RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, March 22, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 17)


BAB 17 

“Nak beli apa ni?” Ariana bertanya sambil menolak troli.
“Entahlah. Aku pun blur. Kau ada nak beli apa-apa ke?” Suzi pula bertanya. Ariana mengangkat bahu.
“Aku kalau bab shopping baju ke, handbeg ke, kasut ke...aku tahulah. Kalau barang-barang dapur ni sorry. Aku surrender...”
Suzi membuat muka namun tidak menjawab. Kenal sangat dah dengan perangai Ariana yang tak suka masuk dapur. Mungkin Ariana masih muda. Jadi rasa nak belajar memasak tu belum ada lagi kut. Tak macam dia, umur dah nak masuk 27 haruslah rajin ke dapur. Yelah, mana tahu esok lusa nak kawin ke. Tak adalah kelang kabut sangatkan.
“Kita beli macam biasa jelah...” Ariana akhirnya memberikan cadangan. Bosan pula pusing-pusing satu pasar raya ni sambil tolak troli kosong. Badan pun dah rasa penat dan mengantuk. Lagi cepat beli barang, lagi cepat boleh balik rumah dan tidur.
“Okeylah. Kau pergi ambil barang kering, aku ambil barang basah. Cepat sikit, tak adalah buang masa sangat. Lagi pun takut tak sempat kedai nak tutup...”

Ariana mengangguk setuju sebelum mereka berpisah. Ariana menolak troli ke arah bahagian menjual barang-barang kering. Plastik diambil lalu dia mula memilih bawang merah. Sebetulnya dia tak pandai nak pilih pun tapi hentam jelah. Sesekali dia menjeling orang disebelah dan memerhatikan cara mereka memilih bawang.  Setelah selesai, dia memilih kentang pula. Hai susah jugak macam mana nak pilih barang-barang ni. Memerlukan skill dan teknik yang betul. Salah pilih buat rugi je terpilih yang busuk.

Setelah selesai memilih, Ariana menolah troli menuju ke tempat menjual makanan ringan. Bekalan coklat dia dah habis. Sedang Ariana sibuk memilih coklat yang berada di rak yang disediakan, matanya menangkap seseorang yang macam dikenalinya. Dia menjenguk dengan lebih teliti lagi. Bulat matanya memandang Akmal sedang berjalan berpegangan tangan dengan seorang gadis muda dalam lingkungan 16 atau 17 tahun. Ariana telan air liur. Entah kenapa ada rasa pedih di hulu hatinya. Dada tiba-tiba terasa sesak. Melihat keadaan Akmal yang kelihatan sangat mesra seperti itu mengingatkan dia pada kenangan lama. Kenangan yang hampir membunuh seluruh jiwanya suatu ketika dahulu. Ariana tersandar pada rak yang menempatkan makanan ringan. Tangan menganggam pemegang troli. Lutut rasa lembik. Ariana memejamkan mata sambil menarik nafas panjang. Dia tak sanggup nak tengok lagi. Dengan sisa kudrat yang ada, Ariana mengagahkan diri menolak troli mencari-cari kelibat Suzi di sekitar sambil memastikan yang dia tak terserempak dengan Akmal.

“Suzi...!” Laju Ariana menolak troli menghampiri Suzi.

“Ha, ada  pun kau. Sini tolong aku pilih...” Suzi masih sibuk memilih beberapa jenis ikan. Ariana menarik tangan Suzi.
“Jom balik. Lain kali je kita beli...” Ariana menyeret Suzi keluar dari pasar raya itu.
“Eh, kenapa ni? Aku baru nak pilih-pilih tu...”
“Tak payahlah. Aku..err...aku tak sihat. Sakit perut nak ke tandas...”
Suzi memandang pelik ke arah Ariana yang dah pucat itu.
“Kau tak sihat ke?” Spontan Suzi spontan menyentuh dahi Ariana.
“Hah? Err...a’ah. Tiba-tiba aku rasa pening kepala. Kita balik ek. Kau drive. Aku tak larat...” Kunci kereta diserahkan kepada Suzi. Suzi mengambil kunci tersebut tanpa banyak bertanya. Risau pula tengok rupa Ariana yang dah macam kena deman panas.
Sepanjang perjalanan balik, Ariana hanya diam. Pandangan dihalakan ke arah tingkap. Dalam kepalanya terbayang-bayang wajah Akmal yang bergelak ketawa dengan gadis di sampingnya. Mungkin teman wanita Akmal. Gadis muda. Cantik dan bergaya. Ariana tersenyum sinis. Entah kenapalah dia bodoh sangat boleh percaya yang Akmal sukakan dia. Orang macam Akmal takkan ada perasaan macam tu pada dia. Lagi pun, bukan ke dia tua empat tahu dari Akmal. Orang macam Akmal pasti mahukan gadis lebih muda, cantik dan bergaya macam gadis yang berada di sisi Akmal tadi. Gadis itu kelihatan sangat manja dengan Akmal. Tangan tak lepas dari memeluk lengan Akmal. Ariana menelan air liur. Air mata dah mula bertakung di tubir mata namun dia cuba bertahan. Bimbang Suzi perasan.

