RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, March 9, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 5)


                                                  
BAB 5

 “Kita nak makan kat mana ni?” Ariana bertanya sambil membuang pandangan ke luar tingkap. Matanya memerhatikan deretan warung-warung yang tersusun di sepanjang jalan.
“Kita makan kat kedai hujung tu lah. Dengar cerita tomyam dia sedap.”
“Yeke?”
“A’ah. Kita makan situ ek...”
“On...”
Suzi memakir kereta di kawasan letak kereta berhadapan dengan warung yang dimaksudkan.
“Esok kau ada kelas?” Suzi bertanya setelah pelayan beredar bersama pesanan mereka.
“Adalah. Kenapa?” tanya Ariana.
“Saja tanya. Angah kau bila nak datang tengok kereta?”
“Entah. Hujung minggu depan aku rasa. Tu pun kalau dia tak sibuk.”
“Yeke? Hmm. Tak sabar aku nak tengok angah kau tu. Mesti handsome kan..” Suzi dah sengih gatal. Ariana mencebik.
“Amboi. Elok sikit. Kang encik tunang tahu, macam mana?”
“Alaa. Bukan selalu pun. Sajalah nak cuci mata. Takkan tak boleh...”
Ariana tak menjawab. Kebetulan pelayan datang membawakan pesanan mereka. Seketika kemudian, suasana antara mereka sunyi apabila masing-masing menjamu selera. Setelah hampir setengah jam menjamu selera, mereka bergerak untuk pulang ke rumah. Badan masing-masing dah terasa macam nak patah dua. Penat.
Ariana berjalan sambil berbual dengan Suzi namun matanya menangkap sesuatu yang menarik perhatiannya.
“Su, kau jalan dulu. Aku nak ke kedai kejap...”. Ariana masih lagi memandang ke arah itu.
“Ha? Kau nak beli apa lagi? Esok-esok jelah...”
“Ala, kejap je. Tunggu aku kat kereta ek..”
Suzi mengeleng perlahan sebelum berjalan menuju ke kereta. Ariana menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum kembali jatuh pada ninja warna merah dihadapannya. Dia pasti ni ninja yang sama yang dia nampak di sekolah dan ninja sama yang telah menyebabkan baju kegemarannya hampir rosak. Ariana kembali memandang ke kiri dan ke kanan. Dia tak pasti ninja ini milik pelajar atau milik staf sekolah. Setahu dia, tak ramai staf sekolah yang ke sekolah dengan motor apatah lagi ninja. Pelajar mungkin? Tapi macam mustahil. Pelajar mana mampu nak beli motor macam ni melainkan bapak dia kaya. Ah, tak kisahlah siapa yang punya. Memang malanglah ninja tu tersadai kat situ. Kalau kat sekolah mungkin dia akan berfikir dua tiga kali sebab memikirkan etika keguruan. Yelah, kalau buat kat dalam kawasan sekolah kan dah kira vandalisme. Tapi kalau buat kat luar sekolah pun kira vandalismelah Ariana. Arghh. Dia tak perduli. Balas dendam tetap balas dendam. Ariana menyeluk beg tangan sebelum segugus kunci rumah dikeluarkan. Dia memandang sekeliling untuk memastikan tiada sesiapa yang nampak perbuatan jahatnya itu. Dia mengenggap kunci tersebut dan membiarkan hujung kunci rumah terkeluar dari genggaman. Dengan selamba dia berjalan di sebelah ninja tersebut sebelum mengores sedalam-dalamnya kunci tersebut pada badan ninja. Terasa ngilu apabila bunyi geseran itu kedengaran ditelinganya. Ariana terhenti di hujung motor tersebut. Dia berfikir sejenak. Kalau gores sekali je macam tak cantik pulak. Dia berpatah balik lalu mengoreskan buat kali kedua dengan berjalan selamba di sebelah motor tersebut seperti tadi sehingga ke kepala motor. Ariana berpusing balik. Alang-alang nak ke kereta Suzi, baik gores sekali lagi. Haha. Dia ketawa jahat di dalam hati. Memang puas hati bila tengok tiga calar panjang dan dalam dari depan hingga ke belakang motor tersebut. Baru puas hati. Lepas ni harap insaflah mat rempit tuan punya ninja ni ye. Haha.
Ariana ketawa geli hati sambil berjalan menghampiri kereta Suzi.
“Lamanya. Kau beli apa? Tak ada pun plastik...” Suzi menegur ketika dia menarik tali pinggang keledar.
“Ha? Oh..tak ada. Barang yang aku nak beli tu tak de jual pulak...”
“Kau nak beli barang apa?”
“Errr..keropok Moni?” Ariana mereka alasan spontan. Hentam jelah. Suzi mengerutkan dahi.
“Hah? Kau ni biar betul. Ada-ada jelah..”
Ariana tersengih namun sempat dia memandang ke arah ninja yang baru sahaja menjadi mangsanya melalui cermin sisi. Dalam hati rasa nak gelak gila-gila. Puas hati.

