RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, March 9, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 4)


                                     
      BAB 4

“Siapa cakap?” Suzi membawa mug berisi milo panas ke bibir.
“Cikgu Saufi lah cakap. Betul ke?”
“Hmm. Betullah tu. Apa lagi dia cakap?”
“Tak ada. Tu je dia cakap. Dia pun macam kau. Tak nak cerita lebih-lebih...”
“Memanglah. Benda ni mana boleh cerita sebarangan. Silap-silap kita yang kena balik...”
“Tapi kan. Macam tak lojiklah...” Ariana mengaru dagu yang tidak gatal. Cerita melayu yang ditayangkan di tv langsung tidak menarik perhatiannya.
“Apa yang tak lojik?”
“Yelah. Cuba kau fikir, macam mana pihak sekolah boleh benarkan bilik muzik tu dibina? Tak ke pelik? Aku ingat sebarang jenis pembinaan kena dapatkan persetujuan kementerian dulu?”
“Kalau dengan Akmal tu, anything is possible. Kau tahulah. Bapak dia kan ada pengaruh...”
“Hmm. Untunglah jadi anak orang kaya. Semua benda dapat...”
“Hmm, tak jugak. Aku dengar cerita kan..”
“Apa?” Ariana mendekatkan kepala ke arah Suzi yang sedang berbisik itu. Suzi memandang ke kiri dan ke kanan. Ariana turut sama memandang ke kiri dan ke kanan mengikut perbuatan Suzi itu walaupun hal itu tak perlu. Yelah, siapa lagi yang ada di ruang tamu rumah sewa mereka itu selain mereka berdua.
“Aku dengar cerita, Akmal dengan bapak dia tu bukan baik sangat pun...” Suzi masih lagi berbisik.
“Maksud kau?” Ariana turut sama berbisik.
“Masuk aku, Akmal dengan bapak dia tu tak sekepala. Asyik nak bergaduh je kalau berjumpa. Bilik muzik tu dibina sebagai syarat Akmal. Akmal kata kalau bapak dia nak dia datang sekolah dan habiskan sekolah sampai dapat sijil, sediakan satu bilik muzik lengkap dengan alat-alat muzik. Jadi nak tak nak terpaksalah bapak dia turutkan sahaja kemahuan si Akmal tu. So, bila bilik muzik tu jadi kawasan larangan, maknanya kau kena dapatkan kebenaran dia untuk berada di kawasan tersebut.”
“Dia? Siapa? Bapak dia?”
“Ish. Apa pulak bapak dia. Kan kita tengah cakap pasal Akmal. Kau ni slow aa...”
Ariana mencebik.
“Manalah aku tahu. Jadi maksud kau, bilik muzik tu Akmal yang punya?”
Suzi mengangguk. Ariana terdiam. Hmm, patutlah marah sungguh budak tu bila dia menceroboh kawasan tu siang tadi.
“Tapi kan, Akmal tahu ke yang bilik muzik tu berhantu?”
“Berhantu? Kau cakap apa ni?”
“Tak adalah. Tadi aku adalah melawat bilik muzik tu. Tiba-tiba aku terdengar bunyik something..lepas tu...” Ariana terdiam. Tiba-tiba dia teringat apa yang berlaku seterusnya. Wajahnya menjadi merah padam. Suzi di sebelah memandangnya pelik.
“Apsal muka kau merah? Demam ke?”
Ariana mengelengkan kepala.
“Eh kejap, tadi kau cakap kau ada pergi ke bilik muzik tu? Bila?” Suzi bertanya kuat. Ariana membulatkan mata.
“Shhh. Perlahankan sikit suara kau tu...” Marah Ariana. Suzi spontan menutup mulut dengan tangan.
“Bila kau pergi bilik muzik? Kan aku dah kata jangan cari pasal. Kalau Akmal tahu...”
Ariana terdiam. Nampaknya dia memang dah cari pasal dengan Akmal.
“Kau rasa, kalau Akmal tahu, dia akan cabut ke tayar kereta aku?” Ariana bertanya risau sekadar ingin tahu apa tindakan Akmal walaupun dia tahu benar Akmal yang dia jumpa di bilik muzik itu adalah Akmal ketua geng enam jahanam.
“Entah. Harap-harap dia tak tahu...” Suzi kembali memandang pada skrin televisyen.
                                                                   ***
“Thank you teacher...”
Ariana keluar dari kelas untuk menuju ke bilik guru. Lega sikit hari ni sebab dapat habiskan bab 2 untuk subjek matematik. Minggu depan bolehlah masuk subjek baru. Hujung bulan ni ada ujian penilaian pertama. Harap-harap sempatlah cover silibus yang akan masuk dalam ujian tersebut nanti.