Ariana meletakkan beg tangan di atas meja kerja. Tubuh direbahkan di katil. Mata merenung siling seolah-olah dengan cara itu mampu membuatkan apa yang bermain di fikirannya hilang. Namun bayangan Akmal di pasar raya bersama gadis misteri itu masih lagi melekat dalam ingatannya. Ariana memejamkan mata. Hati terasa sakit. Kenapa semua ini harus berlaku lagi? Bodohkah dia kerana sering dipermainkan oleh insan bernama lelaki? Murahkah perasaan dia bagi insan bernama lelaki? Air mata yang cuba ditahan mengalir juga. Sungguh pun dia tidak mempunyai perasaan pada Akmal, tetapi kenapa hatinya terasa sakit? Malah lebih sakit dari yang dulu. Ariana memejamkan mata.
“Sampai hati awak buat saya macam ni. Apa salah saya?” Ariana cuba menahan air mata yang mula bertakung. Amirul Shazwan hanya diam. Kepalanya tertunduk.
“Mirul. Jawablah. Apa salah saya?”
“Awak tak salah apa-apa. Saya yang salah...”
Ariana memejamkan mata cuba menahan perasaan. Bukan itu jawapan yang dia mahu.
“Siapa dia? Apa lebihnya dia berbanding saya?” Ariana bertanya sambil tersedu-sedu.
Amirul hanya diam.
“Please Mirul...”
“Maafkan saya. Hati saya...sudah berubah...” Perlahan Amirul menjawab. Ariana terduduk apabila mendengar kata-kata Amirul itu. Tidak sangka begitu mudah lelaki itu berubah hati.
“Sampai hati awak. Adakah selama lima tahun ni, hubungan kita tak bermakna bagi awak?”
“Maafkan saya...”
Ariana mengesat air mata yang jatuh ke pipi. Amirul Shazwan, lelaki pertama yang hadir di dalam hidupnya. Hampir lima tahun mereka berkawan. Sejak tingkatan lima lagi sehinggalah dia berada di tahun kedua universiti. Selama lima tahun mereka tidak pernah bergaduh. Baginya Amirul adalah lelaki yang baik. Tidak pernah mengambil kesempatan terhadapnya. Ibu dan bapa mereka pun masing-masing merestui hubungan mereka. Mengikut perancangan asal, mereka akan berkahwin apabila Amirul tamat belajar dari luar negara sebagai jurutera di Jepun. Namun rupanya pemergian Amirul ke Jepun bukan sahaja mahu mengejar cita-cita. Malah lebih dari itu. Amirul telah terpaut hati dengan rakan sekelasnya yang juga berasal dari Malaysia. Begitu mudah Amirul berpaling terhadapnya. Alasan Amirul hanyalah satu. Dia tidak biasa hidup seorang. Dia perlukan seorang wanita di sisinya. Hubungan jarak jauh memang tak mampu dia tangani. Hampir enam bulan Ariana merana sehingga hampir merosakkan masa depannya. Belajar entah ke mana. Mujur angah sentiasa di sisi. Menasihati dan memberikan nasihat kepada dirinya. Dia ingat lagi kata-kata angah di saat dia mahu berputus asa dengan hidup.
He don’t deserve you adik. Kalau dia tak mampu nak setia pada adik, buat apa adik nak rosakkan masa depan sendiri. Dia rugi kerana melepaskan orang macam adik. Tak guna adik nak sia-siakan hidup hanya sebab lelaki tak guna tu...”
Sejak dari itu baru dia sedar. Untuk apa dia mengsia-siakan hidup sebab lelaki bernama Amirul Shazwan tu. Sejak dari itu juga dia cuba menutup pintu hatinya terhadap insan bernama lelaki. Dia tak nak pisang berbuah dua kali. Dia takkan membenarkan dirinya dipermain-mainkan lagi. Itu janjinya pada diri sendiri. Tapi sekarang dia telah dipermainkan oleh Akmal, anak muridnya sendiri yang kononya mengaku menyanyanginya, mencintainya. Ariana mengelap air mata yang mengalir lagi. Dia tak patut membenarkan Akmal jatuh cinta padanya sejak dari awal lagi. Malah, dia tak sepatutnya terlibat dengan semua ini. Ini melanggar etika keguruannya. Semua ini salah dia.
Baby, baby, baby ohh
Like
Baby, baby, baby noo
Like
Baby, baby, baby ohh            
           
