RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, March 13, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 8)


     
 BAB 8
                                                               
Ariana berdiri tercegat di pintu pagar utama. Mengawasi para pelajar yang masuk ke kawasan sekolah bersama-sama pengawas yang bertugas. Minggu ni dia ditugaskan untuk menyelia pagar sekolah setiap pagi. Mana-mana pelajar yang tidak mematuhi peraturan terutama peraturan pemakaian yang betul, akan dicatat namanya di dalam buku rekod pengawas. Jika mereka mengulangi kesalahan tersebut, amaran kedua akan dikeluarkan. Kalau degil lagi, bilik guru displinlah jawabnya.
KRINGGG.
“Julia, bolehlah tutup dan kunci pagar besar tu.” Arah Ariana apabila loceng pertama dibunyikan. Loceng pertama akan berbunyi tepat pukul 7.35 pagi. Loceng pertama itu bermaksud semua pelajar harus berkumpul di dalam dewan. Setiap pagi  semua pelajar perlu berkumpul di dalam dewan walaupun bukan pada hari Isnin. Ini kerana jika hari lain, takzirah akan diberikan oleh pengawas dan para pelajar akan mencatat tazkirah yang dibacakan. Loceng kedua pula akan berbunyi pada pukul 7.45 yang bermaksud perhimpunan akan bermula.
“Awak semua boleh terus ke dewan...”  Ariana mengarahkan sekumpulan pengawas yang bertugas di pagar untuk ke dewan. Ariana memandang ke hujung jalan, memerhatikan jika masih ada lagi pelajar yang datang lambat namun tidak ada. Dia berpusing untuk ke dewan namun dari jauh dia menangkap bunyi yang agak kuat.
VROMMMMMMMMMMM.
Ariana menoleh ke belakang. Matanya dikecilkan cuba memerhatikan ke arah hujung jalan melalui pagar yang telah ditutup.
VROMMMM
Ariana rasa macam tak sedap hati. Dia masih lagi memerhatikan motosikal yang memecut laju itu. Terbeliak biji matanya.
“Pak cik! Bukak pagar ni cepat! Sebelum kena rempuh...!” Ariana dah kelang kabut menyuruh pak cik jaga membuka pagar utama kerana dia tahu si penunggang motosikal tu akan merempuh pagar jika tidak dibuka.
VROMMMMMMMMMMM
Ariana hampir diserang sakit jantung apabila motor tersebut melintas laju dihadapannya terus masuk ke kawasan tempat meletakkan motosikal. Ariana mengurut dada. Gila betul. Rasa marah membuak-buak di dalam dadanya. Berani betul nak tunjuk lagak mat rempit dalam kawasan sekolah!
Ariana berjalan laju menuju ke arah tempat letak motosikal. Si penunggang masih membelakanginya.
“Awak tahu tak menjadi satu kesalahan besar...” Ariana terdiam apabila si penunggang motosikal itu berpusing mengadapnya. Helmet full face dibuka. Rasa nak tercabut jantung.
“Akmal!”
“Bisinglah...!” Akmal menengkingnya. Ariana memejamkan mata. Memang ucap selamat pagi yang dia inginkan daripada Akmal.
“Akmal, awak ni kenapa? Bawak motor laju-laju macam tu sampai nak rempuh pagar sekolah. Dahlah datang lambat, uniform tak senonoh. Kemaskan pakaian awak...” Arah Ariana sambil memandang butang kemeja yang terbuka menampakkan t-shirt tengkoraknya. Baju tak dimasukkan ke dalam seluar manakala tali leher dah hilang entah ke mana.
“Lencana mana?”
Akmal buat tak tahu sebelum berjalan melepasi Ariana. Sempat dia merempuh bahu Ariana membuatkan Ariana terdorong ke tepi. Ariana mengosok bahu yang sakit ketika merenung tajam belakang badan Akmal yang berjalan menuju ke, yang pasti bukan ke dewan.
“Kalau mata aku ada laser, dah lama aku fire mamat ni. Biadap!” Ariana mengerutu di dalam hati. Dia menoleh memandang ke arah tempat meletak motosikal. Sekali lagi jantungnya hampir tercabut. Motor tu! Ninja merah! Akmal bawa ninja merah?! Tidak. Katakan apa yang ada di depan matanya sekarang ni tak betul. Ariana tiba-tiba kecut perut. Mati dia kalau Akmal tahu dia yang calarkan ninja tu. Ariana mendekati ninja itu sambil memandang ke belakang. Dia melihat badan ninja tersebut. Calar tu dah tak ada. Mungkin Akmal dah hantar kedai. Tak dapat nak bayang apa Akmal akan buat pada dia kalau Akmal tahu dia yang calarkan ninja tu. Serta merta dia teringat pada mimpi di bilik guru hari tu. Spontan dia memegang leher. Glup! Harap-harap tak ada siapa yang tahu sejarah dia dan ninja ni. Huhu.
                                                                        ***
ARIANA berdiri sambil memandang ke arah lantai. Spray berwarna merah ditangan di goncang-goncang sebelum di sembur pada papan yang diletakkan di atas lantai.
