RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, March 19, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 14)



   BAB 14

ARIANA MEMBUKA pintu almari pakaiannya. Dia memilih beberapa pakaian yang ingin dibawa balik ke kampung. Esok dah hari Jumaat. Hajat hati nak gerak terus dari KL ke Perak lepas balik dari sekolah. Sempat kut nak sampai rumah sebelum malam. Ariana meletakkan beberapa helai pakaian di atas katil bersebelahan dengan beg pakaian. Balik hujung minggu buat apa nak bawa baju banyak-banyak. Lagi pun baju kat rumah tu banyak. Sambil melipat dan menyusun pakaian di dalam beg, Ariana menyanyi perlahan mengikut lirik lagu yang berdentum dari komputer ribanya. Lagu Berdua Bersatu dan juga Seperti Dulu nyanyian Forteen telah empat lima kali diulang main. Dia memang minat sangat dengan kumpulan Forteen terutama Ariz. Comel sangat. Hik.hik.hik.
Ariana menahan kuap dengan belakang tangan. Spontan mata memandang ke arah jam di dinding. Hampir pukul satu pagi. Hmm, patutlah mengantuk. Nasib baik baju untuk pakai esok dah siap gosok awal-awal hari tu. Setelah siap menyusun dan meletakkan beg di suatu sudut bilik, Ariana menutup lampu bilik dan hanya memasang lampu tidur sahaja sebelum berbaring di atas katil. Ahhh,bahagianya dapat berbaring macam ni. Mata yang semakin mengantuk dipejam. Hampir sahaja dia terlena apabila lagu Baby berbunyi dari telefon bimbitnya. Ariana buat tak dengar. Malas nak angkat. Kecil hati masih lagi berbekas di hatinya. Biarlah. Ariana memejamkan mata. Seketika kemudian bunyi tersebut berhenti dan diganti pula dengan bunyi mesej. Pasti daripada Akmal. Ariana malas nak layan. Dia cuba tidur namun entah kenapa mengantuk tiba-tiba hilang. Dia menoleh ke HTC di sebelah. Hati bagai ditarik-tarik untuk mencapai HTC tersebut. Mengalah dengan kehendak hati, dia mencapai HTC lalu menyentuh skrin HTC tersebut.
‘tdo dh ke?’
Mesej daripada Akmal. Ariana hanya merenung skrin tersebut sebelum melekapkan HTC ke dadanya. Dia kembali memandang ke arah skrin HTC apabila satu lagi mesej masuk.
‘Sorry...’
Hanya itu sahaja yang ditaip oleh Akmal. Ariana menggigit bibir. Entah kenapa hati rasa terpujuk walapun Akmal tak pujuk dia pun. Tapi untuk orang macam Akmal nak minta maaf macam tu, rasanya itu pun dah kira bagus kan. Seketika kemudian, laju tangan menekan skrin untuk membalas.
‘It’s ok. Happend all the time.’
Hantar.
Tak sampai sepuluh saat, lagu Baby menerjah gegendang telinganya. Ariana telan air liur. Nak angkat ke tak?nak angkat ke tak?
“Helo? Ariana?” Suara Akmal akhirnye kedengaran ditelinganya. Ariana hanya diam.
“Awak, marah saya ye...”
Ariana menggigit bibir. Rasa nak gelak pula bila dengar Akmal berkata macam tu namun dia hanya mendiamkan diri.
“Awak, sorrylah. Saya tak...sengaja...” Akmal cuba memujuk lagi. Ariana cuba sedaya upaya menahan senyum di bibir. Macam kelakarlah nak dengar Akmal memujuknya macam tu. Mesti comel. Hehe.
“Ariana...”
Ariana telan air liur. Elergi betul telinga dia kalau dengar Akmal sebut nama dia macam tu. Meremang bulu roma.
“Ariana, maafkan saya. Saya tak niat nak sakitkan hati awak. Saya cuma..” Akmal terdiam. Ariana masih lagi berdiam diri. Sebetulnya dia tak tahu nak kata apa. Sekarang ni dia rasa Akmal yang jiwang macam ni lagi menakutkan daripada Akmal yang samseng tu.
