RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, March 28, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 23)


BAB 23
“Genting??!”
Ariana hampir menjerit apabila dia mendongak memandang ke atas. Akmal di sebelah buat tak tahu sahaja. Disebabkan terlalu penat, dia telah tertidur semasa dalam perjalanan ke sini. Bila bangun sahaja dia dah berada di Genting Highland.
“Akmal, awak ni nak culik saya ke apa?” Ariana bertanya tak puas hati apabila Akmal tidak menjawab pertanyaannya sejak dari tadi.
“Kan saya cakap, kalau saya nak culik awak ke apa, saya tak bawa ke sini. Jumpa tok kadi terus...” Akmal menjawab selamba. Ariana menjeling. Buat lawak pulak budak ni.
“Akmal, awak tak boleh buat saya macam ni. Suka-suka hati je awak nak heret saya sana sini lepas tu tak bagitahu sepatah pun. Pagi tadi awak bawa saya ke rumah jumpa mama awak, sekarang ni Genting pulak. Entah-entah esok lusa awak bawa saya ke London ke apa...”
“Saya ada terfikir juga nak bawa awak ke London, tapi sekarang musim salji. Saya tak suka. Susah nak berjalan...”
Ariana hampir ternganga apabila mendengar kata-kata selamba dari Akmal itu. Dia meraup muka. Penat betul mental dan fizikalnya melayan kerenah Akmal ni.
“Akmal, jom balik. Saya tak tahan sejuk...” Ariana memberikan alasan.
“Nah. Pakai ni...” Akmal mencampakkan sehelai sweater tebal berhood ke arahnya. Ariana menyambut namun tidak terus memakainya. Dia hanya merenung Akmal yang turut sama menyarungkan sweater ke tubuhnya.
“Kenapa tak pakai? Tadi cakap tak tahan sejuk. Nak saya pakaikan ke?” Akmal dah berjalan mendekatinya. Ariana cepat-cepat menyarungkan jaket ke tubuh. Akmal hanya tersenyum. Ariana menjeling.
“Jom...”
Ariana masih tercegat di situ. Mata memandang ke arah rollercoster di atas kepala.
“Kenapa?” Akmal bertanya apabila melihat Ariana tak bergerak lagi.
“Akmal, jangan cakap awak datang sini sebab nak ke kasino...”
“Hah? Awak jangan merepek boleh tak? Jalan cepat. Kalau tak saya dukung awak..”
Kelang kabut Ariana berjalan ke arah Akmal. Akmal hanya tersengih. Ariana menjeling. Akmal ni bukan boleh kira. Buatnya dia dukung betul-betul tak ke naya. Huhu.
Ariana memeluk tubuh sambil kaki menyepak batu-batu kecil. Orang agak ramai. Akmal pula masih hilang entah ke mana. Katanya nak pergi beli tiket tapi dah dekat setengah jam, bayang pun tak nampak. Pergi beli tiket ke buat tiket? Huh! Dia memandang sekeliling. Rasanya seumur hidup adalah dalam tiga empat kali dia jejak kaki ke Genting ni. Dia lebih suka ke Cameron. Sebabnya kalau ke Genting, dia takut nak cuba permainan outdoor macam roller coster. Memang bagi dia satu juta pun dia takkan naik sebab takut punya pasal. Ni gara-gara tengok Final Destination 3 dulu. Lepas tengok betapa ngerinya cerita tu terus dia berikrar pada diri yang dia takkan naik mana-mana roller coster walaupun dekat fun fair. Satu lagi yang membuatkan dia tak berapa suka Genting ni selain Kasino dia yang dah macam Kasino Last Vegas tu ialah dia pernah ada kenangan pahit di sini. Dia masih ingat lagi dulu masa tingkatan tiga, ayah pernah bawa mereka sekeluarga ke sini masa lepas PMR. Masa tu dia memang teruja sangat sebab baru lepas habis PMR dan konon-kononnya ayah bawa ke sini untuk hilangkan stres belajar. Bila sampai je terus angah ajak masuk rumah hantu. Masa tu memang seronok sangat sebab tak pernah masuk rumah hantu sampailah satu ketika entah macam mana dia boleh terpisah daripada angah. Memang menangis meraung tak ingat dunia masa tu. Bayangkanlah berada di dalam tu sorang-sorang. Bila angah Jumpa balik, dia dah lembik. Lepas tu terus demam seminggu sampai mak terpaksa bawa dia pergi berubat. Orang yang tukang ubatkan dia tu cakap yang dia ‘terserempak’ dengan hantu betul dalam rumah hantu tu. Lepas tahu tu terus dia taubat tak nak masuk rumah hantu lagi. Kalau boleh Genting pun dia tak nak jejak lagi. Serik!
