RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, March 30, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 25)


Bab 25

Ariana menarik nafas panjang dibelakang pentas. Selesai sudah persembahan pelajar dibawah bimbingannya tadi. Alhamdulillah, mujur semuanya berjalan seperti yang dirancang. Rata-rata persembahan tersebut mendapat pujian dan tepukan gemuruh sehingga ada guru-guru yang mengalirkan air mata. Tak sia-sia pelajar-pelajar tersebut menghabiskan masa berminggu-minggu setiap petang semata-mata untuk membuat persembahan pada hari tersebut. Setelah memastikan semua telah selesai di belakang pentas, Ariana mengambil keputusan mahu turun ke dewan untuk menonton persembahan seterusnya. Dengarnya ada persembahan dikir barat. Teringin pula nak tengok.

Ariana tertinjau-tinjau ke arah barisan hadapan yang menempatkan guru-guru. Seketika kemudian, dia ternampak kelibat Suzi yang sedang duduk dua baris dari tepi. Laju kaki di hala menuju ke arah Suzi. Suzi menoleh apabila dirasakan seperti ada seseorang yang duduk di sebelahnya.
“Persembahan apa lepas ni? Dikir barat ke?” Ariana bertanya sambil mata memandang ke arah pentas. Tabir labuh masih belum dibuka, menandakan persiapan di atas pentas sedang dilakukan untuk persembahan seterusnya.
“Ye kot. Kalau ikut atur cara pada kertas ni, memang dikir barat...” Suzi menjawab sambil membaca kertas aturcara majlis yang diedarkan pada awal majlis tadi. Ariana tidak menjawab. Setelah menunggu beberapa minit, pengacara majlis mengumumkan persembahan seterusnya akan bermula sebentar sahaja lagi namun tidak disebutkan pula persembahan apa.
Rahang Ariana hampir jatuh beberapa inci apabila tabir pentas dinaikkan perlahan-lahan. Rasa macam tak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang. Dada tiba-tiba berdebar.
I want to dedicate this song to my special one...” Suara Akmal bergema di seluruh dewan itu benar-benar buat dia hampir diserang sakit jantung. Dia segera mencapai kertas aturcara majlis dari tangan Suzi dan menelitinya satu persatu. Tak ada pula tertulis yang akan ada band performance dari geng enam jahanam. Suzi di sebelah dah tayang muka nak mengusik namun Ariana cuba berlagak selamba walaupun jantung dah tak reti nak duduk diam.
This is for you..Hasrat...” Akmal berkata sebelum mula memetik gitar diikuti dengan ahli kumpulan yang lain. Ariana menelan air liur apabila Akmal mula menyanyikan lagu tersebut.
Kasihku,
Ingin ku menyatakan
Hasrat ikhlas di hati ini
Mungkinkah luahan dapat diabadi
Bagaimana harus nak ku buktikan
Tak terdaya nak ku melafazkan
Hanyalah satu keikhlasan diri

Suzi di sebelah dah sengih kerang busuk sambil mencuit pinggangnya. Ariana menepis tangan Suzi sambil merenung tajam ke arah teman serumahnya tanda amaran namun dalam masa yang sama, muka dah panas berbahang. Tak berani dia nak angkat muka memandang ke arah Akmal yang seperti asyik merenung kearahnya apabila menyanyikan lagu tersebut. Dia berdoa supaya Akmal tidak melakukan perkara yang boleh membocorkan rahsia mereka. Kalau tak, memang nahaslah.

