RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, March 21, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 16)


BAB 16
HTC diletak diatas katil. Baru lepas berbual dengan along ucap tahniah sebab melangsungkan pertunangan pada hari ni. Sedih pula bila bercakap dengan along. Yelah, along bertunang tapi dia tak dapat turut serta. Pertama kali juga berbual panjang macam tu dengan along. Suka betul along hari ni. Asyik gelak dan buat lawak je. Ariana sengih sendiri. Yelah. Orang tengah bahagia katakan. Mak cakap tunang along tu peguam jugak. Satu tempat kerja. Hai untunglah. Senang dah kawin nanti. Pakai sekali harung je pergi tempat kerja.
Ariana memejam mata. Jam di dinding hampir menunjukkan pukul satu. Tidur kejap best juga ni. Nabi pun cakap sunat tidur sebelum zuhur. Mujurlah meeting tadi habis cepat. Dalam pukul sebelas dah habis. Kalau tak mahu dia terlena dalam meeting tu. Mana taknya, malam tadi sibuk maraton Gokusen sampai pukul empat pagi.
Baby, baby, baby ohh
Like
Baby, baby, baby noo
Like
Baby, baby, baby ohh

Ariana meraba HTC yang berbunyi di sebelah dengan mata tertutup.
“Helo..”
“Awak kat mana ni?”
“Hmm, siapa ni?” Ariana mengumam perlahan. Mata tak boleh nak bukak.
“Akulah. Kau kat mana ni?”
Ariana tidak menjawab. HTC hampir terlepas dari tangan. Rasa mengantuk betul-betul sedang menguasainya.
“Kau dengar tak aku cakap apa ni???!”

Ariana membuka mata. Entah kenapa dia macam rasa terdengar suara Akmal. Dia mengeliat perlahan sambil menggaru kepala. Mata memandang jam di dinding. Dah pukul 2.15 petang. Lama jugak dia tidur. Rasa macam baru je lima minit. Lambat-lambat Ariana bangun menuju ke tandas untuk mengambil wuduk. Setelah selesai berwuduk dan bersolat, Ariana berjalan ke dapur. Pintu peti sejuk ditarik perlahan. Perut tiba-tiba terasa lapar pulak. Hmm, tak ada apa yang boleh dimakan. Suzi pulak lepas balik dari meeting tadi terus balik Seremban jumpa mak dan ayah serta tunang tercinta. Untunglah orang dah ada tunang. Ariana tersandar pada peti sejuk sambil fikir nak masak apa. Takkan nak makan maggie lagi kut. Boleh botak kepala hari-hari macam ni. Mahu tak mahu terpaksalah dia makan kat luar. Hai dah nasib badan. Nak masak sure-sure dia tak tahu. Lantas dia menuju ke dalam bilik. Pintu almari ditarik perlahan. Dia memilih beberapa helai pakaian yang dirasakan sesuai sebelum terhenti seketika. Dia macam ada terlupa sesuatu tapi apa dia ek? Ariana mengosok dagu.

