RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, March 27, 2013

Murikku Suami Aku?(Bab 22)


BAB 22
MATANYA tak berkelip-kelip memandang rumah banglo tiga tingkat yang berdiri gah dihadapannya itu.
“Apa tunggu lagi. Jom...”
Ariana tersedar dari lamunan. Matanya memandang Akmal yang dah berada di depan.
“Akmal, kita kat rumah siapa ni?” Ariana bertanya, masih lagi tak berganjak dari tempat dia berdiri.
“Rumah saya. Jom masuk...” Akmal memandang ke depan.
“Hah??!” Ariana terkejut beruk. Dah buang tebiat ke Akmal ni nak bawa dia balik rumah. Akmal memandang Ariana dengan raut wajah pelik.
“Kenapa?” Akmal bertanya seolah-olah tiada apa-apa yang pelik berlaku. Ariana memejamkan mata. Macam mana dia nak sedarkan Akmal ni.
“Akmal, awak tahu tak awak bawa saya ke mana sekarang?”
Dahi Akmal berkerut apabila mendengar pertanyaan Ariana itu.
“Mestilah saya tahu. Ini kan rumah saya...”
Ariana menggigit bibir. Nampaknya Akmal buat semua ni atas kesedaran. Tiba-tiba Ariana rasa cuak. Akmal ada niat tak baik pada dia ke sampai nak bawa dia balik rumah? Huhu.
“Jomlah masuk. Mama dah lama tunggu awak..”
Ariana mengangkat kepala memandang wajah Akmal yang dah mula masuk ke dalam rumah. Mama?
Ariana terpegun seketika ketika melangkah masuk ke dalam banglo tersebut. Perabut di dalam banglo tersebut mewah belaka. Tiba-tiba dia rasa kerdil di sisi Akmal. Walapun dia tahu Akmal anak orang kaya, tapi tak sangka sekaya ini. Macam istana pun ada. Jangan-jangan Akmal ni anak raja kut? Tak pun kerabat di raja?
“Ariana, sini...”
Ariana tercari-cari suara Akmal yang memanggil namanya. Kaki pantas di hala ke arah suatu sudut di hujung banglo tersebut. Dia terintai-intai di pintu gelangsar yang terbuka itu.
“Ariana...”
Spontan Ariana menoleh ke arah datangnya suara Akmal. Kaki diatur mendekati Akmal yang sedang duduk di samping seorang wanita separuh usia yang berwajah seperti cina. Sekarang baru dia tahu dari mana Akmal mewarisi wajah chinese look tu. Ariana telan air liur. Tiba-tiba rasa gementar pula.
“Ariana, ni mama saya. Mama, kenalkan. Ini Ariana...”
Spontan tangan Ariana dihulur untuk menyalami wanita tersebut. Wanita itu menyambut salamnya namun belum sempat Ariana mahu tunduk mencium tangan wanita itu, wanita itu terlebih dahulu menarik Ariana merapatinya. Ariana agak tergamam seketika apabila wanita itu memeluknya erat. Kedua-dua belah pipinya dicium lembut. Ariana tersipu malu diperlakukan begitu di hadapan Akmal namun dia berasa lega. Sekurang-kurangnya Datin Celina boleh menerimanya dengan baik.
So, this is you girfriend?” Datin Celina memandang ke arah Akmal. Ariana tertunduk malu. Muka dah terasa tebal sepuluh inci. Akmal hanya sengih lebar.
“Hmm, cantik. Pandai anak mama pilih...” Datin Celina masih tersenyum sambil memegang pergelangan tangan Ariana. Ariana tak tahu nak bereaksi macam mana. Malunya hanya tuhan je yang tahu.
“Ariana umur berapa?”
Ariana terdiam. Rasa serba salah nak jawab soalan tersebut. Bimbang Datin Celina tak suka apabila mengetahui yang dia lebih tua daripada Akmal.
“Saya umur 23 auntie...” Ariana menjawab perlahan. Tak berani nak angkat muka.
“Hmm, kerja apa?”
“Saya mengajar. Err...cikgu di sekolah Akmal....” Ariana menjawab perlahan.
