RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, March 25, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 20)


Bab 20
ARIANA berjalan perlahan sambil sesekali mengurut leher yang lengguh. Sepanjang pagi tadi dia berada di dewan untuk membantu membuat persiapan sempena Hari Guru yang tak sampai seminggu lagi tu. Tadi sempatlah juga dia tengok persembahan di bawah seliaannya. Budak-budak ni semakin bagus dan dia pun puas hati dengan mutu lakonan budak-budak ni. Rasa-rasa macam tak ada masalah kut bila tiba hari nak buat persembahan nanti.
Ariana menarik kerusi sebelum duduk. Beg tangan diletakkan di atas meja. Sekarang waktu rehat. Kebanyakan guru-guru tiada di dalam bilik guru tersebut. Barangkali masih di dewan atau pun ke kantin. Ariana menyandarkan tubuh pada kerusi. Mata dipejam. Nak ke kantin perut rasa kenyang lagi. Rasa macam nak lelap kejap sementara waktu rehat ni. Lepas rehat ni kena pula ke dewan semua untuk bantu apa-apa yang patut. Nak masuk kelas pun mesti separuh daripada budak-budak tak ada. Buat rugi je nak mengajar pun. Silap-silap kena ulang balik je nanti.
Telinganya menangkap pergerakan tapak kaki mendekatinya. Ariana buat tak peduli. Mata yang mengantuk membuatkan dia tak mampu nak buka mata. Heaven sungguh bila dapat lelap kejap walapun selama lima minit.
“Curi tulang ke?”
Spontan matanya di buka. Dia mendongak. Hampir nak terkeluar biji mata apabila melihat Akmal berdiri di hadapnnya. Dah dekat seminggu dia tak nampak bayang Akmal, alih-alih tiba-tiba hari ni muncul macam baru jatuh dari langit.
“Aw...awak buat apa kat sini?” Tergagap Ariana bertanya. Rasa terkejut masih tak hilang lagi.
“Nah...”
Terkebil-kebil Ariana memandang sekeping kertas yang dihulurkan oleh Akmal itu. Dengan rasa sedikit curiga, Ariana mengambil kertas tersebut dari tangan Akmal.
“Apa ni?”
“Tengoklah sendiri...”
Ariana kembali memandang kertas ditangannya itu. Hampir nak jatuh rahang apabila meneliti setiap perkataan di atas kertas itu. Air liur terasa susah nak ditelan. Namun begitu, rasa kagum menyelinap dalam benakknya. Perlahan-lahan Ariana mengangkat kepala.
“Err....tahniah...” Hanya itu sahaja yang terluah dari bibirnya. Sebetulnya dia masih tak percaya lagi dengan apa yang baru dilihat sebentar tadi.
“Takkan tu je kot?.” Akmal bertanya tak puas hati. Ariana telan air liur. Sesekali dia menjeling ke arah pintu bilik guru. Risau kalau ada guru-guru yang masuk.
“Errr. Dah tu saya nak kat apa lagi?” Ariana berpura-pura tanya. Slip peperiksaan pertengahan itu dihulurkan kembali ke arah Akmal. Akmal hanya memandang slip yang terhulur kearahnya itu.
“Sekarang giliran kau untuk langsaikan janji...”
Ariana telan air liur lagi. Tiba-tiba tubuh rasa menggigil dan berdebar.