Baby, baby, baby ohh
Like
Baby, baby, baby noo
Like
Baby, baby, baby ohh

Spontan Ariana mencapai HTC. Dengan rasa malas yang teramat sangat, skrin HTC disentuh.
“Helo. Nak apa?” Ariana bertanya malas.
“Nak apa kau tanya?! Dah dekat sejam aku tercongok depan rumah kau ni, kau tanya aku nak apa??!!!”
Ariana menjauhkan HTC dari telinganya. Boleh pekak dibuatnya.
“Awak ni kenapa? Telefon orang lepas tu nak tengking-tengkin macam ni. Binggit tahu tak?”
“Dah tu, yang kau nak cari pasal tu kenapa??! Saja nak cari nahas dengan aku kan??!” Suara Akmal naik satu level lagi. Ariana menggigit bibir. Kenapalah ada makhluk macam Akmal kat dalam dunia ni? Bikin sakit hati je.
“Suka hati awaklah. Saya sibuk ni. Nak apa?”
Akmal mengenggam HTCnya kuat. Rasa marah meluap-luap di dalam hatinya.
“Kau dah lupa ke? Atau buat-buat lupa??!”
Kening Ariana terangkat.
“Lupa apa?” Tanya Ariana blur.
“Kau janji apa dengan aku hari ni??!”
Ariana berfikir lagi. Dia ada janji apa-apa dengan Akmal ke sebelum ni?
“Saya janji apa dengan awak?”
Akmal mengenggam penumbuk. Rasa nak baling je HTC keluar dari tingkap kereta.
“Kau janji apa dengan aku pasal nak guna bilik muzik tu??!”
Ariana terdiam seketika sebelum menepuk dahi dengan HTC. Alamak, mati dia. Macam mana boleh lupa. Spontan dia memandang ke arah jam di dinding. Hampir pukul tiga. Tubuh tiba-tiba rasa seram sejuk. Dia boleh rasa Akmal tengah mendidih dekat luar rumah tu.
“Err, sorry Akmal saya err...terlupa. Awak ada mana ni?” Ariana bertanya lembut seolah-olah nak menujuk Akmal yang tengah terbakar itu.
“Depan rumah kaulah! Kat mana lagi..!”
Ariana memejamkan mata. Rasanya HTC ni boleh pecah dek kena tengking selalu dengan Akmal.
“Yelah. Tunggu kejap. Saya bersiap...” Ariana segera mencampakkan HTC diatas katil sebelum memilih baju yang hendak dipakai. Sehelai demi sehelai baju dilontarkan diatas katil. Tiba-tiba semua baju yang dia ada jadi tak sesuai. Apa nak pakai ni? Adakah dia dah ketandusan idea dalam berfesyen atau sebetulnya dia tengah takut dengan apa yang bakal dia hadapi depan pintu rumahnya nanti.
                                                                               ***
Ariana menarik nafas perlahan. Akmal disebelah dijeling dengan ekor mata. Boleh rasa bahang kemarahan yang datangnya dari Akmal. Muka Akmal tadi jangan cakaplah. Macam nak membunuh. Nasib baik masa masuk dalam kereta tadi Akmal tak kata apa. Cuma tarik muka ketat dia tu jelah. Ariana menarik nafas lagi. Nak bernafas pun dia rasa takut. Takut Akmal tiba-tiba mengamuk balik. Dia menjeling Akmal lagi di sebelah. Akmal kat sebelah ni dah macam takde rupa budak sekolah. Dengan t-shirt polo putih berkolar lengan pendek dipadankan dengan cargo pant warna hitam. Tangan kiri penuh dengan jam tangan dan bangle kulit warna coklat. Jari telunjuk sebelah kanan pula tersarung cincin stainless steel. Dengan cermin mata RayBan lagi. Memang sumpah tak macam budak sekolah. Ariana telan air liur. Entah kenapa jantung dah tak reti nak duduk diam. Akmal nampak lain sangat. Nampak macam err...matang?
Ariana menoleh ke arah tingkap kereta sport merah Akmal. Eh, kat mana ni?
“Akmal, kita nak kemana sebenarnya ni?” Ariana bertanya apabila Akmal membelok masuk ke tempat letak kereta yang disediakan. Akmal masih diam. Mogoklah tu. Ariana mencebik. Nak merajuk sangat. Merajuklah. Tak heran pun. Huh.
Akmal menarik brake tangan sebelum membuka pintu dan keluar. Ariana melepaskan keluhan berat sebelum turut sama keluar dari kereta tersebut. Dia hanya berjalan mengekori Akmal yang dah laju kehadapan. Dalam hati tak habis-habis dia mengomel sendiri. Rasa macam nak laser je si Akmal ni biar tembus. Menyusahkan orang je. Huh.
“Cepatlah. Tunggu apa lagi?!”
