RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, March 14, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 9)


                                                                    
    BAB 9

“Masalah besar ni..!”
“Ni bukan masalah. Ni dah malapetaka...” Sofia memandang ke arah kawasan khemah yang telah rosak sepenuhnya. Bukan Khemah rumah sukan Sofia je, semua khemah rumah sukan yang lain turut sama ranap. Paling teruk rumah pasukan Cikgu Saufi dan Ariana. Habis semua hiasan jatuh ke tanah. Siap berconteng dengan spray lagi. Ariana dah macam nak menangis. Kain rentang yang dia dan pelajar lain buat dah bergumpal dan berselut dengan lumpur. Nak kata hujan semalam, cerah je. Entah siapa punya kerja yang pergi buat dajal ni.
“Ni tak lain mesti geng enam jahanam tu...” Suzi berkata. Yang lain semua diam.
“Kita tak ada bukti. Tak boleh nak tuduh sebarangan...” Pengetua bersuara perlahan namun Ariana tak perduli. Dia yakin seratus dua puluh peratus yang ini semua memang kerja Akmal. Dia ada bukti!
“Habis tu kita nak buat apa ni? Acara nak mula esok lusa. Sempat ke?” Tanya Cikgu Saufi.
“Insya-Allah sempat kalau kita semua saling berkerjasama. Lagi pun tak teruk sangat ni...” Pengetua masih lagi tenang. Ariana tak faham betul. Macam mana pengetua boleh setenang ini disaat genting macam ni. Kalau dia jadi pengetua, dah lama dia tendang geng enam jahanam tu berambus dari sekolah ni.
“Kalau tak ada apa-apa lagi,eloklah kita mula sekarang. Panggil semua pelajar turun ke padang. Hari ni kelas semua dibatalkan.” Arah Pengetua. Yang lain turut bersurai.
Ariana memandang sayu pada kain rentang dan sepanduk yang dah tak rupa sepanduk tu. Rupa senduk pun tak ada. Huh!
“Cikgu, apa kita nak buat ni?” Lili turut sama memandang sayu. Mungkin sedih sebab dia dan kawan-kawan yang lain telah penat selama beberapa hari untuk menyiapkan kain rentang itu.
“Tak apalah. Awak kemas dulu tempat ni. Buang semua sampah yang tak guna. Kain ni nanti bawa ke bilik ERT. Guna mesin basuh kat sana lepas tu sidai. Harap warna pada kain ni tak rosak atau tanggal...”
Lili mengangguk sebelum berlalu dari situ. Ariana berjalan di kawasan tersebut. Sesekali dia mengutip hiasan berbentuk keris yang diperbuat oleh polisterin yang telah hancur. Hatinya tiba-tiba terasa sakit. Ini memang dah melampau! Ariana mencampakkan polisterin tersebut lalu berjalan laju merentas padang.
“Rinnn, kau nak ke mana?” Suara Suz memanggilnya namun Ariana buat tak endah. Apa yang dia mahu sekarang ialah membuat perhitungan maut dengan penyangak tu. Huh!