“Hmm, naughty betul anak mama ni. Kacau cikgu sendiri ye...” Mama mencubit pipi Akmal. Akmal hanya tersengih. Sempat Ariana menjeling ke arah Akmal yang dari tadi asyik tersengih je. Sukalah tu tengok orang malu macam ni. Bukan nak cakap apa-apa.
“Ala mama, kalau dah suka. Bukan boleh kira pun cikgu ke apa kan...” Akmal menjawab selamba. Ariana tertunduk malu. Ya Allah Akmal ni. Mulut tu. Ish!
Datin Celina hanya ketawa kecil.
“Hmm, patutlah sejak kebelakangan ni, abang suka sangat ke sekolah. Ada buah hati rupanya...” usik Datin Celina. Akmal ketawa besar. Ariana dah tak tahu nak kata apa dah. Dada pula dari tadi berdegup kencang je.
“Ariana, auntie minta maaf ye kalau Akmal ni ada buat Ariana marah ke, suka kacau Ariana ke. Dia memang macam ni. Tapi hati dia baik. Harap Ariana jangan ambil hati ye...”
Ariana hanya tersenyum. Tak sanggup nak pandang muka Akmal yang asyik tersengih dari tadi. Lemah jantung dibuatnya.
“Ariana duduklah dulu. Auntie nak ke dapur kejap. Abang duduk diam-diam. Jangan nakal-nakal...” sempat Datin Celina berpesan. Ariana hanya tersenyum ketika melihat Datin Celina berlalu dari situ.
“So..?”
Ariana menoleh memandang ke arah Akmal. Hilang terus senyuman yang terukir di bibir tadi. Dia menjeling tajam ke arah Akmal.
“Awak ni kan. Memanglah. Kenapa tak cakap awal-awal nak bawa saya jumpa mama awak?” Ariana berbisik keras. Bimbang didengari oleh Datin Celina.
“Kenapa pulak? Kalau saya bagitahu, belum tentu awak nak datang kan?” Akmal menjawab tanpa rasa bersalah. Dia duduk menyandar di kerusi sambil memerhatikan wajah Ariana yang dah kelat macam mempelam muda itu.
“Tapi at least bagitahulah awal-awal. Bolehlah saya prepare ke apa. Tengok, baju saya pun tak sesuai tahu..” Ariana menjawab tak puas hati. Akmal memandang pakaian pada tubuh Ariana. Ariana terasa tak selesa direnung sebegitu oleh Akmal.
“Apa pulak tak sesuai? Okey je. Blous lengan panjang warna purple, jeans hitam. Okeylah tu. Bukan awak pakai seksi pun. Kalau awak pakai seksi, saya tak bawa awak datang sini..” Akmal tersengih nakal. Ariana membulatkan mata. Berderau darah naik ke muka.
“Ka..kalau saya pakai seksi, awak nak bawa saya ke mana?” Ariana bertanya namun dalam hati dah boleh rasa jantung tu jatuh sampai ke usus besar.
“Saya bawa awak terus jumpa tok kadi. Nikah terus lepas tu bawa awak pergi honeymoon jauh-jauh..” Akmal mengangkat kening sambil tersengih nakal. Ariana mencebik geram namun dalam masa yang sama muka dah tak tahu nak hala ke mana.
“Awak ni kan. Cakap tu tak reti nak cover langsung. Buat malu je...”
Akmal ketawa kecil. Ariana menjeling. Dia memandang ke sekeliling. Baru dia perasaan.
“Cantiknya tempat ni. Macam taman bunga. Itu..tasik ke?” Ariana bangun lalu berjalan sehingga ke hujung halaman berbumbung.
“Boleh kata tasik jugaklah. Tu mama punya idea. Mama suka suasana macam ni. Tenang katanya. Nak ke taman tasik selalu tu mama tak larat. Jadi saya buatlah taman tasik untuk mama macam ni...” Akmal yang berdiri di sebelah menjawab. Ariana menoleh.
“Awak yang buat? Maksudnya awak buat semua ni? Serius?” Ariana bertanya hampir tak percaya. Biar betul. Mat rempit plus samseng macam Akmal ni boleh hasilkan seni sebegini indah?
