RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, March 20, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 15)


                                   
BAB 15

Dia menarik nafas panjang sebelum melangkah menuju ke kelas tingkatan enam atas Nilam. Dia merenung ke dalam kelas tersebut dari muka pintu. Kosong? Kemana diorang semua pergi? Ariana menepuk dahi. Baru teringat. Bukan ke sekarang waktu rehat? Dia mengatur langkah. Tak lain tak bukan mesti Akmal berada di bilik muzik. Dada terasa berdebar pulak.
Ariana berdiri lama di depan bilik rehat di dalam bilik muzik itu. Dia melekapkan telinga pada pintu yang tertutup rapat. Tak dengar bunyi apa-apa pun. Dengan lafaz bismillah, Ariana mengetuk pintu bilik itu perlahan. Terdengar suara entah siapa menyuruhnya masuk. Perlahan-lahan tombol pintu dipulas.
Aidil menyiku Farid yang berada di sebelahnya. Farid mengangkat kepala memandang ke arah Aidil. Aidil menunjuk ke arah Ariana yang masih lagi berdiri tercegat di muka pintu. Farid menyiku pula Fadil yang sedang tunduk membaiki gitarnya. Fadil mengangkat kepala memandang ke arah Farid. Farid menunjuk dengan ekor mata ke arah Ariana. Fadil memandang ke arah Ariana.
“Err, cikgu datang nak jumpa Akmal kejap. Akmal ada datang sini tak? Cikgu cari dia kat kelas, dia tak ada...” Ariana memandang ke sekeliling. Tak nampak pulak bayang Akmal dalam bilik itu. Hanya terdapat buku-buku rujukan yang tersusun tinggi di atas meja. Ariana cuba sedaya upaya mengelak dari memandang buku-buku tersebut kerana dia tahu siapa punya buku-buku itu.
“Aidil, awak tahu ke mana Akmal pergi? Kereta dia ada kat tempat parking cikgu tengok..”
“Err, tu Akmal. Cikgu tak nampak ke?” Aidil menunjuk ke suatu sudut.
“Hah? Mana?” Ariana memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Aidil. Tak nampak pun. Yang dia nampak hanyalan timbunan buku yang tersusun. Farid bangun lalu berjalan ke arah meja.
“Mal, cikgu Ariana cari kau...”
Ariana menjenguk ke celah-celah buku tersebut. Masih tak nampak Akmal lagi. Diorang ni biar betul. Ke saja nak mainkan dia?
Farid menarik sesuatu.
“Ish! Apa hal ni?” Suara Akmal keras bergema entah datang dari mana. Terkejut sekejap dia. Akmal menegakkan tubuh. Dia merenung marah ke arah Farid yang telah mencabut earphone yang tersumbat ditelinganya. Farid menunjuk ke arah Ariana. Akmal memandang ke arah pintu. Hampir terganga Ariana apabila melihat Akmal di situ. Macam manalah dia boleh tak nampak yang Akmal tunduk entah buat apa di sebalik timbunan buku-buku itu.
“Nak apa? Sekarang waktu rehat...” Akmal menjawab seolah-olah Ariana mahu menuduhnya ponteng kelas. Ariana yang sedar akan sindiran Akmal itu hanya menjeling. Menyampah betul.
“Saya ada benda nak cakap dengan awak...”
Akmal membetulkan urat leher yang terasa lengguh. Dari tadi asyik tunduk menyelesaikan soalan matematik yang macam tahap nak pecah kepala otak.
“Nak cakap apa?”
Ariana teragak-agak. Rasa segan pulak nak cakap depan Aidil dan yang lain. Fadil seolah-olah memahami keadaan Ariana tu. Lagi pun, dia masih tak lupa apa yang Akmal pernah cakap pada dia dulu.
“Aidil, Farid, Jom lepak luar. Aku lapar..”
“Japlah. Aku tak siap lagi ni.” Aidil tunduk membetulkan gitarnya.
