RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, March 10, 2013

Muridku Suami Aku?(bab 6)



BAB 6

Ariana membantu mengemas peralatan yang baru digunakan untuk sukaneka yang baru sahaja habis tadi. Dia menjeling jam di tangan. Hampir pukul sebelas pagi. Selepas ni mereka akan makan tengah hari sebelum aktiviti bersambung pada pukul dua selepas solat zuhur. Aktiviti pada petang nanti adalah aktiviti yang paling dia tunggu-tunggu iaitu Junggle Trancking.
Setelah selesai makan tengah hari dan menunaikan solat zuhur, mereka bersiap sedia untuk aktiviti Junggle Tracking. Ariana mencapai cap lalu disemat ke kepala. Rambut yang panjang sehingga ke bahu disanggul rapi dan dimasukkan ke dalam topi.
“Rin, tolong aku kejap...”
Ariana berjalan menuju ke arah Suzi.
“Tolong apa?” tanya Ariana sambil memandang Suzi yang terbongkok-bongkok mengemas barang-barang yang yang digunakan untuk memasak tadi.
“Kau tolong bawa kotak ni ke sebelah sana. Aku nak kemas tempat ni kejap. Rimaslah. Berselerak.”
Ariana hanya menurut sebelum membongkok mengangkat kotak yang berisi cawan dan sudu yang tidak digunakan lalu dibawa ke tempat yang ditunjuk oleh Suzi. Setelah meletakkan kotak tersebut bersama-sama kotak-kotak yang mengandungi perkakas yang lain, dia berdiri. Telinganya menangkap bunyi bising di belakang membuatkan dia berpusing. Matanya dikecilkan. Bibir digetap. Dia berpaling kembali. Malas nak ambil tahu namun kakinya berhenti melangkah. Adalah melanggar etika keguruan jika dia hanya membiarkan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dihadapan matanya sendiri. Ariana menarik nafas panjang sebelum berpusing balik. Kaki diatur laju menuju ke arah Akmal dan geng enam jahanamnya. Walaupun dia tak tahu apa yang bakal dia tempuhi namun dia sudah pun separuh jalan menuju ke arah Akmal.
Zappp!
Ariana menepis tangan Akmal yang sedang menghisap rokok itu. Masing-masing kaget seketika.
“Kau apa hal! Nak mati ke?” Akmal menempik kuat setelah tersedar dari rasa terkejut akibat tangan ditepis oleh Ariana dengan tiba-tiba. Ariana membalas renungan tajam Akmal dengan selamba. Namun dalam hati rasa nak tercabut jantung.
“Saya dah cakap semalam kan. Menjadi satu kesalahan bagi pelajar yang merokok...”
“Diam! Kau ni memang sengaja nak cari bala dengan aku kan!” Akmal mendekatkan diri ke arah Ariana sehingga membuatkan Ariana berundur setapak. Ariana mendongak memandang wajah Akmal yang dah macam nak membunuh itu.
“Saya bukan nak mencari bala, saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru....”
“Diam!”
Ariana memejam mata apabila Akmal menengking betul-betul di atas mukanya. Geng enam jahanam yang lain dah mengepal-ngepal penumbuk masing-masing seolah-olah bersedia untuk bertumbuk dengannya. Ariana telan air liur. Rasanya kalau dia menjerit pun, tiada siapa yang akan dengar dan tahu.
“Nampaknya awak nak pengecut jugak kan. Terpaksa berhadapan dengan perempuan macam saya dengan bertemankan kawan-kawan awak tu...” Ariana berkata perlahan sehingga membuatkan Akmal sahaja yang mampu mendengar. Wajah Akmal menjadi merah padam menahan kemarahan. Ariana menapak selangkah lagi ke belakang. Dia sudah bersedia untuk menghadapi apa-apa sahaja yang bakal dilakukan oleh Akmal. Akmal ni mungkin bukannya kira sangat. Dengan dia yang perempuan pun mungkin kena libas macam tu je.
“Kau orang semua pergi..!” Akmal akhirnya bersuara. Geng enam jahanam yang lain hanya saling berpandangan.