“Ariana, please say something. Kalau tak saya tak boleh tidur malam ni...”
Bulat mata Ariana apabila mendengar Akmal berkata macam tu.
“Kenapa pulak?” Tanya Ariana.
Terdengar seperti keluhan lega di sebelah sana. Dahi Ariana berkerut.
“Yelah, dah kalau awak merajuk macam ni, tak nak cakap dengan saya. Macam mana saya nak boleh tidur. Asyik fikirkan awak je...”
Muka Ariana dah terasa tebal berbelas-belas inci. Tiba-tiba bilik terasa panas berbahang walaupun aircond dah pasang tahap paling rendah.
“Mana ada saya merajuk...” Ariana mengumam perlahan. Jari bermain-main dengan hujung bantal sebelum dia tersedar. Dah kenapa dia nak gentel bantal macam tu? Dah gaya macam orang tengah bercinta je. Hui.
“Hmmm, dah kalau tak merajuk, kenapa tak nak cakap dengan saya?”
“Mana ada. Ni tengah cakap apa...” Ariana menafikan walapun jantung dah dup dap dup dap dari tadi lagi. Akmal ketawa perlahan. Ariana diam. Suka pulak dengar Akmal ketawa macam tu.
“Hmm, hujung minggu ni awak free tak?”
“Hujung minggu ni? Kenapa?” Ariana merendahkan tubuh. Dia mengiring sambil memeluk bantal. HTC masih melekap di telinga.
“Saya nak ajak keluar. Bosanlah asyik mengadap buku je...”
Ariana terdiam. Akmal masih tak berganjak dari cabaran tersebut.
“Tak bolehlah Akmal. Saya tak free...”
“Kenapa pulak?” Nada suara Akmal dah lain macam. Ariana menarik nafas panjang. Nampak macam ada gaya nak mula bergaduh balik.
“Saya nak balik kampung...”
Akmal diam.
“Akmal?”
“Berapa hari?”
“Dua hari je. Petang Jumaat lepas balik sekolah saya terus gerak. Pagi ahad baru gerak balik sini...” Ariana menjawab. Eh kejap, dah kenapa dia nak cakap semua tu pada Akmal? Gaya macam report pada boyfriend pulak. Ngahh.
“Kampung awak kat mana?”
“Errr...” Ariana teragak-agak nak jawab.
“Kenapa?”
Ariana mengeleng sebelum tersedar yang Akmal takkan nampak perbuatan dia itu.
“Tak ada apa-apa. kampung saya dekat..err..Perak...”
“Perak? Area mana?”
Ariana terdiam. Aduh Akmal, kenapa dah gaya macam polis tengah soal siasat penjenayah je ni. Huhu.
“Err...” Ariana telan air liur. Dia belum bersedia lagi nak bagitahu semua hal tentang dia pada Akmal.
“Kenapa? Tak nak bagitahu saya? Saya ni kan boyfriend awak...”
Ternganga mulut Ariana apabila mendengar kata-kata Akmal itu. Rasa seram sejuk satu badan.
“Bila...bila mas...bila masa awak jadi boy...boyfriend saya?” Ariana tergagap seketika. Sumpah rasa macam nak masuk bawah katil. Malu!
“Kenapa pulak? Lambat laun saya akan jadi boyfriend awak jugak kan. Jadi kenapa tak mula sekarang je?” Akmal menjawab dengan nada tak puas hati. Ariana menelan air liur lagi. Tak boleh jadi ni. Akmal ni makin di layan, makin menjadi-jadi pula nanti.
“Suka hati awaklah Akmal, tapi cabaran tetap cabaran. Kalau awak tak..”
“Jangan cuba-cuba nak pandang rendah pada saya...!”
Glup. Akmal dah mula nak naik angin. Baik diam je.
“Hmm, yelah-yelah. Saya nak tidur ni. Dah lewat.” Ariana menahan kuap lagi. Mata pun dah bagai ditarik-tarik supaya tertutup.
“Saya ikut boleh?”