Ariana merenung wajah pada cermin di dalam tandas bilik guru. Rasa macam cacing kepanasan sahaja bila berada di dalam dewan tadi. Suzi pulak tak habis-habis nak mengusiknya sambil tayang senyum nakal. Rasa tak tahu mana nak tala muka ini. Rasa macam seolah-olah seisi dewan itu tahu yang Akmal menujukan lagu tersebut padanya walaupun Akmal tidak menyebut namanya. Mujurlah. Kalau tak, mahu dia pengsan kat situ pula. Entah macam manalah Akmal boleh terfikir nak buat persembahan hari ni. Memang pakai redah jelah mamat samseng tu. Tak makan saman betul. Nasib baik tak kecoh. Ariana mengeleng kepala. Akmal ni memanglah. Semua pakai belasah je ikut suka hati dia. Bukan nak fikir dulu sebelum buat apa-apa. Dia mengeluh perlahan. Kalau hari-hari dia menerima kejutan macam ni, mahu boleh kena tekanan darah tinggi.
Ariana membuka kepala paip sebelum membasuh tangan. Jam di tangan dijeling sekilas. Hampir pukul 2.30 petang. Barang kali semua guru-guru dan pelajar dah balik. Majlis tadi pun habis awal dalam pukul 1.30. lepas habis je majlis sambutan hari guru tadi, terus dia ke surau untuk solat zohor lepas tu barulah dia tergerak nak ke tandas. Debar di dada tak hilang lagi gara-gara Akmal. Setelah dirasakan terlalu lama berada di dalam tandas tersebut, Ariana keluar dari tandas lalu berjalan menuju ke bilik guru untuk mengambil beg tangannya. Tergerak hati untuk melihat HTCnya, Ariana mengeluarkan HTC dari dalam beg tangan sebelum menyentuh skrin telefon tersebut. Hmm, ada sepuluh miss calls daripada Akmal. Entah apalah yang budak tu mahu. Tak cukup lagi ke nak buat dia naik segan? Ariana menyentuh skrin untuk membaca mesej yang juga dihantar oleh Akmal tadi.
‘Dtg belakg blk muzk skg’
Ariana hanya merenung mesej yang dihantar oleh Akmal itu tanpa perasaan. Tak terasa pula mahu menemui Akmal sekarang. Malu pun tak hilang lagi. Baru sahaja dia mahu memasukkan HTC kembali ke dalam beg tangan, HTC bergegar. Mesej daripada Akmal lagi.
‘sy akn tgu smpi awk dtg’
Ariana mengeluh perlahan. Memang budak tak makan saman betullah. Dia melihat waktu mesej pertama yang dihantar oleh Akmal tadi. Pukul 1.45 petang. Ini bermakna hampir sejam Akmal sudah menunggunya. Mahu tak mahu terpaksa juga digagahkan diri untuk berjalan menuju ke belakang bilik muzik. Entah apalah yang budak tu mahu.
Setibanya di belakang bilik muzik, dia melihat Akmal sedang duduk mengadap bukit. Angin yang bertiup lembut membuatkan rambut Akmal terbuai-buai. Tiba-tiba jantung Ariana kembali berdegup kencang. Ariana mengelengkan kepala. Fokus Ariana fokus. Itu hanyalah Akmal. Bukan Jerry Yan okey?! Kaki diatur perlahan menghampiri Akmal.
“Ada apa nak jumpa saya ni?” Ariana bertanya perlahan. Akmal masih tidak memusingkan badan. Ariana mencebik apabila melihat telinga Akmal tersumbat dengan earphone. Spontan tangan menarik salah satu earphone yang tersumbat di telinga Akmal. Akmal menoleh.
“Nak apa jumpa saya ni? Saya nak balik. Penat...”
Akmal masih lagi memandang ke arahnya sehingga membuatkan Ariana tertunduk. Sejak akhir- akhir ni, renungan Akmal mampu membuatkan jantung dia bergetar hebat. Hai, masalah betul.
“Nah...”
Ariana mengangkat kepala sebelum spontan tangan menyambut sesuatu yang melayang dihadapan matanya. Beg kertas berwarna biru yang berjaya ditangkap itu direnung.
“Apa ni?”
“Bukak....” Akmal menjawab sebelum kembali memandang ke arah bukit dihadapan mereka itu. Ariana melihat isi kandungan beg kertas tersebut dengan perasaan ingin tahu. Sebuah kotak sederhana besar dikeluarkan. Perlahan-lahan kotak tersebut dibuka. Terbeliak mata dia memandang isi kandungan kotak tersebut.
“Akmal....”
Akmal menoleh. Ariana menggigit bibir.