“Cikgu, benda ni nak letak warna apa?”
Ariana memandang ke sebelah. Lili sedang memerhatikan banner yang separuh siap tu.
“Letak warna silver pon okey juga. Kontra sikit dengan warna gold tu...” Cadang Ariana. Lili mengangguk. Mereka berdua dan beberapa orang pelajar sedang menghabiskan masa di bilik seni sebagai persiapan untuk sukan yang akan datang. Ariana sedang separuh jalan untuk menyiapkan sepanduk untuk rumah sukannya, Panglima manakala Lili dan beberapa orang pelajar yang lain sedang menyiapkan kain rentang yang akan disangkutkan di khemah mereka nanti.
“Perghhh. Menyilau..”
Ariana menoleh. Suzi datang sambil bercekak pinggang.
“Ni apa kes nak datang sini? Nak curik idea ke?” Ariana mengangkat kening. Suzi mencebik. Suiz merupakan guru penasihat rumah Shahbandar.
“Tak ada maknanya. Aku punya dah siap...”
“Mana? Nak tengok...”
“Kat padang. Tengah jemur. Lepas tu terus nak pasang...”
“Awalnya...”
“Awal apanya. Hujung minggu ni je kot...”
“Hmm...”
“Geram betullah....”
Ariana dan Suzi spontan menoleh. Kelihatan Sofia masuk ke dalam bilik seni tersebut.
“Apa hal?”
“Kau tengok ni? Habis semua dah rosak...” Sofia menunjukkan beberapa biji bola sepak dan bola baling yang telah kempis di dalam kotak yang dibawa tadi.
“Macam mana boleh jadi macam ni?” Suzi mengambil salah satu bola sepak yang telah rosak. Sofia meletakkan kotak tersebut di atas meja.
“Entah. Siapa punya kerja pun tak tahu. Kalau aku dapat, memang aku sembelih cukup-cukup...” Sofia menahan geram.
“Tak ada bola lain ke?” Ariana mencapai salah satu bola baling yang turut sama rosak itu. Dia membelek-belek bola tersebut. Seperti telah dicucuk dengan benda tajam.
“Ada tu memang ada. Tapi tu semua bola lama. Entah boleh pakai ke tak...”
“Maksud kau, ni semua bola yang kita baru beli awal tahun hari tu?” tanya Suzi tidak percaya. Sofia mengangguk lemah sambil terduduk di kerusi.
“Teruk macam ni. Pengetua dah tahu?”
“Belum. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Mati aku. Kau tahu jelah, hanya aku je yang ada kunci stor sukan tu...”
“Kau lupa nak kunci ke?” Ariana bertanya.
Sofia mengangkat bahu.
“Setahu aku, aku dah kunci elok-elok tapi entahlah...”
“Takpelah. Jom aku teman kau Jumpa pengetua...”
Sofia mengangguk ketika mengekori Suzi. Ariana meletakkan kembali bola yang rosak itu kedalam kotak namun matanya menangkap sesuatu di bahagian bawah sekali berwarna merah. Ariana menyeluk tangannya lalu diambil dan dibawa keluar. Matanya memerhatikan kepingan kecil berbetuk lebih kurang macam segi tiga. Bukan ke ni plektrum? Alat yang digunakan untuk memetik tali gitar. Ariana mengetap bibir. Sekarang dia tahu siapa dalang disebalik semua ini.                                                       
                                                                        ***
“Tepi sikit. Okey cantik..”
Ariana berdiri di hadapan khemah rumah sukan Panglima. Matanya memerhatikan kain rentang yang baru sahaja digantung oleh pelajar tingkatan lima.
“Amboi, dari jauh dah nampak khemah rumah mana ni...”
Ariana menoleh. Cikgu Saufi berdiri di sebelahnya. Ariana hanya tersengih.
“Terover ke?”
“Taklah. Okeylah ni. Nampak semangat kesukanan tu...” Gurau Cikgu Saufi. Ariana ketawa kecil.
“Ada-ada jelah cikgu ni. Khemah cikgu dah siap?”
“Dalam proses. Budak-budak tengah nak pasal hiasan apa entah. Saya ni manalah pandai nak deco-deco ni. Tu semua kerja perempuan...”
“Eh, mana boleh cakap macam tu. Lelaki pun kenalah tolong jugak kan. Angkat apa-apa yang patut...” Ariana menjawab.
“Cikgu, sepanduk ni dah kering. Mana nak letak?” Sukri bertanya sambil membawa beberapa batang sepandung yang telah siap dikeringkan.
“Satu awak pacakkan kat pintu masuk khemah. Yang lain awak simpan kat tempat biasa. Esok masa nak perbarisan, baru keluarkan...”
“Okey...”
“Tak apalah. Saya pun ada kerja nak buat ni...” Cikgu Saufi meminta izin untuk beredar. Ariana hanya membalas dengan senyum lebar. Seronok sebenarnya melihat hasil kerja sendiri terpampang di khemah. Bangga.
Dari jauh, sepasang mata sedang memerhatikan gelagat Ariana di padang. Gigi digetapkan dan penumbung digenggam erat sebelum dia melangkah pergi dari situ.
p/s: TO BE CONTINUED...

0 140 tukang karut:

Post a Comment