RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, March 29, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 24)


BAB 24
ARIANA mendepangkan tangan sambil menghirup udara yang segar. Cuaca agak sejuk pada pagi itu. Walaupun dia suka suasana di situ namun dia dah tak sabar-sabar nak balik rumah. Risau sebenarnya banyak sangat menghabiskan masa dengan Akmal. Bimbang hatinya tewas. Huhu. Ariana tersandar pada kereta sport Akmal. Bosan menunggu Akmal menyelesaikan urusan daftar keluar. Ramai orang agaknya. Dia berpeluk tubuh sambil mengoyangkan kepala menyanyikan lagu Blue-Big Bang yang berdentum dari HTCnya. Sesekali dia menjeling jam ditangan. Manalah Akmal ni. Hari dah mula nak panas.
“Rinnn!”
Ariana spontan memandang sekeliling mencari suara yang memanggil namanya itu.
“Arianaaaa!” Ariana menoleh ke sebelah. Hampir nak pengsan apabila melihat Suzi melambai-lambai ke arahnya. Ariana dah mengelabah apabila Suzi berjalan mendekatinya.
“Kau buat apa kat sini?”
Ariana telan air liur. Dia memandang ke arah hotel sambil berdoa yang Akmal lambat lagi keluar.
“Errr. Tak ada apa-apa.” Ariana menjawab tergagap. Suzi memandang curiga kearahnya.
“Kau buat apa kat sini? Bukan kata kau keluar dengan family ke?” Cepat-cepat Ariana menukar tajuk.
“Aku datang sini dengan familylah. Saja bawa berjalan. Kau datang dengan siapa? Family?”
“Hah? Aaa...a’ah. Dengan family aku...” Tergagap Ariana menjawab.
“Mana family kau? Angah kau ada sekali ke?” Suzi dah memanjangkan leher mencari kelibat keluarga Ariana.
“Errr...aku..er...”
Sorry lambat. Ramai orang...”
Spontan Ariana dan Suzi menoleh. Ariana rasa macam nak terjun gaung jam tu juga apabila melihat Akmal berdiri di hadapannya. Suzi memandang wajah Akmal dengan raut wajah terkejut sebelum memandang ke arah Ariana. Ariana tak berani nak angkat muka.
“Cikgu Suzi....” Sapa Akmal selamba.
“Akmal...” Suzi membalas sapaan tersebut namun dia masih memandang wajah Ariana yang tunduk merenung tanah.
“Cikgu buat apa kat sini?” Akmal bertanya.
“Bercuti dengan family. Awak, buat apa kat sini?”
“Bercuti...”
“Hmmm, bercuti...dengan siapa?”
Ariana menjeling Suzi dan Akmal yang berdiri di hadapannya. Tolonglah Akmal, jangan cerita hal sebenar.
“Dengan Ariana...”
Ariana memejamkan mata. Kalaulah dia boleh menghilangkan diri macam dalam cerita Harry Potter tu, dah lama dia buat.
“Ariana? Maksud awak? This Ariana?” Suzi bertanya tidak percaya. Akmal mengangguk.
“Ohhh...” Suzi merenung tajam ke arahnya. Ariana membuat muka kasihan.
“Tak apalah kalau macam tu. Selamat errr bercuti..” Suzi berkata sebelum berlalu dari situ. Ariana rasa macam nak pengsan. Habislah dia kali ni.
“Jom...” Akmal membuka pintu sebelum menghilang di dalam kereta.

Ariana mengenggam tangannya erat. Jantung dari tadi asyik berdegup kencang sampai nak bernafas pun susah. Akmal di sebelah hanya relaks je memandu seolah-olah tidak terganggu dengan apa yang baru berlaku sebentar tadi. Sesekali tangan mengetuk stering sambil menyanyikan entah lagu apa. Jantung Ariana semakin berdebar apabila HTCnya berbunyi tanda ada panggilan masuk. Nama Suzi tertera pada skrin. Ariana hanya membiarkan HTC itu berbunyi. Akmal menoleh.
“Kenapa tak angkat?”