“Mengelamun...”
Ariana spontan menepis hidungnya apabila terasa seperti dicuit oleh seseorang. Ariana mendongak memandang wajah Akmal yang dah mula kemerah-merahan tu. Barangkali sejuk kut.
“Lamanya. Awak beli tiket ke buat tiket?” Ariana bertanya tak puas hati.
Sorrylah. Ramai sangat orang...”
Ariana menjeling. “ Kita nak buat apa kat sini?”
“Main. Jom....” Akmal menjawab ringkas sebelum menarik tangannya membuatkan dia terdorong ke depan.
“Awak bergurau, kan?” Ariana menelan air liur sambil memandang ke atas. Kelihatan beberapa orang yang sedang menaiki rollercoster menjerit-jerit di atas sana membuatkan Ariana semakin kecut perut. Terbayang terus adegan dalam filem Final Destination 3 tu.
“Kenapa? Tak nak naik?”
Ariana mengeleng laju. Gila ke apa nak naik benda ni. Itu namanya bunuh diri.
“Saya tak nak naik dan takkan naik. Walaupun awak nak paksa macam mana pun, saya takkan naik jugak. Full stop!” Ariana menjawab tegas. Mata masih memandang ke atas. Laluan roller costernya pun berbelit-belit. Boleh sakit jantung rasa bila berada di atas sana.
“Saya nak naik...”
“Terpulang pada awak. Saya tunggu sini...” Ariana menjawab.
“Saya tak kira. Awak ni kalau dibiarkan sorang-sorang bukan boleh percaya. Sibuk nak pandang lelaki lain. Saya tak kira. Awak kena naik jugak dengan saya..”
Ariana memandang ke arah Akmal di sebelah dengan raut wajah tak percaya.
“Jangan nak merepaklah! Saya lebih rela terjun tasik daripada naik benda ni.”
“Saya tak kira. Jom..” Akmal menarik tangannya namun Ariana menahan kaki daripada bergerak. Akmal menoleh kebelakang.
“Jangan degil boleh tak?” Akmal bertanya keras.
“Awak tu yang degil tak faham bahasa. Saya cakap tak nak tu maknanya tak naklah!”
“Kenapa tak nak?!”
“Saya takut faham tak?! Saya tak nak mati lagi!”
Kening Akmal bertaut rapat.
“Mati? Siapa nak mati?”
“Awaklah! Nak paksa orang naik benda ni. Awak tak tengok ke cerita Final Destination 3? Kalau tak pernah tengok, balik nanti awak pergi tengok lepas tu saya pasti awak sure tak nak naik benda ni lagi...” Ariana menjawab bersungguh-sungguh. Akmal hanya memandang wajahnya dengan riak wajah sukar hendak ditafsirkan.
“Merepeklah awak ni. Jom...” Akmal mula hendak melangkah.
“Akmal. Tolonglah. Jangan paksa saya. Saya tak boleh...” Ariana merayu. Akmal menarik nafas panjang. Dia berjalan mendekati Ariana.
“Awak takkan apa-apa. Tiada sesiapa pun yang akan mati sebab naik benda ni, okey?”
“Kalau mati jugak?”