Ariana meraup muka dengan tapak tangan. HTC diambil. Nama Akmal naik di skrin. Ariana mencampakkan HTC disebelah. Tak ada hati nak jawab panggilan daripada Akmal. Ingat dia perempuan murahan? Dah penat berseronok dengan perempuan lain, baru nak cari dia? Jangan haraplah!
Baby, baby, baby ohh
Like
Baby, baby, baby noo
Like
Baby, baby, baby ohh
Deringan kali kedua tidak juga diendahkan oleh Ariana. Hatinya betul-betul sakit. Dasar samseng tak makan saman. Penipu! Ariana membentak di dalam hati. Ariana merenung HTC disebelah apabila mendengar bunyi mesej. Spontan tangan mencapai HTC.

‘Knp x jwb? Dh tdo ke?’
Mesej daripada Akmal. Ariana merengus perlahan sebelum meletakkan kembali HTC di sisi. Dia kembali merenung siling. Kenapa dia perlu berhadapan dengan masalah macam ni lagi? Adakah dia tak akan pernah bernasib baik jika melibatkan alam percintaan?
Ariana mengeliat. Kenapa dia nak cakap hal cinta kalau berkaitan dengan Akmal? Bukankah dia tak ada perasaan pada Akmal? Bukankah lagi bagus kalau Akmal dah ada teman wanita lain, jadi bolehlah dia jauhkan diri daripada Akmal. Bukan sepatutnya dia rasa lega ke kalau Akmal tidak lagi mempunyai perasaan terhadapnya? Kenapa dia perlu rasa sakit hati apabila melihat kemesraan Akmal dengan perempuan lain? Adakah dia rasa....cemburu?
Ariana mengelengkan kepala. Tak. Itu namanya gila. Tak mungkin dia rasa cemburu. Kenapa pulak dia nak rasa cemburu, sepatutnya kalau ikut hukum alam, dia patut rasa gembira kerana akhirnya dia telah bebas daripada Akmal. Ye, bebas dari bebanan perasaan Akmal terhadapnya. Tapi.....kenapa bukan itu yang berlaku?
‘Ariana...’
Mesej daripada Akmal lagi. Ariana menggigit bibir. Kenapa hati bagai ditarik-tarik mahu membalas mesej daripada Akmal itu? Kenapa dia rasa macam nak berhadapan dengan Akmal dan bertanyakan tentang hal sebenar, dan berharap apa yang dia nampak itu hanyalah tipu semata-mata.
‘Ariana, I really miss you...’
Skrin HTC dipandang lama. Tulisan mesej yang dihantar oleh Akmal itu disentuh dengan hujung jari. HTC dilekapkan di dada. Mata dipejam. Sayu hati apabila membaca kiriman mesej daripada Akmal itu. Spontan air mata mengalir laju buat kesekian kalinya.
I miss you too...” Tanpa sedar dia menutur kata-kata itu perlahan.