“Aku kata pergi!” Akmal menengking lagi membuatkan Ariana terkejut. Dia spontan mengurut dada. Kalau hari-hari kena tengking macam ni boleh sakit jantung dibuatnya.
Geng enam jahanam yang lain berlalu dari situ meninggalkan Ariana dan Akmal. Ariana hanya memerhatikan mereka dengan hujung mata sebelum dia kembali memandang wajah Akmal yang kembali berang. Ariana menelan air liur lagi.
“Sekarang, tinggal kau dan aku...” Akmal melangkah mendekatinya. Ariana melangkah setapak kebelakang.
“Akmal, ingat sikit. Saya ni cikgu awak...” Ariana dah kembali kecut perut. Menyesal pula dia datang ke sini. Umpama mengumpan diri ke kandang singa.
“Kenapa? Tadi berani sangat. Takkan dah kecut perut kut...” Akmal melangkah lagi. Ariana mengundur. Dia menoleh ke belakang. Tempat mereka itu agak jauh dari tapak perkhemahan.
“Sia..siapa cakap saya takut...?” Ariana cuba berpura-pura berani. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang nak berganduh, baik bergaduh sungguh-sungguh. Akmal berhenti melangkah. Dia merenung wajah Ariana seketika. Ariana turut sama berhenti. Dia memerhatikan Akmal, takut-takut Akmal menggunakan taktik kotor untuk mengenakan dia.
“Err..awak nak ke mana tu?” Arina memanggil Akmal apabila lelaki itu berpusing berjalan menuju entah kemana. Ariana berfikir sejenak sebelum turut sama mengekori Akmal.
“Akmal. Saya cakap dengan awak ni. Awak nak ke mana tu?” Ariana menepis semak samun yang menghalang laluannya. Akmal dah agak kedepan di hadapan. Ariana mempercepatkan langkah.
“Akmal. Tunggu!” Ariana menarik lengan Akmal namun Akmal menepis.
“Aduhh...” Ariana jatuh terduduk. Akmal berhenti dan menoleh. Ariana mengosok punggungnya yang sakit. Akmal tidak mengendahkannya lalu berjalan pergi. Ariana bangun lalu mengejar Akmal.
“Akmal. Awak nak ke mana ni? Balik sini cepat. Tempat ni bahaya..!” Ariana naik cuak apabila Akmal semakin jauh ke dalam hutan. Namun dia masih mengekori Akmal dari belakang.
“AKMAL!” Ariana menjerit kuat. Akmal berhenti dan berpusing. Lelaki itu berjalan laju ke arahnya membuatkan dia terundur kebelakang.
“APA??!” Akmal menengkingnya lagi. Ariana memejamkan mata. Boleh pekak telinga kalau hari-hari kena tengking macam ni. Ariana menarik nafas panjang.
“Akmal, awak nak kemana ni? Kita dah jauh ke dalam hutan ni.” Ariana bersuara lembut seolah-olah memujuk. Akmal merenungnya tajam.
“Bukan urusan kau. Pergi!” Akmal berpusing. Ariana masih tercegat di situ.
“Saya takkan pergi selagi awak tak ikut saya balik...”
Akmal memandangnya dari balik bahu sebelum meneruskan perjalanan menuju entah ke mana. Ariana mengekori dari belakang. Sesekali dia memandang sekeliling. Bunyi-bunyi asing membuatkan dia agak terkejut lalu dia berjalan laju sehingga dia betul-betul berada di belakang Akmal. Telingan Ariana menangkap bunyi seperti air terjun.
Mata Ariana terkebil-kebil memandang ke arah air terjun dihadapannya itu. Dalam hati dia merasa kagum dengan keindahan yang terbentang di hadapan matanya. Tak sangka hutan setebal ini menyimpan sesuatu yang cukup indah seperti yang ada di depan matanya. Akmal di sebelah turut sama memandang ke arah air terjun itu.
“Ler, cari air terjun ke budak ni..” Ariana menjeling ke arah Akmal di sebelah.
“Cantik...” Spontan Ariana menutur. Akmal di sebelah menjeling ke arahnya sebelum berjalan di gigi-gigi air.