“Kenapa? Tak percaya? Tulah. Rugi awak tak nak jatuh cinta dengan saya...” Akmal menjawab selamba sebelum berjalan memijak stepping stone menuju ke arah tasik buatan. Ariana mencebik sebelum mengekori Akmal. Terasa sakit tapak kakinya apabila memijak batu-batu tersebut. Dia melihat Akmal selamba je pijak batu-batu tu.
“Aduhh...” Terlepas juga kata-kata itu ketika dia berjaya berdiri di sebelah Akmal. Akmal menoleh.
“Kenapa? Sakit?”
Ariana mengangguk perlahan. Sakit gila kut. Dah lama tak pijak batu-batu ni.
“Kalau sakit sangat jangan pijak. Nanti saya ambil kasut.” Akmal mahu bergerak dari situ namun Ariana menahan.
“Tak apa. Sikit je. Lagi pun orang cakap kalau pijak batu ni dan rasa sakit, maknanya badan ada banyak toksin lah kan. Jadi terpaksalah saya pijak banyak-banyak kali untuk buang toksin dalam badan...” Ariana mengerutkan muka menahan sakit. Akmal cuba menahan ketawa.
“Jangan nak gelakkan saya lah..” Ariana menarik muka ketat. Orang dah lah sakit-sakit ni. Dia boleh gelak pulak.
“Alalala, janganlah merajuk. Meh sini dekat saya...” Akmal cuba menarik tangan Ariana mendekatinya namun Ariana menepis. Muka Akmal berkerut tanda tak puas hati.
“Akmal, ingat sikit kita kat mana. Nanti mama awak nampak apa dia fikir...” Ariana berkata sambil menarik nafas panjang. Dia kembali memandang tasik yang sederhana besar itu.  Hati menjadi tenang.
“Cantiklah tempat ni. Saya suka. Rasa macam betul-betul berada di taman tasik. Duduk sini lama-lama pun saya tak kisah. Akmal, dalam tasik tu ada ikan tak?” Ariana merendahkan tubuh untuk melihat ke dalam tasik.
“Ada, macam-macam ikan ada. Saya pun tak pasti ikan apa dalam tu. Awak suka?”
Ariana menoleh ke arah Akmal sebelum mengangguk.
“Nanti kalau kita dah kawin, saya akan buatkan awak taman tasik macam ni...”
Ariana terbatuk-batuk. Muka dah kembali panas. Akmal ni asyik cakap pasal kawin je dari tadi. Huhu.
“Akmal...” Ariana bersuara setelah hampir sepuluh minit mereka mendiamkan diri menghayati keindahan di situ.
“Hmmm....?”
“Kenapa awak bawa saya ke sini?” Ariana bertanya perlahan. Mata masih pada air tasik yang tenang itu. Akmal menoleh ke arah Ariana di sebelah.
“Kenapa? Awak tak suka?”
Ariana menoleh ke arah Akmal. Kepala digeleng.
“Suka. Tempat ni cantik sangat. Tak sangka sekasar-kasar awak, dalam hati ada taman bunga sampai boleh create taman macam ni. Mama awak pun baik. Saya..err..suka..” Ariana berdehem perlahan. Akmal tersenyum lebar.
“Awak tahu tak...”
“Tak tahu...” Ariana menjawab spontan. Mereka saling berpandangan sebelum masing-masing ketawa kecil.
“Awak tahu tak, awak gadis pertama yang saya bawa balik jumpa mama...”
Ariana diam. Jantung dah kembali berdebar.
“Saya nak mama kenal awak. Saya nak mama restu hubungan kita. Mama, sangat penting dalam hidup saya. Restu mama sangat penting bagi saya. Saya nak mama tahu siapa gadis yang saya sayang, yang saya cinta. Itu bukti saya serius dengan awak Ariana...”
Ariana tunduk merenung kaki sendiri. Jantung rasa dah melompat-lompat kat dalam tu. Air liur ditelan perlahan.
“Kenapa...kenapa saya?” Perlahan Ariana bertanya. Mata masih memandang kakinya.
Akmal terdiam agak lama sehingga membuatkan Ariana menoleh ke sebelah.