***

Ariana tertunduk-tunduk sambil mengintai dari dalam khemah yang dikongsi dengan Suzi dan Sofia. Hari hampir gelap namun dia rasa takut nak keluar dari dalam khemah tersebut. Badan yang berlengas dan tidak selesa itu tidak diperdulikan. Dia rasakan seperti dia akan ditimpa bencana kalau selangkah dia keluar dari dalam khemah tersebut.
“Rin, kau buat apa tu? Dari tadi aku tengok kau terintai-intai. Kau cari siapa?”
“Hah?” Ariana mendongak. Wajah Sofia yang sudah selesai mandi dan menukar pakaian baru itu menegurnya.
“Kau buat apa ni? Tadi kata nak mandi...” Sofia menanggalkan selipar jepun lalu masuk ke dalam khemah. Ariana masih lagi terintai-intai di muka pintu khemah.
“Wei..!” Sofia menepuk punggung Ariana.
“Aduh, sakitlah..!” Ariana duduk sambil mengosok punggungnya.
“Kau cakap tadi nak pergi mandi. Yang kau terintai-intai kat sini lagi buat apa? Cari siapa? Cikgu Saufi?” Sofia bertanya sambil mengusik.
“Ish, ada pulak. Buat apa aku nak cari dia...” Ariana menjawab sambil memandang muka pintu khemah.
“Dah tu. Dari tadi asyik terjenguk-jenguk je. Dah kalau kau tak cari cikgu Saufi tu, kau cari siapa?”
“Mana ada cari sesiapa, aku cari kau dengan Suzilah...” Ariana memberi alasan. Kepala dijenguk keluar.
“Lah, kan aku cakap tadi kitorang nak pergi mandi. Kenapa kau tak ke sana je?”
“Hmmm...”
“Wei!”
“Sakittttlahhh...” Ariana mengosok punggungnya buat kali kedua.
“Kau ni kenapa? Sejak dalam bas tadi aku tengok kau macam cacing kepanasan...”
“Amboi, agaklah. Tahulah kau tu cikgu BM, semua peribahasa keluar...”
“Betullah aku cakap. Ke kau takut dengan sesiapa ni?”
Ariana segera menoleh ke belakang.
“Apa maksud kau?”
“Tak adalah. Manalah tau kat takut dengan sesiapa ke, tu yang tak nak keluar dari sini..”
“Mana ada, setakat budak kecik tak cukup umur tu, aku jentik je...”
“Budak kecik? Siapa? Ada budak kecik kat sini ke? Setahu aku aktiviti ni pelajar menegah atas je yang terlibat...”
“Err, tak ada apa-apalah. Dahlah, aku nak mandi. Suzi ada kat tandas kan?”
“Hmm. Dia tengah tunggu giliran tadi. Tandas sikit je, kena kongsi dengan students....”
“Campur ke lelaki perempuan?” Ariana dah cuak balik.
“Ish, gila nak campur. Asing-asinglah. Merepek jelah kau ni. Dah pergi mandi. Bau busuk masam...”
Ariana mencebik sebelum keluar dari khemah. Kaki diatur laju menuju ke arah tandas sambil mata mengawasi sekeliling. Bimbang Akmal ada di mana-mana.
“Baru nak mandi ke?” Suzi menegur.
“Hmm, kau dah siap ke?” Ariana memandang ke arah Suzi yang telah bersalin pakaian. Tuala basah tersangkut di lehernya.
“Dah tadi. Kau lambat sangat...”
“Tunggulah aku...”
“Lah nak takut apa. Budak-budak ni kan ada...” Suzi menunjuk pada pelajar perempuan yang masih beratur menunggur giliran.
“Kau nak balik ke khemah dah ke?”
“A’ah. Aku kena prepare untuk masak malam ni...”
Ariana terdiam ketika melihat Suzi berjalan pergi meninggalkannya.
“Nanti kalau cikgu lambat, awak semua tunggu cikgu ye...” Sempat lagi Ariana berpesan kepada pelajar tingkatan empat yang sedang berdiri di sebelahnya.
Setelah hampir lima belas minit menunggu, Ariana masuk ke dalam tandas. Sehelai demi sehelai pakaian dibuka dan tubuhnya dibalut dengankain batik buat basahan. Takkan nak mandi tak berbalut tubuh tempat-tempat macam ni kan. Bahaya. Ariana membuka paip shower. Brrrrr. Sejukk. Shower foam diambil lalu dipicit atas tapak tangan sebelum dilumur pada tubuh. Lega bila dapat menghilangkan rasa berlengas dan peluh yang sejak dari tadi lagi melekat di tubuhnya. Setelah puas membasahkan tubuh, Ariana mencapai tuala yang tersangkut pada paku lalu dibalut tubuhnya. Kain batik ditanggalkan sebelum pakaian disarung ke tubuh. Tiba-tiba lampu terpadam dan menyala silih berganti. Ariana yang sedang menyarungkan baju lengan panjang itu terhenti. Spontan dia memandang ke siling. Lampu kalimantan tersebut menyala dan padam. Ariana telan air liur.
