RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, April 30, 2013

Bantu aku untuk bantu dia...


Mukanya boleh tahan. ramai yang kata muka dia handsome sangat. bermata hazel dan berkulit cerah. pandai bergaya kalau tak pakai baju kolej. rasanya orang akan toleh dua kali untuk lihat dia. kalau dia mahu, pasti sudah keliling pinggang teman wanitanya. tapi sayang....hatinya sudah rosak. itu kata salah seorang teman. tapi bagi aku statement itu agak kejam. statement itu seolah-olah dia sudah hanyut dan tidak boleh diselamatkan. aku tak rasa macam tu. dia mungkin perlukan perhatian. apa yang aku dapat tahu, ibu bapanya orang hebat-hebat tapi sidah bercerai. kakak dan adik-adiknya pun agak hebat. dia sendiri mengaku adiknya bagus. habis spm masuk mahad. kakanya belajar di uia. dia anak kedua. pasti rasa tersepit. dia mungkin 'agak berbeza' dengan adik beradiknya. biasalah tu. dalam ramai-ramai adik beradik, pasti akan ada seorang 'yang berbeza'. 

dia budak yang aku barred semester lepas. hmmm. agak serba salah juga mahu bercerita di sini but aku perlukan jalan. aku ingin bantu dia. memang pada mulanya aku rasa tertekan bila dia mahu masuk ke kelas aku semula. aku yang barred dia dari mengambil exam tahun lepas sebab tak datang kelas lebih dari sepuluh kali. dia budak tak ada masalah dari segi sikap kecuali selalu tak datang kelas. dengar cerita dari ketua program dia, dia ada masalah keluarga. masalah apa, aku kurang pasti. tapi bila semester ini dia datang jumpa aku mahu masuk ke kelas aku semula, aku jadi separuh hati nak turunkan tanda tangan. tapi disebabkan aku fikir mungkin dia dah tak boleh nak masuk kelas lain, aku terima jelah dia dengan syarat dia kena tulis surat akur janji dan ubah perangai. dia janji. tapi sejak itu, dia ditimpa macam-macam masalah. eksiden langgar dividerlah lepas tu tak datang kelas seminggu. memang mula-mula dia tak datang kelas, aku rasa nak marah. sakit hati sebab aku seolah-olah dipermainkan. bila aku telefon dia, katanya dia kemalangan. fina. aku tunggu jelah dia datang. jadi minggu lepas, dia datang jumpa aku dan aku tutor dia personal untuk bagi dia kejar balik apa yang tinggal. lepas tu minggu ni dia tak datang lagi. aku jadi sakit hati lagi. aku mesej dia suruh dia datang kelas, dia mesej aku balik kata minta maaf. dia eksiden lagi langgar babi. bila baca2 rasa nak tergelak tapi bila aku fikir-fikir balik. kesian budak ni. umur muda lagi. 20 tahun. tapi dia seolah-olah hilang arah tuju dan tak ada matlamat hidup. bila orang tanya jawapan dia entahlah. entahlah. aku dah sound dia cakap dengan saya jangan nak jawab entah entah.

masa aku tutor dia, aku sambil-sambil korek-korek jugak apa masalah dia tu. mengikut apa yang aku tahu, dia ni jarang nak balik rumah. katanya malam pun tidur merata-rata. dalam kepala otak aku dah bayang dia ni pergi merempat tidur dekat stesen bus ke apa. tapi aku tak naklah fikir macam tu sangat. aku tanya tidur rumah kawan ke? dia jawab a'ah. tapi hati aku rasa dia tak tidur pun rumah kawan-kawan dia. entahlah. mungkin aku silap.

macam mana ye aku nak buat? niat aku nak tolong dia. dia tu seolah-olah nakkan perhatian. aku risau jugak tengok keadaan dia tu. aku rasa macam aku tengok adik aku je bila aku tengok dia tu. aku rasa macam dia tu dah tak ada kepercayaan pada sesiapa lagi. mungkin keluarga pun dah tak ambil kisah pasal dia. mungkin. aku tak tahu. atau mungkin dia yang tak ambil kisah pasal dunia sekeliling. bila aku tanya dia tak suka belajar sini ke? dia kata dia suka. entahlah. 