“Akmal, this is not the right place to talk about that. Better awak pergi dulu. nanti cikgu-cikgu lain masuk...” Ariana menjawab perlahan namun dalam masa yang sama dah mula nak mengelabah apabila melihat Akmal masih tidak berganjak.
“Say it...”
Ariana memejamkan mata. Muka dah terasa tebal dek kerana malu.
“Akmal, awak jangan nak buat perangai kat sini...”
“Say it..” Akmal masih berdegil.
Ariana menggigit bibir. Akmal ni memang dasar tak makan samanlah. Tak boleh langsung nak bertolak ansur.
“Nantilah Akmal, saya..err...malu...” Ariana tertunduk. Gila ke apa nak cakap ‘benda’ tu kat sini. Buatnya ada sesiap terdengar mati dia. Huhu.
“Say it or I won't leave...” Akmal masih berdegil. Ariana mengetap bibir. Dia menjeling ke arah Akmal.
“Awak ni kenapa? Nak paksa-paksa saya pula. Dah berminggu-minggu awak tak mesej saya, tak contact saya lepas tu hari ni tiba-tiba datang nak paksa-paksa saya pulak. Mana awak pergi selama seminggu? Ponteng sekolah? Awak tahu tak kalau awak ponteng sekolah, automatik janji tu dah tak valid...” Ariana terdiam apabila Akmal mengeluarkan kertas lalu diletakkan diatas meja dengan kasar. Ariana membaca kertas tersebut. Surat cuti sakit selama seminggu. Ariana menggigit bibir. Sakit rupanya budak ni.
“Awak sakit apa sampai seminggu dapat MC? Sakit mata?” Ariana bertanya separuh menyindir. Sebetulnya dia rasa bersalah sebab berfikir yang bukan-bukan tentang Akmal. Tak sangka Akmal tak datang sekolah sebab sakit. Eh, orang macam Akmal ni pun boleh jatuh sakit sampai seminggu je? Ariana cuba menahan ketawa di dalam hati.
“Jangan nak banyak tanyalah. Say it now.!”
KRINGGGG.
Ariana tergamam. Bunyi loceng menandakan waktu rehet dah tamat. Bila-bila masa sahaja guru-guru akan kembali ke bilik guru sekarang.
“Akmal, please...” Ariana berkata separuh merayu.
“Janji tetap janji...”
Ariana menggigit bibir. Akmal ni memang tak makan saman. Dia menarik nafas panjang. Dia dah tak ada pilihan. Mahu tak mahu terpaksa juga cakap kalau tak memang sampai ke sudah Akmal takkan pergi dari situ.
Fine. Err....saya...err...” Ariana tertelan air liur sendiri. Muka dah kembali tebal beberapa inci. Akmal masih merenungnya, menunggu dia meluahkan kata-kata tersebut,
“Sa...saya...err...saya...saya terima awak sebagai boyfriend saya...” Dengan susah payahnya Ariana meluahkan ayat tersebut. Ariana tertunduk malu. Rasa macam nak benam diri dalam tanah.
“Sa...saya...err...saya...saya terima awak sebagai boyfriend saya...”
Spontan Ariana mengangkat muka apabila mendengar seperti suaranya mengulangi ayat tadi.
“Hmm, tak delah teruk sangat...” Kening Akmal berkerut sambil mengangkat HTC di tangan. Ariana membulatkan mata. Akmal rakam kata-katanya tadi?
“Jumpa nanti...” Akmal berkata sambil mengenyitkan mata sebelum berlalu di situ meninggalkan Ariana yang masih terkejut lagi. Tangan mengenggam kuat.
“Akmallll!” Ariana mengumam geram.