“Saya tak ada jawapan untuk itu. Yang saya tahu, hati saya dah sayang pada awak. Lagi pun bagi saya, kita tak perlukan sebab untuk mencintai seseorang, betul tak?” Akmal menoleh ke arah Ariana. Mata mereka bertentangan buat seketika sebelum akhirnya Ariana mengalihkan pandangan mata. Tak sanggup nak menentang renungan lembut Akmal itu. Dia seolah-olah tak percaya, Akmal yang dia kenal masa pertama kali di bilik muzik dulu adalah Akmal yang sama, sedang berdiri di sebelahnya itu.
“Saya tahu, awak belum mampu nak sayangkan saya lagi. Saya tak kisah. Saya akan tunggu awak. Walaupun itu akan ambil masa sepanjang hidup saya. Saya akan tunggu awak, Ariana...” Akmal berbisik perlahan di telinganya. Ariana memejamkan mata. Entah bila Akmal berdiri begitu dekat dengannya namun dia tak nak ambil tahu. Kata-kata itu seolah-olah meresap dalam jiwanya ketika dia memejamkan mata.
“ABANGGG!”
Ariana membuka mata. Spontan dia menoleh ke belakang. Begitu juga dengan  Akmal.
“ABANGGG!” seorang gadis berlari ke arah Akmal sebelum memeluk Akmal erat-erat. Akmal pada mulanya agak terkejut namun akhirnya tersenyum. Spontan tangan mengusap rambut gadis itu. Ariana yang hanya melihat aksi tersebut hanya mendiamkan diri. Bukan ke ni gadis yang dia nampak dulu dekat pasar raya. Apa dia buat kat sini? Takkan Akmal bawa balik semua teman wanita dia jumpa mama dia hari ni? Ariana menelan air liur. Entah kenapa dia rasa macam cemburu melihat gadis itu memeluk Akmal dengan selamba. Akmal pun suka je. Ariana mencebik. Dasar lelaki. Suka ambil kesempatan. Saat itu Ariana rasa macam nak lari jauh-jauh dari situ. Tak nak jumpa Akmal lagi. Hati tiba-tiba rasa sedih.
“Abang, siapa ni? Tak nak kenal pada Sarah ke?”
Akmal menepuk dahi seolah-olah baru teringat. Akmal memandang ke arah Ariana yang cuba menjauhkan diri tu.
“Sarah, kenalkan. Ni kak Ariana...”
“Hai...” Sarah memeluknya membuatkan Ariana rasa tak selesa. Jangan cakap Akmal dah plan nak kawin dua. Kenalkan madu awal-awal lagi. Ngahhh! Tak sanggup. Huhu.
“Hai...” Hampir tak terkeluar suara Ariana membalas sapaan Sarah tu.
“Ariana, kenalkan. Ni Sarah. Adik saya. Satu-satunya adik saya yang nakal ni...” Akmal mencubit pipi Sarah.
“Sakitlah...!” Sarah menepis.
Ariana terdiam. Dia cuba mentafsirkan kata-kata Akmal itu. Adik? Akmal ada adik? Gadis ni adik Akmal?

                                                                        ***
“Kenapa diam? Saya ada buat salah ke?”
Ariana menoleh ke arah Akmal di sebelah. Ariana mengeleng perlahan sebelum kembali memandang ke arah tingkap kereta. Entah kenapa dia rasa bersalah sangat dengan Akmal. Dia tak tahu pun yang Akmal ada adik perempuan. Free je dia bersangka buruk tentang Akmal dulu. Entah macam manalah dia nak berdepan dengan Akmal sekarang.
“Ariana...”
Ariana spontan menoleh ketika dia merasakan tangan Akmal menyentuh tangannya. Ariana menarik tangannya dari genggaman tangan Akmal. Akmal merenungnya dengan pandangan yang sukar nak ditafsirkan.
“Akmal, pandang depan. Bahaya...” Ariana menegur. Akmal memandang ke depan. Selama lebih kurang lima minit kemudian, Akmal tiba-tiba memberhentikan keretanya di bahu jalan. Ariana menoleh ke arah Akmal.
“Kenapa kita berhenti sini? Kereta ada masalah ke?”
Akmal membuka cermin mata hitamnya ketika merenung Ariana di sebelah. Ariana tunduk. Jari-jemarinya digenggam erat. Macam tulah perangai dia kalau dia rasa dia dah buat salah besar.