apa perlu aku buat untuk bantu dia? aku dah bincang dengan bos aku dan bos aku mungkin akan panggil dia untuk jumpa kaunselor. tapi aku rasa, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dapatkan kepercayaan dia dulu dan tunjukkan yang ada orang ambil berat tentang dia. betul ke? *sigh*

Monday, April 29, 2013

Dia Putera Mahkota?! Bab 4


BAB 4
“HAH! Kau nak bertunang?!”
Dahlia menyiku Suria yang duduk di sebelah. Seluruh dewan berpusing ke arah mereka. Dahlia menelan air liur menahan malu.
“Ish! Kot ye pun jangan nak jerit macam tu. Buat malu je...”
“Sorry-sorry. Aku cuma excited je. Bila kau nak bertunang?” Suria bertanya teruja.
“Shhh....” Terdengar suara-suara menyuruh mereka berdiam. Dahlia tertunduk malu manakala Suria tersengih.
“Bila kau nak bertunang?” Tanya Suria tidak berputus asa. Dahlia kembali memandang ke depan. Cuba menumpukan perhatian pada kuliah yang sedang berjalan itu.
“Lia..!”
“Sakitlah. Ish!” Dahlia mengosok pinggangnya yang telah disiku tanpa rasa belas oleh Suria. Suria memandang ke arahnya dengan raut wajah berdegil dan tak reti bahasa itu.
“Fine. Minggu depan...”
“MINGGU DEPAN?!”
Sekali lagi seluruh dewan memberikan perhatian ke arah mereka. Dahlia memejamkan mata sambil tertunduk malu.
“Lain kali kalau saya dengar awak buat bising kat belakang sana, saya halau awak keluar...”
“Maaf puan...” Suria menjawab sambil tersengih. Dahlia menarik nafas panjang. Semua kembali memandang ke hadapan. Suria memandang ke arahnya.
“Kau cakap...”
“Su, please. Aku tak nak kena halau keluar. Kita cakap nanti boleh?”
Suria mencebik sebelum kembali memandang ke hadapan. Dahlia mengeluh lega. Sesekali dia menjeling ke sebelah, melihat Suria menulis sesuatu pada buku notanya. Barangkali sedang mencatat nota kuliah.
Dahlia memandang ke bawah. Dahinya berkerut. Dia memandang ke sebelah. Suria buat muka selamba sambil mengisyaratkan dia membaca nota yang ditulisnya. Dahlia membaca nota tersebut di dalam hati.
            Bila reza lamar kau?
Dahlia mengeluh perlahan. Dengan rasa malas dan berat hati, dia menulis sesuatu di bawah ayat yang ditulis oleh Suria itu.
            Semalam.
Nota itu diberikan kepada Suria. Hampir terbeliak biji mata Suria membaca apa yang dia tulis. Suria memandang ke arahnya dengan raut wajah tak sabar namun Dahlia meletakkan jari ke bibir.
            Kau setuju? Mak ayah kau ckp apa?
Dahlia menarik nafas panjang ketika nota itu disuakan ke arahnya.
            Yap. Aku setuju. Mak ayah aku pun dh setuju.
Nota dikembalikan kepeda Suria.
            Serius?
            Yap.
            Tapi kenapa?
            Apa yg knpa?
            Knpa cept sgt?
            Jodh dh smpai kot. J
Suria merenung wajah Dahlia di sebelah. Dahlia masih khusuk merenung ke hadapan. Sesekali dia tunduk menulis nota yang disampaikan oleh pensyarah di hadapan. Terasa seperti diperhatikan, Dahlia menoleh ke arah Suria yang masih merenungnya sejak dari tadi. Dahlia mengangkat kening. Spontan Suria memeluknya erat sehingga membuatkan dia terpinga-pinga. Tambahan pula ada beberapa orang pelajar memnadang ke arah mereka sambil berbisik perlahan.
“Dahlia, Suria. Awak menganggu kelas saya...”
Suria melepaskan pelukannya. Dia menyeka air mata yang hampir bergenang di tubir mata sambil tersenyum.
“Maaf puan, saya cuma tak dapat nak sembunyikan perasaan gembira bila sepupu kesayangan saya ini mahu bertunang minggu depan...”
Dahlia memejamkan mata sambil tertunduk malu. Spontan kuliah kembali bising.
“Betul ke Dahlia?”
Dahlia mengangkat kepala perlahan, memandang wajah rakan sekuliah yang tersenyum-senyum memandang ke arahnya sebelum pandangannya jatuh pada wajah pensyarahnya.
“Betul puan. InsyaAllah jika diizinkan Allah. Jemputlah datang nanti...” Dahlia menjawab perlahan. Muka dah terasa tebal sepuluh inci. Dia menjeling ke arah Suria dah kembang setaman itu.
“Hampeh punya Suria...” Dahlia kembali tunduk, cuba menyembunyikan wajahnya dari pandangan rakan-rakan yang masih memandang kearahnya sambil tersenyum-senyum.