“Akmal. Tunggu saya...” Ariana tergesa-gesa mengekori Akmal. Sesekali dia hampir tergelincir ketika memijak batu berlumut.
“Akmal!”
Akmal berhenti melangkah. Dia berpusing.
“Kau nak apa? Asyik memekak je dari tadi!”
“Tunggulah saya...” Ariana berjalan menghampiri Akmal dengan berhati-hati.
“Kita nak ke mana sebenarnya?” Ariana bertanya setelah dia berdiri betul-betul dihadapan Akmal. Akmal merenungnya tanpa berkelip. Ariana mengerutkan dahi melihat kelakuan Akmal yang agak pelik. Tiba-tiba baru dia sedar. Dia sedang bersendirian dengan Akmal di tengah-tengah hutan. Apa-apa sahaja boleh berlaku.
“Err. Akmal...” Ariana melangkah setapak ke belakang apabila Akmal tiba-tiba melangkah mendekatinya. Raut wajah lelaki itu sukar untuk dijelaskan.
“Akmal..awa...awak nak buat apa ni..” Ariana bertanya tergagap. Akmal tidak menjawab. Dia mendekati Ariana dan mencengkam kolar baju Ariana dan menarik Ariana mendekatinya. Kini wajah Akmal dan Ariana hanya dipisahkan dengan satu jari sahaja. Ariana memejamkan mata.
Ariana mencelikkan mata. Dia memijak kaki Akmal sekuat-kuat hati sehingga membuatkan cengkaman pada kolar bajunya terlepas.
“SAKITLAH BODOH!” Akmal menengking kuat. Ariana menjauhkan diri dari Akmal sambil tercunggap-cunggap menahan sesak di dada.
“Dasar samseng tak makan saman. Muka macam mat rempit. Bau busuk. Mulut bau longkang!” Ariana menjawab keras namun dalam masa yang sama masih lagi tercunggap-cunggap. Akmal merenungnya tajam namun wajahnya masih berkerut kesakitan.
“Kau...kau...”
“Saya benci dengan orang macam awak! Perangai huduh! Harap muka je handsome tapi perangai macam samseng! Mulut busuk bau rokok! Bau longkang! Bau bangkai! Saya benci lelaki yang hisap rokok! Hidup sia-sia! Dah kalau nak mati cepat sangat, pergilah mati sorang-sorang! Buat apa nak heret orang yang tak bersalah dengan asap rokok awak yang bau bangkai tu?!Awak dan geng enam jahanam awak tu sama je semua! Pergi jahanamlah! Hidup menyusahkan orang! Kalau awak nak jahanam, kenapa nak babitkan orang lain?!.” Ariana tercungap-cungap menahan kemarahan. Akmal merenungnya tajam seolah-olah nak membunuh.
“PERGI! BERAMBUS KAU DARI SINI. AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU LAGI!” Akmal menengking kuat. Lebih kuat dari tengkingan tadi. Ariana menjeling tajam ke arah Akmal.
“Ingat saya hadap sangat nak tengok muka awak tu? Muka macam jambatan tak siap!” Ariana berpaling dari situ lalu beredar meninggalkan Akmal. Hatinya menyumpah seranah. Kaki diatur laju meredah semak samun.
Ariana memandang sekeliling. Dia tak tahu arah mana yang patut dilaluinya. Dia berpusing beberapa kali ditempat itu. Ariana semakin cuak.
“Suziiii! Sofiaaa!” Ariana menjerit memanggil nama kawan-kawannya namun tiada yang menyahut. Peluh dingin mula membasahi wajahnya.
“Suziiii.....” Ariana menjerit lagi. Sumpah dia rasa macam nak menangis sekarang.
“Sofiaaaaa!”
Air mata mengalir laju membasahi pipi. Dia tahu yang dia tak mungkin akan jumpa jalan keluar lagi.
“Ak....Akmalll....” Ariana menjerit memanggil nama Akmal, mengharapkan Akmal berada berhampiran.
