RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, March 12, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 7)



                                         
     BAB 7
                                                                  
“Rinnn...”
“Akmalll.....”
Ariana terjaga. Silau cahaya matahari menghalang pandangan matanya. Ariana duduk tegak sambil mengosok mata. Dia menoleh ke sebelah. Akmal masih lagi lena. Spontan senyum lebar terukir di bibir. Macam ni rupanya ketua geng enam jahanam tidur. Cute!
“Arianaaaaa...!
“Akmalll....!”
Ariana diam seketika cuba menumpukan perhatian.
“Arianaaaa...”
“Akmal, bangun...” Ariana mengoncang tubuh Akmal. Akmal terjaga. Dia memandang wajah Ariana dengan raut wajah terkejut.
“Akmal, saya dengan orang panggil nama kita...”
Akmal masih lagi memandang wajah Ariana di sebelahnya.
“Kenapa awak pandang saya macam tu?”
Akmal terkebil-kebil sebelum dia memandang ke sekeliling.
“Awak mengigau ke? Bangunlahh..” Ariana menarik lengan Akmal supaya bangun. Akmal yang masih separuh sedar itu hanya menurut.
“Arianaaa...”
“Akmalll....”
“Suziiiii.....” Ariana menjerit di sebelah membuatkan Akmal terkejut.
“Akmal, cepatlah. Nanti diorang tak tahu kita ada kat sini...” Ariana menarik tangan Akmal di sebelah.
“Ish. Lepaslah...!” Akmal menepis. Ariana menoleh sambil mengetap bibir.
“Suziiiii....Sofiaaaaa...aku kat siniii....” Ariana menjerit sekuat-kuat hati. Dia tak nak melalui satu malam lagi di dalam hutan ini tambah-tambah dengan si samseng tak makan saman ni.
“Rinnn...”
Ariana menoleh. Suzi telah menerpa ke arahnya dan memeluknya. Ariana turut membalas pelukan Suzi.
“Kau selamat. Aku ingat kau....”
Ariana menangis teresak-esak di bahu Suzi. Sofia datang sambil membawa selimut lalu dibalut tubuhnya.
“Mal, kau okey?” Kedengar suara di belakangnya.
“Okey je. Don’t worry...”
“Nah...” Fadil menghulurkan selimut ke arah Akmal namun Akmal menolek.
“Eloklah semua selamat. Jom kita gerak balik...” Suara Cikgu Saufi kedengaran. Semua bersetuju. Ariana sempat menoleh ke belakang ketika mereka berjalan meninggalkan tempat itu. Akmal turut sama memandang ke arahnya dengan raut wajah seperti biasa. Tegang namun pandangan lelaki itu agak berbeza kali ini. Lebih lembut. Sempat Ariana memberikan senyuman nipis ke arah Akmal sebelum dia berpaling ke hadapan.

