RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, March 26, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 21)



BAB 21
SUASANA di dalam dewan itu kelihatan sibuk dan agak bising. Masing-masing bersungguh-sungguh membuat persiapan terakhir sempena sambutan Hari Guru yang akan diadakan Isnin minggu depan. Ariana juga tak terkecuali. Sibuknya dari pagi sampailah sekarang ini. Ada je benda yang dia kena buat. Latihan persembahan pun dia dah hentikan mulai semalam memandangkan pelajar dah hafal dan ingat peranan masing-masing. Jadi sekarang ni mereka hanya tumpukan pada persiapan dewan dan lain-lain sahaja. Ariana mengelap peluh di dahi dengan hujung lengan baju. Badan dah rasa berlengas dan berpeluh.
“Adam, tolong angkat barang-barang yang tak guna tu masuk stor. Lepas tu nanti kalau jumpa tangga dalam stor tu, tolong bawa keluar ya...” Ariana berkata kepada Adam, pelajar tingkatan lima yang turut sama membantu dalam membuat persiapan tersebut.
“Cikgu, ni nak letak kat mana?”
Ariana menoleh ke sisi. Lili menunjukkan beberapa helai kain yang bergumpal di tangannya.
“Hah, ada pun, jom ikut cikgu...” Ariana berjalan menghampiri pentas dewan. Lili turut sama mengekorinya.
“Cikgu Saufi, boleh pinjam tukul dengan paku?” Ariana melaung pada Cikgu Saufi yang berdiri tidak jauh daripada mereka itu.
“Nak buat apa?” Tanya Cikgu Saufi sambil menghulurkan tukul dan sekotak paku yang digunakan untuk mengantung kain rentang di atas pentas tadi.
“Nak lekatkan kain ni pada kaki pentas. Bagi nampak berseri sikit...” Ariana menjawab sambil mengeluarkan beberapa batang paku berwarna silver itu.
“Pandai ke tu?” Cikgu Saufi menegur ketika melihat Ariana mula hendah mengetuk paku pada kaki pentas itu.
“Boleh. Kat rumah dulu dah biasa buat benda-benda ni...” Ariana menjawab, masih lagi menumpukan perhatian pada paku ditangan. Dia mengetuk paku tersebut perlahan-lahan.
“Eh, datang pun awak. Ingat tak datang tadi...” Ariana mendengar suara cikgu Saufi berkata kepada seseorang. Ariana tidak ambil pusing. Dia sedang fokus sekarang.
“Boleh letak atas pentas ye...” Suara Cikgu Saufi agak menganggu tumpuannya.
“Lili, boleh hulurkan paku sebatang lagi?” Ariana bertanya tanpa memandang ke arah Lili. Tangan sibuk membetulkan susunan kain yang telah siap dipaku itu.  
Thanks...” Huluran paku diambil tanpa memandang ke arah sebelah. Dia kembali mengetuk paku perlahan-lahan.
“Lili, awak rasa macam...” Ariana menoleh ke arah sebelah untuk bertanya pendapat Lili namun bukan Lili yang berdiri di sebelahnya.
“Akmalll! Auchh!” Ariana hampir terjerit kecil sebelum spontan menghisap jari. Terkejut punya pasal sampai terketuk jari sendiri.
“Buat kerja tu cubalah elok-elok sikit. Sini saya tengok...” Akmal cuba mendekati Ariana namun Ariana membulatkan mata tanda amaran. Spontan kaki Akmal berhenti melangkah.
“Kenapa?” Akmal bertanya tak puas hati. Ariana menjeling sekeliling. Cikgu Saufi sedang sibuk memberikan arahan di atas pentas. Akmal turut menjeling ke arah cikgu Saufi. Tiba-tiba dia diserang rasa cemburu. Ariana yang menyedari pandangan Akmal itu segera berkata.
“Awak jangan nak salah faham. Bukan itu maksud saya...”
Akmal kembali memandang ke arah Ariana yang masih menghisap jarinya.
“Dah tu?”
“Awak ni cubalah faham sikit. Sinikan dewan. Tempat open. Awak sengaja nak bagi saya susah ke?” Ariana mengumam perlahan. Akmal hanya mendiamkan diri.
