RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, March 18, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 13)


 BAB 13

Ariana berjalan ke hulu ke hilir di dalam tandas itu. Tiba-tiba dia rasa gelisah dan cuak. Baru tadi dia nampak Akmal berjalan masuk ke perpustakaan. Nasib baik dia sempat menyorok. Kalau tak, tak tahulah. Akmal berada di dalam perpustakaan bukanlah pertanda baik bagi dirinya. Kalau sebagai seorang guru, sudah pasti perkara itu merupakan suatu perkembangan yang bagus dan boleh kata luar biasa, tapi kalau sebagai seorang gadis macam dia, itu tanda malapetaka. Wuarghhh! Ariana rasa nak menangis jam tu juga. Akmal betul-betul nak lunaskan cabarannya demi...

Ariana memandang ke arah cermin. Pantulan wajahnya yang gelisah dan cuak jelas tergambar. Ariana telan air liur. Sumpah rasa nak menangis sekarang. Macam mana kalau Akmal berjaya dapat 4 Flat untuk peperiksaan akan datang yang tak sampai sebulan sahaja lagi ni? Ariana memejamkan air mata. Tak boleh nak bayang dia sebagai..err...girfriend Akmal?? Makkk! Adik nak balikkkk.

Arina membuka mata. Dia kembali memandang ke arah cermin. Tak mungkin Akmal mampu mencapai target tersebut dalam masa sebulan. Ya, hatinya berkata sendiri. Betul tu. Walaupun mungkin Akmal tu genius pun, tak mungkin dia mampu dapat A untuk semua mata pelajaran dalam masa yang singkat. Bayangkan, nak cover empat bulan punya silibus dalam masa sebulan. Rasanya orang bijak pandai pun tak mampu kot. Ariana menarik nafas panjang. Hatinya menjadi agak lega sikit. Dia yakin yang Akmal tak mampu nak capai target setinggi itu. Perlahan senyum kemenangan terukir di hujung bibir Ariana. Dia kembali bersemangat lalu mencapai beg tangan dan berjalan keluar dari tandas. Masih banyak kerja yang perlu dilakukan dari membimbangkan perkara yang mustahil untuk berlaku itu.