                                                                        ***
“Sa...saya...err...saya...saya terima awak sebagai boyfriend saya...”
Akmal tersengih sendiri ketika mendengar rakaman yang dibuat tadi. HTC ditekan lagi.
“Sa...saya...err...saya...saya terima awak sebagai boyfriend saya...”
Senyum lebar tak putus-putus bermain di bibirnya. Sekarang dengan secara rasminya Ariana dah jadi girfriend dia. Walaupun dia tahu Ariana mungkin belum lagi mampu menerima perasannya namun dia pasti, satu hari nanti Ariana pasti akan ada perasaan padanya. Dia akan pastikan Ariana akan jatuh cinta pada dia. Dia akan buat Ariana mengaku pada dia yang gadis itu mencintainya. HTC disentuh lagi.
“Sa...saya...err...saya...saya terima awak sebagai boyfriend saya...”
“Mal?” Fadil menjegukkan kepala di muka pintu bilik rehat. Sejak dari tadi Akmal macam lain sangat. Asyik tersenyum je memanjang. Bila ditanya tak ada lah pulak si Akmal tu nak menjawab. Asyik senyum je. Entah sedar ke tak tu tak tahulah.
“Mal, kau okey tak ni?” Fadil masuk ke bilik rehat tersebut sebelum duduk di sebelah Akmal yang masih membelek HTCnya.
“Fadil, cuba kau dengar ni...” Akmal mendekatkan HTC ke arah Fadil. Fadil memandang HTC tersebut dengan raut wajah keliru. Akmal nak suruh dengar lagu baru ke?
“Sa...saya...err...saya...saya terima awak sebagai boyfriend saya...”
Fadil terdiam apabila mendengar suara yang terakam dari HTC itu. Fadil memandang wajah Akmal yang masih lagi tersenyum lebar itu.
“Err, tu bukan ke suara...”
“Tak sia-sia usaha aku selama ni...” Akmal menyandarkan tubuh dengan senang hati. Fadil masih lagi keliru.
“Kau jangan cakap tu suara...”
Akmal memandang ke arah Fadil. Masih lagi menayangkan senyum meleret. Fadil dah garu kepala. Tak pernah kut nak tengok Akmal macam ni. Selalu kalau Akmal seronok-seronok macam ni bila Akmal berada bersama Sarah je, adik perempuan Akmal.
“Akhirnya dia luah jugak...”
Fadil tak menjawab. Sebetulnya dia tak tahu nak kata apa.
“Err, suara cikgu Ariana ke tu?” Tanya Fadil teragak-agak.
Akmal hanya menjawab dengan senyum lebar. Memang sah! Akmal dah angau tahap tak ingat punya. Dalam diam dia mengagumi akan kehebatan cikgu Ariana menawan hati Akmal sampai Akmal boleh berubah sampai macam ni. Sebelum ni ramai je perempuan yang nak dekat dengan Akmal tapi satu pun Akmal tak layan. Tapi sekarang? Fadil garu kepala lagi.
“Dil, kau rasa selalu kalau orang bercinta ni dia orang buat apa?” Akmal bertanya. Fadil dah macam nak pengsan mendengar pertanyaan Akmal itu. Parah!
“Err, aku tak tahu. Err...tengok wayang? Atau pun pergi bercuti? Err...entah. Aku mana pernah bercinta.” Fadil menjawab perlahan. Sungguh dia rasa terkejut gila dengan perubahan mendadak Akmal. Akmal terdiam seolah-olah memikirkan cadangan Fadil tu.
“Bagus jugak tu. Tengok wayang..hmm..cerita apa?”
“Err.. cerita romantik?” Fadil menjawab teragak-agak. Akmal sekarang ni bukan macam Akmal yang dia kenal dulu.
“Cerita romantik? Cerita apa?”
Fadil mengelengkan kepala tanda tak tahu.
“Takpelah. Tu nanti aku tanya dia. Hmm, tadi kau cakap pergi bercuti? Bercuti kat mana?”
Fadil masih lagi mengeleng. Tak tahu nak jawab apa.
“Hmm, pergi London pun okey jugak. Tapi aku tak suka sangat sebab sekarang musim salji. Mesti tak boleh nak gerak ke mana-mana. Hmmm...” Akmal mengosok dagu seolah-olah sedang berfikir tentang masalah negara.
“Err, Mal. Aku tanya sikit boleh?”
“Apa dia?”
“Err, dasyat sangat ke penangan cinta sampai kau boleh berubah jadi macam ni?”
Akmal kembali tersenyum lebar.
“Kau akan tahu bila kau dah mula jatuh cinta pada seseorang nanti...” Akmal menepuk bahu Fadil perlahan sebelum kembali membawa HTC ke telinga. Suara Ariana kembali bergema apabila Akmal menekan berulang kali butang pada skrin HTCnya itu.