“Awak buat apa kat sini? Ponteng kelas?” Ariana bertanya sambil mengangkat kening. Akmal merengus perlahan.
“Kelas tak ada hari ni. Cikgu semua sibuk. Lagipun Cikgu Saufi nak pinjam alat muzik. Saya datang sini cuma nak pantau. Mana tahu ada yang rosak ke. Sambil-sambil nak tengok awak. Mana tahu awak menggatal main mata dengan cikgu Saufi ke...” Selamba Akmal menjawab. Ariana menjeling ke arah Akmal.
“Ingat saya budak-budak lagi ke?” Ariana bertanya perlahan tanda tak puas hati. Belum apa-apa dah kena kontrol dengan budak tak cukup umur ni. Huh.
“Akmal, terima kasih banyak-banyaklah ye pinjamkan saya semua alat muzik tu....” Cikgu Saufi datang mendekat. Akmal tidak menjawab. Dia hanya memandang ke arah alat muzik yang telah di susun di atas pentas. Ariana turun sama memandang ke atas pentas.
“Eh, Ariana. Kenapa dengan tangan awak tu? Kena paku? Tu lah tadi saya nak buat awak tak bagi...”
Spontan Ariana menurunkan jarinya. Sempat dia menjeling ke arah Akmal yang masih memandang ke atas pentas. Walaupun wajah Akmal tidak menunjukkan sebarang reaksi, namun Ariana boleh rasakan bahang kepanasan yang datangnya dari Akmal itu. Ariana telan air liur.
“Errr, tak apa. Sikit je. Lagi pun Akmal cakap tadi dia nak tolong saya. Kan Akmal..” Ariana menjawab spontan dengan harapan Akmal tak mengamuk dan cikgu Saufi boleh pergi dari situ jika mengetahui yang Akmal akan membantunya. Akmal menoleh ke arah Ariana dengan raut wajah tak percaya. Ariana membuat isyarat mata ke arah Akmal. Akmal tersedar dan faham.
“Tak apalah cikgu. Saya boleh tolong cikgu Ariana. Cikgu pergilah set up alat muzik tu. Pastikan semua berfungsi dengan baik...”
“Okeylah kalau macam tu. Ariana, kalau ada apa-apa nanti jangan segan-segan cari saya ye...”
Ariana menganguk perlahan sambil memberikan senyuman manis kepada cikgu Saufi. Akmal memandang ke arah cikgu Saufi yang telah berjalan ke atas pentas sebelum memandang kembali ke arah Ariana. Serta merta senyuman Ariana mati apabila melihat wajah Akmal yang dah gaya macam orang cemburu itu.
“Jangan nak senyum macam tu lagi dekat sebarangan lelaki. Dengan saya takpe...” Akmal berkata keras sambil mengambil tukul dari tangan Ariana. Ariana mencebik.
“Nak senyum pun tak boleh ke? Senyum tu kan sedekah...” Ariana menjawab tak puas hati. Akmal menjeling ke arah Ariana.
“Paku...” Tangan di hulur. Ariana menghulurkan paku ke arah Akmal. Akmal mengambil paku tersebut dari tangan Ariana sebelum mula memaku. Ariana duduk bersila di sisi Akmal sambil menongkat dagu melihat Akmal memaku dengan berhati-hati. Tak sangka, pandai pulak Akmal ni bertukang. Ingat pandai merempit dengan jamming je.
“Saya tahulah saya ni handsome. Tapi boleh tak jangan pandang saya macam tu. Awak menganggu tumpuan saya...” Akmal berkata tanpa memandang ke arahnya. Ariana merengus perlahan.
“Perasan...” Ariana mengumam perlahan namun dia yakin Akmal mendengar kata-katanya itu. Akmal tidak menjawab. Ariana memandang ke atas pentas. Memerhatikan Cikgu Saufi bermain drum untuk menguji sama ada alat muzik itu berfungsi atau tidak. Tak berkelip mata Ariana memandang ke arah cikgu Saufi yang bermain drum itu. Tak sangka cikgu Saufi boleh main drum macam tu punya hebat.
“Boleh tak jangan buat saya sakit hati?”