Ariana masuk ke dalam bilik guru. Kelihatan beberapa orang guru sedang duduk berkumpul di suatu tempat sambil berbual entah tentang apa. Mungkin sedang berbincang tentang peperiksaan yang bakal berlangsung hujung bulan ini. Ariana menarik kerusi tempat duduknya. Kemudian, dia membuka komputer riba. Hajat hati nak cari soalan-soalan contoh dari internet yang boleh digunakan rujukan sebagai latihan ulang kaji yang akan dibuat nanti. Rasanya seminggu atau dua minggu sebelum peperiksaan pertengahan nanti, dia nak mula mengedarkan soalan-soalan tersebut kepada pelajar. Mana tahu boleh membantu ke terutama kepada pelajar yang agak lemah dalam matematik.
“Peliklah. Kenapa dia tiba-tiba berubah macam tu?”
Ariana mengangkat kepala. Telinganya menangkap perbualan beberapa orang guru di suatu sudut. Apa yang dibualankan tu? Siapa yang pelik dan berubah? Ariana malas nak ambil pusing. Dia kembali menatap skrin komputer ribanya.
“Ni first time dia masuk kelas saya. Sebelum ni tak pernah nak nampak batang hidung pun...”
Ariana mengangkat kepala lagi. Entah kenapa hati rasa macam ada sesuatu yang tak kena namun dia tak nak bertanya lanjut. Nanti dikata menyibuk pula. Dia kembali menumpukan perhatian pada soalan yang baru dijumpainya itu.
“Dia dalam kelas macam mana? Buat perangai samseng macam biasa?”
“Tak. Dia...err..boleh kata agak...err...senyap?”
“Senyap? Senyap macam mana?”
“Err. Dia..err..boleh katakan memberikan tumpuan..err..pada kelas...”
Kali ini Ariana tak mampu nak berpura-pura buat tak tahu lagi. Dia kembali mengangkat kepala memandang ke arah kumpulan guru tersebut. Menanti siapakah yang dimaksudkan oleh guru-guru tersebut.
“Kenapa agaknya Akmal berubah sampai macam tu sekali?”
Ariana hampir nak pengsan. Dia memang patut dah boleh agak dah siapa gerangan orang yang menjadi topik perbincangan guru-guru tersebut. Ariana kembali risau. Perut tiba-tiba memulas.
“Tapi baguslah tu. Mungkin dia dah insaf. Dapat hidayah ke kan. Mana kita nak tahu. Hati manusia ni kan ke milik Allah. Allah yang pegang. Dia berhak nak bagi hidayah dan petunjuk pada siapa yang dikehendaki...” Ustaz Salleh membalas. Yang lain hanya terdiam. Namun bagi Ariana bukan sebab itu kenapa Akmal berubah sampai macam tu sekali. Ariana cuba bertenang sambil memahatkan kata-kata yang Akmal tak mungkin mampu mencapai targetnya dalam masa sebulan. Tak mungkin!
“Rin. Kau okey ke?”
Ariana menoleh. Sofia yang entah bila berada di meja sebelah menegur.
“Err. Okey je. Kenapa? Nampak macam aku tak okey ke?”
“Takdelah. Tapi menung jauh je aku tengok. Ingat siapa? Buah hati?” Sofia sengih mengusik. Ariana membulatkan mata. Sensitif dengan perkataan akhir tu.
“Ish. Aku mana ada buah hati lah...”
“Yeke? Tipulah...”
“Terpulang kalau tak nak percaya...”
Sofia memandang ke kiri dan ke kanan. Ariana turut sama memandang ke kiri ke kanan mengikut kelakuan Sofia. Sofia menarik kerusi ke arah Ariana.
“Kenapa?”
“Shhh...” Sofia menoleh ke sekeliling lagi. ariana pelik.
“Apsal ni?”
“Kau ada dengar cerita tak?” Sofia bertanya separuh berbisik.
“Cerita apa?” Ariana turut sama berbisik.
“Pasal Akmal tu lah...”
Spontan jantung Ariana kembali berdegup kencang.
“Err, kenapa dengan dia?”
“Aku dengar cerita si Akmal tu dah berubah. Memang bukan macam dia dulu...”
“Errr. Yeke?” Ariana bertanya tersekat-sekat.
“Yelah. Kau tak dengar ke? Satu sekolah dah kecoh...”
Ariana telan air liur.
“Aku tak pernah tengok budak tu pegang buku selama ni. Tapi sekarang....”
“Sekarang?” Ariana berbisik. Rasa cuak semakin menguasai.
“Sekarang, bukan setakat pegang buku. Tapi aku nampak dia study dalam library. Buku rujukan tersusun sampai ke siling. Tak pandang kiri kanan dah...”
Ariana telan air liur lagi. Sumpah dia rasa takut gila sekarang.
“Kau rasa, sebab apa dia berubah sampai macam tu sekali?” Sofia bertanya sambil mengosok dagu seolah-olah berfikir. Ariana tak menjawab. Dia betul-betul dah cuak sekarang.
“Rin, aku tanya ni...”
“Hah? Err...mana aku tau. Aku bukan..errr...aku bukan kenal dia sangat pun...” Ariana menjawab mengelabah. Sofia memandang curiga ke arah Ariana.
“Yang kau ni kenapa?”
“Kenapa apa?”
“Yelah. Macam tak senang duduk je. Jangan-jangan....”
“Jangan-jangan apa?” Ariana makin cuak. Jantung dah tak reti nak berdegup dengan betul.
“Hmm, takde apa lah. Tapi aku tetap pelik lah. Apa yang membuatkan Akmal tu berubah sampai macam tu sekali ek?”
“Mungkin dia...err...dah insaf? Dapat hidayah?” Ariana menjawab, sekadar mengulang apa yang ustaz Salleh kata tadi. Sofia terdiam sebelum mengangguk perlahan.
“Betul jugak tu...”
Ariana menarik nafas kelegaan apabila Sofia tidak lagi membangkitkan hal tersebut.
KRINGGG!!
“Kelas?”
“A’ah...” Sofia menjawab. Ariana hanya memandang kelibat Sofia yang menghilang itu. Ariana kembali mengadap skrin komputer riba. Fikirannya kembali terganggu sekarang.

