RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, May 9, 2014

Muridku Suami Aku?(Bab 26)


 
BAB 26

 “Ariana...!”
Ariana menoleh ke kiri dan ke kanan. Tak nampak pula siapa gerangan orang yang memanggilnya itu. Serta merta fikiran dah jauh menyimpang memikirkan yang bukan-bukan. Tambah-tambah, kawasan bilik guru tu dah tak ada orang. Sengaja dia balik lambat kerana mahu menyiapkan beberapa perkara.
“Ariana..!”
Ariana menjenguk ke bawah melalui koridor. Kelihatan Cikgu Saufi di bawah sedang mendongak memandang ke atas.
“Cikgu ke yang panggil saya tadi?” Ariana bertanya dari atas.
“A’ah. Puas saya panggil dari tadi...”
“Kenapa?” Tanya Ariana.
“Boleh awak turun sini. Saya ada benda nak cakap ni...”
Ariana mengerutkan dahi. Otak ligat berfikir sebelum akhirnya bersetuju untuk turun ke tingkat bawah. Lagi pun dia memang nak balik pun.
“Tunggu kejap. Saya turun sekarang...” Ariana sempat berkata sebelum berjalan menuju ke arah tangga untuk ke tingkat bawah.
“Ada apa cikgu nak jumpa saya?” tanya Ariana apabila telah berada berhampiran dengan Cikgu Saufi.
“Macam ni. Saya nak minta tolong sikit...” Cikgu Saufi berkata sambil memandang sekeliling. Ariana jadi makin hairan dengan sikap cikgu Saufi itu.
“Nak minta tolong apa?”
“Err. Macam ni. Hujung minggu ni, sepupu saya kawin...”
“Jadi?”
“Hmmm, boleh tak saya nak minta tolong awak teman saya cari hadiah?”
“Hah? Cari hadiah? Bila?” Ariana bertanya agak terkejut. Tak pernah-pernah cikgu Saufi nak ajak dia ke mana-mana macam tu.
“Kalau boleh, petang ni lepas balik sekolah. Itu pun kalau awak tak sibuk...”
Ariana terdiam berfikir. Kalau diikutkan hati, memang dia nak tolak je tapi bila memikirkan yang dia ada satu hutang dengan cikgu Saufi dulu, dia jadi tak sampai hati pula. Lagi pun bukan pergi mana, teman cari hadiah je pun.
“Pukul berapa?”
“Boleh lah ni? Hmmm, dalam pukul 4 saya datang ambil awak, boleh?”
Ariana spontan menjeling jam di tangan. Baru pukul 2.45 petang.
“Bolehlah. Cikgu tahu ke rumah saya kat mana?” tanya Ariana.
“Tahu. Awak duduk satu rumah dengan Suzi kan?”
Ariana mengangguk. Agak hairan apabila cikgu Saufi tahu di mana dia tinggal.
“Kalau macam tu, jumpa nanti ye...”
“Okey...” Ariana menjawab. Dia hanya memerhatikan cikgu Saufi berlalu menuju ke keretanya. Dengan satu tarikan nafas, Ariana berjalan menuju ke Myvinya pula. Entah kenapa hati rasa tak sedap seperti akan berlaku sesuatu yang tidak diingini namun dia cuba untuk tidak mengendahkan. Ah, perasaan dia sahaja kut.