Ariana tersedar lalu memandang ke arah Akmal di sebelahnya.
“Hah? Awak cakap apa tadi?” Ariana terpinga-pinga ketika memandang wajah Akmal yang merah padam seolah-olah menahan marah itu.
“Jangan buat saya sakit hati boleh tak?”
“Bila masa saya buat awak sakit hati?” Ariana bertanya pelik. Akmal menjeling ke arahnya sebelum memandang ke atas pentas. Cikgu Saufi sedang bermain gitar pulak. Ariana tersedar. Dia menelan air liur. Dek kerana terlalu asyik melihat cikgu Saufi bermain alat muzik tadi sampai terlupa orang dekat sebelah ni. Huhu.
“Pandang pun tak boleh ke? Habis tu saya nak pandang mana? Bila saya tengok awak tadi, awak bising-bising kata saya ganggu tumpuan awak, bila saya pandang orang lain, marah pulak. Tak faham betullah...” Ariana mengomel perlahan. Akmal hanya merenungnya. Nafas kasar dilepaskan.
“Lepas ni awak jangan nak pandang mana-mana lelaki. Pandang saya je. Faham?”
Ariana mencebik namun tidak menjawab. Akmal menjeling ke arahnya sebelum kembali menyambung kerja memaku itu. Ariana memandang ke arah Akmal yang asyik memaku itu. Raut wajah Akmal agak tenang. Gaya Akmal memaku juga agak cermat dan berhati-hati macam masa Akmal makan juga. Penuh teliti dan berhati-hati. Jari jemari Akmal yang panjang itu membuatkan matanya agak ralit. Jari jemari Akmal begitu lincah sekali. Ingatkan jari Akmal tu pandai mengoreng gitar je. Tak sangka Akmal pandai bertukang. Entah apa lagilah agaknya yang Akmal pandai buat. Memasak mungkin? Ariana cuba menahan senyum di bibir apabila dia membayangkan Akmal memakai apron putih dengan topi chef sambil memegang sudip dan senduk di dapur.
Falling in love with me already?” Suara Akmal berbisik itu membuatkan dia tersedar. Terkebil-kebil matanya memandang wajah Akmal yang tersenyum nakal itu.
“Jangan nak perasanlah...” Ariana tertunduk malu. Muka dah rasa tebal tiga inci dek kerana malu kantoi berangan pasal Akmal.
“Paku...”
Ariana menghulurkan paku tersebut ke arah Akmal. Akmal mengambil paku yang diletakkan di atas tapak tangan Ariana itu. Sengaja dia menyentuh tapak tangan Ariana dengan jarinya. Ariana membulatkan mata memandang Akmal. Akmal hanya tersengih nakal sebelum kembali menyambung kerjanya. Muka dah terasa panas dek kerana malu. Ariana memandang ke arah lain. Memerhatikan beberapa orang pelajar tingkatan enam bawah yang sedang memanjat tangga untuk mengantung hiasan pada dinding dewan.
“Ariana, jaga mata tu. Pandang saya...”
Spontan Ariana menoleh ke arah Akmal yang tidak memandang ke arahnya.
“Awak ni, elok-elok sikit. Panggil saya macam tu. Kalau orang dengar macam mana?” Ariana berbisik.
“Suka hati sayalah nak panggil awak apa. Kenapa? Tak suka? Nak saya panggil sayang ke?” Akmal bertanya selamba tanpa memandang ke arah Ariana. Ariana mengetap bibir. Tiba-tiba rasa geram pula. Rasa macam nak cekik-cekik je budak ni. Hishh!
“Akmal please. Jangan nak keruhkan keadaan. Apa-apa hal saya yang kena, faham?”
“Fine...” Akmal menjawab malas. Ariana mengeluh lega.
“Dah siap...”
Ariana memandang ke arah kain yang telah siap dipaku oleh Akmal tu. Hmm, boleh tahan.
“Boleh tahan. Tak sangka ye. Tangan kayu macam awak ni pun boleh hasilkan seni macam tu...” Ariana berkata selamba ketika membetul-betulkan kedudukan kain tersebut. Renungan tajam Akmal tidak diendahkan namun dalam hati terasa nak gelak.