                                                                                 ***

ARIANA mencampakkan tuala lembab ke kepala kerusi. Rambut yang basah hanya dibiarkan terurai di bahu. Tubuh direbahkan ke katil. Tetikus dilarikan sebelum dia menekan butang ‘play’ pada movie player. Seketika kemudian, drama bersiri Gokusen dimainkan pada skrin lap-topnya. Tengok drama ni memang boleh menyuntik semangat dia untuk berdepan dengan budak-budak sekolah terutama budak sekolah tak makan saman macam si Akmal tu. Haih. Dah kenapa dia boleh nak teringat pada Akmal pulak ni? Ariana mengeleng kepala. Tolonglah. Jangan fikir pasal budak tak cukup umur tu lagi. Ariana menjeling HTC yang terletak di sebelahnya. Spontan tangan mencapai HTC tersebut. Skrin disentuh. Kosong tanpa mesej dan miss calls. Hmmm. Akmal tak hantar mesej atau call pun hari ni. Pelik jugak. Selalu tu sibuk nak mesej-mesej. Hari ni takde pulak. Haih Ariana, yang kau ni kenapa dari tadi dok sibuk pasal Akmal je. Kira bagus apa kalau si Akmal tu tak mesej. Kan tu namanya ketenangan.
Ariana kembali meletakkan HTC disebelah sebelum kembali memandang skrin. Gokusen ni cerita bersiri Jepun. Cerita tentang seorang guru matematik bernama Yamaguchi Kumiko. Yamaguci ni memang suka sangat jadi cikgu sekolah. Tapi semua sekolah yang dia pergi, semua bagi dia jadi guru kelas budak nakal dan samseng. Kira stok macam Akmal lah. Samseng tak makan saman. Asyik nak melawan je. Tapi disebabkan minat, Yamaguchi terus mengajar pelajar dia dengan matlamat semua pelajar dia mesti bergraduasi. Macam mana Yamaguchi ni kawal anak murid dia yang macam samseng ni? Sebab Yamaguchi ni pandai berkung fu. Yamaguchi ni merupakan keturunan ke empat keluarga Yakuza. Yakuza ni kira macam kumpulan samseng terkenal kat Jepun. Jadi haruslah dia boleh kawal anak murid dia kan. Hmm, nampak gaya dia kena belajar kung fu agaknya kalau nak berkomunikasi dengan si Akmal tu. Tapi rasanya macam tak perlu kut kalau tengok Akmal sekarang. Wuarggghh!
Lamunan Ariana terhenti apabila HTC mengalunkan lagu Justin Bieber-Baby. Ariana tergamam. Kalau dah lagu Baby tu berbunyi, tahulah dia siapa yang telefon. Sengaja dia set lagu tu untuk Akmal. Biar Akmal bengang sebab dia tahu Akmal mesti marah kalau dia set lagu Justin Bieber untuk Akmal. Haha.
Lambat-lambat HTC ditarik mendekatinya. Dia berfikir sejenak sebelum menyentuh skrin.
“Helo...”
“Kenapa lambat angkat? Dah tidur ke?”
Ariana menarik nafas lega. Dia ingat Akmal mesti tengking dia macam selalu sebab lambat angkat telefon.
“Hmm, tak delah. Tak perasan tadi...” Ariana memberikan alasan. Tetikus dilarikan untuk menekan butang ‘pause’ pada movie player.
“Hmm, buat apa tu?” Akmal bertanya.
“Err. Tak buat apa. Tengok movie je...”
“Cerita apa..?”
“Gokusen...”
“Cerita apa tu?”
“Cerita Jepun....”
“Tentang apa?”
“Pasal cikgu dengan anak murid yang samseng...”
“Ohh..”
Ariana  diam. Tak tahu nak cakap apa. Macam pelik je berbual dengan Akmal macam ni. Selalu tu kalau tak bertekak memang tak sah. Tapi sekarang...
“Saya stres...” Akmal berkata perlahan.
“Err...stres? kenapa?” Ariana bertanya sambil berbaring. Pelik kut nak dengar Akmal cakap macam tu.
“Hmm. Rasa dah tak boleh nak masuk kepala lagi...”
Kening Ariana terangkat sebelah.
“Apa yang tak boleh nak masuk kepala?”
“Benda-benda ni lah. Buku-buku ni...”
“Ohh...” Ariana terdiam. Tak sangka Akmal betul-betul serius.
“Akmal...”
“Hmmm...”
“Err, awak jangan paksa diri sangat kalau tak mampu.” Nasihat Ariana namun dalam masa yang sama berharap yang Akmal akan mengikut nasihatnya itu.