“Jomlahhh...” Fadil menyerat kedua-dua orang sahabatnya itu keluar dari bilik rehat. Ariana menarik nafas lega. Sempat dia melemparkan senyuman terima kasih kepada Fadil kerana memahami. Fadil pula merenungnya seolah-olah ingin berkata sesuatu tapi tak jadi.
“Hmm, ada apa hal?” Akmal bertanya malas. Dia menyandarkan tubuh sambil memejamkan mata. Pening.
Ariana berjalan mendekati meja Akmal. Matanya memerhatikan buku-buku rujukan yang penuh di atas meja.
“Awak, study semua ni ke?” Ariana rasa macam tak percaya.
“Hmm...” Ariana menjawab perlahan. Mata masih dipejamkan. Ariana merenung wajah Akmal yang agak keletihan itu. Kesian lah pulak tengok.
“Akmal, kalau awak tak...”
“Nak apa datang sini?” Akmal membuka mata. Ariana menarik nafas panjang. Tak guna nak bertekak dengan Akmal sekarang, Akmal pasti takkan berganjak. Dia kan budak degil tak makan saman. Keras kepala pulak tu. Huh.
“Saya...nak mintak tolong sikit...”
“Tolong apa?” Akmal memandang tepat ke arah Ariana. Ariana tertuduk. Janganlah pandang macam tu. Hish.
“Err..saya nak..pinjam tempat ni waktu petang..”
Kening Akmal terangkat sebelah.
“Pinjam tempat ni? Maksud awak? Sini?”
Ariana mengeleng. Dah apa pasal cakap pun dah tak betul ni Ariana?
“Bukan. Maksud saya, saya nak pinjam bilik muzik setiap petang. Err...selama dua atau tiga jam. Boleh?”
Akmal diam berfikir.
“Nak buat apa?”
“Saya kena handle persembahan untuk sambutan Hari Guru. Jadi saya ingat nak pinjam bilik muzik untuk latih pelajar buat persembahan...”
“Hmmm, siapa budak-budak tu?”
Ariana menetap bibir. Banyak tanya pulak budak ni. Nak bagi ke tak nak nak?
“Tak tahu lagi. Cikgu Suzi tengah arrange. Mungkin budak tingkatan satu dan dua dan ada sikit budak tingkatan empat...”
Akmal diam. Dia berfikir sejenak.
“Okey...”
Ariana hampir tersenyum namun dia cuba sedaya upaya menahan. Tak adalah susah sangat nak berurusan dengan samseng macam Akmal ni. Opss. Bukan samseng dah sekarang ni. Akmal di hadapan dia sekarang dah jadi budak baik. Hehe.
“Tapi ada syaratnya...”
Bunga yang kembang di dalam hatinya tiba-tiba kuncup terus. Ariana buat muka. Dia patut dah agak dah. Akmal mana akan bagi sesuatu benda free macam tu je. Mesti ada sesuatu yang dia dah rancang.
“Apa? awak ni macam tak ikhlaslah...” Ariana merungut. Akmal buat tak dengar.
“Keluar dating dengan saya sabtu ni...”
Ariana hampir nak tumbang apabila mendengar permintaan Akmal itu. Rasa macam tak percaya.
“Hah?” hampir terjerit dia bertanya. Akmal menjeling.
“Tak payah nak jerit sangatlah...!”
Giliran Ariana pula menjeling.
“Tapi...tapi...” Ariana tak tahu nak kata apa. Muka dah terasa tebal tiga inci. Gilalah nak dating dengan anak murid sendiri. Tak sanggup!
“Terpulang. Itu syarat aku...”
Ariana serba salah sekarang. Mana lagi penting? Persembahan atau keluar dengan Akmal. Wuaarghhh. Nak bayang pun tak sanggup.
“Tapi..saya..err..sabtu tu saya tak free...” Spontan idea bijak datang.
“Apsal pulak? Nak balik kampung lagi?” Akmal bertanya separuh menyindir.