“Itu namanya dah ajal. Tak ada siapa boleh menolak, kan?”
Ariana mengeluh perlahan. Susah betullah nak bagi budak ni faham bahasa.
“Jom. Saya janji awak mesti rasa seronok punya...”
Ariana membuat muka. Dia pasti yang dia bakal diserang sakit jantung di atas sana.
Mengeletar tubuh Ariana ketika mereka beratur menunggu giliran untuk menaiki rollercoster tersebut. Dalam hati tak putus-putus berdoa supaya tidak berlaku benda yang tidak diingini. Akmal di sebelah relaks je. Bila tengok muka Akmal sekarang memang sakit hati jugak. Yelah, suka hati je nak paksa-paksa dia macam ni sedangkan angah dan along pun tak boleh paksa dia naik benda ni bila mereka datang Genting dulu. Alih-alih budak tak cukup umur ni pulak paksa dia macam ni. Ariana menarik nafas dalam-dalam. Tak boleh nak bayang macam manalah keadaan dia bila dah berada di atas sana. Sudahlah dia jenis gayat pada ketinggian.
“Kenapa menggigil ni? Sejuk ke?” Akmal memeluk bahunya. Ariana terkejut sebelum menolak tubuh Akmal secara spontan.
“Saya okey....kot.” Ariana menjawab perlahan.
“Jangan risau, saya akan jaga awak...”
Ariana tak menjawab. Fikirannya lebih tertumpu pada apa yang bakal dia hadapi nanti.
Ariana membetul-betulkan tali pinggang keselamatannya. Tubuh dah mengeletar dari kepala sampailah ke kaki. Bila-bila masa je dari sekarang benda ni akan bergerak. Ariana menelan air liur berkali-kali. Dia semakin cemas dan panik apabila adegan filem Final Destination 3 itu kembali menerjah fikirannya. Ariana memejamkan mata. Dia berkira-kira mahu memejamkan mata dan membayangkan perkara yang indah-indah sahaja sepanjang dia berada di atas ni. Tak adalah ngeri sangat kut. Tapi nak bayangkan apa?  Ariana semakin cuak namun otak dipaksa berfikir. Ah, mungkin boleh bayangkan taman tasik buatan di rumah Akmal. Membayangkan ketenangan dan kedamaian bila berada di situ. Ariana semakin tenang. Hilang terus rasa cuak. Dia terus membayangkan lagi. Dia nampak diri dia sedang duduk di bawah pokok berhampiran tasik buatan tersebut sambil tersenyum memerhatikan dua orang kanak-kanak sedang berlari-larian di kawasan sekitar. Bibir Ariana hampir tersenyum. Walau siapa pun kanak-kanak tu, dia tak pasti namun bayangan itu telah memberikan ketenangan padanya.
“Ariana...”
Ariana hampir tidak mendengar apa-apa lagi sekarang. Fikirannya terus hanyut dengan bayangan tersebut. Seketika kemudian, dia menoleh kerana seperti terdengar seseorang memanggil namanya.
“Ariana...”
Ariana di dalam bayangannya menoleh. Akmal mendekatinya sambil tersenyum. Satu kucupan singgah di dahinya membuatkan dia tersedar.
“Ariana, awak okey ke ni?”
Ariana membuka mata. Dia memandang ke sebelah. Akmal memandangnya dengan pandangan yang risau. Berkhayal rupanya dia.
“Saya...err..okey..” Ariana berpura-pura memeriksa tali pinggangnya. Malu kejap sebab terlebih imaginasi. Jangan cakaplah kanak-kanak dalam imaginasi dia tu anak-anak dia dengan Akmal. Huhu.
“Ready, nak gerak ni..”
