RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, March 23, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 18)

 BAB 18
“Masa menjawab telah tamat. Sila letakkan pen anda...”
Akmal meletakkan pen di atas meja sebelum menyusun kertas jawapan. Dia meletakan kertas jawapan di sudut sebelah kiri. Dia dah buat sehabis baik. Suara rakan-rakan di kiri dan kanan tidak diendahkan. Apa yang dia mahu sekarang adalah balik dan berehat. Sudah berhari-hari dia tak cukup tidur. Habis sahaja peperiksaan ini bolehlah dia bantai tidur ganti waktu tidur sebelumnya.
“Mal, jamming malam ni?” Aidil menepuk bahunya perlahan.
“Tak kot. Aku penatlah. Nak balik tidur...” Akmal menjawab sambil memasukkan alat tulis ke dalam beg. Kepala dah rasa pening. Macam nak demam.
“Ala, lepak aa. Dah lama kot kau tak join kitorang jamming. Asyik mengadap buku je...” Fadil pula bersuara ketika mereka sama-sama keluar dari dewan peperiksaan. Hari ni merupakan hari terakhir peperiksaan pertengahan tahun. Lega sangat rasa peperiksaan dah habis. Boleh dia berehat sekejap dari mengadap buku. Gitar pun dah lama tak pegang. Tangan pun dah keras berkematu akibat lama tak mengoreng gitar.
“Tengoklah kalau aku larat...” Akmal menjawab ketika mereka berjalan menuju ke tempat letak kereta. Langkah kakinya terhenti apabila melihat Ariana melintas di hadapannya.
“Ye, ye nanti adik baliklah. Esok pagi-pagi adik gerak.” Ariana membuka pintu kereta dengan tangan kiri manakala tangan kanan memegang kertas jawapan pelajar. Telefon di telinga di sendal dengan bahu.
“Ye baikkkk. Ish. Dahlah angah. Adik nak letak dulu ni. Nak drive. Kirim salam pada semua. Bye..” Kertas jawapan diletakkan di tempat duduk belakang. HTC yang dikepit dibahu dipegang secara tergesa-gesa kerana bimbang jatuh ke tanah membuatkan kunci kereta jatuh ke tanah. Berderau kejap darah. Ingat HTC yang jatuh tadi. Kalau tak memang barailah telefon mahal. Tu belum kena maki dengan Akmal lagi sebab rosakkan telefon dia.
Baru sahaja dia mahu tunduk mengambil kunci kereta kereta di atas tanah, seseorang telah terlebih dahulu berbuat demikian. Ariana tergamam. Kunci yang terhayun dihadapan mukanya diambil. Akmal masih lagi mengenggam kunci tersebut apabila Ariana mahu mengambil kunci itu dari tangan Akmal. Ariana memandang wajah Akmal. Kunci  dilepaskan.
Thanks...” Ariana berkata perlahan namun Akmal tidak menjawab. Akmal berlalu dari situ menuju ke arah kereta sport merahnya tanpa menoleh ke arahnya lagi.

                                                                         ***
Kunci kereta dan HTC diletakkan di atas meja. Tubuh direbahkan di atas katil. Mata dipejamkan. Kepala rasa berat. Tak cukup tidur agaknya. Akmal membuka mata. Esok dah mula cuti sekolah pertengahan tahun selama dua minggu. Apa nak buat masa cuti-cuti ni? Study? Dia tak rasa nak mengadap buku lagi. Nantilah dulu. Otak pun tepu lagi. Jamming mungkin? Dah lama tak pergi studio jamming. Mungkin jamming boleh masuk dalam itenerary dia masa cuti nanti. Lagi? Hmmm.
Akmal mencapai bantal lalu ditekup ke muka. Apa nak buat cuti dua minggu ni? Tiba-tiba kepala rasa bengap. Selama ni dia tak ada masalah pun nak habiskan masa cuti sekolah. Kenapa sekarang asal cuti je dia jadi gelisah? Kenapa? Mengapa? Bukan ke kalau dah nama budak sekolah, memang cuti sekolah ke yang paling ditunggu-tunggu? Tak payah mengadap buku, tak payah datang sekolah, tak payah dengar cikgu membebel, tak payah jumpa cikgu...
