RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, March 24, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 19)


BAB 19
“Dik, nak ikut angah tak?”
Ariana menoleh ke arah angah yang baru je berjalan turun dari tangga sambil memakai t-shirt hitam.
“Pergi mana?” Ariana bertanya malas. Mata kembali memandang skrin televisyen yang menayangkan entah cerita apa.
“Jalanlah. Teman angah shopping...” Angah duduk di sebelah Ariana.
“Malaslah ngah. Tak ada mood...” Ariana menjawab tanpa memandang ke arah angah yang duduk disebelah.
“Lah, sejak bila pulak adik tak suka berjalan ni? Selalu tu sibuk je nak ajak berjalan...”
Ariana tidak membalas. Mata masih tertumpu pada skrin tv. Dia bukanlah nak tengok sangat pun cerita yang ditayangkan.
“Penatlah ngah...”
Angah memandang ke arah Ariana dengan raut pandangan pelik. Hairan. Selalu tu sibuk je ajak pergi sana sini sampai tak melekat kat rumah. Tapi sekarang, dekat dua minggu sejak cuti sekeolah, sekali pun Ariana tak mengajaknya keluar.
“Kenapa ni dik? Ada masalah ke? Tak sihat?” Angah menyentuh dahi Ariana membuatkan Ariana spontan menepis.
“Adik okey jelah. Cuma malas je. Bukan ada benda pun nak dibeli...” Ariana menjawab. Sungguhlah dia rasa malas gila nak keluar.
“Adik...bergaduh dengan boyfriend ek...”
Spontan Ariana menoleh ke angah di sebelah. Bulat matanya memandang angah yang tersengih-sengih mengusik.
“Mana ada! Pandai-pandai je angah ni buat cerita...” Ariana menjeling. Angah masih lagi tergelak-gelak. Ariana menarik muka ketat. Angah ni memanglah. Sehari tak kacau dia memang tak senang duduk agaknya.
“Dah tu, sejak balik cuti ni angah tengok adik macam lain je. Monyok je. Asyik termenung je...”
Ariana tidak membalas. Malas nak layan. Takut terkantoi.
“Adik, ceritalah...”
“Tak ada apa yang nak diceritakan...” Ariana menjawab sambil menekan alat kawalan jauh. Hai, bosan betul cerita. Layan Disney lagi best.
“Siapa dia?” Angah bertanya.
“Entah...” Ariana menjawab spontan.
“Jumpa mana?”
“Kat sekolah...” Mata masih tertumpu pada SpongeBob.
“Budak baik ke?”
“Tak langsung. Jahat macam samseng. Tak makan saman. Suka melawan.”
“Adik rindu dia ke?”
“Rindu...”
Terkebil-kebil Ariana memandang skrin tv sebelum perlahan-lahan dia menoleh ke sebelah. Muka angah dah merah menahan gelak sebelum meletus tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Muka Ariana yang dah terasa tebal berbelas-belas inci tak tahu nak sorok kat mana.
“Jahatlah angah niii!” Ariana menolak angah sekuat-kuat hati. Geram bercampur malu. Angah masih sakan ketawakan dia.
“Okey-okey sorry-sorry...” Angah mengangkat tangan tanda menyerah kalah. Namun sisa gelak masih menghiasi bibirnya.
“Angah jahat! Tak nak kawan angah...!” Ariana menarik muka ketat. Rasa nak menangis pun ada. Free je kantoi dengan angah. Arghhh!
“Siapa suruh adik tak nak cerita. Terpaksalah angah guna taktik lama tu lagi...”
Ariana menjeling tajam ke arah angah. Geram pula rasa. Malu tu hanya tuhan je yang tahu. Rasa nak masuk bawah karpet bulu yang emak beli dekat Bali tu je. Huhu.
“So, siapa lelaki yang telah buat adik makan tak kenyang, tidur tak lena, pandang dinding pun tembus sampai rumah jiran sebelah?” Angah masih tersengih. Muka Ariana dah kembali merah padam.
Overlah tu. Mana ada sampai tembus dinding rumah sebelah...” Ariana mengumam perlahan.
“So, ayat depan tu betullah tu? Hmmm..?”
Ariana tak menjawab. Malas nak layan angah. Kalau dilayan mahu sampai tahun depan tak habis.
“Dahlah angah. Malas nak layan. Tadi angah cakap nak keluar kan. Pergilah. Kunci pintu sekali...” Mata kembali pada SpongeBob.
“Amboi, menghalau nampak...”
“Memang pun...” Ariana mengumam perlahan. Angah menarik hidung Ariana.
“Sakitlahh. Angahhh. Ishhh...!” Ariana menempik sebelum lengan angah ditepuk. Angah mengelak.
“Jomlah dik. Bosanlah duduk rumah ni...”
“Not interested...”
“Angah belanja KFC nak?”
“Tak nak...”
“Angah belanja perfume?”
“Tak mau...”
“Angah beli bear baru?”
Ariana menjeling ke arah angah. “Apa ingat adik budak-budak lagi ke?”
“Hmmm, tak nak bear. Angah belanja pizza, okey?”
“Tak nak. Muak...”
“Angah belanja kasut, hangbeg dengan baju. Nak?”
Ariana memandang ke arah angah disebelah. Otak ligat berfikir untuk menimbangkan tawaran angah itu.
“Set...”
Angah memcebik. Benda-benda tu jugaklah yang dia kena umpan nak bagi adik tersayang ni keluar dari gua tempurung. Kalau tak duduk memerap je dalam rumah.
“Eh, mana telefon adik?” Kelang kabut Ariana mencari HTC apabila terdengar telefonnya berbunyi. Tubuh angah turut sama ditolak tanpa perasaan.
“Adikkk...”
“Tepilah angahhhh. Ishh...” Ariana mengangkat kaki angah untuk mencari HTC namun tiada. Ariana memandang sekeliling sebelum ternampak HTC di atas meja tengah. Laju kaki diatur menuju ke aras tersebut. HTC dicapai lalu skrin disentuh.
‘Rin, kau blk hr apa?
Sbt or ahd?’
Ariana mengeluh hampa. Mesej dari Suzi. Tangan menaip untuk membalas mesej tersebut. Kaki kembali dihala menuju ke ruang tamu sambil mengenggam HTC.
“Siapa?”
“Suzi...”
“Ohh, patutlah...”
Ariana merenung curiga ke arah angah.
“Apa?” Ariana bertanya.
“Patutlah monyok balik. Rupanya tunggu boyfriend mesej...”
Wajah Ariana kembali panas.
“Mana ada! Jangan nak merepeklah. Dahlah, adik nak naik. Nak tidur. Mengantuk...” Ariana segera bangun lalu berjalan pantas menaiki tangga.
“Lah adik, tadi kata nak teman angah shopping...” Angah melaung dari bawah namun Ariana tidak menjawab. Dia menutup pintu bilik dan menjalan mendekati katil. Tubuh direbah di atas katil. Bantal ditarik sehingga menutupi muka.
“Akmal, saya rindu awak...”