                                                                   ***

DAHLIA mengeliat perlahan. Sesekali dia membengkok-luruskan jari jemarinya. Terasa lega. Pinggang dan leher diurut lembut. Jam di hadapannya dipandang sekilas. Hampir pukul tiga pagi. Patut mata terasa berat. Dahlia menutup buku lalu bangun dan menuju ke katil. Mujur dia dah tunaikan solat isyak awal-awal tadi, kalau tak mesti liat je nak ke bilik air sejuk-sejuk macam ni. Hujan yang turun sejak mahgrib tadi masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Dahlia naik ke atas katil. Selimut ditarik sehingga menutupi dada. Teddy Bear pemberian Shahreza ditarik rapat ketubuh. Dia mencium teddy bear tersebut. Tiba-tiba rasa rindu pada Shahreza. Spontan dia merenung jari manis yang kini telah dihuni dengan sebentuk cincin emas putih bermata satu. Sudah hampir sebulan dia bergelar tunang kepada Shahreza. Bahagianya hanya Allah sahaja yang tahu. Ibu dan ayah pun makin sibuk dalam menguruskan kelengkapan perkahwinannya. Mengikut perancangan, mereka hanya akan bertunang selama tiga bulan je. Shahreza cakap buat apa nak tunang lama. Menyiksa jiwa je katanya. Dahlia hanya senyum kecil bila mengingatkan kata-kata Shahreza itu. Sejak bergelar tunang, Shahreza rajin menelefonnya untuk mengingatkan dia supaya sentiasa menjaga kesihatan. Bimbang betul encik tunang itu. Katanya tak nak dia jatuh sakit bila menjeling hari bahagia mereka nanti. Dahlia menyentuh batu permata yang menghiasi cincin tersebut. Sesungguhnya dia rasa sangat bahagia sekarang. Diam-diam dia memejam mata dan berdoa suapa kebahagian ini terus menjadi miliknya.
Dahlia menahan kuap dengan tangan. Mata dah semakin berat. Teddy bear ditarik rapat dalam pelukan. Lampu meja di tutup sebelum dia memejamkan mata dan lena dibuai mimpi.
                                                                       ***
“BONDA, please....”
Tengku Alissah Irdina memandang ke arah suaminya.
“Abang....”
Tengku Darwish Haikal meletakan sudu ke tepi. Hilang terus selera nak makan.
“Sampai bila Shah nak jadi macam ni? Tak puas lagi ke hidup enjoy macam tu?” Tengku Alissa Irdina menyambung kembali kata-kata yang terhenti tadi. Tengku Shah Putra sedaya upaya tidak mengendahkan pertanyaan bondanya itu.
“Shah. Dengar tak cakap bonda ni?”
“Dengar bonda. Tapi macam Shah cakap tadi. I’m not ready yet...”
“Sampai bila?”
Tengku Shah Putra mengaru dahi yang tidak gatal. Sesekali dia menjeling ke arah Amir Fitri yang turut sama menjamu selera di sebelahnya itu. Tengku Shah Putra mengetap bibir memandang pembantunya itu yang sedap menikmati makan malam sedangkan dia terpaksa menerima leteran bondanya sepanjang waktu makan malam tersebut.