“Kenapa aku rasa macam tak sedap hati je ek?” Farid bersuara tiba-tiba. Masing-masing terdiam. Yang kedengaran hanyalah petikan gitar Akmal yang melagukan entah lagu apa.
“Mal, kau rasa kita takkan ditimpa masalah ke?”
“Kenapa pulak?” Akmal bertanya balik.
Farid berpandangan dengan geng enam jahanam yang lain.
“Takdelah. Kan ke kita dah bantai rosakkan khemah untuk hari sukan tu. Kau tak rasa kita bakal ditimpa masalah besar ke?” Farid meluahkan rasa cuaknya.
“Sejak bila kau jadi penakut ni? Relaks sudah. Lagi pun diorang tak ada bukti nak tuduh kita...” Selamba Akmal menjawab.
“Memanglah. Tapi aku rasa kita macam dah melampau. Kau bayanglah. Hari sukan tu esok lusa je. Tak ke naya kalau diorang tak sempat nak set up balik semua tu...”
“Baguslah. Biar padan muka...” Akmal mengumam perlahan. Farid memandang yang lain. Rasanya ini kali pertama Akmal berperangai macam ni. Selalunya Akmal takkan ambil tahu pun apa yang berlaku di sekolah ni. Nak terbalik dunia ni pun dia tak kisah asal jangan kacau hidup dia. Alih-alih semalam dia dapat call dari Akmal suruh datang sekolah lalu ikut pagar belakang.
“Tapi aku tetap tak sedap hati. Rasa macam bila-bila masa je...”
KEDEGANGG!!
Farid terkejut. Begitu juga yang lain. Masing-masing tertumpu ke arah pintu bilik rehat yang terletak di bahagian belakang bilik muzik itu. Bilik yang hanya dikhaskan untuk geng enam jahanam sahaja. Farid memandang ke arah Fadil dan Aidil. Masing-masing telan air liur. Hanya Akmal je yang buat tak tahu.
Ariana menendang pintu bilik rehat yang terletak di bahagian belakang bilik muzik itu. Tahap kesabarannya dah sampai teras bumi. Habis limit dah. Dia memandang isi bilik rehat itu dengan raut pandangan nak membunuh.
“Err. Cikgu...er..buat apa kat sini?” Aidil tergagap. Rasa bersalah mula terpamer di wajah masing-masing kecuali Akmal yang masih memetik gitar. Ariana menolak pintu dengan kaki sebelum masuk ke dalam bilik. Matanya tertumpu pada wajah seorang demi seorang geng enam jahanam. Masing-masing dah cuak. Pandangannya akhirnya jatuh pada Akmal.
“Saya nak tanya, siapa punya kerja yang pergi jahanamkan khemah semua kat padang tu hah?!” Suara Ariana naik tiga level dari biasa. Sesungguhnya kemarahannya tak mampu nak dibendung lagi. Farid telan air liur. Dia memandang ke arah Akmal yang langsung tak terkesan dengan ribut yang baru melanda bilik rehat itu.
“Jawab!!”
Akmal mengangkat muka. Dia merenung tajam ke arah Ariana. Gitar dicampak ke sebelah namun sempat disambut oleh Aidil. Kalau tak melayang duit ribu-ribu lagi. Akmal berdiri.
“Kau jangan nak tinggi suara dengan aku kat sini. Kau sedar tak kau cakap dengan siapa?!” Akmal turut memetir. Yang lain hanya memandang Akmal dan Ariana yang saling merenung tajam.
“Kau jangan nak tinggi suara dengan aku kat sini. Kau sedar tak kau cakap dengan siapa..” Ariana mengajuk dialog Akmal dengan meluat.
“Patutnya saya yang cakap macam tu. I a.m  y.o.u.r  t.e.a.c.h.e.r...” Ariana menyebut sepatah-sepatah ayat terakhir itu. Akmal ketawa besar.
“Jangan nak buat lawaklah. Aku tak pernah anggap kau sebagai cikgu aku!”
Ariana rasa tercabar. Tangan digenggam. Rasa macam nak hayun penumpuk sulung je biar pecah mulut longkang itu. Biadap!
“Awak jangan nak biadap dengan saya. Saya datang sini sebab saya tahu ini semua kerja awak, kenapa tak nak mengaku? Berani buat berani tanggunglah..!”
“Kau jangan nak tuduh sebarangan. Mana bukti? Nama je cikgu tapi cakap tak pakai otak.!”