“Akmalllllllllllllll!” Ariana menjerit lagi. Air mata mengalir laju membasahi pipi tidak diendahkan. Bunyi-bungi unggas benar-benar membuatkan dia takut. Dia menjeling jam di tangan. Hampir pukul empat petang. Kalau diikutkan, aktiviti junggle tracking sudah bermula dua jam yang lepas. Adakah mereka menyedari akan kehilangannya?
“Akmalllll...!” Ariana menjerit lagi. Telinganya menangkap bunyi sesuatu dibelakang. Ariana menelan air liur berkali-kali. Dia berpusing ke belakang perlahan-lahan.
“Kau apa hal nak jerit nama aku lagi? Kan aku suruh kau blah tadi?” Akmal muncul. Ariana menarik nafas panjang. Dia mengelap air mata. Namun dia berasa was-was. Orang kata dalam hutan ni macam-macam boleh terjadi. Ariana merenung Akmal dari atas ke bawah. Akmal turut sama memandangnya.
“Apsal?”
Ariana mengundur kebelakang. Dia menjeling di sebelah. Ada beberapa ketul batu di hujung kakinya. Lantas dia tunduk mengutip beberapa biji batu tersebut.
“Kau ni kenapa? Kena sampuk jembalang ke?” Akmal bertanya agak cuak melihat kelakuan pelik Ariana itu.
Ariana mengangkat tangan tinggi-tinggi sebelum melemparkan batu-batu ke arah Akmal.
“Woi! Sakitlah! Apa ni..! Sakitlah sengal!” Akmal menepis batu-batu yang dilemparkan oleh Ariana ke arahnya. Ariana tunduk memandang batu sebesar penumbuk. Dia tunduk lalu mengangkat batu tersebut. Akmal mengundur.
“Wei, agak-agaklah. Kau nak bunuh aku ke apa ni?”
Ariana berjalan ke hadapan menghampiri Akmal. Batu diangkat tinggi.
“Kalau kau baling, aku sumpah aku akan tinggalkan kau sorang-sorang dalam hutan ni...”
Ariana terdiam. Matanya merenung ke arah Akmal. Dia melemparkan batu ke sebelah dan mengibas tangan yang penuh dengan tanah. Akmal menarik nafas lega.
“Kau ni kenapa? Dah gila?” Akmal bertanya.
“Tak. Saja nak test. Mana tahu awak ni penunggu hutan yang menyamar sebagai Akmal ke...” Selamba Ariana menjawab sambil membetul-betulkan kedudukan cap di kepala. Peluh di leher dikesat dengan hujung lengan. Akmal memandangnya dengan raut wajah tak percaya.
“Kau ni memang gila...”
Ariana mengangkat bahu. Dia memandang ke atas.
“Sekarang macam mana ni? Saya rasa kita dah sesat melainkan awak tahu jalan nak balik semula ke tapak perkhemahan...”
Akmal diam. Dia turut memerhatikan ke arah atas. Daun-daun pokok yang tinggi itu menutup pandangannya dari tembus ke langin biru.
“Awak nak ke mana tu?” Ariana bertanya lantas mengekori Akmal.
“Baliklah...”
“Awak tahu jalan balik?” Ariana bertanya sambil menepis semak samun yang melibas dirinya.
“Cari...”
Ariana hanya diam. Terkial-kial dia mengekori langkah kaki Akmal. Sesekali dia hampir tersadung beberapa kali.
“Akmal..tunggu saya...” Namun seperti biasa, Akmal buat tak tahu sahaja.
“Aduhhh...” Ariana jatuh terduduk apabila kakinya tersadung dan tersekat pada akar pokok. Akmal di hadapan buat tak tahu sahaja. Ariana cuba menanggalkan akar kayu yang mengikat kakinya namun tak berjaya.
“Akmalll!”
Akmal menoleh kebelakang. Dia menarik nafas panjang lalu berpatah balik.
“Kaki saya tersekat...” Ariana cuba membuka ikatan akar yang membelit kakinya itu.
“Kau ni memang menyusahkan betul...”.Akmal memandang ke arah kakinya sebelum mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandang. Bulat mata Ariana melihat sebilah pisau rambo dikeluarkan.