Ariana hanya mengangguk. Dia menarik nafas panjang seketika sambil memegang tempat pemegang yang disediakan. Rollercoster mula bergerak perlahan-lahan. Ariana memejamkan mata erat-erat. Jantung kembali berdebar. Seketika kemudian, rollercoster semakin laju dan terdengar suara jeritan penumpang yang lain. Ariana sedaya upaya menahan diri dari membuka mata namun keinginan yang kuat untuk melihat sekeliling membuatkan dia akhirnya membuka mata. Terkebil-kebil seketika apabila merasakan angin laju menderu ke mukanya. Terasa agak pedih namun yang peliknya, agak menyamankan. Rasa macam naik buaian bulat di rumah. Cuma yang ni rasa laju sikit. Ariana membuka mata luas-luas. Rambutnya mengerbang ditiup angin tidak dihiraukan. Dia sedang menikmati saat-saat yang paling indah dirasakan. Seronok juga naik benda ni. Menyesal tak naik lama dulu. Haha.
“Betul cakap awak. Tak ada sesiapa yang mati dan paling penting. Best!” Ariana membuat thumb up ke arah Akmal yang terduduk di tepi. Ariana mendekati Akmal.
“Awak kenapa? Tak sihat ke?”
Akmal mengelengkan kepala sambil membuat isyarat tangan mengatakan yang dia okey,
“Jom naik lagi. Tak puas naik sekali.” Ariana menarik tangan Akmal.
“Hah? Nak naik lagi? Saya dah tak larat ni...” Akmal menolak. Ariana buat muka.
“Tak kira. Tadi awak paksa saya sangat kan. Sekarang giliran saya pulak...” Ariana menarik tangan Akmal membuatkan Akmal terpaksa mengekorinya. Dalam hati Ariana dah gelak-gelak menggila. Tulah, tadi tunjuk hebat sangat.
Setelah bermain rolle rcoster untuk tiga pusingan, akhirnya Ariana berhenti apabila melihat Akmal dah rupa macam nak kena demam.
“Nah...” Ariana menghulurkan botol mineral ke arah Akmal yang tersandar lemah. Senyum cuba ditahan dari terukir di bibir. Tak sangka sekeras-keras Akmal, boleh jadi macam ni hanya sebab roller coster. Patutnya dia yang tersandar lemah macam tu bukan Akmal.
Akmal mengambil botol mineral tersebut tanpa banyak tanya. Hampir separuh botol telah habis diteguk oleh Akmal. Botol dihulur kembali ke arah Ariana.
“Feeling better? Nak naik roller coster lagi?” Ariana mengangkat kening. Akmal menjeling tajam ke arahnya.
“Tulah. Lain kali jangan paksa saya. Tengok sekarang...”
Akmal masih tak menjawab. Matanya dipejamkan. Tiba-tiba Ariana diserang rasa risau dan bersalah. Nampak macam tak sihat je budak ni.
“Akmal, awak okey ke ni? Boleh berjalan?”
Akmal tidak menjawab. Ariana semakin risau. Dia berjalan mendekati Akmal sambil memerhatikan wajah Akmal yang terasa agak pucat itu.
“Akmal, awak okey tak ni?” Tangan diletakkan di dahi Akmal. Tak panas pun. Sejuk pun tak. Ariana menarik nafas lega. Bimbang Akmal tiba-tiba demam. Akmal membuka mata. Terkebil-kebil mata Ariana apabila pandangan dia bertemu dengan pandangan Akmal sebegitu dekat. Spontan dia menjauhkan diri dari Akmal.
“Awak okey tak ni? Jangan sakit Akmal, saya tak berani nak drive turun Genting ni..” Ariana bertanya agak mengelabah. Risau kot-kot Akmal tak larat nak bawa kereta. Dia mana berani nak bawa kereta dengan laluan yang macam tu. Laluan Karak pun dia terkial-kial lagi.
“Saya okey. Jangan risau. Kita pergi makan dulu...”
Ariana mengangguk perlahan. Dia hanya memerhatikan Akmal yang berjalan perlahan sambil terhuyung hayang. Ariana segera memegang lengan Akmal apabila melihat tanda-tanda Akmal mahu rebah.