Ariana tersentak apabila mendengar sergahan Akmal itu. Mujur tak ada orang. Buat malu jelah kena sergah macam tu. Akmal ni perangai tak berubah. Macam ni ke kata suka dia? Sayang dia? Pirahhhh. Tak romantik langsung. Kerja nak mengamuk je tak tentu pasal.
“Kita nak ke mana sebenarnya ni?” Ariana yang dah bosan mengekori Akmal yang dari tadi asyik berjalan sekitar pusat beli belah itu tanpa tujuan. Akmal masih lagi tak menjawab. Ariana menggigit bibir. Teruk betullah kalau budak tak cukup umur ni kalau merajuk.
“Akmal, awak marah saya ke?” Ariana bertanya perlahan ketika mereka berjalan beriringan. Akmal masih lagi tak menjawab. Cermin mata hitam masih tersarung ke muka. Akmal ni betullah. Agak-agaklah nak bercermin mata pun. Dalam pusat beli belah pun nak pakai cermin mata ke? Haih. Masalah betul.
“Akmal. Sorrylah. Saya betul-betul terlupa tadi...” Ariana mencuba lagi. Masih tak ada respon. Ariana mengaru kepala. Susah betullah nak pujuk lelaki merajuk ni. Merajuk mengalahkan perempuan. Dia yang perempuan pun takdelah nak merajuk macam tu. Huh.
“Akmal...”Ariana menarik hujung lengan baju Akmal membuatkan Akmal terhenti serta merta. Akmal yang masih bercermin mata itu merenungnya. Ariana telan air liur. Walapun Akmal merenungnya dengan memakai cermin mata, namun dia dapat rasakan Akmal sedang merenungnya tajam. Relaks Ariana relaks. Api jangan dilawan dengan api.
Sorry okey. Lain kali saya janji tak buat lagi..” Ariana cuba memujuk lembut. Tapi dalam hati rasa nak muntah hijau. Dengan angah pun dia takde nak pujuk bagai macam ni. Tapi bila memikirkan yang Akmal mungkin akan berubah fikiran tentang bilik muzik, terpaksalah dia berlakon kejap.  Akmal masih merenungnya. Ariana tertunduk. Tak sanggup nak pandang muka Akmal. Tiba-tiba dia rasa muka Akmal ni sebijik macam muka Jerry Yan dalam Meteor Garden tu. Huhu.
“Jom...” Akmal berjalan melepasinya. Ariana mengangkat kepala sebelum tergesa-gesa berjalan ke arah Akmal.
“Akmal, kita nak kemana ni? Penat dah saya tanya soalan yang sama...”
“Mana-manalah...”
Ariana membuat muka. Bosan betullah Akmal ni. Mereka hanya berjalan tanpa arah tujuan dan melintas butik-butik yang berada di situ sebelum Akmal masuk ke dalam Butik Coach. Ariana hanya tercegat berdiri di muka pintu ketika Akmal dah selamat masuk ke dalam butik tersebut.
“Kenapa?” Akmal berpusing apabila mendapati Ariana tiada disebelahnya.
“Nak buat apa masuk sini?”
“Beli barang.” Akmal menjawab. Ariana keliru. Beli barang apa dalam butik ni? Bukan ke sini jual barang perempuan je? Akhirnya Ariana melangkah masuk. Ini kali pertama dia masuk ke dalam butik mewah macam ni. Sebelum ni nak masuk takut sebab dia tahu harga barangan Coach bukan murah tambah-tambah kalau butik Coach kat Malaysia. Kalau kat luar negara mungkin boleh tahan lagi.
“Pilihlah nak mana...” Akmal berkata tanpa memandang ke arah. Ariana yang sedang sibuk memandang sekeliling itu berpaling.
“Hah?! Awak cakap apa tadi?” Ariana bertanya inginkan kepastian. Akmal memandang kearahnya sebelum merengus perlahan. Dia berjalan ke arah salah satu beg tangan Coach Ashley Leather Convertible Hobo berwarna pink. Dibeleknya seketika sebelum diserahkan kepada pekerja yang dari tadi memerhatikan mereka. Ariana dah pelik. Ni apa kes Akmal nak beli beg tangan pulak ni? Nak bagi pada siapa? Ariana hanya memerhatikan gelagat Akmal yang dari tadi membelek beg tangan di situ sebelum diserahkan kepada pekerja sehingga penuh tangan pekerja itu dengan beg yang dihulurkan oleh Akmal. Tak cukup dengan itu, Akmal menunjuk pula pada Coach Daisy Liquid Gloss Pocket Tote berwarna purple yang terletak dirak atas. Ariana memandang ke arah kaunter yang dah penuh dengan beg tangan pilihan Akmal. Ariana berjalan laju ke arah Akmal.