                                                                        ***
“Su, aku keluar kejap tau...”
“Kau nak ke mana? Dating eh...” Suzi bertanya sambil tersengih. Ariana tidak menjawab. Kasut tumit tinggi berwarna kuning dicapai dari dalam almari kasut.
“Kau ada nak pesan apa-apa ke?” tanya Ariana ketika berdiri di muka pintu.
“Tak ada apa. Kau nak keluar pergi mana ni?”
“Adalah. Kalau tak ada apa-apa, aku keluar dulu...” Ariana membuka kunci mangga pada gril pintu. Suzi bangun dan berjalan menuju ke arah Ariana.
“Kau keluar dengan siapa? Dating dengan Akmal eh...” Suzi sengih mengusik. Ariana buat muka.
“Mana ada. Cikgu Saufi ajak aku teman dia cari hadiah.”
“Cikgu Saufi? Cari hadiah apa?”
“Hadiah sepupu dia nak kawin. Dahlah, aku nak keluar ni...”
“Nanti dulu...!” Suzi menarik tangan Ariana membuatkan Ariana kembali masuk ke dalam rumah.
“Ish. Apa main tarik-tarik ni?” Ariana buat muka tak puas hati. Orang dahlah nak cepat.
“Kau ada apa-apa ke dengan cikgu Saufi?”
“Tak adalah. Yang kau ni banyak tanya kenapa? Aku tolong dia je. Dulu dia tolong aku. Tu je...”
“Dia tolong kau apa?”
Ariana terdiam. Alamak, terlepas cakap pulak.
“Err. Tak ada apa-apalah. Eh, cikgu Saufi dah sampai. Aku pergi dulu...” Kelang kabut Ariana melangkah.
“Rin, Akmal tahu ke?” Pertanyaan Suzi membuatkan langkah dia terhenti. Ariana menoleh.
“Aku tak perlu nak report semua pada dia hal aku. Aku pergi dulu...”
Suzi hanya merenung kelibat Ariana yang telah menghilang di dalam perut kereta cikgu Saufi itu. Dia mengeluh perlahan. Pintu ditutup setelah kereta cikgu Saufi memecut meninggalkan halaman rumah mereka itu.
                                                                        ***
ARIANA membelek-belek barangan elektrik yang dijual di situ. Sesekali dia memberi cadangan kepada cikgu Saufi hadiah apa yang mahu dibeli. Hampir sejam lebih mereka berlegar di kedai menjual barangan elektrik itu.
“Nak beli apa ni?” Tanya Ariana.
“Entahlah. Saya buntu sebenarnya ni. Tak tahu nak beli apa...”
“Periuk nasi tu, tak nak ke?” Ariana menunjuk ke arah periuk nasi elektrik yang sederhana besar. Cikgu Saufi hanya memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Ariana itu. Ariana pelik. Sepanjang dia keluar bersama cikgu Saufi ini, dia lihat cikgu muda itu seolah-olah tidak berada di sini. Hanya jasad sahaja di sini tapi fikiran di tempat lain.
“Cikgu Saufi...!”
Cikgu Saufi tersentak. Dia menoleh ke arah Ariana.
“Cikgu okey ke ni?”
“Hah? Okey-okey. Awak cakap apa tadi?”
“Saya cakap, kenapa tak nak beli je periuk nasi tu je. Kan senang...”
“Hmm, okeylah...” Cikgu Saufi mengambil periuk nasi itu tanpa banyak bicara. Ariana semakin pelik. Dia mengekori cikgu Saufi ke kaunter bayaran. Setelah membuat bayaran, mereka berjalan keluar dari kedai tersebut.
“Err, cikgu ni ada masalah ke?” Ariana bertanya apabila melihat cikgu Saufi yang macam serba tak kena itu.
“Ha? Err..tak ada apa-apa.” Cikgu Saufi menjawab. Ariana mengangkat kening seolah-olah tidak mahu percaya.
“Hmmm. Sebenarnya...”
Ariana menunggu cikgu Saufi menyambung kata-katanya itu dengan sabar.
“Ariana, boleh awak tolong saya lagi?”
Kening Ariana terangkat sebelah. Aduh, nak tolong apa lagi ni?
“Tolong apa?”
“Err..boleh tak awak temankan saya ke kenduri sepupu saya tu?”
Ariana membuntangkan biji mata namun belum sempat dia menjawab. HTCnya berbunyi. Pantas dia mengeluarkan HTC. Dia menelan air liur apabila dia melihat nama yang naik pada skrin HTC itu.
“Helo...” Ariana menjauhkan diri daripada cikgu Saufi untuk menjawab panggilan tersebut.
“Awak kat mana?”
Ariana menelan air liur. Kenapa pulak Akmal nak telefon waktu-waktu macam ni. Selalu tu boleh pulak telefon waktu malam.
“Errr, kat rumahlah. Kenapa awak tanya?” Ariana berbisik sambil membuat isyarat ke arah cikgu Saufi supaya tunggu sebentar.
“Hmmm. Tak apalah. Bye..”
Ariana merenung HTC apabila Akmal memutuskan talian secara tiba-tiba. Entah kenapalah dengan budak tu. HTC dimasukkan kembali ke dalam beg tangan.
“Apa cikgu cakap tadi?”
“Macam ni, saya nak...” Cikgu Saufi terdiam. Ariana memandang pelik ke arah cikgu Saufi.
“Cikgu? Kenapa ni?”
“Akmal, awak buat apa kat sini?” Cikgu Saufi menegur sambil memandang melepasi belakang Ariana. Tubuh Ariana keras serta merta. Jantung berdegup laju. Jangan cakap Akmal tengah berdiri kat belakang dia sekarang.
“Tak buat apa. Saja lepak-lepak...” Suara Akmal menjawab dingin. Ariana memejamkan mata. Habislah dia.
“Cikgu buat apa kat sini?” Tanya Akmal. Ariana tak berani nak pandang belakang.
“Jalan-jalan cari barang dengan cikgu Ariana.” Selamba Cikgu Saufi menjawab.
“Oh. Cikgu Ariana pun ada? Tak perasaan pun...” Suara Akmal terasa menyindir. Perlahan-lahan Ariana memusingkan badan. Tak guna nak menyorok pun.
“Hai Akmal...” Ariana menegur takut-takut. Tak berani nak pandang muka Akmal. Rasa macam boleh nampak asap keluar dari telinga Akmal. Huhu.
“Tak apalah kalau macam tu. Saya balik dulu...” Akmal terus berlalu dari situ. Ariana kaget dengan tindakan Akmal itu. Dia ingat Akmal akan hentak cikgu Saufi ke apa. Mujurlah Akmal boleh berfikiran rasional namun dia tetap takut untuk berhadapan dengan Akmal nanti. Macam manalah boleh terserempak dengan Akmal hari ni.
“Jom, kita pergi makan. Saya belanja...” suara Cikgu Saufi mengejutkan lamunan dia. Ariana akur sebelum mengekori Cikgu Saufi menuju ke restoran.