Ariana mengenggam hujung seluar sukannya sebab sekarang dia betul-betul nak bagi sepakan percuma pada mulut samseng tak makan saman tu.
“Saya ada bukti...”
Farid dan mengelabah. Begitu juga dengan Aidil dan Fadil.
“Yeke? Mana? Tunjuklah. Cakap pandai je..” Cabar Akmal. Ariana menyeluk kocek seluar sebelum mengeluarkan pemetik gitar di tangan.
“Ni! Awak punya kan?” Ariana menunjukkan pemetik gitar berwarna merah itu ke arah Akmal. Akmal terdiam. Begitu juga yang lain.
“Kalau betul pun aku yang buat, kau pedulik apa? Kau nak buat apa?”
Kini giliran Ariana pula yang terdiam. Kenapalah dia dipertemukan dengan makhluk perosak alam ni. Arghhh!
“Kenapa diam? Jawablah!” Tengking Akmal. Ariana menarik nafas panjang.
“Saya nak awak semua keluar sekarang. Pergi padang. Tolong apa yang patut. Betulkan apa yang awak dah rosakkan....”
Akmal mengejek.
“Dalam mimpi pun aku takkan buat...”
“Saya pun berharap juga semua ni sekadar mimpi. Mimpi bertemu dengan orang macam awak semua ni. Tapi malanglah ni semua adalah realiti yang terpaksa saya hadapi. Jadi, saya nak awak semua keluar sekarang...”
Akmal mengetap gigi. Muka terasa terbakar entah sebab apa. Dia rasakan kata-kata Ariana tadi tu betul-betul membakar jiwanya walaupun Ariana menjawab dengan nada biasa bukan tengkingan seperti tadi.
“KELUAR SEMUA!”
Ariana terkejut. Macam tak percaya. Akmal suruh kawan-kawan dia keluar untuk bantu dia di padang?
“Fadil, kau keluar dulu. Tunggu luar. Aidil...Farid...” Akmal memandang ke arah kawan-kawannya. Farid hanya menurut. Begitu juga yang lain.
“Aidil...”
Aidil menoleh.
“Pasang lagu In The End kuat-kuat. Max volume...”
“Linkin Park?”
Akmal mengangguk.
Ariana terkebil-kebil tak faham. Apa kes nak pasang lagu bagai ni?
Akmal memandang ke arahnya dengan raut wajah menyinga kembali. Tiba-tiba Ariana berasa kecut perut. Akmal ni lain macam je. Seketika kemudian, terdengar dentuman kuat dari luar. Suara Mike Shinoda bergema di empat penjuru speaker. Akmal berjalan mendekatinya membuatkan Ariana bertambah cuak namun Akmal hanya melepasinya. Pintu bilik rehat ditendang sehingga tertutup. Ariana menelan air liur.
Ariana hanya merenung belakang badan Akmal. Dia sebenarnya tak faham. Apa sebenarnya Akmal nak buat ni?
“Akmal. Saya tak nak besarkan hal ni. Saya janji yang saya takkan bagitahu sesiapa pun pasal hal ni. Saya cuma minta awak dan kawan-kawan awak tolong kami di padang. Kami dah tak ada masa ni...”
Akmal berpusing mengadapnya.
“Kenapa aku nak kena buat macm tu?”
“Sebab awak yang rosakkan semua persiapan...” Mudah dia menjawab. Akmal merenungnya tajam.
“Akmal, saya tak faham apa yang tak kena dengan awak ni. Awak lain. Saya ingat lepas kejadian sesat tu, awak akan berubah. Saya tahu ni semua bukan diri awak. Awak baik. Tapi kenapa awak buat semua ni?”
“Aku baik? Siapa kata?!”
“Saya yang kata. Saya tahu ada sisi baik dalam diri awak. Cuma awak yang sengaja menafikan...” Ariana mula berjalan mendekati Akmal.
“Berubahlah Akmal. Bagi diri awak peluang. Saya percaya...”
“DIAM!”
Ariana terkejut. Kenapalah susah sangat nak berkomunikasi dengan budak ni! Arghhh!
“Boleh tak kalau cakap tu jangan nak tengking-tengking? Sakit telinga saya tahu tak?” Ariana dah habis sabar. Akmal diam. Ariana mengeluh. Penat sungguh kepala otak memikirkan masalah yang datang bertimpa-timpa.
“Akmal, apa salah saya? Kenapa awak benci sangat dengan saya? Kenapa awak benci sangat dengan semua orang? Awak ada masalah ke? Ceritalah, saya sudi dengar...” Ariana cuba memujuk. Penat nak tengking menengking ni.
“Huh! Jangan nak berlagak baiklah. Kau sama je dengan yang lain..”