“Akmal, awak nak buat apa beli banyak-banyak ni? Nak bukak kedai ke?” Ariana memerhatikan Akmal yang sibuk membelek beg tangan yang diminta tadi. Gaya macam tahu je nak belek beg tangan macam tu.
“Beli untuk awak...” Akmal menjawab selamba. Hampir nak pengsan dibuatnya. Dia memandang ke arah kaunter. Adalah dalam sepuluh pasang beg. Gila betullah Akmal ni. Mahu berbelas-belas ribu harga semua beg tu. Ariana cepat-cepat menarik Akmal keluar dari butik tersebut.
“Apa pasal pulak ni?” Akmal bertanya keras. Ariana menarik muka ketat.
“Awak ni kenapa hah?”
“Kenapa apa pulak? Salah ke saya nak beli semua tu untuk awak? Hari tu awak jugak yang cakap lagi suka beli hangbeg dari beli telefon bla..bla..bla...”
Ariana menepuk dahi. Rasa macam nak benam diri dalam air pancut dekat tengah-tengah pusat beli belah tu. Eh, benam Akmal lagi bagus. Biar dia sedar diri sikit. Gila ke apa nak beli beg mahal macam tu dengan gaya macam pilih ikan dekat pasar malam. Memanglah dia tahu Akmal tu anak orang kaya, tapi nak beli beg macam tu? Hui tak sanggup. Nak beli satu beg Coach pun dia akan fikir banyak kali.
“Dahlah. Saya malas nak bertekak. Tak payahlah. Mahallah beg tu. Lagi pun saya tak minat design dia. Macam orang tua...” Ariana memberikan alasan. Dalam hati memang dah telan air liur dah. Siapa tak nak beg mahal macam tu. Tapi dia rasa tak patut pulak. Membuli anak murid sendiri namanya tu kalau dia biar Akmal belikan beg tangan tu untuk dia. Akmal hanya merenung wajahnya. Ariana menarik nafas panjang. Menyampah betul tengok Akmal pandang dia macam tu sambil pakai cermin mata. Dia menarik cermin mata dari muka Akmal.
“Apa ni?” Akmal cuba merampas balik cermin mata tersebut namun Ariana cepat-cepat memasukkan ke dalam beg tangan.
“Saya tak suka awak berjalan ke sana ke mari dengan pakai cermin mata. Bukan panas pun. Macam orang tak betul je...” Sempat Ariana mengutuk.
“Kau...”
“Dahlah. Jom makan. Saya dah lapar...” Ariana berjalan meninggalkan Akmal. Malas nak layan. Kalau dilayan sampai tahun depan pun tak habis bertekak.
Ariana menjeling ke arah Akmal dihadapan yang diam membisu. Ariana buat tak layan. Perut yang lapar haruslah di isi. Akmal nak mogok lapar ke apa dia tak kisah. Bukan perut dia pun kan. Ariana menyuap bebola daging ke mulut. Heaven! Suasana di Jonny’s tak berapa ramai sangat. Mungkin dah lepas waktu makan tengah hari kut. Dia menyuap lagi bebola daging ke mulut. Makan steamboat panas-panas macam ni memang syoklah. Akmal kat depan masih mogok tak nak makan dari tadi. Ariana menggigit bibir. Rasa macam tak sedaplah pulak. Kena pujuk lagi ke ni? Nampak gayanya macam tulah.
“Akmal, makanlah sikit...” Ariana mengambil bebola ayam lalu diletakkan di dalam mangkuk Akmal yang masih kosong. Akmal buat tak tahu sahaja. Entah apalah yang menarik sangat kat luar tu sampai makan pun tak nak. Ariana mengomel sendiri.
“Akmal, kalau awak tak nak makan. Saya habiskan semua. Jangan menyesal. Sedap ni...” Ariana menyuap lagi udang ke mulut. Akmal menjeling tajam kearahnya. Ariana mengunyah perlahan. Susah betullah kalau samseng dah merajuk. Pujuk pun tak jalan.
“Nah. Makan sikit...” Ariana menyuakan bebola daging ke arah Akmal. Akmal masih memandang ke luar.
“Akmal, lenguh tangan saya ni...”
Perlahan-lahan Akmal mengalihkan pandangan. Bebola daging yang disuakan oleh Ariana dengan chop stik itu dipandang.
“Cepatlah. Sakit tangan saya ni...”
Akmal berdehem seketika sebelum membuka mulut sedikit. Bebola daging selamat masuk ke dalam mulutnya. Ariana cuba sedaya upaya menahan gelak yang dah nak menggila ini apabila melihat muka Akmal tadi. Merah kut. Comellah pulak tengok Akmal makan macam tu. Hehe.
“Dahlah. Jangan merajuk lagi. Penatlah saya nak pujuk. Merajuk mengalahkan saya yang perempuan ni...” Ariana berkata sambil mengisi mangkuk Akmal dengan bebola daging, bebola ayam, udang dan sayur-sayuran.