Ariana meletakkan buku rekod mengajar dan juga pencil case di atas meja sebelum dia duduk di kerusi. Beg tangan di sangkut di kepala kerusi. Dia menyandarkan tubuh pada kerusi. Terasa lenguh pinggang. Hari ni jadual memang packed. Kelas dia straight dari pagi sampai sekarang. Empat kelas. Satu masa untuk kelas tingkatan satu, dua masa untuk tingkatan tiga dan satu masa untuk tingkatan dua. Lepas rehat pulak ada satu masa lagi dengan kelas tingkatan dua Nilam. Ariana mencapai buku latihan pelajar. Hajat hati nak sambung menanda kerja budak-budak ni. Semalam tak sempat nak tanda habis.
“Rin. Kau sibuk ke sekarang? Ada kelas?”
Ariana mendongak. Suzi tiba-tiba dah tercegat di sebelahnya.
“Kenapa?”
“Aku nak minta tolong sikit ni...”
“Tolong apa?”
“Kalau kau tak ada kelas sekarang, aku nak mintak tolong gantikan relief aku. Pengetua panggil Meeting sekarang.”
Meeting apa?”
Meeting pasal ujian hujung bulan ni. Aku kan salah seorang penggubal soalan...”
“Yeke? Bolehlah. Lagi pun aku tak ada kelas sekarang. Just nak tanda latihan budak-budak ni je. Kelas mana aku kena masuk ni?”
“Nah. Kau tengoklah kelas mana. Aku pergi dulu. Thanks ye. Nanti kalau kau kena relief, aku pulak ganti...” Suzi menghulurkan kertas kecil yang tertulis nama kelas yang perlu dia masuk.
“Tingakatn enam atas Nilam. Hmm, kat manalah aku nak cari kelas ni...” Arina berkata sendiri. Dia mengeluarkan peta sekolah yang tersimpan di dalam laci. Dia hanya ada masa selama lima minit sahaja untuk mencari kelas tersebut. Dia bangun lalu mencapai buku latihan yang ingin ditanda tadi bersama bekas pensel dan beg tangan sebelum melangkah keluar dari bilik guru menuju ke kelas tingkatan enam atas Nilam.
Mata Ariana melilau ke sekeliling. Sesekali dia merenung peta di tangan. Akhirnya dia menarik nafas lega apabila telah menjumpai kelas yang dicari. Laju kaki melangkah ke arah kelas tersebut. Telinga menangkap suara hingar-bingar yang datangnya dari kelas tersebut. Entah kenapa hati tiba-tiba rasa tak sedap. Macam ada sesuatu yang sedang menunggu di kelas tersebut.
“Peewittt...”
Ariana buat muka selamba sahaja ketika memasuki kelas tingkatan enam atas Nilam itu. Suasana menjadi senyap seketika.
“Bangunnnn. Assalamualaikum cikgu...” Seorang pelajar perempuan bangun dan memberi salam. Mungkin ketua kelas. Yang lain turut mengikut memberi salam. Hanya beberapa orang sahaja di belakang kelas tidak mengendahkan kehadirannya.
“Waalaikumussalam. Duduk...” Ariana membalas salam tersebut.
Kelas menjadi bising semula. Ada yang berbisik sambil memandang ke arahnya dan dan ada yang sekadar tunduk menyambung kerja.
“Okey, memandangkan hari ni saya hanya mengantikan cikgu awak yang tak ada, jadi awak boleh buat kerja masing-masing. Tapi dengan syarat, jangan terlalu bising...”
Ariana mencapai buku latihan yang dibawa lalu dibuka. Pen merah diambil dari bekas pensil. Sesekali dia mengangkat kepala memerhatikan gelagat pelajar di dalam kelas. Hai, dah besar panjang pun perangai macam budak-budak. Budak tingkatan satu pun tak bising macam ni. Ariana hanya mengeleng.
“Kelassss!” Ariana akhirnya bersuara apabila tahap kebisingan mereka tidak boleh dibendung lagi.
“Saya cakap apa tadi? Jangan terlalu bising kan? Nak bising boleh tapi jangan bising sangat. Ganggu kelas sebelah...”
Kelas kembali tenang namun ada juga yang tak makan saman. Ariana menarik nafas panjang. Susah juga nak jadi pendidik ni. Nak didik satu hal. Nak bentuk sahsiah pelajar pula satu hal.