“Tak. Saya ada meeting dengan PIBG...” Ariana menjawab. Tiba-tiba dia rasa bersyukur sangat yang mesyuarat itu diadakan pada hari sabtu. Sebelum ni punyalah dia merungut bila tahu mesyuarat itu diadakan waktu cuti.
“Tak apa. Ahad ada kan. Ke meeting jugak?” Akmal sindir lagi. Ariana menggigit bibir.
“Ahad tak boleh. Nanti saya penat.”
Akmal merenung tajam ke arah Ariana. Walaupun nampak macam tak lojik je alasan tu, tapi dia tahu Akmal sedang memikirkan hal itu. Takkan Akmal sanggup nak tengok dia penat hari isnin tu kan. Haha. Dia ketawa jahat di dalam hati.
Meeting habis pukul berapa?”
Ariana tersedar dari lamunan. Tanpa berfikri panjang dia terus menjawab.
“Tengah hari dalam pukul satu. Kenapa?” Ariana bertanya pelik.
“Bagus. Lepas tu kita terus keluar.”
“Hah? Keluar? Keluar ke mana?” Ariana blur.
“Keluar datinglah! Itu pun nak kena cakap banyak-banyak kali ke?!” Suara Akmal bergema di dalam bilik itu. Ariana memejamkan mata. Binggitnya telinga hanya tuhan je yang tahu.
“Awak ni tak boleh ke nak cakap elok-elok? Ada hati nak ajak saya dating. Tapi gaya dah macam nak ajak bergaduh je. Huh.” Ariana menjeling geram. Sakit hati betul.
“Dah kau tu banyak sangat bagi alasan bodoh. Mana aku tak marah..” Akmal menjawab namun nada suara sudah kembali normal. Ariana menjeling. Sekarang dia dah tak ada alasan lagi. Kenapa lah dia tak cakap meeting tu sampai malam je. Walaupun macam tak lojik, tapi Akmal bukan tahu pun.
“Pukul dua aku datang ambik kau kat rumah. Jangan nak bagi alasan bodoh lagi. Kalau tak jangan harap kau nak jejak sini lagi...” Akmal memberikan amaran. Ariana merenung Akmal tajam.
“Saya pun tak teringin nak jejakkan kaki kat sini lagi. Huh!” Ariana berpusing dan berjalan menuju ke pintu. Dia menghempas pintu sekuat-kuat hatinya tanda sakit hati.
“Akmal Ikmal Danishhhh!” Ariana mengumam geram nama tersebut. Sakitnya hati hanya tuhan je yang tahu.
                                                                                ***
ARIANA memandang senarai nama pelajar yang telah mendaftarkan diri untuk aktiviti persembahan sempena Hari Guru nanti. Hmm, boleh tahan jugak sambutannya. Ramai jugak pelajar yang memberikan nama. Rata-rata pelajar dari tingkatan satu dan dua. Kira okeylah tu kan. Bagus budak-budak ni. Bersemangat waja.
Ariana meletakkan senarai tersebut di aras meja. Selesai sudah masalah penglibatan pelajar. Idea pun dah ada sipi-sipi. Dia rancang nak buat pentomen. Pentomen ni macam teater tapi dialog bukan dituturkan oleh pelakon. Tapi mengunakan suara latar. Rasa macam seronok je kan. Namun yang menjadi masalah sekarang ialah tempat nak berlatih. Dia memang kalau boleh tak nak gunakan dewan sebab dewan tu macam terbuka sangat. Lagi pun akan menimbulkan masalah juga nanti dekat-dekat nak sambutan tu. Mesti dewan dah tak boleh guna sebab nak buat persiapan hiasan. Ariana menongkat dagu di atas meja. Cuba memikirkan apa yang terbaik. Dia merenung lagi senarai nama tersebut.
“Hai, menung jauh nampak...”
Ariana menoleh. Sofia di sebelahnya menegur.
“Baru habis kelas ke?” Tanya Ariana.
“A’ah. Kau kenapa? Termenung je. Fikir apa?”