“Kenapa? Tak suka ke?” Tanya Akmal. Ariana tidak menjawab. Dia kembali menatap isi kandungan kotak tersebut.
“Maaflah kalau awak tak suka. Saya ingat awak suka benda tu. Saya tengok awak asyik tengok benda tu je masa dekat pusat beli belah hari tu. Jadi saya beli dan bagi sebagai hadiah Hari Guru...”
Ariana masih lagi mendiamkan diri. Sebetulnya dia tak tahu nak kata. Terlalu terharu dengan sikap Akmal ini. Music box yang pernah dia lihat dulu semasa pertama kali keluar dengan Akmal, kini berada di tangannya. Tak sangka Akmal begitu teliti memerhatikannya walaupun luaran nampak kasar dan seperti tidak mempunyai perasaan.
“Ariana, maafkan saya. Saya ingat awak suka...”
“Saya suka. Thanks...” Hanya itu sahaja yang mampu dia ucapkan.
“Tapi kenapa awak diam je?”
“Err, saya...err...terharu.Tak sangka awak tahu saya suka benda ni...” Tergagap Ariana menjawab. Muka dah terasa merah. Akmal kembali mengukir senyuman membuatkan jantung Ariana berdegup dua kali lebih laju.
“Tapi, awak kata awak tak pernah anggap saya sebagai cikgu. Kenapa bagi hadiah hari guru?” Ariana tiba-tiba bertanya. Akmal diam sejenak. Mungkin memikirkan jawapan bagi soalan tersebut.
“Anggap sahaja sebagai tanda terima kasih...”
“Terima kasih? Untuk apa?” Ariana bertanya pelik.
“Sebab awak, saya mampu dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan lepas...”
“Akmal, itu semua usaha awak, tak ada kaitan dengan saya...” Ariana menjawab tidak setuju.
“Tapi saya belajar sebab awak...” Akmal seolah-olah berdegil. Ariana menarik nafas panjang. Hai, tak makan saman betul.
“Suka hati awaklah. So, ada apa-apa lagi? boleh saya balik?”
Akmal merenung Ariana lama. Ariana berdehem sambil berpura-pura membelek kotak muzik di tangan padahal dalam hati rasa nak pecah jantung dek renungan Akmal itu. Akmal berdiri sebelum berjalan perlahan ke arahnya. Ariana mengangkat kepala.
“Akmal, ingat kita kat mana ni...” Ariana dah cuak. Kalau ikutkan hati dah lama dia cabut lari namun kaki tak boleh nak digerakkan pula. Akmal menyeluk poket seluar sekolahnya. Sebuah kotak kecil dikeluarkan. Ariana telan air liur. Berdebar rasa hati apabila melihat kotak ditangan Akmal itu. Kotak tersebut dibuka.
“Untuk awak....”
Ariana hanya merenung seutas gelang emas putih yang berada di dalam kotak baldu itu. Rasa macam tak percaya. Biar betul Akmal ni. Jangan cakap Akmal nak propose dia pulak. Mahu dia terjun bukit jam tu jugak. Huhu.
Akmal mengambil gelang tersebut lalu mahu dipakaikan di tangan Ariana sebelum terhenti.
“Awak biasa pakai sebelah mana?”
“Hah?” Ariana blur. Akmal tanya pasal apa pulak ni?
“Gelang ni, awak nak pakai tangan mana?”
“Oh...errr...kanan.” Ariana menjawab kalut.  Dada masih berdebar. Kepala tak mampu nak mencerna apa yang sedang berlaku sekarang. Akmal terus memakaikan gelang tersebut di tangan kanan Ariana sebelum ditarik tangan Ariana lalu dikucup lembut membuatkan Ariana seperti terkena renjatan elektrik.
“Akmal, sini sekolah...” Segera Ariana menarik tangannya itu. Anak rambut yang ditiup angin segera diselit ke celah telinga. Dia berjalan menjauhi Akmal, berpura-pura mahu melihat bukit di hadapan mereka walhal jantung dah terasa jatuh sampai ke perut.
“Akmal, kenapa awak bagi gelang ni? Bukan ke awak dah bagi music box ni sebagai hadiah hari guru?” Ariana bertanya ingin tahu. Gelang di tangan di belek-belek. Gelang emas putih yang berjurai-jurai dengan bentuk love. Terdapat satu bentuk love yang hanya separuh sahaja. Aik? Mana separuh lagi? Tercicir ke?
“Itu hadiah sebab awak sudi terima saya sebagai kekasih awak...”
Hampir tersedak Ariana apabila Akmal secara selamba menyebut perkataan ‘kekasih’ itu. Muka dah terasa berbahang. Berada bersama dengan Akmal ni boleh buat dia diserang sakit jantung.