                                                                    ***
 TOK.TOK.TOK...
Ariana menarik selimut menutupi muka. Bantal dicapai dan ditekup ke telinga.
“Adik, bangunlah. Dah tengah hari ni...” Suara Angah kedengaran dari luar pintu tidak diendahkan.
“Adikkk. Bangunnnn...”
“Diamlahhh...” Ariana menjerit dari bawah bantal. Telinga menangkap bunyi pintu dibuka namun Ariana masih tidak bergerak dibawah timbunan selimut dan bantal.
“Dik, bangunlah. Dah pukul berapa ni?” Angah menarik selimut namun Ariana mengenggam hujung selimut.
“Ishhh. Degil betullah...”
“Jangan kacaulah angah. Adik mengantuk ni...” Ariana mengubah posisi. Angah mengeleng.
“Bangunlah dik, semua tengah tunggu nak breakfast sama-sama kat bawah tu....”
“Hmmm....”
“Bangunlahhh....”
“Arggghhh! Bisinglah angah...” Ariana menarik selimut. Bantal dibaling ke arah angah namun angah mengelak. Ariana menjeling ke arah angah yang duduk di hujung katil sambil tersengih.
“Bangunlah. Dah tengah hari ni...”
“Tadi cakap semua tengah tunggu nak breakfast. Angah tipu eh...” Ariana bangun dari baringan dan duduk. Rambut separas bahu terasa kusut masai.
“Ish, dah macam apa je rupa. Dah, pergi bangun mandi. Semua tunggu kat bawah...”
“Along pon?”
“Semua...”
“Yelah...”
Ariana bangun lalu mencapai tuala. Angah masih duduk di hujung katil. Ariana sengala melibas tuala ketika mahu menyangkut tuala ke bahu.
“Aduhh. Adik apa ni main libas-libas...” Angah mengosok wajah yang selamat kena libas dengan tuala Ariana. Ariana hanya ketawa besar sebelum menghilang je bilik air. Angah mengeleng kepala. Harap je dah besar panjang tapi perangai macam budak sekolah. Angah bangun lalu keluar dari bilik Ariana.
“Ha, mana adik? Tak bangun lagi?” Emak menegur ketika angah berjalan menuruni tangga menuju ke ruang makan.
“Tengah mandi...”
“Hai apa nak jadi dengan anak dara sorang tu. Perangai tak berubah...” Emak dah mula membebel.
Sorry-sorry...” Ariana tergesa-gesa menuruni tangga.
Astafirullahhalazim adik. Kot ye pun elok sikit perangai tu. Awak tu dah anak dara...” emak menegur. Ariana tersengih sambil mengambil tempat di sebelah angah.
“Along, ayah...” Ariana menegur abang sulungnya yang sedang membaca surat khabar. Raut wajah along macam biasa. Serius. Kadang kala takut nak bertegur sapa beramah mesra. Berbeza betul dengan angah. Angah tu otak dia kadang-kalang weng sikit. Suka nak menyakat.
“Dah, angah baca doa...”Arah ayah.
Semua menadah tangan sebelum mengaminkan doa yang dibacakan oleh angah.
“Adik, cuba jangan gelojoh sangat...” emak menegur lagi ketika Ariana memenuhkan pinggan dengan nasi goreng, mee goreng dan beberapa jenis kuih yang terhidang.
“Lapar....” Ariana tersengih.
“Ni namanya buruk lantak, tahu?” angah bersuara di sebelah. Ariana menjeling sebelum membawa sudu ke mulut.
“Adik cuti berapa lama? Dua minggu?” ayah bertanya.
“Seminggu lebih je. Jumaat minggu depan dah kena balik sana.”
“Awalnya. Kenapa? Ada buah hati yang tunggu?” angah mengusik lagi.
Ariana mengetap bibir sebelum dia mencubit lengan angah.
“Sakitlah...”
“Apa ni, depan rezeki pun nak bergaduh...” Emak menegur. Ariana menjeling ke arah angah yang tersengih ke arahnya.
“Cuti ada plan apa-apa?” Along tiba-tiba bertanya. Ariana mengangkat muka.
“Setakat ni tak ada lagi. Duduk rumah je kot...”
“Lah, boringnya cuti lama duduk rumah je...” angah berkata.
“Dah tu, angah nak bawa adik pergi mana-mana ke?” Ariana mengangkat kening. Nak sakat sangat kan. Angah terdiam.
“Sibuklah dik. Hospital tengah sibuk sekarang...”
“Dah tu....” Ariana mengumam perlahan sambil tunduk merenung pinggan.
“Tak apalah. Nanti kita plan balik. Adik bukan selalu dapat balik. Nanti kita plan pergi mana-mana. Setakat dua tiga hari okey kot...” Along bersuara. Ariana mengangkat kepala. Mata dah bersinar-sinar. Wahh, ni yang sayang lebih kat along ni. Angah di sebelah mencebik.
“Berubah terus muka...”
Jelouselah tu...” Ariana menjeling. Angah mencebik.
“Sudahlah. Habiskan makan cepat. Along tadi kata dah lambat nak ke pejabat...” Ayah menegur. Ariana mengangkat kepala. Along masih tunggu dia lagi untuk makan sarapan sama-sama walaupun dah lambat nak ke pejabat? Huhu terharunya. Selama ni dia memang jarang nak bermesra alam dengan along sebab along tak macam angah. Along serius je setiap masa. Susah nak senyum. Kalau tak ada benda penting, memang along takkan bersuara. Sampai satu tahap nak duduk bersembang dengan along pon dia rasa janggal yang amat. Lain macam angah. Angah ni kira satu kepala dengan dia. Gila-gila remaja. Haha. Mungkin sebab beza umur antara dia dan angah tak jauh. Dua tahun je. Kalau dengan along beza dalam lima enam tahun jugak.
Ariana menyusun pinggan dan mangkuk di dapur. Sekali sekala balik rumah kenalah tunjuk rajin tolong mak kat dapur kan kalau tak nak kena bebel berbakul-bakul. Setelah selesai menyusun pinggan, Ariana menarik peti sejuk lalu mengeluarkan baki jus oren semasa sarapan tadi lalu diletakkan di atas meja. Gelas yang tersusun di atas kabinet diambil lalu dituangkan jus oren ke dalam gelas.
“Buat apa tu?”
Hampir nak terlepas gelas ditangan. Ariana menoleh ke belakang.
“Apsal gaya muka macam nampak hantu je?” Angah berjalan masuk ke dapur. Ariana menjeling.
“Memang nampak hantu pun. Hantu tak makan saman...”
“Mana-mana?” Angah memandang ke kiri ke kanan berpura-pura mencari. Ariana malas layan. Seteguk lagi jus menuruni rengkungnya.
“Angah tak kerja ke?” Tanya Ariana ketika meletakkan gelas yang masih berbaki jus oren itu diatas meja.
“Angah shiff petang. Pukul dua baru masuk...”
“Ye ke? Dah tu balik kang pukul berapa?”
“Sembilan...”
“Tak bestnya life...” Ariana menarik kerusi lalu duduk.
“Apa pulak? Best apa. Boleh usha pesakit yang cun melecun. Tak masuk lagi nurse-nurse....”
Ariana memutarkan bebola matanya.
“Gatallah angah ni...”
Angah hanya ketawa.
“Mak mana?”
Ariana mengangkat bahu.
“Kat luar kut. Tengok pokok bunga dia...”
“Ohh...”
“Angah, lepak luar jom...”
“Mana? Tepi kolam ikan?”
Ariana buat muka.
“Tepi kolam ikan buat apa. Keluarlah. Pergi Ipoh ke...”
“Ishh. Jauh tu. Mana sempat...”
“Ala sempat je. Sekarang baru pukul berapa. Jomlah...” Ariana menarik hujung lengan baju angah.
“Hmm. Nak buat apa?”
“Sajalah jalan-jalan. Bosanlah duduk rumah...”
“Aik, tak sampai sehari lagi balik rumah dah bosan?” Angah sengih mengusik. Ariana buat muka ketat.
“Sakitlahhh...” Ariana menepis. Angah ketawa. Ariana mengosok hidung yang sakit ditarik oleh angah tadi.
“Jomlah angah...”
“Yelah. Tapi kejap je. Takut tak sempat angah nak masuk kerja...”
“Okey...” Ariana segera bangun lalu berlari anak untuk ketingkat atas.
“Ni siapa nak basuh gelas ni?” Angah melaung namun tiada sahutan dari Ariana. Angah mengeleng kepala.