“Sudahlah tu. Bukan ke kita tengah makan ni...” Akhirnya Tengku Darwish Haikal bersuara. Naik muak dah dia mendengar leteran isterinya itu berkenaan anak lelaki mereka itu.
“Tapi bang, saya cuma cakap benda yang betul. Sampai bila Shah ni nak berseronok je. sepatutnya dia dah mula belajar selok belok pentadbiran negara...” Tengku Alissa Irdina menjawab tidak puas hati.
Tengku Shah Putra membuat isyarat kepada Amir Fitri namun pembantunya itu seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia begitu nikmat sekali menikmati makan malam bersama keluarga diraja itu. Memang semua sudah maklum yang Amir Fitri ini sudah dianggap dan dilayan seperti ahli keluarga diraja itu.
“Aduh...” Amir Fitri mengerutkan dahi. Spontan semua yang berada di meja makan memandang ke arahnya.
“Dah kamu kenapa Mir?ada yang tak kena?” tanya Tengku Alissah Irdina. Amir Fitri mengelengkan kepala sambil memandang tajam ke arah Tengku Shah Putra. Kaki kiri yang disepak oleh Tengku Shah Putra diurut perlahan. Tengku Shah Putra menayangkan muka selamba ke arahnya.
“Okey, berbalik pada perbincangan asal...”
“Bonda. Pleaselah. Now is not the right time...”
“Betul tu. Nadia setuju...” Tengku Nadia Irdina, adinda Tengku Shah Putra menjawab.
“Thanks...” Tengku Shah Putra menunjuk ke arah Tengku Nadia Irdina. Tengku Nadia Irdina hanya tersengih sambil mengangkat ibu jari ke atas.
“Sudah! Selagi bonda tak habis cakap, kita takkan habis macam tu je...”
Tengku Shah Putra membuat muka bosan.
“Shah, dengar sini...”
“Bonda....”
“Dengar dulu apa bonda nak cakap....”
“Fine...” Akhirnya Tengku Shah Putra mengalah.
“Terima kasih. Sekarang bonda nak tanya, apa yang kamu nak dalam hidup kamu?”
“Freedom...” Spontan Tengku Shah Putra menjawab. Tengku Nadia Irdina tergelak kecil.
“Tengku Shah Putra. Bonda tanya betul-betul ni!” Suara Tengku Alissah Irdina naik satu level sehingga membuatkan semua yang berada di situ terdiam kaku. Tengku Shah Putra mengeluh perlahan. Dia sudah bosan dengan semua ini.
“Baiklah. Kalau kamu tak nak ubah perangai suka berseronok kamu tu, bonda ada satu cadangan...”
Semua kepala dihala ke arah Tengku Alissah Irdina termasuk juga Tengku Shah Putra.
“Kalau kamu tak berubah, bonda akan kahwinkan kamu dengan anak Tengku Daniel, Tengku Aziana Nur Hakim...”
Suasana sunyi menyelubungi ruang makan tersebut. Masing-masing memandang ke arah Tengku Alissah Irdina dan Tengku Shah Putra silih berganti.
“No..no...no. bonda tak boleh nak paksa Shah macam tu...”
“Kita tengok je nanti...”