“Awak semua ada kat luar lagi kan?” Ariana bersuara namun tiada siapa yang menyahut. Hati dah rasa berdebar. Cepat-cepat dia mengemaskan kedudukan pakaian. Tuala diselubungkan ke kepala. Tangan mencapai baju kotor dan kain batik basahan sebelum dia melangkah laju keluar dari tandas.
“Aik, budak-budak ni tinggalkan aku. Ish...” Ariana merungut perlahan. Lampu kembali menyala. Dia mengeluh kelegaan ketika kaki melangkah keluar dari kawasan tandas tersebut.
“Makkkk!” Ariana hampir memekik terkejut apabila melihat ada makhluk lain sedang duduk bersandar di tepi tandas itu. Ariana mengurut dada. Rasa macam nak luruh jantung.
“Awa..awak buat apa kat sini?” Ariana bertanya cuak. Cuak sebab masih terkejut dan cuak sebab mahkluk yang tersandar di dinding tandas itu adalah Akmal.
Akmal tidak menjawab soalannya namun renungan tajam lelaki itu membuatkan dia semakin cuak. Asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulut Akmal.
“Awak tahu tak, menjadi satu kesalahan besar kalau pelajar merokok dalam kawasan sekolah...”
“Kau ni buta ke apa? Ke dah kena sampuk kat dalam tu?” Akmal bertanya sinis. Ariana mengerutkan dahi.
“Apa pulak? Betullah.”
“Kau tak nak nampak ke kita kat mana sekarang?”
Ariana spontan memandang sekeliling. Dia menepuk dahi.
“Saya lupa. Kita bukan berada dalam kawasan sekolah, tapi..awak masih lagi...”
“Diamlah...!”
Ariana spontan terdiam. Rasa meluat mengatasi rasa takutnya ketika itu. Rasa macam nak tunjal ke kepala budak mentah ni. Biadap! Melawan! Arghhh.
But you are still my student, so...” Ariana menghulurkan tangan. Akmal hanya memandang. Asap masih lagi berkepul-kepul keluar dari bibirnya.
“Bagi rokok tu pada saya...dan lighter. Budak kecik tak elok usung lighter ke sana ke mari. Nanti habis terbakar hutan ni disebabkan awak...” Ariana berkata sinis.
“Kau..!” Akmal mengetap bibir. Ariana buat tak heran. Memang menyampah gila tengok muka budak ni. Muka macam mat rempit. Huh!
Now, kalau tak, saya adukan pada pengetua...”
Go to hell...” Akmal menjawab sebelum membuang sisa rokok yang telah habis dihisap. Dia berjalan laju melepasi Ariana. Sempat dia merempuh bahu Ariana sekuat yang mungkin sehingga membuatkan Ariana hampir jatuh tergolek.
“Ishhh. Geramnya akuuu...” Ariana mengenggam penumbuk sambil menghayun-hayunkan penumpuk ke arah angin seolah-olah dia menumbuk kepala Akmal sekuat hati.
“Cikgu buat apa ni?”
“MAKKK!” Ariana terkejut beruk. Spontan tangan memegang dada yang terasa sesak dek kerana asyik terkejut sahaja.
“Cikgu okey ke?”  Lili pelajar tingkatan lima menegur.
“Lili, awak buat apa kat sini?”
“Saya sakit perut. Tu datang sini nak membuang. Cikgu?”
“Baru lepas mandi...”
“Ohh, cikgu buat apa tadi? Bersenam?”
Ariana mengaru kepala yang tidak gatal.
“Tak adalah. Ni nyamuk banyak. Tu cikgu halau tadi...” Ariana mengawang-gawangkan tangan seolah-olah menghalau nyamuk.
“Ohh, cikgu. Temankan saya kejap boleh? Saya takutlah nak pergi tandas sorang...”
“Err. Okey. Tapi jangan lama-lama. Cikgu pun takut jugak ni...” Ariana berbisik perlahan. Lili ketawa.
“Okey, kejap je. Tunggu tau.”
“Okey...” Ariana menjawab sambil mata memandang ke arah laluan  Akmal tadi. Bagus, mamat tu dah tak ada.


p/s: TO BE CONTINUED..

0 140 tukang karut:

Post a Comment