“Suka hatilah awak nak cakap apa. Nak sama kan saya dengan siapa, tu saya tak peduli. Saya dah penat. Malas nak bertekak dengan awak. Satu je saya minta, kalau awak tak nak ambil tahu apa yang berlaku di sekolah ni, terpulang. Tapi jangan masuk campur dengan merosakkan kegembiraan kami. Jangan nak heret kami sekali dalam masalah hidup awak tu. Kalau saya tahu awak buat hal lagi, sampai mati saya takkan maafkan awak. Saya pergi dulu...” Ariana berpusing dan berjalan ke arah pintu.
“Kau nak tahu apa salah kau pada aku?”
Langkah kaki Ariana terhenti. Dia berpusing kembali memandang ke arah Akmal. Akmal mula melangkah menghampiri Ariana. Ariana melangkah ke belakang sehingga akhirnya dia terperangkap dengan pintu di belakang. Akmal berdiri betul-betul dihadapannya. Cuaknya hanya tuhan je yang tahu namun Ariana hanya berlagak selamba.
“Kau....dah buat....aku gila...” Akmal berkata keras. Ariana mengerutkan dahi.
“Apa?”
Akmal menarik nafas panjang sebelum menjarakkan tubuh menjauhi Ariana.
“Saya tak faham....”
“Keluar...”
Ariana terdiam.
“Saya tak kan keluar selagi saya tak dapat apa yang saya nak...”
“Aku kata keluar!”
“Tak nak!” Ariana turut menengking. Akmal merenungnya tajam. Ariana menentang renungan Akmal dengan berani. Dia mara ke arah Akmal sehingga mereka betul-betul saling berhadapan.
“Jelaskan..”
“Berambusss!”
“Not until you explain it...”
“There is nothing to explain.!”
“I don’t care!”
“I don’t care too.!”
“Pengecut!”
Ariana spontan menutup mulut. Dia tahu dia dah melampau kerana wajah Akmal dah rasa macam nak meletup. Ariana melangkah kebelakang.
“Berani....kau....panggil....aku....pengecuttttttt!” Suara Akmal bergema kuat di sekeliling bilik itu membuatkan Ariana terduduk di sofa. Akmal berdiri di hadapannya. Seluruh tubuh Akmal menggigil menahan kemarahan. Tubuh Ariana turut sama menggigil namun bukan menggigil menahan kemarahan, tapi lebih kepada ketakutan. Akmal manarik tangan Ariana dan ditolaknya tubuh Ariana ke dinding. Ariana memejam mata. Kepala terasa biul sekejap akibat dihentak ke dinding. Hembusan nafas berbau rokok yang datangnya dari mulut Akmal begitu dekat diwajahnya.
“Kau nak tahu sangat kan! Sekarang dengar betul-betul setiap kata-kata aku...” Akmal berbisik keras. Ariana membuka mata. Kepala terasa pening. Badan terasa sakit akibat dihentak ke dinding oleh Akmal.
“Kau buat aku gila! Setiap masa. Setiap saat, kepala otak aku asyik teringatkan kau! Mana aku pergi, bayang-bayang kau asyik mengekori aku! Kau....kau...buat aku jadi gila!”
“Akmal, lepaskan saya. Saya tak faham apa yang awak merepek ni. Lepaskan saya...” Ariana bersuara perlahan. Kepala rasa sakit sangat.
“Kau tak faham hah? Kau masih tak faham? Aku dah jatuh cinta dengan kau dan kau masih tak faham?! Kau buat aku jadi gila bayang asyik teringatlkan kau! Dan semua ni salah kau! Perempuan bodoh!” Akmal menengking betul-betul ditelinganya. Lutut Ariana tak larat nak menampung berat tubuhnya. Akmal melepaskan pegangan tangan Ariana. Ariana jatuh terduduk. Tangan memegang kepala yang terasa pening. Akmal hanya memerhatinya dengan nafas tercungap-cungap.
Ariana memejam-celikkan mata. Cuba mengumpulkan kekuatan. Otak rasa bercelaru. Dia mengangkat kepala memandang wajah Akmal. Dengan bersusah payah, dia cuba berdiri walaupun terhuyung hayang. Akmal cuba memegang lengannya namun Ariana menepis kasar. Dia merenung wajah Akmal dengan renungan tajam.
“Saya benci awak, Akmal Ikmal Danish. I really hate you damn much!”