“Aw...awak nak..” Belum sempat Ariana menghabiskan pertanyaannya, pisau tersebut melibas kakinya. Atau lebih tepat lagi melibas akar yang membelit kakinya. Ariana memandang ke arah pisau itu dengan ngeri. Silap hari bulan boleh putus kaki dia kena libas dengan pisau rambo itu.
 Ariana menarik akar kayu yang telah dipotong oleh Akmal sebelum bangun dan mengekori Akmal.
Thanks...” Perlahan sahaja Ariana menutur dibelakang Akmal. Entah mamat tu dengar atau tidak, dia sendiri tak tahu. Setelah hampir sejam mereka berjalan, akhirnya mereka berhenti di kawasan yang agak lapang di tengah-tengah hutan.
“Akmal. Berhenti kejap. Saya dah tak larat nak jalan ni...” Ariana terduduk kepenatan. Rasa macam nak tercabut kaki berjalan tanpa henti. Akmal memandang sekeliling.
“Kita rehat sini dulu...”
Ariana mengangguk perlahan. Dia memejamkan mata sambil menyandarkan tubuh pada tunggul kayu mati. Tekak terasa kering dan dahaga sangat namun dia cuba tidak memikirkan tentang jus oren kegemaran yang tentu sangat membahagiakan apabila diteguk ketika itu.
Akmal menjatuhkan beg ke tanah. Dia turut sama duduk dan menyandarkan tubuh pada pokok. Sesekali dia menjeling ke arah Ariana di hujung sebelah sana yang jaraknya tak sampai tiga meter. Akmal membuka zip beg lalu sebotol air mineral dikeluarkan. Nasib baik teringat nak angkut semua benda ni dalam beg. Botol air mineral dibuka sebelum diteguk sehingga separuh. Dia merenung baki air tersebut sebelum menjeling ke arah Ariana yang masih lagi tersandar memejamkan mata. Dia menutup kembali air mineral itu sebelum dibaling ke arah Ariana.
“Aduhhh”! Spontan Ariana memegang kepala. Dia memandang ke atas kepala. Ada benda jatuh dari langit ke? Dia kembali tunduk lalu terpandang ke arah botol yang bergolek di hujung kakinya. Dia mengetap bibir ke arah Akmal.
“Minum...”
Ariana menjeling namun tidak mengambil botol tersebut. Tangan masih lagi mengosok kepala. Nasib baik kena kepala, kalau kena muka memang dia libas mamat tu dengan kayu balak. Huh!
“Aku kata minum! Kenapa? Geli dengan sisa mulut samseng macam aku? Geli dengan mulut bau bangkai aku ni?” Akmal menyindir. Ariana memejamkan mata. Sakitnya hati!
Dia memandang ke arah botol yang masih tergolek di hujung kakinya. Dalam hati berbelah bagi sama ada nak ambil atau tidak. Tekak dah haus mengila namun dalam masa yang sama, dia tak nak minum sisa orang lain tambah-tambah sisa si samseng tak makan saman ni. Entah apa dia letak dalam air tu bukan dia tahu pun. Tangan mencapai botol tersebut namun dia tidak membuka penutup botol. Akmal bangun lalu menuju ke arahnya.
“Tak nak minum, tak payah minum. Biar mati kering kat sini!” Akmal menarik botol tersebut dari tangan Ariana namun Ariana memegang kuat botol tersebut dengan dua belah tangan. Akmal menjeling sebelum melepaskan. Dia kembali ke tempat asalnya.
Ariana menarik nafas panjang sebelum membuka penutup botol. Dengan lafas bismillah, dia menonggang botol tersebut dengan berhati-hati. Habis satu botol air diteguk. Dia mengelap bibir dengan belakang tangan. Dia membaling botol tersebut ke arah Akmal yang dari tadi asyik memerhatikannya.
Thanks...”
Akmal tidak menjawab. Ariana memandang ke sekeliling.
“Awak rasa, diorang sedar tak kehilangan kita?” Ariana bertanya namun Akmal masih diam. Entah apalah yang mamat tu tengah fikir.