Akmal menarik bantal sehingga ke dada. Mata merenung siling. Macam mana nak buat ni? Belum mula pun cuti sekolah tapi hati dah mula merindu. Rindu pada Ariana. Paling sakit hati bila kali terakhir jumpa tadi sepatah pun dia tak bercakap dengan Ariana. Akmal menggaru kepala. Menyesal. Menyesal! Arghhhh! Itulah siapa suruh ego sangat. Sendiri tanggunglah.
Akmal bangun lalu mencapai HTC yang terletak di atas meja. Nama Ariana di cari. Teragak-agak seketika untuk menekan butang hijau. Dah sampai rumah ke belum? Atau Ariana masih memandu lagi? Akmal merengus perlahan sebelum meletakkan kembali HTC diatas meja. Dia kembali berbaring. Bantal dipeluk erat. Arghhhhh! Tak senang duduk dia kalau tak dapat cakap dengan Ariana. Hampir dua minggu dia tak menghubungi Ariana sebab marah tentang hal hari tu punya pasal. Ego dia memang tinggi melangit. Ariana pun tak ada hati juga nak pujuk dia macam dulu masa dia dan Ariana keluar dating untuk pertama kalinya. Spontan bibir Akmal tersenyum. Bila dikenang ketika itu rasa bahagia sangat. Pertama kali dia rasa macam tu. Ariana sangat comel pada pandangan mata dia. Kalau kat luar sekolah Ariana nampak macam remaja perempuan lain. Dengan blous  tangan panjang warna pink berbunga unggu dan merah, berjeans putih dan bersneakers putih. Memang tak ada rupa cikgu langsung. Lepas tu dengan perangai macam budak-budak Ariana membuatkan Akmal rasa dekat sangat dengan Ariana masa tu. Tak terasa pun yang dia tengah berjalan dengan cikgu sendiri. Cara Ariana layan dia, pujuk dia bila dia merajuk....
Akmal tersedar. Sejak bila dia pandai nak merajuk ni? Dengan perempuan pulak tu? Haih. Berat betul kalau hati dah dilamun cinta. Sure kena gelak dengan Fadil, Farid dan Aidil kalau diorang semua tahu. Akmal mengeleng kepala. Apa dah jadi dengan ketua kumpulan geng enam jahanam? Ketua samseng sekolah? Boleh cair dengan gadis bernama Ariana....
Akmal bangun lalu duduk di hujung katil. HTC dicapai. Dia menekan skrin mencari sesuatu. Seketika kemudian gambar Ariana terpapar di skrin HTC. Dia menekan lagi, melihat gambar Ariana yang lain. Adalah dalam enam tujuh keping gambar Ariana pelbagai gaya tersimpan di dalam HTCnya. Nasib baik Ariana ‘terlupa’ nak mendelete gambar yang ditangkap semasa dia meminjamkan HTCnya itu kepada Ariana. Bolehlah buat hilang rindu selama dua minggu ni. Tak sabar rasanya nak tunggu sekolah buka. Tak sabar nak tunggu keputusan peperiksaan dan tak sabar nak tunggu Ariana menunaikan janjinya itu. Tak sabar nak dengar Ariana meluahkan kata-kata keramat itu. Dia dah menunggu terlalu lama. Banyak benda dia dah korbankan semata-mata untuk mendapatkan Ariana. Dia yakin dia mampu tawan hati Ariana. Dia pasti suatu hari nanti Ariana pasti akan menerima cintanya. Pasti!