“Nah. Makan sikit...” Ariana menghulurkan chop stik ke arah Akmal. Lambat-lambat Akmal mengambil chop stik tersebut sebelum makan dengan senyap.
“Ha, boleh pun makan...”
Akmal buat tak dengar. Terpujuk kejap hati dengan telatah Ariana tu. Sengaja dia nak duga sejauh mana Ariana akan pujuk dia. Tak sangka sampai bersuap tu. Akmal cuba menahan senyum yang nak terukir di bibir.
Ariana menjeling Akmal yang makan dengan tenang dihadapannya. Tak sangka, walaupun Akmal ni kasar dan suka menengking orang tak tentu pasal, tapi gaya makan Akmal penuh bersopan dan hati-hati. Macam berjaga-jaga pun ada juga. Badan pun tegak je bila makan. Tak gelojoh. Hmmm, satu lagi perkara dia belajar tentang Akmal selain kuat merajuk.
Setelah selesai makan, mereka berjalan lagi tanpa hala tujuan. Ariana teringat sesuatu. Dia belum beli lagi hadiah untuk along. Entah apalah nak bagi pada along. Dia bukan tahu sangat citarasa along tu macam mana.
“Akmal, saya nak masuk dalam ni kejap...”
Ariana berjalan dari satu rak ke satu rak yang lain. Naik pening nak pilih kemeja yang sesuai dengan along. Along suka warna apa ye? Selalu pergi kerja along suka pakai kemeja plain. Ariana garu kepala. Buntu. Dia menarik keluar sepasang kemeja berwarna biru lembut. Warna cantik. Tapi cantik di matanya belum tentu cantik di mata along. Arghhh!
“Cari apa ni?”
Ariana menoleh memandang ke arah Akmal. Dia terfikir seketika. Apa kata dia uji sejauh mana citarasa Akmal dalam memilih kemeja ni.
“Akmal, awak rasa mana cantik?”
“Hah?”
“Ni, mana cantik?” Ariana menunjuk ke arah kemeja yang tergantung di situ. Akmal merenung ke arahnya.
“Tengok sinilah. Tengok saya buat apa...” Ariana  menunjuk ke arah kemeja-kemeja yang tersusun di hadapan mereka itu.
“Ni okey. Tu pun okey...” Akmal menunjuk ke arah kemeja belang biru putih dan juga kemeja coklat jalur putih. Ariana mengambil kemeja yang dimaksudkan oleh Akmal itu. Dia meneliti seketika. Hmm, boleh tahan jugak taste budak ni. Ariana berkata di dalam hati.
“Okey, saya ambil ni...” Ariana berjalan ke arah kaunter. Dia kemudian ternampak tali leher yang tergantung di hujung butik. Laju kaki melangkah menuju ke sudut tersebut.
“Awak nak beli untuk siapa ni?”
“Hmmm...?” Ariana menoleh ke arah Akmal. Tangan masih membelek beberapa helai tali leher. Rasa macam berkenan dengan tali leher warna silver dan gold ni.
“Awak nak beli untuk siapa?”
“Untuk seseorang yang saya sayang...” Ariana menjawab spontan. Tangan masih lagi membelek tali leher yang lain. Agak-agak along suka tak warna ni?
Akmal mengenggam penumbuk. Dia cuba mengawal rasa marah dan cemburu yang datang secara tiba-tiba itu. Ariana seperti dapat mengesan bahaya yang bakal berlaku lantas dia menoleh.
“Awak ni kenapa? Sakit perut?”
Akmal merenung tajam ke arah Ariana. Ariana telan air liur. Ni kenapa pulak?
“Awak ni kenapa Akmal?”
“Siapa?”
Ariana blur. Akmal ni cakap pasal apa pulak? Haih. Kadang kala dia tak fahamlah dengan sikap Akmal ni.
“Siapa orang yang awak sayang sangat tu?” Akmal sedaya upaya melawan rasa marahnya. Terkebil-kebil dia memandang ke arah Akmal sebelum sedar. Ohhh...
“Along saya. Kenapa?” Ariana mengangkat kening sebelum kembali membelek tali leher ditangan. Sempat dia menjeling dengan ekor mata di sebelah. Akmal nampaknya dah kembali tenang. Rasa nak gelak guling-guling. Jangan cakap budak sebelah ni cemburu dahlah.
“Along awak?”
“Yap. Hari ni along saya bertunang tapi saya tak dapat balik sebab ada meeting PIBG pagi tadi. Jadi saya rasa saya patut belikan sesuatu pada along saya tanda saya sayang dia. Ada faham?” Ariana berkata sebelum berjalan menuju ke kaunter dengan membawa dua helai tali leher. Ariana mengeluarkan  beg duit untuk membayar sebelum kad kredit berwarna kuning keemasan tersua dahulu dihadapannya. Ariana menoleh ke sebelah.