“Hmmm...?” Ariana mengumam perlahan. Mata dipejamkan. Mengantuknya!
“Ariana, awak dengar tak ni?”
“Apa...?” Ariana bertanya perlahan.
“Saya ikut awak balik kampung hujung minggu ni boleh?”
Ariana mengambil masa lebih kurang lima saat untuk memahami butir bicara yang masuk sipi-sipi je ke telinganya itu sebelum mata terbuka luas. Spontan dia bangun dari baringan. Segar terus biji mata.
“Apa awak kata tadi?”
“Saya nak ikut awak balik kampung, boleh?”
“Tak boleh..!” Ariana menjawab keras.
“Kenapa pulak?” Suara Akmal pun dah naik sama level dengan suara dia tadi.
“Tak bolehlah. Gila ke apa nak ikut saya balik kampung...” Ariana mengeleng kepala. Gila ke apa nak bawak balik lelaki ke rumah. Mahu kena kejar parang dengan mak.
“Apsal pulak?” Akmal bertanya tak puas hati.
“Tak bolehlah. Ish, awak ni tak faham bahasa ke?”
“Dah kalau tak boleh, sudah!” Akmal menjawab kuat sebelum memutuskan talian. Ariana mengetap bibir. Terasa bingit telinga. Akmal ni memanglah. Kalau tak buat dia sakit hati, memang tak sah. Tadi baru je lepas mintak maaf dah buat perangai lagi. Huh. Ariana meletakkan HTC di sebelah sebelum merebahkan tubuh. Terkebil-kebil dia memandang siling. Hilang terus mengantuk. Ariana menggigit bibir. Akmal ni memanglah. Arggghhh! Ariana menarik selimut sehingga ke kepala. Mata dipejam namun dalam hati rasa sakit hati pada Akmal tak hilang lagi.  
                                                                                           ***
Ariana meletakkan sikat di atas meja solek sebelum memandang ke cermin. Membelek-belek diri sambil berpusing ke kiri dan ke kanan. Setelah berpuas hati, dia berjalan keluar dari bilik. Sambil melangkah menuruni tangga untuk ke tingkat bawah, bibir Ariana menyanyi riang. Seronok pulak rasa. Yelah, duduk kat bumi Taiping ni lagi tenang dari KL tu. Tak serabut kepala. Kaki dihayun lagi menuju ke dapur. Bau sambal sotong menerjah masuk ke hidungnya.
“Masak apa mak?” Ariana berdiri di sebelah emak yang sedang mengacau sesuatu di dalam periuk.
“Mak nak buat tomyam campur. Adik tolong mak masak. Cepat siap, cepat kita boleh makan...” Mak menjawab dan dalam masa yang sama memberi arahan.
“Yelah...” Ariana menjawab perlahan. Hai memang lemah lutut betul kalau masuk bab-bab memasak ni. Kalau nak suruh kemas rumah ke, berkebun ke, baiki reban ayam ke okey jugak apa. Ni memasak? Memang fail.
“Bila lagi kamu nak belajar masak ni? Esok lusa dah nak kawin tak ke susah nanti. Takkan hari-hari nak makan kedai je. Tak kesian ke kat suami? Kat anak-anak kamu nanti?”
Ariana memuncungkan bibir. Jauh sangat mak fikir ni. Umur dia muda lagi. Nak urus diri sendiri pun tak lepas lagi. Ini kan pula nak bersuami dan anak-anak. Suami? Tiba-tiba dalam kepala terbayang wajah Akmal. Ariana memejamkan mata sambil mengeleng seolah-olah mengenyahkan bayangan wajah Akmal dalam fikirannya. Dah kenapa nak bayang muka budak tak cukup umur tu? Hiss!
“Adik dengar tak mak cakap apa ni?”
“Hmm, dengar. Bawang ni nak potong ke mak?” Ariana menunjukkan bawang yang berada di atas meja itu.
“Boleh juga. Kamu kupas lepas tu hiris halus-halus. Boleh buat goreng sayur campur nanti...”