                                                                        ***
Akmal meletakkan kunci ninja di atas meja. Tubuh dihumban ke atas katil bersaiz Queen itu. Mata cuba dipejam. Namun kata-kata Ariana bermain-main di dalam fikirannya.
“Awak...sebenarnya...baik...”
“Saya...faham...dan..cuba...untuk..faham..”
Akmal mencelikkan mata. Bantal dicapai lalu ditekupkan ke muka seolah-olah mahu melemaskan diri. Sekarang pun dia dah rasa lemas dengan fikiran yang asyik teringat pada kata-kata Ariana. Teringat pada Ariana.
“Arggghhhh!” Akmal menjerit sekuat-kuat hati sambil menekup bantal ke muka. Dia duduk di atas katil sambil memejamkan mata. Nafas ditarik dalam-dalam cuba menenangkan diri. Dia tak faham kenapa sejak balik dari perkhemahan itu, dia asyik teringatkan Ariana. Memang gila betul. Entah-entah hutan tu berpuaka. Fikiran dia pun dah kena tersampuk agaknya sampai takde benda lain yang dia fikirkan kecuali...
“Arghhhh.” Dia menjerit lagi. Remote radio dicapai lalu ditekan. Volume ditekan semaksimum yang mungkin. Berdentum bilik dengan lagu Linkin Park. Rasa bergegar rumah kejap namun dia tak peduli. Otak dah rasa macam tak betul sekarang. Akmal merebahkan kembali tubuh ke katil. Mata dipejam. Fikiran cuba menghayati lirik lagu In The End yang tengah berdentum dentam di dalam biliknya namun dia gagal. Wajah Ariana semakin jelas di dalam fikirannya. Akmal membuka mata. Dia menarik nafas panjang sebelum membuka baju. Tubuh terasa berlengas. Lambat-lambat dia bangun lalu menuju ke bilik air. Air pancut dibuka dan dia berdiri di bawah pancuran air tersebut. Mata dipejamkan namun dia tak mampu nak menyingkirkan bayangan Ariana dalam fikirannya.
“Awak...sebenarnya...baik...”
“Saya...faham...dan..cuba...untuk..faham..”
Kata-kata itu datang lagi. Akmal menutup paip shower. Dia memandang ke arah cermin. Dia merenung wajahnya sendiri.
“Ariana. Apa kau dah buat pada aku?!”

p/s: TO BE CONTINUED

0 140 tukang karut:

Post a Comment