“Awak tak perlu...errrr..saya..err...err...mesti mahal kan gelang ni. Saya..err...tak boleh terima...” Ariana serba salah. Tak tahu nak cakap macam mana sebenarnya. Dia tahu gelang tangan tersebut bukan murah. Silap-silap boleh mencecah ribuan harga.
“Harga tak penting Ariana. Yang penting, awak sudi terima saya. Lebih dari itu pun saya sanggup bagi...”
Ariana mengetap bibir. Tiba-tiba dia rasa terusik.
“Akmal, maafkan saya. Saya tak perlukan ini semua. Terima kasih banyak-banyak. “ Ariana cuba menanggalkan gelang tersebut dari tangannya. Dia bukan seperti yang Akmal sangka kan. Dambakan wang ringgit.
“Kenapa? Awak tak suka?” Akmal bertanya seolah-olah tak memahami apa yang ingin dia sampaikan.
“Suka. Tapi saya bukan jenis yang mahukan wang ringgit orang lain. Maaf Akmal. Awak dah salah faham...” Ariana mencapai tangan Akmal lalu diletakkan gelang tersebut ditapak tangan Akmal.
“Saya balik dulu...” Ariana mahu berlalu dari situ namun Akmal menarik tangannya membuatkan dia terhenti.
“Ariana, kenapa ni? Saya tak faham. Saya ada buat salah ke?”
Ariana melepaskan keluhan.
“Tak, awak tak buat salah apa-apa.”
“Habis tu kenapa awak marah?”
“Saya tak marah...”
“Dah tu kenapa awak pulangkan gelang ni?”
Ariana meraup muka yang dah terasa seperti berlengas.
“Akmal, saya terima awak bukan sebab awak banyak duit atau pun berharta. Jadi tak perlulah awak nak bagi saya benda-benda ni semua.”
Akmal memandang ke arahnya seolah-olah masih tidak memahami apa yang dia nak sampaikan.
“Saya tak faham..”
Ariana menarik nafas panjang. Macam manalah nak bagi budak ni faham.
“Akmal, saya bukan sesuatu yang awak boleh beli dengan wang ringgit. Benda-bneda ni semua, takkan mampu nak beli hati saya..”
Akmal merenung Ariana lama sehingga membuatkan Ariana gelisah.
“Awak ingat, saya gunakan duit untuk pikat hati awak?”
Ariana terdiam. Nada suara Akmal dah lain macam.
“Awak ingat, rasa cinta saya terhadap awak boleh di nilai dengan wang ringgit?” Akmal mula berjalan mendekatinya sehingga membuatkan Ariana melangkah setapak ke belakang.
“Akmal, relaks okey. Jangan marah. Saya cuma..errr...” Ariana tak tahu nak kata apa.
“Saya ikhlas sayangkan awak Ariana. Tak ada apa di dunia ini yang mampu membeli rasa cinta saya terhadap awak...”
Ariana telan air liur. Dia berundur ke belakang apabila Akmal semakin mara.
“Akmal, saya minta maaf. Saya tak patut..err...saya ingat...” Ariana dah mula mengelabah apabila Akmal masih mara ke arahnya.
“Akmal...!”
Akmal seolah-olah tersedar. Spontan dia berhenti. Ariana menarik nafas panjang. Kalau beberapa tapak lagi dia berundur, pasti dah jatuh ke bawah.
“Maafkan saya.” Ariana berkata perlahan. Dia tak patut tuduh Akmal macam tu. Mungkin Akmal ikhlas dan dia harus menerima hakikat itu.
“Percayakan saya Ariana. Tiada satu manusia pun yang mampu mengantikan awak dalam hidup saya.”
Ariana terdiam. Akmal berjalan mendekatinya. Tangan Ariana ditarik lalu gelang dipakaikan kembali di tangan Ariana.
“Boleh awak terima dengan ikhlas gelang ni?” Akmal bertanya. Ariana merenung wajah Akmal sebelum mengangguk perlahan. Akmal tersengih nakal. Dahi Ariana berkerut.
“Kenapa awak senyum?” Ariana bertanya curiga. Akmal ni kalau buat muka macam tu mesti ada apa-apa.
“Hmmm, tak ada apa-apa...”
Ariana dah buat muka tak puas hati.
“Baik awak cakap cepat...”
Akmal masih lagi tersengih.
“Cepatlah Akmal. Kalau tak, saya tolak awak jatuh bawah...” Ariana berkata separuh mengugut.
“Kejamnya...”
Ariana buat muka.
“Hmmm, saya cuba berniat dalam hati...”
“Hah? Berniat dalam hati? Berniat apa?” tanya Ariana pelik.
“Saya berniat, kalau awak terima gelang ni dengan ikhlas, maknanya....” Akmal senyum penuh makna.