                                                                                       ***
TOK.TOK.TOK
Akmal tersedar. Mata cuba dibuka dengan sedaya upaya.
“Abang?”
Akmal memandang ke arah pintu. Sarah menjegukkan kepala di muka pintu sebelum masuk sambil menatang dulang mendekatinya.
“Mama cakap abang tak makan apa-apa sejak semalam lagi...” Sarah, adik perempuannya yang berusia 17 tahun itu duduk di hujung katil. Dulang diletakkan di atas meja belajar.
“Sarah buat apa kat sini? Tak sekolah ke?” Akmal bertanya lemah. Dia cuba bangun namun kepala terasa berat dan pening.
“Abang dah lupa ke? Sekolah Sarah kan cuti lagi hari ni...” Sarah menjawab sambil mengambil mangkuk berisi bubur lambuk itu. Akmal diam tidak menjawab. Mata dipejam kembali. Cuba menahan rasa sakit kepala.
“Abang bangunlah kejap. Makan bubur sikit lepas tu makan ubat...”
“Abang tak laratlah Sarah...” Akmal mengumam perlahan. Sarah mengelengkan kepala. Abang ni kalau dah demam memang teruk. Memang tak suit betul dengan status selaku samseng. Tiba-tiba senyum terukir di bibir Sarah. Walaupun dia tahu perangai abangnya itu di sekolah, tapi dia tahu itu adalah taktik Akmal untuk menentang papa mereka. Walaupun masyarakat luar memandang Akmal sebagai samseng, namun di mata dia Akmal tetap seorang abang yang sangat penyayang dan mengambil berat.
“Abang, bangunlah. Makan sikit je...” Sarah memujuk sambil cuba menarik tangan abangnya bangun. Akmal membuka mata. Dengan satu keluhan nafas lemah, Akmal mengagahkan diri juga untuk bangun lalu duduk menyandar di kepala katil. Kepala masih berdenyut lagi.
“Nah...” Sarah menyuapkan bubur ke mulut. Akmal hanya memandang sudu yang tersua dihadapannya itu. Serta merta dia teringat pada Ariana. Gadis itu pernah menyuapkan dia makan masa mereka keluar bersama dulu.
“Makanlah. Abang tengok apa lagi...”
Akmal membuka mulut sebelum bubur nasi itu selamat berada di dalam mulutnya. Berkerut dahi ketika cuba menelan bubur tersebut. Tekak terasa pedih dah pahit.
“Nah...”
Akmal menolak sudu yang dihulurkan oleh Sarah itu.
“Janganlah macam ni. Nanti lambat baik...” Sarah masih berdegil. Mahu tak mahu Akmal terpaksa juga menghabiskan bubur tersebut walaupun tekak dah tak boleh nak terima lagi.
“Boleh pun makan...” Sarah tersenyum lebar sambil menghulurkan segelas susu ke arah Akmal. Akmal diam. Teringat kata-kata Ariana dulu. Sama je macam apa yang Sarah cakap tadi.
“Minum bagi habis lepas tu makan ubat...”
Akmal hanya menurut. Gelas kosong dihulurkan kembali ke arah Sarah. Sarah mengambil gelas tersebut sebelum menghulurkan beberapa biji ubat kepada Akmal. Akmal mengambil dan menelan ubat itu tanpa banyak tanya. Sarah tersengih lebar. Senang je nak jaga abang ni.
“Abang berehatlah. Nanti malam Sarah datang lagi..” Sarah menarik selimut menutupi badan Akmal sehingga ke dada. Akmal kembali memejamkan mata. Sarah bangun lalu menatang dulang menuju ke pintu. Sempat dia melihat Akmal buat kali terakhir sebelum pintu di tutup rapat.
                                                                                          ***