“Okey...” Ariana menjawab lega. Mujur mak tak melanjutkan perbualan tentang ‘suami dan anak-anak.’ Tak sanggup nak dengar lagi. Terkial-kial kejap ketika dia mengupas bawang merah itu. Mata jangan cakaplah. Dah banjir dengan air mata macam kena dera dengan mak tiri. Pedih.
“Ish anak dara ni. Kupas bawang pun tak boleh lagi? Apa nak jadi dengan kamu ni?” Mak dah mula nak membebel balik.
“Mana ada mak. Adik tengah buatlah ni. Aduhh...” Spontan Ariana menghisap jari yang luka terkena pisau. Mak mengeleng perlahan.
“Risau betullah mak tengok kamu ni. Kupas bawang pun tak pandai lagi ni macam mana...”
Ariana tidak menjawab. Dia melihat jari telunjuk yang terhiris sedikit dengan pisau. Sakit!
“Dahlah. Tinggal yang tu, pergi basuh sayur dalam singki tu...”
Ariana meletakkan kembali pisau di atas meja sebelum berjalan menuju ke singki. Mata merenung besen kecil yang mengandungi sayur campur yang telah siap di potong. Ada kacang buncis, ada lobak merah, kubis bunga, baby corn dan juga cili merah yang dihiris halus. Ariana memulas pili sebelum air mengalir keluar. Besen diisi penuh dengan air sebelum dikocak-kocak dengan tangan beberapa kali. Tapis yang tergantung di tingkap dapur diambil lalu sayur-sayur tersebut ditapis untuk membuang air. Sayur tersebut dimasukkan ke dalam besen lalu pili air dibuka lagi. Dikocak-kocak macam tadi dan tapis. Siap! Kan senang kalau masak pun mudah macam ni je. Kocak-kocak dah siap.
“Dah siap ni mak, nak buat apa lepas ni?” Ariana menoleh memandang ke arah emak yang sedang menghiris bawang. Dia mendekati emak. Mata ralit melihat kelincahan tangan emaknya ketika menghiris bawang putih dan merah. Tak payah pakai papan pemotong pun. Emak pakai ilmu apa eh?
“Pergi tenggek kuali tu. Panaskan minyak lepas tu tumis bawang ni. Basuh dulu bawang ni...”
Ariana hanya menurut. Dia meletakkan kuali di atas dapur sebelum api dinyalakan. Botol minyak masak dicapai lalu dituang sedikit ke dalam kuali. Bawang yang sudah dibasuh itu dicapai. Dia menunggu beberapa minit sebelum memasukkan bawang ke dalam kuali yang telah panas.
“Aduhh...” Ariana mengosok tangan yang terkena minyak panas. Sakit!
“Kacau bawang tu, nanti hangit...”
“Merciklah mak. Sakit. Nanti habislah berparut tangan adik ni...” Ariana masih mengosok lengan. Dia yang berdiri sebatu dari dapur itu hanya menjenguk kuali dari jauh. Emak mengeleng.
“Hangitlah adik. Ish.” Emak mencapai sudip lalu mengacau bawang yang hampir kekuningan itu. Ariana menjengketkan kaki untuk melihat isi kuali. Steady je mak kacau bawang tu. Minyak mercik pun mak buat tak tahu. Dah kebal kut.
“Masukkan sayur tu cepat...”
“Hah? Nanti kena minyak...”
“Jangan nak mengadalah. Bila lagi nak belajar masak?”
“Yelah...” Ariana memuncungkan bibir sebelum mencapai besel berisi sayur yang telah siap dibasuh tadi. Dia mengenggam sedikit sayur tersebut sebelum teragak-agak untuk dimasukkan ke dalam kuali. Akhirnya dengan satu tarikan nafas, Ariana mencampakkan sayur tersebut sebelum menjauhkan diri dari kuali. Bimbang kena percikan minyak macam tadi.
“Ya Allah budak bertuah ni. Makanan jangan dicampak-campak...”