“Tak payahlah Akmal. Saya bayar sendiri...” Ariana menolak tangan Akmal namun Akmal tidak mahu berganjak sehingga membuatkan pekerja di kaunter serba salah.
“Akmal. Jangan lah macam ni. Ni hadiah saya untuk along...”
“Hadiah kita...”
“Hah?” Ariana blur sekejap. Akmal menoleh ke arahnya.
“Hadiah kita untuk along. Along awak, along saya juga kan...”
Wuargghhh. Rasa macam nak terjun ke tingkat satu di bawah. Malu!
Ariana tak tahu nak hala muka ke mana sementara Akmal berjalan selamba di sebelah sambil membimbit beg kertas berisi dua pasang kemeja dan dua helai tali leher.
“Nak pergi mana lepas ni?” Akmal di sebelah bertanya.
“Hah? Err...balik?” Ariana menjawab teragak-agak. Rasa malu masih lagi menyelubungi diri. Akmal ni cakap tak beragak langsung. Buat segan je dengan pekerja butik tadi. Sengih-sengih budak tu bila Akmal cakap macam tu tadi. Wuarggghhh!
“Balik? Jangan haraplah...”
Telinga Ariana menangkap jawapan daripada mulut Akmal. Ariana tak ambil pusing. Tadi tanya orang sangat. Huh.
“Jom pergi sana...” Ariana menunjuk ke arah suatu ruang legar yang terletak di tengah-tengah pusat beli belah itu. Macam ada PC Fair je.
Akmal hanya mengekori Ariana yang dah berjalan ke depan. Boleh tahan juga ramai orang. Ariana membelek pendrive yang dijual di booth-booth tersebut sambil membanding-bandingkan harga. Sesekali dia tertarik juga dengan tawaran harga hard disk yang dijual di situ. Selalunya kalau nak beli barang-barang macam ni, dia akan ajak angah sekali. Angah memang pandailah nak pilih benda-benda macam ni. Kalau dia beli sendiri silap-silap kena tipu hidup-hidup je.
“Nak beli ke?”
Ariana mengangat kepala memandang ke sebelah. Ariana mengangkat bahu.
“Tengok-tengok je...”
Ariana hanya memerhatikan Akmal yang sudah berjalan ke booth sebelah. Ariana masih lagi di booth tadi. Tertarik pula dengan sarung pendrive berwarna ungu lembut. Siap ada bunga-bunga dan manik-manik lagi. Dia membelek seketika sarung pendrive tersebut sebelum mengambil keputusan untuk membeli. Setelah membeli, Ariana memandang ke sekeliling. Akmal dah hilang entah ke mana. Ariana berjalan menyelit dan sesekali terpaksa menolak orang yang menghalang laluannya. Perghh. Padat macam sardin sampai nak berjalan pun tak boleh.
Ariana memeluk tubuh untuk menghalang tangan dari tersentuh sesiapa yang berada di sisinya. Beg tangan dipeluk erat. Bimbang tengah-tengah ramai macam ni ada pulak yang panjang tangan mengambil kesempatan. Akmal masih tak nampak bayang lagi. Hai ke mana sajalah budak tu.
“Ariana...!”
Ariana menoleh ke kiri dan kanan mencari tuan punya suara yang memanggil namanya.
“Sini...” Satu tangan kasar menarik tangannya menjauhi orang ramai. Susah jugak nak menyelit tengah-tengah sesak macam tu. Masing-masing tak nak bertolak ansur. Ariana dah rasa lemas. Dahlah panas.
 Setelah hampir lima belas minit, akhirnya mereka dapat juga keluar dari lautan manusia itu. Akmal masih lagi mengenggam tangannya kemas.
“Akmal...” Ariana cuba menarik tangannya namun Akmal tak nak lepas. Selamba je dia jalan dengan menarik tangannya membuatkan dia pun ikut sama berjalan.
“Akmal...tak naklah...” Ariana menarik tangannya lagi. Akmal berhenti lalu menoleh ke arahnya.
“Nanti hilang lagi macam mana? Aku jugak yang susah...” Akmal menjawab keras. Ariana dah buat muka. Gila ke apa nak jalan pegang tangan macam ni. Buatnya terserempak dengan sesiapa tak ke naya.
“Tak naklah Akmal. Nanti terserempak dengan sesiapa kang susah...”
“Lantaklah...”
Ariana cuba menarik tangannya lagi. Dia tak kira. Dia tak nak jalan pegang tangan dengan Akmal. Tak sanggup!