“Maknanya apa?”
“Maknanya awak dah sah jadi tunang saya.”
Ariana diam berfikir beberapa ketika.
“APA?!” Ariana terjerit kuat. Akmal masih lagi tersengih nakal.
“Merepeklah awak ni. Awak ingat senang ke nak bertunang macam tu je?”Ariana dah mengelabah. Tak mungkin dia dah bergelar tunang Akmal. Tak mungkin.
“Awak tahu tak, tunang boleh terjadi walaupun antara dua pihak sahaja. Saya dan awak, bila awak dah setuju nak terima gelang tu secara ikhlas, automatik awak dah jadi tunang saya...”
Ariana mengeleng. Mengarut betul Akmal ni.
“Mana boleh macam tu. Awak tak cakap pun kalau saya terima gelang tu, secara automatik kita dah bertunang. Saya tak setuju...” bersungguh-sungguh Ariana menafikan. Akmal hanya tersengih.
“Terpulang pada awak. Yang penting, awak tunang saya sekarang...” Akmal masih tak mahu mengaku kalah. Ariana mencebik.
“Amboi senang je awak cakap. Pakai bertunang macam tu je. Untunglah awak. Orang lain siap buat kenduri lagi, bagi hantaran berdulang-dulang, tapi awak hanya bagi gelang je. Mana aci..”
Akmal cuba menahan ketawa. Ariana tersedar. Apa benda dia dah melalut ni?
“Jadi awak nak buat kendurilah ni? Nak hantaran semua tu?”
Cepat-cepat Ariana mengeleng. Akmal ketawa.
“Malas layan awak..” Ariana berkata seolah-olah merajuk diusik begitu. Dia kembali merenung gelang ditangan. Biar betul dia dah jadi tunang Akmal sekarang? Wuaaaaa!
“Janji dengan saya...”
Ariana mengangkat muka.
“Janji apa?”
“Janji jangan buka gelang tu dari tangan awak, selagi hati awak tak terbuka untuk lelaki lain...”
Ariana merenung wajah Akmal seolah-olah mahu memahami maksud yang ingin disampaikan oleh Akmal. Suara Akmal macam agak sedih. Seolah-olah Akmal tahu yang hatinya masih belum terbuka lagi untuk Akmal. Akmal seperti mahu dia berjanji walaupun hatinya masih belum terbuka untuk dirinya dan masih belum terbuka juga untuk lelaki lain, pakailah gelang itu. Dan apabila ditakdirkan satu hari nanti jika hatinya dah terbuka untuk lelaki lain, barulah buka gelang itu sebagai isyarat pada Akmal yang dia tak mempunyai perasaan terhadap Akmal.
Ariana tunduk. Gelang tangan tersebut disentuh. Sampai bilakah gelang ini akan berada di tangannya?
“Akmal, boleh saya tanya sesuatu?”
Akmal memandangnya sebagai isyarat supaya dia meneruskan.
“Kenapa love pada gelang ni ada separuh je? mana separuh lagi?” Ariana menunjuk pada love tersebut.
“Separuh awak simpan, separuh lagi saya simpan..”
“Hah?”
Akmal mengeluarkan kunci kereta dari poketnya. Dia menunjukkan separuh lagi love yang disangkutkan sekali dengan kunci kereta. Ariana cuba menahan senyum di bibir. Rasa macam lawak pulak bila Akmal simpan separuh love tersebut. Memang tak sepadan betul dengan gelaran samseng plus mat rempit. Haha.
“Kenapa senyum?”
Ariana mengeleng. Tak sangka Akmal ni romantik jugak. Sekarang dia memang tak ada pilihan lain selain mengakui yang Akmal memang sangat romantik bila dia nak masuk mood jiwang macam ni. Sedikit sebanyak, hatinya turut sama cair.
 p/s: TO BE CONTINUED.

10 140 tukang karut:

lee jee joong said...

oh akmalku :) muah muah muah muah ...<3

Cahaya said...

lee jee jong>>akmal says muahmuahmuah jugak heee.

norma yusof said...

Best2...skenya...seronok sgt...

Cahaya said...

norma yusuf>>thx heeee :)

hk said...

terbaek!!!

Cahaya said...

hk>> thx.... :)

Insyirah said...

Owh no...!! I wish akmal tu my boyfren...tp x leh....nt hubby marh... I wish my hasben tukar jd cm akmal...so sweet.....

Cahaya said...

insyirah>>heeeee...ur hubby boleh jadi ur akmal jugak kan..heee...

Unknown said...

Sweett tersangat . terangkat-ii baca haha

Unknown said...

Sweett tersangat . terangkat-ii baca haha

Post a Comment