“Tak ada apa. Nak balik dah ke?” Ariana bertanya apabila melihat Sofia sudah sibuk berkemas.
“A’ah. Nak ambil anak balik sekolah...”
Spontan Ariana menjeling ke arah jam di tangan. Hmm, tak sedar dah pukul dua petang.
“Tak nak balik lagi ke?”
“Kejap lagi lah. Ada kerja sikit...” Ariana memberikan alasan. Sebetulnya fikiran tengah bercelaru. Tak tahu nak buat apa sekarang.
“Kalau macam tu aku balik dululah. Jumpa esok...”
“Okey...”. Ariana memandang ke arah Sofia yang berjalan laju keluar dari bilik guru. Suasana dalam bilik guru pun dah sunyi. Ramai yang dah balik agaknya. Ariana menongkat dagu lagi. Apa nak buat ni?
Lamunan Ariana terganggu apabila HTC di atas meja bergegas. Laju tangan mencapai. Skrin disentuh.
‘knp xdtg lg?bdk2 dh lma tgu.’
Mesej daripada Akmal. Dah Ariana berkerut. Datang? Datang mana? Budak-budak mana pulak ni? Akmal ni dah kenapa mesej macam tu tanya soalan pelik-pelik. Ariana menekan skrin untuk membalas.
‘Sy xfhm maksd awk.’
Hantar.
HTC diletakkan kembali di atas meja namun tak sampai dua saat HTC bergegar lagi. Ish Akmal ni. Laju sangat balas mesej. Tengah praktis nak masuk pertandingan menaip terpantas ke? Dengan malas HTC diambil lagi. Skrin disentuh.
‘jgn bt xfhm. Bdk2 kau dh dtg ni.
Dtg sini cept. Kalu x aku halau diorg’
Ariana cuba berfikir akan maksud Akmal itu. Spontan dia berdiri. Jangan kata budak-budak yang dah bagi nama untuk persembahan Hari Guru tu dah tunggu kat bilik muzik? Habislah kena budak-budak tu nanti dengan Akmal. Si Akmal tu bukan boleh kira sangat. Dengan dia pun Akmal bantai hentak ke dinding inikan pulak budak-budak tu. Cepat-cepat dia mengemas meja dan mencapai beg tangan sebelum laju melangkah keluar dari bilik guru.

                                                                                       ***
Ariana menjeling Akmal yang tersandar di suatu sudut sambil merenung ke arahnya. Ariana kembali memandang ke arah para pelajar yang kelihatan teruja berada di dalam bilik muzik itu. Mulut tak payah cakaplah. Pot pet tak habis-habis dari tadi.
“Err, okey minta perhatian semua...” Ariana menepuk tangan cuba menarik perhatian kumpulan pelajar seramai lebih kurang tiga puluh orang itu. Dia tak sangka ramai pula yang datang pada petang itu. Kalau ikutkan senarai yang yang diberikan oleh Suzi semalam, tak adalah sampai tiga puluh orang, tapi hari ini. Ariana menarik nafas panjang. Takkan nak halau balik pulak kan. Kira okeylah tu budak-budak nak datang sini.
“Boleh cikgu tahu, siapa yang suruh kamu ke sini?”
Masing-masing terdiam dan saling berpandangan.
“Cikgu Suzi yang suruh. Dia cakap latihan akan diadakan di bilik muzik. Tu yang kitorang datang sini tu...” Jawab Suhaila, pelajar tingkatan dua. Ariana menggigit bibir. Suzi ni memanglah. Saja je nak mengenakan dia.
“Err, sebenarnya. Macam mana cikgu nak cakap ye...” Ariana menjeling Akmal yang masih lagi merenungnya itu. Tiba-tiba rasa gerun. Mesti Akmal tengah bengang gila. Yelah, budak-budak ni pakai terjah je masuk ke bilik muzik. Mujur Akmal tak buat perangai samseng dia tu. Kalau tak, tak tahulah apa jadi dengan budak-budak ni.
“Kenapa cikgu? Kita tak jadi nak buat persembahan ke?” tanya salah seorang murid tingkatan satu yang lain.