“Suka hati kaulah...!” Akmal berkata sedikit menengking apabila Ariana masih lagi cuba melepaskan pegangan tangannya. Ariana merungut perlahan ketika melihat Akmal yang dah berjalan laju ke depan. Kalau ikutkan hati, nak je lari balik rumah. Buat sakit hati je. Huh.
Ariana berjalan mengekori Akmal. Tak nak jalan sebelah-sebelah. Rasa marah masih lagi bersarang di hati. Akmal ni mudah sangat nak melenting. Asyik nak marah je walaupun benda kecik. Tak memahami langsung. Kadang kala dia tertanya-tanya betul ke Akmal ni ada perasaan dekat dia? Layan macam seteru je. Huh. Ariana memandang ke arah kedai-kedai yang berada di sepanjang koridor tersebut. Matanya tertarik pada sesuatu di kedai menjual barangan kristal. Dia memandang ke arah Akmal yang masih lagi berjalan menonong tak pandang kiri kanan. Lantaklah dia. Ariana berjalan mendekati kedai tersebut. Music box yang berbalut kain baldu berwarna biru itu sungguh cantik pada pandangan mata dia. Ada pulak sepasang angsa yang diperbuat daripada kristal sedang bergerak-gerak seolah-olah sedang berenang-renang di dalam tasik. Alunan muzik tersebut pun sedap.
“Apa lagi ni?! Kau ni suka nak cari pasal kan?!”
Ariana buat tak tahu. Dia masih lagi memandang kotak muzik yang dipamerkan di cermin kaca di bahagian luar kedai tersebut. Hmm, mesti mahal kan. Akmal di sebelah tidak dihiraukan.
“Jom...”
Dengan langkah yang berat, Ariana mengekori Akmal. Kang kena tengking lagi buat malu je. Si Akmal ni bukan boleh kira sangat.
“Kita nak pergi mana ni? Saya penatlah...” Ariana akhirnya berjaya menyaingi Akmal di sebelah. Namun macam biasa, Akmal tak menjawab namun kaki dihala menuju ke arah kedai yang menjual alat muzik. Tiba-tiba Ariana menjadi teruja.
Ariana berjalan perlahan sambil memerhatikan gitar-gitar yang tersusun itu. Kilat-kilat semuanya sampai nak pegang pun risau. Dia menjeling sekeling. Akmal sedang berbual dengan tuan punya kedai entah pasal apa. Dia malas nak ambil tahu. Kemudian, dia berjalan menuju ke drum set. Tangan menyentuh cymbal yang macam kuali leper itu. Hmm, kan best kalau dia boleh main drum ni macam Zahid Ahmad main drum masa dia buat konsert dengan kumpulan Search. Setelah hampir sejam berada di situ, Ariana mula bosan. Apa je yang dia boleh buat dalam kedai tu kalau gitar pun tak pandai nak pegang. Ariana berjalan mencari Akmal. Seketika kemudian, dia mendengar bunyi seperti piano dimainkan. Ariana mencari-cari dari manakah datangnya bunyi tersebut sebelum langkah kaki terhenti. Matanya tertumpu pada susuk tubuh Akmal yang sedang memainkan piano tersebut. Melodi lagu Living To Love You yang pernah di popularkan oleh Sarah Connor bergema di segenap ruang kedai tersebut. Hampir terbuai perasaan Ariana ketika menghayati alunan muzik tersebut. Akmal seperti tidak mengendahkan perhatian orang ramai yang sudah mula berhenti di muka pintu kedai semata-mata untuk melihat Akmal memainkan piano. Entah kenapa ketika melihat Akmal begitu asyik melarikan jari jemari di atas keyboard piano tersebut, dia rasakan suatu perasaan lain meresap dalam hatinya. Dia seperti tak mampu nak mengalihkan pandangan ke arah lain. Ketika itu dia rasakan seperti hatinya bagai ditarik-tarik supaya mendekati Akmal dan...
Ariana tersentak dari lamunan apabila tepukan gemuruh bergema di seluruh kedai. Rupa-rupanya ramai yang berhenti untuk melihat sampai ada yang masuk ke dalam kedai. Akmal macam biasa hanya mempamerkan raut wajah biasa. Tak beriak sehinggalah mata mereka bertentang. Pandangan Akmal ketika itu sukar nak ditafsirkan. Dia dapat lihat Akmal seolah-olah cuba menzahirkan perasaannya melalui lagu yang dimainkan tadi.
Baby for all my life
Don't you know that it's true
I'm Living To Love You
So baby don't think twice
If you feel what I feel
Trust your heart, do what I do
I'm Living To Love You