“Tak ada masa dah...”
Ariana mengeluh. Rasa kasihan pulak. Dengar suara Akmal tu pun dah boleh tahu yang Akmal memang berusaha keras nak capai targetnya itu. Rasa menyesal pun ada. Yelah, sebab dia, Akmal jadi macam ni. Kalaulah dia tak cabar Akmal.
“Akmal, jangan paksa diri sangat. Memanglah. Kalau orang lain yang belajar dari awal pun belum tentu dapat capai 4 Flat, inikan pulak awak...”
“Apa maksud awak? Awak rasa saya tak mampu nak capai target tu? Awak rasa orang macam saya tak mampu nak berjaya macam tu?” Akmal bertanya keras. Ariana menepuk dahi. Macam mana boleh terlepas cakap. Sebetulnya bukan tu maksud dia.
“Akmal, bukan tu maksud saya...”
“Sudahlah! Ingat telefon kau boleh hilang stress aku. Tapi makin sakit kepala. Kau dengar sini baik-baik, aku takkan mengalah macam tu je. Aku akan pastikan aku dapat apa aku nak. Kau tunggu dah lihat. Dan masa tu, aku nak kau tunaikan janji kau.!”
Ariana memandang skrin telefon apabila Akmal memutuskan talian. Entah kenapa hati agak terasa dengan bahasa yang digunakan oleh Akmal. Apa nak buat, salah dia juga. Cakap tak fikir dulu. Ariana meletakkan HTC disebelah. Siling direnung lama. Akmal, kenapa awak perlu bertindak sejauh ini?
                                                                             ***
“Rin, nah..”
“Hah?” Ariana memandang ke arah kertas yang dihulurkan oleh Suzi itu.
“Apa ni?”
“Macam biasa, relief...”
Lambat-lambat kertas relief itu diambil dari tangan Suzi. Bulat matanya ketika membaca kertas tersebut. Ariana segera memandang ke arah Suzi.
“Kau tak kisah kan? Lagi pun cikgu-cikgu lain cakap dia dah okey..”
“Siapa?” Ariana berpura-pura tanya. Kepala kembali tunduk membaca tulisan yang terdapat pada kertas tersebut.
“Siapa lagi, Akmal lah...”
Ariana hanya diam. Rasa macam takde mood nak masuk kelas relief hari ni tambah-tambah dengan Akmal yang masuk mood merajuk macam tu. Tapi betul ke Akmal merajuk dengan dia?
KRINGGGG!
“Takpelah. Aku nak ke kelas dulu. Kau jangan tak masuk pulak tau kelas tu...” Suzi sempat berpesan.
“Hmmm...” Ariana menjawab perlahan. Hai malas betul. Lambat-lambat Ariana mengemas mejanya sebelum melangkah longlai menuju ke kelas enam atas Nilam. Sampai sahaja berdekatan dengan kelas enam atas Nilam, kaki Ariana terhenti. Jantung dah kembali berdebar. Rasa gerun dan cuak kembali menguasi dirinya. Macam mana kalau Akmal marah pada dia sebabkan kata-kata dia tempoh hari dan bertindak memalukan dirinya macam dulu? Dia tak sanggup. Lama Ariana berdiri berdekatan muka pintu kelas tersebut. Suara bising pelajar lelaki dan perempuan jelas kedengaran di telinganya.
“Ariana? Awak buat apa kat sini?”
Spontan Ariana menoleh. Cikgu Suafi sudah berdiri di sebelahnya.
“Err, tak ada apa-apa...” Ariana menjawab tersekat-sekat.
“Awak relief kelas ni ke?”
Lambat-lambat Ariana mengangguk. Cikgu Saufi tersenyum lebar.
“Ni mesti kes takut nak masuk kelas kan...”
Merah muka Ariana apabila dikata seperti itu. Memang tepat kena atas dahi.
“Err, takdelah. Saya...err..saya terfikir sesuatu...” Spontan Ariana memberikan alasan.
“Fikir apa?”
“Err...tak ada apa-apalah. Dah terlupa pulak apa yang saya fikir tadi. Takpelah, saya masuk kelas dulu...” Ariana menjawab sebelum masuk ke dalam kelas. Spontan kelas menjadi senyap. Ariana berjalan terus menuju ke meja guru lalu meletakkan barang-barang di atas meja. Ketua kelas memberi salam dan dia membalasnya. Setelah menyuruh pelajar duduk dan membuat kerja masing-masing dengan senyap, barulah Ariana memberanikan diri untuk memandang sekeliling. Fuh, nasib baik Akmal tak ada.