                                                                                        ***
Ariana memeluk lutut di atas buaian bulat berwarna ungu itu. Dia yang paksa angah cat buaian tu jadi warna ungu. Angah cakap tak pernah dibuat orang nak cat warna tu. Tapi sebab dia dah merajuk sampai mogok tak nak makan selama dua hari, terpaksalah angah buat juga. Sengih lebar je masa tu bila tengok buaian dan jadi warna kegemaran. Dulu angah selalu je ada masa nak temankan dia buat apa-apa. Kalau ada benda je mesti orang pertama yang dia akan cari ialah angah. Nak apa, nak buat apa. Semua angah yang tolong. Kalau buat jahat pun angah jugak yang tolong cover. Ingat lagi dulu dia terpecahakan pasu kesayangan emak yang dibeli di Beijing. Mengelabah tak tahu nak buat macam mana sebab dia tahu mak sayang sangat pasu bunga tu. Akhirnya angah yang cakap dan mengaku pecahkan pasu mak masa undur kereta. Mak masa tu pun macam percaya tak percaya je sebab mak tahu angah tu orangnya macam mana. Penuh cermat dan hati-hati. Dalam family, angahlah yang paling berhemah sekali kalau bawak kereta. Paling tak berhemah tu siapa lagi kalau bukan Ariana Nisaa Bt Ashari. Huhu. Tapi sekarang ni masing-masing dah kerja, dah ada kehidupan sendiri. Dia pun sekarang dah tercampak kat bumi KL tu. Angah dan along semua dapat tempat kerja dekat-dekat rumah. Senang. Nak makan pakai semua mak ada. Tapi dia yang bongsu ni jugak yang tercampak duduk jauh beratus kilometer. Apa nak buat. Bak kata ayah, kenalah belajar hidup berdikari. Nanti dah bersuami takkan nak berkepit bawah ketiak mak lagi.
Kawin? Siapa nak kawin. Dia tak nak kawin. Dia nak duduk dengan mak. Dia nak jaga mak. Kalau kawin tapi tak bahagia buat apa. Kalau kawin tapi dapat suami yang entah apa-apa buat apa. Kalau kawin tapi dapat suami tak jujur buat apa...
Ariana menarik nafas panjang. Dah kenapa nak fikir pasal kawin malam-malam ni? Gila ke apa? Ariana mengelengkan kepala. Dia menjatuhkan kaki ke bawah sebelum menolak buaian dengan hujung jari. Novel di sebelah dicapai lalu halaman terakhir yang ditanda, dibuka. Tubuh disandarkan pada buaian. Dia membaca tulisan yang ditulis pada halaman novel tersebut. Hmm, tak faham. Baca sekali lagi. Hmm, sekali lagi? Hmm, apa penulis nak sampaikan sebenarnya? Sampai dia kena baca banyak kali tapi tak faham-faham jugak? Atau sebenarnya dia sedang teringat benda lain sampai tak faham apa yang dia baca sekarang? Ariana menutup novel lalu diletakkan di atas riba. Helo Ariana, kau bukan tengah baca buku sejarah sampai nak kena ulang baca banyak kali. Kau tengah baca novel cinta, faham? C.I.N.T.A. Itu pun susah sangat ke nak faham. Dan sejak bila pula dia layan novel cinta?? Ariana merenung novel di atas riba. Sejak bila novel ni ada dalam simpanan dia? Novel itu ditelek lagi. Cuba mengingati bila masa dia terbeli novel ni? Setahu dia, dia tak pernah layan novel-novel macam ni. Arghhh! Apa dah jadi ni?
Tumpuan Ariana terganggu apabila HTC di dalam poket berbunyi. Cepat-cepat dia mengeluarkan HTC tersebut. Tangan laju menyentuh skrin.
‘Tahniah. Sim card anda telah
memenangi tempat pertama
 dalam peraduan cabutan
bertuah Shell’
Ariana menggigit bibir. Cis, ingatkan siapa yang mesej. Ariana kembali memasukkan HTC di dalam poket. Hampa sekejap perasaannya. Ariana memeluk lutut lagi. Entah kenapa dia terasa sunyi. Dah hampir seminggu sekolah bercuti. Ada seminggu lagi sebelum buka sekolah. Hai, entah kenapa terasa lambat sangat masa bergerak. Macam siput sedut. Eh kejap. Kenapa dia rasa nak cepat-cepat buka sekolah? Bukan ke selama ni dialah orang paling gembira kalau waktu cuti sekolah? Tak payah mengadap buku, tak payah pening nak tanda buku budak-budak, tak payah jumpa pelajar...