                                                                        ***
Ariana bergolek-golek diatas katil. Seronok je rasa bila dapat bermalas-malasan macam ni di atas katil waktu-waktu cuti macam ni. Lagu Blue- Bing Bang yang berdentum dari komputer riba sejak dari tadi tidak diendahkan. Sejak berkawan dengan Suzi ni dia dah jadi kemaruk dengan Korea dan Taiwan. Lagu-lagu dalam playlist pun dah penuh dengan lagu Big Bang, wonder Girls, Girl Generation dan lain-lain lagi. Bila cakap pasal Korea dan Taiwan tiba-tiba kepala terbayang wajah Akmal. Walaupun dia sedaya upaya menafikan namun jauh disudut hatinya dengan tidak rela terpaksa mengakui, muka Akmal memang ada sikit macam muka Jerry Yan. Tak banyak. Sikit je. Huhu.
Setelah bosan bergolek di atas katil, Ariana bangun lalu mencapai tuala yang tersangkut di dinding. Dia berjalan menuju ke bilik air sambil menyanyikan lagu Blue yang diulang berkali-kali dari playlistnya. Hampir setengah jam masa yang diambil untuk mandi sebelum dia keluar dari dalam bilik air dengan keadaan menggigil kesejukan. Setelah menyarungkan t-shirt dan seluar panjang, Ariana berjalan menuju ke dapur. Perut yang lapar haruslah diisi, ye tak? Pintu peti sejuk ditarik lalu dia merendahkan badan menjenguk apa yang ada di dalam peti sejuk. Hmm. Tak ada apa yang menarik kecuali telur dan beberapa jenis sayur. Ariana menegakkan badan lalu membuka pintu di bahagian freezer. Adalah sikit daging dan ayam serta beberapa ekor ikan. Nak masak apa? Suzi pula sejak semalam tak ada. Keluarga dia datang dari Seremban, jadi Suzi bawa keluarga dia pusing-pusing sekitar KL ni. Jadinya tinggallah dia duduk sorang-sorang kat rumah ni selama dua malam. Nak balik Taiping terasa malas pula.
Ariana tersandar pada pintu peti sejuk. Nak makan apa ni? Nak keluar rasa malas pula. Awal lagi. Ingat masa makan tengah hari nanti baru nak keluar. Hai, dah nasib hidup bujang ni. Apa nak buat. Ariana mengeluh perlahan sebelum berjalan menuju ke arah kabinet. Pintu kabinet ditarik lalu sebungkus maggie kari dibawa keluar. Nampak gayanya breakfast dia hari ni makan maggie jelah. Periuk bersih ditenggekkan di atas dapur. Air dimasukkan didalam periuk sebelum api dapur dihidupkan. Ariana membuka peti sejuk sebelum mengambil dua biji telur lalu dibasuh dan diletakkan di atas meja. Bergolek-golek telur tersebut di atas meja sebelum Ariana kelang kabut menyambut telur tersebut dari terjatuh ke lantai. Ariana mengeluh lega. Dia mengambil mangkuk lalu meletakkan telur itu di dalam mangkuk. Ariana mencapai senduk lalu mengacau air di dalam periuk. Lambat pula mendidihnya. Perut dah lapar. Dek kerana tak sabar, Ariana memasukkan maggie dan perencah ke dalam periuk walapun air belum mendidih. Belasah jelah. Janji masak.
Baby, baby, baby ohh
Like
Baby, baby, baby noo
Like
Baby, baby, baby ohh