“His awak ni. Gaya je macam samseng tapi baru naik roller coster dah jadi macam ni...” Ariana memimpin Akmal masuk ke salah satu restoran di dalam kawasan tersebut. Akmal tidak menjawab.
Ariana memandang ke luar restoran. Macam biasalah kalau dah hujung minggu. Ramai betul umat manusia sampai nak berjalan pun susah. Akmal dihadapan masih menikmati makananya tanpa banyak bercakap.
“Lepas ni nak ke mana?” Ariana bertanya apabila telah bosan memandang keluar. Tak ada apa pun yang menarik untuk dilihat.
“Awak nak main apa lagi?” Akmal menjawab soalan dengan soalan juga. Ariana mengangkat bahu.
“Entah. Mana-mana je kecuali rumah hantu...”
Kening Akmal terangkat sebelah. Ariana memandang wajah Akmal yang dah rupa macam ala-ala berniat jahat itu.
“Kalau awak terfikir nak...”
“Kita masuk rumah hantu...”
Ariana menelan air liur. Dia dah agak dah yang Akmal mesti akan balas dendam.
“Tak naklah Akmal. Saya tak boleh...”
“Kenapa?”
Ariana garu dahi. Takkan nak cerita hal dulu kot. Malu aaa.
“Saya..err...boleh kata ada..err..pengalaman yang saya tak boleh lupa...”
“Pengalaman apa?”
Ariana menggigit bibir. Nak cerita ke tak nak?
“Saya pernah tersesat dalam tu...”
“Hah?”
Ariana memejamkan mata. Tak tahu nak sorok muka dekat mana.
“Macam mana boleh jadi macam tu?” Akmal berminat nak tahu.
“Ni semua angah punya pasal. Sebab dia, saya yang jadi mangsa..”
“Angah?”
Ariana mengangguk.
“Angah, my brother. Dia yang paksa saya masuk dalam tu. Lepas tu saya tersesat dan err...”
“Dan?”
Ariana memandang wajah Akmal yang dah ada gaya macam nak mengenakan dia balik itu.
“Dan saya deman seminggu. Mak bawa pergi berubat dan orang yang ubatkan saya tu cakap saya terserempak dengan hantu betul dalam tu. Puas hati?”
Akmal merenung Ariana seolah-olah tak mahu percaya.
“Terpulang awak nak percaya atau tak. Yang pasti, saya takkan jejak lagi dalam tu. Serik..”
“Saya tak kata apa pun...” Akmal menyedut minuman. Ariana memutarkan bebola mata. Tengok muka Akmal pun dah tahu.
“So, tak nak masuklah ni...”
Ariana mengeleng sambil buat muka kesian.
“Jangan buat muka macam tu...”
“Kenapa pulak?” Ariana bertanya pelik.
“Kalau awak buat muka macam tu seperti awak sedang mengoda saya...”
Ariana membulatkan mata. Dia mencapai sudu lalu hendak dibaling ke arah Akmal. Akmal pantas mengangkat tangan cuba mengelak.
“Ganasnya. Tapi saya suka perempuan ganas...” Akmal tersengih. Merah muka Ariana namun dia tak menjawab. Malas nak layan.
“Kita nak pergi mana ni?” Ariana akhirnya bertanya. Bosan duduk macam tu je.
“Terpulang pada awak, saya ikut je...”
Bersinar-sinar mata Ariana apabila mendengar kata-kata Akmal itu. Sengih nakal hampir terukir dibibir.