Ariana kembali tenang. Dia menarik kerusi lalu duduk. Kertas soalan yang telah dicetak, ditarik keluar dari dalam buku rekod mengajarnya. Hajat hati nak membuat skema jawapan memandangkan soalan yang dijumpai di internet itu tidak menyediakan contoh jawapan. Jadi kenalah dia buat sendiri, ye tak.
Ariana khusuk menyelesaikan latihan untuk tingkatan tiga sebelum dia terfikir. Akmal tak ada dalam kelas, ini bermakna Akmal ponteng. Senyum cuba ditahan namun jauh di sudut hati rasa bersalah. Rasa macam dah langgar etika keguruan pula bila dia senang hati apabila mengetahui Akmal ponteng kelas. Ponteng kelas bermakna Akmal dah langgar janji. Langgar janji bermakna janji dia pada Akmal dah tak valid lagi. Senyum cuba ditahan lagi. Dada kembali lapang. Suatu perasaan yang dia dah lama tak rasai. Lepas ni Akmal dah tak boleh nak kata apa lagi...
“Assalamualaikum...”
Spontan Ariana menoleh ke pintu. Rasa nak jatuh rahang apabila melihat Akmal masuk ke dalam kelas tanpa memandang ke arahnya. Ariana menggigit bibir. Sah budak ni merajuk.
“Akmal, awak dari mana? Ponteng lagi?” Ariana bertanya. Saja nak sahkan anggapan dia walaupun dia tahu Akmal mesti ponteng punya. Datang kelas pun mungkin nak ambil barang ke apa ke. Entahlah. Itu tak penting, yang penting dia dah menang sekarang.
“Tandas..” Sepatah Akmal menjawab. Ariana masih memandang ke arah Akmal yang telah duduk di meja belakang. Buku dikeluarkan dari bawah meja.
“Ponteng kat tandas?Awak hisap rokok kat tandas ke?” Ariana bertanya. Pelajar yang lain tidak memperdulikan perbualan mereka berdua. Akmal buat tak tahu sahaja. Ariana menahan sabar. Si Akmal ni dah buat perangai lama dia balik dah.
“Akmal, saya cakap dengan awak ni. Awak ponteng lagi ke?”
Akmal mengangkat muka. Renungan tajam Akmal membuatkan Ariana kecut perut tiba-tiba. Buatnya Akmal tengking dia macam selalu depan budal-budak ni, buat malu je.
“Pergi tandas nak kencing pun sibuk nak tahu ke?”
Ariana tergamam. Rasa merah muka apabila mendengar jawapan Akmal itu. Kelas pula tiba-tiba jadi luar biasa senyap. Beberapa orang pelajar menahan ketawa. Ariana mengetap bibir. Rasa malu mula menguasai diri dan dalam masa yang sama agak hampa. Nampaknya Akmal bukan ponteng tapi hanya ke tandas melepaskan hajat.
“Tak apalah kalau macam tu...” Ariana menjawab perlahan. Kepala di tunduk merenung kertas soalan yang baru separuh diselesaikan. Hati tiba-tiba rasa sedih diperlakukan oleh Akmal macam tu. Rasa macam dia tak ada maruah pula. Huhu.
Akmal menjeling sekilas ke arah Ariana yang tunduk merenung entah apa. Timbul rasa kesal berkata kasar terhadap gadis itu. Sungguh dia tak berniat nak memalukan apatah lagi melukakan hati Ariana. Namun hatinya masih lagi terasa dengan kata-kata Ariana tempoh hari. Dia menarik nafas panjang. Cuba menahan diri dari mendekati Ariana. Dia tahu pasti Ariana tak suka dia melakukan perbuatan tersebut. Bimbang rahsia mereka pecah walaupun dia sebenarnya tak kisah pun. Dia lagi suka kalau satu sekolah tahu hubungan dia dan Ariana, namun dia pasti Ariana mesti tak setuju. Perlahan-lahan helaian soalan yang separuh siap itu diselak. Dijeling lagi Ariana sebelum tunduk menyelesaikan soalan. Dia ada  misi yang lebih penting lagi.
 p/s: TO BE CONTINUED...

2 140 tukang karut:

Anonymous said...

sy pon dh tgk gokusen tu..best

Cahaya said...

anon>>>bestkan...hee..lawak je cikgu dia tu..hehehe..

Post a Comment