Telinga Ariana menangkap bunyi HTC yang memekak di dalalam bilik. Laju kaki melangkah menuju ke bilik. HTC diambil sebelum butang hijau pada skrin disentuh.
“Helo. Awak buat apa?” Suara Akmal menyapa.
“Tak buat apa. Baru nak masak...” Ariana menjawab. Tangan menyentuh tetikus dan dilarikan di desktop untuk menghentikan playlistnya dari terus menerus menyanyikan lagu Blue itu.
“Yeke? Masak apa?” Akmal berminat nak tahu.
“Maggie je...” Selamba dia menjawab.
“Hah? Maggie je? Tu je ke yang awak pandai masak?”
“A’ah. Saya ni masak nasik pun tak pass lagi, tahu..” Ariana menjawab. Sengaja mahu mengetahui reaksi Akmal.
“Hah? Biar betul. Habislah saya nanti...”
Kening Ariana bertaut rapat.
“Kenapa pulak?”
“Yelah. Susahlah kalau awak tak pandai masak. Nanti kalau kita dah kawin nanti, siapa nak masak?”
Ariana membulatkan mata apabila mendengar jawapan selamba daripada Akmal itu. Muka terasa panas. Akmal ni kan! Ish!
“Awak ni kan. Fikir jauh sangat. Siapa entah nak kawin dengan dia...” Ariana mengumam perlahan. Malu. Wuaaaa!
Akmal ketawa kecil.
“Sayalah nak kawin dengan awak. Awak tak nak, saya akan paksa juga...”
Ariana mencebik.
“Apa pulak nak main paksa-paksa orang ni..”
“Eh salah. Nanti awak sendiri yang mintak saya kawin dengan awak...”
Ariana mencebik lagi.
“Jangan nak beranganlah awak...”
“Mana ada berangan. Tak percaya awak tunggulah nanti. Satu hari nanti, awak akan luahkan kata-kata cinta awak tu pada saya...” Akmal menjawab dengan yakin. Ariana telan air liur. Akmal ni kalau bercakap memang tak bertapis. Buat malu je.
“Suka hati awaklah nak cakap apa. Awak nak apa telefon saya pagi-pagi ni?”
“Hmm, saja rindu. Tak boleh?”
Ariana memutarkan bebola matanya ke atas.
“Yelah tu. Jangan main-mainlah...”
“Lah, betullah. Mana ada saya main-main. Hmm, hari ni awak ada pergi mana-mana?”
Ariana berfikir sejenak. Kalau ikutkan memang dia tak ada perancangan nak ke mana-mana. Lepak layan movie jelah kut.
“Tak ada pergi mana kut. Duduk rumah jelah...”
“Bagus. Pergi bersiap sekarang. Setengah jam lagi saya sampai...”
“Hah? Nak kemana?”
“Siap jelah. Banyak tanyalah awak ni...”
Ariana membuat muka.
“Tanya pun tak boleh? Mana tahu awak nak culik saya ke apa...”
“Memang bijak betul awak ni. Kalau saya nak culik awak pun saya tak bagi tahu kalau awak tanya...”
Ariana terdiam. Betul jugak tu.
“Hmm, yelah. Suka hati awaklah. Bertekak dengan awak ni memang sampai raya tahun depan pun tak habis...” Ariana merungut perlahan.
“Tahu pun. Jadi silalah jadi girfriend yang mendengar kata boyfriend ye. Pergi siap sekarang.”
Ariana memandang skrin HTC setelah Akmal memutuskan talian. Geram pula rasa. Asyik dia je nak memang. Ariana menongkat dagu. Entah ke manalah Akmal nak bawa dia nanti. Dengan rasa malas yang teramat sangat, Ariana bangun lalu membuka pintu almari. Sehelai demi sehelai baju dibawa keluar lalu diacu ke tubuh. Buntu kejap tak tahu nak pakai baju apa sebab tak tahu nak ke mana. Kenduri kawin ke? Pusat beli belah ke atau pergi berkelah? Ariana garu kepala seketika sebelum hidungnya terbau sesuatu yang hangit di dapur. Dia lantas mencampakkan baju-baju ke katil sebelum memecut berlari ke dapur apabila menyedari yang maggienya masih mengelegak di dapur.
“Akmalllll!” Ariana menjerit geram apabila melihat air yang telah kering di dalam periuk maggiennya itu. Arghhhh! Geramnya!
P/S: TO BE CONTINUED...

2 140 tukang karut:

lee jee joong said...

Untunglah air kering jeritnya akmal juga hahahahaha

Cahaya said...

lee jee joong>> heeee. sebab akmal dia terlupa meggie di dapur. hehe..

Post a Comment