 P/S: TO BE CONTINUED

Wednesday, April 24, 2013

Dia Putera Mahkota? (Bab 3)

 BAB 3
“LIA!” 
Dahlia terkejut sehingga hampir membuatkan telefon bimbit ditangan terpelanting. Mujur Suria cekap menangkap. 
“Kau ni kenapa? Sampai aku panggil pun tak dengar...” Suria menghulurkan telefon bimbit ke arah Dahlia. Dahlia mengambil telefon tersebut tanpa banyak soal. Dia kembali merenung skrin.

“Wei!”
“Ish. Sibuklah kau ni...” Dahlia merungut perlahan. Suria mengetab bibir.
“Sombongnya dia. Mentang-mentang tengah bersms dengan boyfriend. Aku selaku sepupu merangkap sahabat sejati dia pun buat tak layan.”
“Yeee cik Suria Nisa sayang. Ada apa? Gaduh dengan pakwe ke?” Dahlia mengangkat kening. Suria mengeluh perlahan.
“Kenapa ni? Ada masalah ke?” Tanya Dahlia sambil menyimpan telefon bimbit di dalam beg. Tumpuannya kini diberikan kepada Suria. Jarang kut Suria nak bermuram durja macam ni. Mesti ada masalah besar ni.
“Hmm. Tak ada apalah...” Suria menjawab perlahan sambil mula menyelak buku rujukan secara rambang.
“Su, kenapa ni? Ceritalah kalau kau ada masalah. Sejak bila kau pandai nak sorok masalah tu dari aku?”
Suria mengeluh lagi. Dahlia menanti dengan sabar.
“Entahlah. Susah nak cakap. Mungkin perasaan aku je...”
“Perasaan kau?”
Suria mengangguk perlahan.
“Pasal apa ni?”
“Pasal Amirlah. Siapa lagi...”
“Amir mana?”
Suria memandang wajah Dahlia dengan raut wajah tak percaya.
“Amir Fitri. Pakwe aku tulah...”
“Ooooo.....” Bulat mulut Dahlia membentuk O.
“Kenapa dengan dia? Dia buat hal? Ada perempuan lain?”
Wajah Suria dah mula nak menunjukkan tanda-tanda nak menangis. Dahlia mengelabah.
“Wei, kau ni kenapa? Jangan nak buat drama air mata kat sini...” Dahlia kalut memujuk. Pujuk ke? Hentam jelah.
“Kau rasa dia ada potensi nak curang ke?” Suria dah mula cengeng.
“Dia? Siapa?”
“Pakwe aku tulahhh!”
Dahlia mengerutkan dahi sambil menekup telinga. Dasyat minah ni. Suara macam halilintar.
“Kot ye pun tak payahlah nak menjerit macam tu. Macam orang meroyan. Buat malu je....” Dahlia berkata. Suria kembali murung.
“Kenapa kau cakap macam tu? Kau ada nampak dia dengan perempuan lain? Dia ada buat perangai pelik-pelik?”
“Takdelah. Cuma sejak akhir-akhir ni susah betul aku nak hubungi dia. Sibuk memanjang.”
“Lah, betullah kut dia sibuk. Kan dia kerja nak cari duit. Untuk kau juga kan...” Dahlia cuba memujuk lagi. Suria menongkat dagu dengan tangan.
“Yelah. Tapi takkan sibuk je memanjang. Minggu ni sekali pun dia tak telefon. Kau tak rasa ke dia...”
“Dahlah. Selagi kau tak ada bukti. Kau tak boleh menuduh dia macam tu. Berdosa tahu. Bagilah dia masa. Mana tahu dia betul-betul sibuk ke...”
“Hmmm....” Suria kembali murung. Dahlia berfikir seketika.
“Dia kerja apa ek?”
“Siapa?” tanya Suria perlahan. Dahlia menepuk dahi.
“Pakwe kau tulah...”
“Ohh, entah...”
Bulat mata Dahlia merenung wajah Suria yang monyok itu.
“Eh, takkan kau tak tahu dia kerja apa?”
Suria mengangkat bahu.
“Entah. Setahu aku dia jadi pembantu peribadi kepada putera mahkota Indera Mahkota....”
Rahang Dahlia jatuh beberapa inci.
“Hah! Kau biar betul?”
“Betullah. Itulah yang dia cerita. Betul atau tak, aku tak tahu...”
“Hmmmm. Mesti gaji dia banyak kan...” Dahlia mengosok dagu. Suria membeliakkan mata.
“Mata duitanlah kau ni...”
“Apa pulak. Mana ada!”
“Yelah tu...”
Dahlia menjeling. Malas nak layan.
“Kau pernah tengok tak muka putera mahkota Indera Mahkota?” tanya Suria.
“Entah. Tak pernah kut. Lagi pun aku tak berminatlah dengan benda-benda tu. Aku dengar cerita, dia tu playboy tau. Ala, biasalah. Anak raja kan. Semua dia sapu...”
“Ishh. Mulut. Kalau dengar dek orang, mahu kena tangkap. Silap-silap kena buang negara...”
Dahlia buat tak endah. Baginya topik putera mahkota itu membosankannya. Suria tunduk lalu mengeluarkan telefon bimbit. Spontan senyum lebar bermain di bibirnya.
“Amir telefonlah...”
“Yelah, pergilah. Aku tak nak kacau...”
“Kita jumpa nanti ek. Bye...” Suria bangun sambil mencapai begnya lalu berlari-lari anak entah ke mana. Dahlia hanya memerhati sambil mengelengkan kepala. Spontan senyuman turut terukir di bibirnya. Dia turut bangun lalu mencapai beg sebelum berjalan ke arah kereta untuk pulang ke rumah.