Ariana hanya menguis makanan yang masih berbaki banyak di dalam pinggannya itu. Tiba-tiba hilang selera makan apabila membayangkan apa yang terpaksa dia hadapi dengan Akmal nanti. Salah dia juga kerana tak bagitahu Akmal awal-awal. Tapi perlu ke dia bagitahu semua perkara kepada Akmal? Walaupun mungkin Akmal menganggap dirinya milik lelaki itu, namun dia tak rasa pun macam tu. Tapi sedikit sebanyak ada juga rasa bersalah timbul dalam hatinya. Ariana mengeluh perlahan tanpa sedar.
“Kenapa ni? Macam ada masalah besar je...”
Ariana mengangkat kepala. Senyum tawar dihadiahkan kepada cikgu Saufi.
“Taklah. Cuma penat je...” Spontan dia memberikan alasan. Lagi pun memang dia penat pun. Penat mental dan fizikal.
“Maaflah kalau saya menyusahkan awak...”
“Taklah. Cikgu jangan salah faham...”
“Ariana...”
Ariana memandang wajah cikgu Saufi. Lain macam je ni.
“Awak, dah ada teman lelaki?”
Bulat mata Ariana merenung wajah cikgu Saufi di hadapan.
“Err, kenapa cikgu tanya macam tu?”
“Hmm, sajalah nak tahu. Mana tahu kalau-kalau saya masih ada peluang...”
Ariana menggigit bibir. Cuma memahami maksud sebenar disebalik kata-kata cikgu Saufi itu.
“Ehemm. Saya..err..saya. Eh, siapa nama sepupu cikgu tu?” Ariana cepat-cepat menukar tajuk. Tak selesa nak cerita hal peribadi dengan cikgu Saufi. Cikgu Saufi mengeluh perlahan.
“Nama dia Zarina. Bakal tunang tak jadi.”
“Hah?” Ariana terkejut. Bukan ke tadi cikgu Saufi ni cakap sepupu dia?
Cikgu Saufi ketawa lucu membuatkan Ariana termalu sendiri.
“Err, tadi cikgu cakap wedding sepupu, kenapa tunang tak jadi pulak?”
“Hmmm, sepatutnya dia bertunang dan kawin dengan saya. Tapi saya tolak. Family yang beriya-iya nak jodohkan kami.”
Ternganga Ariana mendengar kata-kata Cikgu Saufi itu.
“Kenapa cikgu tolak?” Ariana ingin tahu. Cerita panas ni.
“Sebab saya tak cintakan dia.” Mudah Cikgu Saufi menjawab.
“Ohh. Habis tu, dia macam mana?”
“Dia sedih juga.”
“Kenapa?”
Cikgu Saufi mengangkat bahu.
“Entahlah. Dengar cerita, dia sukakan saya...”
Ariana terdiam seketika.
“Kenapa cikgu tak cintakan dia?”
Cikgu Saufi hanya tersenyum sehingga membuatkan Ariana sedar yang dia dah tanya soalan bodoh.
“Cinta ni, bukan boleh dipaksa-paksa. Dia datang sendiri. Kadang-kala kita tak sedar pun perasaan itu hadir dalam diri.”
Ariana terdiam. Serta merta dia terbayangkan wajah Akmal.
“Jadi, cikgu tolak  rancangan perkahwinan tu sebab cikgu tak ada perasaan pada dia? Bukan ke cikgu cakap cinta tu datang sendiri? Mana tahu kalau cikgu terima dia, perasaan itu akan hadir...”
Cikgu Saufi tersenyum lagi. Ariana terdiam. Entah apalah yang tak kena dengan diri dia sampai boleh nak nasihat soal cinta macam tu pada cikgu Saufi. Adakah dia nak bagitahu pada cikgu Saufi yang dia pun sedang menghadapi situasi yang sama dengan Akmal? Menerima Akmal tanpa rasa cinta dan berharap perasaan itu akan datang sendiri?