Ariana tidak menjawab. Gerun rasanya nak jawab panggilan Suzi itu. Dia tahu sekarang ni dia dah hadapi masalah besar.
“Jawablah. Tak guna nak lari lagi...”
Ariana menjeling ke arah Akmal.
“Senang je cakap. Sekarang ni saya yang kena tanggung tahu, bukan awak...”
“Apa pulak? Kita bukan ada buat salah pun...”
Ariana malas nak menjawab. Secara teknikalnya memanglah dia dan Akmal tak buat salah apa. Tapi apa pandangan orang kalau nampak dia keluar dengan anak murid sendiri. Keluar dari hotel pulak tu.
“Jawablah. Mungkin dia risaukan awak...”
Ariana menarik nafas panjang sebelum menyentuh HTC tersebut. Perlahan HTC dibawa ke telinga.
“Helo...”
“Kau kat mana ni?  Dengan Akmal lagi?” Suara Suzi bertanya.
“Hmmm....”
“Lepas ni pergi mana?”
“Entah. Balik kut...” Ariana menoleh ke arah Akmal di sebelah.
“Okey, tunggu aku kat rumah. Jangan pergi mana-mana. Aku ada perhitungan nak buat dengan kau...”
Ariana memejamkan mata apabila Suzi memutuskan talian tanpa menunggu respon daripadanya. Ariana macam nak nangis. Habislah dia kali ni.

                                                                        ***
ARIANA berjalan ke hulu ke hilir di dalam biliknya. Jantung yang berdegup kencang sejak dari tadi membuatkan dia susah nak bernafas. Rasa macam dia sedang menanti hukuman pancung. Jantung dia hampir berhenti apabila telinga menangkap bunyi enjin kereta namun kelibat Suzi tidak juga muncul-muncul. Panggilan Akmal sejak tadi tidak diendahkan. Dia mesti berterus terang dengan Suzi dahulu.
Setelah penat berjalan ke hulu ke hilir, Ariana akhirnya duduk di hujung katil sambil menongkat dagu. Entah macam manalah dia nak berterus terang dengan Suzi nanti. Apa kata Suzi nanti? Adakah Suzi akan memberitahu pengetua dan warga sekolah tentang dia dan Akmal? Ariana mengelengkan kepala. Terasa berselirat urat kepala memikirkan masalah tersebut. Entah macam manalah dia boleh terserempak pulak dengan Suzi hari ni. Dah lah baru lepas keluar dari hotel. Entah apalah tanggapan Suzi kepadanya nanti.
Tubuh Ariana keras seketika apabila mendengar bunyi pintu depan seperti dibuka dan di tutup. Mungkin Suzi dah balik. Ariana kembali mengelabah. Tak tahu nak buat apa.
“Rin, aku tahu kau kat dalam. Keluar sekarang...”
Ariana telan air liur. Dia meraup muka dengan tapak tangan. Dia cuba menengakan diri. Berani buat berani tanggunglah kan. Dia tak akan boleh nak lari lagi. Walau macam mana pun dia mesti berhedapan dengan Suzi dan terangkan apa yang sebenarnya berlaku.
Ariana memulas tombol pintu bilik sebelum menjengahkan kepala memandang ke ruang tamu. Kelihatan Suzi sedang duduk sambil bersilang kaki, seolah-olah menunggunya. Lambat-lambat langkah kaki diatur menuju ke ruang tamu. Suzi menjelingnya sekilas.
“Su, aku boleh explain...”
“Duduk...”
Ariana menarik nafas panjang. Sukar nak terangkan reaksi Suzi sekarang ni. Marah? Kecewa?  Entah, dia pun tak tahu.
“Dah lama ke kau buat kerja ni?” Tanya Suzi agak dingin. Ariana menggigit bibir. Sah, memang Suzi bersangka buruk terhadapnya. Ariana dah rasa macam nak nangis. Rasa macam tak guna dah dia nak terangkan semua ini.
“Aku tanya ni. Kenapa diam?”
Air mata dah rasa bergenang. Spontan tangan mengelap mata dengan belakang tangan.
“Wei, yang kau nak menangis ni apahal? Aku gurau je lah...”