                                                                               ***

ARIANA merebahkan tubuh pada kerusi. Dia baru sahaja habis mengajar kelas tingkatan satu. Lepas ni tak ada kelas sampai balik. Kepala di picit. Masih lagi terasa sakit akibat kena hentak dengan Akmal minggu lepas. Tak guna punya samseng. Berani penyangak tu hentak kepala dia. Nasib baik tak hilang ingatan. Ariana meraup muka. Sejak kejadian di bilik muzik tu, dia tak jumpa pun Akmal kat mana-mana. Kalau nampak dari jauh pun cepat-cepat dia melencong ikut laluan lain. Buat sakit hati je tengok muka penyangak tu.
Ariana membuka buku rekod mengajar. Dia segera mencapai pen hitam lalu menulis di bahagian ‘Refleksi’. Namun tangannya terhenti seketika. Dia teringat kata-kata Akmal.
“Aku dah jatuh cinta dengan kau dan kau masih tak faham?! Kau buat aku jadi gila bayang asyik teringatlkan kau! Dan semua ni salah kau! Perempuan bodoh!”
Ariana mengeliat kegerunan. Meremang bulu roma bila mengenangkan kembali kata-kata Akmal tu. Agaknya sejak balik dari hutan hari tu, kepala otak Akmal pun dah tak betul sampai merepek yang bukan-bukan. Akmal jatuh cinta dengan dia? Akmal si penyangak kelas satu tu nak jatuh cinta dengan dia, cikgu yang beretika dan berkaliber? Peeeelissslah.
“Wei, jauh mengelamun. Ingat siapa?”
“Hah?” Ariana mengangkat muka. Sofia menarik kerusi di sebelah.
“Tak ada apa. Kau baru habis kelas?”
“A’ah. Penatlah. Penat sukan minggu lepas tak habis lagi...”
Ariana mengangguk. Setuju dengan kata-kata Sofia itu. Sakit satu badan bahana sukan sekolah ditambah kena hentak oleh Akmal. Sebut pasal Akmal memang menyirap je darah. Geram!
“Lepas ni kau ada kelas?” Sofia di sebelah bertanya.
“Tak ada. Tadi last kelas aku...” Ariana menjawab sambil mengurut leher.
“Penat ke?”
“Hmmm...”
“Kenapa tak ambil MC je?”
“Malaslah. Bukan teruk pun...”
Ariana kembali menyambung kerjanya sebelum dia teringat yang dia masih belum memulangkan buku rujukan  yang dipinjam di perpustakaan. Dia merenung jam di tangan. Alamak! Dah lewat dua hari. Sibuk punya pasal sampai tak ingat nak pulangkan buku pinjaman perpustakaan.
“Kau nak kemana tu?” Tanya Sofia apabila melihat Ariana bangun tergesa-gesa.
“Perpustakaan. Pulangkan buku pinjam. Dah lewat...”
Sofia hanya memandang Ariana yang telah keluar dari bilik guru itu sebelum dia turut sama tunduk menyanbung kerja.
“Hai Ariana. Nak ke mana tu? Laju je?”
Ariana berpusing. Cikgu Saufi berjalan mendekatinya.
“Saya nak ke library. Hantar buku. Dah lewat dua hari. Terlupa nak hantar. Maklumlah sibuk je...” Ariana menjawab sambil tersenyum.
“Lah. Yeke? Lepas ni awak ada kelas ke?”
“Tak ada. Kenapa?”
“Kalau macam tu, Jomlah ke kantin. Saya belanja...”
“Yeke? Boleh jugak tapi saya nak hantar buku ni dulu...”
“Ala, suruh je sesiapa hantar. Lan, ke sini kejap...”
Seorang pelajar berbaju hijau datang menghampiri mereka.
“Tolong pulangkan buku ni untuk cikgu Ariana...”
“Baik cikgu...”
“Eh tunggu kejap...” Ariana mengeluarkan dompet lalu menghulrkan not berwarna hijau ke arah Lan.
“Buat bayar denda. Lebih masuk tabung library ya...”
“Terima kasih cikgu...”
“Sama-sama...” Ariana tersenyum.
“Jom...”
Ariana mengangguk sebelum berjalan beriringan menuju ke kantin.
           