“Ariana, kenapa ni? Sejak balik dari rumah mama tadi, awak diam je. Saya ada buat salah ke?” Akmal bertanya lembut. Ariana masih lagi tunduk. Tak tahu nak cakap macam mana.
“Ariana, please...”
Ariana mengangkat kepala memandang Akmal di sebelah. Senyum cuba diukir di bibir namun rasa macam tak mampu nak memperdayakan Akmal. Akmal mula kelihatan gelisah.
“Sayang, please. Jangan buat saya macam ni. Kalau saya ada buat salah, bagitahulah...”
Ariana menggigit bibir. Rasa meremang bulu roma bila Akmal memanggilnya ‘sayang’.
“Tak..tak ada apa-apa. Saya okey je...” Ariana menjawab tergagap. Akmal memandang ke arahnya dengan raut wajah tak percaya. Ariana mengeluh perlahan. Tak mudah nak tipu Akmal.
“Sebenarnya....” Ariana terdiam. Susah betul nak cakap hal sebenar ni kenapa? Haih. Akmal masih menunggu.
“Akmal, saya minta maaf..” Ariana memejamkan mata. Cuba mengumpul kekuatan untuk berterus terang. Apabila tidak mendengar sebarang respon daripada Akmal, Ariana membuka mata. Akmal masih memandang ke arahnya dengan pandangan semakin keliru.
“Saya...minta maaf Akmal. Saya..er....dah salah faham pada awak...”
“Salah faham? Maksud awak?” Akmal makin keliru. Ariana telan air liur.
“Maksud saya...er..saya...err..saya ingat awak ni..err..tak jujur...” Ariana tak berani nak pandang Akmal. Tangan masih digenggam erat.
“Tak jujur? Kenapa?”
“Err. Hari tu saya ada nampak..err..nampak awak dengan seorang gadis muda. Err..saya ingat tu kekasih awak. Saya tak tahu..err..saya tak tahu tu adik awak..jadi..”
“Jadi awak ingat saya ada kekasih lain selain awak dan saya tak jujur dengan awak? Awak ingat saya nak main-mainkan perasaan awak? Macam tu?”
Ariana terdiam. Dia menjeling ke arah Akmal dengan ekor mata. Akmal menyandarkan tubuh pada kerusi. Raut wajah Akmal sukar nak ditafsirkan. Marah ke? Kecewa? Sedih? Entah, dia pun tak pasti.
“Akmal, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak berniat. Saya...saya tak tahu..saya ingat awak sama je dengan....”
“Sama dengan siapa?” Akmal bertanya tanpa memandang ke arahnya. Ariana tunduk. Akmal macam dah mula nak marah.
Sorry...” Ariana tunduk lagi. Sumpah dia rasa bersalah sangat. Air mata dah mula nak bergenang. Seketika kemudian, setitik air mata jatuh di pipi. Ariana mengelap air mata tersebut dengan belakang tangan. Akmal menoleh ke arah Ariana.
“Kenapa ni? Awak menangis?”
Ariana masih tunduk. Air mata semakin laju membasahi pipi.
“Saya minta maaf Akmal. Saya betul-betul minta maaf. Saya tak patut tuduh awak macam tu. Sejak saya nampak awak hari tu, macam-macam saya tuduh awak. Awak tak jujur, awak penipu. Awak nak main-mainkan perasaan saya. Awak sama je macam Amirul. Tapi saya tak sangka pula tu adik awak. Saya...” Ariana teresak menahan henjutan badan. Air mata yang laju menuruni pipi diseka dengan belakang tangan.
“Nah. Lap dengan tisu ni...”
Ariana mengangkat muka. Sekotak tisu dihulurkan oleh Akmal kepadanya. Ariana mengambil tisu tersebut lalu mengelap sisa air mata di pipinya.
“Saya tak pandai nak pujuk perempuan menangis. Kalau Sarah merajuk atau menangis, saya akan peluk dia. Tapi saya rasa awak mesti tak suka kalau saya buat macam tu dekat awak kan...”
Ariana diam. Berderau rasa darah apabila mendengar kata-kata Akmal itu. Sehelai tisu ditarik dari kotak.