Ariana hanya tersengih sebelum mendekati kuali tersbeut. Dicurahkan semua isi besen itu sebelum diletakkan ke dalam singki. Fuh, selesai satu masalah. Ariana mencapai sudip lalu berdiri berdekatan dengan kuali. Dia menarik nafas lagi sebelum memberanikan diri untuk mengacau isi kuali. Minyak tak mercik lagi membuatkan dia menarik nafas lega. Emak hanya mengeleng kepala. Dalam hati terasa bimbang akan anak gadis tunggalnya ini.
“Apa kes ni? Dari depan lagi angah dengar gaya macam orang tengah berperang kat dapur ni?” Angah berjalan masuk ke dapur sambil menjinjit beg plastik.
“Hai angah...” Sempat Ariana menyapa angahnya itu sambil mengacau kuali dengan hujung jari. Angah mengeleng kepala.
“Ya Allah adik, dah kenapa gaya masak tu macam nak terjun lombong je. Jauh sangat tu...”
“Minyak merciklah angah. Sakit...” Ariana menjawab sambil menjauhkan diri apabila terasa minyak memercik ke arahnya. Angah mengeleng. Dia memandang ke arah emak.
“Tengoklah adik kamu tu. Entah apa nak jadi. Buat hati mak risau je...”
Angah hanya ketawa. Ariana membuat muka sebelum menutup api. Dia berjalan ke arah kabinet lalu mengeluarkan mangkuk kaca berwarna putih susu.
“Ada barang-barang lagi yang nak dibeli ke?” tanya Angah sambil membuka peti sejuk. Jus oren ditarik keluar.
“Kenapa beli banyak barang? Nak buat kenduri sunat ke?” Ariana mengangkat kening memandang ke arah angah. Angah mengecilkan mata. Ariana buat tak tahu. Mangkuk kaca yang berisi sayur diletakkan di atas meja.
“Ish. Siapa pulak yang nak bersunatnya...” Emak menjawab. Ariana menahan ketawa.
“Dah tu? Beli barang banyak macam ni. Ke angah nak kawin?” Ariana mengangkat kening lagi. Angah membuat muka.
“Mak nak buat kenduri sebab ada orang masuk meminang adik. Yelah, kenduri kesyukuran. Kira bersyukurlah ada juga yang nak masuk pinang adik. Tak gitu mak?” Angah membawa gelas berisi jus oren ke bibir.
“Hah??” Ariana terperanjat besar. Biar betul. Dia memandang ke arah emak yang tanpa riak itu.
“Betul ke mak?” Ariana dah cuak.
“Betullah. Takkan angah nak tipu pulak. Kan mak...” Angah tersengih.
“Ala, angah memang suka tipu adik pun kan...” Ariana menjawab namun dalam masa yang sama hati dah berdebar gila. Biar betul?
“Mak?” Ariana memandang emak.
“Tanya angah...”
Ariana memandang ke arah angah.
“Angah, cakaplah elok-elok...”
Angah ketawa apabila melihat wajah Ariana yang dah nak menangis itu.
“Kelakar lah dik buat muka macam tu...”
“Angah janganlah main-main. Mak tengok angah ni...”
Angah ketawa besar.
“Apa juga kecoh-kecoh kat dapur ni?”
Ariana spontan memandang ke arah ayah yang masuk ke ruang tersebut. ditangan ayah turut sama membimbit beg plastik berisi entah apa. Ariana semakin cuak.
“Kenapa ni?” Ayah bertanya. Ariana diam.
“Entah, ayah tanyalah adik tu...”
“Adik? Kenapa ni? Kena dera dengan mak ke?” Ayah tersengih. Ariana menarik muka manakala angah ketawa lagi.
“Ayah, betul ke angah cakap...errr...” Tiba-tiba dia rasa segan pula nak mengutarakan tentang hal itu.
“Angah cakap apa?”
“Errr....” Ariana memandang ke arah angah. Angah buat tak tahu sahaja.
“Adik ni ha, dia cakap teringin nak kawin...” Angah akhirnya menjawab. Ariana tersentak. Tajam dia merenung ke arah angah yang berjalan menuju ke singki sambil membawa gelas.
“Aik? Betul ke? Dah ada calon? Kalau macam tu eloklah. Boleh langsung sekali dengan along...”