Ariana kembali tunduk menyambung kerja yang terhenti tadi. Sesekali dia menjeling ke arah beberapa orang pelajar lelaki di bahagian belakang kelas yang bermain bola sepak. Bola yang digumpal-gumpalkan dengan kertas surat khabar disepak ke sana sini.
“Wei!”
Ariana mengangkat muka. Kelihatan seorang pelajar perempuan sedang mengosok kepala. Bola yang diperbuat daripada kertas surat khabar itu berada di atas meja pelajar perempuan tersebut.
“Bak sini bola tu...” Arah seorang pelajar lelaki.
“Bola? Ni ke?” Budak perempuan itu menunjuk ke arah bola kertas di atas mejanya.
“Yelah. Buta ke?” balas pelajar lelaki itu.
“Kaulah buta. Ni bukan bola. Ni sampah...!” pelajar perempuan itu membalas sambil membaling bola kertas itu ke dalam tong sampah dibelakang.
“Woi, kau ni memang nak cari pasal kan...” Pelajar lelaki itu mula menapak ke hapadan. Ariana segera bangun. Kalau tak dihentikan, takut jadi lebih buruk.
“Sudah...!” Ariana bersuara tegas. Dia merenung wajah pelajar lelaki itu. Pelajar lelaki itu turut merenungnya dengan tajam.
“Cikgu jangan masuk campur...!”
Ariana tersentap seketika. Berani betul budak ni.
“Saya memang tak teringin pun nak masuk campur, tapi kalau awak nak tunjuk samseng kat sini, saya takkan berdiam diri...” Ariana bersuara tegas.
“Ohh yeke? Cikgu nak buat apa?” Pelajar lelaki itu mula menapak menghampirinya. Kelas menjadi sunyi sepi. Masing-masing sedang memandang ke arahnya dan pelajar lelaki itu.
“Apa hal ni?”
Spontan Ariana memandang ke arah pintu. Tiba-tiba perutnya menjadi kecut. Akmal masuk ke dalam kelas sambil kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar sekolah. Baju kemeja yang tak berbutang itu menampakkan t-shirt berwarna hitan dengan gambar tengkorak. Tali leher hanya digantung longgar di leher. Baju pula tak dimasukkan ke dalam seluar.
“Apa hal ni?” Akmal bertanya lagi ketika dia berhenti di sebelah Ariana. Ariana masih memandang Akmal dari atas hingga ke bawah. SubhanAllah budak ni. Baru balik merempit ke apa? Pakaian tak senonoh betul.
“Kau tanya dia...” Pelajar lelaki itu menunjuk kearahnya sebelum melangkah ke belakang kelas. Akmal di sebelah memandang ke arahnya.
“Apa hal?” Akmal bertanya. Ariana tersedar. Dia masih lagi terkejut dengan penampilan Akmal yang dah macam mat rempit kelas satu itu.
“Tak ada apa-apa. saya cuma tegur kawan awak tu. Itu je...” Ariana menjawab cuba bertenang. Akmal merenung wajah Ariana tajam. Ariana menelan air liur namun dia cuba berlagak tenang. Jatuhlah kredibiliti dia sebagai seorang guru kalau takut dengan pelajar sendiri. Dalam kawasan sekolah, apalah budak ni boleh buat kan. Namun kata-kata Suzi mula bermain di dalam fikirannya. Dia kembali kecut perut.
“Mal sini...”
Akmal memandang ke arah belakang kelas. Ariana turut sama memandang ke arah yang sama. Akmal berjalan menuju ke arah rakan yang memanggilnya. Ariana hanya tercegat berdiri di situ. Rasa macam malu gila bila diperlakukan sebegitu dihadapan pelajar yang lain. Menyesal betul dia menerima permintaan daripada Suzi tadi. Kalau dia tahu, sumpah dia tak nak terima.
Ariana kembali ke meja guru. Dia tunduk sambil berpura-pura menyambung kerja yang terhenti tadi. Sebetulnya dia masih terasa malu dan sakit hati. Tumpuannya agak terganggu. Dia menjeling jam di tangan. Masih ada dua puluh minit lagi sebelum masa tamat. Kenapalah masa hari ni berjalan lambat sangat mengalahkan tenggiling berjalan. Huh.
Kelas kembali bising namun masih terkawal lagi. Mungkin mereka menghormati arahannya tadi atau pun kerana kehadiran Akmal yang muncul entah dari mana itu. Mungkin dari tandas kut. Namun nalurinya kuat mengatakan yang Akmal pasti datang dari bilik muzik. Hai, kenapalah hantu dalam bilik muzik tu tak ngap si Akmal ni je. Kan senang. Takdelah menyusahkan dia dan pihak sekolah. Paling best kalau si Akmal tu trauma lepas tu pindah sekolah. Hah, tu lagi senang.