“Ehh bukan. Jadi-jadi. Cuma...” Ariana teragak-agak. Macam mana nak cakap ni.
“Cuma apa?”
“Cuma...err...kita takkan buat di sini. Di bilik muzik, kita buat kat tempat lain...”
KEDEGANGG!
Ariana dan yang lain terkejut. Spontan Ariana berpusing ke belakang. Akmal dah tak ada. Mesti Akmal punya kerja yang hempas pintu bilik rehat tu. Ariana menggigit bibir. Dia kembali memandang ke arah para pelajar. Malas nak fikir pasal Akmal. Tak penting. Dia ada perkara yang lebih penting lagi sekarang.
“Habis tu kita nak buat kat mana ni cikgu? Sebenarnya, kitorang datang ramai-ramai ni sebab cikgu Suzi cakap latihan akan diadakan di bilik muzik. Tu yang kitorang nak masuk buat persembahan. Kalau nak buat kat tempat lain, kitorang tak jadi masuklah...” jawab salah seorang daripada pelajar tingkatan dua dan disambut oleh beberapa orang pelajar lain. Ariana menggigit bibir. Cis, tak ikhlas rupanya budak-budak ni.
“Hmmm, cikgu bukan tak nak buat kat sini. Awak semua pun tahu kan. Tempat ni kan tempat larangan...”
Semua diam.
“Cikgu cakaplah dengan abang Akmal. Minta kebenaran dia nak buat latihan kat sini. Cikgu kan cikgu. Mesti abang Akmal bagi punya...” Cadang salah seorang pelajar perempuan yang dia lupa tingkatan berapa. Ariana rasa nak gelak dalam hati. Akmal nak bagi macam tu je hanya sebab dia cikgu? Kirim salam banyak-banyak. Silap-silap terbang kerusi meja.
“A’ahlah cikgu. Bolehlah. Cikgu cakaplah dengan abang Akmal. Please....” Rayu beberapa orang pelajar yang lain. Ariana menarik nafas panjang. Kenapalah dia terima masa dilantik untuk uruskan persembahan hari tu? Haih.
“Yelah-yelah. Nanti cikgu cakap dengan dia...” Ariana menjawab lemah. Yang lain bersorak gembira. Dia memandang pintu bilik rehat. Nak tak nak kena juga berdepan dengan Akmal demi pelajar-pelajar tersayang ni. Haih.
“Kita mulakan latihan esok petang.  Okey?”
“Kat sini ke cikgu?” Tanya Razuan teruja. Ariana rasa macam nak piat je telinga budak bertuah tu. Lagi mau tanya ke?
“Ye kat sini. Jangan lewat. Pukul tiga mesti ada kat sini. Siapa yang lewat cikgu terminate dia, okey?”
“Okeyy!!” Jawab semua yang ada sebelum masing-masing keluar dari bilik muzik. Ariana hanya melihat mereka keluar dari bilik itu sambil berbual riang. Macam tak pernah masuk bilik muzik ni je gaya. Ariana memandang ke arah bilik rehat yang tertutup rapat. Dia melepaskan keluhan berat lalu berjalan menghampiri bilik tersebut. Mahu tak mahu dia terpaksa setuju dengan syarat Akmal demi budak-budak tu. Pintu diketuk dan tanpa menunggu arahan masuk dari dalam, Ariana memulas tombol.
“Saya setuju dengan syarat awak...” Ariana berkata tanpa memandang ke arah Akmal. Akmal mengangkat muka. Jari yang memetik gitar terhenti seketika.
Fine. Pukul dua. Sharp. Jangan lewat...”
Ariana memandang ke arah Akmal yang berwajah tanpa riak itu. Namun dia dapat rasakan Akmal cuba menahan senyuman kemenangan. Ariana menahan geram di hati. Buat kesekian kalinya dia tewas lagi. Arghhhh!

  P/S: TO BE CONTINUED...

0 140 tukang karut:

Post a Comment