Ariana membelek HTC di tangan. Entah kenapa dia rasa macam tak sedap hati. Rasa macam ada sesuatu yang sedang berlaku. Puas dia memerah otak cuba berfikir namun dia tak dapat jawapannya. Tadi baru je lepas berbual dengan angah bertanyakan sekiranya ada apa-apa yang buruk berlaku di rumah. Angah jawab tak ada pun apa-apa yang berlaku. Semua macam biasa je. Hmm, Ariana berbaring di katil sambil merenung siling. Masuk hari ni dah tiga hari sekolah di buka tapi kenapa dia rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap. Mungkin sebab dia tak nampak bayang Akmal selama tiga hari ke? Ariana mengeleng tanda menjawab soalan sendiri. Takkanlah sebab tak nampak bayang Akmal, hidup dia jadi tak lengkap kan. Sungguh tak lojik di situ ye.
Ariana kembali membelek HTC di tangan. Dah lama juga HTC tak berbunyi lagu Justin Bieber. Tiba-tiba rasa rindu pula nak dengar lagu tu. Lantas dia menyentuh skrin HTC lalu memilih lagu Baby yang dinyanyikan oleh penyanyi lelaki itu. Seketika kemudian lagu Baby bergema di segenap ruang biliknya. HTC diletakkan di dada. Mata dipejamkan seolah-olah menghayati lirik lagu tersebut. Entah sejak bilalah dia boleh minat dengan Justin Bieber ni? Dulu bukan main dia kutuk kawan-kawan masa dekat universiti dulu. Siapa yang dengar lagu Justin Bieber ni memang dia pangkah habis-habis. Bagi dia Justin Bieber ni terlalu jiwang sangat.  Lirik lagu semua nak meleleh je. Kalau dia dengar lelaki nyanyi lagu Justin Bieber lagilah dia kutuk. Tak sanggup nak dengar. Geli!
Tapi sekarang dah jadi terbalik pulak. Dia jadi kemaruk nak dengar lagu Baby tu sejak dia jadikan ring tone lagu Baby tu sebagai ring tone nama Akmal. Rancangan asal dia hanya nak sakitkan hati Akmal je sebab dia tahu kalau Akmal dapat tahu dia letak lagu tu khas untuk Akmal, mesti Akmal marah punya. Tapi sekarang? Dengan dia-dia sekali dah tangkap cintan nak dengar suara Justin Bieber tu memekak kat HTC dia.
Ariana bangun dari baringan. Rambut paras bahu yang mengerbang itu tidak dihiraukan. Benaknya asyik berfikir je kenapa Akmal dah tiga hari tak datang sekolah sejak sekolah dibuka hari tu? Masa hari Isnin hari tu pagi-pagi lagi dia dah menapak ke sekolah. Rasa sedikit hampa juga bila tengok kereta sport merah tak ada di tempat letak kereta macam selalu. Dan rasa hampa itu terus melarat sampailah ke hari ini bila kereta itu masih tak muncul di sekolah. Akmal pergi mana? Dah pindah sekolah ke? Atau berhenti terus sebab tertekan kerana terlalu kuat belajar? Atau pun Akmal sekarang sedang terlantar di hospital akibat terlibat dengan kemalangan sebab merempit sampai tak ingat dunia masa cuti sekolah hari tu? Ataupun Akmal dah tak ada lagi...
Serta merta Ariana diserang rasa risau. Lantas HTC dicapai. Nama Akmal dicari sebelum tangan terhenti. Dalam hati berbelah bagi sama ada mahu menghubungi Akmal atau tidak. Nak telefon rasa malu gila. Jatuhlah standard dia sebagai seorang guru. Tapi kalau dia tak telefon, hati dia rasa tak tenang sebab kepala sibuk berfikir itu dan ini. Tak sanggup dah nak bersoal jawab dengan diri sendiri. Ariana menarik nafas panjang sebelum dia menyentuh butang hijau. Lantaklah apa nak jadi pun jadilah. Akmal nak fikir apa pun dia tak kisah. Janji hati dia puas.