                                                                    ***
“Amboi, dengar cerita ada orang belanja....”
Ariana tidak mengangkat kepala dari menanda buku latihan pelajarnya.
“Wei, aku cakap dengan kau ni...” Suzi menepuk meja membuatkan Ariana terkejut. Dia mengangkat muka.
“Apa ni? Dah buang tabiat ke?” Marah Ariana.
“Amboi. Garangnya. Best ke makan cikgu Saufi belanja?” Suzi menarik kerusi di meja Sofia yang kosong menghampiri Ariana. Ariana menjeling sekilas.
“Jangan kacau aku boleh? Aku tengah sibuk ni...”
“Ala, baru nak ajak bergosip. Tak sportinglah kau ni...”
“Nak bergosip apanya. Aku tengah banyak kerja ni. Kau tak ada kelas ke?”
Kringggg.
“Ada...”
“Bila?”
“Sekarang...”
“Dah tu, pergilah kelas. Sibuk je...”
“Yelah. Tapi aku tak habis lagi. Balik nanti kita cerita...”
Ariana memandang ke arah Suzi yang tergesa-gesa mencapai buku di atas meja sebelum keluar dari bilik guru. Ariana mengeleng sebelum menyambung kerjanya.
“Aku dah jatuh cinta dengan kau.”
Ariana menepuk muka. Ni apa kes nak teringat pada penyangak tu pulak. Gila betul. Sekarang dengan-dengan dia sekali jadi gila sebab penyangak tu. Huh!
Ariana kembali menumpukan perhatian sebelum telinga menangkap kekecohan yang datangnya dari tempat letak kereta blok A. Ariana segera bangun dan menjenguk ke tingkap. Kelihatan ramai guru dan pelajar yang sedang berkumpul di tempat meletak kereta dibawah. Ariana segera keluar dari bilik guru dan turun ke tingkat bawah.
“Ada apa hal ni?” Ariana bertanya pada cikgu Hamid.
“Tu...” Cikgu Hamid menunjuk. Ariana memandang. Rasa macam nak terkeluar biji mata. Kereta proton saga FLX cikgu Saufi dah bertukar macam kereta badut sarkas. Setiap inci dispray dengan pelbagai warna. Tertulis perkataan ‘LOSER’ besar-besar pada cermin hadapan.
“Ni mesti budak jahanam tu punya kerja...” Cikgu Saufi dah hilang sabar. Ariana faham siapa yang dimaksudkan oleh Cikgu Saufi tu.
“Sabar cikgu. Kita tak boleh menuduh melulu..” Pengetua seperti biasa menenangkan keadaan.
“Saya dah tak boleh sabar lagi cikgu. Tengok apa dah jadi dengan kereta saya? Siapa lagi yang berani nak buat kerja-kerja macam ni kalau bukan budak-budak jahanam tu...”
“Cikgu, bawak mengucap...”
Ariana merenung kereta yang berwarna warni tu. Dah hilang terus warna asal kereta itu dan dia yakin yang cikgu Saufi benar. Memang tak lain dan tak bukan mesti kerja...
“Saya nak semua orang keluar kecuali Akmal!” Ariana menengking di muka pintu. Semua yang ada di situ terkejut termasuk Akmal.
“NOW!”
Kelang kabut geng enam jahanam keluar dari bilik rehat itu kecuali Akmal yang masih duduk melepak di sofa. Ariana berjalan menghampiri Akmal.
“Ikut saya ke pejabat sekarang...!”
Akmal hanya ketawa sinis namun tidak bergerak. Gitar dipetik selamba.
“Akmal. Saya bagi amaran...”
“Atas sebab apa aku kena ikut kau?”
Ariana menarik nafas panjang.
“Awak mesti tahu siapa punya kerja sampai kereta cikgu Saufi dah jadi macam kereta perarakan badut sarkis kan?”
Akmal ketawa kecil. Ariana turut cuba menahan ketawa.
“Akmal! Sekarang...”
“Bukti?”. Akmal berdiri di hadapannya.
“Bukti? Awak nak bukti?”. Ariana mendongak. Walaupun dia dah pakai kasut tumit tiga inci, tetap kena mendongak untuk melihat wajah Akmal.
“Yap...”