“Sampai bila kita akan duduk sini? Diorang akan cari kita ke?” Ariana bertanya lagi.
“Kita tunggu je sini. Mungkin mereka akan sampai ke sini...”
“Bila?”
“Paling cepat dua tiga jam. Tu pun kalau diorang tak buat kerja lembab macam selalu...”
“Dua tiga jam?” Ariana membelek jam ditangan. Hari hampir gelap.
“Kalau diorang tak jumpa kita sampai malam macam mana?” Ariana dah cuak. Tak pernah terfikir yang dia akan berada di situ berdua sahaja dengan Akmal.
“Kita tidur jelah sini sampai esok. Nak cari jalan pun tak nampak kalau hari dah gelap...” Akmal memandang ke atas. Ariana telan air liur.
“Ti...tidur sini?” Ariana bertanya separuh berbisik. Akmal memandang ke arahnya. Ariana memejamkan mata. Berharap yang semua ini hanyalah mimpi dan bila dia buka mata nanti, dia sedang berada di atas katil di rumah sewanya dan perkhemahan ini tak wujud sebenarnya.
Ariana membuka mata apabila mendengar bunyi pergerakan.
“Awak nak kemana?” Tanya Ariana apabila melihat Akmal telah bangun.
“Nak cari kayu api..”
“Saya ikut...” Cepat-cepat Ariana bangun.
“Tak payah. Tunggu je sini. Kau tu menyusahkan orang je. Duduk je tunggu sini. Aku tak pergi jauh...”
Ariana duduk semula sambil menarik muka. Dia memeluk lutut ketika melihat Akmal menghilang di sebalik semak samun. Dia memandang sekeliling. Sekali sekala dia mendongak apabila terdengar bunyi bising diatas kepala. Barangkali bunyi burung atau unggas.
Setelah hampir lima belas minit Akmal tiduk muncul, Ariana mengambil keputusan untuk mencari Akmal. Tak sanggup nak duduk situ lama-lama. Tambahan pula hari semakin gelap.
“Akmalllll...” Ariana menepis ranting yang menghalang laluannya.
“Akmalllll. Awak kat mana?”
Krek..
Tubuh Ariana keras. Kaki berhenti melangkah. Bunyi tersebut datang dari belakangnya. Ariana menelan air liur. Perlahan-lahan dia berpusing ke belakang sambil mulut terkumat kamit membaca doa. Dia mengeluh kelegaan apabila terlihat kelibat Akmal yang terbongkok-bongkok mengutip kayu. Dia berjalan menghampiri Akmal.
“Kat sini rupanya awak...”
Akmal terkejut sebelum berpusing. Ariana turut sama terkejut apabila melihat reaksi yang tak terjangka dari Akmal. Senyum cuba ditahan. Penakut jugak budak ni. Ariana tergelak di dalam hati.
“Kau ni apa hal? Kan aku suruh tunggu!” Akmal menengking namun dalam masa yang sama dia menarik nafas panjang. Ariana tersenyum kecil.
“Apa senyum-senyum?”
“Nak senyum pun salah ke?” Ariana turut sama tunduk mengutip kayu. Akmal tidak menjawab.
“Dah, Jom. Hari nak gelap...”
Ariana mengangguk sebelum mengekori Akmal kembali ke kawasan lapang tadi.
“Macam mana nak nyalakan api? Nak guna cara lama?” Ariana mencangkung sambil memerhatikan longgokan kayu api dihadapannya. Dia tak pernah percaya yang cara lama menghidupkan api dengan mengeselkan dua batang kayu akan menghasilkan api.
Akmal tidak menjawab. Dia mengeluarkan lighter dari poketnya.
“Oh saya lupa...” Ariana menjawab perlahan. Dia hanya memerhatikan Akmal menyalakan unggun apa.
“Budak kecik tak elok usung lighter ke sana ke mari, huh?” Akmal menyindirnya. Ariana menjeling namun tidak menjawab. Malas nak layan. Matanya ralit memerhatikan nyalaan api yang semakin besar itu. Dia menambah kayu api ke dalam unggung api.