Akmal berjalan mendekatinya membuatkan dia tunduk merenung lantai. Jantung dah mula nak berubah rentak.
“Ariana...”
Ariana memejamkan mata. Rasa macam semua mata memandang ke arah mereka. Air liur yang ditelan terasa pahit berkali-kali ganda dari rasa asal.
“Ariana....I’m living to love you...” Telinganya menangkap bisikan lembut Akmal. Entah kenapa ada suatu rasa yang nyaman meresap terus dari telinga turun ke hati.

P/S: TO BE CONTINUED...

7 140 tukang karut:

lee jee joong said...

wahhhhhhhhhhhhh hhaaaaaaaaa detup2 detap jantung kita baca... wahh bestnya sweetnya ... romantiknya nak lagi huhuhuhuhuhuhu

Cahaya said...

lee jee joong>> thnx for liking. hee. nanti akan up lagi bab seterusnya. feel free to read previous bab. :)

hk said...

oh!! i'm falling for Akmal... really hard

Cahaya said...

hk>> heeee silalah jatuh cinta pada akmal.. :P

hk said...

mmg terjatuh tergolek sema ada ni :)

Cahaya said...

hk>>hebat betul penangan akmal ye..sampai terjatuh tergolek sume..hehe.. :)

siti aliah said...

sweet gilerrr

Post a Comment