Dagu diletak di atas lutut. Pelik ke kalau HTC tak berbunyi lagu Justin Bieber tu dah dekat tiga minggu? Pelik kut sebab sebelum ni paling tak pun sehari sekali HTC akan memekak dengan lagu Baby tu. Paling-paling pun mesej bunyi lagu ‘Never Say Never’ mesti berbunyi dua tiga kali dari HTCnya tapi kenapa tiga minggu ni langsung tak berbunyi? HTC dia rosak ke? Ariana mengeluarkan HTC dari poket. Dia menyentuh skrin HTC, memeriksa jika ada benda yang tak kena. Hmm, rasa macam tak ada. Elok je HTC ni. Atau mungkin HTC satu lagi tu tak ada coverage? Atau rosak lepas tu kena hantar kedai? Sebab tu tak boleh hantar mesej atau call? Mungkin jugak. Atau mungkin tuan punya HTC tu tengah bersukaria dengan teman wanita lain sampai lupa tuan punya HTC kat sini. Ariana menggigit bibir. Tiba-tiba rasa sedih.Dia menyentuh skrin secara rambang. Nak mesej, tak tahu nak mesej siapa. Nak bergayut pun, tak tahu nak bergayut dengan siapa. Nak main games, bukan perangai dia nak main games dalam telefon. Ariana melepaskan keluhan berat. Disimpan kembali HTC di dalam poket. Dia mendongak memandang ke langit yang hitam pekat tidak berbintang itu. Cahaya bulan agak terang pada malam itu membuatkan ingatan terhadap seseorang semakin kuat.
“Akmal, apa awak tengah buat sekarang?”

                                                                        ***
Akmal hanya tersandar di dinding studio. Bunyi suara Aidil yang memekak entah menyanyi lagu apa, tidak diperdulikan. Fikirannya menerawang. Orang kata, hanya jasad sahaja di studio, tapi fikiran dah terbang entah ke mana. HTC ditangan digenggam erat. Sesekali dia menjeling pada skrin HTC, mengharapkan ada mesej atau panggilan yang masuk namun hampa. Gambar Ariana yang menjadi wallpaper HTC direnung lama. Sungguh hati dia sedang merindu sekarang.
“Mal, jamming jom...” Fadil menepuk bahunya perlahan membuatkan dia tersentak. Akmal menoleh ke sebelah.
Jamming jom. Kau datang sini tapi tak join buat apa...”
Akmal meraup muka dengan tapak tangan.
“Aku tak ada moodlah. Kau jelah main...”
“Janganlah macam ni. Bukan selalu pun, sebelum ni kau sibuk dengan buku-buku je. Sekarang dah habis periksa, masa ni lah nak balun main balik. Lagi pun tak bestlah kalau kau tak main sekali...”
Akmal tidak menjawab. Dia hanya merenung geng enam jahaman yang lain sedang jamming di atas pentas studio tersebut. Kalau dulu, studio tulah tempat diorang lepak malam-malam. Studio kepunyaan abang Aidil itu memang dah jadi macam rumah kedua selain bilik muzik kat sekolah tu. Kalau lepak kat studio ni memang sampai pukul tiga empat pagi pun tak sedar. Inilah dunianya sejak dia mengenali apa itu muzik sejak tingkatan satu lagi.
“Mal, kau ada masalah ke?”
Akmal masih diam. Kepala rasa kusut sebenarnya. Jiwa dia rasa kosong. Sebab apa pun dia tah tahu, atau dia tak mahu mengaku yang hidupnya sunyi tanpa kehadiran Ariana? Dah tiga minggu lebih tak dengar suara Ariana. Tak bertanya khabar Ariana. Egonya terlalu tinggi untuk memulakan dahulu. Akhirnya jiwa sendiri yang merana.
“Kenapa cinta ni menyakitkan?”
Huh? Akmal cakap pasal cinta? Fadil merenung ke arah Akmal tanpa berkelip.
“Kenapa aku asyik teringatkan dia? Kenapa aku tak boleh lupakan dia? Kenapa hidup aku rasa tak tenang je bila tak dengar suara dia?” Akmal bertanya perlahan, lebih kepada menyoal diri sendiri. Fadil dah garu kepala tak tahu nak jawab apa.
“Err, dia tu maksud kau....”
Akmal memandang ke arah Fadil.
“Aku sayang dia Fadil. Aku tak boleh hidup tanpa dia...”
Fadil hampir nak terbalik ke belakang. Biar betul Akmal ni?!
P/A: TO BE CONTINUED...

0 140 tukang karut:

Post a Comment