“Cukuplah tu. Simpan untuk malam nanti...” Akmal menegur. Ariana duduk mendekati unggun api. Terasa bahang dari api itu memanaskan tubuhnya yang dah terasa menggigil. Jam dijeling. Hampir pukul tujuh. Ariana berteleku sambil memandang ke arah unggun api. Akmal telah kembali tersandar pada pokok.
“Jauh sikit dari api tu. Kau nak mati terbakar ke?” Suara Akmal menegur dari hujung sana. Ariana menarik nafas panjang sebelum menjarakkan tubuh dari unggun api. Tubuh terasa menggigil kesejukan. Menyesal tak sarung jumper pagi tadi.
Akmal hanya memerhatikan Ariana yang memeluk tubuh sambil menundukkan kepala. Cap di kepala masih tidak ditanggalkan. Akmal membuka sweater yang dipakai lalu dicampak ke arah Ariana.
Ariana memejamkan mata apabila pandangannya terasa gelap kelam. Dia menarik kain yang menutupi kepala sebelum menghadiahkan pandangan tajam ke arah Akmal.
“Pakai...”
Ariana memandang sweater di tangan.
“Pakai. Aku tak nanti ada yang mati keras kat situ...”
Ariana mengetap bibir. Mamat ni kalau sekali tak sakitkan hati dia memang tak sah. Dia menarik sweater itu ke hidung sebelum menjauhkan baju sejuk itu. Dia mencampakkan kembali baju itu ke arah Akmal.
“Busuk. Bau rokok. Saya tak suka bau rokok. Pening...” Ariana menjawab tanpa memandang ke arah Akmal. Tangan kembali memeluk tubuh. Sejuknya hanya tuhan je yang tahu. Ariana menggigil. Dia memeluk lutut dan mendekatkan diri pada unggun api.
“Pakai. Jangan nak buat perangai sangatlah...!” Akmal membaling kembali sweater ke arah Ariana. Ariana hanya memandang sebelum baju sejuk itu diambil lalu disarung ke tubuh. Bau rokok pun baulah dari dia mati kesejukkan.
Ariana memerhatikan liuk lentuk api dihadapannya. Tiba-tiba dia teringat pada emak di rumah. Pada along, angah dan ayah. Adakah dia akan berpeluang berjumpa dengan mereka lagi? Setitis air mata menitik di pipi.
Ariana mengalihkan pandangan apabila terasa ada sesuatu menyentuh kakinya. Sebiji botol air mineral yang belum dibuka tergolek di kaki. Ariana memandang ke arah Akmal.
“Minum. Botol terakhir...”
Ariana memandang kembali ke arah botol tersebut.
“Aku tak bukak lagi botol tu, so kau tak payah risaulah...”
Ariana mencapai botol tersebut lalu membuka penutupnya. Dia meneguk perlahan sehingga tinggal separuh. Dia menoleh ke arah Akmal yang dari tadi asyik merenungnya. Dia menutup kembali botol tersebut lalu digolekkan ke arah Akmal. Ariana kembali memeluk lutut sambil merenung cahaya api. Dari hujung mata dia dapat lihat yang Akmal sedang meneguk air mineral tersebut sehingga habis.
Ariana mengangkat kepala. Ada bunyi sesuatu di hadapannya. Dia menelan air liur sebelum menoleh ke arah Akmal. Akmal sedang memejamkan mata. Tidur mungkin. Ariana kembali meletakkan dagu pada lutut setelah bunyi itu hilang. Perasaan dia je kut. Namun hatinya kembali berdebar apabila bunyi itu datang lagi. Cepat-cepat dia mengensot mendekati Akmal.
“Akmal...” Ariana mengoncang tubuh Akmal sambil memerhatikan arah mana datangnya bunyi tadi.
“Akmal, bangun...”
Akmal membuka mata.
“Apa hal?”
“Saya dengar ada bunyik sesuatu kat dalam semak sana...” Ariana menunjuk ke arah semak di hadapan mereka.
“Bunyik apa?” Akmal bertanya sambil mengosok mata.
