merenung wajah Suria yang monyok itu.
“Eh, takkan kau tak tahu dia kerja apa?”
Suria mengangkat bahu.
“Entah. Setahu aku dia jadi pembantu peribadi kepada putera mahkota Indera Mahkota....”
Rahang Dahlia jatuh beberapa inci.
“Hah! Kau biar betul?”
“Betullah. Itulah yang dia cerita. Betul atau tak, aku tak tahu...”
“Hmmmm. Mesti gaji dia banyak kan...” Dahlia mengosok dagu. Suria membeliakkan mata.
“Mata duitanlah kau ni...”
“Apa pulak. Mana ada!”
“Yelah tu...”
Dahlia menjeling. Malas nak layan.
“Kau pernah tengok tak muka putera mahkota Indera Mahkota?” tanya Suria.
“Entah. Tak pernah kut. Lagi pun aku tak berminatlah dengan benda-benda tu. Aku dengar cerita, dia tu playboy tau. Ala, biasalah. Anak raja kan. Semua dia sapu...”
“Ishh. Mulut. Kalau dengar dek orang, mahu kena tangkap. Silap-silap kena buang negara...”
Dahlia buat tak endah. Baginya topik putera mahkota itu membosankannya. Suria tunduk lalu mengeluarkan telefon bimbit. Spontan senyum lebar bermain di bibirnya.
“Amir telefonlah...”
“Yelah, pergilah. Aku tak nak kacau...”
“Kita jumpa nanti ek. Bye...” Suria bangun sambil mencapai begnya lalu berlari-lari anak entah ke mana. Dahlia hanya memerhati sambil mengelengkan kepala. Spontan senyuman turut terukir di bibirnya. Dia turut bangun lalu mencapai beg sebelum berjalan ke arah kereta untuk pulang ke rumah.