“Saya tak nak sakitkan hati dia...”
“Maksudnya?”
Cikgu Saufi menarik nafas panjang.
“Saya sukakan orang lain...”
Bulat mata Ariana memandang wajah cikgu Saufi. Cerita makin panas ni.
“Siapa?” Tanya Ariana ingin tahu.
“Awak rasa?”
Ariana mengerutkan dahi. Cis, main rasa-rasa pulak.
“Mana saya tahu. Ala, bagi tahu jelah...”
Cikgu Saufi tersenyum lagi.
“Kalau saya cakap orang yang saya cakap tu, sekarang sedang duduk di hadapan saya ni, macam mana?”
Ariana mengambil masa sepuluh saat untuk memahami maksud kata-kata Cikgu Saufi. Dia memandang ke belakang, seolah-olah mencari siapakah orang yang dimaksudkan oleh cikgu Saufi itu.
“Errr, cikgu tak maksudkan saya, kan?” Ariana bertanya tersekat-sekat. Cikgu Saufi hanya tersenyum penuh makna. Ariana telan air liur. Terasa peluh menitik di dahi. Jantung dah kembali berdebar.
“Ariana....”
“Errr, cikgu. Jom balik. Saya dah janji dengan Suzi nak tolong dia kemas rumah...” Ariana mengelabah sampai cakap pun tak fikir panjang. Cikgu Saufi terkejut namun akhirnya akur. Dia bangun lalu membayar harga makanan tersebut. Ariana menarik nafas panjang. Memang menyesal betul keluar dengan cikgu Saufi ni.
Setelaha membuat bayaran, mereka berjalan keluar menuju ke tempat letak kereta. Ariana cuba mengelak dari berada berdekatan dengan cikgu Saufi. Rasa macam nak balik sendiri je. Tak sanggup nak berlama-lama dengan cikgu Saufi.
“Jahanam!”
Spontan Ariana memandang ke depan. Dia melihat cikgu Saufi membelek tayar hadapan tempat pemandu. Ariana mendekati cikgu Saufi.
“Kenapa?”
Cikgu Saufi tidak menjawab. Muka lelaki itu kelihatan  berang menahan marah. Ariana memandang ke arah tayar hadapan tempat pemandu itu. Mata hampir terbeliak. Tayar kereta itu telah kempis disebabkan oleh lubang yang seperti ditoreh dengan pisau. Ariana mengetap bibir.
“Akmalll!” Ariana mengumam geram.
p/s: TO BE CONTINUED.

4 140 tukang karut:

shariza azlina mohd puat said...

hi saya br je follow blog awak nie.. berstla citer ne.. mmg da sia tulis ek... still nk wat n3 baru tak? smbungla lagi.. saya suka sngt nie. jrg ada citer yg hero kata suka but layan awek cam ganas2 ...

Cahaya said...

shariza>>citer ni dah siap pun n dah hantar dekat editor tp belum dpt jawapan lg sama ada nak terbit atau tak. so sy masukkan entri ikut bab sikit2. nanti leh klik dekat side bar ye. sy akan update at least sehari satu entri. enjoy reading dear. thx for support. ;)

Anonymous said...

buku nie xde jual dkat kdai ke

Cahaya said...

anon, tak pasti. tapi boleh beli direct dengan penerbitan fajar pakeer di FB.

Post a Comment