AKMAL tersedar apabila HTC yang terletak di atas meja berbunyi. Dia cuba sedaya upaya bangun namun kepala terasa berat sangat. Pening tu jangan cakaplah. Dia memang paling tak suka kalau demam. Habis satu badan sakit-sakit. Paling tak tahan bila kepala rasa sakit dan pening. Silap-silap boleh termuntah dekat situ jugak. Akmal menarik nafas panjang. HTC yang masih menyanyikan melodi lagu Living To Love You itu dipandang sepi. Walaupun hati dah meronta-ronta nak jawab panggilan tersebut namun badan tak mampu nak digerakkan. Nak angkat kepala pun tak larat. Dia tahu siapa yang sedang menelefonnya itu sebab dia dah set lagu tu khas untuk Ariana. Pasti Ariana yang telefon. Rasa rindu yang mendalam selama berminggu-minggu ini tak mampu nak ditahan namun tubuh tak mampu nak digerakkan. Akhirnya dia hanya terbaring hampa diatas katil apabila HTC berhenti berbunyi. Dengan rasa hampa yang teramat sangat, Akmal kembali memejam mata dan berharap Ariana akan menelefonnya lagi.

Ariana merenung skrin HTC di tangan. Ada rasa agak kecil hati kerana Akmal tidak menjawab panggilannya. Entah pergi manalah budak ni. Jangan-jangan Akmal tengah berseronok dengan teman wanita yang dia nampak masa di pasar raya dulu tu kot? HTC diletakkan di sebelah. Tubuh dibaringkan kembali. Sungguhlah hati rasa macam nak merajuk dengan Akmal. Dah lama jugak rasanya dia tak berkomunikasi dengan Akmal. Adalah dekat sebulan sejak sebelum peperiksaan pertengahan hari tu. Jangan-jangan Akmal memang sengaja nak main-mainkan perasaan dia kut? Tu yang Akmal tak telefon atau mesej dia sepanjang cuti sekolah dan tak jawab telefon dia tadi? Ariana mencapai bantal sebelum menekup ke muka. Arghhh! Tiba-tiba dia terasa malu sangat. Entah apa Akmal fikir sekarang. Mungkin Akmal fikir yang dia sedang terhegeh-hegeh mahukan lelaki itu sedangkan Akmal hanya main-mainkan dia. Test powerlah katakan. Akmal kan samseng. Bukan ke kalau samseng ni suka test power memikat perempuan. Siapa paling banyak dapat pikat perempuan, dialah yang paling hebat.
Ariana menggigit bibir. Tiba-tiba hati terasa sedih. Sampai hati Akmal buat dia macam tu. Walaupun dia tak pernah ada perasaan pada Akmal, namun kadang kala hati perempuannya tersentuh setiap kali Akmal buat sesuatu atau meluahkan perasaan padanya. Dia tetap manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Sekeras-keras hatinya menafikan, namun jauh disudut hati dia terpaksa mengakui kadang kala ada macam suatu perasaan yang dia sendiri tak boleh nak kata perasaan apa meresap dalam jiwanya setiap kali Akmal memandang tepat ke arahnya.      

P/S: TO BE CONTINUED...

2 140 tukang karut:

Ratu Bulan said...

Aduhai, sian pulak tengok diorang berdua ni.

Cahaya said...

kak Ratu Bulan>> tulah. siapa suruh ego sangat kan. mueheheh..

Post a Comment