Ariana mengetap bibir. Geram dengan angah namun dia baru tersedar sesuatu.
“Langsung dengan along? Langsung apa?”
“Adik tak tahu ke?” Ayah menarik kerusi lalu duduk.
“Tahu apa?” Ariana bertanya pelik.
“Along nak bertunang minggu depan...”
“Hah???!” Ariana terkejut. Dia memandang ke arah angah yang tersengih sambil mengacau tomyam di atas dapur. Ariana menggigit bibir. Memang nak kena hempuklah angah ni. Berita penting macam ni bukan nak bagitahu awal-awal.
“Kenapa adik tak tahu?” Ariana bertanya separuh merajuk. Rasa macam tak diperdulikan oleh keluarga sendiri. Tiba-tiba dia rasa sedih pulak. Hai Ariana, sejak bila pandai nak merajuk bagai ni?
“Ala adik, angah ingat nak cakap semalam. Tapi dah adik balik-balik terus landing atas katil. Malaslah angah nak kacau.” Angah memeluk bahunya dari belakang. Ariana cuba menolak namun angah tetap memeluknya dari belakang. Dagu angah diletakkan di bahunya.
“Janganlah marah dik. Tu sebab angah suruh adik balik minggu ni. Malam nanti mak nak buat makan-makan sikit. Minggu depan kan adik cakap tak boleh balik...”
Ariana hanya diam. Kalau dia tau awal-awal sure dia dah beli sesuatu untuk along. Minggu depan hari sabtu pagi ada mesyuarat dengan PIBG. Kalau tak boleh dia cabut kejap balik Taiping. Ruginyaaa!
“Along mana?” Ariana tertoleh ke ruang tamu. Sejak semalam lagi dia tak nampak kelibat along.
“Along kat pejabat. Banyak kerja katanya. Malam nanti dia balik makan sekali dengan kita.” Angah tukang jawab. Angah terdiam. Kejap je masa berlalu. Along dah nak bertunang. Lepas tu kawin. Lepas along, giliran angah pula. Lepas tu semua orang sibuk tinggalkan dia sorang-sorang. Tiba-tiba dia rasa sedih.
“Sudahlah tu. Jangan nak bersembang sangat. Tolong mak ni. Nanti lambat siap pula..”
“Tu kerja adik. Angah nak naik dulu. Nak mandi. Panas...” Angah melepaskan pelukan di bahunya sebelum berjalan keluar dari dapur. Ariana menjeling. Angah ni kalau bab mengelat tu memang pandai. Laju je nak lari. Huh! Sudahnya dia yang tersekat kat dapur tolong mak masak. Wuaaa. Tak sukanya!
“Adik, adik letak garam ke tak dalam sayur ni?”
Spontan ariana menoleh ke arah emak yang menunjuk ke arah sayur di dalam mangkuk. Ariana menepuk dahi sebelum tersengih dengan rasa bersalah.
“Lupa lah mak...”
Emak mengeleng perlahan.
                                                                                 ***

Ariana memicit pinggang yang terasa lenguh. Tiga jam duduk bertapa dalam bilik mesyuarat dengan pengetua dan cikgu-cikgu lain betul-betul buat punggungnya panas. Dia menarik buku latihan pelajar yang baru separuh ditanda. Pejam celik pejam celik tak sampai tiga minggu lagi peperiksaan pertengahan tahun. Lepas tu sekolah akan mula membuat persiapan untuk sambutan hari guru yang jatuh pada 16 Mei pula. Ariana menarik nafas panjang. Masa mesyuarat tadi dia dilantik untuk menguruskan bahagian persembahan. Buntu kejap kepala memikirkan persembahan apa yang perlu disediakan. Takkan nak panggil geng enam jahanam buat persembahan pulak. Mahu runtuh pentas dengan lagu entah apa-apa nanti.