Pap!
Ariana memejam mata sebelum mengangkat kepala. Spontan tangan mengosok kepala. Mata memandang gumpalan kertas di atas meja. Dia mencapai gumpalan tersebut sebelum memandang ke arah belakang kelas. Dia memandang ke arah pelajar yang hendak mencari gaduh dengannya tadi. Pelajar tersebut membalas renungannya tanpa gentar. Ariana mengalihkan pandangan ke arah Akmal yang sedang duduk menyandar ke dinding sambil menongkat kaki pada kerusi di sebelahnya. Gitar kapok diriba. Kedengaran bunyi petikan gitar sayup-sayup entah lagu apa. Ariana meletakkan kembali gumpalan kertas itu di hujung meja. Dia tunduk kembali sambil mengetap bibir menahan geram. Tangan cuba digerakkan untuk menanda latihan pelajarnya.
Pap!
Ariana memejamkan mata. Dia cuba bersabar dan mengawal kemarahan. Dibiarkan gumpalan kertas yang dibaling kearahnya buat kali kedua. Dia meneruskan menanda latihan pelajarnya.
Pap!
Ariana menepuk meja dengan kuat. Dia bangun sambil merenung tajam satu persatu  wajah-wajah saspek yang membaling gumpalan kertas kearahnya tadi. Semua pelajar terdiam. Mata Ariana merenung tajam kearah pelajar yang cuba nak cari pasal dengannya sejak dari tadi lagi. Pelajar itu membuat muka seperti minta penampar.
“Siapa yang baling benda ni pada saya tadi?”  Ariana bertanya sambil menunjukkan gumpalan kertas di tangan. Masing-masing diam. Kumpulan pelajar di belakang tidak mengendahkan pertanyaannya. Akmal masih lagi memetik gitar seolah-olah tidak mendengar pertanyaannya.
“Saya bagi amaran, kalau saya dapat tangkap siapa yang buat kerja-kerja ni, saya akan...”
“Kau nak buat apa?”
Spontan Ariana terdiam. Semua mata tertumpu ke belakang. Ariana turut sama memandang ke belakang. Akmal mengangkat gitar lalu dihulurkan ke arah rakan di sebelah. Akmal bangun lalu mula berjalan kearahnya. Ariana kembali kecut.
 “Saya..err...saya akan laporkan pada pengetua...” Ariana menjawab hampir tergagap. Rasa tebal sepuluh inci wajahnya kerana malu diperlakukan di hadapan pelajar yang lian.
“Huh! Kau ingat aku takut ke hah??!” Sergah Akmal. Ariana memejamkan mata. Rasa nak gugur jantung apabila mendengar tengkingan Akmal secara tiba-tiba itu.
“Sama ada awak takut atau tidak, itu bukan urusan saya. Tapi kalau ada pelajar yang biadap dan tak menghormati guru macam tu, saya kena bertindak...” Ariana menjawab dengan berani namun dalam masa yang sama terasa kecut perut apabila melihat renungan tajam Akmal. Akmal berjalan dan berdiri betul-betul dihadapannya. Ariana terpaksa mendongak untuk membalas renungan Akmal. Dia boleh terasa asap keluar dari kepala Akmal apabila melihat raut wajah Akmal yang dah macam singa lapar itu.
“Kau, sama je macam cikgu-cikgu yang lain. Tak guna!”
Ariana memejamkan mata. Hati terasa luluh dan pilu apabila digelar sebegitu oleh pelajar sendiri. Tak pernah lagi dia digelar sebegitu tambah-tambah dihadapan orang ramai macam tu.
Kringgg.
Ariana tersentak apabila terdengar bunyi loceng menandakan waktu telah tamat dan mata pelajaran seterusnya akan bermula. Akmal menjeling tajam ke arahnya sebelum berjalan keluar dari kelas sambil diikuti oleh geng enam jahanamnya. Ariana segera kembali ke meja lalu mengemas segala peralatannya dan berjalan keluar tanpa menunggu ucapan terima kasih dari ketua kelas. Tak sanggup nak duduk lama-lama dalam kelas tu.

3 140 tukang karut:

nurul nuqman said...

akmal n ariana


sweet la..

Cahaya said...

nurul>> :P

Leez Haleeza said...

bestnya

Post a Comment