“Tak tahu. Saya takut...” Ariana semakin mendekati dengan Akmal sehingga lengan mereka bersentuh.
“Tak ada apalah. Pergi tidur..” Akmal kembali menyandarkan tubuh dan memejam mata. Ariana masih lagi memandang ke arah semak tersebut.
“Akmal, awak tak kisah kan kalau saya nak duduk sini kejap. Saya takut...”
Akmal tidak menjawab. Mata dipejamkan. Ariana duduk menyandar di sebelah Akmal. Dia memerhatikan sekeliling. Macam-macam bunyi ada membuatkan dia semakin rapat dengan Akmal.
“Apa hal ni?” Akmal memandang ke arahnya.
“Saya takut...”
Akmal mengeluh sebelum memejamkan mata. Ariana menoleh ke arah Akmal yang dah kembali lena itu. Wajah itu kelihatan tenang namun terdapat kerutan di dahi lelaki itu. Entah mimpi apalah mamat ni. Ariana memandang Akmal yang sedang memeluk tubuh itu. Akmal mengenakan baju lengan pendek berwarna biru. Sweater dibuka dan diselimutkan ke tubuhnya dan tubuh Akmal. Akmal mengangkat kepala memandang ke sebelah.
“Awak sejuk...”
“Tak payah...” Akmal menolak hujung sweater ke arahnya.
“Jangan degillah. Awak nak mati kesejukan ke?” Ariana membantah sebelum kembali meletakkan hujung sweater ke arah Akmal. Akmal mengalah akhirnya sebelum turut sama menarik sweater itu rapat ke tubuh. Ariana tersenyum apabila melihat Akmal kembali memejamkan mata. Ariana merendahkan tubuh. Kepala disandarkan ke bahu Akmal. Tubuh terasa penat sangat.
“Akmal, awak dah tidur ke?”
Senyap.
Ariana mengangkat kepala.
“Akmal. Jangan tidur lagi. Temankan saya...”
Akmal masih tidak membuka mata.
“Akmal...” Ariana mengoncang tubuh Akmal. Akmal memandang ke arahnya.
“Apa lagi?” Akmal bertanya keras.
“Temankan saya kejap. Jangan tidur lagi...”
“Tidur jelah. Menyusahkan orang betul...”
“Saya tak boleh tidur...”
Akmal menarik nafas panjang. Dia menyandarkan kepala namun mata masih celik. Ariana tersenyum sebelum kembali menyandarkan kepala pada bahu Akmal. Akmal menoleh namun tidak berkata apa.
“Akmal...”
“Hmm...” Akmal menjawab malas.
“Awak taklah seteruk yang saya sangka...” Ariana berkata. Akmal diam namun Ariana tahu Akmal mendengar.
“Walaupun perangai awak mengalahkan samseng dan mat rempit kelas satu, tapi ada juga sisi baik dalam diri awak. Kira taklah hopeless sangat...”
Senyap.
“Saya tahu, ni sikap sebenar awak. Akmal yang baik. Tapi kenapa awak buat perangai macam tu? Kasar, suka melawan, tak hormat cikgu. Suka menengking tak tentu pasal. Asyik nak mengamuk je. Awak ada masalah ke?” Ariana mengangkat kepala memandang wajah Akmal yang sedang memandang ke arah unggun api di hadapan. Ariana menarik nafas sebelum kembali menyandarkan kepala pada bahu Akmal.
“Akmal....”
Senyap.
“Awak dah tidur ke?”
“Hmmm...”
“Saya minta maaf, atas apa yang saya cakap pada awak siang tadi. Saya tak berniat. Saya tak bermaksud...”
Senyap.
“Maafkan saya Akmal. Saya tahu awak tak sejahat tu...”
Senyap.
“Saya tahu...awak...sebenarnya....baik...” Ariana memejam mata sebelum terlena. Akmal memandang ke sebelah melihat Ariana sudah terlena dibahunya.
“Kau tak faham dan takkan faham...” Akmal berkata perlahan.
“Saya...faham...dan cuba akan...faham...” Ariana mengumam perlahan walaupun mata terpejam rapat.

0 140 tukang karut:

Post a Comment