“Jom...” Ariana menarik tangan Akmal keluar dari restoran tersebut. Mula-mula dia seret Akmal naik Rio Float yang berada di dalam kawasan tersebut. Akmal pada mulanya menolak tapi dia paksa juga. Haha. Siapa suruh cakap ikut kehendak dia. Ariana mengeluarkan HTC lalu dihala ke arah Akmal yang dah buat muka tak selesa. Berkeping-keping gambar Akmal ditangkap menggunakan HTC. Lepas je habis naik kapal tersebut, dia heret pula Akmal pergi dekat Arcade game centre. Dekat sini Akmal kembali bersemangat. Mereka berlawan perang yang akhirnya dia ditewaskan oleh Akmal. Ariana memutarkan bebola mata apabila Akmal tak habis-habis berlagak kerana dapat mengalahkan dia. Huh, macam budak-budak je. Lepas tu mereka ke bahagian Adult Bumber Car. Masa ni memang dia agak sakit hati dengan Akmal sebab selamba je Akmal langgar dia macam tak ada perasaan. Memang mat rempit betullah Akmal ni sampai satu tahap kereta yang dia pandu tak boleh bergerak sebab kena rempuh dengan Akmal. Huh. Lepas tu mereka main juga beberapa aktiviti yang lain macam 4D Motion Master dan lain-lain. Lepas tu dia ajak Akmal masuk Snow World sebab dia tak pernah tengok salji. Akmal pada mulanya tak nak sebab dia cakap dia tak suka salji. Dia kata salji ni sama je macam masuk dalam peti sejuk. Ariana dah tarik muka masa tu sebab Akmal sempat buat lawak bodoh macam tu. Mana dia tahu rasa masuk dalam peti sejuk tu macam mana. Akhirnya Akmal setuju juga sebab dia dah lancar mogok tak nak bercakap dengan Akmal selama sepuluh minit. Haha.
Lepas puas main salji dalam tu, dengan terketar-ketar tubuh akhirnya mereka keluar dan Akmal ajak naik Cruise. Dia pun ikut jelah sebab dia tak larat nak berjalan. Bila naik Cruise ni terasa macam berada dekat Itali pulak. Siap ada patung konon-konon tukang kayuh sampan ni. Ariana pulak tak habis tangkap gambar sepanjang berada atas kapal tu.
Ariana menoleh apabila dirasakan seseorang duduk di sebelahnya. Pandangannya bertemu dengan pandangan Akmal di sebelah. Spontan dia memalingkan muka ke arah lain. Hati dah berdebar. Entah kenapa tiba-tiba dia terasa lain. Rasa macam errr romantik? Sebab naik Cruise ni berdua je dengan Akmal? Ariana telan air liur.
“Ariana....”
Ariana menggigit bibir apabila terdengar suara Akmal berbisik di telinganya. Jantung dah tak reti nak duduk diam. Ni apa hal pulak Akmal masuk mood jiwang bagai ni? Huhu.
“Ariana...saya cintakan awak.” Suara Akmal bergema lagi di gegendang telinganya membuatkan tubuhnya seram sejuk.
“Err, Akmal tengok tu. Cantiknya...” Ariana yang mengelabah terus menunjuk ke arah entah apa di suatu sudut. Akmal segera menoleh membolehkan Ariana menjarakkan tubuhnya. Dia berpura-pura menangkap gambar kawasan sekitar walaupun dia sendiri tak tahu nak tangkap gambar apa. Jantung pun dah berdup dap dup dap kat dalam tu. Setelah hampir lima belas minit, akhirnya Cruise itu sampai ke destinasinya. Ariana mengeluh lega. Sesak nafas kejap. Dia menarik nafas panjang seolah-olah tak cukup oksigen sepanjang berada di atas Cruise tadi.
Ariana menjeling kawasan sekitar. Macam dah gelap. Spontan dia menjeling jam di tangan. Tak sedar hari dah malam.
“Akmal, dah lewat ni. Jom balik...”
Akmal hanya memandang ke arahnya beberapa ketika.
“Jom...”
Ariana menarik nafas lega. Badan pun tiba-tiba terasa sakit. Baru sedar badan dah lengguh dari kepala sampai ke kaki. Tadi masa main tak ingat dunia. Ariana berjalan di sisi Akmal tanpa berkata sepatah pun. Sesekali mereka terpaksa berhimpit dengan orang ramai yang berpusu-pusu di kawasan tersebut. Walaupun hari dah gelap, tak bermakna life di Genting ni terhenti kan.