“Maafkan saya Akmal. Kalaulah saya dapat buat sesuatu untuk tebus kesalahan saya ni...”
Akmal hanya diam. Ariana mengangkat muka memandang ke sebelah.
“Awak marah ke?” Ariana bertanya namun Akmal diam. Ariana menggigit bibir. Marahlah tu. Ariana kembali sebak.
“Akmal, saya sanggup buat apa saja asalkan awak maafkan saya...”
“Apa saja?”
Ariana mengangguk perlahan. Sehelai tisu ditarik lagi.
“Baiklah. Awak kena janji dengan saya. Baru saya maafkan awak...”
“Janji apa?”
“Janji yang awak akan cuba sayangkan saya. Janji supaya sentiasa berada di sisi saya. Boleh?”
Ariana tertunduk malu. Muka dah tebal tak tahu nak pandang mana. Rasa macam nak menyorok bawah kerusi je.
“Boleh tak?”
Ariana mengangkat muka memandang wajah Akmal.
“Kalau saya janji, awak akan maafkan saya?”
Akmal mengangguk sebelum tersenyum. Ariana berdehem seketika. Tiba-tiba rasa malu gila.
“Saya janji...” Hampir tak terkeluar suara dia.
“Apa dia? Saya tak dengar...”
Ariana menggigit bibir.
“Saya janji saya akan cuba sayangkan awak dan sentiasa berada di sisi awak...” Ariana tunduk lagi. Rasa macam muka dah kena simbah dengan minyak panas. Mengelegak habis.
Thanks...” Akmal berkata sambil tersenyum lebar. Dia kembali menghidupkan enjin kereta sebelum menekan minyak. Ariana segera memalingkan muka memandang ke arah tingkap. Tak sanggup nak pandang Akmal kat sebelah. Walapun dia sendiri ragu-ragu dengan janji yang telah dibuat itu, namun dia tak nak memikirkannya sekarang. Apa-apa juga boleh berlaku di masa hadapan. Mungkin satu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk menerima Akmal sepenuhnya. Siapa tahu kan? Buat masa sekarang, dia tak nak serabutkan kepala. Lagipun dia janji dia akan cuba. Ariana menarik nafas panjang.
                                                           
                                                                        ***
 “Akmal, nak buat apa beli baju banyak-banyak ni? Awak nak bukak kedai jual baju ke?” Ariana memerhatikan beberapa pasang baju dan seluar yang telah siap discan di atas kaunter bayaran. Ingatkan lepas balik dari rumah Datin Celina, Akmal akan hantar dia terus ke rumah. Tengok-tengok Akmal bawa dia ke pusat beli belah ni. Lepas tu terus masuk ke butik ni. Puas dia bertanya apa Akmal nak buat sebenarnya apabila Akmal memaksa dia memilih dan mencuba beberapa helai baju yang dijual di situ. Bosan dengan sikap Akmal yang hanya mendiamkan diri tanpa menjawab soalannya itu, akhirnya Ariana hanya akur dan malas nak bertanya itu dan ini. Tapi kalau dah banyak sangat baju yang Akmal nak beli, dia pun naik hairanlah. Dah boleh bukak butik jual baju kut.
“Akmal, awak nak beli untuk Sarah ke? Saya tak rasa Sarah akan suka baju-baju macam ni. Sarah tu kan moden dan muda. Saya ni dah matang dan agak..err...” Ariana terdiam. Tak sanggup nak meneruskan ayat seterusnya. Akmal masih lagi tak menjawab. Kad kredit berwarna emas dihulurkan untuk membayar harga semua baju-baju tersebut. Ariana menjeling harga yang tertera pada komputer di sebelahnya. Hampir nak terkeluar biji matanya.
“Tiga ribu??!” Ariana masih tak percaya dengan harga baju-baju tersebut. Harga baju-baju tu hampir nak sama dengan sebulan gaji dia. Ariana telan air liur. Dia cuba memikirkan berapa banyak baju yang telah dibeli. Rasanya tak adalah sampai sepuluh pasang, tapi kenapa harga boleh buat dia diserang sakit jantung?