Ariana mengangkat kepala memandang ke arah Suzi yang tersengih dengan rasa bersalah. Ariana menggigit bibir. Sebiji bantal dibaling ke arah Suzi namun Suzi sempat mengelak.
“Ishhhh! Apa ni?” Suzi dah gelak-gelak. Ariana mengelap sisa air mata yang masih bertakung di tubir mata. Dia kembali merenung ke arah Suzi.
“Su, aku...err..aku sebenarnya...”
Suzi bangun lalu duduk di sebelah Ariana. Ariana kaget dengan tindakan pantas Suzi itu.
“Kau dengan Akmal ni bercinta ke?” Suzi dah sengih-sengih kerang busuk. Ariana membulatkan mata.
“Mana ada! Merepek jelah kau ni...” Ariana menafikan namun dalam masa yang sama muka dah terasa panas.
“Hmmmm, nak tipu aku pulak. Habis tu kau buat apa dengan dia dekat Genting tu?”
“Errr, yang tu...err...” Ariana tak tahu nak jawab apa. Suzi makin galak tersengih.
“Hmm, patutlah si Akmal tu berubah mendadak sangat. Rupanya dah jatuh cinta dengan cikgu Ariana...”
Ariana menggigit bibir lagi. Muka jangan cakaplah. Dah tebal berbelas-belas inci.
“Cerita lah macam mana kau dengan Akmal tu...”
“Nak cerita apa. Bukan ada benda pun...” Ariana mengumam perlahan. Tiba-tiba dia terasa panas sangat ruang tamu tu.
“Alaaa, tu pun nak sorok dengan aku. Kau tak nak cerita, aku boleh tanya Akmal...”
Bulat mata Ariana apabila mendengar kata-kata Suzi yang berbau ugutan itu.
“Kau jangan nak berani....”
“Dah tu, kau tak nak cerita. Terpaksalah aku tanya pihak yang lagi satu...”
Ariana menarik muka ketat. Nampaknya dia dah tak ada pilihan. Lebih selamat rasanya kalau Suzi tahu dari dia daripada Akmal. Entah apa lah yang Akmal cerita nanti. Budak tu bukan boleh percaya sangat.
“Fine, apa yang kau nak tahu?”
“Hmmm. Macam mana kau boleh terjebak dengan hal ni?”
“Entahlah, aku pun tak tahu...”
Suzi menarik muka empat belas.
“Ish, tadi kau juga nak cerita kan...”
“Yelahhh. Tapi janji kau jangan bagitahu sesiapa terutama pihak sekolah. Kalau tak, mati aku...”
“Yelah. Cepatlah cerita...” Suzi semakin galak dan bersemangat. Ariana menarik nafas panjang. Habis semua dia cerita dari mula sampailah habis. Hampir setengah jam masa yang diambil untuk menghabiskan cerita yang bagi pandangan dia tu, tak adalah panjang mana pun tapi dek kerana terpaksa melayan soalan-soalan tak masuk akal si Suzi ni membuatkan dia terpaksa bercerita dengan detail lagi.
“Hmmm. Tak sangka Akmal yang keras macam tu boleh jatuh cinta dengan kau...” Suzi berkata kagum. Ariana menyandarkan tubuh pada kerusi. Naik lenguh mulut bercerita ditambah lagi penat badan yang tak hilang lagi.
“So, kau macam mana?”
“Macam mana apa?” Ariana menjawab malas. Tangan memicit dahi yang terasa pening.
“Kau ada perasaan pada dia tak?”
Tangan yang memicit dahi terhenti. Dia mengeluh perlahan.
“Entahlah. Macam yang aku cerita tadi. Aku terima dia sebab janji...”
“Tapi dia kata dia sanggup nak tunggu kau kan?”
“Hmmm....”
Suzi menongkat dagu. Kepala ligat berfikir.
“Macam mana kalau sampai bila-bila pun hati kau tak terbuka untuk terima dia? Dia tetap akan tunggu kau?”
Ariana membuka mata. Dia memandang ke arah Suzi.