“Tunggu sini kejap...”
Belum sempat Ariana bertanya lanjut. Akmal dah mula menghilang entah ke mana. Hampir lima belas minit berlalu sebelum Akmal muncul sambil membawa beg kertas berisi pakaian  yang mereka beli sebelum datang ke sini.
“Akmal, awak nak buat apa keluarkan benda tu semua?”
Akmal tidak menjawab. Ariana mencebik sebelum mengekori Akmal yang entah hendak ke mana itu.
Kaki Ariana terhenti. Dia mendongak memandang ke atas. Ini bukan jalan ke tempat letak kereta. Ni bukan ke...
“Kenapa?” Akmal yang dah jauh ke depan menoleh apabila mendapati Ariana tiada di sisi.
“Kita buat apa kat sini? Tadi cakap nak balik...” Ariana bertanya sambil mata memandang tulisan yang terpampang di atas kepalanya. First World Hotel.
“Bila saya cakap nak balik? Jalan cepat...” Akmal menjawab sebelum melangkah masuk ke lobi hotel tersebut. Ariana dah mula nak mengelabah. Dia dengan Akmal tidur hotel malam ni? Gila ke apa? Tiba-tiba Ariana teringat sesuatu. Adakah sebab ini Akmal beriya-iya sangat nak beli baju-baju tu semua? Sebab nak bermalam di hotel ni? Ariana telan air liur. Dia teringat pakaian dalam yang disuruh beli oleh Akmal. Menggigil tubuh Ariana apabila membayangkan apa yang mula bermain dalam fikirannya. Jangan cakap Akmal nak....
Ariana menoleh ke belakang. Rasanya kalau nak lari balik ni sempat lagi ke? Ada ke cara nak balik ke KL selain dengan Akmal. Ariana berkira-kira dan mula merancang sesuatu. Dia tak nak terlibat dengan benda mengarut ni. Mati dia kalau keluarga tahu.
“Apa tunggu lagi tu?!” Suara Akmal sedikit keras membuatkan dia tersentak. Dia memandang kembali ke depan. Akmal sedang berdiri tercegat di muka pintu hotel. Ariana yang dah berkira-kira nak lari dari situ tiba-tiba terhenti. Kaki terasa keras tak mahu bergerak. Puas dia cuba gerakkan namun tetap tak mahu gerak juga. Akmal mula berjalan mendekatinya. Ariana dah cuak gila.
“Awak tunggu apa lagi ni? Jom...” Akmal menarik tangannya namun Ariana menepis. Akmal memandang ke arahnya dengan raut wajah tak puas hati.
“Akmal, awak ni dah gila ke apa?” Ariana bertanya keras sambil memandang sekeliling. Mencari peluang untuk melarikan diri.
“Awak cakap apa ni? Jom masuk. Saya dah penat...” Akmal menarik tanganya lagi namun Ariana menepis lagi membuatkan wajah Akmal berang.
“Akmal. Ini kerja gila okey. Kalau mak ayah saya tahu, mati saya. Lagi pun benda ni berdosa besar awak tahu tak! Takkan ustaz kat sekolah tak ajar?” Ariana dah mula nak naik darah namun dalam masa yang sama terasa cuak gila-gila. Buatnya Akmal buat perangai samseng heret dia masuk hotel ni, apa dia nak buat?
“Awak merepek apa ni? Dah masuk. Jangan nak banyak cakap pulak..” Akmal memegang erat tangannya lalu diheret Ariana masuk ke dalam hotel. Ariana dah rasa macam nak menangis. Orang sekeliling seperti tidak mengendahkan mereka.
“Akmal please. Saya tak nak. Saya tak sanggup...” Ariana terus menerus merayu namun Akmal buat tak dengar. Ariana cuba melepaskan genggaman tangan Akmal namun Akmal semakin memegang kemas tangannya. Air mata dah mula mengalir di pipi Ariana. Dia lebih rela mati dari melakukan perkara terkutuk itu. Dia dah rancang, kalau terpaksa terjun tingkap pun, dia akan buat.