Ariana mengeluarkan HTC dari telefon bimbit. Saja nak periksa sama ada ada mesej atau call. Hmm, tak ada. Akmal merajuk lagi ke? Lantaklah. Daripada memikirkan pasal Akmal, baik dia buat kerja lain yang lebih berfaedah. Dia melarikan tetikus lalu menaip laman web Youtube. Mana tahu boleh dapat idea ke untuk buat persembahan sempena hari guru nanti. Mata Ariana ralit melihat persembahan video yang dimuatnaik oleh beberapa sekolah lain. Ada yang menyanyi nasyid, ada juga yang buat dikir barat dan tak lupa juga yang buat lakonan. Hmm, lakonan pun macam best juga. Ariana mencapai diari di dalam laci lalu menyenaraikan persembahan yang boleh dilakukan pada hari tersebut.
Dia berfikir sejenak. Kalau dulu zaman dia sekolah, persembahan lebih kepada lakonan dan nyanyian. Bolehlah kut masuk nyanyi sekali. Nanti baru pilih mana yang sesuai.
“Hai Rin, buat apa tu? Sibuk semacam je sampai tak pandang kiri kanan...”
Ariana mengangkat kepala. Suzi yang entah muncul dari mana tiba-tiba je berdiri si sebelah mejanya.
“Tak ada apalah. Aku tengah fikir nak buat persembahan apa nanti...”
“Ohh. Ingatkan tulis diari apa tadi...” Suzi menarik kerusi di meja Sofia yang kosong mendekatinya.
“Kenapa? Jangan cakap kau nak bagi kelas relief enam atas Nilam...”
Suzi ketawa.
“Yang kau dah cuak sangat tu kenapa? Kelas tu okey apa? budak Akmal dengan kawan-kawan dia tu pun nampak dah insaf sikit apa...”
Ariana malas nak menjawab. Hanya dia je tahu Akmal tu dan berubah ke belum. Mungkin dari segi akademik Akmal dah mula tunjukkan prestasi memberangsangkan tapi dari segi atitude, masih lagi fail.
“Ada apa kau duduk sini? Tak ada kerja ke?”
“Amboi, sombongnya dia...” Suzi tarik muka.
“Dah tu. Kenapa ni? Macam kat rumah tak boleh nak cerita pulak...”
“Tak adalah. Saje je. Aku nak sembang dengan kau. Bosanlah. Lagi pun kat rumah kau bukan nak layan aku. Asyik memerap je dalam bilik...”
Ariana tak menjawab. Dia kembali memandang ke arah lap-top. Melihat persembahan dari sekolah mana entah yang mempersembahan teater Puteri Gunung Ledang sempena sambutan Hari Guru tahun lepas.
“Sekolah mana ni?” tanya Suzi turut sama tertarik melihat lakonan berkesan pelajar-pelajar sekolah itu.
“Entah...” Ariana angkat bahu. Mata masih pada skrin komputer riba.
“Kalau buat teater pun okey jugak kan...” Suzi berkata perlahan.
“Sempat ke?” Ariana memandang ke arah Suzi.
“Sempat je kalau mula dari sekarang. Tapi kena work hard lah. Buat latihan tiap-tiap petang...”
“Tiap-tiap petang? Hmm, macam susah je. Nak ke budak-budak ni? Takut tak dapat sambutan je. Yelah, kan ke sekarang dah nak periksa...”
“Tak cuba mana nak tahu. Lagi pun kau buatlah dua jam sehari ke. Waktu petang, aku rasa tak ada masalah pun. Tak ganggu pun study diorang...”
Ariana terdiam. Kepala ligat berfikir.
“Kau tolong aku boleh?”
“Tolong apa?” Suzi bertanya.
“Tolong aku buat iklan..” Ariana tersengih,
“Beres...”
“Tapi...”
Suzi memandang ke arah Ariana.
“Tapi apa?” Suzi bertanya.
“Nak buat kat mana latihan? Takkan nak buat kat dewan pulak.”
Suzi terdiam turut sama berfikir. Dia memandang ke arah Ariana dengan pandangan penuh bermakna.
“Kau jangan cakap...”
Suzi tersengih lebar. Ariana mengeluh perlahan. Tahu benar apa yang bermain dalam fikiran teman serumahnya itu.
p/s: TO BE CONTINUED...

0 140 tukang karut:

Post a Comment