                                                                        ***

DING DONG
Spontan Dahlia melompat sebelum menerjah pintu hadapan.
“Lia! Tak boleh ke perangai tu jadi perempuan sikit...!” Suara ibu menjerit dari dapur tidak dihiraukan. Pintu segera dibuka. Wajah Shahreza tersenyum kearahnya dipandang tanda jemu.
“Untuk awak...” sejambak bunga dahlia pelbagai warna dihulurkan kepadanya. Melebar senyum dibibir Dahlia. Spontan dia menghidu jambangan tersebut.
“Ibu dan ayah awak ada rumah?”
“Ibu ada kat dapur. Ayah tak balik kerja lagi...”
“Reza, jemputlah masuk. Lia, tak menyempat ke nak sembang sampai tak jemput tetamu masuk ke dalam rumah..” Suara Ibu yang entah datang dari mana menerjah gegendang telinganya. Dahlia tertunduk malu. Shahreza ketawa kecil.
“Tak apalah makcik. Demi Lia. Berdiri berjam-jam kat pintu ni pun saya sanggup...” Shahreza menjawab sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Wajah Dahlia semakin merah apabila mendengar usikan Shahreza itu.
“Apa khabar makcik. Dengarnya pakcik tak balik kerja lagi. Cuti pun kerja ke?”
“Hmm, biasalah tu. Pak cik kamu tu kan kuat kerja. Pantang ada masa lapang. Suka benar dia duduk di pejabat tu...”
“Samalah macam ayah saya. Sibuk sangat kerja sampai mak pun selalu bising...”
“Biasalah tu. Pak cik kamu dengan ayah kamu tu bukan ke kawan baik. Sama je dua-dua. Kuat kerja. Kamu nanti kalau dah kawin, jangan lebihkan kerja dari keluarga. Silap-silap jadi lain pula...”
“Ibu ni. Apa ke situ pulak...” Dahlia meletakkan jambangan bunga di atas meja.
“Ibu cuba nak ingatkan je....”
Dahlia memuncungkan bibir sebelum duduk di sebelah Shahreza.
“InsyaAllah mak cik. Saya akan berusaha untuk imbangkan kerjaya dengan keluarga. Saya akan pastikan bakal isteri saya dan anak-anak saya menikmati kebahagian dan kasih sayang yang melimpah ruah dari saya...” Shahreza memandang ke arah Dahlia dengan raut pandangan bermakna. Wajah Dahlia dah bertukar warna. Tiba-tiba dia terasa panas. Segan kut dengar Reza cakap macam tu depan ibu.
“Hmm, eloklah tu. Kamu duduklah dulu. Mak cik nak ke dapur kejap. Buatkan air...”
“Eh, tak payahlah susah-susah. Saya baru lepas minum...”
“Takpe, kamu kan tetamu. Kamu duduklah berbual dulu. Mak cik nak ke dapur. Lia, jangan nakal-nakal...”
“Apa ibu ni. Mana ada Lia nakal...”
Shahreza ketawa kecil.
Suasana senyap seketika. Dahlia memandang sekeliling seolah-olah selama dia membesar di dalam rumah itu, ini kali pertama dia memerhatikan ruang tersebut.
“Lia...”
Spontan Dahlia menoleh ke arah Shahreza.
“Hmm...” Dahlia mengangkat kening.
“Saya rindu awak...”
Dahlia hampir tersedak dengan air liur sendiri ketika mendengar pengakuan jujur tersebut.
“Kenapa? Awak tak suka saya cakap macam tu?”
Cepat-cepat Dahlia mengelengkan kepala.
“Err. Kat dalam ni panaslah. Jum kita lepak luar...” Cepat-cepat Dahlia bangun lalu berjalan ke arah pintu. Tangan menyentuh dada bagi memastikan jantungnya masih ada. Shahreza hanya mengeleng sambil tersenyum. Kaki turut dihala mengekori Dahlia yang sudah duduk di buaian kayu berbentuk bulat itu.
“Saya suka tempat ni. Siapa yang bina?” Shahreza bertanya sambil menolak perlahan tali buaian yang diduduki oleh Dahlia.