“Ni, apa?” Ariana menarik hujung baju kemeja Akmal yang bercat merah sehingga membuatkan tubuh Akmal terkedepan. Terkebil-kebil mata Ariana memandang wajah Akmal yang hanya berjarak beberapa inci dari wajahnya itu.
Ariana telan air liur ketika renungan mata Akmal tembus sehingga ke pangkal jantungnya. Spontan Ariana menolak tubuh Akmal menjauhinya. Ariana membetulkan rambut yang terjuntai di celah telinga manakala Akmal bersiul sambil memandang ke siling.
“Saya...ehem. Saya tahu awak yang buat...” Ariana tergagap. Tiba-tiba rasa berdebar entah sebab apa.
“Memang aku mengaku aku yang buat. So?”
Ariana mengangkat muka. Mudahnya Akmal mengaku salah kali ni.
“Tapi kenapa? Apa salah cikgu Saufi pada awak?”
Akmal merenungnya tajam.
“Kenapa? Risaukan teman lelaki kau tu ke?”
Kening Ariana berkerut.
“Teman lelaki? Siapa?”
“Buat-buat tanya pulak. Ke kau ni memang lembab?”
Ariana mengetap bibir. Cakap dengan Akmal ni memang sampai kiamat pun tak habis. Asyik nak menang je.
“Suka hatilah awak nak buat apa pun. Sekarang ikut saya ke pejabat. Minta maaf dengan cikgu Saufi. Saya tahu dia pasti maafkan awak...”
Akmal tersenyum sinis.
“Kenapa pulak aku nak mintak maaf?”
“Awak dah rosakkan kereta dia! Itu pun susah sangat ke nak faham?” Ariana menengking hampir hilang sabar. Akmal terkejut.
Ariana menarik nafas dalam-dalam.
“Aku takkan minta maaf atas benda yang aku rasa aku tak bersalah...”
“Apa? Tak bersalah awak cakap?”
“Yap...”
“Otak awak ni kenapa sebenarnya? Dah kena sampuk jembalang mana ni ha?”
Akmal merenungnya tajam.
“Siapa suruh dia cari pasal dulu?”
“Siapa? Cikgu Saufi?”
“Dah tu kita tengah bercakap tentang siapa sekarang?!” Giliran Akmal pula menengking membuatkan Ariana terkejut. Dia mengusap dada. Boleh mati cepat dibuatnya.
“Dia buat apa dengan awak sampai awak berdendam sangat?”
Akmal masih merenungnya tajam.
“Dia cuba nak rampas apa yang akan jadi milik aku...”
Ariana terdiam selama lima saat. Cuba nak tafsir kata-kata Akmal.
“Hah?” Ariana blur. Akmal berpusing sebelum merebahkan tubuh pada sofa. Gitar dicapai. Ariana yang masih berdiri tercegat di situ tidak diendahkan.
“Dia cuba nak rampas apa yang akan jadi milik aku...” Ariana mengulang perlahan ayat yang dikatakan oleh Akmal tadi. Rampas? Rampas apa? barang? Benda? Atau...
Wajah Ariana terasa tebal dua inci. Gila betullah budak ni.
“Awak err..tak maksudkan...err...” Ariana telan air liur. Muka dah panas tak tahu nak kata. Akmal menjeling sekilas ke arah Ariana.
Best ke makan orang belanja tadi?”Akmal bertanya sinis, cuba sedaya upaya menyembunyikan rasa cemburu.
Ariana memejamkan mata. Muka dah rasa tebal sepuluh inci. Dia dah agak dah. Ariana berpusing dan menuju ke pintu. Dia memulas tombol pintu dengan tergesa-gesa.
Ariana terkejut apabila melihat geng enam jahanam yang lain lari bertempiaran dari belakang pintu. Tahulah dia yang budak-budak ni mencuri dengar perbualan dia dan Akmal. Ariana semakin malu sebelum dia berjalan laju ke luar dari bilik muzik itu. Dia berjanji itulah kali terakhir dia menjejakkan kaki ke situ. Arghhh!

p/s: TO BE CONTINUED

2 140 tukang karut:

hk said...

best ahhh..aura cemburu Akmal scaryyyy.. :)

Cahaya said...

hk>>thx heeee. akmal memang scaryy pon..hehe..

Post a Comment