                                                                        ***

DING DONG
Spontan Dahlia melompat sebelum menerjah pintu hadapan.
“Lia! Tak boleh ke perangai tu jadi perempuan sikit...!” Suara ibu menjerit dari dapur tidak dihiraukan. Pintu segera dibuka. Wajah Shahreza tersenyum kearahnya dipandang tanda jemu.
“Untuk awak...” sejambak bunga dahlia pelbagai warna dihulurkan kepadanya. Melebar senyum dibibir Dahlia. Spontan dia menghidu jambangan tersebut.
“Ibu dan ayah awak ada rumah?”
“Ibu ada kat dapur. Ayah tak balik kerja lagi...”
“Reza, jemputlah masuk. Lia, tak menyempat ke nak sembang sampai tak jemput tetamu masuk ke dalam rumah..” Suara Ibu yang entah datang dari mana menerjah gegendang telinganya. Dahlia tertunduk malu. Shahreza ketawa kecil.
“Tak apalah makcik. Demi Lia. Berdiri berjam-jam kat pintu ni pun saya sanggup...” Shahreza menjawab sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Wajah Dahlia semakin merah apabila mendengar usikan Shahreza itu.
“Apa khabar makcik. Dengarnya pakcik tak balik kerja lagi. Cuti pun kerja ke?”
“Hmm, biasalah tu. Pak cik kamu tu kan kuat kerja. Pantang ada masa lapang. Suka benar dia duduk di pejabat tu...”
“Samalah macam ayah saya. Sibuk sangat kerja sampai mak pun selalu bising...”
“Biasalah tu. Pak cik kamu dengan ayah kamu tu bukan ke kawan baik. Sama je dua-dua. Kuat kerja. Kamu nanti kalau dah kawin, jangan lebihkan kerja dari keluarga. Silap-silap jadi lain pula...”
“Ibu ni. Apa ke situ pulak...” Dahlia meletakkan jambangan bunga di atas meja.
“Ibu cuba nak ingatkan je....”
Dahlia memuncungkan bibir sebelum duduk di sebelah Shahreza.
“InsyaAllah mak cik. Saya akan berusaha untuk imbangkan kerjaya dengan keluarga. Saya akan pastikan bakal isteri saya dan anak-anak saya menikmati kebahagian dan kasih sayang yang melimpah ruah dari saya...” Shahreza memandang ke arah Dahlia dengan raut pandangan bermakna. Wajah Dahlia dah bertukar warna. Tiba-tiba dia terasa panas. Segan kut dengar Reza cakap macam tu depan ibu.
“Hmm, eloklah tu. Kamu duduklah dulu. Mak cik nak ke dapur kejap. Buatkan air...”
“Eh, tak payahlah susah-susah. Saya baru lepas minum...”
“Takpe, kamu kan tetamu. Kamu duduklah berbual dulu. Mak cik nak ke dapur. Lia, jangan nakal-nakal...”
“Apa ibu ni. Mana ada Lia nakal...”
Shahreza ketawa kecil.
Suasana senyap seketika. Dahlia memandang sekeliling seolah-olah selama dia membesar di dalam rumah itu, ini kali pertama dia memerhatikan ruang tersebut.
“Lia...”
Spontan Dahlia menoleh ke arah Shahreza.
“Hmm...” Dahlia mengangkat kening.
“Saya rindu awak...”
Dahlia hampir tersedak dengan air liur sendiri ketika mendengar pengakuan jujur tersebut.
“Kenapa? Awak tak suka saya cakap macam tu?”
Cepat-cepat Dahlia mengelengkan kepala.
“Err. Kat dalam ni panaslah. Jum kita lepak luar...” Cepat-cepat Dahlia bangun lalu berjalan ke arah pintu. Tangan menyentuh dada bagi memastikan jantungnya masih ada. Shahreza hanya mengeleng sambil tersenyum. Kaki turut dihala mengekori Dahlia yang sudah duduk di buaian kayu berbentuk bulat itu.
“Saya suka tempat ni. Siapa yang bina?” Shahreza bertanya sambil menolak perlahan tali buaian yang diduduki oleh Dahlia.
“Ayah yang buat. Ayah sukakan suasana tenang dan semulajadi. So dia bina taman ni siap dengan air pancut dan kolam ikan. Awak nampak tak pokok-pokok bunga dahlia tu? Cantikkan. Cuba teka siapa yang tanam...” Dahlia bertanya sambil menikmati ayunan lembut yang dihayun oleh Shahreza.
“Let me guess. Hmmm, mesti cik Dahlia Darina Eryna, betul tak?”
“Hmm, betul. Pandainya...” Dahlia ketawa. Shahreza turut sama ketawa. Masing-masing diam sambil menikmati udara petang yang tenang dan nyaman sambil ditemani dengan bunyi deruan air pancut dan kolam ikan.
“Lia...”
Dahlia duduk tegak. Tiba-tiba jantung kembali berdebar. Shahreza berjalan perlahan sebelum melutut dihadapannya.
“Awak. Apa awak buat ni. Bangunlah. Nanti apa ibu fikir kalau nampak awak macam ni...”
“Shhh....”
Dahlia terdiam. Dia rasakan Shahreza agak berbeza sikit hari ini. Terlebih romantik mungkin.
“Awak tahu tak, hari ini hari apa?”
Dahlia terdiam seketika seolah-olah berfikir.
“Err...tak. kenapa? Yang saya tahu, birthday awak lambat lagi...” Dahlia cuba melawak walaupun dia tahu tak kelakar langsung. Sebetulnya dia cuba menenangkan jantung yang dah tak teratur degupannya.
“Kalau awak nak tahu, hari ni merupakan hari ulang tahun perkenalan kita yang ketiga tahun...”
“Oh....” Dahlia terdiam. Tak tahu nak jawa apa. Selebihnya dia rasa bersalah kerana boleh terlupa benda penting macam itu. Dahlia mengintai sedikit wajah Shahreza untuk mengesan kekecewaan di wajah itu namun seperti biasa, wajah Shahreza sentiasa tenang.
“Saya tahu mungkin semua ini terlalu awal tapi...” Shahreza mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Hampir nak gugur jantung Dahlia bila matanya merenung apa yang berada di dalam tangan Shahreza itu. Dahlia menelan air liur berkali-kali.
“Dahlia Darina Eryna...will you marry me?” lembut dan jelas sahaja ungkapan keramat itu meluncur dari bibir Shahreza sehingga membuatkan Dahlia tergamam. Matanya hanya merenung sebentuk cincin emas putih bermata satu yang ringkas namun cantik.
“Err....”
“Lia. Saya serius untuk mengambil awak sebagai isteri saya yang sah. Saya dah fikir masak-masak. Saya juga dah berbincang dengan mak dan ayah saya dan mereka telah bersetuju. Saya juga telah bercakap dengan ibu dan ayah awak akan hal ini dan mereka pun tak kisah. Sekarang saya cuma perlukan persetujuan awak sahaja...”
Dahlia hampir pengsan namun dia cuba mengawal perasaan yang dah tak tentu arah ini. Eh kejap. Semua orang dah tahu akan hal ini dan dia adalah orang terakhir?
“Saya tahu apa yang awak fikirkan. Saya minta maaf sebab tak berterus terang dengan awak lebih awal lagi. Tapi saya rasa lebih elok saya meminta izin dengan kedua orang tua awak dahulu sebelum saya bertanya kepada awak. Restu dan izin orang tua sangat penting bagi saya...”
Sejuk kembali hati Dahlia ketika mendengar kata-kata Shahreza itu. Dia bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki sebaik Shahreza. Sepanjang tiga tahun perkenakan mereka, Shahreza tak pernah mengambil kesempatan terhadapnya. Kalau nak berdating pun, Shahreza lebih suka datang ke rumahnya.
“So?”
Dahlia tersedar dari lamunan. Dengan satu senyuman paling manis yang pernah dia berikan, Dahlia mengangguk perlahan. Shahreza tersenyum lebar.
“Thanks sayang. Cincin ni saya simpan dulu ye. Tunggu mak saya sarungkan pada jari manis awak masa kita bertunang nanti...”
Dahlia hanya mengangguk. Diam-diam hatinya melompat riang.
 P/S: TO BE CONTINUED.

0 140 tukang karut:

Post a Comment