                                                                                  ***

“Arghhhh!”
Ariana menekup muka dengan bantal. Rasa malu masih menebal dalam dirinya bila mengenangkan kejadian di bilik guru tadi. Sumpah dia tak tahu nak letak muka kat mana. Ariana menarik bantal sehingga ke dada. Mata merenung siling bilik. Bayangan kejadian di sekolah tadi masih tak luput dalam ingatannya. Sekali lagi bantal di tekup ke muka.
“Arghhhh!” Ariana menjerit lagi.
“Rin, kau okey ke tu?” Suara Suzi dari luar bertanya. Ariana menarik bantal ke tepi.
“Aku okeyyyy...” Ariana melaung kuat. Terlebih kuat sebenarnya.
“Okeylah. Ingatkan ada apa duk terjerit-jerit dalam tu...”
Ariana tak menjawab. Dia melepaskan keluhan berat. Dia dah ditimpa masalah besar sekarang. Dia dah betul-betul terjebak dengan masalah besar. Arghhh! Ariana menarik rambut seperti orang gila. Dia berguling ke kiri dan ke kanan. Kepala otak tak boleh nak fikir apa dah.
Baby, baby, baby ohh
Like
Baby, baby, baby noo
Like
Baby, baby, baby ohh

Ariana tersentak seketika. Dah lama tak dengar lagu Baby tu memekak dari HTCnya. Air liur ditelan perlahan. HTC masih memekak dengan lagu tersebut namun Ariana masih kaku. Tak sanggup nak angkat. Seketika HTC senyap. Ariana menarik nafas lega namun HTC kembali memekak dengan lagu Baby itu. Ariana memejamkan mata berpura-pura tidur walaupun jam baru menunjukkan pukul sembilan malam. HTC kembali senyap. Ariana membuka mata kembali. HTC berbunyi tanda ada satu mesej yang masuk. Perlahan-lahan Ariana mencapai HTC tersebut. Skrin disentuh.
‘Ariana, plz angkt. I miss u’
Bulat mata Ariana membaca mesej yang dikirimkan oleh Akmal itu. Rasa seram sejuk macam nak demam pun ada. Seketika kemudian, HTC kembali menyanyikan lagu Baby. Terketar tangan Ariana ketika mahu menekan butang hijau tersebut.
“Helo. Ariana? Awak dah tidur ke?” Suara lembut Akmal menerjah gegendang telinganya. Ariana menggigit bibir. Akmal tolonglah jangan cakap guna nada macam tu. Huhu.
“Helo? Awak?” Akmal masih lagi bersuara. Ariana menarik nafas dalam-dalam.
“Err...” Hanya itu sahaja yang terkeluar dari bibir Ariana.
“Awak tengah buat apa?” Akmal bertanya. Ariana menelan air liur. Jantung tak reti nak duduk diam.
“Errr. Tak buat apa. Baring-baring je...” Ariana menggigit bibir. Rasa janggal gila kut nak berbual macam ni. Rasa dekat sebulan juga dia tak berbual di telefon macam ni dengan Akmal.
“Hmmm, rindu saya tak?” Akmal tanya soalan berani mati. Ariana memegang jantung yang dah rasa macam nak tercabut. Fuh.Fuh.Fuh.
“Err...err..aw...awak tengah buat apa? tak study ke?” Ariana cepat-cepat mengubah tajuk. Rasa sesak je nafas ni.
“Hmm, kejap lagi baru nak bukak buku. Rindu kat awak. Asyik teringat awak je...”
Ariana mencapai bantal lalu menggigit hujung bantal tersebut menahan perasaan. Rasa macam nak humban diri dalam Tasik Titiwangsa tu. Biar lemas dalam tasik tu dari lemas dengan buaian perasaan yang dicipta oleh Akmal ni.
“Err, Akmal. Better awak study sekarang. Yelah, STPM kan nak dekat. Kalau awak nak kekalkan keputusan awak tu, baik awak mula dari sekarang...”
Akmal terdiam seketika. Ariana turut sama terdiam.
“Saya belajar untuk awak, Ariana...”
Ariana terdiam. Tak tahu nak kata apa.
“Saya sayangkan awak, Ariana. Saya sanggup buat apa sahaja untuk awak..”
Ariana menarik nafas panjang. Oksigen!Oksigen! Saya perlukan oksigen!
“Err, Akmal. Sebenarnya...”
“Tak apalah. Awak berehatlah. Esok mesti awak sibuk kan. Nak uruskan persiapan Hari Guru tu. Saya pun nak sambung study...”
Ariana terdiam. Terbantut terus apa yang dia nak luahkan tadi. Tak sampai hati pulak nak luahkan sekarang.
“Ariana...”
Ariana telan air liur. Dada semakin berdebar. Dia tahu, kalau Akmal sebut nama dia macam tu mesti Akmal nak cakap sesuatu yang boleh membuatkan dia diserang sakit jantung.
“Terima kasih...”
Huh? Kening Ariana terangkat.
“Untuk apa?” tanya Ariana pelik.
“Sebab sudi terima saya dalam hidup awak...”
Ariana menggigit bibir. Sebetulnya dia terpaksa menerima Akmal demi sebuah janji. Entah macam manalah dia nak berterus terang pada Akmal nanti.
“Ariana...”
Ariana menahan nafas lagi.
“I love you. I love you so much...”
Ariana rebah di atas katil. Dada rasa sesak sebab jantung berdegup kencang gila sampai nak bernafas pun susah.
“Tidurlah. Jumpa esok. Take care sayang.”
HTC masih melekat ditelinga walaupun Akmal telah memutuskan talian telefon lima minit yang lepas. Dia seperti terlupa macam mana nak bernafas dengan betul menyebabkan dia kembali sesak nafas. Ariana menarik bantal lalu menekup ke muka. Malu!
p/s: TO BE CONTINUED...

7 140 tukang karut:

lee jee joong said...

hmm ariana malu aje ke tak rasa nak balas ke :) sekali terjebak cinta kasar si hero jadi paling romantik akmal heheheh ... lagi2 :)

Cahaya said...

lee jee joong>> hmmmmmm. cinta boleh merubah sesorang. muehehehee..

hk said...

wow!!!!! Akmal head over heels with Ariana

Cahaya said...

hk>>hehehehe enjoy :P

mummyandtheboys said...

Encik writer gd job.im getting hook reading ur e-novel.imagining the hero akmal izzue Islam and the Cikgu ariana ish saper actress tu yg ex-gd remy is yak tu...

Cahaya said...

mummy>>thanks for reading. e-novel ni dah keluar dalam bentuk novel tau. tajuk MURIDKU SUAMI AKU? boleh dapatkan di Fajar Pakeer.

++tHe LoLLynIE++ said...

Owhhhh...so sweeettttt!!!! Gewam!!

Post a Comment