“Ayah yang buat. Ayah sukakan suasana tenang dan semulajadi. So dia bina taman ni siap dengan air pancut dan kolam ikan. Awak nampak tak pokok-pokok bunga dahlia tu? Cantikkan. Cuba teka siapa yang tanam...” Dahlia bertanya sambil menikmati ayunan lembut yang dihayun oleh Shahreza.
“Let me guess. Hmmm, mesti cik Dahlia Darina Eryna, betul tak?”
“Hmm, betul. Pandainya...” Dahlia ketawa. Shahreza turut sama ketawa. Masing-masing diam sambil menikmati udara petang yang tenang dan nyaman sambil ditemani dengan bunyi deruan air pancut dan kolam ikan.
“Lia...”
Dahlia duduk tegak. Tiba-tiba jantung kembali berdebar. Shahreza berjalan perlahan sebelum melutut dihadapannya.
“Awak. Apa awak buat ni. Bangunlah. Nanti apa ibu fikir kalau nampak awak macam ni...”
“Shhh....”
Dahlia terdiam. Dia rasakan Shahreza agak berbeza sikit hari ini. Terlebih romantik mungkin.
“Awak tahu tak, hari ini hari apa?”
Dahlia terdiam seketika seolah-olah berfikir.
“Err...tak. kenapa? Yang saya tahu, birthday awak lambat lagi...” Dahlia cuba melawak walaupun dia tahu tak kelakar langsung. Sebetulnya dia cuba menenangkan jantung yang dah tak teratur degupannya.
“Kalau awak nak tahu, hari ni merupakan hari ulang tahun perkenalan kita yang ketiga tahun...”
“Oh....” Dahlia terdiam. Tak tahu nak jawa apa. Selebihnya dia rasa bersalah kerana boleh terlupa benda penting macam itu. Dahlia mengintai sedikit wajah Shahreza untuk mengesan kekecewaan di wajah itu namun seperti biasa, wajah Shahreza sentiasa tenang.
“Saya tahu mungkin semua ini terlalu awal tapi...” Shahreza mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Hampir nak gugur jantung Dahlia bila matanya merenung apa yang berada di dalam tangan Shahreza itu. Dahlia menelan air liur berkali-kali.
“Dahlia Darina Eryna...will you marry me?” lembut dan jelas sahaja ungkapan keramat itu meluncur dari bibir Shahreza sehingga membuatkan Dahlia tergamam. Matanya hanya merenung sebentuk cincin emas putih bermata satu yang ringkas namun cantik.
“Err....”
“Lia. Saya serius untuk mengambil awak sebagai isteri saya yang sah. Saya dah fikir masak-masak. Saya juga dah berbincang dengan mak dan ayah saya dan mereka telah bersetuju. Saya juga telah bercakap dengan ibu dan ayah awak akan hal ini dan mereka pun tak kisah. Sekarang saya cuma perlukan persetujuan awak sahaja...”
Dahlia hampir pengsan namun dia cuba mengawal perasaan yang dah tak tentu arah ini. Eh kejap. Semua orang dah tahu akan hal ini dan dia adalah orang terakhir?
“Saya tahu apa yang awak fikirkan. Saya minta maaf sebab tak berterus terang dengan awak lebih awal lagi. Tapi saya rasa lebih elok saya meminta izin dengan kedua orang tua awak dahulu sebelum saya bertanya kepada awak. Restu dan izin orang tua sangat penting bagi saya...”
Sejuk kembali hati Dahlia ketika mendengar kata-kata Shahreza itu. Dia bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki sebaik Shahreza. Sepanjang tiga tahun perkenakan mereka, Shahreza tak pernah mengambil kesempatan terhadapnya. Kalau nak berdating pun, Shahreza lebih suka datang ke rumahnya.
“So?”
Dahlia tersedar dari lamunan. Dengan satu senyuman paling manis yang pernah dia berikan, Dahlia mengangguk perlahan. Shahreza tersenyum lebar.
“Thanks sayang. Cincin ni saya simpan dulu ye. Tunggu mak saya sarungkan pada jari manis awak masa kita bertunang nanti...”
Dahlia hanya mengangguk. Diam-diam hatinya melompat riang.
 P/S: TO BE CONTINUED.