“Aku tak tahu. Dan aku harap itu tak berlaku. Maksud aku, aku harap dia tak akan sebodoh itu nak tunggu aku sepanjang hidup dia. Kau rasa benda tu takkan berlaku kan? Dia takkan tunggu aku sampai macam tu sekali kan?” Ariana dah mula risau. Suzi mengangkat bahu.
“Hati manusia siapa tahu. Tapi kan, tak sangka Akmal tu sweettttttttttttttttttt sangat. Romantik juga kan Akmal tu. Luar nampak kasar tapi dalam hati ada taman bunga. Sukanyaaaaaa aku...” Suzi tersengih-sengih. Ariana memutarkan bebola mata. Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab.
“Jangan nak merepaklah. Aku tengah risau ni. Kau bayangkan lah, Akmal tu dahlah tak makan saman, suka nak bertekak dengan aku tapi dalam masa yang sama boleh pulak ada errr...feeling dengan aku. Tak lojik langsung tahu tak...”
Suzi hanya senyum-senyum sambil memandang wajah Ariana. Ariana menjulingkan biji mata.
“Wei, yang kau senyum-senyum ni kenapa? Bukan nak tolong aku...” Ariana merungut perlahan.
“Lah, nak tolong kau macam mana. Kau go on jelah dengan Akmal tu. Lagi pun, aku rasa Akmal tu baik jugak sebenarnya. Cuma yelah, dia agak kasar sikit. Tapi kalau dia masuk mood jiwang, aku rasa dengan kau-kau sekali boleh cair kan. Betul tak?”
“Tak langsung!” Laju Ariana menafikan walaupun muka dah merah padam. Suzi tergelak besar. Tahulah dia yang Ariana sedang  berbohong.
“Kau rasa, Akmal tu serius ke? Yelah, kan ke budak-budak sekarang ni suka main-main benda-benda macam ni...”
Suzi terdiam seolah-olah berfikir.
“Dia ada buat sesuatu yang nampak macam agak..errr..menunjukkan dia serius dengan kau?”
Ariana mengangkat bahu.
“Entah. Macam tak ada. Ohhh, tapi dia ada bawa aku jumpa mama dia pagi semalam. Tu jelah kut. Yang lain tak ada...”
Bulat mata Suzi memandang wajah Ariana.
“Dia bawak kau jumpa mama dia?!”
Ariana menutup telinga apabila suara Suzi dah melepasi paras normal. Bingit.
“Yelah, aku rasa tu benda biasa je kut. Dulu aku selalu juga bawa kawan aku balik rumah. Kenalkan pada keluarga aku. Yelah, at least mak ayah aku tahu dengan siapa aku berkawan...”
“Kawan lelaki ke perempuan?”
“Perempuan. Kenapa kau tanya?”
Suzi menepuk dahi.
“Kau ni aku kata lembab, marah pulak...”
“Kenapa pulak?” Ariana bertanya tak puas hati.
“Kau dengar sini baik-baik. Lelaki, bukan senang tau nak bawa balik perempuan jumpa keluarga dia...”
“So?” Ariana masih lagi tak dapat menangkap apa yang ingin disampaikan oleh Suzi.
“So, kalau seorang lelaki tu dah mula nak bawa perempuan jumpa keluarga dia, maknanya dia serius lah tu...”
Ariana terdiam. Cuba mentafsir kata-kata Suzi itu.
“Hah?! Kau biar betul?!” Ariana mengelabah. Baru dia sedar. Patutlah Akmal ada cakap sesuatu macam restu mama bla bla bla.
“Kau baru perasan ke? Ish.Ish.Ish. Kesian Akmal dapat girfriend macam kau. Lambat pick up.”
Ariana menggigit jari. Biar betul Akmal seserius macam tu dengan dia.
“Habis tu macam mana? Kau kena tolong aku...” Ariana dah rupa macam nak menangis.
“Nak tolong macam mana lagi. Kau layan jelah. Lagi pun Akmal tu handsome apa. Macam Jerry Yan yang kau minat sangat tu...” Suzi ketawa sebelum bangun dan menghilang ke dapur meninggalkan Ariana yang masih lagi duduk termangu di ruang tamu.
p/s: TO BE CONTUNED..

0 140 tukang karut:

Post a Comment