                                                                     ***
“Macam mana dengan persembahan sempena Hari Guru? Ada masalah ke?”
Ariana mengangkat kepala dari bulu latihan pelajar yang baru separuh ditanda.
So far, okeylah sekarang ni.” Ariana menjawab sambil tersenyum ke arah Cikgu Saufi yang baru sahaja menarik kerusi untuk duduk. Ariana mengaru dagu yang tidak gatal. Rasa macam tak selesa pula duduk berdua-duaan macam ini walaupun tempat open. Sengaja dia duduk di bangku di dalam Taman Sains itu sambil buat kerja. Terasa sesak pula duduk lama-lama dalam bilik guru entah sebab apa.
“Dengar cerita, awak guna bilik muzik tu untuk buat latihan persembahan. Betul ke?” tanya Cikgu Saufi.
“Hmm. Betullah. Tapi sekarang tak dah...” Ariana menjawab. Lepas fikir masak-masak semalam, dia ambil keputusan tak nak gunakan lagi bilik muzik tu sebagai tempat latihan. Seboleh-bolehnya dia nak jauhkan diri daripada Akmal. Jadi langkah pertama ialah, jauhkan bilik muzik yang jadi tempat bertapa Akmal tu.
“Kenapa pulak?”
“Hmm, saya rasa bilik muzik tu tak sesuai nak buat latihan. Jumlah pelajar terlalu ramai. Saya akan buat di dewan mulai petang ini. Sambil-sambil nak biasakan budak-budak dengan enviroment dewan. Tak adalah budak-budak ni terkejut bila tiba nak buat persembahan betul-betul nanti...” Ariana memberikan alasan yang dirasakan agak releven. Takut-takut cikgu Saufi syak pula.
“Hmm, yeke? Malang betul...”
Kening Ariana terangkat.
“Kenapa? Cikgu ada masalah ke?”
“Saya baru nak minta awak tolong cakap pada Akmal yang saya nak pinjam beberapa alat muzik dari bilik tu...”
“Ohh, nak pinjam buat apa?”
“Macam ni, beberapa orang pelajar saya ada cakap nak buat persembahan sempena hari guru nanti. Diorang nak menyanyi. Tapi tak ada alat muzik. Jadi ingat nak pinjam dengan Akmal. Hmm, awak boleh tolong tak? Tolong bagitahu Akmal boleh? Lagi pun awak yang uruskan bahagian persembahan....”
Ariana terdiam. Nak suruh dia cakap dengan Akmal? Minta maaf banyak-banyak. Mesej dan panggilan Akmal pun dia tak teringin nak balas.
“Maaflah cikgu. Saya tak ada masa nak jumpa Akmal. Apa kata cikgu pergi sendiri cari Akmal di bilik muzik tu. Dia selalu lepak sana sampai petang. Lagi pun lebih elok kalau cikgu cakap sendiri kan. Nanti saya nak jawab macam mana pula kalau si Akmal tu tanya macam-macam. Cikgu sendiri tahu kan Akmal tu orangnya macam mana...” Ariana cuba berkata selembut  yang mungkin. Senyum manis dihadiahkan kepada cikgu Saufi. Namun dalam hati mendongkol marah. Marah sebab nama Akmal menjadi tajuk perbualan dan marah kerana dia pula disuruh berjumpa dengan Akmal disaat dia sedang melancarkan perang senyap dengan Akmal.
“Tak apalah kalau macam tu...” Cikgu Saufi membalas perlahan. Tergambar riak kecewa diwajah lelaki itu.
“Maafkan saya cikgu, saya bukan tak nak tolong tapi...” Ariana terdiam apabila dia terpandang wajah Akmal yang merenung tajam kearahnya. Tiba-tiba dia terasa kecut. Dah lama Akmal tak renung dia dengan pandangan sebegitu. Ariana tertunduk apabila Akmal berjalan laju melepasi mereka. Hatinya tiba-tiba rasa berdebar-debar.
“Ehh, tu Akmal. Saya nak kejar dia kejap....” Tergesa-gesa cikgu Saufi bangun sebelum mengejar Akmal. Ariana cuba memanggil cikgu Saufi untuk menasihatkan dia supaya nanti-nanti sahaja berjumpa dengan Akmal namun sudah terlambat. Cikgu Saufi dah hilang dari pandangan. Ariana mengeluh perlahan. Pen merah dicapai lalu dia menyelak halaman terakhir buku latihan pelajar tempat dia berhenti tadi.