Mereka berhenti dihadapan pintu bilik hotel. Ariana mengelap air mata yang mengalir di pipi.
“Kenapa awak menangis? Sakit sangat ke saya pegang tangan awak?”
Ariana tak menjawab. Dia mula berfikir mahu melarikan diri. Akmal membuka kunci pintu bilik tersebut.
“Masuk...”
Ariana memandang wajah Akmal dengan raut pandangan merayu.
“Akmal, please. Saya tak nak...”
“Dah tu macam mana? Saya tak larat nak drive balik. Kita tidur sini dulu. Esok pagi kita gerak balik..”
Ariana menarik nafas panjang. Macam mana nak buat ni.
“Masuk dulu.”
Ariana masih tercegat berdiri di situ. Akmal terpaksa menolak dia masuk ke dalam bilik. Ariana dah mengeletar semula. Dia cuba bersedia kalau-kalau Akmal dah mula nak lancarkan niat tak baik dia tu.
“Nah. Kunci pintu elok-elok. Kalau orang ketuk jangan buka. Apa-apa hal telefon saya...”
Ariana mengambil masa beberapa minit untuk mencerna apa yang diucapkan oleh Akmal. Kunci yang dihulur oleh Akmal hanya dipandang sepi.
“Ambik ni. Dan ni sekali. Nanti sebelum tidur mandi dulu. Takut demam pulak sejuk-sejuk ni...” Akmal mencapai tangannya lalu diserahkan kunci dan beg kertas pakaian yang mereka beli tadi. Ariana masih belum mampu mencerna apa yang sedang berlaku ini.
“Ariana? Awak okey ke?” Akmal bertanya apabila Ariana tidak menjawab sejak dari tadi.
“Hah? Apa?” Ariana bertanya agak blur.
“Sudahlah. Pergi berehat. Penat sangat agaknya awak ni sampai saya tanya pun tak jawab...”
Ariana memandang wajah Akmal.
“Err, awak...tak tidur sini. Maksud saya dalam bilik ni?” Ariana bertanya tersekat-sekat. Giliran Akmal pula yang keliru.
“Buat apa saya nak tidur sini. Bilik saya kat sebelah. Kenapa awak tanya?”
Ariana cepat-cepat mengeleng. Wuaaaah! Sekarang rasa macam betul-betul nak terjun tingkap. Macam mana dia boleh terfikir sampai macam tu sekali. Gila malu kalau Akmal tahu yang dia fikir yang bukan-bukan.
“Jangan cakap awak ingat saya nak...” Akmal mula tersengih nakal. Ariana menggigit bibir. Muka tak tahu nak tala ke mana dah. Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Liar sungguh fikiran kamu ya Ariana.
“Tapi kalau awak nak, saya tak kisah...” Akmal mula menolak pintu untuk masuk sebelum Ariana cepat-cepat menutup pintu dan menguncinya. Dia tersandar ke pintu sambil menarik nafas panjang. Boleh dengar Akmal tengah gelak kuat kat luar pintu bilik itu. Ariana menghantukkan kepala pada pintu beberapa kali. Malu. Malu. Malu!
Setelah perasaan kembali tenang, Ariana berjalan menuju ke katil. Kunci dan beg kertas diletakkan di atas meja bersebelahan dengan televisyen. Tubuh direbahkan diatas katil. Bahagianya rasanya bila dapat bergolek-golek atas katil macam tu. Terasa lengguh pinggang dan kaki. Ariana merenung siling. Bila teringat balik apa yang dia fikir Akmal mahu buat, dia kembali terasa malu. Bantal segera ditarik lalu ditekap ke muka. Arghhhh! Malu gila.
 p/s: TO BE CINTINUED...

0 140 tukang karut:

Post a Comment