“Akmal, awak dengar tak apa saya cakap ni?” Ariana mengekori Akmal yang masuk ke butik untuk lelaki pula. Akmal menghumbankan beg kertas yang dipegang tadi ke arah pekerja butik tersebut. Terkebil-kebil mata pekerja lelaki itu apabila diperlakukan sebegitu oleh Akmal. Ariana mengelengkan kepala. Entah kenapalah Akmal ni jadi macam ni.
Sorry ye dik...” Ariana mengambil beg kertas dari tangan pekerja tersebut. Dia memerhatikan Akmal yang memilih beberapa pasang t-shirt dan seluar secara rambang sebelum dihumbankan keatas kaunter bayaran. Ariana hanya memerhatikan gelagat Akmal itu. Dah kenapa pulak budak ni? Macam tergesa-gesa je.
“Akmal, apa sebenarnya...”
“Jom...” Akmal mencapai beg kertas di tangan Ariana sebelum menarik tangan Ariana keluar dari butik tersebut. Ariana terpaksa mengekori Akmal yang menyeretnya ke sana ke mari. Entah apalah yang dia cari. Ariana hampir tercium belakang badan Akmal apabila lelaki itu berhenti secara tiba-tiba.
“Akmal, apa...”
Akmal menghulurkan kad kredit di tangan Ariana. Ariana memandang kad kredit tersebut dengan pelik.
“Akmal, apa yang...”
“Masuk sana. Pergi beli awak punya..err...”
“Hah? Masuk mana?” Ariana memandang pelik wajah Akmal. Akmal memusingkan tubuh Ariana mengadap butik dibelakangnya. Hampir nak pengsan dia apabila melihat butik yang dimaksudkan oleh Akmal.
“Akmal, awak nak buat apa ni?” Ariana dah terasa cuak. Butik pakaian dalam di hadapannya itu dipandang dengan ngeri. Akmal berdehem seketika.
“Pergi masuk sekarang. Beli apa yang patut.” Muka Akmal dah merah. Ariana memandang wajah Akmal dengan raut wajah tak percaya.
“Awak ni biar betul. Saya nak buat apa beli benda-benda tu?”
“Pakailah. Takkan tu pun nak tanya!” Akmal menjawab keras. Muka dia semakin merah. Ariana masih tercegat berdiri di situ.
“Bak sini. Biar saya je yang beli. Awak pakai saiz apa?”
Hampir nak jatuh rahang Ariana apabila Akmal bertanya soalan sensitif macam tu. Muka dah terasa tebal berbelas-belas inci.
“Tak payah! Biar saya beli sendiri!” Ariana merampas kad kredit dari tangan Akmal. Laju dia berjalan masuk ke dalam butik pakaian dalam tersebut. Sempat dia menoleh ke arah Akmal dibelakang. Akmal menghadiahkan senyuman nakal. Ariana memutarkan bebola mata.
Ariana hanya mengambil masa selama lima belas minit untuk membeli pakaian dalamnya. Macam-macam jenis ada sampai dia tengok pun naik seram. Dengan yang jarangnya, yang berendanya, yang tali halusnya. Yang tak bertali pun ada. Yang seksi tu jangan cakaplah. Boleh tergugat iman kalau tengok. Huhu.
“Nah...” Ariana menyerahkan kad kredit ke arah Akmal yang menunggunya di luar butik tersebut. Akmal memandang ke arah Ariana yang cuba mengelakkan pandangan mata dengannya.
“Kejapnya...”
“Buat apa nak lama-lama. Dah tahu saiz, ambil jelah...” Ariana menjawab perlahan masih lagi tak mahu memandang ke arah Akmal.
“Awak pakai saiz apa?” Akmal bertanya. Spontan Ariana menoleh. Dia merenung wajah Akmal yang dah sengih nakal itu. Ariana mengetap bibir sebelum mencubit lengan Akmal.
“Aduhh, sakitlah. Gurau pun tak boleh...” Akmal menepis. Ariana menjeling. Muka terasa panas berbahang.
“Jom...”
“Nak ke mana pulak? Saya penatlah...” Ariana merungut sambil berjalan di sebelah Akmal.
“Adalah. Ikut je...”
Ariana mencebik namun tidak menjawab.
p/s: TO BE CONTINUED...

0 140 tukang karut:

Post a Comment