                                                                  ***
Alarm Myvi ditekan. Pintu belakang kereta dibuka. Buku-buku latihan pelajar yang tidak habis ditanda, diletakkan ditempat duduk belakang. Hajat hati nak sambung menanda di rumah nanti. Macam biasalah, kerja bertimbun bawak balik rumah. Lepas tu malam-malam tak sentuh pun. Sudahnya bawa juga buku yang sama ke sekolah pada keesokan harinya. Ariana menutup pintu belakang. Tangan menyentuh pembuka pintu tempat pemandu sebelum ditahan oleh satu tangan. Ariana mendongak. Wajah Akmal tajam merenungnya. Spontan Ariana terundur setapak ke belakang.
“Awak buat apa kat sini?” Ariana bertanya keras sambil memandang ke sekeliling. Bimbang ada yang melihat.
“Kenapa tak angakat call? Mesej pun tak balas? Kenapa?!” Akmal bertanya keras. Ariana hanya diam. Dia tahu lambat laun Akmal pasti akan datang juga kepadanya.
“Akmal, saya...penat. Saya nak balik sekarang. Boleh awak ke tepi?”
Akmal mengenggam penumbuk, cuba menahan kemarahan. Ariana menelan air liur.
“Aku tanya kenapa?!”
Ariana memejam mata. Cuba menahan sabar.
“Akmal, saya rasa baik awak baliklah. Saya betul-betul sibuk...”
Akmal mara ke arahnya membuatkan Ariana berundur ke belakang.
“Akmal, jangan nak buat perangai kat sini. Sini sekolah Akmal...”
“Persetankan dengan semua tu..!”
Ariana memicit kepala yang terasa agak pening. Pening dengan sikap Akmal.
“Akmal, macam ni lah. Saya rasa mulai dari sekarang, tolonglah jauhkan diri dari saya. Hentikan semua permainan ni. Saya dah penat okey...”
“Permainan?” Akmal bertanya keras.
“Yap. Hentikan. Stop this nonsense. Saya bukan budak-budak lagi. Just leave me alone. Kalau awak rasa awak boleh mainkan perasaan saya, awak silap..saya...”
“Mainkan perasaan kau?Aku tak faham...” Akmal berhenti melangkah. Ariana menarik nafas lega. Akmal nampaknya dah agak tenang.
“Sudahlah Akmal. Saya dah tahu semuanya. Saya maafkan awak, cuma jangan kacau saya lagi okey? So boleh awak ke tepi sekarang. Saya sibuk...”
“Kalau dengan lelaki tak guna tu kau tak sibuk pulak? Siap bergelak ketawa lagi tu apa?!” Akmal dah kembali buat perangai samsengnya. Kini giliran Ariana pula yang keliru. Lelaki mana pulak ni?
“Saya tak faham apa awak cakap ni dan saya tak peduli. Boleh ke tepi? Sana nak masuk kereta...”
“Jujurlah. Kenapa nak berdalih lagi?!”
Ariana tersenyum sinis.
“Awak nak cakap pasal jujur dengan saya? Sepatutnya saya yang cakap macam tu pada awak. Jujur konon...”
“Kau cakap pasal apa ni hah?! Terus terang je boleh tak?!” Akmal bertanya kuat. Ariana menjeling sekeliling. Nasib baik ramai guru dah balik.
“Sudahlah Akmal. Saya malas nak cakap hal ni lagi. Lagi pun, antara kita bukannya ada apa-apa kan. Saya cikgu awak dan awak pelajar saya. Full stop.”
“Aku dah cakap yang aku tak pernah anggap kau cikgu aku.!”
“Tapi awak sentiasa pelajar saya. Always...forever...” Ariana memberi kata putus. Akmal merenung Ariana dengan wajah seperti nak membunuh namun Ariana tak gentar. Dia perlu bertegas. Dia tak nak terlibat dengan mainan perasaan dengan Akmal lagi.
“Kau dah lupa ke?”
“Lupa apa?” Ariana bertanya.
“Janji kita...”
Ariana tersedar. Macam mana dia nak buat Akmal berputus asa dengan janji yang dia dah buat dulu.
“Ohh, yang tu. Saya...just cakap je. Tak sangka awak buat betul-betul. Sebenarnya...”
“Aku akan tuntut janji tu lepas aku berjaya dapat 4 Flat nanti. Jangan cuba kau nak lari. Aku akan kejar kau sampai ke lubang cacing. Nahaslah kau kalau kau cuba nak main-mainkan perasaan aku. Ingat. Kau takkan terlepas dari tangan aku...” Akmal berkata keras sebelum berlalu dari situ dalam keadaan marah. Ariana tergamam seketika. Tiba-tiba dia terasa takut. Bimbang Akmal serius dengan kata-katanya. Habislah dia. Akmal takkan mudah melepaskan dia. Apa nak buat? Ariana diam sejenak, Akmal cakap dia yang main-mainkan perasaan budak tu? Ariana mengetap bibir. Siapa yang main-mainkan perasaan siapa sekarang?!
 p/s: TO BE CONTINUED...

0 140 tukang karut:

Post a Comment